Selasa, 22 Februari 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Regim yang Zalim mesti ditukar

Posted: 22 Feb 2011 07:13 PM PST

oleh Dr Maza
Dunia Arab bergolak. Dari Tunisia ke Mesir dan biarlah ia menjalar ke seluruh pelusuk daerah yang dikuasai oleh rejim yang zalim; yang menghina agama, menghisap darah rakyat, memundurkan negara, memerintah untuk kepentingan kroni dan keluarga, mengaut kekayaan peribadi sedangkan rakyat dalam kemiskinan.

Memang sepatutnya telah lama ia bergolak. Persis seperti kata 'Ali bin Abi Talib r.a:

"Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ianya ditebus". (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar'iyyah, 1/201, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Rakus

Dunia Islam adalah dunia yang kaya. Kedudukan negara-negara umat Islam amat strategik. Malangnya, ramai para penguasa yang zalim dan korupsi menguasai politik. Lihatlah Tunisia, walaupun majoriti penduduknya muslim tetapi pemimpinnya di samping zalim dan khianat, mempersendakan agama; memperlekehkan puasa Ramadan, mengharamkan tudung kepala (hijab) ke atas wanita dan pelbagai lagi.

First Lady Tunisia - Leila Ben Ali

Isteri Ben Ali bekas Presiden Tunisia yang diusir oleh rakyatnya bernama Leila al-Tarabulusi yang dulu 'First Lady Tunisia', dilaporkan oleh media Perancis membawa lari emas Tunisia ke Dubai seberat 1.5 tan. Semasa berkuasa, beliau atas nama suami bermewahan dengan harta negara. Padah perbuatan suami, ditambah dengan sikap 'berlebihan' isteri dan keluarga.

Lihatlah Mesir, jika pemimpinnya amanah betapa besar kekayaan yang dapat dikaut dari hasil Suez Canal atau Terusan Suez yang menghubungkan antara Laut Mediterranean dengan Laut Merah. Tax dari terusan tersebut jika diuruskan dengan betul menjadi sumber yang amat besar untuk negara itu. Bahkan dikatakan mampu membiayai setiap warga Mesir.

Mesir ada gas. Mubarak salurkannya kepada negara haram Israel. Israel membeli gas Mesir lebih murah dari rakyat Mesir sendiri. Sungai Nil yang subur tidak diusahakan secara bersungguh oleh Kerajaan Mesir, bahkan mereka masih mengimport makanan dari luar. Rakyat Mesir ramai yang hidup dalam kemiskinan. Dilaporkan lebih 42 peratus dari 81 juta lebih rakyat Mesir berada di bawah paras kemiskinan. Jutaan rakyat hidup tanpa rumah dan makan. Peranan Mubarak hanyalah menjaga kepentingan diri, kroni, Israel dan Amerika! - seterusnya

Artis Daphne Iking peluk Islam ..

Posted: 22 Feb 2011 05:55 AM PST

Masih ingat artikel penulis yang bertajuk Daphne Iking: Siapa Yang Curang? Di dalam artikel tersebut penulis ada menyentuh mengenai tragedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang berlaku antara Daphne, 32, dan bekas suaminya, Ryan Chong Yiing Yih, 32.

Isu kes saman peribadi bekas suami Daphne terhadap lelaki yang dikatakan menjadi punca keruntuhan rumah tangga mereka, Darren Choy,45, kini masih rancak berlangsung di mahkamah.

Belum tahu apa kesudahannya kerana perbicaraan ini seringkali tertunda gara-gara kerjasama yang tidak memberangsangkan daripada pihak tertuduh.

Justeru, kita tinggalkan seketika isu turun naik mahkamah ini, kerana ada sesuatu yang lebih menarik tentang pelakon dan model popular ini untuk dikongsi bersama para peminat.

Bukan isu menghadiri kursus kahwin di Sabah baru-baru ini dan juga bukan cerita hubungan cintanya dengan seorang jejaka Melayu.

Namun apa yang lebih menarik minat penulis ialah isu Daphne Sudah Peluk Islam! Dikhabarkan, semasa Anugerah Sri Angkasa 2010,baru-baru ini jutaan rakyat Malaysia telah mendengar Daphne Iking menyebut "MasyaAllah" dan "Assalamualaikum".

Bukanlah sesuatu yang mustahil apabila ada selebriti kita yang memeluk agama Islam. Namun, jika benar bagai dikata, penghijrahan wanita ini ke arah sesuatu yang jauh lebih positif wajar diberikan kredit.

Daphne sebelum ini pernah menceritakan tentang dirinya yang cuba berpuasa di bulan Ramadhan. Bukan setakat itu, anaknya Isobel juga sering mengikut pembantu rumahnya yang beragama Islam bersolat dan mengamalkan cara hidup Islam.

Beliau tidak pernah sama sekali melarang wanita Indonesia itu mengajar anaknya mengucap dua kalimah syahadah kerana percaya tidak kira walau agama apa sekalipun,perkara pokok ialah takut kepada tuhan.

Kepada Daphne, jika benar sudah memeluk agama suci ini, jutaan TAHNIAH penulis ucapkan. Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda sebagai saudara baru! - MD
by Kusha Basir

PRK Merlimau : PERKASA nak bertanding sama ke?

Posted: 22 Feb 2011 05:00 AM PST

PAS bantah kehadiran Perkasa di Merlimau
Muda Mohd. Noor February 22, 2011


Rakyat Melaka tidak senang dengan kehadiran Perkasa di Merlimau dan keadaan mungkin menjadi semakin kacau dengan kehadiran Perkasa.

PETALING JAYA: PAS Melaka membantah kehadiran Perkasa yang dilaporkan berkempen untuk Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Merlimau, 6 Mac ini.

Ketua Penegeran PAS Melaka, Kamaruddin SIdek berkata, Perkasa tidak sepatutnya dibenarkan berkempen di Merlimau kerana ia bukan parti politik.

"Rakyat Melaka tidak senang dengan kehadiran Perkasa di Merlimau. Keadaan mungkin menjadi semakin kacau dengan kehadiran Perkasa.

"Selalunya kalau Umno lawan PAS, keadaan menjadi tegang. Kehadiran Perkasa akan menyebabkan keadaan menjadi semakin panas," katanya.

Pilihanraya kecil Merlimau akan diadakan pada 6 Mac depan ekoran kematianya Datuk Mohd Hidsir Abu Hassan akaibat serangan jantung.

Menurut Kamaruddin, Perkasa telah membuka bilik gerakan mereka d Merlimau dengan memasang kain rentang di sekitar premis berkenaan.

"Mengapa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak mengambil tindakan ke atas Perkasa? SPR tidak buat apa-apa.

"NGO tidak perlu datang ke Merlimau, mereka tidak kena mengena dengan pilihanraya.

"Saya mendapat tahu mereka berkempen untu BN khusus untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu.

"Kononnya untuk menampung kekurangan 21 peratus pengundi Cina yang menyebelahi pembangkang," tambahnya.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan Sabtu ini hari penamaan calon dan 6 Mac sebagai hari mengundi.

Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung Januari lalu.

Sementara itu PAS membuat laporan polis kerana mendakwa kerajaan negeri menggunakan Politeknik Merlimau sebagai tempat berkempen untuk pilihanraya Merlimau.

Laporan itu dibuat Yang DiPertua PAS Jasin Mejar (B) Jasme Tompang di balai polis Merlimau kira-kira jam 10 pagi tadi.

Kamaruddin berkata, pihaknya mahu pihak berkuasa menyiasat mengenai perkara tersebut.

"Kerajaan negeri menggunakan Politeknik Melaka sebagai salah satu tempat mereka berkempen bagi pilihanraya kecil Merlimau.

"Perjumpaan dengan guru-guru tahmir telah diadakan di poliklinik tersebut. Begitu juga dengan perjumpaan dengan pelajar Melaka yang baru balik dari Mesir.

"Kementerian Pengajian Tinggi pula tidak mengambil sebarang tindakan walaupun Poliklinik Melaka di bawah bidang kuasa mereka," katanya ketika dihubungi hari ini - FMT

... buat Najib tak lena tidor

Posted: 22 Feb 2011 02:56 AM PST

Dataran Merdeka selepas Dataran Tahrir?

Revolusi rakyat di Mesir menggerunkan pemimpin-pemimpin kuku besi diseluruh dunia. Bagi gerakan prodemokrasi, ia merupakan satu suntikan semangat yang hebat untuk meneruskan perjuangan merebut demokrasi.

Seperti yang dijangka, turunnya Hosni Mubarak dari takhta selepas berkuasa lebih 30 tahun akan mengoncang regim-regim kuku besi di Timur Tengah. Algeria, Bahrain, Libya, Iran dan Yaman berhadapan dengan demonstrasi demi demonstrasi.

Gerakan prodemokrasi di Timur Tengah mendapat inspirasi dari kejayaan Mesir dan tidak mustahil berberapa regim akan tumbang tidak lama lagi. Kini, diktator-diktator yang disokong oleh Barat tidak lagi dapat tidur lena.

Perkembangan internet memberikan peluang rakyat di seluruh dunia untuk menyaksikan sendiri revolusi Mesir. Al-Jazeera menjadi stesen televisyen yang popular kerana memberi liputan secara langsung revolusi rakyat di Mesir.

Seluruh dunia juga dapat menyaksikan sikap hipokrit Barack Obama yang pada mulanya menyokong Hosni Mubarak dan kemudian beralih menyokong revolusi rakyat.

Menurut Noam Chomsky, ini merupakan satu kebiasaan bagi dasar luar Amerika Syarikat. Satu ketika dahulu, Amerika Syarikat turut berada di belakang diktator-diktator seperti Ferdinand Marcos, Jean-Claude Duvalier, Chun Doo-hwan, Suharto dan ramai lagi yang berguna kepada mereka.

Sokongan AS bukan jaminanan

Berbeza dengan situasi di Iran, awal-awal lagi Hillary Clinton sudah memberi sokongan kepada demonstran yang melawan kerajaan Iran. Seperti yang diketahui umum, semenjak revolusi 1979, hubungan Amerika Syarikat dan Iran sudah terputus.

Revolusi di Mesir telah membuka mata ramai pihak, terutama sekali bagi pemerintah dan kerajaan yang menjadi boneka Amerika Syarikat. Hubungan baik dengan Amerika Syarikat hanya akan terjadi selagi mereka menjaga kepentingan negara kuasa besar tersebut.

Tidak ada kesetiaan dalam hubungan tersebut. Sokongan Amerika Syarikat akan beralih selepas mereka berjumpa dengan boneka baru. Hosni Mubarak adalah contoh terbaru mangsa yang dikhianati Amerika Syarikat.

Diktator dan pimpinan negara yang sering berbangga mempunyai hubungan baik dengan Amerika Syarikat kini harus berfikir semula.

Hubungan rapat dengan Amerika Syarikat kadangkala menjadi liabiliti dan mempercepatkan lagi kejatuhan sesuatu regim itu. Lebih baik dapatkan sokongan rakyat dari bergantung kepada sokongan kuasa besar yang hanya mahu menjaga kepentingan perniagaan semata-mata.

Malaysia adalah negara yang amat berbangga mempunyai hubungan baik dengan Amerika Syarikat. Sewaktu perdana menteri dapat bertemu dengan Barack Obama dalam satu majlis di negara tersebut, berita tentang pertemuan tersebut dimainkan bertalu-talu dan dianggap sebagai sebuah kejayaan.

Realitinya, Amerika Syarikat tidak terlalu fokus pada Malaysia berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Filipina.

Pertama, dalam peta, Malaysia tidaklah begitu besar berbanding dengan kedua negara jiran tersebut.

Kedua, kepentingan perdagangan mereka sentiasa terjaga di Malaysia. Ketiga, kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat mempunyai dasar mesra kepada Amerika Syarikat dan ekonomi neoliberal.
Demokrasi Tunku seperti langit

Di laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter, rakyat Malaysia antara yang seronok apabila regim Hosni Mubarak tumbang.

Puji-pujian dari warga Twitter dan Facebook diberikan kepada rakyat Mesir yang berjaya menurunkan seorang pemerintah kuku besi dari tampuk kuasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi amaran kepada rakyat Malaysia agar jangan melakukan demonstrasi seperti di Mesir untuk menumbangkan kerajaan. Katanya lagi, kerajaan tidak akan membiarkan demonstrasi seperti di Mesir berlaku di Malaysia.

Sebenarnya, jika perdana menteri benar-benar tidak mahukan revolusi rakyat ala Mesir berlaku di Malaysia, langkah segera yang perlu beliau lakukan adalah menggunakan segala kuasa yang ada pada perdana menteri Malaysia untuk membuka ruang demokrasi.

Demokrasi yang ada di Malaysia pada hari ini terlalu sempit dan menjadi lebih teruk dari masa ke semasa. Jika kita bandingkan demokrasi yang ada pada hari ini berbanding dengan demokrasi pada zaman perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, ia seperti langit dengan bumi.

Baru-baru ini kita menyaksikan bagaimana demokrasi di kampus-kampus turut dikongkong. Sebagai respons, mahasiswa di beberapa universiti seperti di Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia bangkit membantah tindakan pentadbiran kampus?

Yang menyedihkan lagi, anak-anak mahasiswa yang seharusnya melatih diri untuk berdemokrasi hanya diberikan masa tiga hari untuk berkempen. Itupun pada hari hujung minggu di mana kebanyakkan mahasiswa tidak berada di kampus.

Apakah ini contoh demokrasi yang diajarkan kepada mahasiswa oleh pemerintah kampus?

Penutupan ruang demokrasi dan menggunakan kekerasan terhadap bantahan dan kritikan akan mengundang tindakn balas keras?

Mubarak tutup internet

Baru-baru ini saya turut bersama dalam sebuah demonstrasi di Kuala Lumpur bagi menyokong perjuangan rakyat di Mesir. Pelik dan hairan apabila menyaksikan gas pemedih mata turut disembur kepada demonstran.

Semenjak berkecimpung dengan permasalahan demokrasi dan demonstrasi, seingat saya, jarang kekerasan dilakukan apabila demonstrasi isu-isu antabangsa.

Kebiasaannya, demonstrasi isu-isu antarabangsa akan berakhir dengan aman dan tanpa penangkapan. Dalam demonstrasi menyokong perjuangan rakyat Mesir baru-baru ini, kita dapat saksikan gas pemedih mata disembur dan penangkapan dilakukan.

Sudah sampai masanya kebebasan bersuara dan demokrasi yang dijamin oleh perlembagaan negara dikembalikan kepada rakyat Malaysia. Biarkan rakyat merasakan nikmat demokrasi sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Baru-baru ini terdapat usaha dari pemerintah untuk memperluaskan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan ke ruangan internet.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.

Menteri berkenaan bagaimanapun menafikannya selepas itu.

Jika ini berlaku, demokrasi internet akan turut dirampas. Pada ketika itu, ruang demokrasi yang sedia sempit akan menjadi semakin sempit.

Hosni Mubarak juga menutup ruangan internet sebelum dia dihumban keluar dari pemerintahan. Jika ini dibenarkan berlaku, tidak mustahil apa yang berlaku di Dataran Tahrir di Mesir akan berulang di Dataran Merdeka.

Revolusi Mesir seharusnya memberi pengajaran dan bukannya menyebabkan kita terus menerus hidup dalam penafian seperti apa yang berlaku kepada berberapa orang ahli politik dan berberapa pihak yang begitu marah apabila Revolusi Mesir dikaitkan dengan Malaysia! - mkini

Sidang akhbar PEKIDA ancam keselamatan negara?

Posted: 21 Feb 2011 11:52 PM PST

Berdasarkan SMS yang diterima ia mungkin boleh mengancam keselamatan negara.

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) bahagian Wilayah Persekutuan hari ini membatalkan sidang akhbarnya pada saat akhir atas alasan boleh memberi ancaman terhadap keselamatan negara.

"Pihak atasan terpaksa membatalkan sidang akhbar kerana ia boleh jadi ancaman terhadap keselamatan negara," kata Dato' Paduka Yang Di Pertua Ayahanda Roslan Dahman ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Tambahnya lagi, 'pihak atasan' tidak membenarkan sidang akhbar tersebut diadakan pada hari ini.

Pihak atasan adalah dipercayai merujuk kepada pihak polis dan kepimpinan tertinggi Pekida.

FMT sebelum ini menerima SMS perihal sidang akhbar ini pada hari Sabtu.

Berdasarkan SMS yang diterima FMT percaya bahawa isu yang akan ditimbulkan adalah berkaitan dakwaan individu tertentu mewakili Kesultanan Sulu.

Menurut individu yang menghantar SMS, agama Islam di Sulu telah dipolitikkan oleh orang Kristian Sabah.

SMS itu berbunyi: "Sidang Akhbar Perdana Menteri Sulu berkenaan agama Islam Sulu telah dipolitikkan oleh orang Kristian Sabah terhadap Kesultanan Sulu - FMT

Tiada ulasan: