Rabu, 16 Februari 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kes liwat 2 : Kalau dulu tilam, sekarang depa bawa 'bulu' pula ke mahkamah ...

Posted: 16 Feb 2011 09:07 PM PST

KUALA LUMPUR: Jika pada perbicaraan kes fitnah I Datuk Seri Anwar Ibrahim, pihak pendakwa mengusung tilam ke mahkamah, perbicaraan terbaru yang dihadapi Ketua Umum Keadilan itu menyaksikan pihak pendakwa 'mengusung' bulu, seluar dalam dan cadar ke mahkamah.

Semua barang-barang tersebut dibuka oleh Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong untuk ditandakan sebagai bahan bukti di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Bahan bukti tersebut termasuk helaian bulu yang dikatakan sebagai 'bulu kemaluan'. Peguam Sankara Nair ketika melihat bukti itu mempersoalkan mengapa ia tidak disebut sebagai 'rambut sahaja' kerana ia kelihatan seperti helaian rambut. Hakim Zainal Abidin Mohd Diah berkata Sankara boleh menyoal balas Dr Seah kemudian.

Sehelai seluar dalam kepunyaan pengadu Mohd Saiful Bukhari turut dikemukakan sebagai bahan bukti kes. Seluar dalam tanpa jenama itu sebelum ini didakwa saksi terdapat kesan air mani Saiful.

Sehelai permaidani berwarna warni juga turut dijadikan sebagai 'saksi' pendakwaan, yang dikatakan disita dari Jabatan Kimia. Selain itu, kain cadar berwarna kelabu turut ditanda sebagai bahan bukti.

Sepasang seluar hitam tanpa jenama, kameja biru dan kolar putih berjenama Ralph Lauren serta baju hijau jenama G2000 kepunyaan Saiful juga dikemukakan di mahkamah sebagai bukti kes

Azmin jangan berlebih-lebih sangat ...

Posted: 16 Feb 2011 08:09 PM PST


KUALA LUMPUR, 17 Feb — PAS mengingatkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali supaya jangan cuba mengawal kesemua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat selepas memenangi jawatan kanan itu akhir tahun lalu.

Justeru, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Azmin seharusnya menyuarakan isu-isu sensitif seperti pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Rakyat dalam mesyuarat tertinggi parti, bukannya secara terbuka melalui media.

Malah kata Mustafa, Azmin juga tidak layak bercakap dan mendakwa PAS mahu mengintai kawasan PKR kerana isu tersebut tidak pernah muncul dalam perbincangan pemimpin tertinggi parti Islam itu sebelum ini.

"Apa yang beliau cakap adalah tidak betul. Perkara ini tidak pernah berbangkit, jadi saya tegaskan beliau berhenti bercakap mengenai isu ini," kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.

Kata Mustafa, beliau merasakan perkara berkaitan disuarakan secara tertutup dalam mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini, Azmin dipetik sebuah portal berkata PKR sedang menghadapi rundingan sukar apabila PAS mula mengintai kerusi yang sama menjelang pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.

Dalam laporan semalam memetik Azmin, The Malaysian Insider menyebut bahawa PKR akan menyenarai pendek kesemua calonnya yang berpotensi menjelang 20 Mac ini untuk memulakan perundingan dengan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat memandangkan pilihan raya umum ke-13 kemungkinan diadakan sekitar April ini.

Azmin berkata, kepimpinan negeri dikehendaki menghimpunkan nama-nama yang disyorkan untuk penelitian biro politik sebelum mengadakan perbincangan dengan PAS dan DAP.

"Persefahaman ialah setiap parti akan mengekalkan kerusi yang dimenangi tetapi kami boleh berunding berhubung kerusi-kerusi yang kami kalah dalam 2008," kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Azmin yang dilantik semula sebagai pengarah pilihan raya baru-baru ini susulan pemilihan parti berkata, ada kemungkinan pertukaran kerusi-kerusi ditandingi memandangkan PAS juga mahu memberi tumpuan di bahagian-bahagian yang mempunyai pengundi campuran.

Kerusi-kerusi terbabit selama ini ditandingi PKR, yang dilihat sebagai parti kawasan bandar.

PKR juga berhadapan dengan masalah beberapa wakil rakyatnya, termasuk di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, keluar parti sejak awal 2009 dan terbaru bulan lalu.

Dengan arah aliran pengundi Melayu mengalami kemerosotan, PAS akan memastikan ia mempertahankan bilangan wakil rakyatnya dengan bergerak ke kawasan-kawasan yang kurang pengundi Melayu.

Pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang di Johor bulan lalu menyaksikan 80 peratus pengundi Melayu memihak kepada Umno.

Begitu juga kerusi di Hulu Selangor, Galas dan Manek Urai di mana 10 peratus pengundi orang Melayu bergerak kepada pembangkang semasa diadakan pilihan raya kecil tahun lalu dan 2009.

Bagimanapun Azmin berkata, PKR juga akan melihat pada kerusi-kerusi yang PAS dan DAP tewas meskipun kedua-dua parti tertua itu mempunyai sokongan akar umbi di bahagian yang majoriti pengundinya ialah Melayu dan Cina. TMI

"Kau ni gundik Anwar ke Nik Aziz? Berapa mereka bayar kau ...?" kata pegawai penjara pada 'Nora Reformis'

Posted: 16 Feb 2011 04:32 PM PST

KUALA LUMPUR: Norazimah Mohamad Nor atau lebih dikenali sebagai 'Nora Reformis' kesal dengan sikap biadap beberapa pegawai Unit Khas Penjara (UKP) sepanjang tempoh tahanannya di penjara Kajang.

"Walaupun bertudung, pegawai penjara wanita mempunyai sikap yang teruk. Mencarut dan memaki hamun menjadi 'makanan' kami dalam penjara.

"Mereka turut bertanya kepada saya, 'Kau ni gundik Anwar ke, Nik Aziz? Berapa mereka bayar kau…?" kata Nora menceritakan pengalamannya kepada Keadilandaily.com.

Nora ditahan di penjara itu selama dua malam sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini atas dakwaan terbabit dalam demonstrasi pada 2008. Beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000.

Menceritakan pengalamannya ketika ditahan, Nora berkata pegawai terbabit mengugut melakukan tindakan lebih keras selepas mengetahui kes berkaitannya adalah kes demonstrasi.

Ketika melalui rutin pemeriksaan tubuh, pegawai UKP tersebut turut menendangnya kerana tidak mengikut arahan. Bahkan Nora didenda untuk membuat 'lompat bintang' berpuluh kali, sekiranya soalan yang dijawabnya tidak memuaskan hati para pegawai terbabit.

Nora mendedahkan, kebanyakan tahanan penjara Kajang terdiri dari kes jenayah dan imigresen. Justeru, beliau mempersoalkan tindakan pegawai terbabit yang seolah menyamakannya dengan penjenayah.

"Saya turut dimaki dengan perkataan bodoh, bengong dan bebal. Apa mereka ini tidak ada perikemanusiaan?

"Kalau saya sebagai warga Malaysia pun diperlakukan begitu, apa lagi warga asing," jelasnya yang turut melihat seorang wanita warga Indonesia dipukul di kepala oleh seorang pegawai penjara.

Dalam pada itu, Nora memaklumkan keadaan di dalam penjara sangat sesak dengan tahanan. Selain terpaksa berkongsi bersama 14 orang tahanan di dalam satu sel, penyediaan makanan dan tempat tidur adalah sangat mendukacitakan.

"Kami hanya diberi selimut untuk mengalas tempat tidur di atas lantai. Hanya sepasang pakaian penjara yang diberikan sepanjang tiga hari. Untuk makanan yang sedikit baik, kami terpaksa membelinya. Bahkan tuala wanita untuk tahanan wanita terpaksa dicatu," jelasnya.

Nora menambah, ketika beberapa orang rakan datang ingin melawat, pegawai penjara meminta beliau untuk menukar pakaian dan merapikan keadaan dirinya.

"Semasa sesi pertemuan bersama penjamin saya di sebuah bilik khas, percakapan kami diintip. Ini membuatkan saya terpaksa untuk 'berlakon' di depan mereka, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

"Saya juga diarahkan oleh pegawai untuk mengatakan bahawa kes saya adalah kes mencuri. Bukannya kes perhimpunan aman.

"Saya bimbang jika saya berterus terang ketika itu, saya akan 'dihukum' pula oleh mereka ketika dibawa masuk ke dalam sel" tambahnya.

Nora memaklumkan dia masih ingat nama dan wajah kesemua pegawai-pegawai penjara tersebut. Beliau akan berbincang dengan ahli keluarga dan peguam sebelum mengambil tindakan susulan berikutan layanan buruk diterima sepanjang penahanannya.

Perbicaraan kes 'Perarakan Aman Menentang Kenaikan Harga Minyak 2008′ akan disambung semula pada 28 Februari ini. Antara tokoh politik yang turut didakwa dalam kes tersebut termasuk pimpinan Pas, Mohamad Sabu dan 42 yang lain - Keadilan Daily

Kadar kompaun baru mulai 1 Mac : Makin lewat bayar makin tinggi

Posted: 16 Feb 2011 04:26 PM PST

PUTRAJAYA, 16 Feb — Mulai 1 Mac ini, pengguna jalan raya akan berhadapan dengan kadar kompaun baru saman kesalahan lalu lintas berikutan penyusunan semula kesalahan lalu lintas, yang dipersetujui Kabinet hari ini.

Kadar kompaun baru itu akan dikenakan kepada empat kategori kesalahan berbanding tiga kategori sebelum ini dengan kompaun minimum sebanyak RM40 dan maksimum RM300 bagi kelas kenderaan jenis motosikal 250cc dan ke bawah; dan kelas semua jenis kenderaan lain.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha (gambar) berkata kadar kompaun baru itu ditetapkan mengikut kelas kenderaan; tahap keseriusan dan jenis kesalahan.

"Ia juga akan menyaksikan nilai kompaun bertambah mengikut tempoh pembayaran kompaun berdasarkan kepada prinsip 'The More You Delay, The More You Pay' (Makin Lewat, Makin Banyak Perlu Dibayar)", katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baru Cina di kementeriannya di sini.

Tempoh pembayaran dibahagi kepada tiga peringkat iaitu pembayaran pada hari pertama hingga hari ke-15, pada hari 16 hingga hari ke-30 dan pada hari ke-31 hingga hari ke-60.

Bagi saman-saman yang tidak diselesaikan selepas hari ke-60, saman-saman itu akan didaftarkan sebagai kes di mahkamah.

Kong berkata kompaun berganda akan dikenakan terhadap pemandu yang melakukan mana-mana kesalahan lalu lintas secara berulang.

"Kompaun berganda itu melibatkan kesalahan dalam kategori pertama, kedua dan ketiga atau kombinasi daripada mana-mana kesalahan daripada kategori tersebut sebanyak tiga kali atau lebih dalam tempoh dua bulan daripada tarikh melakukan kesalahan pertama," jelasnya.

Kong berkata kadar kompaun bagi kategori pertama dikekalkan maksimum RM300 kerana ia melibatkan kesalahan-kesalahan yang menyumbang kepada kadar kemalangan jalan raya, kesesakan lalu lintas dan kesalahan berkaitan dengan perkhidmatan teksi.

Kadar sama dikenakan kepada kesalahan memandu melebihi daripada had laju, gagal mematuhi peraturan lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, mengekori kenderaan dengan rapat, memotong barisan, memandu di lorong kecemasan dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

"Kesalahan tersebut adalah serius dan perlu dikenakan kompaun yang lebih tinggi, berbanding dengan kesalahan-kesalahan kecil lain dan ia melibatkan semua jenis kenderaan termasuk motosikal," kata menteri itu.

Bagi kategori-kategori yang lain, kadar kompaun adalah berdasarkan tempoh pembayaran dan mengikut tahap keseriusan sesuatu kesalahan.

Kong berkata kerajaan memberi pertimbangan kepada penunggang motosikal di bawah 250cc di mana mereka diberi kadar kompaun lebih rendah berbanding dengan lain-lain kenderaan kecuali bagi kesalahan kategori pertama.

Antara lain, Kong berkata Orang Kena Saman (OKS) tidak dikenakan mata demerit di bawah Sistem KEJARA sekiranya mereka menyelesaikan saman tertunggak dalam tiga bulan.

Kong berkata kadar kompaun baru dipersetujui oleh semua pihak berkepentingan termasuklah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan agensi-agensi berkaitan.

"Ia akan diselaraskan oleh semua agensi penguatkuasa termasuk Pihak Berkuasa Tempatan," katanya.

Mesyuarat yang diadakan bagi penyusunan semula kesalahan-kesalahan lalu lintas turut melibatkan Badan-badan Bukan Kerajaaan (NGO) dan syarikat insurans, katanya. — Bernama

Kerajaan 'ala Mubarak' tak akan gugur kes saya - DSAI

Posted: 16 Feb 2011 04:20 PM PST

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
February 17, 2011

GOMBAK, 17 Feb — Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya tuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya tidak mungkin akan digugurkan walaupun wujud bukti baru menunjukkan tiada unsur penetrasi sebagaimana didedahkan di mahkamah semalam.

Ini kerana menurut Anwar, kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) menjurus kepada corak pemerintahan bekas presiden Mesir Hosni Mubarak, yang akan "mengorbankan" sesiapa sahaja demi kepentingan sendiri.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, bukti terbaru yang muncul berdasarkan kandungan laporan awal proforma, yang diberitahu di mahkamah semalam, jelas membuktikan beliau tidak terlibat tuduhan liwat ke atas bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketika perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, laporan awal menunjukkan Saiful ada memaklumkan doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) bahawa Anwar telah "cuba" untuk meliwatnya dan tiada penetrasi.

Dr Khairul Hakim, salah seorang doktor HKL yang memeriksa Saiful mengakui bahawa laporan proforma menyebut Saiful ada memberitahu doktor-doktor pada 28 Jun 2008 tentang adanya cubaan untuk meliwatnya dan seks oral tetapi bukan penetrasi yang sebenar.

"Tapi saya didakwa meliwat bukan cubaan meliwat, dunia mana pun kes seperti ini sudah dibuang," kata Ketua Umum Pakatan Rakyat yang mengulangi kesnya harus ditarik balik.

"Tapi dalam kes (Datuk Seri) Najib (Razak) dan (Datin Seri) Rosmah (Mansor) ala Mubarak tidak boleh," kata Anwar pada majlis pelancaran Kempen Penerangan Bantah Saman Ekor di sini malam tadi.

Ekoran bukti baru itu, Anwar mahu tuduhan liwat terhadapnya digugurkan.

Ini kali kedua Anwar berhadapan dengan kes liwat dan beliau seringkali mendakwa tuduhan ke atasnya bermotifkan politik.

Perbicaraan disambung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh berhujah bahawa penemuan bukti baru itu menunjukkan tuduhan ke atas anak guamannya tidak berasas.

Semalam, Karpal berkata hanya Peguam Negara yang ada kuasa untuk menarik balik tuduhan ke atas anak guamannya.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula mendakwa langkah kerajaan menswastakan saman ekor melalui Sistem Penguatkuasaan Secara Automatik (AES) adalah untuk menampung perbelanjaan Umno-Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata pelaksanaan sistem AES yang diserahkan kepada dua syarikat iaitu Commerical Circle (M) Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd akan memberikan satu tekanan kepada rakyat.

"Saya berkeyakinan dua syarikat ini mempunyai kaitan dengan Umno-BN dan sudah pasti hasil keuntungan yang akan diperoleh nanti akan diberikan kepada parti ini, sudah pasti keuntungan yang berjuta ringgit ini pasti ada pihak yang dapat keuntungan.

"Sudah tentu ada habuan yang akan dibayar kepada Umno-BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, sebab itu kita bantah saman ekor dan bantah penswastaan saman ekor," katanya pada majlis pelancaran kempen itu.

Tambah Mahfuz, pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci mengenai dua syarikat yang diberikan kuasa untuk melaksanakan AES itu.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, tindakan kerajaan pimpinan Najib terpaksa bergantung kepada hasil wang saman ekor berbanding hasil negara.

"Kerajaan sekarang begitu kejar rakyat sampai ke lubang cacing semata-mata untuk cekik darah rakyat untuk menampung perbelanjaan negara.

"Hasil negara sudah tidak mencukupi kerana ia hilang begitu sahaja disebabkan pembaziran, ketirisan dan rasuah yang berlaku," katanya.

Sesi penerangan tersebut akan menjelajah ke seluruh negara dengan memberi tumpuan kepada mangsa saman ekor.

Sebelum ini PAS telah melancarkan Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang diketuai Mahfuz dalam usaha membela nasib rakyat yang menjadi mangsa saman ekor.

Anwar pula berkata langkah terbaru Umno-BN itu menunjukkan mereka semakin terdesak untuk menambah perbelanjaan negara.

"Ini salah satu cara kerajaan untuk memperkayakan syarikat yang ada kaitan dengan Umno-BN, dalam pilihan raya umum ke-13 nanti Umno-BN pasti tumbang sebab itu masa sekarang mereka rompak habis-habisan," katanya.

Turut hadir sama Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. - TMI

Aneh - Sesat dalam rumah

Posted: 16 Feb 2011 04:14 PM PST

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Pelik tapi benar. Itulah ungkapan yang dapat menggambarkan kejadian aneh menimpa seorang lelaki berusia 27 tahun yang gagal mencari jalan keluar selepas memecah masuk sebuah rumah di Kepong, di sini, Isnin lalu.

Apa yang menghairankan, suspek dilaporkan berpusing-pusing dalam rumah berkenaan hampir sejam selepas mencuri beberapa barangan berharga namun gagal menemui pintu keluar menyebabkan dia 'terperangkap' dalam rumah berkenaan.

Bertambah malang, apabila suspek akhirnya dicekup pihak berkuasa kira-kira jam 5 petang selepas kehadirannya disedari pemilik rumah berusia 64 tahun dan anak lelakinya berusia lingkungan 20-an yang baru pulang ke rumah itu.

Menurut sumber, ketika suspek memecah masuk rumah berkenaan, kediaman itu kosong kerana mangsa yang hanya tinggal berdua dengan anak lelakinya itu keluar berniaga.

"Sebaik pulang ke rumah, dua beranak itu melihat ada seorang lelaki tidak dikenali sedang berdiri di ruang tamu rumah bersama beberapa bungkusan barang kemas yang sudah dicurinya dianggarkan bernilai RM1,700.

"Dia (suspek) seperti kebingungan sebelum anak kepada pemilik rumah itu menghubungi polis," katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, lima minit kemudian sepasukan anggota yang bergegas ke lokasi kejadian berjaya menahan lelaki terbabit yang memberitahu dia bingung kerana tidak dapat keluar dari rumah berkenaan kerana tidak menjumpai jalan keluar selepas memasukinya. "Siasatan awal mendapati, suspek yang gagal keluar dari rumah mangsa sebenarnya melakukan perbuatan itu bersama seorang lagi rakannya berusia lingkungan 20-an.

"Namun, rakan subahat suspek hanya menunggu di kawasan luar kediaman mangsa dan dipercayai melarikan diri sebaik menyedari pemilik rumah itu pulang," katanya.

Sumber berkata, hasil soal siasat, rakan suspek berjaya diberkas sekitar Kepong, di sini, kira-kira sejam kemudian.

Difahamkan, kedua-dua suspek yang juga warga tempatan itu ditahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu kedua-dua suspek akan dituduh di mahkamah -myMetro

Jom ramas tetek sambil menderma ... macam-macam ada di dunia ni

Posted: 16 Feb 2011 03:56 PM PST

Jangan korang ingat cerita ni di Malaysia na, projek Raba n Derma ni berlaku di Jepun ... untuk mengutip dana bagi tabung AIDS ... agak-agak korang boleh ker organize benda camni kata Sg Wang ke KLCC ke ... hahahahaha mesti ramai yang nak menderma ...





Sumber : Malaysiasensasi

Hangpa jgn gelak na - Hanya 36 orang penduduk Jeli undi Tok Pa dlm PRU12, tu pun ckp besaq nak mampuih

Posted: 16 Feb 2011 06:24 AM PST

Hanya 36 penduduk Jeli undi Mustapa Mohamed?
M FAQIH

JELI, 16 Feb: Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed mungkin menyembunyikan kekuatan sebenar Umno di parlimen Jeli dan Ketereh apabila hanya bergantung kepada undi tentera.

Malah di Jeli pula ada tambahan undi Orang Asal berjumlah 400 orang. Ini bermakna kalau dicampur undi pos dan Orang Asal berjumlah 4,400 orang pada pilihan raya umum lalu.

Dan pada pilihan raya umum lalu Mustapa mendapat majoriti 4,436 undi. Ini bermakna undi awam (penduduk di Jeli) yang mengundi Ketua Umno Jeli itu sekitar 36 orang sahaja.

Manakala di parlimen Ketereh pula terdapat kira-kira 3,000 undi pos pada pilihan raya umum lalu. Calon BN di Ketereh ketika itu, Tan Sri Annuar Musa tidak bernasib baik kerana tiada undi tambahan di kalangan masyarakat Orang Asal.

Telahan itu dapat dibuat apabila peratusan undi pos dan Orang Asli lebih 85 peratus berpihak kepada BN pada mana-mana pilihan raya di negara ini.

Yang Dipertua PAS Jeli, Mohd Apandi Mohamed berkata, berdasar kepada situasi itu calon BN di parlimen Jeli sudah ada 4,400 undi bonus dalam tangan sekarang.

"Sebab itulah sekarang Pengerusi Perhubungan Umno negeri bercakap mahu merampas Kelantan pada pilihan raya umum akan datang kerana kedudukannya di Jeli sudah selesa," katanya di sini.

Mengulas isu sama Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Abdul Kadir berkata, Mustapa lebih selesa berada di Jeli berbanding kampung asalnya di Bachok kerana faktor undi pos.

Kata beliau undi pos di kalangan anggota tentera hanya ada di parlimen Ketereh, Jeli dan Pengkalan Chepa.

"Sebab itulah ramai ketua bahagian Umno mahu mengintai peluang untuk bertanding di Jeli dan Ketereh. Pengkalan Chepa tidak menjadi fokus kerana undi pos tidak besar," katanya ketika dihubungi di Ketereh.

Pada pilihan raya umum lalu Abdul Aziz menang di Ketereh dengan majoriti 400 undi mengatasi Annuar Musa.

Bagaimanapun Apandi pernah menang di parlimen Jeli pada pilihan raya umum 1999 menewaskan Mustapa ketika gelombang reformasi mulai tercetus.

Ekoran kekalahan tersebut Mustapa dilantik sebagai senator untuk membolehnya dilantik sebagai menteri.

Apandi juga berkata, biar pun Jeli mempunyai kelebihan kepada Umno dan BN, namun dengan kerja keras semua anggota parti Pakatan Rakyat membolehkan sejarah 1999 berulang semula.

Kata beliau tumpuan sekarang menggerakkan pelbagai program sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi.

"Kita sudah jalankan pelbagai aktiviti dan program bagi menjelaskan pelbagai isu kepada rakyat di Jeli," katanya.

Dalam perkembangan lain beliau melahirkan rasa bersyukur apabila dakwaan ke atasnya sebelum ini mengemukakan tuntutan palsu sudah dibersihkan mahkamah.

Beliau berkata, mahkamah sesyen di Kuala Lumpur pada 11 Febuari lalu membebaskannya terhadap 13 pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan sewaan hotel pada tahun 2002.

"Saya meluahkan berbanyak-banyak rasa syukur kerana dibebaskan daripada tuduhan membuat tuntutan palsu semasa berkhidmat sebagai wakil rakyat di Jeli," katanya.

Baru-baru ini Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membebaskan Mohd Apandi terhadap 13 pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan sewa hotel.

Hakim Mohd Nasir Nordin membebaskan tertuduh selepas pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie.

Sebelum itu beliau didakwa mengemukakan tuntutan palsu sewa hotel Perdana Resort di Pantai Cahaya Bulan berjumlah RM31,050.

Penduduk Jeli juga ketika ditemui meluahkan rasa gembira memandangkan isu yang dipasang bagi menjerat Apandi sebelum ini sudah tidak ada lagi.

Penyelia Dun Bukit Bunga, Suply Abdul Razak berkata, Umno tidak mampu lagi menggunakan isu dakwaan penyelewengan terhadap Apandi memandangkan beliau sudah dibersihkan mahkamah - HD

Kerajaan Selangor sedia tanggung pelajar Selangor balik ke Mesir

Posted: 16 Feb 2011 05:02 AM PST

Kerajaan Selangor tiada masalah untuk menyediakan peruntukan kewangan kepada pelajar tajaan Kerajaan Negeri yang berhasrat kembali ke Mesir bagi menyambung pelajaran yang tertangguh kerana pergolakan politik di negara berkenaan.

Menteri Besar, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata bagi pelajar bukan tajaan yang berasal dari Selangor pula, Kerajaan Negeri sedia berkerjasama dengan Kerajaan Persekutuan jika diminta membantu menghantar pelajar-pelajar ini kembali ke negara berkenaan.

Ketika mengadakan perjumpaan dengan pelajar-pelajar Mesir di Dewan Jubli Perak, malam tadi, Menteri Besar berkata, berkata kerajaan negeri mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membantu pelajar tajaan kembali ke Mesir.

"Kita mempunyai simpanan berjumlah RM800 juta. Wang ini boleh digunakan jika berlaku kecemasan tetapi perlu dibelanjakan dengan betul dan jujur," katanya di hadapan hampir 3,000 ahli keluarga pelajar.

Kira-kira 1,300 anak Selangor sedang menyambung pelajaran di universiti dan pusat pengajian tinggi di Mesir termasuk kira-kira 600 yang ditaja Kerajaan Negeri menerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Menteri Besar bagaimanapun menjelaskan, kerajaan negeri tidak akan membuat keputusan terburu-buru kerana bimbang berlaku pertindihan tanggung jawab antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.

"Saya yakin kerajaan Persekutuan mampu untuk menghantar semula pelajar-pelajar ke Mesir. Jika kerajaan Persekutuan meminta bantuan kerajaan negeri seperti menanggung perbelanjaan, kita tiada masalah membantu," katanya.

Tan Sri Abdul Khalid berkata, untuk waktu terdekat ini, kerajaan negeri menyediakan pusat latihan dan kem-kem bina semangat kepada pelajar yang terlibat untuk mengikuti kursus bina diri dan pembangunan insan di Kem Ampang Pecah, Morib dan pusat latihan lain.

Katanya, Universiti Selangor juga akan menyediakan kursus jangka pendek kepada pelajar terlibat untuk memantapkan dan meningkatkan kefahaman dalam Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Kewangan dan Komputer.

Beliau berkata, Kolej Islam Selangor (KUIS) dan Yayasan Selangor juga diminta untuk membantu pelajar-pelajar Selangor supaya mereka dapat memanfaatkan masa menunggu sebelum dapat pulang semula Mesir.

Dikeluarkan oleh:
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO' MENTERI BESAR

Ni kerja depa rupanya : SEMUA guru dan Staf MESTI datang sambut mat sembab ....

Posted: 16 Feb 2011 12:40 AM PST

Mat sembab rasmi SJK(C) Merlimau semalam. Ramai cikgu-cikgu (yg tak pi hanya cikgu Bard ... hahahaha) dan staf telah DIPAKSA hadir bersama 5 orang wakil dari PIBG. Itu arahan dari Pej Pelajaran Daerah Jasin ... hangpa tak percaya tengok surat bawah ni ...



Jangan lah terkejut, inilah cara kerja UMNO BN. Kalau kita persoal pun kenapa digunakan pejabat pelajaran depa akan buat don't know jer.

Sebenarnya di adalah sebahagian kempen PRK Merlimau. Bukan nak rasmi sekolah sangat. kalau tak kerana PRK mampuih mat sembab nak pi rasmi sekolah ni ...

Semua kerja-kerja macam ni dah sinonim dah dengan Umno bila dekat-dekat PRK ni, saja aku upkan untuk kita semua pakat-pakat gelak ketawa saja ... hahahahaha

Baca berita penuh DI SINI

Tiada ulasan: