Rabu, 16 Februari 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PRK DUN PELABUHAN KELANG SEPERTI SUDAH PASTI, SIAPAKAH CALON UMNO?

Posted: 16 Feb 2011 09:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

DARIPADA gerak geri Umno khususnya di Bahagian Klang, kuat dirasakan bahawa Pilihanraya Kecil Dun Pelabuhan Klang akan diadakan. Walaupun ianya menjadi satu rahsia yang mungkin cuma Umno yang tahu, saya percaya PR di Selangor sudah bersedia untuk menghadapinya.

Hangat diperkatakan, yang sibuk melobi untuk menjadi calon bagi mewakili Umno/Bn adalah Ketua Umno Bahagian Klang, Datuk Mazlynoor Abdul Latif . Seandainya benar Umno akan meletakkan beliau sebagai calon, dipercayai ianya merupakan satu bonus buat PR untuk mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti lebih besar. Kerusi tersebut sebelum ini dimenangi oleh calon PKR yang kemudiannya belot melompat menjadi katak dan mencium keris telanjang Umno.

Ketua Umno Bahagian Klang tersebut dikatakan tidak lagi mendapat sokongan kuat akar umbi Umno di Bahagian berkenaan. Sudah ada desas desus yang menyebut akan mendedahkan beberapa rahsia peribadi beliau sekiranya beliau dipilih sebagai calon. Tidak menghairankan jika ini berlaku kerana di dalam Umno budaya `cah keting' adalah menjadi kebiasaan.

Kita perlu menunggu keputusan mahkamah samada kita akan menyaksikan satu lagi PRK dan tentunya ini akan `membotakkan' kepala Najib untuk memikirkan berapa banyak pula wang yang perlu dicurahkan. Harta kekayaan negara sedikit demi sedikit dikikis hanya kerana menghadapi pilihanraya sedangkan wang yang masuk semakin lama semakin surut. /wfauzdin.blogspot.com

PAS PATUT DIBERI PELUANG DI SARAWAK

Posted: 16 Feb 2011 06:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

BERTIUP kencang bahawa Sarawak akan mengadakan Pilihanraya Negeri tidak beberapa lama lagi. Mandat DUN Sarawak akan tamat pada Julai ini nanti. Sarawak adalah di antara beberapa negeri yang mempunyai harapan yang baik untuk ditawan oleh PR memandangkan rakyat Sarawak sudah tidak mampu bertahan melihat kemewahan hidup pemimpin mereka sekarang.

Di sebalik kemewahan pemimpin di Sarawak, masih banyak kawasan di pedalaman Sarawak yang amat dhaif dari segi pembangunan dan infrastruktornya. Kemudahan paling asas seperti jalanraya, api dan air masih gagal ditangani oleh kerajaan negeri di bawah Taib Mahmud di beberapa kawasan. Sebaliknya Taib Mahmud berkahwin wanita muda.

Saya percaya PR telah pun bersedia untuk membentuk kerajaan baru di Sarawak selepas pilihanraya negeri ini nanti. Saya menyokong penuh hasrat PAS untuk menambah kerusi mereka di dalam pilihanraya negeri tersebut tidak berapa lama lagi. Hasrat PAS itu telah disuarakan oleh Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar. Sebelum ini PAS hanya diberi peluang bertanding satu kerusi di Dun Beting Maro pada pilihanraya negeri Tahun 2006.

NONEPada pilihan raya negeri Sarawak 2006, Barisan Nasional (BN) menguasai 63 kerusi dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menang 35 kerusi diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) (12), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing lapan kerusi.

Kerusi Pembangkang pula dimenangi oleh DAP (6), manakala PKR (1) dan Parti Cinta Malaysia (1).

Pada pilihanraya kali ini, amat wajar PAS diberi peluang untuk mencuba nasib kerana PAS tidak lagi asing di bumi kenyalang itu. Pengundi-pengundi Non Muslim juga sudah tidak bimbang lagi untuk mengundi PAS. Tiada alasan yang munasabah untuk tidak memberi peluang kepada PAS bertapak dengan lebih kuat di Sarawak.

Memang benar, Umno/Bn masih mengharapkan Sarawak dan Sabah sebagai `talian hayat' mereka. Ini terbukti di dalam PRU Ke 12 yang lalu, dua buah negeri di Malaysia Timur ini telah berjasa besar kepada Umno/Bn untuk terus bertakhta di Putrajaya.

Adalah diharapkan pimpinan PR lebih bijak dan rasional di dalam menentukan kerusi yang akan ditandingi. Selain dari kerusi yang menjadi kekuatan kepada DAP, PKR dan PAS harus berbincang untuk pembahagian kerusi yang sama banyak. Kita tidak akan tahu kekuatan PAS di Sarawak jika kita tidak mahu mencubanya dari sekarang./wfauzdin.blogspot.com

NASIB ORANG BERNAMA ANWAR IBRAHIM....

Posted: 16 Feb 2011 08:46 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

SERONOK mengingatkan cerita dari kes liwat DS Anwar. Saiful mendakwa berlaku seks oral secara paksa. Pakar jagaan kecemasan HKL Dr Khairul Nizam Hassan berkata, pengadu berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa telah dipaksa berbuat demikian oleh seorang "tokoh terkemuka." Khairul berkata, Saiful telah memberitahu perkara itu kepadanya ketika beliau membuat pemeriksaan ke atas pemuda itu.

NONE

Maka, pemeriksaan di dalam mulut Saiful dibuat untuk mengambil spesimen. Masih adakah lagi `bahan bukti' yang boleh ditemui di dalam mulut Saiful ketika itu? Adakah Saiful tidak pernah menggosok gigi, makan atau minum selepas sahaja beliau dipaksa melakukan `seks oral' sehingga beliau berjumpa doktor berkenaan? Mari kita berfikir.

Sebelum ini, Saiful ada memberitahu beliau tidak mencuci anusnya demi untuk menyimpan bukti. Semalam Doktor Khairul Nizam memberitahu, selain dari mengambil spesimen dalam mulut Saiful, beliau tidak mengambil spesimen daripada bahagian lain kerana Saiful memberitahunya bahawa beliau telah mencuci dan membersihkan diri.

Kenyataan itu bercanggah dengan keterangan Saiful pada tahun lalu, ketika bekas pembantu Anwar itu disoal balas oleh peguam Karpal Singh. Saiful telah memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak mencuci anusnya dengan tujuan menyimpan bahan bukti. Saiful juga memberitahu mahkamah bahawa beliau hanya mandi pada waktu pagi dan tidak membasuh angota sulit badannya.

Jika otak kita waras, kita boleh berfikir dan boleh menilai cerita yang berbagai version ini (pinjam kata DS Anwar). Semakin berserabut nampaknya. Walau bagaimana serabut sekalipun, ada minat pihak tertentu untuk meneruskan cerita ini. Kenapa mesti diteruskan? Ya, cerita ini mesti diteruskan sehingga ke noktah terakhir kerana insan yang terlibat itu adalah DS Anwar.

Bagaimana dengan cerita mereka yang bukan bernama Anwar? Kisah penglibatan kes Altantuya? Kes Amah Indonesia? Kes raba gadis di Rompin? Kes di Hotel Port Dickson? Kes rogol gadis bawah umur di Melaka sehingga Lim Guan Eng jadi mangsa? Persetankan itu semua kerana ianya tidak melibatkan DS Anwar. /wfauzdin.blogspot.com

INI BUKAN `COBAANNNNN...INI BETUL-BETUL........"

Posted: 16 Feb 2011 01:09 AM PST

Fitnah Liwat II: Karpal Berjaya robek kes pendakwaan

Peguam Karpal Singh dikatakan berjaya merobek hujah pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi ini.

Peguam veteran itu berhujah bahawa borang pro forma yang diisi oleh doktor Hospital Kuala Lumpur mempunyai perkataan 'cubaan meliwat' dan 'cubaan seks oral'.

NONEBekas ketua, Unit Kemalangan dan Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur, Dr Khairul Nizam Hassan memberitahu mahkamah Saiful memberitahu pasukan perubatan bahawa dia telah diliwat dan dipaksa melakukan seks oral.

"Dia (Saiful) tidak sebut 'cubaan' tetapi 'liwat' dan 'seks oral'," katanya.

Apabila ditunjukkan borang pro forma form, Khairul Nizam (kiri), bagaimanapun bersetuju borang itu mencatatkan 'cubaan liwat' dan 'cubaan seks oral'.

Sebalik semua ini, beliau mempertahankan bahawa pemeriksaan perubatan yang dijalankan adalah bagi memeriksa mangsa diliwat dan melakukan seks oral.

Karpal kemudian bertanyakan kepada Khairul Nizam, berulang kali sama ada borang pro forma itu adalah berdasarkan wawancara dengan Saiful.

Saksi bersetuju tetapi menekankan bahawa borang itu hanya sebagai garis panduan.

"Bagaiamana anda boleh kata ia liwat atau seks oral apabila laporan menyatakannya sebagai 'cubaan'?" soal Karpal.

NONEBeliau kemudiannya terus mengasak doktor berkenaan dengan cara menyoal yang sama sehingga Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (kanan) - yang mengetuai pasukan pendakwaan - mencelah dan membantah soalan yang berulang kali itu.

Menurut Karpal, maklumat penting yang sepatutnya diisi dalam borang pro forma itu telah tidak diisi oleh doktor-doktor.

'Maklumat penting' itu termasuk keadaan yang menyebabkan dakwaan kejadian; sejarah perubatan pengadu kes; dan pemeriksaan dubur untuk menentukan sama ada mangsa telah membuang air besar ataupun tidak/.MalaysiaKini

Catatan Blogger:

Rasa-rasanya kalau kita pergi buat report Polis beritahu bahawa ada seseorang `cuba' untuk memukul kita, adakah Polis akan minta kita pergi buat pemeriksaan doktor dan kemudian doktor kemukakan laporan bahawa muka kita bengkak, terdapat luka di pipi, patah tengkuk dan sebagainya? Itu bukan `Cobaaannnn....ini betul...betulllll......" muehehehe.....

Tiada ulasan: