Sabtu, 26 Februari 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Live dari Merlimau, Bob Lokman sertai penamaan calon

Posted: 25 Feb 2011 06:45 PM PST


Buat pengetahuan pembaca semua, RentaP© kini berada di Merlimau Melaka bersama-sama meraikan penamaan calon Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau (PRK DUN Merlimau). Di sini RentaP© ingin kongsikan gambar Bob Lokman yang turut serta bersama-sama dengan para penyokong PAS di sini. Bob Lokman turut menyeru semua penyokong PAS untuk melaungkan takbir. Steadylah Abang Bob Allahuakbar!






RentaP© "Dengar cerita Bob Lokman nak ajak Amy Search sertai PAS..."

Fatwa Kebangsaan tidak terpakai kepada Najib?

Posted: 25 Feb 2011 04:17 PM PST

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 Sep 1995 telah membincangkan Istiadat Meletakkan Kalungan Bunga Di Tugu Negara Sempena Hari Pahlawan. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan adalah sama dengan keputusan yang telah diambil dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 7 Oktober 1987 iaitu bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik. [E-Fatwa]



Nampaknya Fatwa pengharaman upacara seperti ini tidak diguna pakai untuk Perdana Menteri Najib Tun Razak kerana beliau lebih arif tentang Agama Islam berbanding Majlis Fatwa kebangsaan. Ini terbukti apabila beliau melakukan upacara meletakkan kalungan bunga di makam Mustafa Kemal Ataturk sebagai tanda penghormatan terhadap musuh Islam itu [Kalungan bunga].

Najib dan Isteri bertafakur di Taman Makam Pahlawan Anitkabir, Turki


Upacara penghormatan dengan meletakkan kalungan bunga di makam Mustafa Kemal Ataturk [Bernama]


Anda tak perlu pelik dan tak perlu hairan kerana sebelum ini seperti yang dilaporkan oleh National Review, Najib secara terang-terangan sudah menggelarkan ulama besar dunia Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi sebagai membawa kesesatan di Timur Tengah [National Review].

Mungkin Najib ada fatwanya sendiri untuk menghalalkan apa yang sudah jelas diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Ulama Dunia yang menjadi rujukan dunia Islam sanggup digelar sebagai menyesatkan, apa lagi Majlis Fatwa Kebangsaan?



ReJaM© "Ulama Besar gerombolan songkok tinggi, Al-Fadhil Sheikh Najib Tun Razak"

Ikhwanul Muslimin pengganas, Yusuf Qaradhawi menyesatkan - Najib

Posted: 25 Feb 2011 04:31 AM PST

Selepas mengejutkan umat Islam dengan meletakkan kalungan bunga sebagai tanda penghormatan di makam musuh Islam Mustafa Kemal Ataturk [Makam Kemal Ataturk], Najib sekali lagi mengejutkan kita apabila dilaporkan membayangkan Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas, malah mendakwa Ulama Besar yang menjadi rujukan dunia islam Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi sebagai membawa kesesatan di Timur Tengah.

Di bawah ini screenshot ucapan najib di Turki yang dilaporkan oleh National Review. Najib bukan sahaja menghina Ulama Besar itu, malah dilihat bangga dengan pujian dari setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton yang memuji Malaysia sebagai "modern, progressive, and moderate" [National Review]

Laporan National Review ada memetik ucapan Dato' Sri Najib Razak di Turki yang dilihat jelas sarat dengan prasangka buruk terhadap ulama terkemuka Sheikh Yusuf al Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin. Perdana Menteri dilaporkan menggesa agar Ikhwanul Muslimin disisihkan dari agenda Perubahan di Mesir kerana masih terlibat dengan keganasan.

Kenyataan terbaru Najib Razak juga membuka pekung kecurigaaan pemimpin tersebut terhadap ulama dan gerakan Islam seluruh dunia yang kini kian giat menyertai proses demonstrasi. Sekiranya Perdana Menteri mempunyai kebimbangan terhadap sosok seperti Sheikh Yusuf al Qaradawi, mengapa anugerahkan beliau Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan tahun 2009/1431?

Nampaknya gerombolan songkok tinggi sudah ada ulama baru untuk menjadi rujukan kerana Ulama Besar seperti Yusuf Qaradhawi sudah ditolak.

ReJaM© "Al-Fadhil Sheikh Najib Tun Razak"

Tiada ulasan: