Sabtu, 26 Februari 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Langsung Dari N27 Merlimau

Posted: 25 Feb 2011 03:31 PM PST


Kenderaan bertali arus dari Lebuh AMJ menghala ke Padang Estet Sime Darby. Kenderaan diletakkan di bahu-bahu jalan. Penyokong PAS dan PR semakin ramai jumlahnya.

Jalan masuk ke Merlimau dari kedua-dua arah ditutup kepada kenderaan berat dan dibuka hanya kepada penyokong kedua-dua parti sahaja.

Penyokong BN melalui jalan raya utama, sama ada dari arah Muar atau Bandar Melaka terus menuju ke Bandar Baru Merlimau dan terus ke pusat penamaan calon di Politeknik Merlimau. Penyokong PR yang melalui jalan tersebut akan diarah berpatah balik.

Bagi penyokong PAS/PR pula laluan untuk ke pusat penamaan calon adalah melalui lebuhraya AMJ. Kenderaan berat dihalang daripada melalui jalan masuk dari lebuhraya AMJ ke Bandar Baru Merlimau bermula jam 7.00 pagi ini.

PRK Merlimau - Ketua Wanita UMNO Jasin Akan Bertanding Bebas

Posted: 25 Feb 2011 06:54 AM PST

"Wanita ada melancarkan program 'Gelombang Merah Wanita' untuk menunjukkan kepada pucuk pimpinan komitmen dan persediaan kita, tetapi nampaknya 'signal' tidak diperhatikan.

"Jika pihak pembangkang boleh mengeluarkan calon dalam kalangan wanita kenapa tidak BN. BN tidak pernah meletakkan wanita sebagai calon walaupun sudah 15 kali PRK," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Zaleha yang juga antara tujuh nama calon tersenarai berkata, beliau kecewa kerana calon dipilih bukan pilihan pengundi di kawasan itu.

"Kami menutup Bilik Gerakan Wanita di Taman Merlimau Jaya dan perkara ini sudah dimaklumkan kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil yang berada di luar negara melalui setiausahanya," katanya

Sumber - putra merdeka

Radio Free Sarawak operasi di Melaka, bukan London

Posted: 25 Feb 2011 06:31 AM PST

SARIKEI, 25 Feb — Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang percaya stesen radio Radio Free Sarawak, yang kritikal terhadap kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud, beroperasi dari Melaka bukannya di London sebagaimana disangkakan.

"Saya ada mendengar tentang kewujudannya. Saya juga difahamkan ia beroperasi di Melaka, bukan di London, seperti yang dipercayai," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Laporan London Evening Standard kelmarin menyebut siaran Radio Free Sarawak dikendalikan oleh adik ipar bekas perdana menteri Gordon Brown dan seorang warga keturunan Dayak dari London.


Akhbar tabloid itu mendedahkan, Claire Rewcastle Brown juga penulis Sarawak Report, yang sehingga kini merupakan blog tanpa diketahui nama pengendalinya, yang turut mengkritik kerajaan Barisan Nasional dan mencatatkan 18,000 hit setiap hari.

Menurut akhbar itu, Rewcastle Brown dan Peter John Jaban, yang dikenali sebagai Papa Orang Utan oleh pendengar stesen tersebut, telah memutuskan untuk mendedahkan identiti mereka menjelang pilihan raya umum Sarawak, dijangka diadakan April ini.

Rewcastle Brown, 51, berkata peranannya ialah memberikan "peluang kepada 2.5 juta penduduk Sarawak yang ditindas."

Program radio itu disiarkan dari sebuah restoran di Covent Garden, yang terletak di tengah London, ke Sarawak yang jauhnya kira-kira 10,000km.

Tujuan siaran itu ialah mendedahkan dakwaan rasuah dalam kepimpinan Taib, yang memimpin Sarawak sejak tiga dekad lalu.

The London Evening Standard mengunjungi studio Radio Free Sarawak ketika Jaban sedang menemu bual seorang ketua kampung yang telah dipaksa keluar dari tanahnya. Ketua kampung itu bercakap dengan Jaban menggunakn telefon bimbit dari hutan Borneo.

Menurut akhbar itu, kedua-dua mereka merahsiakan identiti masing-masing kerana bimbang Taib, 74, yang dikatakan salah seorang tidak berbelas kasihan dan lelaki paling kaya di dunia — didakwa lebih kaya berbanding Sultan Brunei, akan mendapatkan mereka dengan apa jua cara sekalipun.

Salang berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil tindakan terhadap dakwaan wujudnya stesen radio haram Radio Free Sarawak sekiranya terdapat laporan polis mengenainya.

Beliau berkata setakat ini, belum ada laporan dibuat mengenainya kepada polis atau Kementerian Dalam Negeri.

"Jika terdapat laporan mengenainya, SKMM akan menyiasat. Jika kandungannya melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, SKMM boleh menyekat siarannya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen Julau yang diwakilinya.

Salang berkata oleh kerana stesen radio itu tidak diberi lesen oleh SKMM, maka ia adalah stesen haram.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional Sarawak Abdul Karim Hamzah hari ini meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap stesen radio itu.

Beliau berkata dalam siaran hariannya, stesen itu menghasut rakyat Sarawak supaya menentang kerajaan negeri dan cuba menimbulkan kebencian antara kaum.

"Aneh sungguh apabila ada orang yang sanggup melakukan perkara yang boleh membawa keburukan kepada negara.

"Manusia yang berfikiran waras akan berusaha untuk menambah baik keadaan di negara mereka, bukan memusnahkannya," kata beliau.

Salang berkata sekiranya rakyat merasakan ada individu bertindak dengan cara yang tidak betul terhadap negara, mereka perlu melaporkannya kepada polis. - MI

Fitnah Terkini Ali Ketam Terhadap Pas

Posted: 25 Feb 2011 05:18 AM PST

Malaysia dijangka menerima nasib seperti Mesir yang dilanda rusuhan baru-baru ini jika PAS memerintah negara ini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam.

Beliau berkata ini kerana parti tersebut gemar menggunakan pendekatan demonstrasi dalam menangani sesuatu isu yang bukan saja tidak membawa kebaikan kepada rakyat malah turut memburukkan keadaan.

Sebaliknya, kata beliau sistem pilihan raya yang telah diguna pakai negara sejak sekian lama lebih patut menjadi kayu pengukur kepada siapa yang berhak memerintah.


"Rakyat boleh menyatakan pendirian melalui peti undi...demokrasi, sebab itu PAS dapat perintah Kelantan, dapat Kedah, DAP dapat Penang dan PKR (Parti Kedailan Rakyat) dapat selangor.

"Saya percaya rakyat takkan terpengaruh untuk ikut demonstrasi, nak buat demonstrasi untuk apa, kita ada pilihan raya, gunalah, bertandinglah, lawan lah cakap... tapi janganlah fitnah, lepas itu rakyat sendiri akan tentukan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau (gambar) turut berharap pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, menolak calon PAS Yuhaizat Abdullah yang tidak berupaya membawa sebarang kebaikan untuk kawasan itu.

"Beliau ini cuma digunakan oleh PAS untuk menguji pilihan raya umum ke-13, kerana kita juga yang akan selesaikan masalah rakyat jelata, kita mendahulukan rakyat apa-apa hal mengikut dasar 1Malaysia, berbeza dengan PAS yang mendulukan DAP," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan PAS bahawa calon BN, Roslan Ahmad dipilih atas faktor keluarga, Mohd Ali berkata perkara itu menunjukkan mereka tidak mempunyai modal untuk memburuk-burukkan BN kerana isu keluarga membabitkan semua parti termasuk PAS, PKR dan DAP.

"Walaupun beliau (Roslan) anak Datuk Ahmad tapi Datuk Ahmad dah meninggal 32 tahun dulu. Roslan kebetulan dipilih bukan dia sebab anak ahli parlimen dulu tapi kebetulan dia AJK kawasan dalam parti dicalonkan," katanya.

Mengulas dakwaan PAS bahawa kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) lambat menghantar pulang pelajar ke Mesir, walhal semua kerajaan pembangkang sudah berbuat demikian, beliau berkata kerajaan negeri BN tidak mahu tergopoh-gapah dan membahayakan nyawa pelajar.

"PAS dia punya kerja lumba sapa cepat hantar pelajar balik Mesir dulu, dia nak hantar cepat dia hantarlah, kita tengok keselamatan... pasal apa di Mesir masih lagi bergolak... kita jangan politikkan pelajar, ini nyawa kan.

"Kita pergi lewat apa salahnya, ini nak hantar besok pun boleh tapi kita kerajaan BN mengutamakan keselamatan pelajar, kalau belum selamat kita tak hantar," katanya. — Bernama

Menteri Besar Yang Tak Tahu Apa-Apa..

Posted: 25 Feb 2011 04:07 AM PST

Adnan tidak tahu Buku Jingga

TEMERLOH, 25 Feb: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob tidak mengetahui apa sebenarnya Buku Jingga yang mengandungi program 100 Hari Pakatan Rakyat.

Pengarah Pilihan Raya PAS PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini berdasarkan kepada kenyataan Adnan yang disiarkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menyatakan demikian dengan merujuk kepada laporan akhbar itu di muka surat P3 di bawah tajuk "BN tidak gentar siapa calon pembangkang" (gambar .


Laporan itu memetik kenyataan Adnan yang mengatakan "saya amat mengalu-alukan pengeluaran Buku Jingga yang kononnya membongkar segala kelemahan pentadbiran Kerajaan Pahang dibawah pimpinan saya. Malah kepada rakyat Buku Jingga kedua akan saya keluarkan untuk menjawab segala tomahan tersebut termasuklah kelemahan pengurusan kewangan dan sebagainya".

"Saya fikir sebenarnya MB tidak tahu apa sebenarnya buku Jingga," kata Tuan Ibrahim pada sidang media di Markas Induk PAS PRK Kerdau di pekan Kerdau, dekat sini, pagi ini.

Katanya, berdasarkan kenyataan Adnan itu menggambarkan bahawa menteri besar itu tidak mengetahui apa sebenarnya kandungan Buku Jingga.

"Apa yang beliau (Adnan) anggap Buku Jingga adalah serangan daripada PAS kepada kerajaan negeri Pahang sedangkan Buku Jingga tiada kena mengena dengan kerajaan Pahang, dia (Buku Jingga) bersifat tawaran 100 hari Pakatan Rakyat.

"Saya fikir maklumat itu perlu menggambarkan Menteri Besar yang ada tidak tahu menahu Biku Jingga hingga mahu mengeluarkan pula 'Buku Jingga kedua' bagi menjawab 'Buku Jingga pertama'," ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.

Tiada ulasan: