MiLo SuaM |
| Tun Mahathir akui UMNO tidak lagi perjuangkan Melayu Posted: 04 Feb 2011 07:18 AM PST Kenyataan Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir mungkin akan menyedarkan para penyokong tegar UMNO yang selama ini berjuang bermati-matian demi mempertahan dan memartabatkan bangsa Melayu. Namun begitu, kenyataan terbaru Tun Mahathir ini jelas sekali mendedahkan bahawa para penyokong UMNO selama ini ditipu hidup-hidup oleh pemimpin atasan. Dalam satu kenyataannya di dalam laporan berita berbahasa Inggeris di Malaysian Insider [M'sian Insider], Tun Mahathir mengakui bahawa parti United Malays National Organization, UMNO tidak lagi memperjuangkan nasib Melayu, sebaliknya hanya berjuang demi mendapatkan kontrak-kontrak, Ap dan lesen-lesen yang disifatkan lebih kepada mengaut keuntungan untuk pemimpin-pemimpin atasan. Di bawah ini screenshot petikan berita yang dimaksudkan, sila klik untuk membesarkan image. ![]()
Terjemahan: Seperti biasa "Sambil menyelam, minum air", Mahathir mengambil kesempatan menuduh Anwar Ibrahim dan Nik Aziz sebagai penyebab kepada perpecahan Melayu yang dilihat pada pandangannya mengakibatkan Melayu UMNO tidak kuat. Apa yang jelas, Mahathir lupa bahawa kedua-dua pemimpin utama parti politik pembangkang lebih mengutamakan ketuanan rakyat, bukannya ketuanan Melayu yang dicanangkannya. UMNO yang sibuk memainkan sentimen Melayu rupanya sekadar taktik untuk menguntungkan pemimpin atasan meraih sokongan bagi mendapatkan kuasa sekaligus memperoleh kontrak-kontrak dan lesen-lesen. Adakah penyokong-penyokong UMNO akan tetap rela berkorban, terkorban dan dikorbankan demi manfaat perut pemimpin-pemimpin atasan? Tepuk kepala tanyalah akal! ![]() ReJaM©"Penyokong UMNO semua sudah-sudahla tu, cukuplah diperbodohkan..." |
| Mengapa majoriti pelajar dari Mesir menyokong PAS? Posted: 04 Feb 2011 02:05 AM PST Dalam artikel sebelum ini, ramai di kalangan blogger pro kerajaan yang mempersoalkan sokongan politik pelajar-pelajar Malaysia di Mesir di dalam usaha kerajaan membawa pulang mereka dari negara bergolak itu. Kebanyakkan blogger pro kerajaan dilihat mempolitikkan nyawa pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir rujuk link ini [Krisis Mesir] Persoalan tentang mengapakah majoriti pelajar-pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Mesir meyokong Parti Islam se-Malaysia, PAS bukan sesuatu yang sukar untuk dijawab. Jawapannya adalah serupa dengan persoalan mengapakah majoriti golongan ahli agama seperti ustaz-ustaz, ustazah-ustazah dan cikgu-cikgu Agama lebih cenderung menyokong PAS. ![]() Gambar di atas Sebahagian pelajar Malaysia kumpulan pertama seramai 356 yang dibawa dari Mesir dengan pesawat MAS dan AirAsia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah hari ini Negara Mesir sangat sinonim sebagai tempat pengajian Agama Islam, di mana terdapat Universiti (Al-Azhar) tertua, terkenal, dan diiktiraf oleh semua negara Islam di dunia yang menyediakan pengajian Agama Islam untuk pelajar-pelajar dari seluruh dunia. Majoriti pelajar Malaysia ke sana untuk mendalami Islam. Sebut sahaja belajar di Mesir, kita akan tergambar seorang ustaz yang alim berkopiah dan warak. Golongan ini faham agama, faham Islam. Para pelajar Malaysia di Mesir menghabiskan masa bertahun-tahun untuk menjadi bijak, mendalami ilmu agama Islam. Begitu juga golongan ahli Agama yang sering dilihat di kaca televisyen yang sangat dihormati oleh rakyat Malaysia sebelum ini seperti Dato Dr Harun Din, Dr Hassan Ali, dan Ustaz Ismail Kamus, mereka ini juga telah bersama-sama mengikuti perjuangan Parti Islam se-Malaysia, PAS. Mengapakah majoriti ilmuan Islam yang bijak dan pakar tentang ilmu agama di atas menyokong PAS? Jawapannya mudah, kerana mereka faham Islam, tahu hukum hakam agama dan sayangkan Islam, ingin melihat kegemilangan tamadun Islam suatu masa dulu dikembalikan di muka bumi Malaysia dan seluruh dunia. Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional mendakwa mereka pejuang Islam yang sebenar, mereka lebih Islam berbanding PAS ternyata syok sendiri. Golongan ahli agama dan ilmuan yang pakar terhadap Islam nampaknya berbondong-bondong meninggalkan mereka dan memilih untuk bersama PAS. ReJaM©"Rakyat yang bijak kini menolak UMNO (Untuk Melayu No Otak)" |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan