Blog-list Malaysia |
- Risalah Hina Melayu Serlah Kebodohan Adun Umno P. Pinang
- Rafizi Ramli Berjaya Kantoikan Balaci BN Di RTM Malam Tadi
- Umno Hantar Orang Ini Untuk Malukan TGNA.. Hahaha
- Awas! Anda Akan Ditangkap Polis Jika Berhimpun Di Hadapan Mahkamah Isnin Ini
- Demo - Polis Mesir Tak Seganas Polis Malaysia
- Bukti Nyawa Pelajar Malaysia Di Mesir Terancam
- Pelajar Malaysia Gesa Misi Menyelamat Disegerakan
- PAS cabar Najib kutuk Hosni Mubarak
- Pesawat Milik Umno Berjaya Bawa Keluar 356 Pelajar PAS Ke Jeddah
- Malaysia Milik Orang Melayu - Mahathir
- Demo Rakyat Malaysia Anti Mubarak Ditangkap Dan Disembur Air
| Risalah Hina Melayu Serlah Kebodohan Adun Umno P. Pinang Posted: 05 Feb 2011 12:13 AM PST Risalah 'hina Melayu': Lim mahu ADUN minta maaf Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menuntut ADUN Pulau Betong Muhammad Farid Saad agar memohon maaf atas tuduhan bahawa kerajaan negeri itu bertanggungjawab ke atas satu risalah yang didakwa "menghina orang Melayu."Lim berkata, ADUN berkenaan perlu menarik balik kenyataan berkenaan yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada hari Khamis lalu. "ADUN Umno Pulau Betong didesak menarik balik dan meminta maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri (Pulau Pinang) atas fitnah jahat ini. Sekiranya beliau gagal pada minggu depan maka tindakan tegas akan diambil," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini. Lim menjelaskan, risalah 'My Balik Pulau' itu sebenarnya dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan dan bukannya oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. "Sekiranya betul 'My Balik Pulau' lupa sejarah dan hina Melayu, maka yang lupa sejarah dan hina Melayu tidak lain tidak bukan adalah Umno dan kerajaan persekutuan sendiri," kata Lim lagi. Lim berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar harian tersebut pada Khamis lalu yang menyebut risalah berkenaan "mengandungi fakta sejarah tidak tepat" dan "disifatkan sebagai berbahaya kerana boleh mengundang perbalahan kaum." Muhammad Farid dipetik dalam laporan tersebut sebagai berkata, "meskipun tidak diketahui niat sebenar risalah tersebut diedarkan, dipercayai ia merupakan cubaan pihak tertentu untuk mengaburi rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti orang Melayu itu." ADUN berkenaan turut mendakwa, risalah berkenaan "seolah-olah mahu menggambarkan bahawa Balik Pulau bukan dibuka oleh orang Melayu." Dalam laporan sama, Muhammad Farid turut mendakwa, bahan dalam risalah berkenaan turut "menghina orang Melayu." Sehubungan itu, Lim Guan Eng berkata, Muhammad Farid bertindak "meludah ke langit" dengan mengeluarkan kenyataan yang disifatkan sebagai satu "pembohongan dan fitnah" itu. "ADUN Umno ini telah menggembar-gemburkan risalah 'My Balik Pulau' dengan sentimen perkauman di Utusan Malaysia yang membuat laporan besar bertajuk 'Lupa sejarah, hina Melayu'. "ADUN Umno ini telah membuat tuduhan melulu dan dakwaan palsu bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang bertanggungjawab atas isi kandungan (risalah ini). "Sebenarnya ADUN UMNO ini meludah ke langit kerana yang mengeluarkan risalah 'My Balik Pulau' bukanlah kerajaan negeri PR Pulau Pinang tetapi adalah dari Umno dan kerajaan persekutuan. Lim turut mendakwa, risalah berkenaan turut mencatatkan nama penyumbangnya iaitu kementerian pelancongan serta pemimpin Umno Balik Pulau "termasuk pusat sumber Muhammad Farid sendiri." "Akan tetapi semua jentera media massa Umno dan blog serta Utusan Malaysia terus menyebarkan fitnah terhadap kerajaan negeri (Pulau Pinang) kerana terus pinggirkan orang Melayu," katanya lagi. |
| Rafizi Ramli Berjaya Kantoikan Balaci BN Di RTM Malam Tadi Posted: 04 Feb 2011 11:00 PM PST Forum TV1 : BN tiada hujah tolak kandungan Buku Jingga KUALA LUMPUR: Dua panel kerajaan gagal membentang hujah ekonomi bagi menyangkal kandungan Buku Jingga dalam forum Bicara Rakyat, sebaliknya terusa-terusan menolak agenda untuk rakyat itu.Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, berkata dua panel kerajaan itu seolah-olah enggan menerima hakikat kebaikan kandungan Buku Jingga kepada rakyat tetapi gagal membawa hujah bernas. "Dua panel itu banyak menentang kandungan Buku Jingga itu dan tidak melihat secara dasar slogan PR yang ingin mengurangkan beban terhadap rakyat," katanya kepada KeadilanDaily.com Forum Bicara Rakyat disiar Radio Televisyen Malaysia (RTM1) dengan menampilkan Rafizi dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan dan Ketua Eksekutif Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa, Datuk Mahani Zainal Abidin. Bagaimanapun, Rafizi berkata walaupun dua panel kerajaan itu menolak kandungan Buku Jingga tetapi beliau tidak terkilan kerana forum itu membantu mempromosi Buku Jingga kepada rakyat. "Sekurang-kurangnya kita dapat mengemukakan kandungan Buku Jingga kepada rakyat sekaligus mempromosikannya kepada mereka," katanya. Mengulangi hujahnya pada forum itu, Rafizi berkata, penyelarasan dan penstrukturan semula membabitkan subsisdi gas tahunan melibatkan RM19 bilion boleh dikurangkan dengan kesanggupan drastik daripada kerajaan. "Bebanan menanggung subsidi bukan isu yang baru dibangkitkan kerana melibatkan puluhan tahun sejak dahulu lagi. Sehingga kini cadangan untuk meminda perkara itu tidak dilaksanakan. Beliau berkata, ia berlaku ekoran negara ini kekurangan gas dan terpaksa mengimport daripada Brunei dan Thailand dengan harga tiga kali ganda. "Setiap tahun Petronas terpaksa membeli bagi mendapatkan bekalan gas sehingga melibatkan jumlah yang besar. Sebaliknya, jika pemansuhan subsidi gas dibuat, kerajaan akan memperoleh RM19 bilion dalam bentuk hasil," katanya. Rafizi menegaskan subsidi gas harus dihenti kerana pembiayaan itu bermakna kehilangan hasil negara meskipun pakar strategi kerajaan memberi alasan ia membantu menjana peluang pekerjaan. Beliau berkata, kajian Prof Jeff Rector dari Universiti Stanford pada 2005 menunjukkan 81 peratus subsidi gas diberi kepada industri dan perniagaan dan hanya 19 peratus kesannya dirasai rakyat. Pemansuhan subsidi gas adalah antara inisiatif yang disyor Pakatan Rakyat jika mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya umum kelak. Agendsai |
| Umno Hantar Orang Ini Untuk Malukan TGNA.. Hahaha Posted: 04 Feb 2011 10:47 PM PST Nik Aziz sahut cabaran ulama umno berdebat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyahut cabaran Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Profesor Mohd Noor Deris untuk berdebat berhubung dakwaan beliau membuat kenyataan yang merosakkan akidah selain memecahbelahkan umat Islam.Nik Aziz berkata, debat adalah cara terbaik bagi menyelesaikan kekusutan sekali gus memberi kefahaman kepada umat Islam. "Saya setuju kerana apabila berlaku kekusutan, kita diminta berdebat dengan cara baik bagi mencari jalan penyelesaian. "Boleh (berdebat), tidak menjadi masalah asalkan kita menjadikan al-Quran sebagai 'orang tengah'," katanya selepas mengimami solat hajat pada Program Solat Hajat Selamatkan Siswa dan Rakyat Mesir Bersama Tok Guru di Medan Ilmu di sini, semalam. Menurutnya, setiap perkara yang berlaku perlu dirujuk kepada Allah SWT yang menurunkan al-Quran serta mengirimkan Nabi Muhammad SAW. Dalam satu kenyataan disiarkan media kelmarin, Mohd Noor yang juga bekas ahli Pas menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja Melayu supaya mengkaji beberapa kenyataan Nik Aziz yang dilihat bercanggah dengan syarak selain menjejaskan kestabilan politik dan keselamatan negara. Antara lain, Menteri Besar Kelantan itu didakwa pernah mengeluarkan kenyataan sesiapa yang mengundi Pas masuk syurga dan tidak mengundi Pas disifatkan sebagai jahiliah ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor baru-baru ini. Bagi Mohd Noor, kenyataan itu tidak boleh dibiarkan kerana ia akan menyebabkan ramai orang mati kerana murtad atau keluar dari Islam. Sehubungan itu, beliau mencabar Nik Aziz untuk berdebat secara terbuka mengenai perkara itu. Menurutnya, Nik Aziz kerap kali melakukan fitnah antaranya dengan mengatakan Malaysia bukan negara Islam, UMNO tidak mahu Islam dan imam UMNO tidak sah diikuti. sinar harian |
| Awas! Anda Akan Ditangkap Polis Jika Berhimpun Di Hadapan Mahkamah Isnin Ini Posted: 04 Feb 2011 10:42 PM PST ![]() Polis akan bertindak terhadap pihak yang cuba mencetuskan ketegangan dan terbabit dalam perhimpunan haram di depan Mahkamah Sesyen di Shah Alam Isnin depan, ketika ADUN Seri Muda Shuhaimi Shafiei didakwa berhubung satu entri dalam blognya, yang dikatakan menghina Sultan Selangor. Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata sehubungan itu, semua pihak diharap menghormati undang-undang dengan tidak menyertai perhimpunan tersebut. "Justeru, saya beri amaran untuk mengambil tindakan tegas dan tidak teragak-agak untuk bertindak jika berlaku keadaan kacau-bilau di mahkamah nanti. "Faktor keselamatan akan diberi keutamaan oleh pihak polis," katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Shuhaimi dalam srimuda.blogspot.com yang mengajak rakyat Selangor berhimpun di depan mahkamah Isnin ini bagi mendengar pertuduhan terhadapnya. Shuhaimi, yang juga timbalan ketua cabang PKR Kota Raja, dilaporkan akan didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan berhubung satu entri dalam blognya. Antara lain, entri itu didakwa mempertikai keputusan Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru. Semalam, Shuhaimi menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis. - Bernama |
| Demo - Polis Mesir Tak Seganas Polis Malaysia Posted: 04 Feb 2011 08:58 AM PST Penangkapan tujuh lelaki dalam himpunan besar-besaran membantah campur tangan Amerika Syarikat ke atas pentadbiran Mesir disifatkan tindakkan melampau polis ke atas perhimpunan rakyat oleh Peguam Hak Asasi Manusia, Fadiah Nadwa Fikri. Fadiah berkata, selain menangkap tujuh orang berkenaan selepas perhimpunan, polis juga dilaporkan bertindak memukul dan meludah ke arah peserta perhimpunan ini. "Tindakkan polis ini memang salah disisi undang-undang, kerana peserta-peserta perhimpunan telah pun bersurai pada ketika itu, Polis kemudian datang dan membelasah beberapa orang, kita dapat maklumat ada beberapa saksi melihat ada polis yang membelasah dan meludah ke arah mereka yang bersurai ini, di tangkap dan ada yang dipukul sebelum di muatkan ke dalam trak. "Di mana polis memang bertindak diluar kawalan, tidak langsung mengikut undang-undang dan tidak memastikan hak-hak mereka yang berhimpun ini dijaga," katanya. Tambahnya lagi, perhimpunan tersebut berlangsung aman dan peserta perhimpunan bersurai setelah berjaya menyerahkan memorandum tersebut. Namun pihaknya kecewa dan tidak faham kenapa polis bertindak ganas sedangkan kesemua peserta sedang bersurai. "Semua sedang bersurai dan saya sendiri ada dalam perhimpunan tadi, dan semasa saya bersurai itu, tiba-tiba polis datang dan membelasah peserta-peserta perhimpunan, kita pun tidak faham kenapa pihak polis perlu bertindak macam itu," katanya. Kira-kira 5,000 orang yang diketuai oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor bagi menyerahkan memorandum di Kedutaan Amerika Syarikat, membantah campur tangan kerajaan itu terhadap pentadbiran Mesir. Memorandum itu untuk mendesak Amerika Syarikat di bawah pimpinan Barack Obama menggunakan kuasa 'memaksa' Hosni Mubarak supaya melepaskan jawatannya segera. Setelah berjaya menyerahkan memorandum tersebut, peserta perhimpunan kemudiannya mengambil keputusan bersurai. Mengulas situasi yang berlaku, Fadiah berkata beliau juga nyaris ditangkap polis ketika dalam cubaan berjumpa Ketua Polis bertugas bagi mendapatkan butiran anak guamnya yang ditahan. "Ketika saya pergi ke trak polis bersama dengan ahli keluarga mangsa yang ditangkap untuk berjumpa OCPD bagi mendapatkan butiran anak guam saya, di hadapan FRU itu juga dia menjerit supaya saya sendiri ditangkap, walaupun saya sebagai peguam," katanya. Laporan Asal oleh Karat E-jau |
| Bukti Nyawa Pelajar Malaysia Di Mesir Terancam Posted: 04 Feb 2011 06:32 AM PST Seorang Pelajar diacu pistol di kepala ketika rusuhan SEPANG, 4 Feb: Bagi seorang pelajar tahun pertama jurusan pergigian Universiti Al-Azhar, pengalaman diacukan pistol ke kepala ketika berada di Mesir bakal menjadi sejarah yang tidak akan dilupakannya seumur hidup. Siti Nabilah Mohd Azaman, 20, berkata, kejadian menakutkan itu berlaku ketika beliau dan empat rakan keluar ke kedai berhampiran untuk menambah nilai prabayar telefon bimbitnya bagi menghubungi keluarga di tanah air. "Sedang berjalan kaki menuju ke kedai, kami terkejut apabila seorang warga tempatan yang tidak dikenali mengacukan pistol ke kepala kami, dan menyuruh kami pulang ke rumah. "Tanpa melengahkan masa kami yang ketakutan terus berlari pulang," katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di sini hari ini. -Bernama- |
| Pelajar Malaysia Gesa Misi Menyelamat Disegerakan Posted: 04 Feb 2011 05:30 AM PST Pelajar Malaysia yang masih terkandas di Mesir mengharap misi menyelamat disegerakan oleh kerajaan Malaysia ekoran mereka kini berdepan dengan pelbagai ancaman yang saban hari semakin meruncing. Bagi mendapatkan penjelasan lanjut bekenaan keadaan di sana, Tv Selangor menghubungi sekumpulan pelajar Malaysia yang menginap di Subra di Jalan Warsyah. Menurut wakil pelajar ini Mohamad Zihni, pelajar tahun empat jurusan Bahasa Arab yang menginap Subra, ketika dihubungi berharap mereka dapat dikeluarkan segera dari bumi Mesir dalam keadaan segera kerana khuatir nasib dan keselamatan mereka yang tersepit dalam pertempuranantara kumpulan pro dan anti Hosni Mubarak. "Kami berharap kami segera dibawa pulang atau dikeluarkan dari Mesir ini, di sini hari Jumaat akan ada pertempuran antara pro dan juga anti-Hosni jadi kami khuatir terjadi sebarang impak besar terhadap kami, kami berharap secepat mungkin kami dikeluarkan. "Kawasan di sini ada berlaku sedikit kekecohan walaupun kami dekat dengan balai polis, tetapi kami tidak mampu berbuat apa-apa, hanya duduk di dalam rumah sahaja," katanya. Menurut Zihni, rata-rata mereka yang terkandas kini dalam keadaan kerisauan dengan krisis yang kian meruncing ini selain terpaksa hidup dalam keadaan darurat. "Tentang pemakanan, kami masih dalam perintah berkurung malam, kami beli bekalan makanan dalam jumlah yang banyak, bagaimanapun kami berjaga-jaga dengan makan jamah-jamah seorang sedikit, yang kami risaukan kini ialah tentang kelambatan," jelasnya. Melihat kumpulan pertama pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir berjaya dibawa keluar dari Kaherah ke Jeddah, memberi seribu harapan kepada pelajar yang lain untuk turut dibawa keluar. Namun, berita tersebut tidak banyak mengubah perasaan 200 pelajar Malaysia yang masih terkandas di Subra, kerana perjumpaan mereka dengan wakil kedutaan Malaysia semalam hanya sekadar taklimat dan penyerahan butiran peribadi sahaja. Menurut Zihni, perjumpaan tersebut hanya untuk memberi butiran peribadi dan bantuan mengeluarkan pelajar Malaysia hanya tertumpu kepada pelajar perempuan sahaja. "Semalam kami dalam pukul 12 tengahari, pelajar-pelajar di Subra hampir 200 pelajar diberi taklimat, kami hanya sekadar mengisi borang untuk pelan evakuasi. "Yang akan dihantar dahulu adalah pelajar perempuan, dan lelaki dikemudiankan, tetapi memandangkan kawasan Subra ini adalah kawasan terdekat dengan tempat kejadian jadi ia merbahaya," katanya. Kumpulan pertama yang terdiri daripada 356 orang pelajar termasuk seorang bayi berjaya dibawa keluar dari Kaherah semalam menerusi pesawat Boeing 747 milik Malaysia Airlines (MAS) jam 3 petang semalam waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia). Pemindahan pelajar selain mengunakan pesawat milik MAS, ia juga turut mendapat kerjasama AirAsia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia. Pada masa ini dianggarkan terdapat 14,000 pelajar Malaysia di Mesir yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di sana. Sejak 28 Jan lepas, beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan. |
| PAS cabar Najib kutuk Hosni Mubarak Posted: 04 Feb 2011 03:57 AM PST PAS mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian terhadap Presiden Mesir Hosni Mubarak dan kerajaannya yang kini sedang berdepan penolakan rakyat di negara teluk itu.Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, sehingga kini Najib dilihat mengambil sikap berkecuali biarpun keangkuhan Hosni Mubarak berundur telah membangkitkan penentangan rakyat negara itu sehingga negara lain termasuk Malaysia terpaksa bersusah membawa pulang rakyat masing-masing. "Kita menuntut Najib menyatakan sikap yang jelas sama ada mahu mempertahankan Hosni Mubarak dan kerajaannya atau sebaliknya. "Kita kecewa sehingga kini Najib tidak berani memberi tekanan kepada Hosni Mubarak," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Tambahnya, Perdana Menteri sepatutnya malu apabila Tokoh Ma'al Hijrah Malaysia 2009, Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi dengan begitu tegas menggesa Hosni Mubarak berundur dengan segera. "Orang yang kita bagi anugerah pun boleh buat macam tu sedangkan dia tidak ada apa-apa kepentingan politik pun, malu la kita," ujarnya lagi. Sebelum ini, al-Qaradawi yang juga Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, turut meminta Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau pergi secara paksaan. Katanya, presiden Mesir itu perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali. "Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir. "Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak," katanya. "Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki," tambahnya lagi. Sehubungan itu, PAS dan seluruh rakyat negara ini ujar Mahfuz sedang menanti pendirian Najib dalam isu ini. "Rakyat sedang menunggu Najib untuk mengutuk Mubarak yang enggan tunduk kepada tuntutan rakyat sendiri," katanya. - hrkh |
| Pesawat Milik Umno Berjaya Bawa Keluar 356 Pelajar PAS Ke Jeddah Posted: 04 Feb 2011 02:12 AM PST Kumpulan pertama 356 pelajar tiba di Jeddah Kumpulan pertama pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir berjaya dibawa keluar dari Kaherah pada pukul 3 petang semalam waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia) dan selamat tiba di Jeddah.Kumpulan itu yang terdiri daripada 356 orang pelajar termasuk seorang bayi, berjaya dibawa keluar menerusi pesawat Boeing 747 milik Malaysia Airlines (MAS). Naib Pengerusi Eksekutif Hubungan Luar MAS Kapten Datuk Mohd Nawawi Awang berkata MAS menggunakan pesawat itu bagi memaksimumkan jumlah pelajar dan rakyat Malaysia untuk dibawa keluar dari Kaherah ke Jeddah. "Pesawat ini mampu ulang alik sebanyak tiga kali dalam sehari. Pun begitu, hari pertama kita tidaklah terlalu sukar (untuk mendarat di Kaherah) dan semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang," katanya kepada pemberita di Jeddah hari ini. Sementara itu, suasana ceria jelas terpancar di wajah pelajar-pelajar yang berjaya dibawa keluar dari Kaherah. Ada antara mereka yang menangis, tertawa dan ada juga yang sibuk dengan telefon bimbit masing-masing menghubungi ibu bapa untuk memaklumkan keadaan terkini mereka. Haslisah Khalil, 19, pelajar ijazah jurusan perubatan di Universiti Ainshams berkata, beliau bersyukur di atas keprihatinan kerajaan Malaysia yang mengambil inisiatif membawa mereka pulang. "Gembiralah...sebab keadaan amat menakutkan saya walaupun telah diberikan perintah berkurung oleh pengurusan Rumah Negeri Selangor. Kami hanya boleh keluar selepas pukul 1 tengah hari. Itu pun dengan secepat mungkin. "Perintah berkurung yang dikenakan ke atas kami bermula pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari. Waktu itu kami manfaatkan membeli barangan asas seperti roti dan gula. Waktu itu juga, kami terpaksa berebut-rebut dengan wanita Arab," katanya yang kini berada di tahun satu jurusan tersebut. Mohd Shauqi Ismail, 26, yang berasal dari Melaka berkata tindakan kerajaan membantu warganya dalam kesusahan termasuk di luar negara membuktikan bahawa kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak prihatin dan bertanggungjawab. "Saya rasa bersyukur dan gembira hari ini. Sama ada bantuan tiba menerusi kapal terbang ke, kapal ke, apa yang penting ialah keselamatan kita. Jadi kita tak kira apa pun yang datang selamatkan kita," katanya. Pelajar tahun satu jurusan Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar itu turut ditemani isteri yang juga menuntut di univerisiti itu dan anaknya berusia dua tahun. Kesemua pelajar tersebut kini ditempatkan sementara di asrama Tabung Haji di Jeddah. Pemindahan pelajar selain mengunakan pesawat milik MAS, ia juga turut mendapat kerjasama AirAsia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia. Pada masa ini dianggarkan terdapat 14,000 pelajar Malaysia di Mesir yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di sana. Sejak 28 Jan lepas, beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan. - Bernama |
| Malaysia Milik Orang Melayu - Mahathir Posted: 04 Feb 2011 01:41 AM PST Pakatan: Najib perlu respons isu 'Tanah Melayu' Mahathir KUALA LUMPUR, 4 Feb — Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menggesa Datuk Seri Najib Razak agar respons kepada kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Malaysia hanya milik orang Melayu dan kaum-kaum lain perlu menghormati kedaulatan orang Melayu negara ini. Malah mereka juga mahu perdana menteri menyatakan pendiriannnya mengenai isu itu sama ada beliau turut menerima kenyataan Dr Mahathir atau berpandangan sebaliknya. Wakil rakyat-wakil rakyat pembangkang yang dihubungi The Malaysian Insider berpendirian tegas kenyataan Dr Mahathir bercanggah dengan konsep 1 Malaysia sama sekali. Pada satu wacana anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan Selasa lalu, Dr Mahathir (gambar) berkata, rakyat Malaysia mesti mengakui negara ini adalah milik orang Melayu dan oleh itu, mereka mesti menerima budaya dan bahasa masyarakat itu. Bekas perdana menteri berkata nenek moyang negara ini memberikan orang Cina dan India taraf kewarganegaraan sebab mereka mengharapkan kedua-dua komuniti itu akan menghormati kedaulatan orang Melayu. Selain itu, Dr Mahathir juga menekankan, bukan Melayu mesti menerima konsep Bangsa Malaysia untuk membantu memperkukuhkan perpaduan nasional. Beliau yang menyandang jawatan perdana menteri selama 22 tahun berkata, masyarakat Cina dan India mesti mengutamakan kepentingan negara berbanding soal kaum dan identiti mereka sebagai rakyat Malaysia. Sehubungan itu Dr Mahathir menambah, jika orang Cina dan India terus melihat diri mereka berdasarkan negara asal mereka, maka ia bermakna mereka adalah imigiran ke negara ini. Oleh itu tegas Ahli Parlimen Pokok Sena dari PAS Datuk Mahfuz Omar, Najib tidak boleh berdiam diri dalam hal ini. "Najib tidak boleh kekal berdiam diri dalam perkara, beliau perlu memberi respons kepada kenyataan Dr Mahathir. "Penting untuk melihat apa pendirian yang hendak diambil oleh Najib, dan sama ada beliau bimbang dengan kesan sekiranya beliau tidak bersetuju dengan pendirian Dr Mahathir itu," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider. Naib presiden PAS itu menarik perhatian, pemimpin-pemimpin dalam Barisan Nasional (BN) yang tidak bersetuju dengan bekas perdana menteri itu berakhir dengan kerjaya politik singkat memandangkan Dr Mahathir tidak boleh menerima kritikan. Merujuk kepada serangan Dr Mahathir terhadap penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mahfuz mendakwa ahli politik veteran itu secara konsisten memperlihatkan bahawa beliau menentang dasar-dasar dibawa Najib seperti konsep 1 Malaysia. Najib menggantikan Abdullah pada April 2009. "Kita dengan jelas boleh melihat bahawa Dr Mahathir tidak gembira dengan Najib. Najib di sebelah lain telah gagal untuk memahamkan rakyat tentang konsep 1 Malaysia. "Jika Dr Mahathir sendiri tidak boleh menerima atau memahaminya, bagaimana rakyat jelata boleh memahami perkara itu?" kata Mahfuz. Oleh itu kata beliau, PR tidak mengiktiraf atau menyokong sebarang pandangan yang tidak menghormati hak kaum-kaum lain dan yang tidak menyumbang kepada proses pembinaan negara. Setiausaha publisiti DAP kebangsaan Tony Pua pula melabelkan Dr Mahathir sebagai 'supremacist' dengan berkata, tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyokong pandangan bekas presiden Umno itu. "Kemungkinan Najib dan Mahathir harus menunjukkan kepada rakyat Malaysia di mana adanya konsep 'supremacist' dalam Perlembagaan Persekutuan yang dirangka oleh nenek moyang kita. "Najib perlu menjelaskan bagaimana konsep 1 Malaysia beliau secocok dengan pandangan dibawa Dr Mahathir," kata ahli Parlimen ini. Dalam pada itu, penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, Dr Mahathir memperlihatkan "percanggahan" memandangkan beliau bukan sahaja bertindak bertentangan dengan konsep 1 Malaysia, tetapi juga gagasan "Bangsa Malaysia" yang diperkenalkan ketika era kepimpinannya. "Apa yang beliau katakan itu penuh dengan percanggahan... ia bercanggah dengan gagasan Bangsa Malaysia (dibawa Dr Mahathir sendiri) dan juga 1 Malaysia," kata ahli Parlimen veteran ini. Kata beliau, Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan rakyat yang komited kepada negara, kesemua negara bekerja menerusi platform yang sama. Malah pada wacana itu, Dr Mahathir berkata gagasan 1 Malaysia dan Wawasan 2020 berbeza kerana beliau mahu mewujudkan satu identiti nasional yang bersifat inklusif. "Apabila kita cakap mengenai 1 Malaysia, orang ramai bercakap mengenai kesaksamaan bagi semua kaum. Bagi Melayu ia bermakna menghapuskan sekolah-sekolah vernakular. "Bagi orang Cina dan India pula, 1 Malaysia bermakna menghapuskan hak orang Melayu," kata beliau. - MI |
| Demo Rakyat Malaysia Anti Mubarak Ditangkap Dan Disembur Air Posted: 04 Feb 2011 01:29 AM PST Peserta himpunan disembur, ditangkap Satu memorandum hari ini diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat melalui satu himpunan membantah campurtangan negara itu terhadap pemerintahan Mesir. Penyerahan memorandum tersebut disertai wakil-wakil parti politik dari Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan NGO. Mereka termasuk Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin, Presiden PSM Dr. Nasir Hashim dan Penyelaras PSM, S. Aruchelvan dan lain-lain. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Dianggarkan hampir 10 ribu menyertai himpunan kali ini selepas kali pertama himpunan sama dibuat Isnin lalu di hadapan Kedutaan Mesir bagi mengutuk kekejaman kerajaan negara itu dibawah Presidenya, Hosni Mubarak. Beberapa wakil pemimpin yang hadir turut menyampaikan ucapan ringkas, dan kesemuanya antara lain turut mengingatkan kerajaan Malaysia agar mengambil iktibar dari apa yang ditunjukkan rakyat Tunisia dan Mesir. Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Saleh antaranya berkata himpunan hari ini adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap sebarang bentuk kezaliman yang dilakukan mana-mana kerajaan terhadap rakyatnya. "Kita benci kepada mana-mana kerajaan yang melakukan kezaliman... Kita mahu kerajaan merealisasikan kehendak rakyat skiranya tak ingin jadi seperti kerajaan Tunisia dan Mesir,"katanya. Mohamad Sabu pula dalam ucapannya turut memberi amaran bahawa rakyat Malaysia juga akan bangkit jika dizalimi sedemikian rupa. Selain mereka, turut serta menyokong memorandum bantahan itu Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Citizens International, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram). Himpunan itu bagaimanapun dicemari dengan insiden tangkapan dan semburan watercanon oleh pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan FRU. Beberapa petugas Unit Amal PAS dan orang ramai ditangkap di hadapan Masjid Tabung Haji ketika pihak polis cuba menyuraikan himpunan tersebut selepas selesai menyerahkan memorandum. Terdahulu, lebih 7000 rakyat berarak dari Masjid As-Syakirin KLCC ke Kedutaan Amerika Syarikat. Himpunan memulakan diketuai Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor. Biarpun pihak polis menghalang laluan menuju ke bangunan kedutaan tersebut, peserta himpunan bagaimanapun berjaya melepasinya. Himpunan yang menggabungkan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini dinamakan Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir. Mereka membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat iaitu menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan. Kesemua mereka berarak selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi di Masjid As-Syakirin KLCC. Sekurang-kurangnya 50 NGO turut sama dalam himpunan tersebut. Kerengga |
| You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |











Tiada ulasan:
Catat Ulasan