Selasa, 1 Februari 2011

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


JANGAN RASA DIRI ITU BESAR, BOLEH BERAMBUS...

Posted: 31 Jan 2011 10:00 PM PST

Lagi Meninggalkan PKR

Monday, 31 January 2011
Image

Siva Sankhar adalah antara ahli PKR yang secara senyap melepaskan jawatan beliau dan juga turut keluar dari PKR. Beliau juga tidak mempercayai PKR yang tidak tahu berterima kasih terhadap ahli-ahli. Beliau tidak menegaskan secara terperinci dalam FB beliau tetapi ini adalah apa yang sebenarnya berlaku pada PKR yang semakin lama semakin suram. Ahli-ahli sedar akan kepincangan dan yang paling jelas ialah campur tangan Ketua UMUM dalam pemilihan dan menentukan siapa yang menang. Ini bagi sesetengah ahli melanggar tuntutan demokrasi dan keadilan yang menjadi slogan laungan PKR. (umno-reform2)

Oleh: WFAUZDIN NS

SIAPA beliau ini, aku tidak kenal tetapi mungkin ramai yang kenal. Bila beliau dikatakan mengambil keputusan untuk keluar dari PKR, aku sekadar boleh ucapkan "selamat berambus' satu ucapan yang pernah aku ucapkan kepada `katak hitam' Gobala.

Alasannya sebijik macam Gobala dan mereka yang satu kepala otak dengannya. Kununnya, PKR tidak tahu membalas jasa, tidak kenang budi, tidak adil dan bla...bla..bla...lidah biawak ini terus berkata untuk menghalalkan cara. Besar sangatkah jasanya kepada PKR? Nama pun aku tak kenal dan aku tanya kawan-kawan aku yang lain pun mereka tidak kenal. Mungkin pernah berjasa pada PKR, tetapi besar mana? Ada lebih besar dari Ezam? Besar dari Gobala? Dua ekor ini pun tak tahan daulat, nak jadi pejuang tahi kucing?

Aku respek sesiapa sahaja di dalam PKR yang terus mengkritik parti dan pimpinan atas apa jua ketidakadilan. Pemimpin tak betul, tolong betulkan dan kritiklah asalkan ada asas. PKR bukan parti Anwar, Azizah mahupun Azmin. PKR parti untuk semua ahlinya, dan mereka bebas untuk mengkritik. Mana-mana pemimpin yang tidak mahu memimpin dengan betul, tukar saja orang lain.

Tetapi kalau cara nak luahkan marah dan tidak puas hati kepada pemimpin dengan cara keluar parti, itu tanda orang pengecut. Apatah lagi keluar parti kerana tidak dapat jawatan atau tidak dapat habuan. Aku setakat ini respek dengan Chegu Bard yang terus kritik dan desak parti di dalam hal yang beliau rasakan tidak betul dengan parti. Kalau Chegu Bard keluar parti dan meletakkan dirinya setaraf dengan Gobala, mungkin anggapan aku pada beliau berubah.

Nampaknya ramai yang nak ambil kesempatan dari masalah yang ada dalam parti. Masalah yang ada bukan untuk diatasi, tetapi mahu lari dari masalah dengan keluar parti. Boleh berambus kalau macam itu. Pemimpin di dalam parti pula, jangan biarkan masalah yang ada berterusan sehingga menjadi kudis buta. Mentang-mentang mereka yang mengkritik parti tetap setia dengan parti, pemimpin pula buat tidak kisah dengan masalah di depan mata. /wfauzdin.blogspot.com

PRU KE 13 - HARAP PAS KEKALKAN PUAN NORMALA

Posted: 31 Jan 2011 05:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

MESKIPUN tewas di dalam Pilihanraya Kecil Dun Tenang yang diumumkan malam tadi, calon PAS Puan Normala Sudirman boleh kita anggap sebagai `pemenang sebenar' pertandingan menentang seluruh jentera kerajaan.

Wanita gigih ini berjaya menggagalkan cita-cita TPM Muhyiddin yang mengimpikan majoriti sekurang-kurangnya 5000 di mana PAS tewas hanya majoriti 3, 707 sahaja. Muhyiddin mensasarkan majoriti sebanyak itu kerana beliau yakin dengan kekuatan seluruh jentera kerajaan yang ditunggangnya amat mudah untuk menghadapi hanya seorang wanita. Ternyata, Puan Normala telah memberikan satu tamparan hebat dan memalukan TPM.

Saya berharap agar di dalam PRU Ke 13 nanti, kerusi Dun Tenang ini ditandingi semula oleh Puan Normala. Beliau seorang yang berkebolehan dan ketenangan serta kecekalannya amat menguntungkan PAS memiliki wanita ini. Berhadapan dengan seribu fitnah termasuk ke atas suaminya, Puan Normala tetap mampu tersenyum sebilang masa. Beliau hanya berserah kepada yang Maha Esa.

Selepas ini, apakah nasib yang bakal menimpa ke atas suaminya yang dikatakan akan berhadapan dengan tindakan tatatertib kerana kununnya menyalahgunakan cuti sakit untuk menemani kempen membantu isterinya. Saya berharap PAS akan sedia membantu dari segala segi termasuk bantuan guaman sekiranya suami Puan Normala dikenakan tindakan.

Sekali lagi, tahniah kepada Puan Normala yang telah berjaya merapatkan perpaduan dan kefahaman Islam kepada kaum Cina di Tenang. Undi kaum Cina di Tenang dikatakan mencapai 70 % menyokong PAS. Biarkan lah Melayu di felda dengan `ketuanan Melayunya' dan kita lihat sejauh mana `ketuanan Melayu' yang disanjung oleh mereka itu boleh memberi kesenangan kepada mereka.

Pernahkah kita terfikir Melayu menolak perjuangan Islam, dan kaum Cina menyokong perjuangan Islam? Itulah kerja Allah yang manusia tidak boleh fikirkan. Benarlah kata Tuan Guru Nik Aziz, Islam itu bukan kepunyaan Melayu sahaja./wfauzdin.blogspot.com

PRK DUN TENANG - TERIMA KASIH SPR KERANA PAS DAPAT 3 UNDI POS

Posted: 31 Jan 2011 08:36 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA tidak tahu sampai bilakah kita mahu serius untuk menentang Undi Pos ini. Jika dahulu SPR kununnya ingin praktikkan sistem cop jari (dakwat) tetapi SPR juga yang membatalkannya walaupun dikatakan berjuta duit rakyat habis digunakan untuk membeli dakwat khas tersebut.



Sistem undi pos sememangnya menguntungkan mereka dan kita tahu perkara ini. Tetapi, apa yang telah kita lakukan dan jika ada, apakah ianya serius atau tidak? Terbaru, di PRK Dun Tenang kita hanya mampu menyaksikan calon kita mendapat 3 undi sahaja berbanding dengan mereka yang mendapat 115 undi. Sebelum ini, di PRK Dun Bagan Pinang, di dalam ribuan pengundi pos kita hanya mendapat jika tidak silap 500 undi sahaja.

Pada saya, 3 undi yang kita perolehi dari undi pos di Tenang baru-baru ini adalah `sedekah' dari puak mereka kepada kita. Kita patut ucap terima kasih kepada SPR kerana mendapat 3 undi beharga ini. Sampai bila kita boleh bertahan dengan `permainan' seperti ini? /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: