Sabtu, 26 Februari 2011

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


bob lokman - jalan yang benar - perjuangan - tanda soal -

Posted: 25 Feb 2011 05:56 PM PST

Ya, Bob Lokman penulis lagu/lirik Isabella, Taman Rashidah Utama (aku lebih kagum dengan lirik pemecah mindanya "Di jalan sesat" nyanyian M.Nasir dan "Adam dan Hawa" oleh Ramli Sarip), Pada syurga di wajahmu dan lain-lain masuk Pas. Bob juga sudah berbeza penampilannya. Aku juga kagum.
Cuma aku boring sedikit membaca komen-komen penyokong parti yang mengalu-alukan kemasukan Bob dengan ucapan seperti "syukur, bob sudah nampak jalan yang benar", "bob dah lari dari kejahilan" dan ucapan nada sebegitu hanya kerana masuk Pas. seolah-olah selama ini dia memang teruk. Kalau bob sendiri mengakui dia jahil, itu tak mengapa. tak salah. tetapi kita yang sibuk mengukur orang itu ini jahil dan terus suci apabila masuk Pas atau PKR atau sertai PR adalah tak patut. Masuk Pas tak semestinya suci. Dalam Pas ada macam-macam topeng. jangan nak gelembung. Aku pun kenal ramai kaki perempuan, kaki kelentong dalam Pas nii. Guna imej agama tapi kuat berbohong dan sombong. Dalam PKR, DAP atau PR pun ramai. Namun begitu JANGAN PULA SILAP faham. Bukan aku kata tak bagus masuk Pas. Pas adalah parti yang paling tersusun dan berdisiplin, malah ia sangat kukuh. Ramai yang baik sebagaimana aku percaya dalam Umno masih ada ramai yang sangat baik. aku biasa jumpa. Cuma orang baik dalam Umno adalah orang penakut dan dunia rosak disebabkan orang baik yang sangat penakut menegur orang jahat.
Sekali lagi diulang - Bob masuk Pas sangat kita alu-alukan. Bob berubah imej malah nampak imejnya lebih 'alim' dari kita sangat mengagumkan. Kewarakannya kerana keyakinan terhadap Islamlah yang harus dicontohi. Menyertai Pas kerana melihat Pas satu wadah menegakkan Islam sangat dialu-alukan. Bukanlah kerana jalan yang benar ada di Pas sahaja. Ia hanya wadah. Di luar Pas pun ada jalan yang 'lurus' namun dalam konteks demokrasi di Malaysia yang memilih pilihanraya, untuk menegakkan Islam harus melalui parti politik maka Pas memilih memperjuangkan Islam. Ya, tak salah dan sangat betul.
sekali lagi untuk difahami - aku cuma tak setuju jika ada yang mengatakan jalan lurus hanya di dalam Pas. itu saja.
satu lagi aku tunggu ialah melihat golongan seniman/karyawan dan artis terus berani mencontohi Bob. Bukan jadi 'warak' tetapi berani melaungkan kebenaran dan menentang ketidakadilan. Yassin brothers pernah mengakui dia peminat PKR dan tak gentar mengakui kerana kita sudah patut menerima konsep "agree to disagree". Tapi ramai yang masih spesis 'kondom' (play safe).
bayangkan Amy Search menjerit "takbir" di konsertnya atau Mawi melaungkan "reformasi". Tunggang terbalik BN aku rasa. Jamal Abdillah pula kata "jauhi dadah, perangi rasuah! Ada rasuah adalah dadah!"
malangnya mereka masih was-wasilhonnas. M.Nasir dulu banyak hasilkan lagu-lagu perjuangan tapi masih kecut selepas disergah isu "siapa mahathir" dulu. kah kah kah!
Ayuh kaum artis! Jom selamba je!

di bawah ni lirik "di Jalan sesat" karya Bob Lokman nyanyian M.nasir dalam album saudagar mimpi.

apakah takdir mimpi ini mendatang berulang kali
berdarah penuh di tanah sedang tangan menongkat langit
apakah yang kuperjuangkan
apakah yang dipertahan
apakah mesti aku jadi pahlawan
oh tuhan tidaklah aku layak untuk syurgamu
namun aku tak berdaya menahan panas nerakamu
curiga di mata orang bagai mentari rembang
bagaikan aku berdosa pada siapa saja
sedang tuhan di mana-mana melihat semua dosa
dalam serata usia walau ditelan segitiga bermuda
selaluku mengulangi dosa yang telah kubuang
diikuti kembali mengapa begini
mengapa begini
sedang tuhan tahu sesiapa untuk neraka untuk syurga
aku tak terpaksa memilih syurga
demi pengertian pada hukum alam
dan sesungguhnya aku cinta padamu tuhan
walaupun sesat jalan

Tiada ulasan: