Sabtu, 26 Februari 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Keputusan Bola Sepak Liga Perdana Inggeris

Posted: 26 Feb 2011 02:38 PM PST

England - Premier League
22:37February 26

FTAston Villa4 - 1Blackburn R.

FTEverton2 - 0Sunderland

FTNewcastle U.1 - 1Bolton W.

FTWigan Athletic0 - 4Manchester U.

FTWolverhampton W.4 - 0Blackpool

Anwar dan Nik Aziz pengkhianat Melayu, dakwa Mahathir

Posted: 26 Feb 2011 07:15 AM PST

KAMPUNG GAJAH, 26 Feb – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi kecaman terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa Melayu kerana sanggup memecahbelah perpaduan ummah hanya semata-mata untuk kepentingan politik.

Beliau berkata Anwar sanggup memecah belahkan orang Melayu untuk meraih sokongan semata-mata membolehkan beliau ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri, Nik Abdul Aziz pula menjadikan isu agama untuk mengkafirkan orang lain dengan membuat andaian orang yang berjuang untuk bangsa adalah orang kafir.

"Saya tidak tahu Nik Aziz dapat dari mana-mana hadis atau Al-Quran yang mengatakan sedemikian," katanya berucap pada Perhimpunan Melayu anjuran Perkasa Perak di sini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata mengikut kenyataan Menteri Besar Kelantan itu, mereka yang menjadi nasionalis dianggap telah menolak agama.

"Bagi Nik Aziz kalau hendak menjadi Islam bukan saja mengucap dua kali syahadah tetapi menjadi tiga kalimah termasuk menjadi ahli dalam parti PAS, baru dianggap sah sebagai orang Islam," katanya.

Dr Mahathir berkata pemimpin PAS itu juga sanggup mengeluarkan kenyataan beliau sedih dilahirkan sebagai orang Melayu kerana ingin mendapat simpati dan sokongan daripada kaum lain.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan itu, beliau berkata Negara perlu mencatat pertumbuhan ekonomi 7 peratus setiap tahun bagi mencapai sasaran taraf negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau berkata rakyat juga perlu bekerja kuat untuk memastikan pengeluaran produktiviti berkualiti tinggi kerana negara tidak boleh bergantung kepada pelaburan luar sahaja sebaliknya mesti memberi galakan kepada pelaburan dalam negara.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib adalah antara kira-kira 5,000 orang yang menghadiri perhimpunan itu. – Bernama

kesian kami tengok, makin tua makin melalut. Di bawa ke sana ke mari walaupun dah tua. makin nyanyok makin laku kat wayang umno

Kenyataan Media Timb Presiden PAS Berkaitan Isu Najib Bidas Sheikh Yusuf Qardawi

Posted: 26 Feb 2011 06:30 AM PST

Merujuk dalam satu laporan berita yang disiarkan dalam laman web National Review Online, saya mendesak Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Mohd Najib Razak supaya menarik balik tuduhan liar yang dilemparkan kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama' terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Memetik ucapan yang dibuat olehnya di Istanbul baru-baru ini, beliau mendakwa bahawa parti politik Ikhwan Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis.

Ikhwan Muslimin merupakan sebuah gerakan Islam yang sah di Mesir. Malah, mereka turut terlibat dan berpartisipasi secara aktif dalam beberapa siri pilihanraya di Mesir. Tambahan lagi, mereka sering melaungkan tema "Penglibatan dan Bukan Penguasaan" disamping memelihara peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Mesir.

Walaubagaimanapun, hak dan nilai demokrasi mereka sebagai rakyat dan parti politik yang sah telah dicabul sehingga mereka terpaksa berdepan dengan ancaman, ugutan serta penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pemerintah Mesir.

Menyentuh mengenai kebangkitan rakyat di Mesir, Ikhwan Muslimin berpendapat bahawa segala kerosakan dan pencerobohan yang berlaku adalah disebabkan tindakan kumpulan-kumpulan samseng yang bersengkongkol dengan pihak-pihak tertentu untuk menindas kemahuan rakyat.

Malah Ikhwan Muslimin turut memberikan penghargaan kepada seluruh tentera Mesir yang berkhidmat untuk menjaga keselamatan dan memelihara keamanan sepanjang tempoh revolusi yang berlaku.

Ini membuktikan bahawa Ikhwan Muslimin tidak terlibat dengan sebarang bentuk provokasi dan strategi bagi melakukan keganasan dan kekacauan di Mesir.

Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang juga Pengerusi Kesatuan Ulama' Sedunia pula merupakan seorang tokoh ilmuan yang sangat terkenal seluruh dunia. Bahkan segala usaha-usaha yang dilakukan olehnya mendapat pengiktirafan serta penghormatan yang tinggi.Sempena majlis sambutan Ma'al Hijrah 1431/2009, Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah berkenan menyampaikan Tokoh Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada beliau atas sifat peribadi unggul dan sumbangannya yang begitu besar dalam agama serta dunia Islam seluruhnya.

Malah, beliau selalu berkunjung ke Malaysia untuk menyampaikan ilmu serta bertemu dengan ramai individu, parti politik serta pihak-pihak tertentu. Ini membuktikan sifat beliau disenangi dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Kenyataan Perdana Menteri itu dilihat tidak cerdik. Saya berpendapat Najib harus menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi segera.

Jika tidak, beliau telah menunjukkan sikapnya sebagai seorang yang pro kuasa Barat dan takut untuk menzahirkan kebenaran.

Disediakan oleh
NASHARUDIN MAT ISA,
Timbalan PresidenParti Islam SeMalaysia

Angkat Tangan Siapa Nak Percaya Ismail Sabri Cakap? Tolong Jangan Gelak

Posted: 26 Feb 2011 06:00 AM PST

PRK Kerdau; Ismail Sabri Nafi Harga Barang Naik Selepas Pilihan Raya Kecil

TEMERLOH, 26 Feb (Bernama) -- Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan parti pembangkang kononnya harga barangan keperluan akan naik selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang dan Merlimau, Melaka.

Katanya, kerajaan sentiasa memberikan subsidi terhadap barangan keperluan sekalipun harga barangan terbabit yang diimport dari negara luar meningkat.

"Walaupun subsidi membabitkan peruntukan besar, kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus memberikan subsidi supaya harga barangan keperluan tidak membebankan rakyat,"katanya kepada pemberita selepas melawat bilik gerakan BN Kampung Tekal, di Kuala Tekal, di sini, Sabtu.

Beliau berharap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan pihak pembangkang yang sering memainkan isu sedemikian setiap kali berlangsungnya pilihan raya kecil.

"Bagaimanapun, harga daging lembu import kemungkinan akan naik berikutan negara pengeluar Australia ditimpa bencana alam baru baru ini menyebabkan banyak ternakan mati," katanya.

Katanya, negara terpaksa mengimport daging dari Australia oleh kerana ternakan tempatan tidak mencukupi untuk menampung keperluan yang semakin bertambah.

Menurutnya, kerajaan membelanjakan RM10.3 billion tahun lepas bagi mengimport barangan keperluan termasuk daging, bawang, tepung, gula dan lain lain.

-- BERNAMA

mail ni sedar ke tak?
cakap masa mimpi ke ni?
siapa bodohkan siapa ni?
alahai kesian umno.

Pentadbir Universiti Jangan Jadi Tali Baru Umno

Posted: 26 Feb 2011 05:30 AM PST

Pentadbir universiti jangan jadi tali barut umno dan Bn di negara ini. Pas mengharapkan pentadbir universiti jangan menambahkan lagi keahlian dalam komponen Barisan Nasional. Di luar kampus, demokrasi berada di padang yang tidak sama kerana SPR yang menjadi budak suruhan umno. Jangan cemarkan menara ilmu dengan bersikap seperti Jawatankuasa Kampung Umno yang melakukan diskriminasi kepada penyokong pembangkang ketika memberi subsidi beruk dan baja.

Pembatalan keputusan 11 kerusi majlis perwakilan pelajar Universiti Putera Malaysia Pro Mahasiswa merupakan sejarah hitam dan tindakan yang melampau. Pas ingin mengigatkan kepada pihak universiti, mahasiswa bukan manusia yang boleh dicucuk hidung. Mahasiswa ialah insan yang terpilih di kalangan 27 juta rakyat di negara ini.

Pas hendak menasihatkan pihak pentadbir tumpulah kepada usaha untuk mengangkat darjat ilmu di menara gading. Universiti perlu fokus kepada tugas melahirkan generasi yang berilmu dan beramal untuk berbakti kepada agama dan negara. Jika universiti tidak fokus kepada tugas hakiki maka jadilah seperti polis yang sepatutnya menjaga keselamatan dan membenteras jenayah sebaliknya telah menumpu kepada aktiviti pembangkang. Kesannya jenayah meningkat dan keselamatan sosial tidak selesa.

Tindakan berani mahasiswa yang bertindak membantah ketidak adilan Hal Ehwal Pelajar patut disanjung dan disokong. Inilah bahasa yang boleh difahami oleh orang suruhan umno di universiti

Idris Ahmad

Husam Musa Bidas Penipuan Yang SPR Lakukan.

Posted: 26 Feb 2011 05:00 AM PST

PR berkubur kerana jujur

Pilihanraya Malaysia kini sudah bersih selepas kebangkitan kempen BERSIH 2008?

Cap jari untuk menyekat pengundian dua kali oleh individu sama belum berjalan sampai kini. Sekalipun dakwat mulanya telah ditempah, saat akhir menjelang pilihanraya umum lalu ia dibatalkan.

PRK Merlimau dan Kerdau harus menghidupkan balik tuntutan penting untuk piliharaya tanpa penipuan. Diikuti pilihanraya Sarawak dan PRU akan datang.

Jika tidak, khabar angin bahawa BN sedang menggunakan taktik daftar pemilih untuk menang besar tidak mungkin dapat ditahan lagi. Pilihanraya kita di bawah Mohd Najib akan jadi seperti pilihanraya Muhamad Husni Mubarak - parti pemerentah menang besar sekalipun majoriti rakyat menolak mereka.

Isteri tentera didaftar jadi pengundi pos kerana undi pos adalah jaminan kemenangan paling mudah untuk BN. Tanpa kemenangan undi pos BN sudah tumbang PRU lalu lagi.

Lebih ramai didaftar sebagai anggota askar wataniah untuk didaftar sebagai pengundi pos.

Pendaftaran tukar alamat dengan tujuan memberikan tumpuan kepada negeri tertentu terutama Selangor juga giat dijalankan.

Warga asing giat diberikan kerakyatan Malaysia dan sebaik mereka mendapat IC, terus didaftar sebagai pemilih yang sah. Termasuk pemilik dua IC di negeri bersempadan yang juga ada dalam senarai daftar pemilih negara kita. Ia satu pengkhianatan kepada negara tetapi ia diizinkan.

Nasib rakyat negara ini akan ditentukan oleh pengundi import ini. Malang! Selain pengundi buatan yang lain.

Kalau sekadar piliharaya kampus di mana 'anak muda sedang belajar' pun BN tidak dapat bertoleransi dan dicemari dengan segala macam kerenah, bayangkan pilihanraya di mana UMNO/BN penuh noda akan mempertaruhkan hidup mati mereka. Kitalah yang berkewajipan meluruskan perjalanan pilihanraya negara ini.

Selain ancaman daftar pemilih korup dalam aneka bentuk ini, perjalanan pilihanraya terus menerus kotor lagi berat sebelah - BN memperalatkan jentera kerajaan sekehendak mereka, politik rasuah, terhalangnya kebebasan media, mempolitikkan agama dan sentimen kaum dan segala macam ketempangan, SPR terus mengesahkan amalan ini tanpa sebarang rasa berdosa.

Dalam keadaan pincang seperti itu, parti bukan BN terus menerus meletakkan calon-calon mereka dengan tekun dan jujur. Seolah-olah tugas kita hanyalah menjadi pelengkap sistem yang tempang ini terus berjalan. Tanpa PR meletakkan calon, permainan BN tidak akan lengkap.

Lantas Merlimau dan Kerdau mesti dilihat di luar konteks pertarungan antara calon BN dan PR semata-mata. Ia harus dijadikan sepak mula tuntutan BERSIH dulu dihidupkan semula.

Jangan dibiarkan Malaysia tercinta bertukar menjadi Mesir dan Tunisia kerana sistem pilihanraya yang tidak adil, telus dan saksama.

Pilihanraya yang adil sangat penting untuk mengekalkan kestabilan politik negara kita.

http://cetusan-hati.blogspot.com/2011/02/pr-berkubur-kerana-jujur.html

PM dan TPM turun padang mulai Mac, PRU13 selepas Sept?

Posted: 26 Feb 2011 04:30 AM PST

TEMERLOH, 26 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan program turun padang di setiap negeri mulai bulan depan bertujuan mendekati rakyat.

Kedua-dua pemimpin Barisan Nasional itu mengambil pendekatan itu sementara spekulasi semakin kuat pilihan raya umum akan diadakan tahun ini.

Najib juga ada mengumumkan pendekatan itu ketika menutup Perhimpunan Agung Umno akhir tahun lalu.

Mengumumkan demikian, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Operasi dan Pelaksanaan program itu berkata, sebagai permulaan, kedua-dua pemimpin negara itu akan mengunjungi Sarawak.

Pilihan raya negeri dijangka diadakan akhir Mac atau awal April.

"Selepas Sarawak, kedua-dua mereka akan berada di dua negeri secara berasingan setiap bulan.

"Mereka akan berada dua hari satu malam dan akan menjurus kepada mendekati orang ramai dan memahami masalah dan mendengar rintihan yang ada," kata Hishammuddin ketika ditemui pemberita selepas proses penamaan calon pilihan raya kecil DUN Kerdau di sini, hari ini.

Dipetik Bernama beliau berkata, semua negeri dijangka akan dilawati sehingga menjelang September ini dan akan diteruskan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Mandat semasa Parlimen hanya akan berakhir April 2013.

Pilihan raya umum ke-12 telah diadakan pada 8 Mac 2008.

Calon PAS Hassanuddin yakin rampas Kerdau

Posted: 26 Feb 2011 04:14 AM PST

TEMERLOH, 26 Feb – Calon PAS, Hassanuddin Salim, percaya pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau di sini akan memberikannya peluang untuk memenangi pilihan raya kecil DUN tersebut pada 6 Mac ini.

Ketua Penerangan PAS Pahang itu berkata untuk meraih lebih banyak sokongan pengundi khususnya di kawasan Felda, beliau bersama jentera parti pakatan pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan berusaha keras bagi menawan hati semua pengundi.

"Saya optimis Pakatan Rakyat mampu menang dalam pilihan raya kecil ini," katanya ringkas kepada pemberita selepas proses penamaan calon di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh, di sini, hari ini.

Hassanuddin, 43, yang memakai baju Melayu diiringi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS DUN Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR Fuziah Salleh.

Pilihan raya kecil itu akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Hassanuddin dengan calon Barisan Nasional (BN) iaitu Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandangnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, dari BN, meninggal dunia pada 12 Februari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Zaharuddin menewaskan Hassanuddin dengan majoriti 1,615 undi. – Bernama

La.. Isu Sijil Palsu Calon BN. Rupanya Umno Fitnah Umno

Posted: 26 Feb 2011 02:22 AM PST

Adnan fitnah PAS isu sijil calon BN

Harakahdaily

TEMERLOH, Feb 26: PAS hari ini menyelar kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang terang-terang memfitnah PAS terlibat dalam isu kontroversi isu sijil calon Barisan Nasional di Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Sedangkan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tiada satupun kenyataan yang dikeluarkan dari mana-mana pemimpin PAS mengenai isu tersebut sehingga kini.

"PAS kesal kerana dituduh menyebarkan fitnah kepada calon BN Syed Ibrahim yang dikatakan gagal menamatkan pengajian di Mesir (Universiti Al-Azhar).

"Sedangkan isu ini tidak pernah keluar daripada mana-mana pimpinan PAS. Ia dicetuskan oleh blogger yang tiada kena mengena dengan PAS.

"Bagi PAS, kami menafikan sekeras-keras tuduhan isu ini ditimbulkan oleh PAS," katanya yang juga Pengarah Pilihanraya PAS PRK Kerdau.

Justeru, selepas Syed Ibrahim dinamakan sebagai calon BN Selasa lepas, Adnan tetiba menyalahkan PAS dalam satu laporan Bernama semasa membuat kenyataan penafian bahawa calonnya tidak berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar ketika disoal media.

Kenyataan Adnan menyalahkan PAS dibuat meskipun perkara itu tidak dilaporkan di sebarang media pro-pembangkang ataupun mana-mana pemimpin PAS atau Pakatan Rakyat.

Ramai pemerhati politik berpendapat perkara ini sengaja ditimbulkan seperti mana penerbitan dan penyebaran risalah bertajuk Kalau Program 100 Hari Pakatan Rakyat Dilaksanakan di Kerdau semalam sebagai satu percubaan menghasut melampau terhadap PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil kali ini.

Bahkan bukan itu saja, Adnan juga menokok tambah pertuduhan kepada PAS apabila menukar kontroversi kegagalan Syed Ibrahim itu kepada 'isu beli sijil' yang kini dikaitkan dengan pelbagai jenis kenyataan.

"Asal isu beliau dikatakan gagal menamatkan pengajian, langsung tiada sebarang kenyataan beliau beli sijil, seingat kita kenyataan beli sijil keluar dari kenyataan MB.

"Kini pelbagai kenyataan dikait dengan beli sijil. Begitulah 'peralihan' dari isu asal gagal menamatkan pengajian kepada isu yang dikemukakan oleh pimpinan mereka (beli sijil)," selar Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Untuk PAS, katanya, soal calon BN lulus atau gagal itu bukanlah isu, namun pengundi berhak mengetahui keadaan sebenar.

"Mereka berhak tahu, walaupun ribuan calon sahkan lulus di al-Azhar, pergi pun tidak," ujarnya.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim juga telah memberikan komitmen untuk tidak menyerang peribadi calon dan isu peribadi dalam kempen PAS di Kerdau.

Kerusi Dun Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.

Pilihan raya kecil (PRK) Kerdau yang akan berlangsung pada 6 Mac ini menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon PAS, Hassanuddin Salim dengan calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Wanita Umno Jasin boikot calon BN, tutup bilik gerakan

Posted: 26 Feb 2011 12:30 AM PST

MERLIMAU: Hari Penamaan Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau menyaksikan Wanita Umno Jasin langsung tidak memberi sokongan kepada calon parti mereka lantaran kecewa golongan wanita diketepi dari menjadi calon.

Bercakap kepada KeadilanDaily.com, Ketua Wanita KEADILAN Melaka, Mahani Misban, berkata Wanita Umno Bahagian Jasin turut menutup bilik gerakan mereka di Taman Merlimau Jaya.

"Sejak pagi tadi, saya tidak nampak kelibat Ketua Wanita Umno, Zaleha Bujang dan Wanita Jasin mahupun Wanita Merlimau memberi sokongan kepada calon mereka.

"Mereka boikot calon sendiri kerana kecewa golongan wanita tidak dipilih setiap kali pilihan raya kecil. Ini tidak berlaku dalam Pakatan Rakyat. Wanita turut diangkat seperti calon, contohnya Normala Sudirman," katanya.

Zaleha sebelum ini menyatakan kepada beberapa media, mengatakan rasa tersinggung kerana Umno memilih Roslan Ahmad sebagai calon sekaligus dianggap mengetepi sumbangan dan peranan wanita.

Beliau dilapor berkata, keputusan itu menunjukkan suara Wanita Umno tidak didengari pimpinan Umno berbanding dengan Pakatan Rakyat yang mengangkat Normala Surdiman sebagai calon di DUN Tenang.

Mengulas lanjut, Mahani menyifatkan tindakan Wanita Umno itu menunjukkan sikap majoriti pimpinan Umno yang gila kuasa dan berebut mahu menjadi calon.

"Itu semua sikap Umno yang mahukan kuasa. Kita pun turut menyenarai cadangan wanita sebagai calon, namun akur dan patuh dengan keputusan parti. Siapapun calon pilihan parti, Wanita PR akan beri sokongan padu," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Wanita KEADILAN Melaka akan turut serta dalam kempen bermula seawal pagi esok bagi meraih sokongan rakyat demi mencapai kemenangan.

"Esok pagi kita akan mula bergerak dari satu kampung ke kampung untuk bertemu dengan rakyat dan mendekati mereka bersama-sama calon PAS, Yuhaizad Abdullah," katanya.

Syed Ibrahim tunjuk ijazah, tangkis tohmahan pembangkang

Posted: 26 Feb 2011 12:19 AM PST

TEMERLOH, 26 Feb — Calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, hari ini menjawab tohmahan pembangkang mengenai status pendidikannya dengan menunjukkan ijazah Bahasa Arab yang diperolehinya dari Universiti Al-Azhar, Mesir, kepada pemberita.

"Seminggu saya bertahan . . . saya tidak suka menunjukkan sijil (ijazah), tapi terpaksa, bukan untuk takbur," katanya ketika ditemui pemberita selepas proses penamaan calon pilihan raya kecil DUN Kerdau di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh, di sini.

Syed Ibrahim berkata beliau terpaksa berbuat demikian selepas didesak banyak pihak bagi mengemukakan bukti latar belakang pendidikannya itu.

"Saya diajar supaya tidak menuntut ilmu untuk berbangga, untuk jatuhkan orang tetapi saya dididik untuk berkhidmat dan memberi ilmu kepada masyarakat," katanya.

Parti pembangkang sebelum ini mendakwa ijazah yang dimiliki Syed Ibrahim adalah palsu kerana beliau dikatakan gagal menamatkan pengajian di university tersebut.
Syed Ibrahim, 44, menerima ijazah tersebut pada 1997.

Katanya beliau tidak pernah berasa kesal dan terkilan dengan tuduhan yang mengatakan beliau menipu berhubung kelulusan akademiknya itu.

"Saya berdoa supaya tabiat mereka yang suka melemparkan tuduhan agar dibersihkan jiwa mereka," katanya.

Pada pilihan raya kecil ini, Syed Ibrahim berdepan calon PAS Hassanuddin Salim, 43.

Pengundian ditetapkan pada 6 Mac ini. — Bernama

Gambar: Zul Nordin Tak Berani Tegur Najib Dan Rosmah. Buat malu Dengan Kopiah!

Posted: 25 Feb 2011 10:00 PM PST













Tengah tunggu apa kata zul kulim berkaitan isu ini dan kritikan najib buat sheik qardawi.

tunggu.....

Ali Rustam Minta PAS Menyerah Kalah

Posted: 25 Feb 2011 09:30 PM PST

Umno: PAS patut tarik diri jika hanya mahu uji kekuatan
Oleh Syed Mu'az Syed Putra


JASIN, 26 Feb — Datuk Seri Mohd Ali Rustam menasihatkan PAS menyerah kalah dan menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil kerusi DUN Merlimau, yang bermula hari ini, jika hanya mahu menjadikannya medan menguji kekuatan menghadapi pilihan raya umum.

Sehubungan itu Ketua Menteri Melaka berkata beliau yakin pengundi-pengundi Merlimau akan terus memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

"Pengundi di Merlimau akan memberikan sokongan kepada calon BN dan saya nasihatkan PAS supaya menyerah kalah dan menarik diri dari pilihan raya kecil ini.

"Saya percaya pengundi akan memberikan sokongan kepada calon kita dan saya rasa BN akan menang dalam pilihan raya kecil ini, jika calon kita menang saya yakin beliau boleh memberikan perkhidmatan terbaik," katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon pilihan raya kecil DUN Merlimau di sini.

Mohd Ali yang juga Pengerusi BN Melaka menegaskan, sekiranya PAS bertanding hanya kerana ingin menguji kekuatan parti adalah lebih baik parti Islam itu tarik diri daripada bertanding.

"Kalau setakat mahu bertanding kerana nak uji kekuatan jentera tidak ada makna PAS bertanding.

"Jika PAS bertanding kerana nak jadikan ia sebagai medan menguji kekuatan parti untuk menghadapi pilihan raya umum, saya rasa mereka perlu tarik diri," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad dan calon PAS Yuhaizat Abdullah.

Roslan merupakan ahli jawatankuasa Umno Jasin manakala Yuhaizat adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari. Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham memenangi kerusi berkenaan dengan menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Ini merupakan kali pertama kedua-dua calon bertanding dalam pilihan raya.

Tengku Zafrul, Isa Samad dan Umno

Posted: 25 Feb 2011 09:00 PM PST

Oleh Syed Imran

Kritikan pedas yang dilemparkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif bank pelaburan Maybank, Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz terhadap pelantikan Tan Sri Isa Samad selaku pengerusi Felda, nampaknya terus menimbulkan kemarahan di kalangan pemimpin pertengahan UMNO.

Mereka menuduh Tengku Zafrul sebagai telah mempertikai dan memperkecil-kecilkan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana melantik Isa, mantan menteri wilayah persekutuan dan sebelum itu mantan menteri besar Negeri Sembilan.

Kenapa mereka marah sangat dengan kenyataan yang dibuat atas sifat peribadi Tengku Zafrul dan bukan sebagai mewakili kumpulan Maybank sehingga mendesak dia dipecat atau meletak jawatan?

Apakah pemimpin-pemimpin Umno tidak boleh atau tidak dapat menerima kritikan mahupun teguran semata-mata kerana ianya pahit untuk ditelan? Bukankah kritikan boleh dijadikan panduan atau pembuka mata untuk membetulkan sesuatu yang tidak betul, tidak semestinya saya merujuk kepada kes Isa Samad, tetapi dalam banyak kes lain yang membabitkan pelantikan pemimpin politik yang sebelum itu ada masalah tertentu?

Semua orang tahu yang Isa Samad didapati terlibat dalam politik wang semasa pemilihan Umno dan dikenakan tindakan disiplin. Bukankah politik wang itu salah satu amalan rasuah?

Apa yang dikatakan oleh Tengku Zafrul adalah pelantikan Isa Samad sebagai pengerusi Felda memberi isyarat yang salah kepada pasaran sehingga menyebabkan kebimbangan pelabur. Jika kritikannya itu tidak betul, tidak tepat dan tidak sesuai dengan keadaan semasa, pihak kerajaan ataupun Felda seharusnya memberi penjelasan atau menangkisnya dengan berfakta.

Tetapi, muncul dua tiga orang pemimpin Umno mendesak tindakan diambil terhadap Tengku Zafrul atau mendesaknya meletak jawatan sedangkan mereka tidak menangkis pendapatnya itu dengan fakta yang memihak kepada kenapa pelantikan Isa Samad adalah tepat.

Nampaknya budaya sukar atau tidak boleh menerima kritikan masih tebal di kalangan mereka seolah-olah apa yang dibuat oleh pemimpin mereka, termasuk dalam beberapa pelantikan tokoh Umno mengetuai badan-badan berkanun, syarikat-syarikat milik kerajaan dan perbadanan-perbadanan kerajaan, adalah tepat dan tidak boleh dipersoalkan.

Inilah masalahnya, iaitu tidak mahu menerima kritikan sama sekali. Kalau ada yang berani mengkitik, maka dia akan dihentam dan didesak dikenakan tindakan sama ada ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA, dipecat atau ditangkap dan didakwa di mahkamah sama ada mengikut Kanun Keseksaan atau Kanun Acara Jenayah.

Kepada mereka, yang diutamakan ialah sokong, sokong dan sokong, ampu, ampu dan ampu atau apa yang dibuat oleh pemimpin besar mereka adalah betul belaka. Agaknya itulah budaya hidup mereka.

Saya tidak kenal siapa itu Tengku Zafrul tetapi saya tahu siapa ibunya dan siapa pula bapa saudaranya. Saya juga tahu bahawa Tengku Zafrul berkawan baik dengan Khairy Jamaluddin dan Kalimullah Masheerul Hassan. Tetapi itu bukan bererti yang dia tidak boleh mengkritik atau menegur tindakan kerajaan.

Sebagai warga negara Malaysia, dia juga berhak memberi pendapat sama seperti orang lain. Sama ada kita setuju atau tidak dengan pendapatnya tidak bererti kita mesti mendesak dia dipecat atau meletak jawatan. Itu tidak betul.

Kita sedar bahawa ramai pemimpin politik yang terpaksa bertindak sebagai pengampu semata-mata kerana nak terus hidup mewah, nak jamin kedudukan tidak terjejas dan nak pastikan terus berada dalam senarai bos. Kepada mereka yang penting adalah ampu dan terus ampu, pergi jahanam dengan apa orang lain nak kata, janji mereka selamat. Macam mana nak maju?

Masalah yang sama pernah wujud di kebanyakan negara Arab dimana pemimpin pembangkang ditahan dan dihumban dalam penjara, kebebasan bersuara disekat, media dikawal ketat dan hanya boleh menyiarkan laporan yang pro-kerajaan, orang tidak boleh mengkritik kerajaan ataupun pemipin dan sebagainya. Kita seharusnya jadikan teladan dan sempadan agar apa yang telah dan sedang berlaku di dunia Arab tidak akan berlaku di negara ini.

Saya bukan menyokong Tengku Zafrul, anak kepada mantan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Raja Zaharatun Raja Zainal Abidin dan anak saudara Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, tetapi menyokong haknya untuk memberi pendapat.

Adalah sesuatu yang amat malang apabila pendapat seseorang yang tidak selari dengan pemimpin Umno atau kerajaan, maka timbul desakan demi desakan supaya dia dikenakan tindakan ISA atau dipecat.
http://kudaranggi.blogspot.com

TG Haji Hadi Suruh Najib Taubat? Masalahnya Najib Rosmah Faham Ke Makna Taubat?

Posted: 25 Feb 2011 08:04 PM PST

Qardawi penjenayah: Presiden PAS gesa Najib bertaubat

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Feb: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera bertaubat ekoran melabel Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi sebagai pengganas.

Presiden PAS itu dalam satu kenyataan berkata, beliau berasa sangat terkejut, kecewa dan teramat jengkel dengan tuduhan ekstrem yang diberikan Najib terhadap gerakan Islam antarabangsa itu.

"Tuduhan bahawa Islam cenderung kepada keganasan adalah fitnah dan orang tersebut mesti segera bertaubat jika dalam dirinya masih ada iman sebesar zarah," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Najib sewaktu berucap pada satu program di Istanbul beberapa hari yang lalu.

Tambahnya, tuduhan yang dibuat Najib itu juga merupakan satu fitnah besar yang dibuat oleh golongan yang buta sejarah perjuangan menentang penjajahan dan bercakap mengikut selera hati golongan barat yang memekakkan telinga kepada kebenaran.

Beliau menegaskan, tindakan mengambil sikap dan pandangan setiausaha negara Amerika sebagai neraca menentukan jenis pemerintahan yang bersandarkan kepada Islam adalah tindakan orang yang tidak mempunyai jati diri sebagai seorang Islam dan sangat memalukan orang Islam itu
sendiri.

Ikhwan katanya, ditubuhkan untuk melaksanakan Islah dan tajdid berasaskan Al Quran dan Hadis, dengan memulakan perjuangannya secara
jalan damai dan tidak pernah menyerah kalah terhadap kezaliman musuh sehingga ke hari ini.

Mereka menyertai pilihanraya sejak awal lagi di Mesir, tetapi apabila pengaruh mereka tersebar luas, pergerakan ini diharamkan dan
pemimpinnya dizalimi.

Manakala Al Qardhawi pula adalah tokoh ulama berwibawa yang dilahirkan oleh Ikhwan.

"Dia berjaya meredakan golongan pelampau di kalangan pemuda Islam yang tidak sabar dengan kezaliman musuh sehinggalah mereka kembali ke pangkal jalan berjuang mengikut ajaran Islam yang sebenar," katanya.

Malah Malaysia sendiri katanya pernah memberikan Anugerah Maal Hijrah kepada beliau.

"Saya mencabar kerajaan Malaysia menarik balik anugerah maal hijrah yang telah diberikan kepada Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu," cabarnya.

BN lawan PAS di DUN Merlimau dan Kerdau

Posted: 25 Feb 2011 07:58 PM PST

Oleh Syed Mu'az Syed Putra dan Yow Hong Chieh

KUALA LUMPUR, 26 Feb — Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat yang diwakili PAS berhadapan dengan pertarungan satu lawan satu pada kedua-dua pilihan raya kecil serentak — DUN Merlimau dan Kerdau.

Status calon parti-parti yang mengemukakan borang penamaan calon disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi sejurus selepas berakhirnya sesi bantahan.

Pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau — yang ke-15 dan ke-16 sejak 8 Mac 2008, menyaksikan pertembungan tradisi Umno dan PAS.

BN memenangi kedua-dua kerusi itu tiga tahun yang lalu.

Di Merlimau, Roslan Ahmad dari BN berhadapan dengan calon PAS Yuhaizat Abdullah.

Yuhaizat merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

Sementara di kerusi DUN Kerdau, PAS diwakili Ketua Penerangan PAS Pahang Hassanuddin Salim manakala BN pula Naib Ketua Umno Kuala Krau Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Hassanuddin pernah bertanding di Kerdau pada 2008 tetapi tewas.

Bob Lokman Sertai Perarakan Di Merlimau. Takbir!

Posted: 25 Feb 2011 04:59 PM PST

Bob Lokman katanya turut serta dalam perarakan ini. Kawan-kawan team dalam proses mendapatkan gambar yang sesuai. Takbir!

Pimpinan PR dan calon PAS serta penyokong sudah mula berkumpul di Padang Sime Darby Merlimau Utara sebelum memulakan perarakan.

Antara pimpinan PR yang hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Pengarah Pilihan Raya Kecil Dun Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mat Akin.

Dua musuh tradisi kembali uji populariti di Merlimau, Kerdau

Posted: 25 Feb 2011 04:20 PM PST

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


JASIN, 26 Feb — Kedua-dua "musuh tradisi" — PAS dan Umno — kembali mewakili perikatan masing-masing dalam satu lagi pilihan raya kecil serentak, yang dilihat sebagai medan persiapan menjelang pilihan raya umum ke-13.

Meskipun kemenangan dalam kedua-dua pilihan raya kecil ini - DUN Merlimau, Melaka, dan Kerdau, Pahang - tidak akan mengubah status quo kerajaan negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN), tetapi ia dilihat penting untuk memperoleh kemenangan moral dan "pembakar semangat" bagi menghadapi pilihan raya umum.

BN akan menurunkan wakil Umno untuk mempertahankan kedua-dua kerusi berkenaan.

PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, perikatan berusia tiga tahun, untuk mencatatkan kemenangan bagi mengetepikan tanggapan negatif ekoran kekalahan berturut-turut dalam pilihan raya kecil sebelum ini. Ia kalah di Galas November lalu dan Tenang bulan lalu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, sambil mendakwa PAS tidak mempunyai peluang, Ketua Umno Jasin Datuk Wira Ahmad Hamzah mendakwa parti Islam itu dengan kerjasama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat akan "mencipta" pelbagai isu sensasi sepanjang kempen pilihan raya kecil Merlimau yang bermula hari ini.

Pilihan raya kecil ke-15 ini bakal menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Roslan Ahmad yang juga ahli jawatankuasa Umno Jasin dan calon PAS Yuhaizat Abdullah, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari.

Menurut Ahmad, kerusi DUN Merlimau penting kepada Umno-BN bagi meneruskan siri kemenangan parti itu dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

Dalam pilihan raya kecil terbaru di Tenang, Johor, BN berjaya mempertahankan kerusi tersebut melalui calonnya Mohd Azahar Ibrahim.

"Ia ada kepentingan yang signifikan supaya kita dapat kekalkan prestasi dan jadikan Merlimau sebagai satu kemenangan yang baik selepas beberapa siri pilihan raya kecil yang memihak kepada kita.

"Pilihan raya kecil yang lalu kita mencatatkan kemenangan, ini satu momentum terbaik dan sudah jadi tanggungjawab untuk kita mencapai kemenangan terbaik," kata Ahmad.

Jelas Ahli Parlimen Jasin itu, memandangkan Merlimau tidak mempunyai isu besar beliau menjangkakan Pakatan Rakyat akan "mencipta" isu dengan harapan ia akan dapat meraih sokongan pengundi.

"Di Merlimau tak ada isu besar kalau ada pun isu-isu kecil yang dapat kita tangani tapi kita jangkakan mereka (Pakatan Rakyat) akan membuat isu dan cerita.

"Mereka akan sensasikan itu dan kita sudah jangkakan tapi tiada yang boleh menarik minat orang . . . kalau mereka terus macam ini nanti orang akan lali," katanya.

Ditanya soal keyakinan BN dalam memenangi pilihan raya kecil itu, Ahmad berkata pengundi-pengundi di Merlimau kini akan terus memberikan sokongan kepada parti itu berbanding Pakatan Rakyat.

"Kalau lihat kepada 'mood' pengundi, mereka sudah yakin kepada kerajaan, yakin kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

"Faktornya adalah Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang bekerja, ia adalah faktor kemenangan.

"Jangkaan saya kita akan dapat atasi mejoriti pada pilihan raya umum 2008, semua kaum sekarang sudah yakin kepada keyakinan itu bertambah dan meningkat," katanya.

Selain itu, beliau juga meminta agar pemimpin BN dan Pakatan Rakyat untuk tidak melakukan serangan peribadi terhadap calon masing-masing.

"Selain itu, saya juga minta kedua-dua parti tidak membuat serangan peribadi. Saya harap ia tidak berlaku.

"Kita berlawanlah secara adil dan bersih tidak perlu buat serangan peribadi," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata kerusi DUN Merlimau penting kepada parti Islam itu kerana ia akan menjadi kawasan pertama yang dimenangi di Melaka.

Selain itu, beliau juga berkata kemenangan PAS tidak akan mengubah sebarang struktur kepimpinan kerajaan negeri sebaliknya hanya akan tambah bilangan wakil rakyat Pakatan Rakyat di Melaka.

"Merlimau tak ubah apa-apa pun, kerajaan negeri tidak akan jauh, ketua menteri dan barisan Exco adalah sama dan ia diteruskan walaupun PAS menang.

"Tapi ia penting bagi kita sebab kita nak seorang wakil yang dalam dewan akan menegakkan Islam, sekarang kalau kita lihat bila DAP bangkitkan Islam ia akan ditempelak, jadi ini yang penting, kita mahu seorang wakil yang boleh bercakap soal Islam dalam dewan, pengundi tidak perlu takut," kata Halim yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Merlimau.

Melaka mempunyai 28 kerusi DUN yang mana 23 daripadanya dimiliki BN manakala lima lagi diwakili DAP.

Halim yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa mengakui peluang PAS untuk menang sukar namun ia bukan alasan untuk tidak bertanding.

"Sebab itu kita bertanding walaupun agak sukar dan saya sendiri akui ini kubu kuat BN tapi kita tetap mahu letak calon kerana kalau tidak rakyat akan aggap BN yang terbaik.
Ini juga merupakan satu ujian kepada kita bertanding di kubu kuat BN dan kita tidak akan tahu keputusan kalau tiada perbandingan," katanya.

Seperti di Merlimau, pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh akan dibuka pada 9 pagi ini.

Pegawai pengurus pilihan raya kecil itu Datuk Tarif Abdul Rahman berkata pusat berkenaan dibuka selama satu jam untuk urusan mengemukakan kertas pencalonan, diikuti tempoh bantahan selama satu jam selepas itu.

Dipetik Bernama, beliau berharap semua parti politik mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan raya semasa proses penamaan calon berkenaan.

Kerusi itu kosong berikutan kematian Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Barisan Nasional pada 12 Februari lepas.

Tarikh pengundian juga ditetapkan pada 6 Mac.

Tiada ulasan: