Khamis, 17 Februari 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Persamaan Malaysia dan Mesir adalah sistemnya - Anwar

Posted: 17 Feb 2011 07:15 AM PST

Harakahdaily

GOMBAK, 17 Feb: Malaysia dan Mesir mempunyai persamaan yang jelas dari segi sistem walaupun dari segi ekonominya agak berbeza, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kalau di Mesir, sistem satu parti yang berkuasa yang menyebabkan isteri Husni Mubarak iaitu Susan dan anaknya, Gamal, menjadi kaya raya.

Di Malaysia juga, kata Anwar, mempunyai sistem yang sama iaitu satu parti yang kekal berkuasa mengkayakan sanak saudara kepada pemimpin negara yang ada.

"Dari segi ekonomi tak sama tetapi sistemnya sama. Satu parti yang berkuasa, sombong dan angkuh, kayakan anak isteri. Siapakah paling kaya di Mesir, Mubarak. Kemudian Susan isteri dia kemudian anak dia Gamal.

"Di sini, di kalangan umat Melayu beragama Islam, siapa paling kaya...anak Mahathir, Mokhzani. Yang kedua, adik Najib, Nazir
yang ketiga Tan Sri Syed Mokhtar," kata Anwar ketika melancarkan gelombang kedua Kempen Bantah Saman Ekor (KASE) di Gombak malam tadi.

Akhbar Umno, Utusan hari ini menyiarkan di muka depan 10 orang terkaya di Malaysia. Menurut Malaysian Busines sebelum ini, antara yang terkaya di Malaysia adalah Mokhzani Mahathir iaitu di tempat ke 20 terkaya di Malaysia.

Adik Perdana Menteri, Nazir Razak pula di tempat ke 40 terkaya di Malaysia.

Menurut Anwar, di Mesir sekarang, ketika melarikan diri, Mubarak bersama isterinya Susan dan anaknya Gamal membawa 40 - 70 bilion Dolar Amerika.

Di Tunisia pula, apabila Presidennya, Zine El Abidine Ben Ali lari meninggalkan negara itu bersama isterinya, Lella mereka membawa bersama 20 bilion dollar Amerika.

"Di Tunisia, berita Ben Ali sama naik sahaja dengan isterinya....Ben Ali, Lella..lepas itu Ben Ali, Lella, Lella, Lella...macam pernah dengarnya je macam ni ye...di mana?" tanya Anwar dengan diikuti ..."Malaysia, Najib Rosmah," jerit para penonton.

Anwar juga mempertikaikan kenyataan Najib kononnya Malaysia akan bangkrap jika melaksanakan rancangan 'Buku Jingga' yang dikemukakan Pakatan Rakyat.

"Mana ada di dunia negara bangkrap kerana tolong rakyat, yang bangkrap jika kerajaan tekan rakyat," kata Anwar Ibrahim.

Guan Eng ucap takziah pada Mohamad Sabu

Posted: 17 Feb 2011 07:00 AM PST

Mohd Sabri Said

TASEK GELUGOR, 17 Feb: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sanggup meluangkan masa walaupun sibuk dengan mesyuarat Exco pagi tadi semata-mata mahu mengucapkan takziah kepada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu kerana kematian ibu tercinta, Halijah Mat, 91.

Beliau yang bergegas setelah selesai mesyuarat berkenaan sampai pada pukul 1.15 tengahari iaitu ketika jenazah Allahyarhamuha sedang dikafankan untuk dibawa ke Masjid Padang Menora untuk disembahyangkan selepas solat Zohor.

Turut serta dalam suasana sedih itu ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, Adun Jeneri Yahya Abdullah, Adun Kubang Rotan, Nasir Mustaffa, Adun Semangol, Ustaz Ramli Tusin, Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Rosidi Husain, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Maipp), Ustas Elias Zakaria.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman, Exco Kesihatan, Pembangunan Insan dan NGO Negeri Kedah, Dr Ismail Salleh dan Exco Belia Negeri Kedah, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib selain Adun Batu Maung, Malik Abul Kasim, di samping Adun Kupang, Johari Abdullah, Adun Bandar Baru, Ustaz Yaacob Husin.

Jenazah Allahyarhamuha disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Menora dengan bacaan talkin oleh iman masjid berkenaan, Haji Ibrahim manakala solah jenazah diimamkan oleh Ustaz Elias Zakaria.

Mohamad ketika ditemui mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang hadir untuk membantu menyelesaikan jenazah ibunya yang meninggal akibat sakit tua pukul 1.30 pagi tadi.

Tidak ketinggalan juga kepada pasukan Unit Amal Kepala Batas dan Tasek Gelugor yang turut serta membantu mengawal lalu lintas dari pagi sehingga selesai urusan pengebumian.

Program Jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Ketereh, Kelantan

Posted: 17 Feb 2011 05:15 AM PST

17 Februari 2011 (Khamis)

Program 1) 8.30 – 10.00 Mlm – Majlis Jamuan Makan Malam

Lokasi : Dewan Putik, Pengkalan Chepa,

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Dato' Ahmad Yakob

Program 2) 9.00 – 12.00 Mlm – Ceramah – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

Lokasi : Padang Majlis Daerah Ketereh

Penceramah:
1. YAB Tuan Guru Dato' Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat
2. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
3. YB Saifuddin Nasution
4. YB Husam Musa
5. YB Dr. Fadly dato' Hassan
6. YB Abdul Aziz Abdul Kadir

PM bentang bajet ’1Malaysia, 1Seluar Dalam’ – Zuraida

Posted: 17 Feb 2011 05:00 AM PST

Norasikin Samsi


KUALA LUMPUR: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, slogan rasmi Perdana Menteri, "1Malaysia" adalah menyamai slogan "1Malaysia, 1Seluar Dalam" apabila pihak pendakwa mengemukakan seluar dalam sebagai bahan bukti semasa perbicaraan Fitnah II pagi tadi.

Menurut beliau, pengusungan seluar dalam itu ke mahkamah hari ini sekaligus menggambarkan Datuk Seri Najib Razak pada tahun ini membentangkan bajet 'seluar dalam'.

"Dulu tilam sekarang seluar dalam, PM bentang Bajet Seluar Dalam 2011.
"1Malaysia 1Seluar Dalam!," kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang dalam laman facebooknya tengah hari tadi.

Dalam perbicaraan Fitnah I membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, pihak pendakwa mengusung tilam ke mahkamah juga untuk dijadikan bahan bukti.

Bagaimanapun, peristiwa itu berulang apabila pihak pendakwa dalam Fitnah II hari ini 'mengusung' sehelai seluar dalam milik pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Seluar dalam jenama Levi's itu sebelum ini didakwa saksi terdapat kesan air mani Saiful.

Turut dikemukakan helaian bulu yang dikatakan sebagai 'bulu kemaluan'.
Sehelai permaidani berwarna warni juga turut dijadikan sebagai 'saksi' pendakwaan, yang dikatakan disita dari Jabatan Kimia. Selain itu, kain cadar berwarna kelabu turut ditanda sebagai bahan bukti.

Sepasang seluar hitam tanpa jenama, kameja biru dan kolar putih berjenama Ralph Lauren serta baju hijau jenama G2000 kepunyaan Saiful juga dikemukakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai bukti kes.

Semua barang-barang tersebut dibuka oleh Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong untuk ditandakan sebagai bahan bukti.

ISA: Dr M dihantui dosa silam

Posted: 17 Feb 2011 04:30 AM PST

Norutul Ilham

KUALA LUMPUR: Perbuatan Tun Dr Mahathir Mohammad menuding jari kepada polis kononnya menolak cadangannya untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), disifatkan sebagai nyanyuk dan dihantui dosa silam.

Pengarah Penerangan KEADILAN Selangor, Dr Badrulamin Bahrom, berkata sikap Mahathir yang berdolak dalik dalam isu itu membuktikan beliau kini dibayangi dosa-dosa silam, tambahan umurnya yang semakin senja.

"Kalau dia cakap cadangan itu ditolak, mana kredibilitinya sebagai Perdana Menteri ketika itu? Bukankah polis di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diketuai beliau," katanya kepada KeadilanDaily.com

Baru-baru ini, Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau pernah cuba memansuhkan ISA ketika masih Perdana Menteri tetapi mendakwa polis menyatakan 'tidak boleh' kerana masih ada ancaman.

ISA diperkenal penjajah Inggeris untuk berdepan dengan ancaman komunis pada 1950-an dan Mahathir kerap menyalahgunakan akta berkenaan terutama dalam Ops Lalang pada 1987 dan zaman reformasi pada 1998.

Mengulas lanjut, Badrulamin tidak menolak sikap yang ditonjolkan Mahathir itu adalah perangai sebenar ahli dan pimpinan Umno apabila melakukan kesalahan tetapi enggan mengakuinya.

"Sikap itu adalah merupakan perangai sebenar ahli Umno yang suka mempersalahkan orang lain padahal diri sendiri yang membuat salah.

"Beliau suka mengambil sikap lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab apabila banyak pihak mempertikai profesional beliau ketika menangani beberapa kes melibatkan ISA," katanya.

Badrulamin yang juga pernah ditahan ISA, berharap Mahathir meminta maaf dan bertaubat atas semua kesalahan ylalu supaya beliau dapat hidup dengan aman tanpa diburu kesalahan lalu.

"Terlalu banyak dosa yang dilakukan beliau seperti memfitnah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, tragedi Memali, Ops Lalang.

"Tidak terlambat untuk bertaubat. Saya pasti jika beliau memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, beliau akan rasa lebih tenang berbanding sekarang," katanya.

Mahathir alu-alukan idea hadkan tempoh jawatan PM lapan tahun

Posted: 17 Feb 2011 03:55 AM PST

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bersetuju cadangan supaya tempoh perkhidmatan seseorang Perdana Menteri dihadkan kepada lapan tahun.

Beliau berkata cadangan tersebut boleh dipertimbangkan dan sekiranya seseorang itu memberikan perkhidmatan yang terbaik dan tidak melakukan perkara yang memberi kesan buruk kepada negara, maka beliau wajar diberikan peluang untuk dilanjutkan tempoh perkhidmatannya.

"Kalau kita mengehadkan tempoh kuasa contohnya satu penggal, ia tidak akan membolehkan seseorang pemimpin itu melakukan tugas dengan efisyen dan gagal melaksanakan apa yang dirancang," katanya.

Dr Mahathir , yang menjawat jawatan itu selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003, berkata demikian pada sesi soal jawab di forum Cabaran Semasa Siste Demokrasi dan Perlembagaan Negara Malaysia Ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang mencadangkan agar seseorang yang menjawat jawatan Perdana Menteri dihadkan selama lapan tahun sahaja.

Dr Mahathir berkata tempoh itu relevan kerana pada kebiasaannya selepas mengambil alih tampuk pimpinan negara, seseorang itu perlu mempelajarinya terlebih dahulu.

"Tahun pertama adalah tahun mula mempelajari selok belok pemerintahan, tahun kedua pula tahun merangka dan menyusun pelbagai program, manakala tahun ketiga pula tahun untuk melaksanakan apa yang dirancang.

"Manakala tahun ke empat dah pilihan raya. Jadi mana nak sempat dia nak melakukan apa yang dirancangnya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir ketika mengulas mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkata akta tersebut adalah baik, namun jangan disalahgunakan.

"ISA bukanlah satu keperluan dan saya juga mencadangkan supaya ISA dihapuskan. Namun selepas mendapat nasihat daripada penasihat saya iaitu polis, maka ISA tidak dihapuskan," kata beliau. – Bernama

Siasatan dalaman Presiden NUJ, 21 Feb

Posted: 17 Feb 2011 03:00 AM PST

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari

KUALA LUMPUR , 17 Feb – Siasatan dalaman ke atas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari ditetapkan 21 Februari depan.

Portal Malaysiakini melaporkan, Hata dimaklumkan perkara tersebut oleh exconya baru-baru ini.

"Saya akan hadir," Hata dipetik sebagai berkata apabila ditanya sama ada beliau akan hadir atau tidak pada prosiding tersebut.

Sebelum ini, siasatan dalaman itu telah tergendala sebanyak tiga kali.

Pada 25 Januari lalu, ketika dalam perjalanan ke ibu pejabat Utusan di Cheras untuk prosiding itu, Hata terpaksa melencong ke di Pusat Rawatan Islam, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur kerana mengalami sakit dada. Beliau ditahan di wad beberapa hari.

Sementara pada 9 Februari lalu, tarikh baru yang ditetapkan Utusan, beliau sekali lagi tidak dapat hadir kerana perlu menjalani rawatan susulan yang dinasihatkan doktor sekurang-kurangnya setiap dua minggu sekali.

"Jadi, saya tak bolehlah nak ikut masa (yang diberikan) Utusan. Kesihatan saya lebih penting," jelasnya.

Menurut Hata, beliau tetapi mahu melantik setiausaha NUJ V Anbalagan bagi mewakilinya walaupun isu kesesuaiannya dibangkitkan oleh pengerusi inkuiri Mohd Basir Abdul Rahim.

"Memang boleh wakil NUJ pusat wakili anggotanya. Sudah ada banyak kes tidak menjadi masalah," katanya.

Pada 17 Februari lalu ketika prosiding pertama kali, Mohd Basir setelah 20 minit, menangguhkan sesi itu bagi membuat keputusan berhubung kesesuaian Anbalagan dipilih mewakili Hata.

Anbalagan wartawan di New Straits Times mendakwa majikan Hata tidak menjalankan prosedur itu dengan sempurna.

Selepas dipilih menjadi presiden baru NUJ dengan keanggotaan 1,300 wartawan, Hata membawa pendekatan berbeza berbanding penyandang sebelumnya Norlela Daud yang lebih 'diam'.

Pandangan dan kritikannya seperti isu pemilikan Umno, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' pengarang Utusan dilihat meresahkan banyak pihak, sehingga akhbar itu, memetik pihak tertentu, dilapor mempersoal sama ada Hata penyokong tegar pembangkang.

Jika dipecat, Hata bukan wartawan pertama dari Utusan yang akan menerima nasib sedemikian.

Pada 3 September 2009, Utusan turut menjalan siasatan, seterusnya memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

PKFZ : Mahkamah tolak permohonan pengerusi PKA saman Tiong

Posted: 17 Feb 2011 02:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) Datuk Lee Hwa Beng gagal dalam permohonannya untuk membatalkan saman bekas ketua pegawai eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing terhadapnya berhubung beberapa artikel yang disiarkan di akhbar berkaitan skandal pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'hara menolak permohonan Lee itu dengan kos RM5,000 dan mengarahkan supaya kes itu didengar secara perbicaraan penuh.

Bagaimanapun mahkamah tidak menetapkan sebarang tarikh.

Pada 17 September 2009, Tiong memfailkan saman fitnah mendakwa Lee pada 26 Ogos 2009, mengucapkan dan menyiarkan perkataan fitnah terhadapnya kepada beberapa wartawan termasuk akhbar The Star dan The New Straits Times.

Tiong berkata perkataan itu pada penggunaan lazim dan maksud biasa memberi makna bahawa beliau merupakan pihak kepada konspirasi jenayah bersama beberapa yang lain dan beliau bersalah kerana pecah amanah.

Beliau berkata perkataan-perkataan itu bertujuan untuk memperkecil-kecilkan kedudukannya, profesion, perdagangan dan perniagaan.

Anggota Parlimen Bintulu itu berkata peguamnya telah mengeluarkan surat tuntutan kepada Lee meminta Pengerusi LPK itu menyiarkan permohonan maaf dan berjanji tidak mengulangi dakwaan, tetapi sehingga kini Lee enggan memenuhi tuntutan berkenaan.

Tiong memohon ganti rugi am dan ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang sesuai ditentukan mahkamah.

Lee, dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 9 November 2009 berkata defendan telah menggunakan perkataan-perkataan yang diadukan atas arahan majikannya, LPK dan Tiong tidak mempunyai sebab untuk mengambil tindakan terhadapnya.

Beliau juga menjelaskan bahawa setiap kali dakwaan penyiaran itu dilakukan pada hak keistimewaan dan perkataan-perkataan itu adalah satu ulasan adil mengenai hal-hal yang menarik perhatian umum.

-Bernama-

Tidak mustahil BN boleh jatuh, kata Mahathir

Posted: 17 Feb 2011 02:00 AM PST

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 17 Feb — Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kepada Barisan Nasional (BN) agar tidak melupakan tanggungjawab kepada rakyat sekiranya tidak mahu tewas dalam pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

"Jangan lupa tanggungjawab kepada rakyat, kalau lupa mereka akan jatuhkan kerajaan, sebab itu saya cakap kerajaan perlu memberikan tumpuan kepada keharmonian dan kepentingan rakyat.

"Kalau kerajaan lupa kepada rakyat, mereka akan jatuhkan kita," kata beliau pengerusi BN ini.

Merujuk kepada amalan demokrasi negara, bekas perdana menteri itu berkata, ia bukan satu jaminan BN akan terus kekal menjadi parti pemerintah walaupun sudah menguasai tampuk pemerintahan negara selama 53 tahun.

"Adakah ini kata kita bukan demokrasi walaupun hanya satu parti sahaja yang berkuasa? Kalau tiada demokrasi kita tak akan lihat parti lawan duduk di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen . . . kadang-kadang ramai, kadang-kadang kurang, pada 2004, 90 peratus ia dikuasai satu parti tapi pada 2008 kita kalah lima negeri dan tak dapat dua pertiga dalam Parlimen.

"Ini menunjukkan rakyat boleh pilih, demokrasi kita memang tepat . . . kuasa diberi kepada rakyat untuk tentukan siapa jadi pemerintah," katanya pada Forum Cabaran Semasa Demokrasi dan Perlembagaan Ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 di bangunan Parlimen di sini.

Jelas Dr Mahathir, rakyat mempunyai kuasa mutlak untuk menjatuhkan mana-mana pemerintah yang tidak disukai termasuk BN.

"Di negara kita ada demokrasi, walaupun 53 tahun ia dikuasai hanya sebuah parti sahaja dan parti lain tak dapat kalahkan parti ini selama 53 tahun.

"Kalau rakyat tak suka dengan pemerintah, ia boleh jatuhkan pemerintah. Di Malaysia ia bukan mustahil tapi di negara lain ia mustahil," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya merampas empat negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah dengan mengekalkan Kelantan di bawah kepimpinan PAS.

Bagaimanapun Perak jatuh ke tangan BN ekoran tindakan melompat keluar tiga Adun Pakatan Rakyat.

Mengakui sistem demokrasi negara tidak sempurna, Dr Mahathir berkata, kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak perlu menerima hakikat dan jangan bertindak lebih dari yang sepatutnya.

"Demokrasi bukan sistem yang sempurna, kita beri kuasa kepada rakyat cuma kadang-kadang mereka tak cekap, yang majoriti selalu pilih tak kena.

"Sebab itu kita harus terima hakikat dan usaha setakat yang mampu, lebih daripada itu tak boleh," katanya.

Tambah Dr Mahathir, amalan demokrasi negara tidak seperti sesetengah negara lain yang hanya satu parti berkuasa.

"Ada negara yang saya tak nak sebut nama tapi boleh teka, yang sejak merdeka pada 1965 hanya diperintah oleh satu kerajaan.

"Kalau ada pemimpin pembangkang yang boleh mencabar mereka akan dihadapkan ke mahkamah kerana hasutan, kalau dapat masuk dalam Parlimen pun tak dibenarkan bercakap," katanya.

MAJLIS PELANCARAN YAYASAN SULTAN KELANTAN DARULNAIM BERDAFTAR

Posted: 17 Feb 2011 01:30 AM PST

KENYATAAN AKHBAR MAJLIS PELANCARAN YAYASAN SULTAN KELANTAN DARULNAIM BERDAFTAR DAN MAJLIS SANTAPAN MALAM BERSAMA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V

PENDAHULUAN

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V telah menitahkan supaya kerja-kerja kebajikan berteraskan keagamaan, sosio ekonomi, pendidikan dan kewangan di Negeri Kelantan diberi perhatian utama dan diuruskan secara tersusun dan berterusan. Sehubungan dengan itu, Baginda menitahkan supaya Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim ditubuhkan sebagai salah satu mekanisma bagi mencapai hasrat tersebut.

Yayasan ini telah diluluskan penubuhannya dan Sijil Pemerbadanan telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 15 Oktober 2010 dan diperbadankan dengan nama PEMEGANG AMANAH YAYASAN SULTAN KELANTAN DARULNAIM BERDAFTAR di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 dengan nombor pendaftaran PPAB-16/2010. Alamat berdaftar Yayasan ini adalah Pejabat Sultan Kelantan, Istana Balai Besar, 15500 Kota Bharu, Kelantan.

OBJEKTIF

Di antara lainnya penubuhan Yayasan ini adalah bertujuan bagi memberi penekanan kepada aspek-aspek yang berteraskan agama, kebajikan dan pendidikan sebagaimana berikut:-

1. Agama

I. Memberi bantuan kewangan atau biasiswa bagi tujuan pendidikan agama kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Darulnaim menurut syarat-syarat dan kelayakan-kelayakan yang boleh ditetapkan oleh Yayasan dari semasa ke semasa;
II. Memberi bantuan kewangan kepada individu, pertubuhan atau badan bukan Kerajaan yang menjalankan gerakan dakwah atau usaha untuk meninggikan syiar Islam dengan syarat individu, pertubuhan atau badan bukan Kerajaan itu telah mendapat kebenaran Kerajaan untuk menjalankan gerakan dan usaha serta gerakan atau usaha itu adalah untuk kebaikan serta memberi faedah kepada Negeri Kelantan Darulnaim atau Negara;
III. Memberi bantuan bagi pembinaan, pengurusan atau pemulihan Sekolah-Sekolah Agama, Masjid-Masjid dan Madrasah-Madrasah yang diusahakan oleh mana-mana individu atau pertubuhan atau badan bukan Kerajaan

2. Kebajikan

I. Mempertingkatkan kualiti kehidupan dan kesejahteraan rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Darulnaim dengan mengadakan skim bantuan kepada orang miskin, orang cacat serta orang-orang yang tidak bernasib baik atau ditimpa bencana alam atau musibah.

3. Pendidikan

I. Memberi sumbangan derma kepada pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan dari segi bayaran yuran sekolah, buku, alat projek, pakaian seragam sekolah, kenderaan, yuran peperiksaan dan elaun tanggungan menurut syarat-syarat dan kelayakan yang boleh dikenakan oleh Yayasan dari masa ke semasa. Bantuan itu tidak terhad kepada mana-mana peringkat pengajian bergantung kepada budi bicara Yayasan.
II. Memberi bantuan kepada mana-mana institusi pengajian tinggi di Negeri Kelantan atau mana-mana institusi pengajian dalam Negara bagi menjalankan usaha penyelidikan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi, sosial, kemajuan saintifik, teknologi dan kemasyarakatan.

PENAUNG

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V adalah penaung kepada Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim Berdaftar.

LEMBAGA PEMEGANG AMANAH

Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ini adalah sebagaimana berikut:-

Pengerusi: Yang Berhormat Dato' Seri Setia Raja Dato' Haji Mohd Aiseri bin Alias (Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan)

Bendahari Kehormat: Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Faudzi bin Haji Che Mamat
(Pegawai Kewangan Negeri Kelantan)

Setiausaha Kehormat: Yang Berhormat Dato' Sukri bin Haji Mohamed

Ahli: Yang Berbahagia Tan Sri Syed Mohd Yusoff bin Tun Syed Nasir
Yang Berhormat Dato' Haji Che Mohd Rahim bin Haji Jusoh

KEWANGAN

Yayasan boleh melaksanakan perkara-perkara berikut bagi mencari sumber kewangannya:-
1. Mengambil bahagian dalam apa jua aktiviti perusahaan komersil dan industri yang sesuai dengan konsep dan tujuan Yayasan.
2. Membeli, menjamin atau sebaliknya mendapatkan sebarang stok dan saham.
3. Mengadakan apa-apa aktiviti bagi mengumpul dana untuk digunakan bagi tujuan yang bersesuaian dengan tujuan penubuhan Yayasan.
4. Menerima apa-apa sumbangan dalam sebarang bentuk termasuk wang tunai dari Kerajaan Negeri atau Persekutuan, individu, agensi-agensi Kerajaan dan badan-badan bukan Kerajaan.

PENGURUSAN KEWANGAN

Akaun Yayasan ini akan diaudit oleh Akauntan yang dilantik oleh Yayasan dan hendaklah diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri setiap tahun sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 15 Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952.

MAJLIS PELANCARAN

Majlis Pelancaran Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim Berdaftar akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre pada 7 Mei 2011 jam 8.00 malam. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V telah mengampuni perkenan untuk menyempurnakan pelancaran Yayasan ini pada malam tersebut. Di majlis tersebut juga acara santapan malam bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V akan diadakan. Seramai 2000 dif jemputan dan tetamu akan dijemput menghadiri majlis berkenaan yang terdiri daripada:-
1. Pemimpin-pemimpin Kerajaan Persekutuan dan Negeri
2. Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri
3. Ketua Badan-badan Korporat dan Syarikat berkaitan Kerajaan
4. Ketua Badan-Badan Bukan Kerajaan
5. Ahli-ahli Korporat dan Perniagaan
6. Penderma
7. Tetamu-Tetamu Yayasan

Pihak Yayasan juga telah menjemput Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Yang Amat Berbahagia Datin Sri Rosmah bt. Mansor, Yang Amat Berhormat Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Yang Amat Berbahagia Puan Sri Norainee bt. Abdul Rahman dan beberapa orang Menteri Kabinet untuk hadir di majlis berkenaan.

JAWATAN KUASA MAJLIS PELANCARAN YAYASAN SULTAN KELANTAN DARULNAIM BERDAFTAR DAN MAJLIS SANTAPAN MALAM BERSAMA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V

Satu Jawatan kuasa telah ditubuhkan bagi menjayakan Majlis Pelancaran Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim Berdaftar dan Majlis Santapan Malam bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V ini. Jawatan kuasa tersebut adalah terdiri daripada:-

Pengerusi: Yang Berhormat Mulia Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim (Tengku Laksamana Kelantan)

Timbalan Pengerusi: Yang Berhormat Dato' Seri Setia Raja Dato' Haji Mohd Aiseri Bin Alias (Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan)

Bendahari: Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Faudzi Bin Haji Che Mamat (Pegawai Kewangan Negeri Kelantan)

Setiausaha: Yang Berhormat Dato' Sukri Bin Haji Mohamed

Timbalan Setiausaha: Yang Amat Berusaha Tuan Haji Shafie Bin Ismail
(Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan))

Penolong Setiausaha: Yang Berusaha Encik Mohd Kamal Azarul Azmi Bin Omar
(Setiausaha Sulit kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan)

Ahli: Yang Berbahagia Tan Sri Syed Mohd Yusof Bin Tun Syed Nasir
Yang Berhormat Dato' Haji Che Mohd Rahim Bin Haji Jusoh
Yang Berhormat Dato' Dr. Awang Adek Bin Hussin
Yang Berhormat Dato' Haji Takiyuddin Bin Haji Hassan
Yang Berhormat Mulia Kapten Dato' Tengku Ahmad Farizanudean Bin Dato' Khairi
Yang Amat Berbahagia Dato' Haji Ahmad Bin Mahmood
Yang Berbahagia Dato' Haji Abdul Halim Bin Haji Hamat
Yang Berhormat Dato' Nik Mohd Shafriman Bin Nik Hassan
Yang Berbahagia Dato' Azlan Meah Bin Hj Ahmed Meah
Yang Berbahagia Datuk Dr. Noordin Bin Ab. Razak
Yang Berbahagia Dato' Dr. Mohd Kaisan Bin Ab Rahman
Yang Berbahagia Dato' Faridah Begum Bt Abdul Kader
Yang Berusaha Kapt (B) Wan Marzudi Bin Dato' Wan Omar

Di samping itu beberapa Jawatan Kuasa Kecil juga telah ditubuhkan bagi melicinkan perjalanan majlis iaitu:-

JAWATAN KUASA KERJA

Pengerusi: Yang Berhormat Dato' Seri Setia Raja Dato' Haji Mohd Aiseri Bin Alias

JAWATAN KUASA KECIL PENAJAAN DAN KEWANGAN

Pengerusi: Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Faudzi Bin Haji Che Mamat

JAWATAN KUASA KECIL PERSIAPAN TEMPAT

Pengerusi: Yang Berbahagia Tan Sri Syed Mohd Yusof Bin Tun Syed Nasir

JAWATAN KUASA KECIL PERSEMBAHAN

Pengerusi: Yang Berhormat Dato' Sukri Bin Haji Mohamed

JAWATAN KUASA KECIL JAMUAN

Pengerusi: Yang Berbahagia Datuk Dr. Noordin Bin Ab. Razak

JAWATAN KUASA KECIL KESELAMATAN DAN LALU LINTAS

Pengerusi: Yang Dihormati DCP Dato' Pahlawan Zulkifli Bin Abdullah

PENERIMAAN SUMBANGAN

Sempena dengan Majlis Pelancaran dan Majlis Santapan Malam tersebut, Yayasan mengalu-alukan sumbangan daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Badan-badan Bukan Kerajaan dan individu-individu bagi mengisi dana Yayasan. Yayasan berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM5 juta sempena majlis tersebut. Bagi maksud berkenaan, Yayasan akan mengeluarkan surat memohon sumbangan daripada pihak-pihak berkenaan dalam tempoh terdekat. Yayasan juga telah mengemukakan permohonan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia bagi memohon kelulusan pelepasan Cukai Pendapatan di bawah Sub Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Sumbangan dalam bentuk cek dan bank draf boleh dibuat sebagaimana berikut:-
i) Bayar Kepada - Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim
ii) No. Akaun - 008-105-00034-4
iii) Institusi Kewangan - Kuwait Finance House

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan perkara ini boleh dibuat melalui talian-talian berikut:-
1. Y.A.Brs. Tuan Haji Shafie bin Ismail - 019-9808414
2. Y.Brs. Encik Mohd Kamal Azarul Azmi bin Omar - 012-9695501
3. Y.Brs. Encik Mohd. Roshdi bin Ismail - 013-9231886

Yayasan ini juga boleh dihubungi melalui e-mail berikut:- ysk@kelantan.gov.my

SUMBANGAN RAKAN-RAKAN MEDIA

Sumbangan rakan-rakan media adalah amat diperlukan dan dialu-alukan oleh Yayasan bagi menjayakan majlis pelancaran ini dengan cara memberi hebahan dan laporan dan liputan yang seluas-luasnya bagi makluman awam sebelum, semasa dan selepas majlis berkenaan.

CADANGAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2011

Bagi tahun 2011, Yayasan ini telah merangka aktiviti sebagaimana berikut:-
1. Majlis Pelancaran Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim Berdaftar oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V di Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur: 7hb. Mei 2011
2. Pengurniaan bantuan kenderaan, pakaian sekolah kepada pelajar miskin seluruh Negeri Kelantan: Jun 2011
3. Pengurniaan bantuan kewangan kepada golongan miskin tegar dan ibu tunggal: Julai 2011
4. Pengurniaan mesin kepada pengusaha-pengusaha industri kampung: Ogos 2011
5. Pengurniaan alatan bantuan pendengaran, kerusi roda kepada orang-orang kurang upaya: September 2011
6. Pengurniaan mesin hemodialysis kepada hospital terpilih: Oktober 2011
7. Pengurniaan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir/bencana alam: Oktober/November/Disember 2011

PENUTUP

Bagi pihak Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim Berdaftar saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah dan akan memberikan kerjasama bagi menjayakan hasrat murni Yayasan.

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang memberikan kerjasama menjayakan Majlis Pelancaran dan Santapan Malam ini. Dengan pelancaran Yayasan ini adalah diharapkan agar segala objektif murni yang dirangka akan dapat direalisasikan.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

* SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT *

Dengan hormatnya,


(DATO' SERI SETIA RAJA DATO' HAJI MOHD AISERI BIN ALIAS)
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim Berdaftar
Merangkap
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

Bertarikh: 13 Rabiul Awal 1432H/16 Februari 2011

Membaca Isyarat Daripada PRK

Posted: 17 Feb 2011 01:00 AM PST

OLEH: ZAMSHA

NAIB Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berpendapat Pilihanraya Kecil (PRK) tidak lagi relevan dalam konteks politik Malaysia. Menurut beliau, PRK mengakibatkan banyak wang rakyat terpaksa dibelanjakan demi untuk menjayakan sesebuah PRK itu . Serentak dengan itu beliau mencadangkan apabila berlakunya kekosongan sesebuah kerusi baik di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), wakil dari parti penyandang hendaklah dilantik bagi mengisi kekosongan tersebut.

Pandangan Tuan Ibrahim itu sememangnya mempunyai asas bagi sesebuah kawasan yang wakil rakyatnya meninggal dunia. Namun, kemungkinan terdapat percanggahan pandangan dalam kes wakil rakyat yang sengaja menarik diri atau melompat parti. Barangkali untuk kes seperti ini, PRK boleh diadakan.

Rakyat tidak pernah mempertikaikan perbelanjaan yang sewajarnya digunakan oleh pihak yang berwajib demi untuk menjayakan dan melaksanakan sesebuah PRK, berdasarkan peruntukan yang terkandung undang-undang. Namun, kemarahan rakyat tentunya dapat difahami apabila ada pihak-pihak tertentu yang menyalahgunakan wang, harta dan segala kemudahan kerajaan untuk membantu parti- parti tertentu dalam sesebuah pilhanraya, baik Pilihanraya Umum (PRU) ataupun PRK. Pihak-pihak tersebut secara sewenang-wenangnya mencampuradukkan kepentingan kerajaan dengan kepentingan parti tanpa sedikitpun rasa bersalah.

Kekerapan PRK di negara ini yang dikaitakan pula dengan curahan projek menimbulkan lelucon dalam kalangan rakyat yang mengharapkan wakil rakyat di kawasan mereka meninggal dunia, demi untuk merasai "nikmat dan rezeki" yang bagaikan hujan gugur dari langit. Malahan sudah kedengaran juga cadangan yang dihalakan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) agar setiap bakal calon yang ingin bertanding pada sesebuah pilihanraya diwajibkan menjalani pemeriksaan dan ujian kesihatan bagi memastikan mereka bebas daripada penyakit kronik.

Sudah tidak asing lagi dalam setiap kali PRK, rakyat dapat menyaksikan pelbagai peruntukan mengejut dicurahkan demi untuk memastikan undi rakyat berpihak kepada mereka yang punya kuasa. Mereka tanpa malu dan segan menawarkan pelbagai janji bagi mengumpan rakyat yang tidak mahu berfikir. Segala jentera kerajaan dikerah untuk kelangsungan hayat politik mereka. Pelbagai penyalahgunaan dilakukan secara terang-terangan.

Pada masa ini jugalah, musim untuk rakyat melihat wajah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Menteri dan lain-lain kelibat yang selama ini hanya dapat dilihat di lembar akhbar dan skrin televisyen. Demi undi mereka sanggup menurunkan darjat bersimpuh memakai kain pelikat dan baju cap pagoda sambil menjamah ubi kayu pada musim banjir. Mereka juga kelihatan begitu seronok menyingsing seluar meredah banjir bersama rakyat. Media akan menonjolkan mereka daripada pelbagai sisi yang menunjukkan merekalah sebenarnya pemimpin yang berjiwa rakyat. Manakala pihak pembangkang pula diconteng wajah dengan berita-berita yang negatif.

Semenjak 26 Ogos 2008 di Parlimen Permatang Pauh hinggalah tarikh 30 Januari 2011, iaitu PRK terakhir di DUN Tenang, negara telah menyaksikan 14 kali PRK. Satu lagi PRK bakal berlangsung di DUN Merlimau, Melaka yang dijangka berlangsung dalam bulan Februari sekaligus melengkapkan bilangan PRK menjadi 15 kesemuanya. Lima PRK peringkat Parlimen dan 9 PRK peringkat DUN telah dan bakal dilangsungkan. Yang menariknya, kesemua negeri terlibat dalam PRK kecuali Pahang dan Perlis.

Daripada 14 kali PRK yang telah diadakan, 8 kali dimenangi oleh Pakatan Rakyat ( PAS 4 kali, PKR 3 kali dan DAP sekali) sementara 6 kali dimenangi oleh Barisan Nasional (BN). Kecuali 3 kali PRK yang menyaksikan perbezaan keputusan antara PRU 2008 dengan PRK , 11 kali PRK menyaksikan status quo; iaitu parti-parti yang menang PRU 2008; juga menang pada PRK. BN berjaya merampas dua kerusi PR iaitu di Parlimen Hulu Selangor dan DUN Galas sementara PR yang diwakili PAS berjaya menakluk kerusi BN di Parlimen Kuala Terengganu.

Kemenangan terbaharu BN di Tenang iaitu di negeri Johor yang dianggap sebagai negeri "deposit tetap" BN selain Sabah dan Sarawak, dipercayai menambahkan keyakinan Pengerusi BN, Dato'Seri Najib Abdul Razak untuk mengadakan PRU ke-13 dalam tempoh yang tedekat pada tahun ini juga. Gerak-geri politik Najib semenjak kebelakangan ini membayangkan keghairahan beliau untuk mengadakan PRU serentak dengan Pilihanraya Negeri Sarawak yang mesti dilaksanakan selewat-lewatnya Julai tahun ini.

Keyakinan ini dikuatkan lagi dengan peningkatan majoriti yang diperoleh BN, biarpun Timbalan Perdana Menteri tidak semena-mena menyalahkan banjir sebagai penghalang cita-cita besarnya, untuk majoriti BN melepasi angka 5000. Kemenangan BN dengan majoriti 3,707 (meningkat 1215 berbanding PRU ke-12) sebenarnya bukanlah kemenangan yang boleh dibanggakan sangat berbanding modal yang telah mereka curahkan di kawasan tersebut hingga menyebabkan Tenang bukan sahaja banjir air malahan banjir janji. PRK juga adalah sebuah padang permainan yang sentiasa senget sebelah.

Walau apapun, selera dan kepercayaan pengundi Cina kepada PR di Tenang, nyata memberikan isyarat kecemasan buat BN terutama sekali di kawasan-kawasan bandar dan kawasan campuran. Jelas sekali orang Cina tidak mudah termakan momokan daripada UMNO dan sekutunya kepada PAS. Seperti kata Lim Kit Siang, BN khususnya MCA hanya dikhayalkan dengan kemenangan tiga daripada empat kawasan majoriti Cina, tetapi hakikatnya mereka lupa, mereka hanya berupaya meraih kira-kira 35 peratus sahaja undi kaum Cina. Hal ini sebenarnya meresahkan BN yang sebenarnya masih kalah dalam kemenangan dan membuatkan senyum mereka tidak sempurna. Manakala PR pula sewajarnya lebih gigih mendekati pengundi Melayu terutama di kampung tradisional dan kawasan Felda.

Guna wang rakyat untuk biayai program BN, boleh pula?

Posted: 17 Feb 2011 12:30 AM PST

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Media-media talibarut BN mengeksploit semahunya isu kononnya Kerajaan Negeri Selangor membiayai kos perundangan ADUN Sri Muda, Shuhami Shafiei yang didakwa di mahkamah kerana menghasut mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Tujuannya satu, iaitu untuk membangkitkan kemarahan rakyat kononnya kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyalahgunakan wang rakyat. Jika pembelaan kerajaan Negeri Selangor terhadap kes mahkamah Shuhaimi itu dianggap pembaziran wang rakyat, maka Kerajaan BN Pusat juga wajib dipersalahkan.

Ini kerana dakwaan yang dibuat di mahkamah turut melibatkan penggunaan wang rakyat. Semua proses mahkamah tidak berlaku dengan percuma.

Jabatan Peguam Negara mempunyai hak untuk tidak mendakwa Shuhami. Apa yang ditulis Shuhami dalam blognya jauh lebih lunak dari pemimpin-pemimpin Umno memalukan, menghina dan memberi kata dua kepada Raja-raja Melayu sewaktu isu pindaan Perlembagaan pada tahun 1983 dan 1993. Apa yang diucapkan pemimpin Umno semuanya tercatat dalam laporan media-media utama Negara yang tersimpan hingga kini. Bukti itu tidak pernah hilang. Mengapa seorang pun tidak didakwa? Ertinya Kerajaan Pusatlah yang memulakan tindakan 'membazirkan wang rakyat' dalam isu ADUN Sri Muda itu. Mereka melakukan pendakwaan terpilih.

Jika tindakan Kerajaan Negeri Selangor itu dibantah, bagaimana pula dengan tindakan mereka menyalahgunakan wang rakyat untuk membiayai kempen politik BN. Penat rasanya saya menulis beberapa siri penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Kedah di zaman BN dulu yang menyapu secara terang-terangan wang anak syarikat kerajaan Negeri untuk kempen politik mereka, tetapi sehingga kini tindakan tidak pernah diambil oleh mana-mana pihak pun. SPRM misalnya boleh bertindak tanpa ada pihak yang membuat laporan pun, tetapi mengapa mereka memilih untuk mendiamkan diri jika pihak yang didakwa terbabit dengan penyelewengan itu adalah pemimpin BN.

Kerana Melayu mudah lupa maka saya ingin menyenaraikan semula penyalahgunaan wang rakyat di zaman BN dulu untuk kepentingan politik parti mereka. Ia sangat relevan untuk diungkitkan di saat BN begitu 'prihatin' dengan penyalahgunaan wang rakyat, kononnya.

Menjelang Pilihanraya Umum Ke 12 (PRU 12) BN Kedah telah menggunakan wang syarikat Seri Temin Development Corporation (STDC) sebanyak RM1.7 juta untuk membiayaan program kempen politik BN yang dibuat atas nama "Pemimpin Bersama Rakyat". Kesemua 14 bahagian di Kedah mendapat RM120,000.00 setiap bahagian, manakala bahagian Padang terap mendapat RM120,000.00.

Menjelang PRU 12, Menteri Besar telah memberi hadiah pen berjenama kepada wartawan yang membuat liputan kempen BN menggunakan wang Permodalan Kedah Berhad. Anak syarikat Perbadanan Menteri Besar itu telah menggunakan RM66,470.00 untuk membeli 50 batang pen. 40 batang pen berharga berjenama Mont Blanc berharga RM1,190.00 setiap satu, 9 batang pen berharga RM1,840.00 setiap satu dan sebatang pen lagi berharga RM2,310.00! Pembelian tidak dilakukan melalui sebut harga atau tender, tetapi dibeli terus dari pembekal Ping Hang Trading, Bukit Kayu Hitam.

Menjelang PRU 12, Permodalan Kedah Berhad (PKB) telah mengeluarkan wang yang banyak untuk membantu kempen politik BN. Perbelanjaan kononnya untuk membantu fakir miskin yang mucul dengan banyak di musim pilihanraya. PKB telah mengeluarkan wang tunai sejumlah RM300,000.00 pada 26 Februari 2008 dan RM200,000.00 pada 4 Mac 2008 untuk 'sumbangan politik' BN menghadapi pilihanraya.

Menjelang PRU 12 juga, dua buah syarikat iaitu Charok Indah Enterprise dan Gerbang Utara Enterprise telah diberi projek kononnya untuk kerja-kerja sosial, masing-masing sebanyak RM57,540.00 dan RM86,000.00 oleh PKB. Projek yang dilaksanakan oleh kedua kontraktor tersebut tidak pernah diputuskan oleh mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah atau mesyuarat pengurusan PKB. Antara spesifikasi 'kerja-kerja sosial' yang tercatat dalam rekod pembayaran itu ialah antaranya, membekalkan white board, peralatan alat tulis dan kayu ke peti undi BN dalam parlimen Kuala Kedah.

Menjelang PRU 12, STDC telah membelanjakan sebanyak RM78,270 untuk program politik BN di Padang Terap. Secara terperinci berikut adalah maklumat perbelanjaan STDC pada bulan Januari dan Februari 2008, di mana semua program tersebut diadakan di Padang Terap: 1/1/2008 – RM5,810.00, 1/1/2008 – RM26,150.00, 1/1/2008 – RM10,000.00. (Satu hari tiga kali mesyuarat?) 13/2/2008 – RM10,000.00, 13/2/2008 – RM7,905.90, 13/2/2008 – RM4,610.00, 13/2/2008 – RM11,700.00, 13/2.2008 – RM10,000.00. Semuanya berjumlah RM78,270.

Menjelang PRU 12, STDC telah menyewa khemah untuk digunakan sebagai program kempen politik BN sebanyak lebih RM300 ribu. Oleh kerana mereka telah berhutang kepada syarikat pembekal, maka pentadbiran STDC kini yang terpaksa menjelaskan hutang tersebut secara beransur-ansur.

Menjelang PRU 12 juga, STDC telah membekal kain tudung dengan perbelanjaan sebanyak RM20 ribu. Walaupun tidak dinyatakan kain tudung untuk siapa, tetapi tentulah kain tudung itu bukan untuk Muslimat PAS. Bukan juga untuk Wanita MCA, MIC atau Gerakan, sebab mereka tak pakai tudung. Kalau bukan untuk Wanita arau Puteri Umno, siapa lagi?

Itu cuma senarai penyalahgunaan wang rakyat oleh BN menjelang PRU 12. Hanya di Kedah. Bukan untuk semua waktu. Itu pun terbatas kepada senarai penyalahgunaan yang dibuat secara terang-terangan, tidak termasuk yang program kempen BN yang dibuat menggunakan kos dan jentera kerajaan. Macam Perdana Menteri yang turun ke mana-mana, semuanya menggunakan duit rakyat yang banyak tetapi berkempen terang-terangan supaya rakyat menyokong BN dan menolak Pakatan Rakyat. Halal pula bagi mereka.

Di zaman PR mentadbir Kedah sekarang pun ada program Mesra Rakyat yang telah dibuat di beberapa daerah. Menteri Besar cuma turun mencanang misi, visi, dasar dan program kerajaan Negeri. Tiada bendera PAS yang menyambut kedatangan beliau dan tiada kempen politik Umno, PAS. Sebab itu kakitangan kerajaan Kedah lebih selesa untuk bekerja di bawah pentadbiran kini berbanding lalu kerana mereka bekerja betul-betul untuk rakyat, bukan untuk parti pilitik tertentu.

NGO: Jatuhkan BN agenda bersama

Posted: 17 Feb 2011 12:00 AM PST

Harakahdaily

PETALING JAYA, 17 Feb: Berpuluh-puluh NGO di Malaysia mencapai kata sepakat semalam untuk menjadikan agenda menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke 13 ini sebagai agenda bersama mereka.

Kata sepakat itu dicapai dalam pertemuan tertutup mereka di sebuah hotel dekat sini bersama para pemimpin Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan juga DAP.

PAS katanya diwakili oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, PKR oleh Setiausaha Agungnya, Saifudin Nasution Ismail manakala DAP diwakili oleh Ketua Pemudanya, Anthony Loke.

Menurut sumber, pertemuan tertutup itu dibuat atas jemputan Parti Sosialis Malaysia (PSM). Ia telah dihadiri oleh pelbagai NGO di Malaysia bagi membincangkan peranan Kuasa Ketiga (Third Force) dalam politik negara ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak membincangkan peranan Kuasa Ketiga di samping BN dan Pakatan Rakyat dalam politik Malaysia.

Ia dipelopori oleh Raja Petra Kamarudin melalui laman webnya Malaysia Today bersama dengan apa yang dinamakan sebagai Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM)

MCLM telah dilancarkan oleh beliau dan rakan-rakannya pada 30 Oktober tahun lalu.

Menurut sumber, persidangan meja bulat semalam cuba membincangkan peranan Kuasa Ketiga.

Sumber itu berkata, selepas berbincang, mereka mencapai kata sepakat paranan mereka yang utama sebenarnya adalah menjatuhkan BN bukannya memecahkan Pakatan Rakyat.

Ini kerana, para NGO ini bimbang kalau-kalau kekeliruan berlaku di kalangan rakyat jika isu Kuasa Ketiga ini diperbesarkan sedangkan kewujudan kuasa atau pun power base mereka pun dipertikaikan.

Semoga Mahathir dapat hidayah

Posted: 16 Feb 2011 11:30 PM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat hidayah Allah SWT.

"Saya tidak berhasrat setakat ini untuk mengulas jawapan Tun Mahathir terhadap saya seperti yang tersiar di muka hadapan akhbar Utusan pada hari ini," tulis beliau yang juga Menteri Besar Kelantan di laman Twitter.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Mahathir berkata, tujuan hidup Mursyidul Am PAS itu hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam Umno, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan itu juga sanggup bekerjasama dengan pihak yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS di samping mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya umat Islam melonggarkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

''Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya di dalam pilihan raya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah tetapi kemenangan dalam pilihan raya.

''Orang Umno beragama Islam. Walaupun bagi Nik Abdul Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS namun dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli Umno dan ahli PAS juga adalah orang Islam,'' ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian di dalam entri terbarunya bertajuk 'Jawapan Kepada Nik Aziz' di blognya http://chedet.co.cc/chedetblog hari ini.

"Cukuplah saya berkata, saya simpati dengan beliau, semoga beliau mendapat hidayah Allah SWT," kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Liwat II: Seluar dalam Saiful ditanda bukti

Posted: 16 Feb 2011 11:00 PM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong mendakwa, laporan kimia yang diberi kepada pasukan pembelaan berbeza dengan laporan yang dikemukakan di mahkamah.

Kesilapan tersebut berkenaan label sampel bahan bukti yang diambil dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam borang yang dikemukakan, bungkusan sampel diterimanya daripada polis sebelum ini ditanda B12 tetapi hari ini Dr Seah menunjukkan borang dengan sampel yang ditanda sebagai B11.

Juga terdapat kesilapan tarikh pada bungkusan itu yang ditandakan 28 Ogos, 2008 sedangkan dokumen Seah bertanda 28 Jun.

Menurut Seah pembetulan tersebut dilakukan di hadapannya dan mahu borang diubah ditandakan sebagai bukti.

Peguambela Anwar, Ram Karpal bagaimanapun membantah permohonan itu dengan alasan borang berkenaan berbeza daripada borang yang diberikan kepada pembelaan di awal perbicaraan.

Ram membuat bantahan itu mengikut Seksyen 51 Kanun Acara Jenayah dan menyatakan mahkamah tidak boleh meneruskan perbicaraan itu kerana tidak termasuk dalam urutan bukti.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dalam hujah balasnya berkata, apa yang penting bukanlah dokumen itu sendiri tetapi perkara yang diperiksa.

Selepas tempoh rehat, Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan dokumen yang disenaraikan sebagai bahan bukti yang dikemukakan tidak boleh ditandakan sebagai eksibit.

Dalam pada itu, perbicaraan hari ini juga turut mengenal pasti pakaian yang dipakai Saiful sewaktu hari kejadian temasuk seluar dalamnya.

Dua sampul mengandungi seluar dalam Saiful masing-masing berwarna biru gelap berjenama Levi's dan kelabu dikenal pasti.

Bahan-bahan bukti lain termasuk bulu kemaluan juga dikemukakan.

Peguam, Sankara Nair bagaimanapun membantah cadangan pihak pendakwaan ia adalah bulu kemaluan.

Sankara berkata ia sepatutnya ditanda sebagai segumpalan rambut.

Selain itu, sepasang seluar hitam (tanpa jenama) yang dipercayai yang digunakan oleh Saiful juga dikemukakan sebagai bahan bukti.

Sebelum ini, beberapa saksi mendakwa air mani Saiful dijumpai pada seluar hitam ini.

Kemudiannya baju hijau lengan panjang jenama G2000, kemeja biru dan kolar putih jenama Ralph Lauren dan cadar bewarna kelabu turut dikemukakan sebagai bahan bukti.

Mahkamah hari ini turut menerima kehadiran wakil daripada kedutaan Australia.

Dua orang pakar daripada negara itu turut hadir hari ini iaitu Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.

Kain cadar berwarna kelabu pula ditunjukkan dan ia juga ditandakan sebagai bahan bukti.

Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut hadir adalah isterinya, Datin Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali.

Mahathir Yang Tidak Tahu Menggunakan Cermin

Posted: 16 Feb 2011 10:30 PM PST

SEMUA orang kena faham apabila bekas presiden Umno, Mahathir Mohamad tidak jadi seperti Abdullah Badawi yang diam dan bersikap negarawan selepas berundur dari kerusi PM, menandakan ada sesuatu yang menganggu pemikiran Mahathir. Ada yang tidak beres dalam mindanya.

Kalau dia merasakan tidak terganggu dia tidak akan jadi kalut seperti hari ini. Ada kalanya dia lebih kalut dari Najib dalam menjaga nasib dan masa depan Umno. Orang yang menyedari ini amat merasai akan kekalutan Mahathir ini. Kerana kekalutan melebihi ini juga menyebabkan ada berpendapat Mahathir sangat takut kalau negara ini bertukar kerajaan takut beliau akan didakwa. Apakah Mahathir ada kesalahan besar? Jenayah apakah yang beliau lakukan?

Mengenai Mahathir ini saya tenguk hanya satu perkara saja. Kalau dia mengatakan Nik Aziz tak pernah diam bercakap, mengggunakan agama untuk kemenangan hanya untuk jadi MB dan membentuk kerajaan dengan DAP, maka Mahathir juga begitu.

Mahathir juga ada agenda seperti itu cuma lain sikit tetapi maksudnya sama. Kenapa dia senantiasa 'gege' ialah kerana dia nak pastikan Umno menang. Mahathir tahu keadaan Umno hari ini seperti telor dihujung tanduk. Jadi dia kena berusaha agar telor itu tidak berada di hujung tanduk. Dia tidak mahu telor itu jatuh dan bersepah sekurang-kurangnya sebelum dia menutup mata.

Kenapa dia nak Umno menang dan memerintah negara ini. Kalau kerana nak pastikan Melayu kuat dan terus berjaya adalah bohong. Banyak mana yang Mahathir buat untuk Melayu selama ini. Apakah Mahathir seorang nasionnalis tulen? Bukankan identiti Melayu dihakis dan dibuang semasa beliau memerintah Malaysia selama 22 tahun? Banyak contohnya kalau hendak ditunjukkan.

Saya menafikan dakwaan Mahathir itu kerana Melayu boleh hidup tanpa Umno. Dan Melayu juga boleh jadi hina dan dagang dengan adanya Umno. Di Kelantan yang memerintah Pas. Nasib dan kedudukan orang Melayu selesa dan sejahra. Sebaliknya di Pulau Pinanhg sebelum ia diperintah oleh DAP baru dua tahu ia diperintah oleh Umno bersama Gerakan.

Apakah yang Umno lakukan untuk kemajuan dan kesejahtraan orang Melayu Pulau Pinang. Umno hanya baru bangkit sehari dua ini sambil memburukkan DAP. Yang memerintah Pulau Pinang lebih 40 tahun dulu juga Cina, tetapi Umno tidak pernah kisah. Berapa kali budak-budak samseng Umno angkat bendera memperotes penindasan Gerakan ke atas Melayu?

Jadi kalau Mahathir menghabiskan sisa usianya untuk memastikan Umno menang bukan untuk mendaulatkan Melayu. Ia adalah bohong dan helah semata-mata.

Rahsia sebenar kenapa beliau mahu Umno terus menang dan berkuasa ialah demi masa depan anaknya, Mukhriz. Mahathir jaga Umno kerana anaknya. Dia sangat berharap Mukhriz jadi macam Najib. Diam-diam Mahathir bermimpikan dia mahu jadi Tun Razak Hussein yang akhirnya menempatkan Najib sebagai perdana menteri.

Juga kenapa dia mahukan Umno terus berkuasa kerana kepentingan seorang lagi anaknya, Mukzani. Mukzani kini menjadi antara orang Melayu teerkaya. Sudah pasti Mahathir mahu selamatkan kedudukan dan kekayaan itu. Beluam tentu lagi kalau kerajaan bertukar tangan kedudukan anaknya itu selamat.

Sebelum ini ramai orang teruja dengan sikap Mahathir yang kononnya tidak mengaut keuntungan. Semua tertipu kepada Mahathir. Saya nak tanya satu saja, macam mana Mukzani boleh jadi kaya kalau bukan atas pertolongan Mahathir? Tidak payah cakaplah, tidak usah berdalih Mukzani tidak akan jadi kaya kalau dia bukan anak perdana menteri dan kini bekas. Mahathir tidak nampak ini, tetapi kalau anak menantu orang lain Mahathir akan siasat sampai ke hujung dapur.
Kerja Mahathir untuk menaikkan anaknya sudah lama dan ia dilakukan secara bersungguh. Kenapa Mahathir bencikan Abdullah sehinggakan menyerang Abdullah sampai jatuh kemudian keluar dsri Umno kerana hendak torture Abdullah. Sebabnya satu saja Mahathir terkilan dan kecewa dengan Abdullah yang tidak memberi anaknya bertanding dalam pilhan raya umum 2004.

Itulah puncanya. Pak Lah pula orang lurus bendul. Katanya sebelum pilihan raya Pak Lah ada jumpa dengan Mahathir bertanya mengenai calon dan mendapatkan nasihat. Beliau bertanyakan Mahathir mengenai Mukhirz apakah hendak disuruh bertanding atau tidak. Kerana untuk tidak nampakkan dia berkehendak, Mahathir kata terpulang kepada Pak Lah.

Pak Lah pula mengambil kira jawaban dan penyerahan Mahathir itu ikhlas. Beliau tidak mengambil Mukhriz bertanding. Mahathir marah sakan kepada Pak Lah. Inilah kebendulan Pak Lah. Mahathir ada menyuarakan perkara ini kepada seseorang. Makanya untuk ralat atas kebedulan itu dalam pilihan raya 2008 Mukhriz diletakkan bertanding di kerusi Parlimen Jerlun.

Kerusi itu sepatutnya untuk ketua bahagian Umno di situ pada masa itu. Kerana itu berlaku sedikit pemboikotan terhadap Mukhriz tetapi seketika saja. Selepas dipujuk ketua Umno berkenaan kembali menyokong Mukhriz. Mukhriz menang. Bukan itu saja ada kisah yang tidak pernah terungkap orang seorang pemimpin kanan Pas Kedah juga turut berkempen untuk memenangkan Mukhriz. Saya ada bukti yang cukup mengenai hal ini.

Mudahnya Mahathir tidak payahlah mengatakan Nik Aziz berlebih sangat, kononnya Mursyidul Am Pas itu tergilakan jawatan. Beliau kena tilik kepada dirinya sendiri. Nampaknya Mahathir hanya tahu memberi cermin pada orang tetapi tidak tahu bagaimana nak menggunakan cermin itu untuk diri sendiri. Sepatutnya sebelum beliau hulurkan cermin itu kepada Nik Aziz dia tilik seluruh mukanya dulu sepuas-puasnya.

http://msomelayu.blogspot.com/2011/02/langkau-sebaris.html

Bulu, seluar dalam, cadar dan karpet ‘diusung’ ke mahkamah

Posted: 16 Feb 2011 10:00 PM PST

Keadilan Daily

KUALA LUMPUR: Jika pada perbicaraan kes fitnah I Datuk Seri Anwar Ibrahim, pihak pendakwa mengusung tilam ke mahkamah, perbicaraan terbaru yang dihadapi Ketua Umum Keadilan itu menyaksikan pihak pendakwa 'mengusung' bulu, seluar dalam dan cadar ke mahkamah.

Semua barang-barang tersebut dibuka oleh Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong untuk ditandakan sebagai bahan bukti di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Bahan bukti tersebut termasuk helaian bulu yang dikatakan sebagai 'bulu kemaluan'. Peguam Sankara Nair ketika melihat bukti itu mempersoalkan mengapa ia tidak disebut sebagai 'rambut sahaja' kerana ia kelihatan seperti helaian rambut. Hakim Zainal Abidin Mohd Diah berkata Sankara boleh menyoal balas Dr Seah kemudian.

Sehelai seluar dalam kepunyaan pengadu Mohd Saiful Bukhari turut dikemukakan sebagai bahan bukti kes. Seluar dalam jenama Levi's itu sebelum ini didakwa saksi terdapat kesan air mani Saiful.

Sehelai permaidani berwarna warni juga turut dijadikan sebagai 'saksi' pendakwaan, yang dikatakan disita dari Jabatan Kimia. Selain itu, kain cadar berwarna kelabu turut ditanda sebagai bahan bukti.

Sepasang seluar hitam tanpa jenama, kameja biru dan kolar putih berjenama Ralph Lauren serta baju hijau jenama G2000 kepunyaan Saiful juga dikemukakan di mahkamah sebagai bukti kes.

Tun M : Perjalanan Yang Belum Selesai

Posted: 16 Feb 2011 09:41 PM PST

Oleh: Shirzad Lifeboat

Berita paling kelakar beberapa hari lalu ialah mengenai penjelasan Tun Dr. Mahathir kononnya bukan beliau yang instrumental dalam penangkapan dalam apa yang dikenali oleh seluruh dunia sebagai Operasi Lalang 1987.

Sebagaimana sedia dimaklumi oleh rakyat Malaysia dan dipelajari oleh masyarakat antarabangsa, penangkapan Operasi Lalang yang menyaksikan 106 penahanan bukanlah seperti penahanan dalam Ops Sikap atau lain-lain operasi yang melibatkan kesalahan trafik, penyalahgunaan dadah atau kesalahan jenayah.


Setiap negara bertamadun di dunia ini mempunyai undang-undang khas mengenai kesalahan trafik, penyalahgunaan dadah dan juga jenayah. Tetapi hampir kesemua negara bertamadun tidak mempunyai undang-undang yang memperuntukkan polis atau agensi penguatkuasaan lain membuat penangkapan seperti yang dilakukan oleh polis Malaysia dalam Operasi Lalang 1987.

Bagi kebanyakan negara, terutama yang menghormati prinsip hak asasi manusia dan keluruhan prinsip demokrasi, kerja polis adalah menangkap penjenayah dalam erti kata jenayah sebenarnya. Tentang politik, itu bukan kerja mereka. Pertelingkahan di antara parti oposisi dengan parti kerajaan tidak termasuk dalam senarai kerja polis. Lainlah kalau ada anggota parti terbabit bertumbuk atau terlibat dalam pergaduhan kumpulan (gang fight). Kalau ada tangkapan dan penahanan dilakukan sekalipun ia atas dasar jenayah bergaduh dan pihak polis tak akan mempersoalkan punca politik yang mencetuskan pergaduhan sedemikian.

Tapi dalam sejarah ada juga beberapa negara dan pemimpin yang menggunakan polis untuk menangkap seteru politik mereka. Tapi polis jenis ini lain sikit daripada polis yang menjaga kententeraman awam. Ketika Jerman diperintah oleh rejim Nazi, satu pasukan polis istimewa yang dinamakan sebagai Gestapo (Gestapo adalah singkatan dalam bahasa Jerman untuk Polis Rahsia Nasional) dikerahkan untuk menangkap sesiapa sahaja yang menentang atau menunjukkan kecenderungan memiliki pendapat yang berbeza dari apa yang cuba di maju oleh parti tersebut.

Kira-kira sedekad setengah lebih awal dari kewujudan Gestapo di Jerman, pemerintahan autokratik beraja Russia yang berkubur untuk selama-lamanya dengan pembunuhan Czar Nicolas II dalam apa yang dikenali oleh sejarah sebagai Revolusi Februari 1917 melahirkan pula apa yang satu lagi jenis polis istimewa yang sebenarnya tidak melakukan kerja perpolisan. Ekoran dari revolusi ini Parlimen Russia atau Duma menubuhkan satu pasukan polis yang dinamakan sebagai 'Cheka". Cheka adalah singkatan dalam bahasa Russia bagi (Suruhanjaya Luarbiasa bagi Menekan Kounter-revolusi dan Sabotaj Seluruh-Russia).

Dalam buku The Gulag Archipelago dan One Day in the Life of Ivan Denisovich diperjelaskan modus operandi Cheka yang menangkap sesiapa sahaja dan di mana sahaja mereka yang disyaki sebagai tidak menyokong revolusi walaupun tanpa adanya sebarang bukti.

Bab 1 The Gulag Archipelago menghuraikan tentang penangkapan dan penahanan ini: "Mereka yang pergi ke Archipelago (Gulag) untuk mentadbirnya berbuat demikian menerusi sekolah latihan Kementerian Dalam Negeri... Hanya satu jalan sahaja bagi orang seperti saya dan lain-lainnya yang ke sana untuk mati iaitu dengan cara ditahan…"Anda ditahan!" Dan anda tak tahu bagaimana memberikan respons kecuali dengan berkata, "Saya? Untuk apa?"

Pengarangnya, Aleksandr Solzhenitsyn (penerima Hadiah Nobel bidang Sastera 1970), yang turut ditangkap oleh Cheka menceritakan keadaan kem tahanan di mana tahanan dipaksa untuk memberikan maklumat walaupun sebenarnya tidak ada maklumat yang dapat diberikan. Penyiksaan piawaian di Gulag Archipelago termasuklah penafian tidur untuk tempoh beberapa hari, dikurung dalam sel tahanan yang ruangnya hanya muat untuk berdiri dan bermacam lagi.

Hanya tiga perkataan yang paling cocok bagi menggambarkan dua contoh pasukan polis ini dan jenis kerajaan serta pemerintahan yang mewujudkannya: tidak bertamadun, zalim dan tidak-berperikemanusiaan.

Dalam dunia moden hari ini mungkin ada beberapa negara yang diperintah secara diktator, atau junta tentera dan sebagainya yang menggunakan khidmat pasukan polis ini. Tetapi negara-negara berkenaan bukanlah negara demokratik dan pemimpinnya tidak pula berpidato ke sana ke mari tentang demokrasi.

Tatkala berkuasa selama lebih 22 tahun Tun Dr. Mahathir paling lantang, paling kerap dan paling banyak mendefinasikan semula makna 'demokrasi' menurut apa yang cocok dengan pemikirannya dan bersesuaian pula dengan keperluan UMNO-BN demi memelihara kuasa pemerintah politik. Selain daripada penangkapan dan penahanan yang dilakukan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ekoran Tragedi 13 Mei 1969, Operasi Lalang mencatatkan jumlah penahanan kedua terbesar. Tidak siapa dapat menafikan betapa polis tidak bertindak tanpa arahan spesifik dan tanpa sebarang tandatangan Menteri Dalam Negeri sendiri.

Oleh itu apabila Dr. Mahathir tiba-tiba menafikan bertanggungjawab terhadap penangkapan di bawah Operasi Lalang dan sebaliknya menuding jari ke arah polis, maka persoalannya apakah kuasa polis adalah lebih besar daripada kuasa Menteri Dalam Negeri yang juga kadang-kadang disebut sebagai Menteri Polis? Dan apabila Dr. Mahathir mengatakan polis yang sebenarnya mengeluarkan arahan menahan dan menangkap mereka di bawah operasi berkenaan, maka apakah maksud mantan Perdana Menteri itu sebenarnya terdapat sebuah lagi polis rahsia yang bekerja khusus untuk beliau di mana satu arahan am telah diberikan untuk menangkap sesiapa sahaja tanpa perlu mendapat tandatangan daripadanya?

Barangkali, dalam menoleh ke belakang tentang apa yang pernah dilakukannya tatkala menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir tiba-tiba takut sekiranya dunia melabel beliau sebagai Perdana Menteri sebuah negara demokratik yang paling tidak berdemokratik!

Jika itulah yang dihasratkan, maka perjalanan beliau masih jauh daripada sampai ke matlamatnya.

Salah Satu Kerja 'Mulia' Geng Katak Apabila Keluar dari Pakatan

Posted: 16 Feb 2011 09:30 PM PST

Hati-hati 'lakonan' Kit Siang, Karpal Singh

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Kerajaan perlu berhati-hati dengan 'lakonan' serta tindakan dua pemimpin DAP iaitu Lim Kit Siang dan Karpal Singh 'menyerang' Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu Ops Lalang yang dilaksanakan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri itu.

Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia, Nordin Ahmad berkata, ini kerana, ia hanya helah supaya kerajaan mengenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mereka.

Menurut beliau, jika perkara itu berlaku, Kit Siang dan Karpal serta pemimpin pembangkang lain akan menggunakan isu penahanan ISA sebagai umpan meminta simpati rakyat.

"Ia amalan biasa pembangkang. Mereka akan cuba mencari peluang untuk menjolok kerajaan dengan isu-isu sensitif.

"Kalau dikenakan tindakan ISA atas kenyataan yang dikeluarkan, inilah peluang mereka untuk menghentam kerajaan bagi mencari simpati rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Oleh itu, kerajaan perlu berhati-hati dalam berhadapan dengan keadaan sebegini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai serangan Kit Siang dan Karpal terhadap Dr. Mahathir bahawa terdapat beberapa pemimpin pembangkang yang menemuinya sebelum Ops Lalang dilaksanakan pada 1988.

Kenyataan dua pemimpin DAP itu mendapat reaksi beberapa pihak termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang menyifatkan serangan berkenaan sebagai tindakan desperado'bagi menutup kelemahan pembangkang.

Beliau turut mencabar kedua-dua pemimpin pembangkang tersebut supaya bertanyakan mengenai isu Ops Lalang kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim juga tidak ketinggalan menghentam Karpal sebagai orang yang tidak layak menuduh Dr. Mahathir sebagai pembohong kerana Pengerusi DAP itu sendiri pembohong dalam kes liwat Anwar.

Mengulas lanjut, Nordin yang juga bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR berkata, pembangkang terutama Kit Siang dan Karpal sebenarnya sudah ketandusan isu untuk diketengahkan dalam melemahkan kerajaan dan perkara yang dilakukan itu hanya untuk publisiti murah.

"Sudah tiada isu, mereka akan bangkitkan pula isu-isu lama. Inilah kerja mereka," katanya.

Beliau menyokong cabaran Zulkifli agar Kit Siang dan Karpal merujuk kepada Anwar berhubung Ops Lalang.

Mengulas isu sama, Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor, Abdullah Mansor berkata, Kit Siang dan Karpal perlu 'mencermin' diri sebelum menuduh Dr. Mahathir sebagai pembohong.

Menurutnya, Dr. Mahathir bukan 'kaki pembohong' dan tidak akan mereka-reka cerita seperti yang didakwa dua pemimpin pembangkang itu.

"Perkasa memandang serius tuduhan Kit Siang dan Karpal. Kita tuntut mereka ini mohon maaf kepada Dr. Mahathir.

"Karpal sendiri pun boleh dipertikaikan terutama dalam isu liwat membabitkan Anwar. Dulu dia pernah dedahkan perlakuan liwat Anwar, kini membela Anwar pula," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar memberitahu, apa yang dilakukan oleh Kit Siang dan Karpal hanya sekadar mahu menunjuk-nunjuk kononnya mereka handal dalam semua perkara.

"Apa yang penting, mereka asyik hendak mencari jalan untuk bergaduh. Itu sahaja matlamat mereka. Sudah tidak ada modal, mereka cari apa jua isu yang boleh dibuat bergaduh.

"Kalau hendak tunjuk handal pun, kenalah profesional. Jangan bersikap seperti budak-budak atau orang sudah nyanyuk," katanya.

Nah! Macam Ni La Cara Malaun Untuk Menaikan Harga Sesuatu Benda Di Malaysia

Posted: 16 Feb 2011 09:00 PM PST

Naikkan cukai – MAHB

Oleh SARAH NADLIN ROHIM
bisnes.utusan@gmail.com

SEPANG 16 Feb. – Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) meminta cukai lapangan terbang dinaikkan dalam masa terdekat kerana kadar sekarang merupakan antara yang terendah di rantau ini.

Untuk rekod kali terakhir cukai tersebut dinaikkan adalah pada tahun 2002.

Ketua Pegawai Kewangannya, Faizal Mansor (gambar) berkata, kenaikan itu perlu sejajar dengan perkembangan semasa dan bertujuan menjadikannya kompetitif di rantau ini.

''Cukai lapangan terbang di Malaysia adalah terendah pada masa ini dengan hanya RM51 bagi penumpang antarabangsa di terminal utama, manakala RM25 bagi terminal tambang murah.

''Kadar yang dikenakan pada masa ini adalah sangat rendah dan mempunyai ruang untuk dinaikkan,'' katanya selepas mengumumkan prestasi kewangan MAHB untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.

Faizal berkata, kadar yang dikenakan oleh lapangan terbang lain adalah Changi, Singapura sebanyak hampir RM70, Indonesia sekitar RM90, Bangkok RM80 dan Hong Kong RM75.

Selain cukai itu, beliau berkata, kadar bayaran meletakkan pesawat dan mendarat juga tidak dinaikkan sejak 20 hingga 30 tahun lalu.

Ditanya tentang perancangan meluaskan perniagaan di luar negara, Faizal berkata, mereka menyasarkan akan memiliki dua pelaburan di lapangan terbang luar negara.

''Kami dalam proses membida bagi mendapatkan kepentingan strategik dalam beberapa lapangan terbang terutama di Arab Saudi dan Timur Tengah. Tumpuan juga turut diberikan kepada rantau ASEAN.

''MAHB dijangka mengumumkan perkembangan bidaan tersebut pada suku pertama pada tahun ini,'' jelasnya.

Faizal menambah, MAHB sedang berbincang dengan beberapa syarikat penerbangan premium dan tambang murah untuk menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai pusatnya.

''Setiap tahun kami mengunjurkan lima syarikat penerbangan asing beroperasi di KLIA. Pada masa ini, sebanyak 60 syarikat penerbangan telah menjadikan KLIA sebagai pusat mereka,'' katanya.

Mengenai prestasi kewangan, MAHB telah mencatatkan penyusutan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak 7.3 peratus kepada RM445 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2010.

Manakala keuntungan operasi berada pada paras RM544.1 juta mewakili pertumbuhan sebanyak 10.7 peratus atau RM52.5 juta.

Mereka turut mencatatkan pertumbuhan perolehan sebanyak 10.7 peratus kepada RM1.812 bilion dan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) adalah pada RM707.1 juta.

Faizal berkata, penyusutan keuntungan sebelum cukai adalah disebabkan pelaksanaan sistem laporan perakaunan FRS 139 menyebabkan kerugian tinggi dalam syarikat bersekutu mereka seperti Sabiha Gokcen International Airport Limited (SGIA).

MAHB menguasai 20 peratus kepentingan dalam SGIA yang memajukan, mengendali dan mengurus lapangan terbang di Istanbul, Turki.

''Bagaimanapun, sejajar dengan pemulihan industri penerbangan global, MAHB telah merekodkan pertumbuhan penumpang dalam digit berganda iaitu 12.7 peratus, mengekalkan momentum kenaikan pada 2009.'' kata beliau.

Dengan peningkatan bilangan penumpang, Faizal berkata, perolehan bagi segmen operasi lapangan terbang adalah sebanyak RM1.675 bilion dan perolehan segmen aeronautikal pula sebanyak RM868.7 juta.

Sementara itu, bagi segmen bukan aeronautikal pertumbuhan yang dicatatkan adalah 14.2 peratus kepada RM806.5 juta.

MAHB optimistik dengan prestasi keseluruhan pada tahun 2011 dan memperuntukkan perbelanjaan modal sebanyak RM300 juta hingga RM400 juta.

Nakhaie Perbodohkan Diri Sendiri.

Posted: 16 Feb 2011 08:30 PM PST

Perpecahan boleh selesai jika UMNO, Pas boleh sepakat

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini boleh diselesaikan sekiranya UMNO dan Pas sedia bersepakat dalam isu-isu yang membabitkan Islam serta survival orang Melayu walaupun ideologi perjuangan masing-masing berbeza.

Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, memang tidak dinafikan kedua-dua parti orang Melayu itu bermusuh dari segi politik, namun ia bukan penghalang kepada UMNO dan Pas menjalinkan kerjasama kerana asas kedua-duanya adalah sama iaitu Islam serta Melayu.

Justeru, beliau meminta pemimpin UMNO dan Pas menjadikan saranan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya masyarakat Malaysia menghakiskan sikap curiga mencurigai sebagai titik permulaan ke arah itu.

"Yang di-Pertuan Agong telah memberi satu mesej yang cukup jelas kepada kita iaitu baginda mahu umat Islam kembali bersatu padu dan saling mempercayai. Bukan sahaja Seri Paduka malah semua umat Islam mengimpikan hasrat ini benar-benar berlaku.

"Umat Islam di negara ini telah lama berpecah dan punca utamanya adalah pegangan serta ideologi politik yang berbeza. Oleh itu sudah tiba masanya perpaduan ini dikembalikan. Langkah pertama UMNO dan Pas perlu duduk semeja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Maaf saya cakap. Ularmak ni sebenarnya ekeringan idea. macam mana la boleh jawatan tu dulu. memalukan!

Mahathir Ajak TG Nik Aziz Bertakwa? Apa Itu Takwa Wahai Mahathir?

Posted: 16 Feb 2011 08:00 PM PST

Hanya mahu menang pilihan raya

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tujuan hidup Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan itu juga sanggup bekerjasama dengan pihak yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala Pas di samping mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya umat Islam melonggarkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

''Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya di dalam pilihan raya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah tetapi kemenangan dalam pilihan raya.

''Orang UMNO beragama Islam. Walaupun bagi Nik Abdul Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong Pas namun dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli Pas juga adalah orang Islam,'' ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian di dalam entri terbarunya bertajuk 'Jawapan Kepada Nik Aziz' di blognya http://chedet.co.cc/chedetblog hari ini.

Dr. Mahathir berkata, UMNO tidak pernah mendakwa hanya ahli parti itu sahaja yang Islam atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam, seterusnya membawa ke syurga.

Berhubung isu nasionalisme seperti dibangkitkan oleh Mursyidul Am Pas itu, Dr. Mahathir berkata, terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil daripada perjuangan nasionalis Islam.

Beliau berkata, perjuangan nasionalis terbabit adalah kerana mereka terlalu sayang dan setia kepada negara.

''Hakikatnya mereka (orang lain) tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini tetapi yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.

''Sebenarnya tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT iaitu dengan cara membuat ibadah, memelihara orang Islam dan agama Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di mana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan sahaja yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukannya Nik Abdul Aziz,'' katanya.

Dr. Mahathir dalam pada itu turut mempersoalkan kewibawaan Nik Abdul Aziz kerana hanya berjuang di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang pada hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan serta tekanan.

''Walaupun Nik Abdul Aziz mendakwa beliau berjuang untuk Islam tetapi dengan mengehadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Abdul Aziz juga jahil kerana sebab yang sama,'' katanya lagi.

Mengenai dakwaan Nik Abdul Azizi bahawa UMNO menghapuskan tulisan Jawi sehingga umat Islam tidak boleh membaca al-Quran, beliau berkata, bukankah kerajaan UMNO yang mengadakan sekolah agama, mata pelajaran agama Islam menggunakan tulisan Jawi.

''Mengapa Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta al-Quran, tidak boleh baca Jawi,'' katanya.

Dr. Mahathir di dalam blognya turut mengingatkan Mursyidul Am Pas itu juga akan berdiri di hadapan Allah satu hari nanti dan segala pertuturannya dan perbuatannya ketika di dunia akan diadili.

''Di akhirat nanti lidah, tangan dan kaki Nik Abdul Aziz akan menjadi saksi. Bukan Nik Abdul Aziz yang akan mengadili saya atau sesiapapun dan bukan juga Nik Abdul Aziz mengadili dirinya sendiri,'' ujar Dr. Mahathir.

Mengenai peringatan Nik Abdul Aziz bahawa beliau akan berdiri di hadapan Allah Dr. Mahathir berkata, sedikit sebanyak ia membuktikan keangkuhannya.

''Seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

''Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Abdul Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika beliau berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT,'' katanya lagi.

Beliau seterusnya meminta Nik Abdul Aziz bertakwa kepada Allah SWT dan menghentikan perbuatan mengeliru umat Islam di negara ini semata-mata ingin menang dalam pilihan raya.

harap tun faham apa takwa? Tazkirah nik aziz rupanya memberi kesan kepada tun!

ROMBAKAN KABINET: TAN SRI SAMSUDDIN OSMAN MENTERI HAL EHWAL KAKITANGAN AWAM?

Posted: 16 Feb 2011 07:30 PM PST

Ruhanie Ahmad

Utusan Malaysia on-line jam 8.40 malam tadi menyiarkan satu berita daripada Bernama dengan tajuk Spekulasi rombakan kabinet cetuskan kekalutan. Antaranya, disebut bahawa "spekulasi liar oleh para pemerhati politik mengenai rombakan Kabinet yang tersebar dalam Twitter dan blog mereka hari ini telah mencetuskan kekalutan di pihak media untuk mengesahkan kesahihan berita itu."

Tidak ada sesiapa mampu untuk mengesahkan atau menafikan berita ini kerana sesungguhnya hak merombak Kabinet adalah hak YAB Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia.

Oleh itu, jika spekulasi ini benar, diharapkan YAB Perdana Menteri akan menimbangkan dua cadangan berikut yang disampaikan kepada saya menerusi peti komen blog ini dan menerusi pesanan teks telefon bimbit. Mesejnya adalah seperti berikut:

Satu: YAB Perdana Menteri perlu memberikan pertimbangan serius untuk melantik seorang warga kakitangan awam atau mantan kakitangan awam sebagai seorang menteri. Cadangan ini dikemukan oleh pengirimnya dengan alasan bahawa perlantikan ini akan menambahkan semangat dan dedikasi warga perkhidmatan awam dalam melaksanakan tugas masing-masing, terutama sekali dalam melaksanakan seluruh program transformasi nasional yang dipelopori oleh YAB Datuk Seri Najib. Cadangan ini juga, kata pengirim email berkenaan, akan membolehkan kerajaan mewujudkan satu kementerian yang khusus mengenai warga kakitangan awam yang jumlahnya adalah besar. Warga perkhidmatan awam yang sangat diharap-harapkan ke perlantikan jawatan ini adalah mantan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsuddin Osman.

Dua: YAB Perdana Menteri juga wajar menimbangkan secara serius untuk melantik seorang duta bertaraf menteri ke Indonesia. Cadangan ini dikirimkan menerusi sms. Kata pengirimnya, perlantikan seperti ini akan memberikan penghormatan yang tinggi kepada Indonesia, sama seperti penghormatan kerajaan Malaysia kepada AS apabila melantik Datuk Seri Jamaluddin Jarjis sebagai Duta Malaysia ke AS dengan taraf menteri.

Mudah-mudahan YAB Perdana Menteri menimbangkan kedua-dua hasrat di atas yang datangnya daripada rakyat jelata yang majoritinya sedang berikrar kepada diri masing-masing untuk sama-sama mengukuhkan kerajaan menerusi PRU13 kelak. Tetapi, itu pun jika benar bahawa beliau akan melakukan rombakan Kabinet dalam waktu terdekat ini!

Mubarak enggan mahu tinggalkan Mesir hingga mati

Posted: 16 Feb 2011 07:00 PM PST

SHARM EL-SHEIKH: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak ditawarkan ke Arab Saudi tetapi menolaknya kerana sudah berputus asa dan mahu mati di resort Laut Merah di Sharm el-Sheikh di mana beliau menginap sejak digulingkan.

Mubarak, 82, yang menderita akibat masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu, menjalani pembedahan hempedu di Jerman Mac lalu.

Pegawai rasmi di Arab Saudi berkata negara itu menawarkan tempat untuk Mubarak tetapi beliau tetap mahu berada di Mesir sehingga digulingkan.

"Beliau belum mati tetapi tidak sihat langsung, malah enggan meninggalkan negara. Pada dasarnya, beliau sudah putus asa dan mahu mati di Sharm," kata pegawai rasmi Arab Saudi yang enggan namanya disiarkan.

Mubarak bersumpah akan mati di Mesir semasa beliau berucap di hadapan 80 juta rakyatnya semasa masih dalam pemerintahan.

Sumber yang rapat dengan keluarga Mubarak berkata bekas presiden itu berada dalam keadaan baik dan masih menjawab telefon.

Mubarak banyak menghabiskan masa di kediamannya di Sharm el-Sheikh di akhir tempohnya sebagai pemimpin untuk mendapatkan udara bersih dan angin laut bagi memulihkan penyakitnya.
Di seberang laut, pelancong boleh melihat persisiran pantai Arab Saudi di mana bekas Presiden Tunisia Zine al-Abidine Ben Ali terbang ke negara itu selepas digulingkan.

Pengalaman Tunisia turut memberi ilham kepada per gerakan bantahan di Mesir yang menyebabkan peletakan jawatan Mubarak.

Di bandar hujung semenanjung Sinai ini, Mubarak pernah menerima kunjungan pemimpin dunia dan ia menjadi pentas bagi persidangan antarabangsa dan rundingan damai Israel - Palestin.

Mereka yang kecewa dengan pemerintahan kuku besi Mubarak menyifatkan Sharm el Sheikh sebagai bandar bekas pemimpin itu mengasingkan diri daripada kekusutan yang melanda rakyat Mesir biasa. – Reuters

Kabaikan dan kelembutan rakyat - dianggap sebagai kelemahan.

Posted: 16 Feb 2011 06:30 PM PST

Najib nampaknya bersungguh untuk mendapatkan sokongan setiap kaum di negara ini untuk memberikan dukongan kepada pentadbirannya. Kesungguhannya nampak jelas dengan tidak putus-putus membuat pengumuman selepas satu pengumuman dan semuanya adalah untuk menambat hati rakyat untuk berdiri di belakangnya didalam pilihanraya umum yang bakal tiba.

Najib sedang melakukan 'taici' dengan semua pihak kerana beliau belum lagi berjaya untuk mencari 'reconciliation point' untuk menagih sokongan semua pihak. Tindakkan beliau bercakap berlainan dengan berlainan bangsa yang dihadapinya itu menunjukkan beliau belum lagi mempunyai keupayaan untuk menarik sokongan semua pihak terhadapnya.

Apabila orang Melayu memberikan sokongan, sokongan itu datangnya dari lakunan beliau sebagai pejuang Melayu tetapi dalam masa yang sama MCA dan bangsa yang menganggotai parti itu akan membidas UMNO kerana mereka menganggap UMNO itu sebagai parti 'racist'. Apabila beliau berhadapan dengan bangsa Cina beliau mengatakan yang orang Cina mempunyai hak samarata dengan konsep 1Malaysianya dan ketika ini orang Melayu pula akan 'meroyan' dan mengkritik beliau terutamanya dari PERKASA pimpinan seorang Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas.

Pendeknya Najib tidak mampu untuk mencari resepi yang mantap untuk mendapatkan sokongan menyeluruh dari kaum Melayu dan Cina. Sampai bila Najib bertahan untuk melakunkan watak yang bermuka-muka ini sama-samalah kita lihat dan perhatikan.

Setelah bertindak membelakangkan semangat DEB dengan melupuskan syarat peruntukkan untuk Bumiputra dalam pelancaran NEM tahun lepas tidak beberapa hari yang lalu diumumkan pula TERAJU untuk memantau penyertaan Bumiptra dan ianya adalah berlawanan dengan NEM ciptaannya itu. Bagi perlaksana dasar pegawai-pegawai kerajaan begitu keliru untuk melaksanakan yang mana satu hendak diikuti.

Kita tidak boleh mempunyai muka yang terlalu banyak yang berbeza bergantung kepada tempat yang dihadapinya. Tidak ada rekod yang membuktikan sifat bermuka-muka ini mampu untuk bertahan secara 'sustainable' dalam jangka masa yang panjang. Kawan-kawan kita dari bangsa Tionghwa pandai untuk menilai permainan ini. Itulah sebabnya mereka teah menunjukkan sikap yang terbuka bahawa mereka tidak boleh lagi bertahan untuk mengekalkan sokongan kepada BN.

Itu jugalah sebab utama kenapa DAP mendapat tempat di hati keseluruhan masyarakat Cina dan juga secara beransur-ansur mendapat sokongan dari kaum Melayu pada masa ini. Cadangan DAP utuk menurunkan bebrapa calun Melayu kali ini akan melengkapkan usaha DA untuk melambangkan parti itu sebagai parti berbilang kaum.

Justru itu sebahagian orang Melayu akan pasti memberikan sokongan kepada parti yang tetap terlalu teruk dimomokkan oleh media massa negara ini sejak 40 tahun dahulu. Apabila DAP sudah mendapat tempat dihati rakyat maka ianya bukan lagi satu usaha yang mudah bagi BN khusunya MCA untuk menyaingi sokongan rakat terhadap DAP. Rakan-rakan Melayu dan India Muslim di P Pinang khususnya telah nampak bukti bagaimana urusan kerajaan P Pinang lebih baik dari kerajaan BN dahulu.

Majlis-Majlis Perbandaran di Pulau Pinang buat kali pertama telah berjaya mendapat pendapat 'surplus' yang agak besar dan ini tidak pernah berlaku semasa parti GERAKKAN memerintah P Pinang selama 40 tahun dahulu. Bukti ini dilihat dengan mata-kepala rakyat dan ianya membuktikan kerugian yang dialami oleh kerajaan tempatan di Pulau Pinang selama ini adalah kerana ketirisan dan rasuah yang tidak dapat dikawal.

Berita ini tentulah tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di Pulau Pinang kerana mereka lebih suka untuk melihat kerugian di Majlis-Majlis Tempatan untuk dijadikan isu politik tempatan. Itulah sebabnya ramai rakan-rakan di Pulau Pinang memberitahu bahawa cita-cita BN khusunya UMNO dan MCA untuk mengambil alih kuasa kerajaan di Pulau Pinang bolehlah dianggap seperti mimpi di siang hari sahaja.

Jika calun-calun MCA dikalahkan didalam pilihanraya yang akan datang oleh DAP maka DAP akan mendapat nikmat sokongan orang-orang Cina dan Melayu dan parti itu merupakan parti yang tunggal untuk mewakili suara kaum Cina di negara ini. Ini sangat berbeza dari dahulu dalam mana kaum Cina yang diwakili didalam kerajaan Persekutuan dan Negeri diwakili oleh dua parti kaum Cina iaitu MCA dan GERAKKAN.

Blog ini telah menyebut puluhan kali untuk kita semua memulakan politik baru yang boleh mentautkan perbezaan diantara kaum di negara ini. Ianya mestilah dilakukan oleh seorang yang berpengalaman yang dihormati oleh semua kaum dan mempunyai sifat 'magnanimity' yang tinggi. Kita terpaksa mencari seorang Melayu yang boleh bercakap secara benar dan jujur dan boleh dihormati oleh semua kaum.

Pemimpin serupa ini sudah tiada di dalam barisan kepimpinan kita maka itulah sebabnya pucuk pimpinan kita adalah seperti cicak kubin yang berubah warna mengikut tempat dia hinggap dan melekap.

Kita sekarang menyaksikan tindakkan kita cuba untuk menunjukkan segala kelemahan yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PR) sebagai kaedah untuk mendapatkan keyakinan orang ramai. Tidak apalah kaedah itu kerana itu merupakan cara politk yang lazim bagi poitik dunia ketiga ini. Tetapi kita mesti juga menunjukkan kebaikkan dan kejujuran kita didalam mentadbir kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri-negeri yang masih ditadbir oleh BN.

Mengambil alih kerajaan negeri Perak secara 'illegitimate' dua tahun lalu hanya membebankan UMNO kerana rakyat Perak sedang menunggu masa untuk mengembalikan kerajaan negeri itu kepada PR. Memecah belahkan wakil-wakil PR di Dewan Lagislatif tidak menghambat sokongan rakyat kepada PR yang pernah disokongnya dahulu.

Tindakkan merampas kuasa yang dilakukan di Perak telah menyentuh perasaan rakyat kerana rakyat bukannya memilih BN dalam pilihanraya itu, tetapi dengan kuasa yang ada di Persekutuan itu telah digunakan untuk melakukan perkara yang tidak disenangi oleh rakyat Perak.

Jika kita halusi keadaan yang ada sekarang kita melihat dengan terang dan jelas, banyak pihak yang telah menubuhkan badan-badan siasah untuk menumbangkan BN. Usaha semua pihak untuk berunding bagi menghadapi BN satu lawan satu yang diperkatakan dimana-mana itu bukti jelas yang terlalu banyak pihak yang ingin menjatuhkan BN khususnya UMNO.

Di Malaysia Timor (Sabah dan Sarawak) usaha sedang giat dijalankan untuk mencari titik persefahaman diantara MCLM, UBR dan SNAP di Sarawak dan ini membayangkan terlalu banyak pihak yang mahu melihat BN kali ini gugur didalam pilihanraya yang akan datang. Walaupun mereka berbeza tetapi mereka mempunyai motif dan niat yang sama; iaitu untuk memberikan pengajaran kepada BN yang mereka anggap sudah keterlaluan mengambil kelembutan rakyat 'for granted' atau sebagai satu kelemahan.

Jika titik persefahaman itu dicapai maka kita akan menyaksikan perubahan kepada 'pattern' politik tanah air dalam masa yang sesingkat ini. Politik bukan sesuatu yang static tetapi ianya sentiasa hidup dan berubah mengikut masa dan keadaan.

Di Sarawak menumbangkan BN itu bukanlah suatu usaha yang tidak dijangkakan kerana Taib Mahmud sudah menjadikan Sarawak sebagai negerinya sendiri. Sehebat mana pun pemimpin itu sejarah dunia telah membuktikan yang pemimpin yang duduk ditampuk kuasa terlalu lama akan menjadikan negeri atau negara itu kacau bilau.

Salah seorang dari bapa saudara saya berpesan, 'jika kau jadi guru besar, jangan duduk di satu sekolah itu lama-lama, nanti kau ingat sekolah itu kau yang punya'. DAN itu pun hakikat yang berlaku di Sarawak.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/02/kabaikkan-dan-kelembutan-rakyat.html

Tiada ulasan: