Khamis, 17 Februari 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Insaflah kamu wahai insan....

Posted: 17 Feb 2011 03:41 AM PST


Walaupun begitu biadap dan celupar kenyataan Mahafiraun terhadap TGNA (di sini), namun sebagai orang yang waras, TGNA dengan rasa tawadhu' dan penuh keinsafan, beliau sekadar mencatatkan dilaman twitter :

"Saya tidak berhasrat setakat ini untuk mengulas jawapan Tun Mahathir terhadap saya seperti yang tersiar di muka hadapan akhbar Utusan pada hari ini,"

Mahafiraun semakin sewel atau kelakar?

Posted: 17 Feb 2011 12:57 AM PST

Di Malaysia, PDRM lebih berkuasa daripada PM.Demikianlah gambaran yang cuba diwarwarkan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini mendakwa bahawa PDRM telah menghalang cubaannya untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika memegang jawatan tersebut.

Konon katanya, ketika beliau menyarankan supaya ISA dimansuhkan, pihak polis berkata 'tidak boleh' kerana bahawa masih ada ancaman.Ha! ha! ha! Kelakar betul Mahafiraun ini! Lihat di sini

Pendatang Haram di Sabah : Hishamuddin gagal laksanakan tugas

Posted: 16 Feb 2011 08:35 PM PST

Kebanjiran pendatang haram di Sabah begitu menakutkan dan merupakan satu ancaman nasional, namun Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein terus menyepi tanpa tindakan yang sewajarnya bagi menangani masalah tersebut.

Maka itu, Parti Progresif Sabah (SAPP) telah memulakan satu kempen tanda tangan untuk menggesa kerajaan persekutuan supaya membentuk Suruhanjaya Diraja untuk menyiast kehadiran besar "Malaysia baru" di Sabah.

SAPP percaya hanya pembentukan satu Suruhanjaya Diraja mampu menyiasat kehadiran secara besar-besaran pendatang haram di Sabah.

Seorang anggota Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) pernah mendakwa, bahawa kilang Kad Pengenalan (KP) tumbuh seperti industri kecil untuk memenuhi permintaan yang tinggi bagi mendapatkan KP Malaysia palsu di Sabah.

Ketua pemuda parti, Edward Dagul mengatakan SAPP menyasarkan 100,000 tanda tangan berikut kenyataan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Tun Hussein bahawa kerajaan tidak akan membentuk Suruhanjaya Diraja walaupun terdapat bukti bahawa penipuan telah berlaku pada skala besar di negeri tersebut.

Kehadiran ribuan pendatang haram di negeri tersebut telah diberikan status kewarganegaraan telah menjadi duri di kedua belah pihak, baik dari kerajaan persekutuan dan penduduk tempatan Sabah yang telah menuntut keadilan selama lebih dari dua dekad.

Masalah ini menjadi satu isu yang panas selama dua minggu terakhir ketika seorang pengusaha tempatan yang menyatakan dirinya Sultan Sulu dalam sebuah upacara di Kampung Likas dekat sini.

Mohd Akjan Ali Muhammad dikatakan sebagai ahli UMNO dan juga diyakini telah ditahan di bawah Internal Security Act (ISA) beberapa tahun yang lalu kerana dipercayai mengeluarkan dokumen-dokumen pengenalan Malaysia untuk warga asing.

"Walaupun kecuh dengan isu tersebut, kita amat berasa pelik kenapa Menteri Dalam Negeri masih tidak memandang serius masalah ini."

Respon Salahuddin terhadap kenyataan Azmin

Posted: 16 Feb 2011 06:42 PM PST

Oleh Muda Mohd. Noor

Sepatutnya timbalan presiden PKR itu membicarakannnya dalam ruang yang betul dan tidak mengungkit perkara itu secara terbuka.

PETALING JAYA: Dakwaan bahawa PAS turut berminat dengan kerusi PKR menimbulkan rasa kurang senang kepada Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Beliau menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali bahawa PAS berminat dengan kerusi kawasan bercampur sebagai tidak tepat dan dibuat di tempat yang salah.

"Sepatutnya Azmin membicarakannnya dalam premis yang betul. Kita (Pakatan Rakyat) tidak membincangkan perkara ini.

"Bagaimanapun, saya percaya perkara ini boleh diselesaikan dalam Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Azmin bahawa "tiada lagi formula PAS akan bertanding di kawasan majoriti Melayu, DAP di kawasan Majoriti Cina dan PKR di kawasan bercampur. "

"Sekarang, PAS juga mahu kawasan bercampur," kata Azmin seperti dilapurkan.

Keadaan ini boleh menyukarkan rundingan komponen Pakatan Rakyat yang membabitkan PKR, PAS dan DAP menentukan pembahagian kerusi dalam pilihanraya umum akan datang.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata jika PAS berminat bertanding di kawasan bercampur ia merupakan fenomena semasa berikutan sokongan pengundi bukan Melayu, terutama pengundi Cina, kepada parti itu.

Tambahnya, fenomena ini sepatutnya tidak menjadi pertikaian dalam Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, kata bekas Ketua Pemuda PAS itu, parti Islam itu mempunyai penyokong setia di kalangan pengundi Melayu.

"Kalau pilihanraya umum 2008 dijadikan ukuran, pengundi Melayu masih memberi sokongan kepada PAS," katanya.

Sementara itu, Salahuddin menjelaskan PAS belum membuat keputusan sama ada bertanding atau tidak dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Katanya, keputusan tersebut akan dibuat dalam mesyuarat PAS.

Pilihanraya kecil Kerdau akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63 akibat serangan jantung Sabtu lalu.

copy & paste dari sini

Maka bersabdalah si Mahafiraun....

Posted: 16 Feb 2011 04:22 PM PST

Mahathir Mohamad, yang suatu ketika dulu digelar sebagai Mahafiraun kerana kezalimannya sewaktu menjadi PM Malaysia, walaupun mengakui pengetahuan agama Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang "dalam", tetapi beliau merasakan dirinya sendiri "lebih dalam lagi" pengetahuannya mengenai agama Islam….

Mahafiraun itu menggesa Menteri Besar Kelantan itu berhenti daripada menyalah guna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.

Mahafiraun itu mengingatkan TGNA, "Bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihan raya."

Bacalah kenyataan seterusnya di sini

Tiada ulasan: