Ahad, 13 Februari 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Selagi YB Tak Mati, Jalan Rosak Tidak Akan Dibaiki

Posted: 13 Feb 2011 12:00 AM PST

Muak alasan tiada peruntukan

TANJUNG IPOH (Kuala Pilah) – Penduduk Kampung Panglang melahirkan rasa kecewa apabila jalan utama yang sering dilalui mereka rosak teruk hingga menyebabkan ada kenderaan rosak selepas melalui jalan itu.

Penduduk, Abu Bakar Ujang, 66, berkata, masalah jalan rosak di kawasan berkenaan sudah lama berlaku dan boleh dianggap perkara biasa.

"Walaupun ia bukanlah satu isu baru, tetapi jalan itu tidak pernah dibaiki dengan sempurna sehingga hampir sepuluh tahun, pengguna jalan raya akan berhadapan dengan masalah yang sama.

"Bukan tidak pernah mengadu atau membuat aduan kepada pihak berkaitan, namun alasannya tetap sama tiada peruntukan. Tetapi sampai bila penduduk di sini boleh bertahan? Setiap hari kami menggunakan jalan ini dan tayar kenderaan juga semakin lama semakin rosak," katanya.

Menurutnya, mengakui keadaan itu cukup berbahaya kepada penduduk kerana ia adalah jalan yang perlu dilalui setiap hari.

"Kami di sini sudah terlalu lama terdedah dengan risiko terutama pada waktu malam.

"Ramai yang tidak nampak lubang tersebut terutama pada waktu malam dan hujan kerana air bertakung. Lebih malang lagi apabila penunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu terjatuh," katanya.

Abu menambah, di beberapa jalan yang lain, terdapat pula mendapan yang berpunca dari aliran air di bawah tanah ataupun sebaliknya.

"Memang ada berlaku sedikit mendapan dan lubang di jalan itu. Apabila hujan berterusan selama beberapa hari, ia menyebabkan air bertakung sehingga 0.3 meter.

"Ada sesetengah pengguna jalan raya tidak tahu jalan itu rendah dan tetap melaluinya sehingga menyebabkan enjin kereta rosak dimasuki air," katanya.

Menurutnya lagi, pemilik kenderaan juga terpaksa berdepan dengan masalah kerosakan tayar dan rim jika terlanggar lubang berkenaan walaupun kenderaan dipandu pada kelajuan sederhana.

"Kami bukan mahu menuding jari kepada mana-mana pihak, tetapi seharusnya mereka prihatin terhadap masalah kami.

"Ada juga penduduk yang terpaksa menggunakan jalan jauh untuk keluar ke pekan disebabkan jalan rosak dan tidak elok," katanya yang memohon agar pihak berkaitan dapat segera mengatasi masalah itu.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian mendapati, tiada sebarang alat amaran seperti kon keselamatan diletakkan di laluan air bertakung tersebut sehingga meningkatkan risiko kemalangan lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Laluan masuk ke jalan ini juga gelap pada waktu malam dan sangat berbahaya terutamanya mereka :yang tidak biasa menggunakan laluan tersebut. -SH

Ulasan GB

Selagi YB di tempat anda belum mati, selagi itu BN tidak akan pedulikan nasib rakyar. Jalanraya yang rosak akan terbiar.

Apabila berlaku kematian YB, dan pilihanraya kecil diadakan maka barulah nanti jalanraya-jalanraya akan turap dan diperbaiki. Ini bukan cereka rekaan, anda boleh ke Merlimau hari ini dan saksikan sendiri projek-projek mee segera yang mencurah-curah ke Merlimau.

Di Merlimau sekarang ini, bukan sahaja jalan yang berlubang diturap, jalan tak berlubang pun dicungkil semula untuk diturapkan baru.

Tak lama lagi suasana di Merlimau akan dapat di lihat di Kerdau pula.




Pelajar POLISAS Ditemui Mati Lemas Di Cherating

Posted: 12 Feb 2011 11:00 PM PST

Kantan: Seorang pelajar Kolej Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) yang hilang selepas dihanyutkan arus laut semasa dia hendak mengambil bola, ditemui mati lemas di pantai Cherating, di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata mayat Azlan Ahmad, 21, dari Felda Tanjung Jengka, Maran ditemui terapung di pantai itu pada kira-kira jam 9 pagi.

Beliau berkata, dalam kejadian semalam Azlan bersama bersama rakan-rakannya dari Polisas sedang bermain bola di pantai itu pada kira-kira JAM 5.30 petang apabila bola itu masuk ke laut.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini katanya, seorang rakan Azlan, Mohd Yusran Sharuddin, 21, cuba menyelamatkan Azlan yang kelihatan lemas, tetapi tidak berjaya, malah Yusran sendiri hampir lemas dalam cubaannya itu.

Beliau berkata, polis melancarkan gerakan mencari Azlan selepas menerima maklumat mengenai kehilangan pelajar itu.

Mayat Azlah dibawa ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat. - BERNAMA

Mubarak Mahu Hidup Dalam Buangan Di Dubai

Posted: 12 Feb 2011 10:22 PM PST

Kaherah: Bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak yang sekarang berada di pusat peranginan Sharm el-Sheikh selepas meletakkan jawatan atas desakan rakyat kelmarin, kemungkinan akan berhijrah ke Dubai.

Akhbar Britain, The Guardian melaporkan semalam perbincangan sudah diadakan di antara beberapa negara Arab dan Amerika Syarikat berhubung destinasi selanjutnya bagi Mubarak yang lari bersama keluarga ke pusat peranginan laut Merah Mesir ini, selepas melepaskan kuasa kepada tentera.

Satu isu penting bagi memilih destinasi 'persaraannya' ialah bagi memastikan bekas presiden itu akan menikmati kekebalan daripada dikenakan tindakan undang-undang di atas tuduhan menyebabkan 300 kematian ketika bantahan rakyat selama 18 hari dan salah guna kuasa oleh pasukan keselamatan.

Sebelum ini, Mubarak dilaporkan mungkin menuju ke Jerman tempat beliau berehat selama tiga minggu selepas menjalani pembedahan Mac tahun lalu.

Bagaimanapun, bekas naib presiden, Omar Suleiman Rabu lalu menafikan laporan itu dan pihak berkuasa di Jerman juga menafikannya.

Kemungkinan Mubarak bersara di Sharm el-Sheikh adalah sesuatu yang dijangkakan kerana beliau akan terdedah kepada kemungkinan diheret ke mahkamah di atas jenayah kemanusiaan dan rasuah.

Menurut akhbar al-Quds al-Arabi yang berpangkalan di London, isu kekayaan yang dihimpun Mubarak dan keluarganya turut akan menentukan destinasi persaraan bekas presiden yang memerintah hampir 30 tahun itu.

Pakar sebelum ini menganggarkan Mubarak dan keluarga berkemungkinan mempunyai harta £43.5 bilion (RM210 bilion) dengan kebanyakan di bank Britain dan Switzerland atau dilabur dalam hartanah di London, New York, Los Angeles dan pantai di pesisir Laut Merah.

Sementara itu, seorang pegawai lapangan terbang Kaherah, berkata pihaknya menerima senarai nama pegawai yang dikaitkan dengan rejim Mubarak yang tidak dibenarkan keluar negara.

Beliau enggan mendedahkan nama dalam senarai itu tetapi berkata bekas Menteri Penerangan, Anas el-Fiqqi menghantar begnya ke lapangan terbang tetapi tidak muncul untuk penerbangannya ke London, kemungkinan selepas mendengar namanya dalam senarai berkenaan.

"Senarai nama itu dikeluarkan mungkin untuk mengelak mereka yang berkuasa sebelum ini daripada lari daripada dikenakan sebarang tindakan," kata pegawai lapangan terbang itu.

Pihak tentera yang kini berkuasa semalam melonggarkan perintah berkurung yang dikenakan sejak 18 hari lalu dan mengenakan larangan terhadap pegawai dan bekas pegawai kerajaan daripada meninggalkan negara itu. – AP/Agensi

[Bergambar] Mesir Selepas Demonstrasi

Posted: 12 Feb 2011 09:10 PM PST

Kaherah - Pernyataan perletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak diikuti dengan sikap positif dengan situasi keamanan di Kaherah, Mesir. Ratusan ribu demonstran yang sebelumnya tertumpu di Lapangan Tahrir mulai membubarkan diri.

Pihak tentera tempatan pun mulai membongkar barikade penghadang yang selama ini digunakan memisahkan rakyat pro-pemerintah dan anti-pemerintah.

Seperti disiarkan dari Saturday Nation, Sabtu( 12/2/2011), kereta-kereta kebal yang diletakkan di parkir di sekitar Lapangan Tahrir juga mulai ditarik kembali ke tempatnya.

Sejumlah warga orang kelihatan membantu tentera membongkar penghadang dari kawat duri, besi, dan serta mengangkat kereta-kereta yang terbakar waktu terjadi pembberontakan antara massa pro-pemerintah dan anti-pemerintah.

Sebagian dari para demonstran memutuskan tetap bertahan di Lapangan Tahrir. Mereka mengingatkan rakan-rakannya bahwa jatuhnya pemerintahan Mubarak hanya satu dari tuntutan mereka dan masih banyak tugas lain yang harus diselesaikan.

"Sampai majlis rakyat bubar, sampai pemerintahan darurat dihilangkan, sampai kami memiliki pemerintahan sivil, rakyat di Lapangan Tahrir akan tetap berdemo," seru Desouky, salah satu pemimpin demonstran.

"Kami mungkin tidak menetap lagi di lapangan ini, tapi jika permintaan ini tidak dipenuhi, kami akan kembali," tegasnya.








Mereka Yang Terkorban




PAS - UMNO: Tiada Jalan Boleh Bekerjasama

Posted: 12 Feb 2011 07:25 PM PST

Klik untuk pembesaran

Pemimpin: Tidak mungkin Umno, PAS boleh jalin kerjasama politik

Pemimpin-pemimpin Umno dan PAS menegaskan hasrat untuk Umno dan PAS mewujudkan kerjasama politik yang "kukuh" tidak akan berjaya memandangkan kedua-dua parti itu mempunyai dasar perjuangan yang berbeza.

Bagaimanapun bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad berkata, Umno dan PAS boleh menjalin kerjasama dalam hal-hal tertentu terutamanya yang mempunyai kaitan dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Kita kembali kepada tahun 80-an, 90-an di mana kita pernah cuba berbincang soal nak jadikan orang Melayu sebagai sebuah parti sahaja, satu perkara yang sukar.

"Sebab itu, kalau boleh Umno dan PAS dalam soal kepentingan orang Melayu termasuk apa yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan itu, kita pertahankan bersama... itu sudah menjadi jaminan yang baik tanpa mengetepikan hak kaum lain yang juga terjamin dalam Perlembagaan (Persekutuan)," katanya.

Beliau yang juga bekas naib presiden Umno berkata demikian pada sidang media selepas sesi diskusi Simposium Dilema Melayu di di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Terdahulu beliau bercakap di bawah "Cabaran Kepimpinan Melayu di Masa Depan".

Justeru, Isa yang kini merupakan Ahli Dewan Undangan (Adun) Bagan Pinang dan Pengerusi Felda berkata, jika Umno dan PAS boleh bekerjasama mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, ia tidak akan menimbulkan masalah.

"Kalau ini boleh dibuat masa depan orang Melayu tak begitu cemas... sebab hak itu sudah terjamin, sebab itu jangan persoalkannya dan kalau tidak dipersoalkan tiada masalah.

"Bergabung (Umno dan PAS) sukar, tapi kita boleh bekerjasama dalam hal tertentu," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, PAS yang dipimpin Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mungkin bersatu semula dengan Umno memandangkan parti Islam itu mempunyai sejarah ketika berkerjasama dengan Barisan Nasional (BN).

Parti Islam itu "ditendang" keluar dari BN penghujung 1970-an selepas tidak mendapat kata sepakat dalam beberapa perkara termasuk tidak bersetuju dengan perintah darurat dikeluarkan ketika itu.

"Nampaknya sukar... PAS keluar ada alasan, PAS dan Umno ada sejarah. Kalau nak bercantum itu satu masalah yang rumit.

"Masalahnya kita bercakap dari realiti, kesimpulan yang dibuat, kita pertahankan hak ini cukup dan dari sudut PAS, malah kami dalam Pakatan Rakyat ini (Perlembagaan Persekutuan) menjadi perkara utama yang dijamin akan dipertahankan," kata Mustafa.

Tambah beliau, Pakatan Rakyat akan tetap mempertahakan Perlembagaan Persekutuan walaupun gabungan tiga parti itu berjaya merampas Putrajaya dari BN.

"Masalah Islam sebagai agama persekutuan, hak keistimewaan orang Melayu, bahasa Melayu bahasa rasmi dan institusi beraja akan dipertahankan.

"Bukan sahaja PAS malah keseluruhan Pakatan Rakyat menerima ia mesti dipertahankan," katanya.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS tidak akan menjalin kerjasama politik dengan Umno agar "tangan PAS tidak digigit kali kedua."

PAS mahu kekal dengan kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang turut dianggotai DAP dan PKR, kata beliau. -TMI

Ulasan GB

Ketegasan Musyidul Am PAS bahawa "tiada kerjasama dengan UMNO" berjaya akhirnya mententeramkan kepincangan yang berlaku di dalam jemaah ekoran dari munculnya gagasan UG satu ketika. Dan kini rata-rata tiada seorang pun pemimpin PAS yang mahu diassosiasikan dengan idea berkenaan.

UMNO yang masih tergila-gila hendak berkerjasama (baca: bergabung) dengan PAS kerana mereka menyedari kekuasaan UMNO BN kini sudah ketara begitu lemah, apatah lagi sokongan terhadap bukan-Melayu kepada BN menunjukkan regressi yang ketara.

Berbagai cara digunakan UMNO untuk "memikat" PAS. Ia seperti sewaktu Perang Siffin, di mana di saat pasukan Muawiyyah bin Abi Sufyan hampir mengalami kekalahan, mereka lantas mengangkat al Quran dalam apa yang dikenali sebagai Tahrim.

Syaidina Ali r.a apabila melihat peristiwa tersebut segera mengarahkan pasukannya menghentikan serangan ke atas pasukan Muawiyyah r.a dan memutuskan untuk berdamai.

Satu perjanjian dibuat dan atas kebijaksanaan atau lebih tepat lagi, tipu daya Amr Al-As, Syaidina Ali r.a kehilangan jawatan sebaliknya yang naik menjadi khalifah adalah Muawiyyah bin Abi Sufyan.

Hal tersebut menjadi pengajaran untuk kita bahawa kita tidak akan terjelepok ke dalam lubuk biawak dua kali.

PRK Merlimau, UMNO Dilemma Pilih Calon, Bukan PAS

Posted: 12 Feb 2011 06:38 PM PST

PAS dilema pilih calon di Merlimau

KUALA LUMPUR: PAS yang akan mewakili pakatan pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac ini, berdepan dilema memilih calon apabila Dewan Pemuda mahu wakil mereka bertanding, manakala pemimpin parti tidak menolak kemungkinan mempertaruhkan calon wanita.

Pada sidang media di sini semalam, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof, berkata Pemuda PAS Melaka sudah menyenaraikan lebih daripada seorang calon untuk pertimbangan Jawatankuasa Pilihan Raya parti.

"Mengenai calon wanita, kita tak tahu perkara itu tetapi setiap peringkat berhak mencadangkan nama calon. Begitu juga dengan Pemuda dan Muslimat," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Pemuda PAS di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini.

Di MERLIMAU, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata tidak mustahil parti berkenaan meletakkan calon wanita menentang Barisan Nasional (BN).

"Saya difahamkan ada seorang calon wanita disenarai pendek oleh PAS negeri untuk merebut kerusi Merlimau daripada BN.

"Tidak mustahil beliau bertanding di sini," katanya selepas perasmian bilik gerakan PAS oleh Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Taman Muhibah, di sini semalam.

Salahuddin juga menolak dakwaan parti itu tidak akan meletakkan lagi calon wanita bertanding pada pilihan raya berikutan kekalahan Ketua Dewan Muslimat Labis, Normala Sudirman, 39, kepada calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim pada pilihan raya kecil DUN Tenang, bulan lalu.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lalu.

Berita Minggu difahamkan, Setiausaha Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Man, 52, ibu tunggal beranak lima adalah pemimpin wanita tunggal yang disenaraikan bersama beberapa nama lain untuk pertimbangan bagi mewakili parti terbabit pada pilihan raya kecil DUN Merlimau.

PAS dijangka menentukan calonnya hari ini sebelum membuat pengumuman akhir pada minggu depan. -BH

Ulasan GB

PAS tidak berada dalam dilemma seperti yang didakwa oleh Berita Harian di atas.

Ini kerana PAS tidak lansung bermasalah di dalam membuat pilihan calon yang akan bertanding kerana ahli-ahli PAS telah lama dididik dan ditarbiyah agar "takut dengan amanah" di samping tidak menonjolkan diri untuk mendapatkan jawatan sesuai dengan hadith Rasulullah saw yang bermaksud:

Daripada Abu Musa r.a. (Allah telah meredhainya) katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.a.w.. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya"

Berbeza dengan UMNO. UMNOlah yang kini sedang di dalam dilemma.

Kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan seperti dilaporkan oleh Bernama (9/2/2011) menjelaskan hal tersebut:

Beliau turut menasihatkan mereka yang tidak terpilih sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu serta penyokong mereka supaya tidak berkecil hati dan terus bekerja untuk memastikan kemenangan BN. Katanya mereka ini juga dinasihatkan supaya tidak melakukan 'cah keting' atau mensabotaj parti sekiranya individu pilihan mereka tidak terpilih.

Keadaan di Merlimau pula, nampaknya, UMNO BN yang sedang berada di dalam dilemma apabila beberapa nama yang disenaraipendekkan sebagai calon telah mula melobi.

Dilaporkan oleh media sebelum ini, sebanyak tujuh nama telah dikemukakan termasuk timbalan ketua bahagiannya Datuk Mohd Said Yusof, ketua pemuda Zaidi Atan dan juga ketua pergerakan puteri Siti Faizah Abdul Azis. Empat nama yang lain ialah ketua wanitanya Zaleha Bujang dan seorang anggota jawatankuasa bahagian Abdul Nasir Bazid. Mohd Nasser Selamat dan Roslan Ahmad.

Perebutan berlaku apabila ada beberapa nama pemimpin bahagian itu tidak disenangi daripada senarai calon kerana dikatakan bukan "anak jati" kawasan DUN Merlimau dan ada banner di beberapa tempat yang telah dinaikkan untuk mempastikan calon anak tempatan dipilih. (Lihat gambar)

Malah Presiden UMNO sendiri menggambarkan keadaan bahawa ada calon yang ditolak kerana ada faktor "masalah peribadi" yang merupakan syarat untuk mencerahkan peluang BN untuk menang di Merlimau (Bernama 12/2/2011)

"Datuk Seri Najib Razak berkata calon yang disenangi rakyat, berwibawa dan tidak mempunyai masalah peribadi akan mencerahkan peluang Barisan Nasional (BN) menang menjadi kenyataan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau kelak."


PRK Merlimau: UMNO BN Sudah Naik Bendera Di Sepanjang Jalan, SPR Berdiam Diri

Posted: 12 Feb 2011 05:00 PM PST

PAS bantah BN cabul akta pilihan raya di Merlimau.

TEMERLOH, 12 Feb: PAS membantah tindakan Barisan Nasional (BN) yang telah pun menaikkan bendera parti itu dan Umno di simpang-simpang dan sepanjang jalan di Merlimau, Melaka kerana ia jelas bercanggah dengan akta pilihan raya.

Serentak dengan itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar bertindak segera menurunkan bendera-bendera tersebut sebagaimana yang dilakukan terhadap PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang yang bulan lalu.

"Proses penamaan calon bagi PRK Merlimau akan diadakan pada 26 haribulan ini dan menurut akta pilihan raya semua parti politik hanya dibenarkan berkempen selepas tarikh itu.

"Kita juga membantah kempen pihak BN di media," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Perhubungan PAS Pahang hari ini.

Pakatan Rakyat memilih PAS meletakkan calon dalam PRK Merlimau 6 Mac depan.

Tuan Ibrahim yang baru dilantik sebagai Pengarah PRK Merlimau bagi PAS berkata, jentera PAS akan mengambil pendekatan mesra rakyat, bersikap sederhana dan tidak akan melayan sebarang provokasi agresif yang dijangka akan dilakukan oleh parti lawan.

Tambahnya, meskipun PAS sedar Dun berkenaan merupakan kawasan tradisi BN namun ia tidak mustahil bagi parti itu untuk membuat kejutan kerana kawasan tersebut memiliki pengundi-pengundi bermaklumat yang bersedia melakukan perubahan dan semua peti undi mempunyai pelbagai kaum.

Menurut Tuan Ibrahim, Dun tersebut mempunyai 10,766 pengundi dengan Melayu 64.69 %, Cina (21.11%), India (14.16%) dan lain-lain (0.04%).

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Dalam pilihan raya umum 2008 itu, Mohamad Hidhir mengalahkan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154, iaitu pengurangan hampir 3,000 undi majoriti berbanding pencapaian BN sebelumnya.

"Dari segi kempen kita akan menekankan betapa pentingnya dewan Negeri Melaka menghantar wakil yang membawa mesej Islam, keadilan dan mendedahkan penyelewengan-penyelewengan kerajaan BN selama ini.

"Pengundi akan disedarkan bahawa Melaka pernah menjadi sebuah empayar Islam dulu dan pernah mempunyai kanun undang-undang Islam jadi jika kembali kepada Islam imej negeri itu akan lebih baik.

"Pengundi akan diajak berfikir bahawa setelah 13 kali mereka memilih BN, mereka harus mencuba Pakatan Rakyat bagi merasai perbezaan. Umpamanya di Selangor rakyat sudah menikmati air paip percuma dan di Kelantan warga tua diberikan perlindungan Takaful Kifalah," jelasnya. -harakahdaily

Ulasan GB

Tindakan UMNO BN yang terang-terangan menyalahi undang-undang pilihanraya didiamkan sahaja oleh Suruhanjaya Pilihanraya SPR kerana ia dilakukan oleh pihak UMNO BN.

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR "wajib" meletakkan jawatan mereka kerana gagal menjadi pihak yang adil dan berkecuali. Malah UMNO BN perlu dibatalkan penyertaan mereka dari pilihanraya kecil DUN Merlimau lantaran kesalahan yang dilakukan.

Jika masih juga tiada tindakan, tiada apa yang dapat dilakukan rakyat kecuali meminta Allah "menghukum" pihak terbabit kerana SPR cuba menipu rakyat, sedangkan Allah Maha Menipu-daya. Tunggu dan lihat!






ADUN Kerdau Meninggal Dunia - Pilihanraya Ke 16

Posted: 12 Feb 2011 02:49 PM PST

Adun BN Kerdau meninggal dunia, pilihan raya kecil ke-16

KUALA LUMPUR, 12 Feb — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN kerusi Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, meninggal dunia di rumahnya di pekan Kerdau, Pahang petang tadi.

Kenalan rapat Allahyarham memberitahu The Malaysian Insider bahawa wakil rakyat itu meninggal dunia selepas terjatuh di rumahnya kira-kira 6.30 petang tadi.

"Beliau dikatakan terjatuh di rumahnya dan disahkan doktor meninggal dunia di rumah kerana terjatuh," kata kenalan rapat beliau.

Perkembangan ini membawa kepada pilihan raya kecil yang ke-16 sejak Mac 2008. Pilihan raya kecil ke-15 iaitu di DUN Merlimau akan berlangsung awal bulan depan.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan kelebihan 1,615 undi.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohd Said mengesahkan yang Allahyarham Zaharuddin (gambar) terjatuh di bilik air di rumahnya.

"Pukul 7.05 petang ambulans sampai dan dibawa ke Hospital Temerloh dan pukul 8 malam, doktor sahkan Adun sudah pun meninggal di rumahnya," kata beliau yang juga ketua Umno Kuala Krau.

Ismail berkata jenazah akan dikebumikan selepas waktu Zohor esok di Tanah Perkuburan Paya Taram, Kerdau.

Laporan Bernama memetik Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood juga mengesahkan Zaharuddin meninggal dunia.

Allahyarham pernah menjadi perhatian tahun lalu kerana dirawat selepas koma di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Zundin berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh mengesahkan Zaharuddin meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital berkenaan pada pukul 6.30 petang.

Zaharuddin sebelum ini pernah dua kali dimasukkan ke hospital berkenaan kerana mengalami komplikasi buah pinggang dan jantung serta tekanan darah tidak stabil pada Mei dan November tahun lepas.

"Masih belum dapat dipastikan sama ada Datuk Zaharuddin mengalami serangan jantung ketika terjatuh di dalam bilik air," katanya kepada Bernama. -TMI

Ulasan GB

Dengan pemergian Allahyarham Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN kerusi Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim bererti negara akan menghadapi satu lagi pilihanraya kecil - menjadikan ia pilihanraya kecil yang ke 16, sejak 8 Mac 2008 menyamai jumlah pilihan raya kecil kecil yang berlangsung antara tahun 1987 dan 1990.

Pun begitu negara pernah berhadapan dengan 17 pilihan raya kecil – jumlah tertinggi sejak awal 1980-an – yang diadakan sepanjang tempoh selepas pilihan raya umum 1995 dan sebelum pilihan raya umum 1999.

Daripada 17 pilihan raya kecil itu, tiga adalah pilihan raya kecil negeri Sarawak yang lazimnya mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan.

Adalah jelas kerusi DUN Kerdau akan diadakan pilihan raya kecil sebab ia kosong kerana kematian penyandangnya dan SPR akan mengambil tindakan susulan selepas menerima notis daripada spekaer.

Kekosongan kerusi DUN Kerdau perlu diisi sebab kekosongan wujud sebelum lengkapnya tempoh mandat tiga tahun Parlimen dan DUN. Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika kekosongan wujud ketika tinggal dua tahun lagi mandat semasa berakhir.




700,000 Kondom Dari Malaysia Hilang

Posted: 12 Feb 2011 07:57 AM PST

Polis Malaysia sedang menyiasat kehilangan lebih dari 700,000 kondom ultra-tipis yang dikapalkan dari negara itu menuju Jepun, kata polis Malaysia, kompas.com melaporkan.

Sagami Rubber Industries, pembuat kondom utama Jepun, minggu lalu, menyatakan, kondom-kondom itu dimuatkan dalam satu peti kemas dari sebuah kilang di Malaysia utara. Namun saat peti kemas itu dibuka di Tokyo, di dalamnya kosong dan mendapati ratusan ribu kondom itu telah hilang. Perusahaan itu mengatakan, kunci-kuncinya telah diganti semasa ia tiba di Tokyo.

"Kami menangani hilangnya kondom itu dengan serius. Kami sedang menyiasat kes tersebut," kata seorang jurucakap polis Malaysia kepada AFP.

Sato Koji, pengurus kilang kondom Sagami di negari Perak, Malaysia, menyatakan, mereka telah melaporkan kes hilangnya kondom-kondom itu kepada pihak polis. "Kami tidak senang atas insiden tersebut. Ini kes pertama sejak kami memulakan pengeluaran di Malaysia tahun 1997," katanya kepada AFP.

Para pegawai di kilang Sagami menyebutkan, kondom-kondom itu, yang 14 peratus lebih tipis dari kondom-kondom yang beredar di pasaran, senilai total 1.5 juta dollar AS pada harga pasaran di Jepun.

Syarikat penghantar peti kemas menyatakan, barang kiriman dari Malaysia sering hilang dan banyak kess dilakukan orang dalam.

"Ada kunci, pemetrian, dan daftar yang disediakan pengirim barang dan perusahaan pengiriman untuk setiap bahagian perjalanan dari kilang hingga destinasi agar mudah mengetahui bila dan di mana barang dimanipulasi atau diubah," kata Presiden Persatuan Pengiriman Barang Melalui Udara Malyasia Walter Cullas.

BN Perlu Belajar Dari Krisis Mesir - Timb Menteri

Posted: 12 Feb 2011 07:00 AM PST

BN perlu ambil iktibar krisis Mesir, kata anggota MT Umno

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah mengingatkan Barisan Nasional (BN) akan berhadapan dengan nasib yang melanda Mesir dan Presiden Hosni Mubarak jika gagal membuat transformasi politik yang dimulakan pemimpin mereka Datuk Seri Najib Razak.

Sehubungan itu kata beliau, pemimpin-pemimpin BN yang parti terasnya Umno perlu mengambil iktibar daripada pergolakan di Mesir yang semalam berakhir dengan Hosni tumbang ekoran kebangkitan rakyat selama 18 hari.

"Kejatuhan Hosni Mubarak harus memberi iktibar kepada Barisan Nasional. Ini adalah contoh, kalau kita tidak berubah, kita akan rebah seperti yang selalu diingatkan oleh (perdana menteri dan pengerusi BN) Datuk Seri Najib.

"Justeru, saya menyeru semua ahli BN supaya bersungguh-sungguh dan bersegera dalam mendokong sepenuhnya transformasi politik yang telah dimulakan oleh Datuk Seri Najib," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Beliau yang juga timbalan menteri pengajian tinggi berkata, sebagai warga dunia yang mencintai kebenaran, keadilan, keamanan sejagat, masyarakat baik serta mendokong demokrasi, "kita bersyukur dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan gerakan prodemokrasi Mesir, yang dianggotai rakyat."

Dalam pada itu, Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob pula berkata, kemenangan rakyat Mesir semalam bukan hanya "kemenangan rakyat Mesir tetapi kemenangan umat Islam serantau."

"Hosni bukan sahaja bertindak zalim dan diktator kepada rakyatnya tetapi kepada ummat Islam sedunia apabila beliau bersekongkol dengan kerajaan zionis Isreal dalam membunuh umat Palestin yang tidak berdosa," kata beliau dalam kenyataan berasingan.

Kata beliau, kesungguhan Hosni untuk tidak membenarkan bekalan ubat-ubatan dan makanan melalui sempadan negaranya di Rafah bagi membantu rakyat Palestin di Gaza, yang ditadbir Hamas, jelas membelakangkan isi hati dan naluri umat Islam dunia amnya.

"Melalui persefahamannya yang intim dengan Israel dan Amerika Syarikat, Hosni Mubarak telah sanggup untuk menggadai prinsip dan akidah perjuangan Islamnya demi untuk menjaga hubungannya dengan kedua-dua negara ini," kata beliau.

Kata Raja Ahmad Iskandar, di negara sendiri selama hampir 30 tahun pemerintahan kuku besinya, beratus-ratus ulama dan ribuan rakyatnya telah dipenjara dan ada yang hilang tanpa dikesan kerana dituduh menentang kerajaan.

"Demokrasi disekat, kebebasan bersuara dibatas, media dikongkong dan ekonomi hanya dikawal serta dibahagikan di kalangan kroni.

"Kesabaran rakyat Mesir akhirnya telah memberi satu natijah yang luar biasa," kata beliau lagi.

Justeru kata Raja Ahmad Iskandar, pihaknya berharap pihak berkuasa tentera tidak menyalahgunakan kuasa mereka dalam mengadakan peralihan kuasa sekarang.

"Satu jawatankuasa sementara perlulah dibentuk di kalangan parti-parti politik di Mesir untuk segera mengadakan pilihan raya pemilihan presiden dan bukannya diuruskan oleh pihak tentera.

"OIC (Pertubuhan Persidangan Islam) umpamanya perlulah menghantar wakil bagi mamantau perjalanan peralihan ini daripada campur tangan asing terutamanya Israel dan Amerika Syarikat yang sangat khuatir dengan perkembangan terkini ini," kata beliau lagi.

Malah kata beliau, Dewan Pemuda PAS sendiri akan segera menghantar wakilnya ke Mesir bagi meninjau perkembangan terkini.

Waspada: Sedut Lemak Boleh Datangkan Risiko Kanser

Posted: 12 Feb 2011 06:30 AM PST

Kaedah menyedut lemak dari mana-mana bahagian tubuh sebelum dipindahkan ke payudara dianggap berbahaya kerana ia mendatangkan risiko kanser dan kesan negatifnya lebih tinggi berbanding kaedah pembedahan implan.

Pakar Bedah Plastik dan Rekonduktif, Hospital Ampang Puteri, Datuk Dr Abdul Jalil Jidon berkata, pembedahan membabitkan payudara memerlukan pemeriksaan teliti dan perlu dilakukan pakar.

"Pembedahan yang tidak dilakukan mengikut prosedur betul boleh menyebabkan kesan buruk sehingga mengancam nyawa pesakit.

"Biasanya wanita yang ghairah ingin membesarkan payudara enggan menjalani sesi rundingan dan nasihat dengan pakar kerana menganggap ia memakan masa serta proses rawatan yang lambat," katanya ketika dihubungi.

Katanya, kaedah pemindahan lemak bagi membesarkan payudara sudah lama wujud, namun tidak ramai doktor pakar mahu melakukannya kerana ia memerlukan pemeriksaan teliti.

"Memang ada kaedah menyedut mana-mana lemak pada bahagian badan untuk disuntik pada payudara supaya lebih besar, anjal dan menarik.

"Bagaimanapun, kaedah ini tidak digalakkan dalam rawatan pembedahan plastik kerana ia lebih mendatangkan risiko kanser dan kesan negatif yang lebih tinggi daripada kaedah pembedahan implan," katanya.

Selain itu, katanya, kaedah pemindahan lemak boleh menyebabkan kerosakan pada tisu payudara akibat disuntik dengan lemak, sekali gus mengundang kesan sampingan. -hm

Berita Terkait

Wanita Derita Kesakitan Akibat Kemaruk Nak Besarkan Buah Dada

Kemenangan Rakyat Mesir Bangkitkan Semangat Penduduk Yaman Dan Algeria

Posted: 12 Feb 2011 05:45 AM PST

Aden – Ketika rakyat Mesir di Kaherah bersuka cita merayakan perletakan jawatan Husni Mubarak dari kerusi presiden, rakyat Yaman kini menuntut adanya revolusi di negara mereka.

Di selatan kota pelabuhan Yaman, para penunjuk perasaan berbaris menyusuri daerah Mansoura sambil mengibarkan bendera Arab Selatan dan berseru, "Revolusi, revolusi untuk selatan."

Menurut para saksi, beberapa jam sebelumnya, pasukan polis menembak gas sewaktu demonstrasi di tempat yang sama. Ratusan orang lainnya melakukan aksi demontrasi yang sama di Aden, juga di beberapa kota lain di Yaman selatan.

"Setelah Husni Mubarak, berikutnya adalah Yaman," kata Zahra Saleh, aktivis pemisahan diri, yang menyaksikan situasi di Kaherah melalui televisyen di pejabatnya di Aden.

"Revolusi Yaman mesti lebih kuat," ujar Ali Jarallah, pemimpin gerakan pemisah selatan yang duduk bersebelahan dengan Saleh.

Gerakan pemisahan diri Yaman bukan menuntut adanya reformasi politik, mengakhiri korupsi, atau menuntut berundurnya Presiden Ali Abdullah Saleh, seperti yang dilakukan pembangkang politik di ibukota Sanaa. Mereka menuntut diakhirinya pendudukan Yaman utara dan pemulihan kemerdekaan Yaman selatan.

Meskipun kedua demonstrasi tersebut terinspirasi dari pemberontakan di Tunisia dan Mesir, perbezaan tujuan dari demontrasi Yaman tersebut mewakili bagaimana kelompok anti pemerintahan di seluruh negara Arab membentuk tenaga revolusioner untuk menjalankan agenda mereka masing-masing.

"Apa yang terjadi di Mesir memberikan secercah harapan bagi pergerakan di selatan," kata Tammam Bashraheel, sidang pengarang akhbar Al Ayyam yang telah dilarang beredar di Aden.

Pemimpin pergerakan selatan dan mantan Wakil Presiden Ali Salim Al Beidh mengatakan apa yang terjadi di Tunisia dan Mesir mecerminkan sejarah baru yang dapat disamakan dengan berakhirnya perang dingin.

Dari keterangan media yang diberikannya seperti dikutip The Christian Science Monitor, Sabtu (12/2/2011), ia menyamakan demonstrasi di Yaman selatan dengan Mesir, dimana pemuda memainkan peranan utama.


Pemimpin Algeria Resah Gelisah

Kejatuhan Presiden Mesir Hosni Mubarak telah menyebabkan Pemerintah Algeria menjadi resah gelisah. Maka, pada Sabtu (12/2/2011) Pemerintah Algeria menyiapkan ribuan polis keselamatan untuk mencegah aksi penunjuk perasaan kelompok prodemokrasi.

Sebelumnya pemerintah melarang aksi demonstrasi di ibu kota Algeria, Algiers. Namun, kelompok pembangkang dan sejumlah pegiat hak asasi manusia masih diam. "Kami sudah siap untuk melakukan aksi ini," kata jurucakap parti pembangkang, Aksi untuk Kebudayaan dan Demokrasi (RCD), Mohsen Belabes.

"Ini akan menjadi hari yang luar biasa bagi kehidupan berdemokrasi di Algeria," ucapnya.

Mereka mengatakan, aksi ini dilakukan untuk menuntut keadaan kehidupan yang lebih baik dan kebebasan yang jauh lebih besar bagi masyarakat di negara tesebut.

Sebelumnya pada Jumaat (11/2/2011), sebagaimana warta AP dan AFP, polis tempatan juga mencegah rancangan sekelompok warga yang akan bertindak di jalan untuk merayakan jatuhnya Presiden Mesir Hosni Mubarak.

Untuk mengekang tindakanini, sejumlah penjagaan dilakukan di beberapa perempatan jalan utama. Polis menempatkan sejumlah kenderaan dan puluhan polis berjaga di sejumlah jalan. Sejumlah 15 trak polis juga dilihat berjaga-jaga sejak malam di Lapangan 1 Mei, yang akan menjadi titik awal aksi tersebut. Aksi demonstrasi ini akan dimulai pada pukul 11.00 waktu tempatan. Sementara itu pihak polis berupaya menghentikan kegiatan masyarakat yang dapat berkembang ke arah aksi yang lebih besar seperti di Mesir dan Tunisia.

Demonstrasi di Algeria telah dilarang sejak 1992 atau tepatnya sejak penguasa memberlakukan keadaan darurat di negara itu. Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika pada awal bulan ini mengatakan, perintah keadaan darurat dicabut dalam waktu tidak lama lagi.

Menurut media pemerintah, pernyataan Bouteflika ini disampaikan sewaktu berlaku pertemuan dengan sejumlah menterinya di Algeria. Dalam kesempatan itu, dia juga membolehkan warganya melakukan aksi demonstrasi dan protes di seluruh wilayah Algeria, kecuali di ibu kota negara tersebut, Algiers.



Mesir & Malaysia Ada Persamaan, Amalan Berat Sebelah Pentingkan Kroni

Posted: 12 Feb 2011 05:13 AM PST

Corak demokrasi yang diamalkan di Mesir didakwa tidak jauh berbeza dengan amalan di Malaysia, dakwa Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.

Beliau yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri berkata, terdapat pelbagai persamaan dalam corak pentadbiran kedua-dua negara itu meliputi aspek kebebasan media, penguatkuasaan undang-undang dan kebebasan rakyat menyuarakan hak masing-masing.

Menurutnya, tindakan kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengawal laporan media cetak dan elektronik dan melaporkan berita berat sebelah terhadap Pakatan Rakyat (PR) antara contoh pelaksanaan demokrasi berat sebelah yang turut diamalkan di Mesir.

"Pada masa sama, pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mana-mana individu yang didakwa mengancam keselamatan negara oleh Kerajaan Pusat Barisan Nasional (BN) hampir serupa dengan kegerunan rakyat Mesir terhadap pasukan polis negara itu yang dikawal sepenuhnya oleh Presiden, Hosni Mubarak.

"Mana-mana rakyat negara itu yang didapati menentang dasar kerajaan ditahan polis sesuka hati tanpa berpeluang membela diri, malah kebanyakan penjawat awam dipaksa mencurahkan kesetiaan terhadap kerajaan pimpinan Mubarak sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan tatatertib," katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam.

Phahrolrazi percaya tuntutan kebangkitan untuk memperoleh demokrasi sebenar akan dilaksanakan rakyat negara ini tidak lama lagi susulan sudah bosan dengan sistem demokrasi berat sebelah amalan Kerajaan BN yang menguntungkan kroni tertentu sahaja. -SH

Ulasan GB

KRONISMA - adalah tag penting di dalam sistem pemerintahan BN.

Kerajaan BN yang mengamalkan dasar berat sebelah di dalam pemerintahan dengan menekan negeri-negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat menggunakan segala jentera kerajaan mengundang kemarahan rakyat.

Rompakan royalti milik Kerajaan PAS Kelantan oleh rejim UMNO BN adalah bukti nyata terhadapnya.

Najib tidak perlu menafikannya dengan sekadar berslogan "rakyat didahulukan". Jika benar akyat didahulukan, hormati konsep federalisma, akui bahawa BN telah tewas di Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Kedah di dalam pilihanraya 2008. Tetapi apa yang anda lakukan? Rampas Perak dan menindas/menekan kerajan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Dan Tuhan tidak pernah tidur atau lalai mengenainya.


Buang Bayi: Pasangan Ditahan

Posted: 12 Feb 2011 03:35 AM PST

Manjung: Seorang wanita dan pasangannya yang bersekedudukan hingga melahirkan bayi tanpa pengetahuan keluarga mereka di sebuah hotel kira-kira 18 hari lalu, ditahan selepas wanita itu meninggalkan bayi itu di belakang rumah keluarga kekasihnya di Taman Fasa Dua, Seri Manjung, dekat sini, semalam. Gambar fail.

Bayi perempuan itu ditemui keluarga berkenaan selepas terdengar tangisannya di luar rumah sebelum memaklumkan perkara itu kepada polis pada kira-kira jam 5.30 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Shaharudin Abdullah, berkata bayi itu ditinggalkan bersama sebuah beg kecil di luar rumah berkenaan dan siasatan menemui satu resit penginapan hotel yang menjadi petunjuk sehingga polis berjaya menahan ibu bayi itu yang berusia 29 tahun.

"Wanita yang berasal dari sebuah negeri di utara Semenanjung itu mengaku bayi berkenaan adalah anak luar nikah hasil hubungan dengan kekasihnya yang berusia 24 tahun.

"Suspek juga mengaku dia meletakkan bayi di belakang rumah terbabit kerana pasangannya enggan bertanggungjawab menyebabkan dirinya hilang punca kerana tidak mampu untuk menjaga bayi itu bersendirian," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Shaharudin berkata, hasil maklumat itu, polis menahan kekasih wanita terbabit yang juga pekerja sebuah restoran makanan segera di sini.

Katanya, siasatan mendapati bayi mereka dilahirkan pada 25 Januari lalu dan dilahirkan sendiri suspek wanita di sebuah bilik hotel berkenaan.

"Kita percaya tindakan ini untuk mengelak kelahiran bayi mereka diketahui keluarga mereka dan tidak mahu menanggung malu," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut.-BH

Mubarak Lari Ke Emiriah Arab, Switzerland Beku Aset Mubarak

Posted: 12 Feb 2011 02:32 AM PST

Presiden Hosni tinggalkan Kaherah, Al-Jazeera dakwa keluar Mesir

KAHERAH, 11 Feb — Hosni Mubarak dilaporkan telah meninggalkan ibu negara Mesir bersama keluarganya sementara momentum tunjuk perasaan yang masuk hari ke-18 hari ini terus meningkat sehari selepas presiden itu menegaskan tidak akan berundur sekarang.

Pihak tentera pula berjanji akan menarik balik perintah darurat yang dikuatkuasakan sejak tiga dekad lalu selepas keadaan semasa reda.

Hosni memerintah negara itu sejak 1981 dan kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat.

Laporan NBC News berkata, Hosni meninggalkan Kaherah untuk menuju resort Laut Merah Sharm el-Sheikh.

Penunjuk perasaan juga mula berkumpul di pekarangan istana presiden hari ini.

Hosni mempunyai sebuah vila dan lazimnya menghabiskan hujung minggu di kawasan tersebut.

Laporan itu menyebut Hosni meninggalkan ibu negara, salah satu lokasi demonstrasi sejak tiga minggu lalu, bersama keluarganya dari pangkalan tentera Almaza.

Bagaimanapun laporan stesen TV Al-Jazeera yang dipetik msnbc pula berkata, Hosni sudah pun meninggalkan Mesir dan terbang ke Emiriah Arab Bersatu.

Laporan itu tidak dapat disahkan lagi.

Dalam ucapannya lewat semalam, Hosni mengumumkan beliau masih kekal dengan pendiriannya tidak mahu tunduk kepada tuntutan penunjuk perasaan sambil menegaskan, beliau akan terus menerajui negara Mesir sehingga September ini.

Komen beliau dalam ucapan menerusi televisyen muncul ketika sesetengah pihak termasuk Amerika Syarikat membuat tanggapan bahawa Hosni akan berundur segera.

Penunjuk-penunjuk perasaan menyambut ucapan Hosni dengan perasaan marah manakala pemimpin pembangkang utama pula menyifatkan pendirian terbaru presiden itu akan menyebabkan "Mesir meledak."

Mereka yang menyertai demonstrasi tersentak dengan pendirian Hosni sambil melaungkan: "Pergi, pergi. pergi."

Sesetengah penunjuk perasaan kelihatan menitiskan air mata manakala beberapa yang lain terkejut dengan ucapan itu.

Pemenang hadiah Nobel Keamanan Mohamed ElBaradei, yang dilihat sebagai pemimpin pembangkang utama di Mesir sekarang, meramalkan "Mesir akan meletup" kerana Hosni enggan tunduk kepada tuntutan rakyat.

Justeru, bekas ketua agensi nuklear antarabangsa ini meminta tentera campur tangan.


Switzerland beku aset Mubarak

ZURICH: Switzerland sudah membekukan aset yang menjadi milik Hosni Mubarak yang semalam meletakkan jawatan sebagai Presiden Mesir selepas 30 tahun memerintah Mesir, kata Kementerian Luar Switzerland, hari ini.

"Saya boleh mengesahkan bahawa Switzerland sudah membekukan harta yang menjadi milik bekas presiden itu berkuatkuasa serta-merta," kata jurucakap kementerian itu, Lars Knuchel sebaik Mubarak mengumumkan pengundurannya bagi mengakhiri tunjuk perasaan besar-besaran rakyat selama 18 hari.

"Berikutan tindakan ini, setiap aset akan dibekukan selama tiga tahun," katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah wang yang terbabit atau di mana ia disimpan.

Aset yang dimiliki pemimpin yang menyokong Mubarak juga dibekukan iaitu dilarang daripada dijual atau dilupuskan sebarang hartanah atau aset kekal lain. - Reuters



Tiada ulasan: