Khamis, 10 Februari 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


"Toyol" Separuh Bogel Pecah Masuk Rumah Jiran Dipenjara 11 Bulan

Posted: 10 Feb 2011 12:34 AM PST

Ditangkap ketika tidur

KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda yang memecah masuk sebuah kediaman milik seorang guru yang juga jirannya dengan menggunakan taktik ala 'toyol' iaitu dalam keadaan separuh bogel dijatuhi hukuman penjara selama 11 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Tertuduh, Mohd Suffian Ramli Pandian, 21, dari kampung Losong Haji Su mengaku bersalah memecah masuk rumah Hanini Hashim, 32, di Kampung Losong Haji Mohd pada 22 November tahun lalu, jam 3.45 pagi dalam keadaan separuh bogel dengan tubuh berlumuran minyak.

Tertuduh yang memakai baju penjara berwarna merah terus mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan hakim, Siti Faraziana Zainuddin yang dijalankan oleh Inspektor Miky Anak Dustan Muda.

Bagaimanapun, tertuduh merayu diringankan hukuman terhadapnya kerana mengakui telah insaf dengan kesalahan yang dilakukannya sejak hari dia ditangkap lagi.

Mengikut fakta kes, tertuduh memecah masuk kediaman mangsa di Kampung Losong Haji Mohd kira-kira 3.45 pagi, 22 November tahun lalu, namun sempat disedari mangsa selepas terdengar bunyi bising sewaktu tertuduh sedang menyelongkar beg tangan mangsa yang diletakkan di ruang tamu.

Mendengar jeritan mangsa, tertuduh melarikan satu beg tangan yang mengandungi satu kamera digital jenama Canon, buku akaun Tabung Haji, kad nikad dan juga kad pengenalan serta dua bentuk cincin emas melalui pintu belakang rumah.

Tertuduh berjaya ditahan polis di depan surau Kampung Losong Haji Mohd pada hari sama, jam 6.20 pagi ketika sedang nyenyak tidur sewaktu jemaah mengerjakan solat Subuh.

Semasa tangkapan, tertuduh turut didapati positif dadah jenis Methamphetamine menerusi ujian saringan air kencing.

Tertuduh yang berwajah bersahaja selepas hukuman dijatuhkan dihadapkan dengan dua tuduhan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) kerana positif Methamphetamine.

Tertuduh mengaku bersalah di atas kedua-dua pertuduhan dan akan dihantar ke Penjara Penor, Kuantan untuk menjalani hukuman penjara 11 bulan yang berkuat kuasa pada tarikh tangkapan. -SH

Pengakuan: Adakan Hubungan Seks Dengan Penagih Lebih 5 Kali

Posted: 09 Feb 2011 11:23 PM PST

Ambil suka-suka, akhirnya terjerat

DUNGUN - "Kejadian ini bukan kali pertama. Sejak mengenalinya hampir dua bulan lalu, saya sudah melakukan hubungan seks dengannya lebih lima kali. Sudah menjadi perkara biasa bagi saya. Gambar fail

Itu pengakuan Ida (bukan nama sebenar) seorang gadis awal 20-an ketika dicekup pihak berkuasa selepas rumahnya di Kampung Pantai Laut, Paka yang disyaki menjadi sarang penagih itu diserbu polis, pagi kelmarin.

Gadis sunti berambut pendek itu ketika berkongsi detik hitam kehidupannya bersama Sinar Harian berkata, pembabitannya dalam gejala tidak bermoral bermula sejak dia meninggalkan bangku persekolahan.

Ketika itu, dia yang baru berumur 17 tahun mula bergaul dengan rakan sebaya, kebanyakannya remaja lelaki tidak bersekolah dan difahamkan sebahagiannya terdiri daripada mat rempit.

Menurutnya, dia mula terjebak dengan penyalahgunaan dadah selepas alam persekolahan, terutama tatkala melihat abang dan bapa kandungnya turut menjadikan musuh nombor satu negara itu sebagai teman hidup.

Ida yang pada mulanya agak sukar untuk menceritakan rahsia sulitnya itu mengakui, pergaulannya dengan rakan yang sudah terjebak dengan najis dadah itu akhirnya memerangkap dirinya sehingga menyebabkan dia turut mengambil bahan terlarang itu.

"Masa itu saya ambil hanya untuk suka-suka. Tidak keluar duit pun. Kawan berikan, bukan selalu. Kalau rasa gian, baru saya ambil.

"Saya berhenti buat seketika. Tetapi, kalau ada orang beri, saya ambil. Sekarang saya tidak ambil barang itu lagi, cuma buat hubungan seks. Itu pun bukan selalu, hanya bersama teman lelaki," katanya.

Ida yang ditangkap bersama teman lelakinya yang bekerja di pelantar minyak itu berkata, sebelum ini, perbuatan tidak bermoral itu sering dilakukan di rumah ibunya.

Namun, ia tidak pernah diambil tahu jiran tetangga, apatah lagi ditangkap pihak berkuasa.

Dalam kejadian itu katanya, dia tidak bernasib baik setelah ditangkap pihak berkuasa ketika berada berdua-duaan ketika serbuan dibuat di rumahnya, pagi kelmarin.

Ida yang hanya menundukkan muka ketika diberi kaunseling oleh pihak berkuasa, bagaimanapun dibebaskan setelah ujian saringan air kencing mendapati dia negatif dadah.

Arwah bapanya juga difahamkan meninggal dunia akibat HIV, manakala abangnya turut menjadi penagih dan sudah beberapa kali keluar masuk penjara kerana kesalahan itu.

Pasangannya, berusia 26 tahun, berasal dari Bukit Payong, Marang bagaimanapun selepas menjalani ujian saringan air kencing didapati positif dadah dan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pasangan terbabit ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah diketuai Inspektor Wahid Sujani yang melakukan serbuan di sebuah rumah di Kampung Pantai Laut, Paka, Dungun kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.

Ketua Polis daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan terbabit. -SH

Mekanik Maut Langgar Tembok Plaza Tol

Posted: 09 Feb 2011 10:08 PM PST

Seberang Jaya - Kegemaran terhadap makanan laut menyebabkan dia sanggup keluar lewat malam tanpa mengira masa dan tempat.

Gambar: Keadaan kereta yang terbabas mengorbankan pemandunya. -Bernama

Namun, kunjungannya ke sebuah kedai makan di Bertam, Kepala Batas, malam kelmarin, untuk menjamu selera menjadi hidangan terakhir bagi Ong Thin Sam, 38.

Dia menemui ajal apabila kereta dipandunya terbabas dan melanggar tembok laluan Smart Tag di Plaza Tol Sungai Dua, awal pagi semalam.

Seorang ahli keluarganya yang enggan dikenali berkata, Thin Sam seorang mekanik yang gemar menikmati makanan laut dan akan mengunjungi kedai berkenaan apabila diajak rakan-rakannya.

"Petang semalam (kelmarin) dia mengajak kami ke sebuah kedai makan di pekan Bertam untuk makan ketam dan udang.

"Disebabkan kami ada kerja lain, dia pergi seorang diri. Dia juga biasanya akan menelefon kami ketika makan untuk memberitahu sedap atau tidak, tetapi kali ini dia tak buat begitu, sehinggalah kami dimaklumkan kemalangan yang menimpanya itu," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Ketua Ketenteraman Awam/Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Superintendan Mohd Suhaimi Mohd Noor yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Pulai Jaya, di sini, dari arah Bertam.

"Polis menerima maklumat kira-kira jam 12.15 pagi dan bergegas ke tempat kejadian sejurus selepas itu.

"Sebaik polis tiba, mangsa disahkan meninggal dunia akibat tersepit dan cedera parah di kepala setelah kereta yang dipandu remuk teruk kerana melanggar tembok plaza tol itu," katanya.

Mayat mangsa dikeluarkan oleh Bomba sebelum dihantar untuk bedah siasat di Hospital Seberang Jaya.

RM6 Billion Beli Kapal Tidak Menasabah - Tubuh J/K Parlimen Pantau Belian

Posted: 09 Feb 2011 08:30 PM PST

Tubuh JK Parlimen pantau beli kelengkapan pertahanan

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta satu jawatankuasa khas di peringkat parlimen ditubuhkan bagi memantau dan meluluskan sebarang pembelian peralatan kelengkapan ketenteraan melibatkan kos yang tinggi.

Beliau berkata, kerajaan harus mewujudkan mekanisme baru dalam proses pembelian kelengkapan ketenteraan bagi memastikan pembeliannya benar-benar mengikut keperluan negara dengan menubuhkan jawatankuasa berkenaan yang melibatkan ahli parlimen dari pelbagai parti politik.

"Oleh kerana pembelian kelengkapan pertahanan ini memerlukan perbelanjaan yang sangat besar jadi perlu dirujuk kepada satu jawatankuasa di peringkat parlimen seperti mana yang wujud dalam parlimen di United Kingdom," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan Kementerian Pertahanan yang sedia membayar RM6 bilion bagi enam kapal tentera laut, 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama.

Jawatankuasa ini juga, katanya dapat memastikan wang negara tidak digunakan dengan sewenang-wenangnya selain mengelakkan ketirisan dalam perbelanjaan wang rakyat.

"Pembelian kelengkapan pertahanan mesti ditujuk kepada jawatankausa khas parlimen untuk pastikan pembelian itu benar-benar memenuhi keperluan dan tidak berlaku kebocoran dalam perbelanjaan sebab pembelian ini memakan belanja yang besar," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Sementara itu, beliau turut mempersoal penubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) yang disifatkan sebagai retorik politik Umno BN.

"Apakah motif kepada penubuhan Teraju ini? Pelbagai institusi ditubuhkan untuk membantu masyarakat bumiputera seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) Permodalan Nasional Berhad (PNB), institusi ini telah wujud sekian lama tiba-tiba hari ini timbul satu lagi yang saya anggap satu retorik untuk menunjukkan kerajaan begitu prihatin terhadap bumiputera," katanya.

Mahfuz turut mengecam tindakan kerajaan membubarkan kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 2009 sedangkan ianya lebih berkesan berbanding mewujudkan unit-unit kecil.

"Kementerian Pembangunan Usahawan yang lebih tepat sebagai satu kementerian yang mempunyai fungsi yang lebih kuat untuk membuat pemantauan dan meneliti pelaksanaan dasar dan polisi kerajaan dihapuskan.

"Kita menghapuskan satu kementerian yang mempunyai seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap kementeriannya dan institusi berkaitan kepentingan Melayu berada di bawah kementerian dan sekarang ini kita lihat institusi-institusi ini berkecamuk dan berada di merata-rata," katanya lagi.

Ujarnya juga, kerajaan tidak menunjukkan keseragaman dan tindakan tersusun dalam membantu bumiputera sebaliknya menemui kegagalan demi kegagalan.

"Kita sudah ada dasar ekonomi baru (DEB), wawasan 2020 tapi semuanya tidak memperlihatkan keseragaman langkah kerajaan dalam membantu bumiputera. Wujudnya institusi ini masyarakat bumiputera terus ketinggalan," katanya.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan Teraju yang dikatakan untuk memperkukuhkan lagi agenda pembangunan golongan bumiputera. -harakahdaily

Pengerusi FELDA Yang Perasan Dirinya Terlebih Hebat

Posted: 09 Feb 2011 07:35 PM PST

Isa: Hebat sangat ke orang yang buat kritikan?

Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad mengambil pendirian tidak menghiraukan kenyataan pihak tertentu yang mempersoalkan pelantikannya sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana tidak mahu menjejaskan fokus beliau untuk memajukan Felda.

Beliau berkata, sekiranya diambil serius perkara itu, ia akan menghalang fokusnya untuk membangunkan Felda dan memberikan taraf kehidupan lebih bermakna kepada peneroka di seluruh negara.

Sambil berjanji untuk komited dalam menjayakan agenda yang sudah dirancang untuk membangunkan Felda, beliau berkata: "Bila kita dilantik, biasalah ada yang tak suka, orang tak suka saya dari dulu. Apa sahaja jawatan yang saya pegang...ada sahaja yang tidak suka. Biarlah, saya tetap akan terus majukan Felda."

Mohamed Isa berkata demikian kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini sebagai mengulas dakwaan Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr Zainal Aznam Mohd Yusof, semalam bahawa pelantikannya menerajui Felda adalah suatu yang sedih dan mengakibatkan kebimbangan pasaran.

Beliau mendakwa ini berpunca daripada Mohamed Isa yang terpalit dengan gejala rasuah dan didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disipin Umno pada 2005.

Mohamed Isa berkata, latar belakang individu yang membuat kenyataan juga perlu dilihat sama ada mereka hebat di dalam bidang yang mereka ceburi sehingga boleh membuat kenyataan itu.

"Mereka yang cakap begini biasanya mestilah hebat tapi kita kena tengok rekod mereka, hebat sangat ke sehingga boleh sesuka hati mendakwa itu dan ini... apapun biarlah," katanya.

Mengenai pencapaian Felda, beliau berkata tahun lalu mereka mencapai kutipan jualan keseluruhan tertinggi oleh peneroka sejak 2006 iaitu sebanyak RM1.06 bilion berbanding hanya RM911 juta tahun sebelumnya.

Beliau berkata, Felda pada tahun ini mensasarkan hasil daripada jualan keseluruhan bernilai RM2 bilion.

"Kita juga bangga, daripada 36,000 usahawan yang menghasilkan produk untuk Felda, 33 orang mencatatkan jualan lebih RM1 juta setahun," katanya.

Terdahulu, Mohamed Isa melancarkan program Promosi Produk Usahawan Satu Wilayah Satu Industri Felda di Aeon Jusco di AU2, Setiawangsa, yang bermula semalam hingga Ahad.

Sebanyak 150 produk makanan dan kraftangan hasil daripada usahawan Felda dipamerkan di ruang legar pusat membeli-belah itu sebagai langkah meletakkan produk Felda dalam pasaran pasaraya besar tempatan. - Bernama

Ulasan GB

Demikian perlekehan Pengerusi FELDA terhadap para pengkritiknya seolah-olah hanya dia yang paling hebat.

Memang manusia yang bernama Mohd Isa Samad itu hebat kerana walau pun terpalit dengan gejala rasuah dan didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang, tapi masih boleh terpilih sebagai wakil rakyat dan masih dapat memegang jawatan tertinggi di dalam Felda.

Kerana itulah wajah sebenar UMNO. Tidak bermoral dan tidak berakhlak itulah yang akan diangkat ke atas. Malah "dengar cerita" dari negeri yang sama, ada kisah seorang menteri kabinet didakwa merogol amahnya. Benar atau tidak, wallahu alam. Kebenaran akan tetap terdedah jua, jika tidak sekarang, akan datang.


Komuter KTMB "Tersangkut" Akibat Terputus Kabel Eletrik

Posted: 09 Feb 2011 05:56 PM PST

Kuala Lumpur: Perkhidmatan komuter Kereta api Tanah Melayu Bhd (KTMB) terpaksa dihentikan sementara operasinya bermula kira-kira jam 6.35 petang semalam sehingga lewat malam tadi berikutan kejadian kabel elektrik terputus di laluan berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Gambar: TERKANDAS...sebahagian penumpang perkhidmatan KTM Komuter dari KL Sentral ke Rawang yang terkandas petang semalam.

Pegawai Kanan Koperasi Korporat KTMB, Mohd Fazil Ismail ketika dihubungi berkata, berikutan masalah itu laluan seperti Bank Negara ke Hentian Putra dan laluan daripada Bank Negara ke Batu Caves dihentikan serta-merta.

"Kami terpaksa menghentikan operasi bagi melakukan kerja baik pulih kabel berkenaan sehingga malam, namun laluan di Kepong ke Rawang masih boleh digunakan seperti biasa, tetapi hanya satu laluan dibuka.

"Laluan lain seperti Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang dan daripada Kuala Lumpur ke Seremban masih beroperasi seperti biasa," katanya.

Beliau berkata, kerja membaik pulih kabel perkhidmatan itu giat dijalankan dan dijangka siap secepat mungkin.

"Saya percaya kerja membaik pulih ini akan siap menjelang tengah malam ini (tadi) dan akan mula beroperasi esok pagi (hari ini)," katanya.

Mohd Fazil berkata, KTMB memohon maaf kepada semua penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan itu atas segala kesulitan dialami. -hm


BERATUR...penumpang perkhdimatan Komuter dari KL Sentral ke Putra terpaksa menukar semula tiket mereka atau memulangkan wang.

TUNGGU...sebahagian penumpang yang terkandas, petang semalam.


Ketua Polis Johor Nyaris Lemas

Posted: 09 Feb 2011 04:40 PM PST

Batu Pahat - Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff nyaris lemas selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya tergelincir ke dalam parit di kawasan banjir di Kampung Parit Basri, Sri Medan di sini semalam.

Gambar: MOHD. Mokhtar (dua dari kiri) diselamatkan beberapa anggota polis selepas kereta yang dinaikinya masuk ke dalam parit di Batu Pahat semalam.

Turut bersamanya dalam kenderaan terbabit ialah Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris.

Pada masa kejadian, Mohd. Mokhtar dalam perjalanan untuk melawat kawasan banjir dan turut disertai oleh beberapa wakil media.

Menceritakan detik cemas itu, Mohd. Mokhtar berkata, ketika melalui kawasan itu kira-kira pukul 3.30 petang tiba-tiba kenderaan tersebut seperti masuk ke dalam lubang yang sebenarnya adalah parit.

Difahamkan, pemandu pacuan empat roda itu sukar membezakan antara jalan dan parit di kawasan berkenaan kerana kawasan itu dilitupi air. -kosmo

Ulasan GB

Sejak satu dua hari ini banyak berita yang tak berapa bagus mengenai polis.

1) Polis didakwa merompak dan menampar seorang wanita hamil
2) Mahathir salahkan polis sebab kredibilitinya jatuh akibat dari Operasi Lalang
3) Polis Rompin didapati bersalah oleh mahkamah kerana menceroboh kediaman persendirian berkaitan kes penangkapan pemimpin PAS semasa berceramah
4) Seorang sarjan retak tengkoraknya kena libas oleh seorang pemuda yang mengalami masalah mental
5) Berita di atas - Ketua Polis Johor nyaris lemas bila pacuan empat rodanya masuk parit semasa banjir.

Kesemua insiden di atas sepatutnya jadi bahan renungan oleh pihak polis BAHAWA: rakyat biasa tidak mempunyai kuasa untuk melawan polis. Tetapi hukum kebenaran dan keadilan TETAP berjalan.

Rakyat yang tak ada pistol, tak ada senapang tetapi ada senjata paling kuat iaitu DOA, hanya mampu berdoa agar polis melaksanakan tugasnya dengan BETUL, CEKAP DAN ADIL seperti motto perkhidmatan mereka. Dan supaya mertabat polis tidak direndahkan hasil dari perbuatan-perbuatan sesetengah dari kalangan mereka sendiri yang mempunyai pelbagai kepentingan lain.


Dr Hatta Menang Saman Terhadap Polis Yang Menceroboh Kediaman Persendirian

Posted: 09 Feb 2011 03:26 PM PST

Dr. Mohd Hatta Ramli, Timbalan YDP PAS Rompin Mazlan Mohamed Yasin dan Ketua Pemuda Rompin Nazri Ahmad menang dalam saman terhadap bekas Ketua Polis Daerah Rompin di Mahkamah Tinggi Kuantan berkaitan kes penangkapan semasa berceramah di premis sendiri pada 2004 lalu, lapor harakahdaily.

(Gambar fail: Dr Hatta bersama peguamnya, Mohamed Hanipa menunjukkan dokumen mahkamah yang memutuskan polis perlu membayar ganti rugi kepada Dr. Hatta)

Mahkamah Tinggi Kuantan akan menentukan jumlah tuntutan saman yang dimenangi Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta dan dua rakannya terhadap polis, sebelum 15 Mac ini.

Menurut Dr Hatta yang dihubungi Harakahdaily, hari ini berlangsung perbincangan dengan peguam kedua-dua pihak namun jumlah sebenar tuntutan belum boleh diputuskan.

Hakim Datuk Mariana Yahya dalam penghakimannya pada 26 Ogos lalu memutuskan Hanapi Daud (pihak polis) telah secara salah menangkap Dr. Mohd Hatta Ramli, Mazlan Mohamed Yasin dan Nazri Ahmad.

Hakim dalam keputusannya berkata, pihak polis telah gagal menyatakan sebab penangkapan di samping ternyata bersalah menceroboh kediaman persendirian semasa penangkapan itu.

Berikutan itu, hakim memutuskan Hanapi selaku defendan dikehendaki membayar ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi tauladan dan ganti rugi melampau kepada tiga aktivis PAS terbabit.

Menurut fakta kes, pada jam 9.15 malam 10 Jun 2004 satu majlis ceramah penerangan telah diadakan di Markas Pas Kawasan Rompin, di nombor 42 Desa Teratai, Muadzam Shah. Ketua Polis Daerah yang mengetuai sekumpulan anggota polis dari Ibupejabat Polis Rompin telah mengeluarkan arahan supaya majlis tersebut dihentikan diatas alasan tiada permit perhimpunan dikeluarkan.

Ketua Polis Daerah juga telah mengarahkan anggota-anggota polis melakukan serbuan keatas premis ceramah tersebut dan telah menangkap plaintif kedua, ketiga dan keempat tanpa menunjukkan sebarang waran tangkapan.

Anggota-anggota polis yang melakukan serbuan dan tangkapan keatas premis tersebut telah merampas segala peralatan sistem bunyi (P.A. System) dan secara kasar yang telah mengakibatkan kecederaan pada plaintif keempat.

Berikutan itu, mereka bertiga telah ditahan, digari dan dibawa ke ibu pejabat Polis Daerah Rompin untuk disoal-siasat sehingga keesokan harinya.


Kes tersebut difailkan oleh ketiga-tiga ahli PAS itu pada 1 Disember 2004 di Mahkamah Tinggi Malaya Kuantan melalui firma guaman Mohamad Hanipa & Associate.

Plaintif memohon deklarasi bahawa penangkapan dan penahanan mereka pada masa ceramah tersebut tidak sah, terbatal, tidak berpelembagaan dan tidak mempunyai apa-apa kesan.

Plaintif juga memohon deklarasi bahawa majlis ceramah yang diadakan di markas PAS Kawasan Rompin (pada 10 Jun 2004) tidak memerlukan permit polis di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Selain itu, plaintif memohon deklarasi bahawa defendan telah bertindak melampaui batas kuasainya di bawah Akta Polis 1967 dan tindakan defendan tersebut adalah satu penyalahgunaan kuasa (abuse of power).

Plaintif turut memohon deklarasi bahawa defendan telah melakukan pencerobohan ke atas markas PAS Kawasan Rompin dan menuntut ganti rugi serta lain-lain relif difikirkan sesuai oleh mahkamah. -harakahdaily

Ulasan GB

"Precedence" sudah ada.

Justeru itu, jika ada kes di mana berlakunya serbuan dan tangkapan oleh pihak polis terhadap mana-mana individu di premis persendirian, ia adalah satu kesalahan yang dilakukan oleh pihak polis lantaran menceroboh (trespass) dan hendaklah didakwa di mahkamah.

Syabas kepada Peguam PAS, Mohd Hanipa Maidin kerana berjaya memenangi kes ini.

Motivasi: Di Mana Ada Kemahuan Di Situ Ada Jalan

Posted: 09 Feb 2011 08:01 AM PST

Kita seringkali mengadu, mengapa kita diuji begitu dan begini. Dan kadang kala mudah pula berputus-asa sedangkan nikmat Allah tak terperi banyaknya.

Pepatah Melayu menyatakan: Genggam bara api biar sampai jadi arang, alang-alang mandi biar sampai basah dan alang-alang berjuang biar sampai menang.

Sekarang, kita tidak perlu banyak bicara untuk melihat gambar-gambar berikut ini, kerana gambar-gambar ini sendiri menginspirasi kita untuk kurangkan bicara tapi banyakkan bekerja.


Ambil iktibar dari si cacat penampal tiub basikal ini, yang tanpa tangan, tetapi terus gigih bekerja menggunakan kedua-dua belah kakinya. Kesepuluhan jari-jemari kakinya berguna.


















Sebagai penutup, ingin GB sisipkan satu kata-kata indah:

"Enta wa ma turid"
Kamu ialah apa yang kamu inginkan

Nak berusaha? Atau nak tidur?
Nak menang? Atau nak kalah?

Ia terletak di tangan anda!
Azimat itu yang perlu di bawa ke Merlimau.

MasyaAllah! 517 Kes Buang Bayi Diantara 2005 - Jan 2011

Posted: 09 Feb 2011 07:19 AM PST

517 Kes Buang Bayi Dilaporkan Dari 2005 Hingga Januari Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Sebanyak 517 kes pembuangan bayi dilaporkan sejak tahun 2005 hingga Januari tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata jumlah itu merangkumi 203 orang bayi lelaki, 164 orang bayi perempuan dan 150 orang bayi yang tidak diketahui jantinanya.

"Bagi kes tidak dikenal pasti jantina, ini adalah kerana keadaan mayat yang reput dan bedah siasat tidak dapat dilakukan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini pada Rabu.

Beliau berkata daripada 517 bayi itu, sebanyak 230 merupakan bayi yang hidup manakala 287 pula bayi yang telah meninggal dunia.

Mohd Bakri berkata seramai 37 orang suspek telah ditangkap dari 2005 hingga tahun ini termasuk empat orang pada Januari ini berhubung kes pembuangan bayi.

Dalam tempoh yang sama, 18 kes telah dituduh di mahkamah dan sebanyak sembilan kes telahpun dijatuhi hukuman, katanya.

Menurutnya hasil kajian mendapati lokasi yang paling popular untuk jenayah ini adalah di kawasan perumahan dan tempat pembuangan sampah selain di tepi jalan, masjid, sungai, semak dan dalam tandas.

Mohd Bakri berkata polis berdepan dengan kekangan dalam siasatan jenayah tersebut seperti kesukaran untuk mengesan suspek, tidak dapat mengumpulkan bukti yang mencukupi kerana kebanyakan bayi telah reput.

"Ujian DNA tidak dapat dilakukan kerana tiada sampel yang diperolehi daripada suspek untuk perbandingan," katanya.

Justeru itu, polis mencadangkan kepada semua pihak yang terlibat dalam mencegah jenayah ini sama ada kerajaan dan bukan kerajaan agar menekankan aspek pencegahan dan rawatan secara serentak.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya kini diberi tanggungjawab mengendalikan sistem amaran awal kehilangan kanak-kanak yang dikenali sebagai NUR Alert (National Urgent Response Alert) bagi mengesan dan menghebahkan kehilangan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

Katanya pihaknya diberi kepercayaan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam isu ini memandangkan siasatan dilakukan oleh polis turut meliputi pencarian bukti dan penyebaran maklumat.

"Oleh itu bagi polis, kita mengharapkan kerjasama dari semua pihak dalam mengendalikan perkara itu," katanya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil baru-baru ini berkata, kementerian itu bersama-sama polis telah memuktamadkan pelaksanaan sistem itu setelah ia dipersetujui kedua-dua pihak.

"Kalau ada kes-kes kehilangan, sistem ini akan digerakkan segera," katanya. - BERNAMA

Ulasan GB

GB telah menyatakan di sini:

[Bergambar] Alangkan Binatang Sangat Sayang Anaknya...

[Bergambar] Siri Kedua: Alangkan Binatang Sayang Anaknya

Obama Akhirnya Berhenti Merokok

Posted: 09 Feb 2011 06:31 AM PST

Presiden AS Barack Obama akhirnya dapat mengakhiri kecanduannya pada rokok. Isterinya, Michelle, menyatakan sangat bangga bahawa mantan "panglima penghisap asap" itu dapat memandang mata anak-anaknya dan berkata ia tak lagi merokok.

Perjuangan Obama untuk mengalahkan kecanduannya telah menjadi pusat perhatian yang sangat besar buat media AS selama kempen kelilingnya tahun 2008 dan dalam dua tahun pertama masa jabatannya.

Namun, Ibu Negara Michelle Obama, Selasa (8/2), mengatakan kepada wartawan bahwa Obama sudah tak mengepulkan asap selama satu tahun terakhir. Michelle mengatakan, ia "sangat bangga" Obama telah berhasil dalam mengalahkah apa yang telah menjadi "tantangan peribadi buat dia", demikian laporan USA Today.

"Ketika seseorang melakukan tindakan yang benar, jangan mengacaukannya," kata Michelle Obama sebagaimana dikutip USA Today. Ia menambahkan, Obama akhirnya berhenti merokok sebab ia mau memberitahu puteri-puterinya, Malia dan Sasha, bahawa ia tak merokok lagi.

Ibu Negara Amerika Serikat itu berbicara kepada wartawan untuk menandai peringatan kempen "Let's Move" guna mengakhiri kegemukan pada anak-anak.

Obama telah didesak doktornya pada Februari tahun lalu agar berhenti merokok demi kebaikannya setelah pemeriksaan kesihatan pertamanya sebagai presiden. Pada pemeriksaan itu, Obama dinyatakan "memiliki kesihatan yang sangat bagus" dan "cocok untuk menjalankan tugas", tetapi doktornya mendesak dia untuk berhenti merokok.

Jurucakap Rumah Putih Robert Gibbs mengatakan, beberapa pembantu dekat Obama telah bergabung dengan presiden tersebut dalam usaha untuk berhenti merokok. Gibbs menambahkan, dirinya yakin pengaruh Ibu Negara telah membantu. "Saya fikir ketika seseorang memutuskan untuk berhenti merokok ... mereka melakukannya bukan sekadar kerana mereka mau, tetapi kerana orang lain juga mau mereka melakukannya," kata Gibbs.

Polis Nak Sokong Lagi Pemimpin BN Setelah Mahathir Tibai Polis?

Posted: 09 Feb 2011 05:23 AM PST

Ops Lalang: Kit Siang cabar Mahathir namakan pembangkang, jangan salahkan polis

KUALA LUMPUR, 9 Feb — Lim Kit Siang hari ini mencabar bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan nama pemimpin-pemimpin pembangkang yang beliau bertemu dan memberi jaminan bahawa mereka tidak akan ditahan di bawah Operasi Lalang 1987.

Menjawab dakwaan Dr Mahathir bahawa polis yang mahu pemimpin-pemimpin pembangkang dan yang lain ditahan, Lim berkata:

"Biar Mahathir menamakan pemimpin-pemimpin pembangkang yang beliau telah bertemu dan memberikan jaminan bahawa mereka tidak akan ditahan, tetapi ia telah diatasi oleh polis menerusi Operasi Lalang."

Dr Mahathir mengatakan demikian dalam buku terbaru "Doctor M: Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad" tulisan Tom Plate.

Penasihat DAP itu berkata, Dr Mahathir bukan sahaja berhadapan dengan masalah memori selektif dan fikiran tidak betul tetapi turut memutarbelitkan perkara tidak benar mengenai ketidakdilan yang dilakukannya selama 22 tahun menjadi perdana menteri.

Operasi Lalang atau Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh polis, agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik ketika itu.

Dalam Operasi Lalang ini, seramai 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan pembatalan dua akhabar harian dan dua akhbar mingguan.

Selain Lim, turut ditahankan ialah Chandra Muzaffar, Karpal Singh, Kua Kia Soong, Ibrahim Ali dan Mohamed Fahmi Ibrahim.

"Saya tidak pernah berjumpa dengan Mahathir dan beliau tidak pernah memberikan saya jaminan bahawa saya tidak akan ditahan sebelum Operasi Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 meskipun sehari sebelum itu saya bercakap di Parlimen ketika perbahasan bajet mengenai peningkatan ketegangan kaum dan saya meminta kesemua parti bersetuju dengan (syor) moratorium selama setahun di mana tiada isu perkauman, bahasa atau agama dicetuskan atau dibangkitkan bagi setiap rakyat Malaysia memberi tumpuan ke atas keutamaan negara mencapai pemulihan ekonomi dan pertumbuhan," katanya lagi.

Kata Lim, tidak patut Dr Mahatahir mempersalahkan polis sebagai bertanggungjawab atas Operasi Lalang memandangkan beliau bukan sahaja tidak mempertahankan penahanan 106 orang di bawah Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), malah beliau menggunakan kuasanya selaku Menteri Dalam Negeri di bawah Seksyen 8 akta itu untuk mengeluarkan perintah menahan selama dua tahun membabitkan 49 orang termasuk tujuh ahli Parlimen DAP.

Lim berkata, Dr Mahathir sentiasa membuat dakwaan palsu dan tidak berasas bahawa ahli-ahli Parlimen DAP ditahan bukan kerana mereka wakil rakyat atau disebabkan kepercayaan politik, tetapi kerana cuba untuk mencetuskan kerusuhan kaum.

Sebagai contoh katanya, Dr Mahathir memberitahu majalah Asiaweek keluaran 11 November 1988 bahawa beberapa orang masih ditahan kerana enggan memberi jaminan tidak akan mencetuskan perkauman lagi.

Malah kata Lim, sebenarnya salah guna ISA untuk tujuan peribadi, berfikiran sempit dan perasaan dendam adalah jelas memandangkan beliau dan anaknya Guan Eng, kini Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang, adalah dua yang terakhir daripada 49 tahanan Operasi Lalang dibebaskan pada April 1989.

"Sedangkan yang lain dibebaskan bermula Jun 1988," kata beliau.

"Saya selalu mengakui memang ada ketegangan kaum pada Oktober 1987, tetapi ketegangan kaum ini bukan dicetuskan oleh ahli-ahli Parlimen DAP atau tahanan lain Operasi Lalang, tetapi oleh beberapa pihak yang mahukan kuasa politik dalam Umno," katanya.

Pada 1987 Umno berhadapan dengan krisis kepimpinan membabitkan dua puak, satu diketuai oleh Dr Mahathir manakala yang satu lagi oleh Tengku Razaleigh Hamzah-Tan Sri Musa Hitam.

"Sebagaimana dikatakan oleh Bapa Malaysia dan perdana menteri pertama (Almarhum) Tunku Abdul Rahman sejurus selepas Operasi Lalang, pada November 1987, ia bukan persoalan orang Cina menentang kerajaan tetapi parti sendiri, Umno, yang menentang beliau," kata Lim memetik akhbar The London Times edisi 9 November 1987.

Sehubungan itu kata Lim, Dr Mahathir tidak boleh memindahkan tanggungjawabnya terhadap pasukan polis, sebaliknya perlu tampil bersih dan meminta maaf kepada seluruh negara kerana mengadakan Operasi Lalang, yang disifatkan sebagai bab hitam dalam soal hak asasi manusia di Malaysia.

"Adakah Mahathir (juga) mahu mempersalahkan kehakiman, polis, Suruhanjaya Pilihan Raya, agensi antirasuah, media dan institusi-institusi utama negara atas kegagalan membantah demi melindungi, mempertahan dan menggalakkan keberkesanan, kebebasan dan profesionalisme ketika (era) kepimpinannya?" kata Lim lagi.

Dalam buku itu, Dr Mahathir yang meneraju Malaysia selama 22 tahun itu mengakui bahawa beliau berang dengan tindakan polis tersebut.

"Ya, saya akan tangani secara berbeza, tetapi polis ingin melakukan hal-hal ini (tangkapan ISA) kerana mereka menyatakan ia perlu.

"Saya sebenarnya berjumpa dengan semua ahli pembangkang (terlebih dahulu) dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap. Dan awak tahu apa yang polis lakukan? Polis menangkap mereka. Kredibiliti saya hilang,"
katanya. -TMI



Ops Lalang: Mahathir persalahkan polis

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Dr mempersalahkan polis atas Ops Lalang, yang menyaksikan 106 orang, termasuk seteru politiknya ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987.

Dalam buku terbaru mengenai Mahathir, yang berjudul 'Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad', bekas perdana menteri yang meneraju Malaysia selama 22 tahun itu mengakui bahawa beliau berang dengan tindakan polis tersebut.

"Ya, saya akan tangani secara berbeza, tetapi polis ingin melakukan hal-hal ini (tangkapan ISA) kerana mereka menyatakan ia perlu...

"Saya sebenarnya berjumpa dengan semua ahli pembangkang (terlebih dahulu) dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap. Dan awak tahu apa yang polis lakukan? Polis menangkap mereka. Kredibiliti saya hilang," katanya.

"Awak pastinya marah!" balas Tom Plate, yang mewawancara Mahathir dan mengarang buku berkenaan.

"Yeah, tapi apa yang boleh saya lakukan? Saya perlu menerima hakikat bahawa mereka adalah orang-orang yang membuat keputusan. Saya memberikan kuasa umum kepada mereka untuk bertindak," kata Mahathir.

Semasa penangkapan besar-besaran pada 27 Oktober 1987, lebih seratus orang ditangkap - sebahagian besar mereka terdiri daripada pemipin pembangkang dan segelintir ahli politik dari Umno dan MCA. Selain itu, permit penerbitan untuk akhbar The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan telah ditarik balik.

Kerajaan kemudian menawarkan penjelasan bahawa tangkapan ISA yang kedua terbesar sejak rusuhan perkauman 13 Mei adalah 'perlu' bagi membendung 'ketegangan perkauman' yang semakin memuncak akibat protes besar-besaran berhubung pelantikan pengetua bukan berpendidikan Cina di sekolah-sekolah vernakular Cina.

Umno pula membalas dengan juga mengadakan protes besar-besaran yang diketuai oleh ketua pemudanya ketika itu, Datuk Seri Najib Razak di Kampung Baru, beberapa hari sebelum tangkapan beramai-ramai dibuat. -mk


Ulasan GB

Jelas kini bahawa polis jadi pihak yang diperbodohkan pemimpin BN. Polis selama ini menyokong dan mendokong pemimpin-pemimpin BN, tetapi apa kesudahannya?

Imej polis tercalar teruk kerana Mahathir secara terbuka mempersalahkan polis kerana Operasi Lalang yang menurutnya, menjadi sebab kredibilitinya hilang. Pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang pula yang membela polis.

Tentang Mahathir ni, kita sudah tahu sangat. Dia jadi PM bukan setahun dua. Dia hipokrit peringkat paling tinggi. Menipu dan berbohong adalah biasa baginya. Tahukah anda ciri-ciri orang berdusta? Sebelum ini GB pernah mengeluarkan artikel mengenai Bagaimana Mengenali Jika Seseorang Itu Berdusta?

Petikan:

Menyentuh hidung

Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.


30 Saat Sahaja Untuk Wanita Hamil Mengecam Polis Yang "Merompak" Dan Menamparnya

Posted: 09 Feb 2011 04:41 AM PST

Chow cam anggota polis wanita dalam 30 saat

Pemilik kedai, Chow Soo Meng, yang mendakwa ditampar dan dirompak oleh anggota polis preman di Sungai Buloh minggu lalu, hari ini mengenalpasti anggota polis wanita yang didakwa mengambil wang RM20,000 dari beg tangannya.

Chow, 38, mengenalpasti anggota polis berkenaan dalam satu kawad cam di ibupejabat polis Petaling Jaya pada jam 12.05 tengahari tadi.

Pemilik kedai yang sedang mengandung lapan bulan itu ditemani ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Menurut Lim, Chow hanya mengambil masa 30 saat untuk mengenalpasti anggota polis wanita yang didakwa menggari dan mengambil wangnya.

Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohammed enggan memberi sebarang komen mengenai perkara itu.

Sabtu lalu, Chow telah mengenalpasti lima lagi anggota polis dalam satu kawad cam berasingan.

Polis nafi curi wang

Chow mendakwa polis telah mencuri kira-kira RM20,000 wang tunai dan beberapa barangan dari kedainya, serta menamparnya.

Dalam laporan polisnya, Chow mendakwa polis mengambil beberapa jenis rokok, enam botol minuman keras, oren mandarin dan tiga karton minuman tin.

Polis Petaling Jaya menafikan anggotanya mengambil RM20,000 dan barangan lain seperti yang didakwa oleh Chow, tetapi mendakwa hanya RM15,900 dirampas untuk tujuan siasatan berhubung kemungkinan ia keuntungan haram.

Polis juga mengesahkan memotong besi jeriji pintu kedai Chow selepas dia enggan membukanya, dan sedang menyiasat dakwaan bahawa Chow ditampar.

Ulasan GB

Seperti yang GB ulaskan sebelum ini, perbuatan polis berkenaan adalah melampau.

SEKALI LAGI GB bertanya: Apa hak di sisi undang-undang polis menampar wanita hamil berkenaan?

KEDUA: Apa bukti yang polis boleh ketengahkan untuk menyatakan wang yang dirampas itu kononya ia "kemungkinan keuntungan haram?"

KETIGA : Chow mendakwa polis mengambil beberapa jenis rokok, enam botol minuman keras, oren mandarin dan tiga karton minuman tin. Apa hal polis bertindak demikian? Dah pelahap sangat?

Kes Sosilawati: 21 Feb, Keputusan Semakan & Rayuan Pekerja Ladang Lupuskan Mayat

Posted: 09 Feb 2011 03:33 AM PST

Keputusan Semakan Dan Rayuan Pembunuhan Banting 21 Februari

Gambar: ANGGOTA Polis Penjara membawa dua pekerja ladang yang didakwa melupuskan mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, K. Sarawanan (dua dari kiri) dan U. Suresh (tiga dari kiri), ketika hadir pada keputusan tarikh rayuan dan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi, Shah Alam, hari ini. - Foto Abdullah Yusof

SHAH ALAM: Rayuan dan semakan kehakiman terhadap dua pekerja ladang yang dihukum penjara selama tujuh tahun kerana melupuskan bahan bukti pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya akan diketahui pada 21 Februari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Wira Mohtarudin Baki menetapkan tarikh tersebut kerana memerlukan masa untuk meneliti hujahan dan nas undang-undang yang dikemukakan oleh pihak yang terlibat dalam permohonan itu.

K. Sarawanan, 20, dan U. Suresh, 27, dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, di sini, selepas mengaku salah melupuskan bahan bukti pembunuhan Sosilawati dan tiga individu yang turut hilang bersamanya.

Sosilawi, 47, hilang bersama pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamal Abdul Karim, 32, dan pemandu Kamaruddin Shamsuddin, 44, selepas dilaporkan menuju ke Banting untuk berjumpa seorang peguam bagi berbincang urusan jual beli tanah.

Tidak lama selepas itu, peguam N. Pathmanabhan, 42, dan tiga pekerja ladang, T. Thiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 31, masing-masing mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan pembunuhan tersebut.

Pada 15 Oktober lalu, Majistret Hurman Hussain menjatuhkan hukuman penjara terhadap Sarawanan yang mengaku bersalah atas tuduhan membakar mayat mangsa, manakala pengakuan Suresh direkodkan bagi kesalahan membuang abu mayat ke dalam Sungai Panchau.

Sementara itu, pada prosiding Rabu, Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainudin memohon supaya mahkamah mengekalkan hukuman penjara tersebut kerana majistret telah membuat keputusan yang betul dengan mengambil kira fakta dan peruntukan undang-undang.

"Prinsip satu transaksi dan prinsip keseluruhan bukanlah sesuatu yang mutlak apatah lagi di dalam kes ini melibatkan pembunuhan yang kejam terhadap empat individu yang tidak berdosa di mana mereka dibunuh, mayat mereka dibakar sehingga menjadi abu.

"Tertuduh bagi memastikan ketiadaan kesan ke atas perbuatan rakan mereka, telah menghapuskan bukti dengan membuang abu mayat ke dalam Sungai Panchau bagi menggagalkan siasatan polis," katanya. Turut mewakili pihak pendakwaan ialah Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff dan Idham Abd Ghani.

Sementara itu, peguam A. S. Dhaliwal pula menghujahkan agar pengakuan salah tertuduh diketepikan dan tertuduh dianggap sebagai tidak bersalah sehingga kes tersebut dipulangkan semula ke Mahkamah Majistret.

Terdahulu, usaha Dhaliwal untuk membawa Suresh berjumpa dengan pesuruhjaya sumpah selama 10 minit bagi mengingkrarkan afidavit gagal kerana permohonan tersebut ditolak oleh Mohtarudin.

"Saya tidak melihat mengapa afidavit diperlukan kerana Suresh tidak memfailkan rayuan dan hanya terlibat dalam prosiding melalui semakan oleh saya. Saya tidak memerlukan afidavit dalam semakan saya," kata Mohtarudin. -mstar

Tiada ulasan: