Selasa, 8 Februari 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


PBB Minta Amalan Berkhatan dalam kalangan Wanita Dihentikan. Apakah Hukum Berkhatan?

Posted: 08 Feb 2011 05:35 AM PST


Baru-baru ini Pegawai PBB menyeru agar amalan berkhatan untuk kaum wanita dihentikan kerana menurut mereka, amalan itu melanggar hak asasi manusia dan membahayakan kesihatan 3 juta perempuan yang menjalani amalan itu setiap tahun.

Seperti yang kita maklum, amalan bersunat atau berkhatan ini merupakan amalan yang berkait rapat dengan masyarakat Islam di serata dunia.

Menurut agensi berita AP, Anthony Lake, ketua Dana Kanak-kanak PBB dan Babatunde Osotimehin, ketua Dana Populasi PBB telah meminta bantuan negara dan organisasi di seluruh dunia untuk menghentikan amalan tersebut.

Menurut mereka, amalan bersunat menyebabkan pendarahan untuk tempoh yang lama, ketidaksuburan, dan kematian. Kenyataan itu mungkin benar jika amalan bersunat itu dilakukan tanpa mengikut prosedur perubatan yang selamat.

Persoalannya, apakah hukum bersunat bagi orang Islam? Apakah faedah bersunat terutamanya untuk kaum wanita? Saya petik sedikit kiriman tentang hal ini di laman sesawang Zaharuddin:
1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita. Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanafiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.

2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,  

3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.

Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelaki satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.

Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada. Katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.

Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.

Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi, pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas melihat hadith2 Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan.
"Kelentit wanita (yang dipotong sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki..."

dan pelbagai lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. Di akhirnya pakar perubatan ini berkata :
" Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah "isymam" atau memotong sedikit hujung dari kelentit. ( Majalah, Oktober 1994)"
Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang mewajibkan berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khatan bagi wanita adalah lemah. Justeru khatan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita. Hanyalah harus bagi wanita, dan digalakkan jika boleh membawa kepada manfaat, dan tidak digalakkan jika sebaliknya.

Qaradawi juga berkata, setakat pengetahuannya bahawa wanita Arab kebanyakkan tidak berkhitan kecuali di Mesir dan Sudan. Adapun negara arab di Teluk dan Maghribi tiada khatan bagai wanitanya, dan ulamanya juga senyap tiada memberi komen.
Ironinya, biarpun kita dimaklumkan bahawa antara faedah berkhatan itu termasuklah mengekang nafsu wanita, namun bilangan anak luar nikah yang dilahirkan oleh remaja Islam di Malaysia kian meningkat dari sehari ke sehari.


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Cara PENYAMUN Tibai Duit Rakyat: "RM70,422 untuk semeter (jejantas)"

Posted: 08 Feb 2011 02:45 AM PST


Bagi yang membaca laporan MK, tentu ada membaca isu/persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah  berkaitan dengan pembinaan jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter yang bakal menghubungkan bangunan di sekitar KLCC dengan nilai RM10 juta.

Berdasarkan jumlah itu, secara puratanya jejantas itu bernilai RM70 422 semeter. 
  • Persoalan pertama, jejantas apa yang semahal itu? Perlukah kerajaan BN membina jejantas itu tatkala negara kini menanggung hutang yang tinggi dan ketidaktentuan ekonomi dunia?
  • Kedua, adakah pembinaan jejantas ini akan dilaksanakan melalui tender terbuka yang membolehkan kerajaan memilih kontraktor yang sanggup menawarkan kos yang lebih murah?
  • Ketiga, pihak mana yang bakal menanggung kos ini? Syarikat GLC atau syarikat swasta?  Jika syarikat GLC, maka sahlah pembinaan jejantas itu merupakan "rompakan" duit rakyat untuk memenuhkan tembolok kroni dan pihak yang berkepentingan. Jika dibiayai syarikat swasta, tolong nyatakan syarikat yang sanggup menghabiskan wang sebesar itu untuk membina jejantas tersebut! Apa untungnya bagi syarikat itu untuk membiayai pembinaanya? Adakah pengguna akan dikenakan "tol?
Berita Lain:


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Bilakah "Hari Kesedihan" di Malaysia? Jawapan Ada di Wajah Pengerusi Felda dan Dalam Artikel Ini!

Posted: 08 Feb 2011 12:05 AM PST

Sedih!
Saya petik:
[MK] Pelantikan bekas menteri besar Negri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda menyebabkan pasaran menjadi tidak menentu, kata ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

"Terdapat banyak GLC yang mempunyai bekas ahli politik dilantik sebagai pengerusi tetapi bagi Felda, adalah kes yang jarang berlaku di mana pasaran bimbang dengan pelantikan itu. Ia memberi isyarat yang salah," katanya.

Bercakap di forum anjuran badan pemikir, Ideas, Tengku Zafrul bagaimanapun berkata pelantikan berkenaan mungkin disebabkan kekurangan calon di mana jawatan utama di syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan mesti diisi oleh calon bumiputera.

Meskipun Tengku Zafrul agak berdiplomasi ketika memberika alasannya, rakan panel Anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC), Zainal Aznam Mohd Yusof berkata rekod Mohd Isa yang terpalit dengan gejala rasuah adalah punca kebimbangan pasaran.

Mohd Isa didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disipin Umno pada 2005.

"Adalah hari yang sedih apabila Isa dilantik sebagai pengerusi Felda," kata Zainal.

P/s: Aduhai, lingkup! Siapa lantik bekas pesalah rasuah ini menjadi Pengerusi Felda? Malang sungguh!

 

Untuk Makluman Jurublog UMCO: Polis Sahkan Tabung Memali Tidak Diselewengkan

Posted: 07 Feb 2011 11:01 PM PST


Saya petik:
[DD] Di tengah-tengah isu kenaikan harga barang dalam negara dan kebangkitan rakyat Arab di luar negara tiba-tiba muncul isu Tabung Memali yang kononnya diselewengkan. Ia semacam anti klimaks, membangkitkan isu lapuk yang telah selesai dan berkubur lebih 10 tahun lalu. 

Tetapi biasalah BN, Utusan Malaysia dan RTM di saat ketandusan isu, mereka jadi lalat dan langau akan menyelongkar setiap tong sampah dan jamban untuk mencari bahan busuk yang boleh dijadikan isu bagi memperbodohkan kalangan rakyat yang kurang cerdik agar mempercayai propaganda mereka. Maka terus kekallah sokongan terhadap BN bermodalkan bara fitnah yang dinyalakan saban waktu.

Halal atau haram membuat fitnah bukan persoalan mereka kerana tiada perhitungan kematian, alam barzakh, akhirat, syurga atau neraka. Yang penting bagi mereka ialah berusaha mengekalkan kuasa BN melalui apa cara sekalipun kira-kira sampai turunnya Dajal. 

Media-media talibarut BN ghairah membangkitkan isu tabung Memali kerana sedar bahawa ramai pemimpin PAS yang terlibat dalam kepimpinan PAS Kedah sewaktu peristiwa berdarah Memali dan sejurus selepasnya telah pergi untuk selamanya. Mereka tidak mungkin bangun membela diri untuk menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. 

Antaranya Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Azahari Razak, Ustaz Abd Wahab Sulaiman, Cikgu Mustafa Long, Tuan Guru Haji Yahya Junid, Ustaz Suhaimi Ahmad dan ramai lagi. Fitnah oleh media talibarut BN ini dipanjangkan ke medan maya. 

Puteri Umno yang sebahagian besar ahlinya belum melihat dunia sewaktu berlakunya peristiwa Memali turut memanjang fitnah isu tabung Memali dalam platform maya mereka. Mereka sama sekali tidak tahu bahawa peristiwa Memali adalah simbol kezaliman BN, menjadi 'pembela' kepada balu-balu dan anak mangsa Memali. Begitu jugalah umumnya generasi muda hari ini, tidak begitu memahami akan peristiwa Memali.
Maka ada baiknya kalau sebelum penjelasan mengenai tabung Memali dibuat, elok gambaran sebenar mengenai peristiwa Memali itu diperjelaskan terlebih dahulu kepada generasi terbaharu hari ini. 

Peristiwa Berdarah Memali berlaku pada 19 November 1985 di sebuah perkampungan bernama Mali, Mukim Siong, Baling. Pertukaran nama Mali ke Memali dibuat oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Musa Hitam dan nama itu terus popular hingga ke hari ini.
Peristiwa itu berlaku bermula dari tindakan nekad pihak polis dan Kementeria Dalam Negeri untuk menangkap Ustaz Ibrahim Libya mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ceramah-ceramahnya yang dianggap menggugat keselamatan (menggugat 'keselamatan' politik BN?). Ustaz Ibrahim enggan menyerah diri dan bertegas jika pihak polis mahu mengambilnya maka ambillah mayatnya sahaja. Musa Hitam telah menghantar satu ketumbukan polis yang luar biasa kekuatan dan jumlahnya untuk menangkap Ustaz Ibrahim. Berlakulah apa yang disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai "massacre" atau pembunuhan beramai-ramai terhadap Ustaz Ibrahim dan pengikutnya di Memali. 14 orang kampung mati diserang, manakala empat anggota polis terbunuh. 

Musa Hitam adalah Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno, manakala Ustaz Ibrahim adalah seorang aktivis PAS maka apa yang dilakukan oleh Musa Hitam itu adalah tindakan politik untuk menyekat kemaraan politik PAS. Kerajaan mempunyai 1001 langkah untuk menangkap Ustaz Ibrahim tanpa melalui pertumpahan darah tetapi mereka sengaja memilih tindakan yang ganas dan rakus terhadap orang kampung yang lemah. 

Tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia itu lebih zalim dari isu kematian Teoh Beng Hock, tetapi oleh kerana pada itu pembangkang tidak mempunyai kekuatan maka mangsa kezaliman Memali dan PAS dibuli semahu-mahunya oleh kerajaan Malaysia dan jentera propaganda mereka. Pihak yang terbabit dicop sebagai penjenayah, Ustaz Ibrahim dan rakan-rakan dituduh sebagai pengamal ajaran sesat, ilmu kebal dan sebagainya. Ekoran serangan berterusan oleh jentera propaganda BN dan saluran media kedua belum wujud di Malaysia, maka imej PAS menjadi buruk. Akibatnya pada pilihanraya umum 1986, PAS hanya menang satu kerusi di Parlimen Pengkalan Chepa. 

Ekoran peristiwa itulah Tabung Mangsa Memali ditubuhkan untuk membela balu-balu mangsa yang terbunuh, anak-anak yatim dan juga mangsa peristiwa Memali yang masih hidup, ditahan ISA, sakit, terlantar dan sebagainya. Ia dikendalikan oleh Badan Perhubungan PAS Kedah. Setiap sen wang derma disalurkan kepada yang layak dan berhak menerima. 

Jika hari ini ada pihak memberitahu bahawa haram hukumnya memakan wang anak yatim, maka ketahuilah bahawa para pemimpin PAS Kedah pada masa itu; bermula dari Ustaz Fadzil Noor yang mengaji di Universiti Al-Azhar hinggalah kepada Aris Awang yang belajar di sekolah Cina pun lebih tahu bahawa haram juga mengambil harta orang lain yang bukan haknya. Mereka lebih tahu bahawa satu sen rezeki haram yang menumbuhkan daging di jasad kita, maka api neraka adalah lebih layak untuknya. 

Tabung mangsa Memali adalah pembelaan sementara untuk mangsa. Ia bukan skim insuran untuk pembelaan sepanjang hayat. Sampai ke satu peringkat di mana anak-anak yatim mangsa Memali kesemuanya sudah akil baligh dan para balu mangsa Memali pun sudah mempunyai anak-anak yang boleh berdikari, di samping ada yang mempunyai suami baru; maka Ustaz Fadzil Noor mengumumkan ketidakperluan mewujudkan tabung tersebut. 

Dakwaan berlaku penyelewengan tabung Memali pernah dibuat sewaktu Ustaz Fadzil Noor masih ada. Laporan polis dibuat. Siasatan dibuat oleh unit yang paling professional dikatakan dari Bukit Aman. Pihak yang dituduh berjaya mengemukakan catatan akaun yang sempurna tanpa sepicing pun penyelewengan. Soalan cepu emas yang mesti dijawab oleh semua; Adakah pihak polis dari kerajaan BN akan membiarkan begitu sahaja penyelewengan jika ada (terutamanya kewangan) dalam PAS tanpa diambil tindakan atau pendakwaan? Jika polis Malaysia buat begitu ia termasuk dalam lapan benda ajaib di dunia. 

Cukuplah itu sebagai jawapan kepada pihak BN yang membuat fitnah kononnya terdapat penyelewengan dalam tabung Memali. Walaupun jawapan yang terperinci ada tapi ia tidak semesti perlu didedahkan. Macam seseorang dituduh tidak bersunat. Bukti yang nyata untuk menolak fitnah itu ialah dengan menyelak kain biar semua orang tengok. Tapi orang yang cerdik tidak perlu buat sampai ke situ. - Zulkifli Yahya

P/s: Isu Tabung Memali ini heboh beberapa minggu lepas dalam  blog pro-UMCO. Tulisan di atas dapat menjawab "fitnah" mereka.


[Gambar] Aksi Racau-Bogel-Berahi di Bahu Jalan

Posted: 07 Feb 2011 06:50 PM PST





Foto: Pembaca China Press/Ondscene

Seperti yang diberitakan di akhbar, seorang wanita berketurunan Afrika membuka baju sehingga telanjang bulat sebelum menjerit-jerit, menari, dan menyanyi seperti orang hilang akal di bahu jalan berhampiran persimpangan Taman Cheras menuju Lebuh Raya Lingkaran Tengah II.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, wanita berusia 20-an terbabit seolah-olah sengaja menarik perhatian orang ramai apabila enggan memakai semula baju walaupun dipujuk anggota polis dan orang ramai.

Namun, drama mencolok mata itu berakhir apabila seorang wanita (berbaju merah jambu)  yang juga pelanggan restoran berhampiran mengarahkan wanita terbabit memakai semula pakaiannya. Wanita tersebut dikatakan "menggugut" akan mengikat wanita Afrika itu jika dia enggan mengenakan pakaiannya.

P/s: "Berpeluh" dan "berdebar" polis dan orang ramai yang menyaksikan adegan tersebut!


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.



Sadis&Tragis: Dibelasah, Dirogol, Dicampak

Posted: 07 Feb 2011 05:45 PM PST


Saya petik:
[BH] SEREMBAN: Sungguh menyayat hati apabila seorang wanita yang dipercayai menjadi mangsa rogol dan belasahan ditinggalkan dalam keadaan koma di persimpangan lampu isyarat di Pekan Lukut, Port Dickson, petang Jumaat lalu.

Mangsa berusia 20-an dipercayai warga tempatan hingga kini masih kritikal dan bergantung alat bantuan pernafasan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) selepas dirujuk dari Hospital Port Dickson (HPD). 
Ketika ditemui kira-kira jam 6.35 petang Jumaat lalu, mangsa tidak memiliki identiti pengenalan diri, sekali gus menyukarkan polis untuk mengesan warisnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid, berkata kejadian menimpa wanita berkenaan hanya disedari apabila orang awam yang menemui mangsa terbaring di persimpangan lampu isyarat lalu menghubungi pihak hospital. 

Mangsa yang memakai kemeja-T tanpa kolar merah jambu dengan seluar pendek paras paha dan tidak berkasut, ditemui orang awam terbaring tidak sedarkan diri di sebuah persimpangan lampu isyarat di pekan Lukut, kira-kira jam 6.35 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid, berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Port Dickson dan kemudian dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) berikutan kecederaan parah dialaminya.

"Pemeriksaan mendapati tengkorak belakang kepalanya retak dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul, selain kecederaan lain pada tubuh, termasuk kesan calar pada kedua-dua tangan dan lututnya akibat diseret.

"Mangsa yang masih koma kini menerima rawatan rapi dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, semalam.

Hamdan berkata, polis percaya mangsa berketurunan Cina dirogol dengan kejam oleh lebih daripada seorang suspek, berdasarkan kesan kecederaan pada keseluruhan tubuhnya.

Katanya, identiti mangsa belum dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersamanya.

Sehubungan itu, katanya, polis meminta keluarga yang kehilangan saudara menyerupai gambaran mangsa supaya menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Fadilawati Borhan di talian 06-6472222 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, sehingga semalam tiada laporan polis mengenai kehilangan gadis yang menyerupai mangsa, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

[Video-18PL] Polis Mesir TEMBAK Mati Penunjuk Perasaan

Posted: 07 Feb 2011 04:35 PM PST


Video:

(Kredit: TB)


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Tiada ulasan: