Selasa, 8 Februari 2011

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Ops Piramid Ini Bukan Namanya Politik?

Posted: 08 Feb 2011 06:28 PM PST

Kenapa acap-kali PM terpaksa tegaskan dan ulang-ulangkan bahawa Ops Piramid tiada unsur politik??? Apasal? Rakyat tak percaya ke? Orang politik tak berpolitik macam musang kata dia sepsis yang tak makan ayam! Hihihi.. Tgk gambar-gambar tu.. Lu pikir lah sendiri…

Politik baling batu sembunyi tangan. Siapa yang berpolitik?? Yelahhh.. Duit yang digunakan dalam Ops tu.. adalah duit UMNO kot? atau duit PM?? Terimakasihlah PM! Atau duit rakyat?


SEPANG - 7 Feb -- Rakyat Malaysia yang baru tiba dari Mesir disambut oleh ahli Kelab UMNO Luar Negara ketika sambutan ketibaan kumpulan pertama rakyat Malaysia di Kompleks Bunga Raya KLIA di sini, hari ini. Seramai 788 rakyat Malaysia dibawa pulang menerusi Operasi Piramid yang dibiayai kerajaan bagi membawa rakyat Malaysia keluar dari Mesir yang sedang dilanda krisis politik.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyambut kepulangan mereka di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, operasi selamat pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir menerusi Ops Piramid, adalah misi untuk kepentingan negara dan tiada unsur politik.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan melakukan apa saja untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir, berikutan keadaan yang tidak menentu di negara berkenaan.

- Bernama

Ingat Tony Fernandes. CEO Air Asia nak pergi bantu pelajar di Cairo. Rupanya Ketua Putera UMNO. Ingat siapa bersama Menteri Jamil Khir dan Timbalan Menteri Kohillan Pillay. menambah berat kapal-terbang.



Shahidan Kassim pun tumpang galmour jugak pe?? ingat pelajar Pas ambik PHD al-azhar. Siap galas beg dengan berkopiah. hihihi.. rupanya misi membantu. kelas you!! Tahniah.


Timakasih PM. Banyak guna duit enta dan Rosmah membawa pulang pelajar. Semoga ia menjadi sedekah jariah. Amen...


ahlan wasahlan min Kalbun UMNO


Selamat pulang mujahid... terlupalak nak bertudung... maaf ye ustaz & ustazah!!


Ikutlah nasihat PM. Jangan politikkan OPS Piramid.


Dari Detikdaily

Ops Piramid : Jangan Jadi Gimik Politik Umno-BN

Posted: 08 Feb 2011 06:17 PM PST


Usaha menyelamatkan pelajar-pelajar Malaysia yang terperangkap dalam pergolakan di Mesir menerusi Ops Pyramid dikhuatiri hanya sebagai gimik politik kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).

Perkara itu dinyatakan Pengerusi Biro Pendidikan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abas Awang pada sidang media.

Abas berkata, tumpuan harus diberikan kepada pelan tindakan susulan untuk pelajar-pelajar yang menuntut di Mesir menghabiskan pengajian mereka selain saranan penubuhan jawatankuasa khas bagi meneliti masalah di peringkat universiti di negara itu.

"Ini memerlukan suatu jawatankuasa khas untuk meyelesaikan masalah peringkat-peringkat dan fakulti-fakulti yang terlibat dan mungkin kerjasama dengan universiti yang ada. Kerja-kerja ini adalah kritikal. Tapi saya percaya mereka ini mengambil glamour politik selepas itu sunyi sepi.

"Saya bimbang ini gimik politik. Yang selalu berlaku dia adalah sebagai kemuncak. Sambutan yang pelbagai tapi selepas itu sepi. Saya lama dalam pendidikan dan saya tahu perkara ini. Sedangkan masalah sebenarnya bagaimana nasib pelajar-pelajar ini. Bagaimana mahu diteruskan (pelajaran), nasib rumah-rumah mereka di sana?" tegas beliau kepada media.

Sementara itu dalam sidang media sama, kerajaan Pakatan Rakyat menggesa golongan pendidik menyokong usaha menaikkan gaji mereka sebanyak RM500 sepertimana termaktub dalam agenda 100 hari Pakatan Rakyat.

Abas berkata pendekatan ini mampu menarik minat lebih ramai tenaga pengajar berkualiti sekaligus menjadiakan profesion guru menjadi pilihan utama.

"Parti Keadilan memikirkan perlu kita memartabatkan profesion perguruan negara kita untuk menyelamatkan daripada krisis pendidikan dan masalah moral yang lahir daripada institusi pendidikan kita," jelas beliau lagi.

Biro Pendidikan PKR sebelum ini di bawah kelolaan Dr Mohd Nor Manuty telah melaksanakan pelbagai seminar untuk memperkasa taraf pendidikan negara.

Beliau turut menyentuh penurunan kadar pengambilan guru hingga mengakibatkan tenaga pengajar yang sedia ada dibebani dengan kerja justeru mengurangkan tumpuan kepada keberkesanan pembelajaran.

Abas turut menyebut perbandingan dengan negara Singapura yang mempunyai kualiti guru amat baik berikutan tawaran gaji yang lumayan sehingga mampu mengangkat sistem pendidikan negara itu ketahap tertinggi.

Najib Di Kecam Kerana Ketegangan Kaum

Posted: 08 Feb 2011 05:03 AM PST

Mantan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia John Malott mengecam kemunafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung slogan 1Malaysia dalam sebuah artikel pedas yang diterbitkan di Asia Wall Street Journal, hari ini.

Malott, seorang pengkritik kerajaan sejak menamatkan jawatannya selama tiga tahun sebagai duta besar Amerika pada tahun 1998, berkata Najib perlu "merenung lama di cermin" jika beliau serius mahu melihat matlamat 1Malaysia tercapai.

"Di sebalik slogan baru kerajaan, ketegangan perkauman dan agama hari ini adalah lebih tinggi hari ini berbanding ketika Najib dilantik pada 2009.

"Malah, ia lebih buruk daripada bila-bila masa sejak 1969, ketika sekurang-kurangnya 200 orang dibunuh dalam pergaduhan kaum antara masyarakat majoriti Melayu dan minoriti Cina," kata Malott dalam komentarnya di AWSJ.

Malott mempersalahkan peningkatan ketegangan kaum dan agama yang tercetus baru-baru ini kerana sikap "toleransi kerajaan dalam beberapa kes memprovokasi dan faksionalisme etnik melalui kata-kata dan tindakan kerajaan".

Dalam artikel bertajuk 'The Price of Malaysia's Racism (Harga Perkauman di Malaysia) itu, beliau menempelak idea 1 Malaysia yang nyata bertentangan dengan tindakan pemimpin politik Umno.

Sambil memberi beberapa contoh, beliau juga mengimbas kejadian di mana seorang pembantu kanan Najib - Hardev Kaur menyarankan supaya tidak ada salib dipamerkan semasa perdana menteri mengunjungi rumah terbuka hari Krismas di kediaman Paderi Besar Katolik Kuala Lumpur.

Cina, India terabai

"Ms Kaur kemudian berkeras berkata saranannya itu satu permintaan dan bukannya arahan, seolah-olah seperti rakyat Malaysia boleh menolak permintaan daripada pejabat perdana menteri," keluh Malott.

Contoh lain berhubung ketidak sensitif kerajaan, kata Malott, termasuk tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien yang membela tindakan sekumpulan penduduk yang berarak membawa kepala lembu sebagai membantah pemindahan sebuah kuil Hindu di kawasan kejiranan mereka.

Malott juga menyentuh mengenai kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi yang mempersoalkan "kurangnya patriotisme"di kalangan masyarakat Cina dan India di negara ini.

Hal ini, menurut Mallot, menjadikan kaum bukan Melayu berasa terabai dan seolah tiada suara dalam kerajaan mereka sendiri.

500,000 tinggalkan Malaysia

Lebih parah lagi, katanya kegagalan Najib melakukan pembaharuan ekonomi yang 'mesra pasaran, berdasarkan merit dan keperluan kerana tentangan NGO seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) akan memburukkan lagi keadaan.

Turut dibidas bekas duta itu adalah akhbar Utusan Malaysia, milik Umno yang didakwa mencetuskan kebencian perkauman dengan secara teratur menyerang "ahli politik Malaysia berbangsa Cina dan bahkan mencadangkan seorang daripada mereka, ahli parlimen Teresa Kok, harus dibunuh".

Akibat ketegangan perkauman yang semakin memuncak, sebanyak 500,000 rakyat Malaysia meninggalkan negara itu antara tahun 2007 dan 2009 - jumlah itu kecam Malott, adalah lebih dari dua kali ganda jumlah profesional Malaysia yang tinggal di luar negeri.

Beliau juga berkata Najib terpikat untuk mempertahankan kumpulan pelampau seperti PERKASA yang secara terang-terangan menentang pembaharuan ekonomi atas nama 'ketuanan Melayu'.

Mallot turut menganggap Najib hanya membiarkan retorik perkauman berleluasa di negara ini dan memberi amaran, pelabur akan 'angkat kaki' sekiranya rakyat tidak menggunakan kuasa mereka dalam pilihan raya.


Dari Malaysiakini

Anak Muda Tolak Ketuanan Melayu Umno

Posted: 07 Feb 2011 11:17 PM PST

Apabila memperkatakan tentang ketuanan Melayu, maka kita akan bercakap mengenai hak orang Melayu. Hari ini banyak pihak begitu lantang menyuarakan berkenaan itu terutama daripada Umno dan NGO Pro-Umno.

Bagi anak muda, sesetengah mereka berasa tidak ada keperluan 'terpekik-pekik' seperti mana yang dilakukan sesetengah pihak. Mungkin kerana anak muda hari ini tidak tahu langsung, ataupun barangkali sudah faham benar.

Bagi anak muda, khususnya pasca-Merdeka yakni mereka yang lahir selepas Merdeka ataupun sepuluh tahun selepas merdeka, Ketuanan Melayu tidak boleh dipaksa kepada mereka untuk diperjuangkan.

Lebih lagi anak muda yang faham.

Sejarah

Bukan bermaksud anak muda ini gagal menghayati sejarah, jauh sekali 'menderhaka' perjuangan tokoh-tokoh Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan dahulu. Malah ada dikalangan mereka, walaupun tidak melaluinya (situasi perjuangan kemerdekaan), lebih menjiwai melalui penceritaan tokoh dan dokumentari.

Jika dahulu, pelajar dipaksa memahami sejarah melalui buku-buku teks sejarah yang kadangkala faktanya lebih berat sebelah yakni hanya memaparkan perjuangan tokoh Umno yang pro-penjajah. Mereka seumpama Dr Burhanuddin dilabel sebagai tokoh berhaluan kiri, walaupun beliau juga memperjuangkan kemerdekaan yang bersifat anti-penjajah.

Namun, anak muda hari ini, maklumat dan aksesnya lebih luas. Ada facebook, blog, e-book, wikipedia dan pelbagai lagi sumber maklumat untuk mengetahui sejarah.

Bahkan buku-buku sejarah orang Melayu yang bersifat analisis semakin banyak diterbitkan. Misalnya karya Dr Syed Hussin Ali bertajuk Melayu: Masalah dan Masa Depan dan The Malay Dillema karya Tun Dr Mahathir. Malah karya bertajuk Membina dan Meruntuh Malaysia yang ditulis oleh Datuk Ahmad Mustafa Hassan juga sebagai catatan sejarah berkenaan perjuangan Melayu era dahulu dan kini.

Tidak boleh tipu anak muda

Anak muda hari ini tidak lagi boleh ditipu dengan sejarah, apatah lagi ditipu dengan perjuangan menuntut Ketuanan Melayu.

Anak muda akan mempersoalkan dicelah manakah perjuangan Ketuanan Melayu, namun dalam masa yang sama hak mereka untuk mendapatkan biasiswa di dalam pendidikan yang sepatutnya diberikan kepada kesemua anak-anak Melayu dinafikan.

Anak muda juga akan mempersoalkan siapakah sebenarnya pejuang sebenar Ketuanan Melayu pada hari ini, apabila usul di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan ditolak oleh Adun Umno. Sedangkan anak muda boleh membaca sejarah tentang perjuangan Melayu itu.

Anak muda boleh dengan mudah mendapatkan fakta dengan luas dan dapat membezakan bagaimana harga barang yang melambung naik pada hari ini di negara Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara jauh lebih murah yang sama majunya dengan Malaysia.

Begitu juga anak muda akan mempersoalkan berkenaan 'kekeringan' peluang pekerjaan di negara tanah tumpah air mereka ini jika hendak dibandingkan dengan negara yang sudah merdeka sama seperti Malaysia. Semua itu anak muda ketahui.

Justeru untuk menipu 'bulat-bulat' anak muda dengan perjuangan Ketuanan Melayu sebagai pembela adalah tindakan yang meludah ke langit, terpercik ke muka sendiri.

Walhal nasib anak muda hari ini tidak juga berubah. Sudahlah perlu membayar semula pinjaman pendidikan, dengan peluang pekerjaan yang tidak menentu serta gaji yang tidak sepadan dengan harga barang dan perbelanjaan. Belum lagi memikirkan bagaimana tempat tinggal, jauh sekali mahu mendirikan rumah tangga.

Saya tidak pasti, bilakah akan berlaku 'pemuda membakar diri' kerana kesempitan ini. Kita jangan rasa tidak mungkin berlaku. Ini kerana sifat anak muda itu adalah tidak mudah dijangka (unpredictable).


Oleh Mohd Aizat Mohd Salleh / hrkh

Jamil Khir keliru!!!

Posted: 07 Feb 2011 10:53 PM PST

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa hairan apabila membaca kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Jamil Khir Baharom di dalam Berita Harian hari ini.

"Jelas beliau keliru dengan rentetan isu ini," tulis beliau di laman twitter.

Akhbar berkenaan melaporkan Jamil Khir Baharom berkata Nik Aziz tidak perlu mengheret pihak lain, termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menegakkan kebenaran memadai berhadapan dengan Mohd Noor.

"Selesai dulu dengan Mohd Noor, soal agama ini bukan kira setaraf, layak atau tidak, dia (Nik Aziz) tak perlu babitkan orang lain, Majlis Fatwa kalau minta bagi fatwa bolehlah, tapi bukan atas permintaan individu tapi Raja. Itu peraturan fatwa, kalau dia nak cabar Majlis Fatwa, maknanya dia tidak faham fungsi dan peranan majlis," kata Jamil.


Justeru, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengingatkan bahawa bukan beliau yang mengheret nama Majlis Fatwa Kebangsaan tetapi orang lain yang mencadangkan pandangannya dibincangkan oleh Majlis Fatwa.

"Saya hanya menyatakan persetujuan apabila ditanya oleh wartawan," jelasnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Bot Peronda RM 6 Bilion, Jejantas RM70,422 per meter, Pandai Sungguh PM Najib Urus Duit Rakyat!!

Posted: 07 Feb 2011 10:27 PM PST

Subsidi untuk rakyat dikurangkan!!! Bot Peronda RM 6 Bilion, Jejantas RM70,422 per meter, Pandai Sungguh PM Najib Urus Duit Rakyat!! Biar rakyat merempat asalkan negara bergaya...!!!


Nurul Izzah Anwar dalam satu kenyataan akhbar hari ini mempertikaikan kos pembinaan projek pejalan kaki berhawa dingin sepanjang 142 meter yang berharga RM70,422 per meter.

"Sebagai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutan, saya gembira bahawa infrastruktur seperti dibina untuk kepentingan warga Kuala Lumpur dan pelancong, tetapi angka yang terlibat jika diterjemahkan menjadi rata-rata RM70,422 per meter, jumlah yang menuntut penjelasan terhadap penggunaan wang awam," katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR menuntut penjelasan lanjut daripada pihak berkenaan serta ingin mengetahui angka yang tepat untuk pembinaan jalan tersebut.

"Apakah kos penyelenggaraan dan operasi yang terlibat dan harga unit serta peningkatan penggunaan tenaga akan meningkatkan kos ini dari masa ke masa?" soal Izzah.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin melancarkan fasa pertama projek ini, yang menghubungkan KLCC ke Hotel Impiana KLCC.

Izzah juga mempersoalkan apakah tender terbuka dikeluarkan kepada syarikat berkaitan dan badan-badan kerajaan, seperti Petronas, Syarikat Prasarana dan KLCC Holdings, terlibat dalam projek ini.

Petronas dilaporkan memberikan sumbangan RM100 juta untuk dua fasa yang akan menyambung ke Impiana KLCC dan akhirnya ke Jalan Raja Chulan. RM6 juta yang lain disumbangkan oleh Syarikat Prasarana selama enam jalan setapak yang lain.

Beliau bagaimanapun menegaskan mengalu-alukan pembinaan kemudahan asas untuk pejalan kaki di negara ini ekoran kenaikan harga barang dan petrol, selari dengan gesaan "ubah gaya hidup".

"Pada masa yang sama, saya menyeru kepada semua jabatan kerajaan yang berkaitan, lembaga, dan organisasi untuk menunjukkan kepimpinan melalui teladan dan mengakhiri perbelanjaan yang melampau," katanya.

Tiada ulasan: