Sabtu, 12 Februari 2011

dollah yankee

dollah yankee


Nombor-16

Posted: 12 Feb 2011 05:01 PM PST

Gurkah-gurkah politik di'port' ingat dan sangka yang nombor 15 di-Merlimau nanti merupakan pilihanraya kecil yang terakhir sebelum bretemu di pilihanraya yang besar yang banyak orang telah ramal kata akan berlaku pada pertengahan tahun ini.

Dan perjumpaan Najib dengan Ketua-Ketua Bahagian umno seluruh negara kelmarin adalah lebih kepada menyusun strategi mereka untuk perang besar yang akan menjadi hidup dan mati BN/umno.

Tetapi Allah maha besar kerana sebaik saja selesai perjumpaan Najib dengan Ketua-Ketua umno itu kelmarin pada jam 6.45 petang, setengah jam selepas itu satu lagi pilihanraya kecil yang ke-16 akan mengambil tempat. Kerdau menyusul selepas Merlimau.

Kedudukan sekarang selepas pilihanraya-pilihanraya kecil yang tak berhenti-henti selepas Pilihanraya besar pada March 2008 ialah Pakatan Rakyat 8 - Barisan Nasional 6. Yang pasti bagi gurkah-gurkah politik di'port' ialah Merlimau dan Kerdau akan tetap dikekalkan oleh BN dan kedudukan selepas itu tentu menjadi 8-8.

Jadi benarlah kata-kata gurkah-gurkah politik ini yang Najib masih tak berapa sedap nak buat PRU sebab kedudukan masih lagi 50-50 antara BN dan PR , sama-sama ada peluang, BN masih boleh pertahankan Putrajaya dan PR juga masih berpeluang untuk menawan Putrajaya.


dollah yankee -
Dalam banyak-banyak PRK,hanya orang-orang di-Sibu saja yang pandai menilai!


Tiada ulasan: