Sabtu, 12 Februari 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ANTARA MERLIMAU DAN KERDAU, SIAPA LEBIH BIJAK?

Posted: 12 Feb 2011 07:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

ENTAH mengapa nasib di zaman Najib. Itulah ketentuan Allah, mana yang boleh disekat mungkin dapat disekat dan yang tiada upaya untuk disekat terpaksa hadapi jua. Terdapat beberapa kes yang masih tergantung samada perlu ada Pilihanraya Kecil atau tidak, sehingga dibawa ke mahkamah. Cuma soal ajal sudah sampai, tiada lagi upaya untuk mengelak.

Terbaru, ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia petang tadi.

NONE

Allahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya. Datuk Zaharuddin disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Ini memberi erti satu lagi PRK terpaksa diadakan. Membawa erti juga `bulan akan jatuh ke riba' buat penduduk di kawasan Dun Kerdau. Mulai sekarang mereka boleh berkira-kira untuk meminta apa jua dan permintaan akan dikabulkkan serta merta. Bahkan, benda yang mereka tidak minta pun puak-puak ini akan bawakan ke Kerdau.

azlan

Mengikut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari. Zaharuddin, 63, menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.

Sekali lagi kerusi ini bakal ditandingi oleh PAS seandainya `status quo' diambil kira. Melihat situasi di sini, memang PAS sesuai untuk bertanding cuma diharapkan kali ini biarlah calon yang lebih berwibawa dan rapat dengan pengundi-pengundi di Kerdau ini.

Jangan bertanya samada PAS boleh menang atau tidak. Apa yang perlu ditanya terlebih dahulu adalah adakah SPR sudah membuang `tali' pada hidungnya? Adakah Umno berani bertarung secara jantan?

azlan




Berapa banyak pula peruntukan akan dicurahkan di Kerdau? Adakah rakyat Pahang terutamanya di kawasan Kerdau tidak berani melakukan perubahan? Sama-sama kita tunggu.

Biarlah kita selesaikan dulu di PRK Dun Merlimau. Samada orang Merlimau lebih cerdik dari orang Kerdau atau sebaliknya. Atau, kedua-duanya sanggup jadi `hamba' dulu, kini dan selamanya./wfauzdin.blogspot.com

PKR BERKUBUR HUJUNG TAHUN INI ATAU ZAHRAIN JADI `BANGKAI' DAHULU?

Posted: 12 Feb 2011 08:56 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

SEEKOR lagi `katak' bernama Zahrain meramalkan PKR akan berkubur hujung tahun ini. Sebelum ini banyak kali `firaun besar' dari Kulim Bandar Baru menyebut PKR akan berkubur sebulan dua lagi. Begitulah perjuangan dua tiga ekor Wakil Rakyat yang menjadi `katak', mereka tidak memikirkan nasib masyarakat di kawasannya, yang dilakukan oleh mereka setiap hari ialah menjadi `bomoh' meramalkan kejatuhan PKR.

Saya teringat suatu waktu dahulu, Menteri di JPM iaitu Nazri Aziz pernah juga meramalkan PKR akan berkubur selepas Pilihanraya Tahun 2008, kerana pada ketika itu wakil PKR yang ada di dalam Parlimen hanya Presiden mereka sahaja iaitu DS Wan Azizah. Dengan lagak sombong dan ego, Nazri ini meramalkan selepas Pilihanraya Umum 2008, PKR akan terkubur. Tetapi hakikatnya? PKR bukan sahaja bertambah kuat malahan berjaya menjatuhkan kerajaan terkuat Anak Toyo di Selangor, di samping membantu rakan mereka merampas beberapa negeri. `Bomoh Umno' dari JPM ini tidak berguna langsung.

Sekarang, Nazri sudah serik untuk menjadi bomoh. Si katak Zahrain pula mahu mencuba dengan Si Zul Kulim Ketayap. Mereka berdua sibuk meramalkan nasib PKR, sedangkan nasib mereka sendiri di hujung tanduk. Sudah lama pengundi-pengundi di kawasan mereka ingin menghumban Wakil Rakyat tidak berparti ini ke dalam `tong najis', tetapi apakan daya. Mereka berdua tidak tahu malu dan berkulit muka yang tebal. Mereka tahu mereka tidak diperlukan lagi oleh para pengundi, namun demi perut anak beranak biarlah mereka hilang maruah.

Marilah kita saksikan nanti, samada PKR yang berkubur dahulu atau mereka berdua yang menjadi `bangkai' terlebih dahulu./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: