Khamis, 17 Februari 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kes liwat: Air mani ‘lelaki Y’ ditemui pada seluar dalam Saiful

Posted: 17 Feb 2011 03:24 PM PST

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa air mani milik "lelaki Y" telah ditemui pada seluar dalam Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ahli kimia dari ibu pejabat Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Dr Seah Lay Hong turut mengesahkan kehadiran air mani "lelaki Y" itu pada empat kapas kesat, yang pertama dari kawasan sekitar dubur, dua daripada bahagian atas rektum dan satu lagi dari rektum bawah Mohd Saiful.

Beliau yang bertugas di Jabatan Kimia sejak 1991, bagaimanapun tidak menamakan atau memberikan identiti "lelaki Y" dalam laporannya.

Katanya, kesan air mani "lelaki Y" turut ditemui pada karpet pelbagai warna dan sehelai selimut yang diambil daripada sebuah bilik dari unit kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku.

Semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin, Dr Seah yang merupakan saksi kelima pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menjalankan ujian terhadap dua kemeja lengan panjang dan sehelai seluar dalam biru gelap atas arahan pegawai penyiasat kes itu, DSP Judy Blaucious Pereira.

Bagaimanapun, beliau berkata ujian mendapati air mani "lelaki Y" tidak ada pada kesemua eksibit berkenaan, manakala dua lagi kesan yang ditemui pada seluar hitam Mohd Saiful disahkan sebagai milik mangsa sendiri.

Laporan kimia hari ini juga mendedahkan contoh B5 yang diambil dari kawasan sekitar dubur terdiri daripada DNA lelaki milik Mohd Saiful, "lelaki Y" dan satu lagi penyumbang yang tidak dikenali.

Ketika ditanya mengenai kaedah saintifik yang digunakan dalam menyediakan laporannya, Dr Seah menjelaskan secara terperinci mengenai ujian DNA menggunakan teknik "multiplex polymerase chain".

Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadinya di Unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ditanya lanjut oleh Noorin berhubung berapa lama kesan air mani, khususnya spermatazoa, mampu kekal bagi menjalani ujian DNA, Dr Seah berkata kelembapan memainkan peranan penting.

"Jika terdedah kepada cuaca kering dan sejuk, tidak mustahil ia boleh kekal untuk satu jangka masa yang agak lama," katanya.

Beliau turut ditanya mengenai tempoh air mani mampu kekal dalam tubuh seseorang dalam kes liwat.

Bagaimanapun, Dr Seah berkata itu bukan bidang kepakarannya kerana tugas beliau adalah lebih kepada melakukan ujian makmal.

Terdahulu, mahkamah diberitahu bahawa ahli kimia itu menerima 12 sampul eksibit yang ditanda sebagai B sehingga B11 pada 30 Jun 2008 daripada DSP Judy, dan enam lagi sampul serta dua bungkusan pada 1 Julai tahun sama.

Turut hadir di mahkamah ialah pakar DNA Australia Dr Brian Mcdonald bagi membantu pasukan pembelaan.

Perbicaraan di depan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung esok.

PAS cabar Mahathir kemuka bukti Nik Aziz salah tafsir Islam

Posted: 17 Feb 2011 03:19 PM PST



Dalam entri terbaru di blognya kelmarin, Mahathir menggesa Nik Aziz, Mursyidul Am PAS berhenti daripada menyalah guna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.

KUALA LUMPUR – Pemimpin-pemimpin PAS mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad kemukakan bukti yang mengatakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyalah guna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.

"Saya cabar beliau (Dr Mahathir) untuk kemukakan bukti yang mana kenyataan Nik Aziz selama ini bertentangan dengan ajaran Islam dan merugikan orang Islam.
"Tolong kemukakan bukti yang mana satu, kalau ada bukti baru boleh cakap," kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Jelas beliau, PAS mempunyai banyak bukti yang menunjukkan Dr Mahathir dan Umno menghina Islam, agama rasmi negara ini.

"Kita ada banyak bukti, selama ini Dr Mahathir dan Umno ada kuasa tapi tidak melaksanakan tanggungjawab untuk mengangkat martabat rakyat dan Islam.
"Selama 53 tahun Umno memerintah tapi mereka gagal, jadi saya minta supaya Dr Mahathir kemukakan bukti dulu sebelum nak keluarkan apa-apa kenyataan," katanya.

Dalam entri terbaru di blognya kelmarin, bekas perdana menteri menggesa Nik Aziz, Mursyidul Am PAS, yang juga Menteri Besar Kelantan berhenti daripada menyalah guna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.

"Saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.

"Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.," kata bekas perdana menteri ini dalam jawapan panjang lebar menjawab tulisan Nik Aziz awal bulan ini.

Justeru, Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno memberitahu Nik Aziz, "bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihan raya."

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula berkata, Dr Mahathir tidak sepatutnya menyalahkan Nik Aziz dalam perkara tersebut.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, Dr Mahathir perlu memperbaiki diri daripada bercakap soal agama Islam.

"Banyak pendedahan yang kita buat sebelum ini menunjukkan Dr Mahathir yang salah tafsir Islam, banyak kenyataan yang beliau keluarkan tidak bersandarkan kepada ajaran Islam.

"Jadi Dr Mahathir perlu perbaiki diri daripada kata Tok Guru (Nik Aziz) salah tafsir Islam demi kepentingan politik," katanya.

Jelas Mahfuz, apa yang dibagkitkan Nik Aziz selama ini tidak bertentangan dengan ajaran Islam, malah turut digalakkan.

"Politik ada dalam Islam, apa yang beliau (Nik Aziz) buat selama ini ikut Islam.

"Saya tidak nampak apa-apa yang dibangkitkan beliau selama ini bertentangan dengan ajaran Islam, tiada satu pun, malah tiada tindakan yang diambil terhadap beliau," katanya.

Katanya, jika Nik Aziz menyalah guna dan menyalah tafsir Islam sudah pasti jabatan agama akan mendakwa beliau kononnya membawa ajaran sesat.

"Tapi tiada tindakan yang diambil, tidak pernah beliau disenaraikan sebagai pembawa ajaran sesat.

"Kalau ada sudah tentu beliau ditangkap," katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib berkata, bukan Nik Aziz yang salah tafsir Islam tapi Dr Mahathir sendiri yang tidak tahu Islam.

"Bukan Nik Aziz tapi Dr Mahathir sendiri yang tak faham Islam atau beliau sendiri memang tak faham apa itu Islam.

"Dr Mahathir tak faham Islam ... beliau memang tak faham sungguh, beliau tak belajar Islam sebab kalau faham Islam, mesti beliau tahu Islam mengamalkan politik, ekonomi, pendidikan dan banyak lagi.

"Tapi apa yang keluar dari mulut beliau ini seolah-olah menunjukkan beliau tidak tahu Islam, bagi saya beliau cakap atas dasar yang beliau sendiri tak faham," katanya.

Awal bulan ini, Nik Aziz menjawab tuduhan Dr Mahathir ke atasnya dengan menegaskan, Umno yang selama ini "menzalimi orang-orang Melayu" dan menafikan beliau menjadi punca perpecahan orang Melayu Islam negara ini.

Sehubungan itu Nik Aziz berkata, Dr Mahathir sudah mula dijangkiti penyakit "Melayu Mudah Lupa" yang pernah disebutnya satu ketika dahulu, ketika menjadi perdana menteri dan presiden Umno.

Palanivel buat perubahan drastik, Murugessan kembali SU Agung MIC

Posted: 17 Feb 2011 03:18 PM PST


KUALA LUMPUR – Presiden MIC Datuk G Palanivel membuat perubahan drastik kedua dalam sebulan ini bagi memperkukuhkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu menjelang pilihan raya umum ke-13 dengan melantik setiausaha agung baru.

Beliau melantik semula S Murugessan sebagai setiausaha agungnya manakala penyandang jawatan itu, Datuk T Rajagopal pula diberikan tugas lamanya menerajui MIC Negeri Sembilan.

Difahamkan Palanivel (gambar), yang menggantikan Datuk Seri S Samy Vellu Disember lalu sebagai presiden, mengumumkan perubahan ini - yang mengejutkan banyak pihak dalam MIC - pada pertemuan dengan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC di ibu negara hari ini.

"Presiden membuat keputusan agar Datuk Rajagopal memberi tumpuan untuk memperkukuhkan MIC Negeri Sembilan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang... presiden mahu menyusun semula kepimpinan negeri yang kelihatan agak lemah sekarang," kata seorang pegawai parti itu kepada The Malaysian Insider hari ini.

"Kepimpinan parti merasakan Negeri Sembilan lebih memerlukan Rajagopal," katanya lagi.

MIC mengalami kekalahan teruk di negeri itu dan beberapa negeri lain pada 8 Mac 2008.

Perubahan itu dikatakan berkuat kuasa serta-merta tetapi Murugessan kini berada di luar negara dan dipercayai hanya akan pulang ke tanah air esok.

Palanivel mengadakan pertemuan informal dengan pegawai-pegawai kanan parti hari ini susulan mesyuarat jawatankuasa itu bulan lalu di Segamat.

Perubahan mengejutkan ramai kerana bulan lalu Murugessan diberikan jawatan kanan parti selepas dipecat oleh Samy Vellu tahun lalu.

Murugessan, bekas calon kerusi Parlimen Subang, dipecat daripada jawatan setiausaha agung Samy Vellu di sebalik Gerakan Anti Samy Vellu (GAS).

Samy Vellu memecat Murugessan kononnya mengeluarkan kenyataan bahawa pemecatan empat orang pemimpin kanan MIC Mei tahun lalu sebagai tidak wajar.

Antara yang dipecat ialah dua anggota jawatankuasa itu dan timbalan ketua Pemuda MIC V Mugilan, yang turut merupakan Pemuda MIC Hulu Selangor, bahagian dipimpin Palanivel.

Ketika itu tempat Rajagopal digantikan oleh Datuk V.S. Mohan dan di bawah perubahan terbaru ini, Mogan dilantik sebagai ketua penerangan MIC pusat.

The Malaysian Insider juga difahamkan Palanivel memaklumkan bahawa beliau hanya akan melantik seseorang pemimpin MIC sebagai anggota Senat selama satu penggal.

"Presiden mahu memberi peluang kepada lebih ramai pihak dalam MIC memegang jawatan senator selepas ini," katanya lagi.

Risalah fitnah mula warnai PRK Merlimau

Posted: 17 Feb 2011 05:14 AM PST

Ahmad Danial

JASIN: Fitnah dan pembohongan mula mewarnai pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau walaupun penamaan calon dan aktiviti berkempen masih belum bermula.

Pagi ini, petugas keselamatan dan petugas penerangan Markas Induk PAS PRK Merlimau dikejutkan dengan pengedaran CD dan risalah kecil yang bertajuk 'Islam Umno tak masuk syurga', 'Islam PAS Masyuuuuk Syurga' yang memaparkan gambar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memakai cermin mata hitam.

Selain dari risalah itu, sekeping VCD bertajuk 'Kemuliaan Masjid Negara tercemar' juga diedarkan.

Kedua-dua bahan edaran itu dijumpai di hadapan Markas Induk PAS PRK Merlimau dan juga diletakkan di cermin kereta hadapan.

Seorang petugas penerangan, Irwan Azmi Aziz, 28, ketika ditemui di Markas Induk berkata, bahan edaran itu mungkin disebarkan pada awal pagi antara jam 1.00 hingga 4.00 pagi kerana sebelum itu mereka tidak menemui apa-apa bahan seperti itu di sekitar markas tersebut.

Rakan beliau, Abu Siraj Hod, 32, pula berkata tindakan pihak tertentu mengedarkan bahan tersebut mungkin bertujuan untuk memburuk-burukkan PAS kerana tindakan sebegitu memang biasa dilakukan pihak lawan bagi mengelirukan rakyat.

Liwat II: Seluar dalam Saiful ditanda bukti

Posted: 17 Feb 2011 05:09 AM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong mendakwa, laporan kimia yang diberi kepada pasukan pembelaan berbeza dengan laporan yang dikemukakan di mahkamah.

Kesilapan tersebut berkenaan label sampel bahan bukti yang diambil dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam borang yang dikemukakan, bungkusan sampel diterimanya daripada polis sebelum ini ditanda B12 tetapi hari ini Dr Seah menunjukkan borang dengan sampel yang ditanda sebagai B11.

Juga terdapat kesilapan tarikh pada bungkusan itu yang ditandakan 28 Ogos, 2008 sedangkan dokumen Seah bertanda 28 Jun.

Menurut Seah pembetulan tersebut dilakukan di hadapannya dan mahu borang diubah ditandakan sebagai bukti.

Peguambela Anwar, Ram Karpal bagaimanapun membantah permohonan itu dengan alasan borang berkenaan berbeza daripada borang yang diberikan kepada pembelaan di awal perbicaraan.

Ram membuat bantahan itu mengikut Seksyen 51 Kanun Acara Jenayah dan menyatakan mahkamah tidak boleh meneruskan perbicaraan itu kerana tidak termasuk dalam urutan bukti.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dalam hujah balasnya berkata, apa yang penting bukanlah dokumen itu sendiri tetapi perkara yang diperiksa.

Selepas tempoh rehat, Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan dokumen yang disenaraikan sebagai bahan bukti yang dikemukakan tidak boleh ditandakan sebagai eksibit.

Dalam pada itu, perbicaraan hari ini juga turut mengenal pasti pakaian yang dipakai Saiful sewaktu hari kejadian temasuk seluar dalamnya.

Dua sampul mengandungi seluar dalam Saiful masing-masing berwarna biru gelap berjenama Levi's dan kelabu dikenal pasti.

Bahan-bahan bukti lain termasuk bulu kemaluan juga dikemukakan.

Peguam, Sankara Nair bagaimanapun membantah cadangan pihak pendakwaan ia adalah bulu kemaluan.

Sankara berkata ia sepatutnya ditanda sebagai segumpalan rambut.

Selain itu, sepasang seluar hitam (tanpa jenama) yang dipercayai yang digunakan oleh Saiful juga dikemukakan sebagai bahan bukti.

Sebelum ini, beberapa saksi mendakwa air mani Saiful dijumpai pada seluar hitam ini.

Kemudiannya baju hijau lengan panjang jenama G2000, kemeja biru dan kolar putih jenama Ralph Lauren dan cadar bewarna kelabu turut dikemukakan sebagai bahan bukti.

Mahkamah hari ini turut menerima kehadiran wakil daripada kedutaan Australia.

Dua orang pakar daripada negara itu turut hadir hari ini iaitu Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.

Kain cadar berwarna kelabu pula ditunjukkan dan ia juga ditandakan sebagai bahan bukti.

Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut hadir adalah isterinya, Datin Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali.

MP Bakri dihalang ikuti proses cabutan lot tanah

Posted: 17 Feb 2011 05:07 AM PST

Harakahdaily

MUAR: Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa telah menerima laporan daripada penduduk setempat yang mendakwa wujud penyelewengan dalam proses pemberian tanah di Bukit Naning yang dianjurkan oleh Pejabat Tanah Daerah Muar.

Tanah yang terletak di belakang Klinik Desa, Parit Mohd Zin telah ditawarkan kepada penduduk Bukit Naning untuk tujuan perumahan.

Tanah tersebut telah dibahagikan kepada 28 lot, nombor lot bermula dari PTD8799 sehingga PTD8826. Setiap tanah yang ditawarkan masing-masing kurang daripada satu ekar.

Tawaran tersebut telah dimulakan sejak bulan Mac, 2008 dan pemohon akan ditemuduga pada 24 Jun.

[Gambar: Seorang ahli Umno cuba menghalangkan Er (kiri) meneliti proses cabutan lot tanah.]

Seramai 560 orang penduduk telah memohon tawaran tersebut dan wang sebanyak RM30 telah diserahkan oleh mereka sebagai wang pendaftaran.

Pada 7 Februari 2011, pemohon yang berjaya telah menerima surat rasmi daripada Pejabat Tanah Daerah Muar bahawa cabutan lot tanah akan diadakan di Kompleks Penghulu Ayer Hitam pada jam 9.30 pagi, semalam.

Namun, sebahagian daripada pemohon yang gagal telah mendapati bahawa kebanyakan daripada pemohon yang berjaya dalam pemohonan adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai pengaruh politik atau merupakan pemimpin politik tempatan.

Hal ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pemohon.

Semalam, Er Teck Hwa yang ditemani oleh pemohon yang gagal iaitu Shamsuddin Buang dan Azman Ibrahim untuk membuat laporan polis di Pondok Polis Bukit Naning.

Selepas membuat laporan polis, Er telah hadir di majlis cabutan yang diadakan di Kompleks Penghulu Ayer Hitam untuk memerhatikan proses cabutan tersebut.

Namun seorang bekas bendahari Umno cawangan telah menghalang Er daripada memasuki kompleks tersebut kerana menurutnya Er tidak diundang.

Namun, Er berkeras untuk masuk ke dalam kompleks supaya dapat meneliti proses cabutan tersebut kerana ia merupakan tanggungjawab seorang wakil rakyat.

Pada hari yang sama, beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Muar kerana dihalang untuk menjalankan tugas rasmi sebagai seorang ahli Parlimen.

Daripada identiti pemohon yang lulus dalam pemohonan, 9 daripada mereka adalah paling disyaki.

Mereka termasuklah ketua dan bekas ketua kampung, pemimpin dan keluarga Umno cawangan.

Walaupun keupayaan kewangan tidak dinyatakan sebagai satu syarat dalam petimbangan tawaran tanah ini, namun sebagai kerajaan yang melaung-laungkan slogan menjaga hak rakyat, keutamaan harus diberikan kepada mereka yang kurang upaya untuk memiliki rumah.

Selain daripada itu, pemohon-pemohon berjaya yang datang daripada keluarga yang sama dan latar belakang politik juga menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada pemohon lain.

Pihak berkenaan harus memberikan ulasan penolakan permohonan kepada pemohon yang gagal kerana mereka telah membayar wang pendaftaran sebanyak RM30 dan telah menjalani proses temuduga, atau sekurang-kurangnya pihak berkenaan memberikan surat kepada kesemua pemohon mengenai status permohonan mereka walaupun gagal.

"Proses cabutan harus diadakan di hadapan kesemua pemohon bagi menunjukkan sikap ketelusan pihak penganjur," katanya.

Mangsa tembakan kempen guna Facebook

Posted: 17 Feb 2011 04:59 AM PST

Harakahdaily

TUMPAT: Satu laman peminat Facebook atas nama 'Keadilan Untuk Allahyarham Sa'aid & Adik Ahmad Nizamudi'n dibuka dipercayai berkaitan kematian seorang lelaki dan anak saudaranya yang ditembak pegawai Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor semalam.

Sehingga berita ini ditulis, laman Facebook yang meletakkan gambar kad pengenalan mangsa sebagai gambar profil itu kini mempunyai 1,329 pengikut.

Bagaimanapun tiada sebarang maklumat terperinci mengenai pengendali dan laman tersebut disertakan.

Melihat kepada entri terawalnya yang dimasukkan pada jam 4.08 pagi tadi, laman itu dipercayai baru dibuat hari ini.

Semalam, Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, cedera parah selepas terkena dua tembakan di rusuk kanan yang dilepaskan pegawai UPP yang didakwa ingin mempertahankan diri.

Nizamuddin ditembak selepas didakwa menyerang empat anggota UPP di perkarangan Hospital Tumpat ekoran salah faham berhubung punca kematian bapa saudaranya, Said Mat Hassan, 56.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, Sa'aid ditemui empat anggota UPP dalam sebuah kereta Kancil di tepi jalan di Kampung Wakaf Tin di sini pada jam 7.45 pagi dalam keadaan lemah, berwajah pucat serta mulutnya berbuih.

Katanya, anggota UPP itu turut menemui 20 guni beras siam dalam kereta berkenaan.

Menurutnya, melihat keadaan Sa'aid yang tenat, anggota UPP membawanya ke Hospital Tumpat untuk mendapat rawatan. Said disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital itu.

Bagaimanapun, khabar angin yang sampai ke pengetahuan ahli keluarganya termasuk Nizamuddin mengatakan Sa'aid meninggal dunia akibat dibelasah anggota UPP menyebabkan mereka bertindak menyerang penguat kuasa berkenaan pada pukul 9.20 pagi.

Ekoran tembakan itu, Nizamuddin dibawa ke Hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun dia terpaksa dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Baharu kerana keadaannya yang parah.

Sementara itu, dipihak keluarga Allahyarham pula mempunyai versi berbeza berhubung kejadian tersebut.

Menurut mereka, kematian mangsa akibat dipukul dengan teruk oleh empat anggota UPP terbabit.

Penjelasan versi keluarga itu juga turut dimuatkan dalam entri Facebook tersebut.

"Saksi (anak saudara mangsa) yang menyaksikan kejadian pukul hingga mati Allahyarham Sa'aid ditembak sebanyak 2 das tembakan.

"Sebutir peluru mengenai bahagian dada kanan dan sebutir peluru lagi mengenai perut sebelah kiri mangsa. kejadian berlaku sejam selepas Allahyarham Sa'aid di pukul sehingga mati," entri dalam facebook itu dipetik.

Anak sulung Allahyarham, Nik Suriani Sa'aid ketika ditemui Harakahdaily di kediamannya semalam turut melahirkan rasa kecewa dengan apa yang menimpa keluarganya.

Lebih mengecewakan ekoran bapanya dituduh penyeludup beras terbesar di Malaysia itu seperti dilapor beberapa media.

"Saya mahu keadilan diberikan kepada keluarga saya, bersihkan nama baik keluarga saya.

"Buktikan bapa saya penyeludup beras terbesar Malaysia, sedangkan beras yang dibawanya tidak sampai pun RM700 nilainya," katanya.

Husam minta siasat

Kelmarin, kerajaan dan Polis Diraja Malaysia diminta menyiasat lebih terperinci berhubung kes kematian seorang peniaga beras, allahyarham
Said Mat Hassan, 56, termasuk anak saudaranya yang cedera parah terkena tembakan, Ahmad Nizamudi'n, 19.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa, berkata rakyat serta keluarga mangsa ingin
mengetahui punca sebenar kejadian sehingga berlakunya kematian serta tembakan terhadap Riduan.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika melakukan lawatan ke atas keluarga mangsa di Unit Forensik Hospital Daerah, Tumpat di
sini malam tadi.

Terdahulu beliau mengunjungi keluarga allahyarham di Kampung Bendang Pak Yong, dekat sini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga
terbabit di atas apa yang berlaku.

Husam seterusnya berharap kerajaan melakukan siasatan secara adil serta tidak melindungi mana-mana pesalah dalam kejadian itu.

"Kita juga kesal bagaimana ianya boleh berlaku sehingga mengakibatkan kematian dengan kesalahan hanya menyeludup beras.

"Seorang lagi mangsa ditembak dua das hanya kerana tindakan 'hilang sabar' akibat trauma berhubung kejadian yang menimpa keluarga
mereka,"ujarnya.

Menurut Husam perkara itu (seludup beras) memang salah disisi undang-undang, namun amat tidak wajar mereka dihukum sedemikian.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi setelah mangsa keluar dari rumah untuk meneruskan kerja hariannya sejak sekian lama
dengan berniaga beras.

Bapa mentua mangsa, Shafie Che Tah, 69, ketika ditemui berkata bagaimanapun menantunya itu akhirnya ditangkap polis Unit Pencegah
Penyeludupan (UPP).

"Dia dipukul hingga pengsan dan dipercayai meninggal dunia selepas itu. Anak saudara allahyarham (Riduan) pula mengamuk apabila melihat
sekumpulan UPP datang ke hospital.

"Saya diberitahu dia ditembak dua das dari pihak UPP dalam pergelutan itu,"ujarnya ketika ditemui.

Riduan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab ll, Kota Bharu.

Mansuh Isa: Hasrat Mahathir Terlewat

Posted: 17 Feb 2011 04:58 AM PST

TVS NEWS


SHAH ALAM : Agak terlewat bagi mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyatakan hasrat memansuhkan ISA pada masa ini.

Kenyataan itu dijelaskan oleh Presiden Gerakan Mansuh ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Nor.

Beliau yang dihubungi Tv Selangor petang tadi berkata, kepimpinan negara seolah-olah cenderung untuk tunduk kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung isu penahanan tanpa bicara.

"Ini juga menunjukkan bahawa keadaan suasana negara kita dikuasai oleh polis walaupun pemimpin nombor satu negara seolah-olah terpaksa tunduk kepada perkara yang dilakukan oleh polis walaupun ianya salah.

"Saya percaya perkara ini ada kepentingan tertentu menyebabkan mereka (pemimpin) ikut cakap polis. Kalau tidak mengapa begitu mudah mereka akur dan menerima perkara itu sebagai tindakan terbaik," jelas beliau.

Syed Ibrahim berkata, nasihat daripada polis berhubung isu keselamatan negara tidak pernah diketepikan namun tindakan mengabaikan prinsip hak asasi manusia menjadi tentangan banyak pihak.

"Bermakna gerak hati pemimpin negara kita masih tidak terbuka untuk melaksanakan kebenaran. Jadi saya rasa kalau sekarang baru disebutkan oleh Tun Mahathir sangat terlewat," tambah beliau lagi.

Justeru kata beliau, usaha memperjuangkan isu penghapusan ISA perlu diteruskan menerusi pemimpin-pemimpin yang berkesedaran bagi memperkukuh sokongan terhadap eksploitasi kekejaman manusia alaf baru.

Tambahnya, pandangan daripada institusi kepimpinan di negara ini amat penting justeru rakyat dapat melihat kewajaran akta tersebut dimansuhkan.

GMI sebelum secara terus mengenakan desakan pemansuhan ISA justeru digantikan dengan akta-akta keselamatan yang termaktub dalam perlembagaan.

Menurut Syed Ibrahim, ISA tidak lagi relevan kini kerana komunis bukan lagi menjadi ancaman utama negara.

Dalam pada itu, Syed Ibrahim turut ditanya mengenai "Ops Lalang" pada tahun 1987 yang menyaksikan ratusan individu termasuk Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang ketika itu ke kem Kementah tanpa bicara.

Katanya, adalah mustahil Tun Mahathir Mohamad pada masa itu selaku Perdana Menteri Malaysia tidak berperanan dalam operasi tersebut apatah lagi tidak bersetuju dengan tindakan polis.

"Kalau benar beliau terpaksa tandatangan, saya rasa ini suatu yang amat malang bagi tampuk pemerintahan negara. Maknanya jelas mereka terpaksa tunduk kepada polis. Bagi saya mustahil beliau tidak tahu,"

Jelasnya lagi, ada unsur politik disebalik penahanan individu-individu tersebut selain cubaan menyembunyikan kebenaran daripada rakyat.

Kecoh: Pendakwaraya Beri Bukti Mengelirukan

Posted: 17 Feb 2011 04:54 AM PST

(TERKINI)
TVS NEWS



KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini sekali lagi kecoh apabila pihak pembelaan menerima dokumen yang mengelirukan daripada pihak pendakwaraya.

Menurut Peguambela Sankara Nair, Dokumen sampel DNA yang diberikan kepada pasukan peguam bela tercampur antara dua set menyebabkan pasukan pembelaan gagal mendapat maklumat sebenar.

"Dokumen yang diberi kepada kami, dokumen DNA berlebihan. Sebenarnya dua set tapi bercampur sehingga keliru.

"Akibatnya kita terpaksa betulkan, kalau sama (dokumen) mereka, kita tak complain(bantah) tapi kalau berlainan kita buat bantahan serius. Sekarang kita masih betulkan," katanya.

Hal ini menyebabkan Hakim Datuk Zainudin Mohd Diah menangguhkan perbicaraan sehingga esok bagi memberi peluang pihak peguambela menyusun dokumen itu.

Dalam prosiding petang tadi, Dr Seah menyatakan ujian DNA menunjukkan kehadiran dua DNA di seluar dalam berwarna kelabu berlabel A6.

Pemilik DNA pertama ialah Saiful Bukhari Azlan dan kedua dinamakan sebagai "Male Y'

Datuk Chua Jui Meng yang turut menghadiri prosiding tadi menyatakan hal ini tidak boleh diterima.

Malah menurut beliau kecelaruan dokumen dari pihak Pendakwaan dari Jabatan Peguam Negara ini hanya memberi persepsi wujud konspirasi fitnah.

"Nampaknya hari ini ada kecoh sikit. Dua kali. Petang ini dokumen mengelirukan.

"Orang ramai ada persepsi ada komplot terhadap DSAI. Buat pihak pembelaan keliru. Pendapat saya sebagai bekas peguam dan menteri ialah ini tak boleh diterima," katanya.

KDN Perlu Bertindak Terhadap Akhbar 'Selangor Terkini'

Posted: 17 Feb 2011 04:47 AM PST

TVS NEWS


SHAH ALAM : Kementerian Dalam Negeri atau KDN perlu bertindak segera dan menjalankan siasatan terhadap pihak bertanggungjawab yang menerbitkan akhbar 'Selangor Terkini' yang jelas menyerupai atau meniru akhbar terbitan kerajaan negeri, SelangorKini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim ketika ditemubual Tv Selangor hari ini berkata penerbitan dan pengedaran akhbar 'Selangor Terkini' bermula Januari ini oleh pihak tertentu dengan penggunaan logo negeri Selangor dianggap keterlaluan kerana akhbar itu bukan terbitan dan akhbar rasmi kerajaan negeri Selangor.

Tegasnya adalah diharapkan pihak berkuasa seperti polis dan KDN segera bertindak dan menjalankan siasatan supaya pihak yang bertanggungjawab di dalam perkara itu dapat dikenal pasti dan dikenakan tindakan undang-undang.

"Saya menyeru pihak polis agar segera menyiasat suratkabar 'Selangor Terkini' ini yang saya sifatkan sebagai suratkabar haram kerana dia menggunakan 'envelop' logo negeri Selangor tanpa izin daripada kerajaan negeri Selengor ini adalah satu kesalahan jenayah yang seharusnya diambil tindakan oleh pihak berkuasa khususnya polis dan Kementerian Dalam Negeri," katanya.

Ini kerana tambahnya apabila pihak lain seperti Pakatan Rakyat, Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO) dan yang lain mengeluarkan bahan bercetak seperti risalah risalah dan majalah, KDN akan melakukan serbuan kerana kononnya tidak mempunyai permit sedangkan tiada sebarang tindakan diambil ke atas 'Selangor Terkini' yang tersebar luas di seluruh negeri Selangor biarpun sudah lebih dua bulan ianya diedarkan.

"Saya nampak ini adalah satu keadaan yang terdesak oleh pihak tertentu mereka begitu takut dengan sebaran dengan liputan SelangorKini yang disebar secara meluas di seluruh negeri Selangor dan mereka merasakan ini sudah mengganggu gugat pengaruh mereka," katanya.

Biarpun tidak dketahui siapa di belakang penerbitan 'Selangor Terkini' tetapi pada pandangan dirinya pihak yang berada di belakang semuanya ini adalah mereka yang mempunyai kataindengan Umno-Barisan Nasional.

Malah ketika diminta mengulas, katanya, adalah tidak mengejutkan apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor sanggup ditemubual oleh 'Selangor Terkini' bagi menjawab segala isu yang disiarkan SelangorKini.

Kerajaan Negeri Akan Bantu Pelajar Selangor Di Mesir

Posted: 17 Feb 2011 04:44 AM PST

TVS NEWS


SHAH ALAM : Kerajaan Negeri Selangor akan menyalurkan bantuan kepada pelajar-pelajar Selangor yang menuntut di Mesir supaya mereka boleh menyambung semula pengajian yang tergendala.

Hal itu disuarakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di hadapan 2,500 pelajar bersama-sama ibu bapa dalam pertemuan anjuran kerajaan negeri di Dewan Jubli Perak, malam tadi.

"Pelajar-pelajar di bawah tajaan zakat dan di bawah mana-mana tajaan yang lain, oleh kerana anda sekarang (melanjutkan pengajian) di Mesir,kita mempunyai tanggungjawab kepada saudara. Jadi ibu-bapa, saya dan exco mempunyai tanggungjawab supaya anda dapat menyambung pengajian dengan baik di Mesir. Ini janji kita," katanya.

Menurut Khalid, usaha akan dilakukan dengan sebaik mungkin sama ada di pihak ibu bapa dan juga kerajaan negeri bagi menjamin pelajar-pelajar dapat pulang menyambung pengajian yang tertunda.

Malah katanya, soal kewangan tidak perlu dikhuatirkan kerana kerajaan negeri akan mengikhtiarkan cara yang terbaik supaya pelajar-pelajar ini dapat pulang ke Mesir.

"Saudara jangan takut tentang kewangan negeri Selangor. Duitnya ada tetapi saudara diurus oleh orang yang dipanggil, Exco, kadang-kadang mereka ini kedekut dalam menjaga duit rakyat. Mereka jaga betul, tapi duitnya banyak," katanya dalam nada bergurau.

Dalam ucapannya Tan Sri Khalid turut mengingatkan bahawa anak-anak merupakan harta yang paling penting, bukan hanya kepada ibu bapa, malah kepada negeri dan negera.

Lantaran itu katanya tidak ada sebab mengapa nasib anak-anak tidak diuruskan dengan baik.

"Kita ingin membawa negeri Selangor ini ke satu tahap yang mana semuanya menggunakan tenaga kita,(ia) sangat penting. Sebab itu bila ada sahaja pergolakan, anak-anak kita ini harta kita. (Anaka-anak) bukan ladang-ladang atau gelang-gelang (emas), bukan duit. Tetapi inilah harta kita yang paling penting," jelasnya.

Sebelum ini kerajaan negeri menyediakan pelbagai kursus selama setahun kepada pelajar-pelajar negeri itu sementara menunggu masa untuk kembali ke Mesir.

Antara kursus yang disediakan ialah kursus Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Komputer dan Kewangan yang memakan masa selama enam bulan hingga setahun di Universiti Industri Selangor (Unisel) yang diberikan secara percuma selain yuran daftar.

Dianggarkan seramai 1,200 pelajar dari Selangor yang sedang belajar di beberapa universiti dan IPT di Mesir dan keutamaan kursus akan diberikan kepada pelajar tajaan kerajaan negeri menerusi Lembaga Zakat Selangor seramai 600 orang.

Turut hadir bersama-sama Khalid malam tadi ialah lima barisan exconya iaitu Datuk Dr Hassan Ali, Rodziah Ismail, Yaakob Sapari, Dr Halimah Ali dan Iskandar Abu Samad.

Dakwa Ekonomi Naik: PM Diminta Henti Perdaya Rakyat

Posted: 17 Feb 2011 04:43 AM PST

TVS NEWS


SHAH ALAM : Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya berhenti memperdayakan rakyat dengan penggunaan angka yang tidak realistik pada masa kini.

Menurut Dr Dzul, walaupun pertumbuhan ekonomi negara seolah-olah meningkat, namun permasalahan sebenar berhubung ekonomi masih membelit rakyat.

"Persoalan dalam ekonomi hari ini tidak hanya berlegar sekitar persoalan angka. Persekitaran tentang pertumbuhan. Pakar-pakar ekonomi sudah lama tidak mendewa dan bertuhankan angka ini.

Ujarnya, di kala rakyat masih dihimpit dengan beban sara hidup, tidak ada apa yang boleh dibanggakan oleh Najib dengan pencapaian sekitar enam peratus yang disuarakannya hari ini.

Bernama hari ini melaporkan, Najib sebagai berkata, negara telah menjangkaui sasaran pertumbuhan enam peratus tahun lalu walaupun dalam keadaan ekonomi yang malap.

"(Namun) persoalan yang menjadi pertikaian hari ini yang saya hendak katakan pada Najib, ia bukan hanya persoalan angka pertumbuhan. Permasalahan ekonomi yang memerlukan reformasi dan penambahbaikan, jangan pandang kepada satu-satu parameter sahaja. Itu hendak membodohkan rakyat namanya," bidas Dr Dzul.

Menurut Dr Dzul lagi, Najib terlebih dahulu harus menjawab tentang persoalan 40 peratus rakyat di negara ini yang masih 'terpenjara' dengan pendapatan kurang daripada RM1,500.

Dengan keadaan taraf hidup yang semakin tinggi, adakah soal kelangsungan hidup mereka diambilkira dalam kerangka pertumbuhan ekonomi setiap tahun negara, soal Dr Dzul.

Malah hutang isi rumah juga semakin meningkat kepada 77.6 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjadikan jumlahnya RM577 bilion.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, ia merangkumi bebanan pinjaman kereta (RM118 bilion), pinjaman perumahan (RM225 bilion) dan pinjaman peribadi (RM22 bilion) selain anggaran hutang kad kredit (RM200 bilion).

Tidak cukup dengan itu kata Dr Dzul, lebih malang apabila negara kita berada di tangga kelima dalam senarai negara yang terlibat dalam aliran keluar wang haram sekitar RM888 bilion bermula tahun 2000-2008.

Hal itu kata Dr Dzul menyebabkan dana sebesar itu tidak dapat digunakan bagi tujuan pembangunan negara.

"Kata pada Najib, janganlah hendak memperbodohkan rakyat. Kerap menyebutkan tentang ETP (Program Transformasi Ekonomi), ini pada kami, hanyalah sebutan gimik media untuk menyuntik 'feel good factor' pada pilihanraya.

Menurut Dr Dzul, masalah ekonomi negara harus dibendung dengan kadar segera jika tidak mahu generasi akan datang hanya mewarisi kemiskinan negara.

"Kita sebenarnya mengorbankan kekayaan anak-anak kita.

"Pembaziran atau (penggunaan wang) tidak kena kepada keutamaan, subsidi kepada rakyat ditarik, pakar-pakar ekonomi bertanyakan mengapa berlaku sedemikian sementara subsidi kepada IPP diteruskan," tambahnya lagi.

Hapus Tol, Bukan Kurangkan- Azan Ismail

Posted: 17 Feb 2011 04:39 AM PST

TVS NEWS


SHAH ALAM : Penurunan kadar tol dibeberapa lebuhraya yang diumumkan kerajaan Barisan Nasional adalah tidak wajar.

Sebaliknya kerajaan Pakatan Rakyat menyarankan agar semua bayaran tol lebuhraya dihapuskan serta merta.

Ini berikutan pemotongan subsidi yang telah dikenakan terhadap rakyat menerusi petrol, gas dan minyak masak sepanjang tempoh pemerintahan Umno-Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang dihubungi Tv Selangor berkata penarikan subsidi petrol kerajaan sebanyak empat kali sehingga awal tahun ini berjaya menjimatkan lebih daripada RM25 bilion.

"Daripada RM25 bilion ini sepatutnya boleh digunakan untuk mengambil alih semua tol-tol dan lebuhraya yang ada termasuk Lebuhraya Pantai yang terbaru ini. Harganya tidak sampai tahap itu. Paling tinggi RM10 bilion hingga RM15 bilion sahaja. Maknanya kalau ambil alih tidak perlu bayar tol," kata beliau.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan kadar tol semasa RM1.60 di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 (PJS 2), kawasan antara Petaling Jaya Selatan dan Kampung Medan, akan diturunkan daripada RM1.60 kepada RM1 berkuatkuasa esok.

Pengumuman ini merupakan kali ketiga kerajaan Malaysia menurunkan kadar tol sejak Bajet 2011 dibentangkan Oktober lalu.

Azan yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Terengganu turut mempersoalkan pendirian Perdana Menteri yang tidak konsisten sebelum ini berhubung dasar ekonomi "Buku Jingga" yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Jelasnya, dakwaan negara akan muflis jauh sekali tersasar sebaliknya kerajaan pusat giat menciplak pendekatan tersebut.

"Najib sebagai Perdana Menteri selama ini tidak tahu akan perkara ini. Beliau hanya mengambil alih tampuk pemerintahan tanpa mengetahui secara khusus. Maknanya pentadbiran Najib turut tertipu oleh kroni yang selama ini mengaut keuntungan daripada kesusahan rakyat," jelas Azan.

Tambah beliau, ini termasuk pemberian subsidi yang dimanipulasikan segelintir pihak.

Azan yang sering mengutarakan pandangan sudut ekonomi Pakatan Rakyat turut melabel kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) sebagai "pak turut" tanpa sensitif terhadap kepentingan umum.

Jelasnya lagi, keperluan asas yang semakin mahal saban hari membuktikan ketidakcekapan pentadbiran kerajaan sedia ada justeru secara senyap mengakui relevannya dasar "Buku Jingga".

Azan juga tidak menolak taktik memancing undi oleh Umno-BN menjelang spekulasi Pilihanraya Umum Ke 13 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Namun jelasnya, kini kerajaan tidak mudah untuk memanipulasi kepintaran rakyat berikutan pemahaman lebih komprehensif terhadap isu subsidi dan dasar ekonomi negara.

JKKK Perlu Gigih Bela Penduduk

Posted: 17 Feb 2011 04:30 AM PST

TVS NEWS


SHAH ALAM : Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari berkata Ketua Kampung dan pihak Jawatankuasa Kemajuan Kampung atau JKKK perlu terus berusaha gigih bagi memastikan kawasan kampung dapat dibangunkan dengan penduduk mendapat pembelaan sewajarnya.

Menerusi cara itu, jelasnya Pakatan Rakyat yang menerajui keranaan negeri akan terus mendapat kepercayaan rakyat untuk terus mentadbir negeri Selangor.

"Tahun ini kita ada peruntukan satu daerah satu juta untuk pembangunan infrasturktur kerajaan negeri saya difahamkan ada dewan-dewan yang telah siap tahun lepas dan sebahagian besar dah siap cari lagi masalah-masalah kampung," katanya.

Biarpun peruntukkan itu tidak mencukupi namun katanya usaha berterusan perlu dilakukan bagi memastikan seluruh rakyat Selangor menikmati kehidupan yang boleh dibanggakan.

Katanya jika dibandingkan dengan peruntukan yang disediakan untuk Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan atau JKP sebanyak RM100 juta memang jauh berbeza tetapi dengan semangat yang ada segala cabaran dapat di atasi dengan jaya.

"Peruntukan Luar Bandar yang dulu diserahkan kepada kerajaan negeri sekitar seratus juta sekarang diambil diserah pada JKP…kalau kita nak lawan 'apple to apple' istilahnya bukan lawan kita, nak lawan dengan keimanan itu kita," katanya.

Dr Yaakop berkata demikian dalam ucapannya dalam Majlis Penerangan dan Pelancaran Anugerah Ketua Kampung Tradisi Terbaik Negeri Selangor 2011di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Katanya, Ketua Kampung perlu memiliki komitmen tinggi bagi kemajuan kampung serta membantu penduduk dengan mengusahakan pelbagai aktiviti berfaedah seperti penglibatan dalam bidang ekonomi supaya mencapai tahap ekonomi lebih baik dan tinggi.

Tegasnya, Ketua Kampung perlu menjayakan pelbagai program bermanfaat supaya masyarakat kampung tidak terjebak dengan pelbagai masalah seperti gejala sosial dan jenayah.

Tambahnya, usaha mencantikkan kampung juga penting supaya penduduk kampung dapat hidup dengan lebih selesa dan berbangga dengan kampung sendiri.

Kes Aminulrasyid: Nasib Koperal Jenain diputus 28 Feb

Posted: 17 Feb 2011 04:29 AM PST

TERKINI
BERNAMA

SHAH ALAM — Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan sehingga 28 Februari ini untuk memutuskan sama ada anggota polis, Koperal Jenain Subi dibebaskan atau dipanggil membela diri atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, pada April lalu.

Hakim Latifah Mohd Tahar menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.

Mahkamah sebelum ini menetapkan hari ini untuk membuat keputusan di akhir kes pendakwaan.

Seramai 39 saksi pendakwaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 12 Oktober tahun lepas.

Jenain, 48, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April tahun lepas di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepalanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani, Mohd Dusuki Mokhtar dan Adilla Ahmad sementara Jenain diwakili peguam M. Athimulan dan Salim Bashir.

Terdahulu, mahkamah dipenuhi anggota keluarga Aminulrasyid termasuk ibu, abang, adik perempuan dan dua kakak mangsa yang hadir untuk mengetahui keputusan kes itu.

Kira-kira 10 rakan mangsa termasuk Muhammad Azamuddin Omar yang turut berada dalam kereta dipandu Aminulrasyid semasa kejadian juga hadir ke mahkamah tetapi mereka tidak dibenarkan masuk berikutan galeri awam telah penuh.

Jenain yang hadir memakai kemeja lengan pendek dan berkopiah putih turut ditemani anggota keluarganya.

Kondom hilang: Tiga pekerja kilang, sindiket antarabangsa ditahan

Posted: 17 Feb 2011 04:27 AM PST

BERNAMA

IPOH – Polis menahan tiga pekerja kilang yang dipercayai anggota sindiket antarabangsa berhubung kes kecurian lebih 700,000 kondom bernilai kira-kira RM850,000 dari sebuah kontena ke Tokyo, Jepun, bulan lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Shukri Dahlan berkata ketiga-tiga lelaki berusia 29 hingga 30 tahun itu yang bekerja di sebuah kilang kondom di Batu Gajah, kira-kira 20 kilometer dari sini, ditahan semalam di tiga lokasi iaitu di Ipoh, Klang dan di lebuh raya utara-selatan.

Ketiga-tiga suspek direman sehingga Sabtu ini dan hasil maklumat yang diperolehi, polis yakin dapat menahan beberapa lagi suspek dalam tempoh terdekat, katanya pada sidang media selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Beliau berkata polis percaya kes itu didalangi sindiket yang mempunyai rangkaian di luar negara.

Kontena yang berisi bahan kelengkapan seks itu yang dihantar dari Pelabuhran Klang ke Tokyo pada 6 Januari lalu didapati hilang setibanya di Tokyo pada 25 Januari lalu.

Kondom itu dihasilkan di dua buah kilang iaitu Sagami Manufacturers Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Bemban, Batu Gajah dan Kawasan Perindustrian Jelapang di sini.

Shukri berkata dua laporan polis dibuat berhubung kehilangan kondom itu iaitu di Balai Polis Pusing, Batu Gajah pada 25 Januari manakala satu lagi di Balai Polis Ipoh sehari kemudian.

"Berdasarkan laporan itu, lori kontena tersebut keluar dari kilang di Batu Gajah pada 6 Januari dan singgah di kilang di Jelapang sebelum ke Pelabuhan Klang, Selangor dan kontena itu disimpan selama beberapa hari sebelum dihantar ke Jepun," katanya.

Haniff: Mahathir, Anwar pernah minta mansuh ISA tapi polis halang

Posted: 17 Feb 2011 04:26 AM PST

TERKINI

KUALA LUMPUR— Bekas ketua polis negara Tun Mohd Haniff Omar hari ini mengakui beliau adalah individu yang menghalang cadangan kerajaan yang mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Haniff yang berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara selama 20 tahun sehingga 1994 berkata, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mencadangkan supaya ISA dimansuhkan.

"Anwar kata kita harus mansuhkan ISA, Dr Mahathir kata OK.

"Tapi saya minta mereka untuk mempertimbangkan cadangan itu dengan berkata ia hanya membabitkan soal keselamatan negara," katanya pada Forum Cabaran Semasa Demokrasi dan Perlembagaan Ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 di sini.

Jelas Haniff, Dr Mahathir konsisten dalam usaha untuk memansuhkan ISA yang telah menahan ramai individu tanpa dihadapkan di mahkamah.

"Bila beliau (Dr Mahathir) jadi perdana menteri, (Tun) Musa Hitam beritahu saya agar tidak menggunakan ISA kerana Dr Mahathir tidak menyukainya," katanya.

Dalam program yang sama, Dr Mahathir berkata beliau sebenarnya mahu memansuhkan ISA ketika memegang tampuk pemerintahan negara selama 22 tahun.

Bagaimanapun, menurut Dr Mahathir, usaha itu gagal kerana pihak polis menolak cadangan tersebut.

Sebelum ini, Dr Mahahir menyalahkan polis yang ekoran penangkapan besar-besaran di bawah ISA pada 1987 yang turut membawa kepada penahanan lebih 100 orang termasuk Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sementara itu, Dr Chandra Muzaffar yang juga merupakan bekas tahanan ISA mempertahankan tindakan Dr Mahathir dalam Ops Lalang dengan berkata, ia tidak ada kaitan dengan negarawan itu.
Menurut Chandra, operasi tersebut adalah tindakan dilakukan polis dan bukannya arahan Dr Mahathir.

"Berdasarkan pengalaman saya, saya ditahan di Pulau Pinang dan dibawa ke Kuala Lumpur di mana saya berjumpa Tun Haniff, semasa saya berjumpa Tun Haniff beliau berkata ia adalah operasi polis dan beliau begitu konsisten.

"Penangkapan selama 60 hari itu adalah operasi polis," tegas beliau yang juga meminta supaya ISA dimansuhkan.

Chandra, seorang ahli akademik dan Presiden Just, pernah berada dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang Anwar merupakan ketua umumnya sekarang.

Saya memang mahu mansuh ISA tapi ditolak polis, kata Mahathir

Posted: 17 Feb 2011 03:35 AM PST

TERKINI

KUALA LUMPUR — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau sebenarnya mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika memegang tampuk pemerintahan negara selama 22 tahun.

Bagaimanapun, menurut Dr Mahathir, usaha itu gagal kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak cadangan tersebut.

"ISA harus digunakan ikut keperluan tapi bila saya jadi perdana menteri saya mahu ia dimansuhkan tetapi polis menentang.

"Bila saya cadangkan usul itu, ia ditolak," kata beliau pada Forum Cabaran Semasa Demokrasi dan Perlembagaan ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 di bangunan Parlimen di sini.

Sebelum ini Dr Mahahir menyalahkan polis yang ekoran penangkapan besar-besaran di bawah ISA pada 1987 yang turut membawa kepada penahanan lebih 100 orang termasuk Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dalam penangkapan dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh polis, agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik ketika itu.

Lebih dikenali sebagai Ops Lalang, seramai 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan penggantungan dua akhbar harian dan dua akhbar mingguan.

Selain kedua-dua Lim, turut ditahan ialah Dr Chandra Muzaffar, Karpal Singh, Kua Kia Soong, Datuk Ibrahim Ali dan Mohamed Fahmi Ibrahim.

Dalam perbahasan hari ini, Dr Mahathir berkata beliau hanya menentang penyalahgunaan ISA seperti mana yang berlaku di Amerika Syarikat yang mana menahan individu yang disyaki pengganas tanpa perbicaraan di Teluk Guantanamo.

"Di Teluk Guantanamo, terdapat 500 tahanan yang ditahan tanpa perbicaraan dan mereka juga turut diseksa.

"Mereka yang mengkritik ISA tidak pernah menjadi perdana menteri, sebab itu mereka tidak tahu," jelas bekas perdana menteri itu.

Beliau juga menjelaskan tidak mempunyai kuasa menghalang penangkapan pemimpin pembangkang kerana ia adalah kehendak polis.

ISA merupakan satu akta yang ditubuhkan untuk menahan mana-mana individu tanpa perbicaraan dan diperkenalkan pada 1960 sebagai undang-undang pencegahan untuk menentang pemberontakan komunis ketika itu.

Minggu lalu Dr Mahathir berhadapan dengan kritikan Kit Siang dan beberapa pemimpin yang pernah ditahan di bawah ISA pada 1987.

Misalnya, sambil mendakwa Dr Mahathir memilih untuk menjadi "mangsa amnesia" tiga tahun lalu, Kit Siang menasihatkan bekas perdana menteri agar "berusaha keras" untuk mengingati kembali dakwaan bahawa pernah ada pertemuan "mengejutkan" dengan pembangkang sebelum Ops Lalang.

Dalam kenyataan ketiganya berhubung pandangan Dr Mahathir menyentuh operasi itu yang membawa kepada tahanan di bawah ISA kelmarin, Kit Siang berkata, bekas presiden Umno dan bekas menteri dalam negeri itu memang terkenal dengan sikapnya memilih untuk menjadi "mangsa amnesia kerana sebab-sebab politik" ketika sesi inkuiri suruhanjaya diraja berhubung isu klip video Datuk V.K. Lingam pada Januari 2008 apabila mengatakan "saya tidak boleh ingat".

Dr Mahathir memilih untuk berkata "saya tidak boleh ingat" bagi soalan-soalan penting yang dikemukakan oleh suruhanjaya.

"Adakah mungkin beliau ada menemui anggota pembangkang dan memberi jaminan tidak akan ditahan, tetapi beliau tidak ingat wajah-wajah mereka kecuali saya atau di bila, di mana atau siapa lagi di pihak dia yang hadir atau pihak kepada pertemuan itu?" kata beliau.

"(Oleh itu), Mahathir harus tampil dengan saksi-saksi pertemuan," kata Lim dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim juga menambah tiada sebab bagi pemimpin pembangkang harus menyembunyikan kebenaran mengenai pertemuan itu dan jaminan bahawa mereka tidak akan ditahan sekiranya benar ia berlaku.

Dr Mahathir membuat kenyataan bahawa beliau ada berjanji kepada barisan pembangkang bahawa mereka tidak akan ditahan tetapi polis memutuskan untuk menahan mereka.
Kenyataan itu dibuat dalam buku terbaru "Doctor M: Operation Malaysia — Conversations with Mahathir Mohamad" tulisan Tom Plate.

Tidak mustahil BN boleh jatuh, kata Mahathir

Posted: 17 Feb 2011 03:28 AM PST

TERKINI
Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR — Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kepada Barisan Nasional (BN) agar tidak melupakan tanggungjawab kepada rakyat sekiranya tidak mahu tewas dalam pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

"Jangan lupa tanggungjawab kepada rakyat, kalau lupa mereka akan jatuhkan kerajaan, sebab itu saya cakap kerajaan perlu memberikan tumpuan kepada keharmonian dan kepentingan rakyat.
"Kalau kerajaan lupa kepada rakyat, mereka akan jatuhkan kita," kata beliau pengerusi BN ini.

Merujuk kepada amalan demokrasi negara, bekas perdana menteri itu berkata, ia bukan satu jaminan BN akan terus kekal menjadi parti pemerintah walaupun sudah menguasai tampuk pemerintahan negara selama 53 tahun.

"Adakah ini kata kita bukan demokrasi walaupun hanya satu parti sahaja yang berkuasa? Kalau tiada demokrasi kita tak akan lihat parti lawan duduk di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen . . . kadang-kadang ramai, kadang-kadang kurang, pada 2004, 90 peratus ia dikuasai satu parti tapi pada 2008 kita kalah lima negeri dan tak dapat dua pertiga dalam Parlimen.

"Ini menunjukkan rakyat boleh pilih, demokrasi kita memang tepat . . . kuasa diberi kepada rakyat untuk tentukan siapa jadi pemerintah," katanya pada Forum Cabaran Semasa Demokrasi dan Perlembagaan Ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 di bangunan Parlimen di sini.

Jelas Dr Mahathir, rakyat mempunyai kuasa mutlak untuk menjatuhkan mana-mana pemerintah yang tidak disukai termasuk BN.

"Di negara kita ada demokrasi, walaupun 53 tahun ia dikuasai hanya sebuah parti sahaja dan parti lain tak dapat kalahkan parti ini selama 53 tahun.

"Kalau rakyat tak suka dengan pemerintah, ia boleh jatuhkan pemerintah. Di Malaysia ia bukan mustahil tapi di negara lain ia mustahil," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya merampas empat negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah dengan mengekalkan Kelantan di bawah kepimpinan PAS.

Bagaimanapun Perak jatuh ke tangan BN ekoran tindakan melompat keluar tiga Adun Pakatan Rakyat.

Mengakui sistem demokrasi negara tidak sempurna, Dr Mahathir berkata, kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak perlu menerima hakikat dan jangan bertindak lebih dari yang sepatutnya.

"Demokrasi bukan sistem yang sempurna, kita beri kuasa kepada rakyat cuma kadang-kadang mereka tak cekap, yang majoriti selalu pilih tak kena.

"Sebab itu kita harus terima hakikat dan usaha setakat yang mampu, lebih daripada itu tak boleh," katanya.

Tambah Dr Mahathir, amalan demokrasi negara tidak seperti sesetengah negara lain yang hanya satu parti berkuasa.

"Ada negara yang saya tak nak sebut nama tapi boleh teka, yang sejak merdeka pada 1965 hanya diperintah oleh satu kerajaan.

"Kalau ada pemimpin pembangkang yang boleh mencabar mereka akan dihadapkan ke mahkamah kerana hasutan, kalau dapat masuk dalam Parlimen pun tak dibenarkan bercakap," katanya.

Posted: 17 Feb 2011 03:21 AM PST

Oleh Boo Su-Lyn

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Selangor turut menarik diri daripada menyertai prosiding suruhanjaya yang diadakan untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock, sehari selepas keluarga mendiang berbuat demikian.

Suruhanjaya itu hari ini turut memutuskan untuk memanggil pakar patologi forensik Dr Pornthip Rojanasunand dan Dr Peter Vanezis sebagai saksi.

Pengerusi suruhanjaya Tan Sri James Foong berkata, perkara itu diputuskan selepas panel itu meninjau lokasi kejadian di Plaza Masalam, Shah Alam pagi tadi.

Bagaimanapun peguam yang mewakili Selangor, Malik Imtiaz Sarwar berkata, kerajaan negeri itu memutuskan untuk menarik diri ekoran pendirian tidak konsisten Peguam Negara yang menyediakan kakitangannya sebagai pegawai pengendali sedangkan pada masa yang sama membuat permohonan semakan terhadap keputusan terbuka inkues awal bulan lalu.

Semalam, keluarga Teoh yang gagal mendapat kebenaran suruhanjaya siasatan untuk menangguhkan prosiding bertindak menarik diri daripada terlibat dalam siasatan itu.

Peguam Karpal Singh dan Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga setiausaha politik itu turut gagal dalam permohonan mereka supaya Foong berundur sebagai pengerusi suruhanjaya.

Kenyataan menarik diri (daripada suruhanjaya) itu dibuat oleh Karpal sejurus selepas Foong menyatakan pendirian anggota untuk meneruskan prosiding tanpa menunggu keputusan Mahkamah Tinggi berhubung permohonan semakan kehakiman pihak keluarga Teoh mengenai keputusan suruhanjaya yang membenarkan tiga pegawai dari Pejabat Peguam Negara bertindak sebagai pegawai pengendali.

Foong berkata tiada sebarang alasan untuk pihak suruhanjaya meneliti semula keputusan mereka yang membenarkan Peguam Kanan Persekutuan Amerjeet Singh, timbalan-timbalan pendakwa raya Kwan Li Sa dan Awang Armadajaya Awang Mahmud sebagai pegawai pengendali pada Isnin lalu dan bersedia memulakan prosiding.

Mengenai isu pelantikannya sebagai pengerusi suruhanjaya, Foong berkata kesemua anggota berpendapat beliau tidak perlu berundur dan tiada asas yang menyokong permohonan itu.

Teoh, 30, setiausaha politik anggota exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Malah semalam, suruhanjaya memutuskan untuk memanggil semua saksi yang pernah memberi keterangan dalam inkues setiausaha politik kepada exco Selangor itu.

Mengikut rekod, sepanjang inkues lepas seramai 37 saksi dipanggil termasuk Dr Pornthip.

Selain itu Foong berkata terma-terma rujukan di dalam suruhanjaya lebih luas berbanding inkues sebelum ini dan ini membolehkan soalan yang tidak boleh diajukan pada prosiding inkues dikemukakan pada saksi dalam suruhanjaya.

Katanya, bagi saksi yang tidak dapat hadir pihak suruhanjaya akan menerima pakai kenyataan mereka dalam nota prosiding inkues.

Anggota lain Suruhanjaya itu ialah bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman dan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk T. Selventhiranathan manakala pakar forensik terdiri daripada Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik dan Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Tiada ulasan: