Khamis, 17 Februari 2011

Biaqpila

Biaqpila


'Ketumpulan' Ali senjata PAS di Merlimau

Posted: 17 Feb 2011 02:00 PM PST



Pakatan Rakyat dilihat tidak banyak memainkan isu tempatan dalam menghadapi pilihan raya kecil di DUN Merlimau yang berbaki hanya dua minggu sahaja lagi.

NONESehingga kini belum ada isu besar berkaitan masalah tempatan dimainkan Pakatan sebagai senjata ampuh untuk menawan kawasan kubu kuat BN itu.

Cuma yang disentuh soal kebangkitan rakyat seperti mana yang berlaku di Mesir dan Tunisia sehingga menimbulkan kekacauan.

Itulah isu wajib yang sering disuarakan penceramahnya setiap kali mengalunkan kempen mereka di Merlimau.

Bagaimanapun, pemerhati politik berpendapat, suasana di Mesir dan Tunisia amat berbeza dengan Merlimau. Di kedua-dua negara berkenaan rakyat bangkit berikutan timbul rasa tidak puas hati terhadap perhatian serta kebajikan mereka.

egypt the day after mubarak overthrow celebration 1Tetapi, di sini, belum pun penamaan calon pada 26 Februari ini, rakyat di DUN Merlimau yang disandang pemimpin BN awal-awal sudah mencurahkan apa yang dianggap rezeki bagi mereka.

Biarpun boleh dianggap sebagai umpan untuk menarik perhatian pengundi, apa yang penting, bagi lebih 10,000 rakyat di DUN Merlimau, ia adalah pembangunan fizikal dan kemudahan infrastruktur yang serba lengkap.

merlimau, melaka townSejak berlangsungnya dua pilihan raya umum juga, masyarakat Merlimau dianugerahkan dua pusat pengajian tunggi iaitu Politeknik Merlimau dan Kolej Komuniti Jasin.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turun ke Merlimau baru-baru ini juga yakin tiada isu tempatan yang boleh diutarakan berikutan Merlimau dilabel sebagai kawasan pembangunan.

Tiada kelompok miskin


Merlimau juga menurut Muhyiddin, tiada lagi kelompok rakyat miskin. Malah, katanya, kerajaan negeri sentiasa memikirkan usaha bagaimana untuk meningkatkan pendapatan penduduk.

fisherman jetty at Kampung Pengkalan Samak, merlimauTerbaru, sebanyak RM500,000 diluluskan menerusi Dana Satu Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi menampung projek membaik pulih rumah rakyat kurang berkemampuan di seluruh DUN Merlimau sudah cukup mengembirakan rakyat Merlimau.

Masyarakat nelayan juga merasakan mereka tidak terpinggir apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak meluluskan peruntukkan sebanyak RM5.6 juta bagi menaik taraf jeti nelayan ketika melakukan lawatan ke Jeti Pengkalan Samak baru-baru ini.

Malah mereka juga bakal meraih pendapatan tambahan dengan terlaksananya perancangan kerajaan negeri untuk pembinaan jeti berbumbung, sekali gus bakal menukar persepsi penduduk daripada jeti termundur di Melaka kepada jeti tercanggih di Melaka.

NONEPakatan setakat ini hanya menegur tindakan BN yang didakwa terus menggunakan kemudahan awam untuk program kepentingan politik mereka.

PAS dilaporkan kesal apabila Dewan Politeknik Merlimau digunakan untuk program suai kenal bapa angkat dengan jawatankuasa peti undi Merlimau, yang turut melibatkan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Selain itu, politeknik berkenaan turut pernah digunakan untuk perasmian jentera pilihan raya BN dan perjumpaan dengan jawatankuasa Umno cawangan dan kawasan DUN itu.

Bagi PAS, perkara itu tidak wajar kerana ianya jelas mengheret institusi pendidikan ke kancah politik. Rasa tidak puas hati PAS juga tidak berakhir dengan masalah tersebut.

Rencah kempen

Terbaru, akhbar web parti Islam itu Harakahdaily memetik sebuah blog yang mendakwa BN menggunakan nama Jabatan Pendidikan Daerah Jasin bagi menganjurkan majlis perasmian Bangunan Tambahan SKJ (C) Merlimau.

NONELaporan itu juga memetik, guru yang hadir dianggap 'kuda tunggangan' setelah majlis yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu langsung tiada agenda perasmian bangunan tambahan seperti dalam surat jemputan.

Sebaliknya kain rentang majlis pada malam itu terpampang 'Majlis Makan Malam Rakyat Bersama Timbalan Perdana Menteri' sehingga ramai guru yang hadir pada malam itu kesal dan berasa tertipu kerana terang-terang ia adalah majlis kempen supaya guru-guru menyokong BN.

Bagaimanapun PAS dijangka akan terus menggunakan topik apa yang didakwa mereka sebagai 'kelemahan' pentadbiran Mohd Ali.

Ia termasuklah isu 'pembaziran' dengan pembinaan jam bunga di hadapan bangunan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang didakwa menelan belanja RM500,000; lapangan terbang yang didakwa bernilai ratusan juta ringgit tetapi tiada pesawat beroperasi dan projek 'Eye On Malaysia' yang terpaksa ditutup.

NONEDi samping itu juga, ada banyak lagi isu kelemahan kerajaan yang ditadbir Mohd Ali Rustam dijangka bakal menjadi rencah Pakatan untuk menyedapkan kempen di Merlimau nanti.

Bagaimanapun, bagi menjawab segala persoalan, ketua menteri Melaka itu dikatakan bersetuju untuk berdebat dengan sesiapa sahaja pemimpin Pakatan bagi menjawab segala persoalan berkenaan.

Pilihan raya kecil Merlimau diadakan setelah kematian penyandangnya, Allahyarham Mohd Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung pada 20 Januari lalu.

MK


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Rusia Akan Lancar Saluran TV Islam

Posted: 17 Feb 2011 06:15 AM PST



Russia akan melancarkan saluran televisyen Islamnya yang pertama pada April ini.

Saluran televisyen tersebut, antara lain bakal menawarkan rancangan-rancangan yang bercorak 'pendidikan kerohanian dan moral', kata seorang jurucakap bagi Majlis Mufti Russia kepada agensi berita AFP, lewat kelmarin.

Saluran itu, yang kini sedang menjalani ujian, akan 'mempunyai matlamat pemeradaban dan akan terdahulu menyumbang ke arah pendidikan kerohanian dan moral', kata jurucakap itu, Cik Gulnur Gaziyeva.

(Gambar - umat Islam menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di Moscow)

Majlis tersebut, yang mewakili masyarakat Islam di Russia secara rasmi, sedang merekrut para penyampai, di samping sedang memutuskan kandungan bagi saluran televisyen berkenaan, yang sebahagiannya bercorak sekular, kata Cik Gaziyeva.

Saluran tersebut akan dibiayai oleh para penaja swasta, dedah Cik Gaziyeva, tanpa membutirkan sama ada ia akan disiarkan secara percuma.

Menurut dapatan banci terbarunya, Russia pada 2002 mempunyai kira-kira 14.5 juta penduduk Islam, yang ketika itu membentuk 10 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara itu, tetapi saluran televisyen arus utama kurang memberikan tumpuannya kepada para penonton berkenaan.

Sebagai tanda muhibah, saluran Rossiya yang dimiliki pemerintah menayangkan satu pertunjukan mingguan selama 10 minit yang bertajuk Muslims.

Dibiayai pemerintah Russia, ia memberi tumpuan kepada perbincangan tidak berunsur politik mengenai tradisi dan budaya masyarakat Islam.

Russia telah pun mempunyai beberapa saluran Ortodoks Russia, termasuk 'Spas' atau 'Saved', yang dihasilkan pada 2005 bagi 'mengukuhkan nilai-nilai kerohanian', yang disiarkan menerusi satelit ke Russia dan beberapa negara bekas Soviet Union, menurut laman web majlis mufti itu.

Presiden Dmitry Medvedev, pada satu mesyuarat dengan para pemimpin Ortodoks Russia pada minggu lalu, menekankan keperluan mengadakan dialog antara pelbagai agama untuk mengelakkan pertumbuhan konflik nasionalisme dan antara kaum. -- AFP.


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Operasi NGO misteri, 1Malaysia dikesan di KL

Posted: 17 Feb 2011 02:00 AM PST



Pejabat atau gudang NGO misteri yang beroperasi atas nama 1Malaysia dan hanya muncul semasa pilihan raya kecil untuk mengagihkan barangan keperluan telah dikesan di Kuala Lumpur.

NONEBerikutan maklumat, Malaysiakini baru-baru ini terjumpa tempat operasinya di Plaza Mont Kiara yang dipercayai menjadi markas atau gudang NGO berkenaan.

Pejabat tersebut dikatakan telah diduduki sejak pertengahan tahun lalu dan menjadi tempat pembungkusan barangan keperluan seperti teh, susu, Milo dan juga set alat tulis yang diisi dalam sebuah beg oren sebelum diedarkan.

Pemeriksaan juga mendapati pejabat berkenaan didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat bernama Solar Shine Sdn Bhd tanpa kelihatan sebarang papan tanda nama yang lain.

Hanya terpampang di pintu pejabat ini adalah surat keizinan melakukan kerja-kerja pengubah-suaian yang tertera nama syarikat itu.

NONESementara itu, semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia tidak menunjukkan sebarang perkara yang luar biasa mengenai syarikat berkenaan. Nama yang tidak dikenali seperti Muhammad Zaki Ilias, Ramli Ag Karim dan Chin Sin Yuet disenaraikan sebagai pengarah.

Syarikat itu hanya memiliki modal RM2 (jumlah minimum untuk menubuhkan sebuah syarikat sendirian berhad).

Aktiviti 1Malaysia yang dikendalikan oleh Solar Shine dikesan hanya aktif beberapa minggu sebelum kempen pilihan raya kecil.

Malah, Isnin lalu, kelihatan beberapa pekerjanya yang kebanyakan mereka berbangsa Cina sibuk membungkus barangan di pejabat itu sebelum membawanya ke sebuah lori yang menunggu di luar pejabat.

NONENGO 1Malaysia ini pertama kali muncul pada kempen pilihan raya kecil di Galas, pada akhir tahun lalu dengan sejumlah sukarelawannya mengagihkan beg barangan itu kepada pengundi, khususnya di kawasan yang ramai pengundi berbangsa Cina.

Dengan memakai kemeja T dengan logo 1Malaysia tertera dengan jelas di belakang, mereka membanjiri sesuatu kawasan - seolah-olah satu kempen penjenamaan sesuatu projek ataupun barangan.

Keadaan yang sama juga disaksikan pada pilihan raya kecil Tenang pada bulan lalu.

Beberapa ahli politik pembangkang mendakwa usaha sedemikian sebagai pembelian undi dan berkata ia berkesan memancing undi di kalangan penduduk luar bandar bagi menyokong BN.

MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Siswi gila lelaki berbini 2

Posted: 16 Feb 2011 11:00 PM PST


CERITA...Nur menceritakan pengalamannya kepada wartawan Harian Metro, semalam.

KUALA LUMPUR: "Demi cinta, saya sanggup menggunakan hampir keseluruhan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk berseronok bersama kekasih.

"Apabila wang PTPTN habis, saya berhutang keliling pinggang dengan rakan, selain menipu mak dan ayah dengan memberi alasan perlu membeli buku dan keperluan lain semata-mata untuk mendapatkan wang," kata seorang graduan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang mendakwa menjadi hamba cinta dengan lelaki berusia 40-an dan beristeri dua lebih setahun ketika masih belajar.


Nur, 24, yang baru menamatkan pengajiannya penghujung tahun lalu kini menyesal.

Katanya, atas dasar cinta terhadap lelaki yang bertugas sebagai kerani di sebuah syarikat swasta itu, dia bukan saja sanggup berhabisan wang ringgit, malah sanggup menggadaikan maruah dirinya.


"Kami kerap menghabiskan masa bersama dengan pergi ke restoran mewah atas permintaan dia yang lebih gemar berjumpa di tempat tertutup dan kurang pengunjung bagi mengelak daripada bertemu dua isterinya.


"Saya akan menuruti setiap permintaannya termasuk kerap menginap di hotel bagi membuktikan rasa kasih dan sayang kepadanya, walhal pada masa sama perasaan takut sentiasa menyelubungi diri jika terjadi perkara tidak diingini," katanya.


Nur berkata, semua perbelanjaan setiap kali keluar bersama teman lelakinya itu termasuk bayaran makan dan minyak kenderaan akan menggunakan wangnya menyebabkan dia semakin terdesak untuk mendapatkan duit.


"Dia kerap memberi alasan gaji bulanannya habis digunakan untuk menampung dua isteri dan anak-anak membuatkan saya terharu dan membelanjakan semua wang saya untuk dirinya.


"Sikapnya yang penyayang dan usia yang matang menjadi faktor saya terlalu cintakan dia selain dia berjanji menjadikan saya isterinya. Disebabkan itu, saya terlalu menyayanginya walaupun menyedari dia suami orang," katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Menurutnya, hubungan cinta mereka dihidu isteri kedua teman lelakinya yang pernah datang ke rumahnya memberi amaran selain mengugut untuk melakukan sesuatu terhadapnya sekiranya hubungan itu diteruskan.


"Saya tak gentar diugut, malah lebih bersemangat untuk mempertahankan hubungan cinta kami kerana terlalu percaya janji dan kata-kata manis diungkapkannya yang mahukan saya bersabar dengan semua dugaan," katanya.


Nur berkata, hubungan mereka berjalan lancar hingga satu ketika teman lelakinya itu mendiamkan diri dan tidak dapat dihubungi menyebabkan dia seolah-olah gila hingga sanggup mencederakan dirinya sendiri.


"Ketika itu, saya seperti mayat hidup kerana tidak mempercayai dia sanggup meninggalkan saya yang banyak berkorban terutama memberikan wang dan menuruti setiap permintaannya. Mujur mak dan abah banyak membantu dan memberikan semangat," katanya.


Menurutnya, dia bernasib baik kerana berjaya menamatkan pembelajarannya dengan sempurna baru-baru ini walaupun pernah melalui perjalanan hidup malang kerana diperdaya lelaki yang bersikap mengikis dan mempermainkan cintanya.


"Kini, saya bersyukur kerana berjaya melupakannya hasil bantuan dan semangat keluarga dan rakan-rakan selain berusaha memulakan perjalanan hidup baru ke arah lebih baik.


"Saya pernah bodoh disebabkan cinta dan selepas ini berazam untuk lebih berhati-hati memilih teman lelaki bagi mengelak mengulangi kesalahan lalu," katanya.


Sementara itu, ibu bapa Nur yang dihubungi berkata, mereka mengetahui mengenai masalah yang dihadapi anak mereka dan sudah mendapatkan rawatan perubatan secara Islam untuk memulihkan semangat Nur.


Ibunya dikenali sebagai Samiah berkata, masalah yang dihadapi Nur diketahui melalui rakan-rakannya.


"Mak cik mengesyaki sesuatu kerana dia jarang balik dan sering minta wang. Selain itu dia pernah mencuri barang kemas saya," katanya.


Selepas ini, menurutnya dia akan cuba memastikan dan menasihatkan Nur supaya tidak salah memilih teman lelaki.

HM

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Kulum boleh,awat hang tak gigit? Kah!kah!kah!!

Posted: 16 Feb 2011 08:00 PM PST


BUKAN BUDAK NI


BUDAK TU BINGAI X HENGAT LA
KALAU KENA PAKSA KULUM
AWAT HANG TAK GIGIT?
KAH! KAH! KAH!
BANGANG SEBAKUL LA HANG

KANGKUNG MASAK LEMAK BETOI LA
HAMPAS NYOQ PUNYA CEGHITA
ADA KA BOLEH DOK BIAQ

YA A'AUWW!!!
BAIK LAYAN BERUK LAGI BAGUIH
KAH! KAH! KAH!






KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Hanya 36 penduduk Jeli undi Mustapa Mohamed?

Posted: 16 Feb 2011 05:00 PM PST

M FAQIH



JELI, 16 Feb: Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed mungkin menyembunyikan kekuatan sebenar Umno di parlimen Jeli dan Ketereh apabila hanya bergantung kepada undi tentera.

Malah di Jeli pula ada tambahan undi Orang Asal berjumlah 400 orang. Ini bermakna kalau dicampur undi pos dan Orang Asal berjumlah 4,400 orang pada pilihan raya umum lalu.

Dan pada pilihan raya umum lalu Mustapa mendapat majoriti 4,436 undi. Ini bermakna undi awam (penduduk di Jeli) yang mengundi Ketua Umno Jeli itu sekitar 36 orang sahaja.

Manakala di parlimen Ketereh pula terdapat kira-kira 3,000 undi pos pada pilihan raya umum lalu. Calon BN di Ketereh ketika itu, Tan Sri Annuar Musa tidak bernasib baik kerana tiada undi tambahan di kalangan masyarakat Orang Asal.

Telahan itu dapat dibuat apabila peratusan undi pos dan Orang Asli lebih 85 peratus berpihak kepada BN pada mana-mana pilihan raya di negara ini.

Yang Dipertua PAS Jeli, Mohd Apandi Mohamed berkata, berdasar kepada situasi itu calon BN di parlimen Jeli sudah ada 4,400 undi bonus dalam tangan sekarang.

"Sebab itulah sekarang Pengerusi Perhubungan Umno negeri bercakap mahu merampas Kelantan pada pilihan raya umum akan datang kerana kedudukannya di Jeli sudah selesa," katanya di sini.

Mengulas isu sama Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Abdul Kadir berkata, Mustapa lebih selesa berada di Jeli berbanding kampung asalnya di Bachok kerana faktor undi pos.

Kata beliau undi pos di kalangan anggota tentera hanya ada di parlimen Ketereh, Jeli dan Pengkalan Chepa.

"Sebab itulah ramai ketua bahagian Umno mahu mengintai peluang untuk bertanding di Jeli dan Ketereh. Pengkalan Chepa tidak menjadi fokus kerana undi pos tidak besar," katanya ketika dihubungi di Ketereh.

Pada pilihan raya umum lalu Abdul Aziz menang di Ketereh dengan majoriti 400 undi mengatasi Annuar Musa.

Bagaimanapun Apandi pernah menang di parlimen Jeli pada pilihan raya umum 1999 menewaskan Mustapa ketika gelombang reformasi mulai tercetus.

Ekoran kekalahan tersebut Mustapa dilantik sebagai senator untuk membolehnya dilantik sebagai menteri.

Apandi juga berkata, biar pun Jeli mempunyai kelebihan kepada Umno dan BN, namun dengan kerja keras semua anggota parti Pakatan Rakyat membolehkan sejarah 1999 berulang semula.

Kata beliau tumpuan sekarang menggerakkan pelbagai program sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi.

"Kita sudah jalankan pelbagai aktiviti dan program bagi menjelaskan pelbagai isu kepada rakyat di Jeli," katanya.

Dalam perkembangan lain beliau melahirkan rasa bersyukur apabila dakwaan ke atasnya sebelum ini mengemukakan tuntutan palsu sudah dibersihkan mahkamah.

Beliau berkata, mahkamah sesyen di Kuala Lumpur pada 11 Febuari lalu membebaskannya terhadap 13 pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan sewaan hotel pada tahun 2002.

"Saya meluahkan berbanyak-banyak rasa syukur kerana dibebaskan daripada tuduhan membuat tuntutan palsu semasa berkhidmat sebagai wakil rakyat di Jeli," katanya.

Baru-baru ini Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membebaskan Mohd Apandi terhadap 13 pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan sewa hotel.

Hakim Mohd Nasir Nordin membebaskan tertuduh selepas pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie.

Sebelum itu beliau didakwa mengemukakan tuntutan palsu sewa hotel Perdana Resort di Pantai Cahaya Bulan berjumlah RM31,050.

Penduduk Jeli juga ketika ditemui meluahkan rasa gembira memandangkan isu yang dipasang bagi menjerat Apandi sebelum ini sudah tidak ada lagi.

Penyelia Dun Bukit Bunga, Suply Abdul Razak berkata, Umno tidak mampu lagi menggunakan isu dakwaan penyelewengan terhadap Apandi memandangkan beliau sudah dibersihkan mahkamah.

HD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: