Selasa, 8 Februari 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Aktivis PAS sakit perlu sumbangan

Posted: 08 Feb 2011 06:22 AM PST

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH: Aktivis PAS, Abdul Manaf Mohamad, 71, terdampar akibat menderita sakit saraf dan buah pinggang sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Kampung Desa Murni Songsang, dekat sini.

Menurut anaknya, Salina, 24, bapanya yang merupakan bekas AJK Cawangan PAS Kampung Tan Sri Yahya, lumpuh sejak tiga tahun lalu dan kini terpaksa berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

"Ayah saya kini terpaksa berulang-alik ke Hospital Universiti Kebangsan Malaysia (HUKM) dan juga rawatan haemodialisis di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh bagi mendapatkan rawatan.

"Sebelum ini ayah merupakan pemandu bas, tapi sekarang tidak boleh bekerja lagi sedangkan masih punya tiga orang anak dalam tanggungan," katanya ketika di temui semasa lawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Dr Hamzah Jaafar ke rumahnya baru-baru ini.

Dalam lawatan tersebut Dr Hamzah turut menyampaikan sumbangan bagi pihak PAS Pahang. Turut hadir ialah Pengarah PAS Dun Mentakab Norazmi Abdul Majid.

Sementara itu, Salina turut merayu orang ramai yang sudi menghulurkan sumbangan bagi belanja membeli lampin dewasa dan ubat-ubatan kepada ayahnya, bolehlah memasukkan wang ke akaunnya di Maybank: 156057389591 atas namanya.

Beliau boleh dihubungi di talian: 0199873584

Merlimau: PAS Melaka telah lama bersedia

Posted: 08 Feb 2011 06:22 AM PST

Aziz Muda

KUALA LUMPUR: PAS Melaka telah sekian lama bersedia untuk menghadapi pilihan raya termasuk pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau yang akan diadakan pada 6 Mac ini.

Dalam menghadapi PRK Merlimau pula, PAS Melaka turut mempunyai harapan besar untuk menang, berdasarkan perubahan yang berlaku dalam masyarakat sekarang yang lebih yakin dengan PAS atau Pakatan Rakyat, berbanding Umno atau BN.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman (gambar) menegaskan, untuk menghadapi PRK Merlimau, pihaknya telah pun mempunyai beberapa nama untuk diserahkan kepada PAS Pusat untuk dipertimbangkan.

Menurut beliau, sehingga kini, pihaknya telah pun menyenaraipendekkan tiga atau empat nama untuk dipilih sebagai calon bagi PRK Dun Merlimau bagi pertimbangan PAS Pusat.

"Kesemua nama-nama itu adalah anak tempatan Merlimau. Kami telah memutuskan memilih orang tempatan sebagai calon bagi mengelakkan beberapa perkara yang tidak diingini termasuk penerimaan para pengundi di kawasan Dun Merlimau itu sendiri," katanya ketika dihubungi hari ini.

Kekuatan PAS untuk menghadapi pilihanraya itu, menurut beliau, sememangnya tidak dapat dinafikan lagi sebarang pihak, malah kalau hendak dikirakan dari segi sokongan, PAS sudah boleh dikatakan sudah menang walaupun belum bertanding.

"Tetapi dalam menghadapi pilihanraya termasuk di Tenang baru-baru ini, PAS tetap kalah. Kekalahan itu sebenarnya bukanlah disebabkan kekurangan undi kepada PAS daripada para pengundi, tetapi disebabkan tindakan Umno atau BN yang menipu dalam menghadapi pilihanraya," katanya.

Menurut beliau, Umno atau BN sebenarnya tidak akan menang dalam pilihanraya jika mereka bertanding dengan cara betul, tetapi kemenangan mereka disebabkan sikap mereka sendiri sejak dulu yang sering menipu dan berbohong dalam pelbagai sudut dalam menghadapi pilihanraya.

Dari segi kefahaman rakyat, seluruh rakyat Malaysia sendiri sudah cukup faham dengan sikap buruk Umno atau BN itu, sehingga menyebabkan orang ramai sudah tidak hairan lagi dengan kekalahan PAS dan kemenangan Umno atau BN dalam pilihanraya.

Dalam konteks Melaka, menurut beliau, rakyat Melaka sendiri turut faham dengan perkara itu, malah mereka sendiri sudah sekian lama terasa tertipu dengan permainan politik kotor pemimpin-pemimpin Umno atau BN selama ini.

"Di Melaka sebagai contohnya, Melaka dikatakan negeri maju, tetapi bagaimanakah pula dengan rakyatnya. Adakah orang-orang Melaka juga maju dan kaya raya?

"Yang kaya hanyalah para pemimpin atasan Umno atau BN, tetapi orang ramai termasuk ahli-ahli dan para penyokong Umno dan BN sendiri tak juga kaya-kaya sejak dulu.

"Itulah antara bukti penipuan para pemimpin Umno dan BN kepada seluruh rakyat Malaysia selama ini, termasuk kepada rakyat Melaka," tegasnya.

Oleh itu, beliau berharap agar orang ramai termasuk para pengundi di Dun Merlimau akan lebih faham dengan penipuan para pemimpin Umno dan BN kepada mereka selama ini dengan bangun mengubah sokongan kepada PAS atau Pakatan Rakyat.

"Tetapi seperti yang dah saya cakapkan dari awal tadi, walaupun kita atau PAS mendapat sokongan yang jauh lebih tinggi dari mereka (Umno atau BN) sekali pun, dalam pilihanraya kita tetap kalah juga kerana Umno menghadapi pilihanraya dengan menipu.

"Itulah sikap mereka selama ini. Nak harapkan mereka ubah sikap supaya tak menipu atau berbohong dah tak boleh kerana itulah Umno atau BN selama ini yang perlu disedari oleh orang ramai," katanya kesal.

PAS tiada calon besar di Merlimau

Posted: 08 Feb 2011 06:14 AM PST

Jika tidak ada calon besar peluang PAS menang adalah tipis.



MERLIMAU: Peluang PAS menang di Merlimau tipis kerana parti itu tidak mempunyai calon besar untuk bertanding dengan Barisan Nasional (BN), kata seorang pemimpin PKR Melaka.

Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, jika mahu calon besar, PAS terpaksa mengimport calon dari tempat lain.

"Sedangkan faktor calon boleh menjadi penentu dalam mana-mana pilihanraya terutama untuk piilihan raya kecil ini.

"Jika membawa calon luar dan mengenepikan orang tempatan juga berisiko besar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, mesyuarat Pakatan Rakyat memutuskan PAS akan bertanding kerusi DUN Merlimau yang akan diadakan pada 6 Mac depan.

Kata pemimpin PKR berkenaan, jika tidak ada calon besar peluang PAS menang berada dalam keadaan sukar dan hampir mustahil.

"Tetapi saya berharap PAS akan dapat mencari seorang calon besar untuk kerusi Tenang. Saya tidak mahu kalah lebih besar dari pilihan raya umum 2008," tambahnya.

Dalam pilihanraya tersebut, calon PAS Jasme Tompang kalah kepada Datuk Mohamad Hidzir Abu Hassan dengan majoriti 2,154 undi.

Mohd Hidzir meninggal dunia 20 Januari lalu akibat sakit jantung.

Pengarah Pilihanraya PKR Melaka, Mohd Yusof Abdullah ketika dihubungi hari ini menjelaskan pihaknya akan bekerja kuat untuk memastikan calon PAS menang.

"Kita menghormati keputusan Pakatan Rakyat memilih PAS bertanding di Merlimau. Jentera pilihanraya PKR telah bersedia untuk Merlimau," tambahnya

Krisis Mesir: Perkasa mahu kerajaan sedia dana bagi penuntut tahun pertama

Posted: 08 Feb 2011 06:11 AM PST

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini meminta kerajaan mempertimbangkan memberi pinjaman atau biasiswa kepada penuntut tahun pertama negara di Mesir yang mungkin terpaksa mengulang sekiranya tidak dapat mengambil peperiksaan pada tahun akademik ini.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata ramai penuntut Malaysia di Mesir dibiayai oleh ibu bapa yang kebanyakannya datang dari keluarga miskin pada tahun pertama dan hanya dijanjikan layak memohon biasiswa atau pinjaman jika lulus ke pengajian tahun dua.

"Jika peperiksaan tergendala, maka untuk tahun ke dua, ibu bapa terpaksa membiayai kos anak masing-masing yang belajar di Mesir," katanya dalam satu mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas berkata maklumat itu diperoleh daripada ibu bapa pelajar yang menuntut di Mesir dan meminta kerajaan mengambil perhatian perkara ini.

Lebih 7,200 penuntut dan warga Malaysia berjaya dibawa keluar dari beberapa bandar di Mesir ke Jeddah, Arab Saudi menerusi Ops Piramid.

Ia adalah operasi membawa warga Malaysia keluar dari Mesir yang sedang bergolak akibat tunjuk perasaan ratusan ribu rakyat negara itu yang mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

Ibrahim juga berkata amat wajar seluruh rakyat Malaysia, terutamanya umat Islam dan ibu bapa yang menjadi penyokong pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR)-PAS-DAP mengucapkan syukur kerana kerajaan bertindak pantas membawa keluar para pelajar dari bumi bergolak itu.

Beliau berkata walaupun tidak mudah, Ops Piramid yang dibiayai sepenuhnya kerajaan pusat tanpa mengira kecenderungan politik, dapat dilaksanakan.

"Jika ada yang tuduh ini tindakan cari untung politik, biar mereka tuduh. Jika usaha itu baik dan mulia, yang membawa pujian rakyat kepada pemimpin negara, baguslah... inilah yang dikatakan tanggungjawab politik dan kepimpinan," katanya.

KWSP mahu Imigresen halang 248 pengarah ke luar Negara

Posted: 08 Feb 2011 06:10 AM PST

BERNAMA

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengemukakan nama 248 pengarah syarikat kepada Jabatan Imigresen bagi menahan mereka daripada meninggalkan negara sebelum menjelaskan tunggakan caruman pekerja masing-masing.

"Membayar caruman kepada KWSP adalah kewajipan majikan yang tidak boleh dipandang ringan dan kami tidak akan teragak-agak untuk mendakwa majikan yang tidak mencarum untuk simpanan persaraan pekerja mereka," kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya KWSP pada suku keempat tahun lepas telah memfailkan 232 kes sivil dan 358 kes jenayah terhadap majikan yang tidak mencarum.

Dalam tempoh itu, 112 majikan telah didapati bersalah oleh mahkamah dan dikenakan denda berjumlah RM134,570 kerana tidak membayar caruman KWSP pekerja masing-masing.

Nik Affendi berkata majikan yang gagal mencarum biasanya diberi peluang membayar secara ansuran tunggakan mereka dan pembayaran dipantau oleh KWSP untuk memastikan ia selesai.

"Majikan sepatutnya tidak menganggap membayar caruman hanya sekadar mematuhi undang-undang tetapi ia adalah tanggungjawab mereka untuk memastikan pekerja bersara dengan selesa," katanya

Nik Aziz nafi mahu debat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan

Posted: 08 Feb 2011 06:06 AM PST

BERNAMA

KOTA BARU – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan yang beliau mahu berdebat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung beberapa kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah.

Sebaliknya Menteri Besar Kelantan itu (gambar) berkata yang beliau hanya bersedia berdebat dengan pihak yang lain tetapi bukan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Cerita nak debat dengan Majlis Fatwa ini saya tak tahu daripada mana punca keluar (berita) macam ini. Boleh jadi ada orang nak tumpang semangkuk nak naik nama dia.

"Tapi saya sendiri langsung tidak timbul nak debat dengan Majlis Fatwa. Saya kata kalau saya (hanya) nak debat dengan sesiapa tetapi bukan dengan Majlis Fatwa," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beberapa hari lalu akhbar tempatan melaporkan kesediaan Nik Aziz untuk berdebat dengan mana-mana pihak berkuasa termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan umat Islam di negara ini.

Pada Jumaat lepas, beliau dilaporkan berkata tiada masalah sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan mahu mengkaji semua kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam, malah beliau juga bersedia berdialog dengan majlis itu bagi menjelaskan pendiriannya.

Dua hari selepas itu pula, Nik Aziz dilaporkan meletakkan syarat supaya debat antara beliau dan Majlis Fatwa Kebangsaan atau pihak berkuasa perlu dilakukan secara terbuka bagi memastikan semua pihak dapat menilai perjalanan debat dan tidak dimanipulasi.

Sebelum ini, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan, Prof Madya Mohd Noor Deris meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Nik Aziz yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Beliau turut mencabar Nik Aziz untuk berdebat bagi mencari kebenaran namun ditolak pemimpin PAS itu yang mahukan debat itu dilakukan dengan mereka yang mempunyai kuasa sahaja dan bukan dengan Mohd Noor.

Daftar pengundi baru naik mendadak, diipercayai pengaruh spekulasi PRU13

Posted: 08 Feb 2011 06:06 AM PST

KUALA LUMPUR – Pendaftaran pemilih baru pada suku terakhir 2010, melibatkan bulan Oktober hingga Disember, meningkat secara ketara sehingga mencecah 300,000 orang – dilihat dipengaruhi 'demam' spekulasi pilihan raya umum dan gerakan pendaftaran secara agresif oleh parti-parti politik.

Perangkaan dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menunjukkan seramai 292,444 orang memohon mendaftar sebagai pengundi baru antara Oktober dan Disember lalu berbanding 246,962 orang antara Julai dan September lalu.

Jumlah permohonan baru bagi suku terakhir tahun lalu meningkat hampir sekali ganda berbanding suku pertama 2010.

Pada suku pertama Januari hingga Mac 2010, SPR menerima 134,298 permohonan baru dan ia meningkat kepada 191,970 sepanjang April dan Jun.

"Dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih suku tahun keempat, Oktober hingga Disember, SPR telah menerima sebanyak 292,44 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan sebanyak 38,820 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi," kata pegawai perhubungan awamnya Sabri Said dalam satu kenyataan.

Arah aliran peningkatan jumlah permohonan baru itu sama dengan situasi pada 2007 di mana ia mengalami peningkatan ketara menjelang pilihan raya umum ke-12, yang berlangsung pada suku pertama tahun 2008.

Sehingga 27 Disember lalu rekod SPR menunjukkan negara mempunyai 11,532,876 pengundi iaitu 5.956 juta pengundi kalangan orang Melayu, Cina (3.571 juta), India (839,700), Bumiputera Sabah (540,086), Bumiputera Sarawak (472,628), Orang Asli (57,453) dan lain-lain (94,555).

Dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider awal bulan lalu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau tidak dapat memberikan jumlah permohonan baru kasar melibatkan suku terakhir meskipun beliau mengharapkan ia akan mencecah paras 250,000.

Dalam kenyataanya hari ini Sabri berkata, selaras dengan kehendak Peraturan 13(5A) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi suku tahun keempat 2010 akan dipamerkan mulai esok hingga 15 Februari ini di 1,006 tempat pameran di seluruh negara.

Sehubungan itu kata beliau, mana-mana warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi seorang pemilih atau mana-mana pemilih yang telah memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi harus menyemak Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010.

"Dalam hal ini mana-mana warganegara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010 itu bolehlah membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B," katanya.

Beliau berkata, bagi mana-mana pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010 bagi satu-satu bahagian pilihan raya itu bolehlah membuat bantahan tersebut dengan mengisi Borang C.

Kata Sabri, selain mempamerkan nama-nama pemilih baru dan nama-nama pemilih berdaftar yang memohon untuk bertukar alamat pusat mengundi, SPR juga mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih.

"Asas SPR mengeluarkan nama pemilih berkenaan daripada Daftar Pemilih ialah kerana mereka ini didapati telah meningal dunia, lucut hak warganegara dan telah bersara daripada Angkatan Tentera atau perkhidmatan polis yang bermakna mereka telah hilang kelayakan sebagai seorang pemilih pos dan sebagainya," katanya.

"Di sini juga SPR ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-10 dan pilihan raya umum ke-13 akan datang, SPR menasihatkan kepada pemilih-pemilih berdaftar supaya membuat semakan maklumat pendaftaran pemilih mereka," katanya.

Kata beliau, ia penting bagi memastikan pemilih-pemilih terbabit didaftarkan di lokaliti yang betul dan bagi mengelak tohmahan atau dakwaan bahawa SPR memindahkan pemilih atau pun menukar lokaliti seseorang tanpa dipohon.

"Jika keadaan ini berlaku menjadi sesuatu pilihan raya, SPR tidak dapat mengambil tindakan sewajarnya.

"Sekiranya terdapat kesilapan penempatan lokaliti dan maklumat pendaftaran mereka, pemilih berdaftar perlu membuat aduan kepada SPR," katanya.

Selain itu katanya, bagi pemilih-pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin, mereka digalakkan untuk membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di sesuatu pusat mengundi berdekatan dengan tempat kediaman masing-masing.

"Jika ada mana-mana pihak yang mempunyai sebarang pertanyaan, boleh menghubungi ibu pejabat SPR melalui nombor telefon 03-88856500 atau melalui faks 03-88889117 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.

"Orang ramai juga boleh melayari laman web SPR di www.spr.gov.my untuk semakan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010," katanya.

Pemuda PAS: Lantik Mohd Noor menteri jika mahu debat Nik Aziz

Posted: 08 Feb 2011 06:04 AM PST


KUALA LUMPUR – PAS Kelantan hari ini mempertahankan pendirian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik yang menegaskan hanya akan berdebat tentang Islam dengan individu yang mempunyai kedudukan dan tauliah.

Kelmarin Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan mempersoalkan kedudukan dan kredibilit Pengerusi Biro Agama Veteran Umno Kelantan, Prof Mohd Noor Deris yang ingin berdebat dengan beliau.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Abdul Latiff Abdul Rahman berkata kedudukan Mohd Noor tidak setaraf dengan Nik Aziz yang merupakan tokoh pemimpin di negara ini.

"Dewan Pemuda PAS Kelantan ingin mengingatkan selaku Menteri Besar dan pemimpin tertinggi PAS, Tuan Guru Nik Aziz tentulah sepadan jika dipertemukan dengan individu yang mempunyai jawatan dan kuasa dalam parti atau kerajaan.

"Majlis Fatwa Kebangsaan yang dianggotai para ulamak atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk) (Seri) Jamil Khir (Baharom) sendiri boleh berhadapan dengan Tuan Guru Nik Aziz dalam sesi perbincangan atau perdebatan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Justeru, Abdul Latiff mencadangkan agar Umno melantik Mohd Noor sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri sekiranya mahu berdebat dengan Nik Aziz.

"Justeru, sekiranya Umno melihat hanya Mohd Noor layak berdepan dengan Tuan Guru Nik Aziz, Dewan Pemuda PAS Kelantan mencadangkan agar Mohd Noor dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan memberikan tugas menjaga hal ehwal agama.

"Beliau (Mohd Noor) amat berkelayakan menjawat jawatan tersebut memandangkan taraf ilmunya yang tinggi," katanya.

Abdul Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkebang berkata demikian ketika mengulas kenyataan Jamil Khir yang mengatakan Nik Aziz tidak perlu mengheret pihak lain, termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menegakkan kebenaran memadai berhadapan dengan Mohd Noor.

"Selesai dulu dengan Mohd Noor, soal agama ini bukan kira setaraf, layak atau tidak, dia (Nik Aziz) tak perlu babitkan orang lain, Majlis Fatwa kalau minta bagi fatwa bolehlah, tapi bukan atas permintaan individu tapi Raja. Itu peraturan fatwa, kalau dia nak cabar Majlis Fatwa, maknanya dia tidak faham fungsi dan peranan majlis.

"Sebagai orang agama, dia tentu lebih faham hukum agama, bukan menjatuh atau melemparkan hukum, tentukan siapa masuk syurga, kafir atau jahiliah," katanya Jamil Khir.

Isu berkenaan berbangkit apabila Nik Aziz mengeluarkan kenyataan mengelirukan umat Islam ketika berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang baru-baru ini, dengan mengatakan mereka yang tidak menyokong PAS ialah jahiliah.

Berikutan tindakan Nik Aziz itu, Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Nik Aziz itu yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Malah sebelum ini Nik Aziz juga mencetuskan pelbagai kontroversi termasuk mengeluarkan kenyataan umat Islam yang mengundi PAS masuk syurga dan undi Barisan Nasional masuk neraka.

Pilihan raya Sarawak Mac semakin hampir ?

Posted: 08 Feb 2011 04:37 AM PST

Masdarwahid

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiv6auBs6Vc9B8DLexcPT2pgzqk_EktsmppsODO0gejM8_LUQO4BS-p0LV42vGSM5uoW4nf65UijiO36jy84MkqE0RKupmti6YeEZaHsXrlVOL7F7OP-KGL6qondKfOyuSoIr3gyATZd8Lq/s400/pilihanraya_sarawak.gifSebelum ini Ahli Parlimen BN kawasan Stampin, Datuk Yong Khoon memberitahu wartawan di negeri itu bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan signal bahawa Pilihan Raya negeri Sarawak kali berkemungkinan diadakan pada penghujung Mac depan.

"Perdana Menteri telah mengarahkan kita (Ahli Parlimen) supaya turun padang sehingga ke peringkat akar umbi dan memberikan lebih perhatian kepada rakyat.

"Maka itu, saya merasakan pilihan raya negeri mungkin diadakan pada penghujung Mac," katanya kepada wartawan di Kuching pada 9 Januari lalu.

Secara kebetulan, pada 5 Februari lalu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mensasarkan semua 71 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dapat dijelajah menerusi penganjuran Karnival Mesra Belia menjelang akhir Mac ini.

Beliau berkata, setakat ini program yang bermula Januari lepas itu telah diadakan di 15 kawasan DUN, dan bakal menjelajah ke 30 lagi kawasan pada bulan ini.

Pada 23 Disember tahun lalu pula, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya akan mendapatkan bantuan keanggotaan dan logistik daripada Kontinjen Sabah dalam menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

Tempoh Dun Sarawak akan berakhir pada 24 Julai depan dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebelum ini memberitahu beliau memilih hari Sabtu untuk mengadakan pilihan raya di negeri itu. -

Pemimpin BN pula keluar parti

Posted: 08 Feb 2011 04:36 AM PST

Sumber : Masdarwahid

Selepas Pengasas Umno Sabah, Datuk Karim Ghani meninggalkan umno BN, kini tiba giliran Penasihat dan Pengasas Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tedewin Ngumbang @ Kibak anak Datu (gambar kanan) keluar parti.

PRS ialah sekutu BN Sarawak selain Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB).

Tedwin yang juga pengasas bersama PRS berkata, beliau meninggalkan PRS kerana beranggapan Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi PBB, Tan Sri Abdul Taib Mahmud membuli parti itu.

Tedwin juga muak dengan sikap Taib yang enggan menerima pelbagai cadangan PRS berkaitan kepentingan masyarakat Dayak walaupun isu itu kerap dibangkitkan parti pembangkang di Sarawak.

Lebih parah lagi, Taib juga menolak cadangan kepimpinan PRS agar Adun Pelagus, Larry Sng Wei Shien tidak pilih bagi mewakili

parti itu pada pilihan raya akan datang.

Kerusi Pelagus diperuntukkan untuk PRS dan Masing enggan mencalonkan Larry bagi kerusi itu pada pilihan raya akan datang kerana Larry sudah dipecat dari PRS sejak April 2009.

Sehubungan itu, tindakan Taib yang menekan kepimpinan PRS agar terus mencalonkan Larry bagi kerusi Pelagus dilihat oleh

kepimpinan PRS khususnya Masing dan Tedwin sebagai membuli parti itu yang sebahagian besar ahlinya merupakan masyarakat Dayak.

PRS berasal dari Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang dibubarkan sejak 2004 sehingga tertubuhnya PRS selepas itu. Menjelang

penubuhan PRS, Masing dan Larry masing-masing mendakwa sebagai presiden parti itu sebelum Masing diumumkan sebagai presiden parti itu tidak lama kemudian.

Namun, permusuhan Larry-Masing berterusan apabila Taib seolah-olah sengaja mahu melihat parti Dayak itu berpecah apabila melantik Larry sebagai Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri.

Malah, Larry juga sering diberi peluang luas oleh akhbar pro kepimpinan Taib di Sarawak termasuk termuramah secara langsung dalam program Jom Heboh di Sarawak setahun lalu.

Tindakan Tedwin keluar parti bertitik tolak dari itu kerana sejak dua tahun lalu, beliau yang bertindak selaku penasihat Masing kerap meminta presiden PRS itu bersabar dan terus berbincang dengan Taib agar Larry tidak dicalonkan bagi kerusi Dun.

Malah, cadangan sebelum ini agar pertukaran kerusi Pelagus dengan SUPP atau SPDP juga gagal kerana Taib berkeras mahukan Larry kekal bertanding di kerusi itu.

Rentetan itu, Tedwin keluar parti sebagai ugutan agar desakan parti itu terhadap Taib menjadi dan ia dilakukan menjelang pilihan raya negeri yang kian hampir.

Tempoh kerajaan semasa Sarawak berakhir pada 24 Julai depan. Turut kedengan ketika ini, anggota PRS peringkat akar umbi mendesak PRS keluar BN sebagaimana ugutan yang pernah dibuat SUPP sebelum ini apabila Taib enggan mendengar dan menerima tuntutan masyarakat Cina yang disuarakan SUPP.

Tedwin dijangka menyertai Parti Nasional Sarawak (SNAP), yang juga komponen Pakatan Rakyat di Sarawa dan dijangka bertanding untuk menewaskan Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang juga timbalan Presiden PBB, Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang bagi kerusi Dun Layar.

Jabu dan Ngumbang mempunyai tali persaudaraan dengan Tedwin didakwa mempunyai 'rahsia' mengenai Jabu yang boleh digunakan untuk mengalahkannya kelak.

Tedwin ketika ditanya tidak menolak kemungkinan tersebut namun akan berbincang dengan penyokongnya terlebih dahulu.

Turut berminat bertanding bagi kerusi itu ialah Joe Unggang bagi mewakili Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Situasi ini pastinya terus menekan Taib yang sehingga kini enggan membubarkan Dun walaupun mendakwa mereka sudah bersedia dan yakin untuk menang.

Menurut rekod, PRS diperuntukan 9 kerusi dan menang 8 daripadanya pada pilihan raya lalu, termasuk Dun Pelagus.

Mereka hanya kalah bagi kerusi Ngemah yang kini diwakili Gabriel Adit Demong yang juga Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM).

Berikut antara calon PRS pada pilihan raya negeri akan datang.

N 25 Balai Ringin Snowdon Lawan (Penyandang)
N 26 Bukit Begunan = Mong Ak.Dagang (Penyandang)
N29 Batang Ai = Malcolm Mussen (Penyandang)
N43 Ngemah = Alexander Vincent (Kalah dan dilantik semula)
N52 Tamin = Edwin Banta (Muka baru)
N53 Kakus = John Ak.Sikie (Penyandang)
N54 Pelagus = Wilson Nyabong (Muka Baru)
N56 Baleh = James Jemut Masing (Penyandang)
N57 Belaga = Liwan Lagang (Penyandang)


’Jerung Sarawak’ masih lagi selamat dari tindakan SPRM

Posted: 08 Feb 2011 04:28 AM PST

WARKAH DAILY

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang lembab menyiasat tuduhan penyalahgunaan kuasa dan rasuah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud oleh laman sesawang Sarawak Report.

"Setiap laporan kredibel harus diselidiki. Ini adalah pendirian standard yang kita pegang," katanya kepada wartawan sebelum berangkat ke Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Anwar, jika ada dakwaan dilemparkan ke atas dirinya, SPRM tidak akan berlenggah bagi menyiasat.

"Tetapi ketika tuduhan dilemparkan ke atas Perdana Menteri Najib (Abdul) Razak dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim dan juga ke atas Taib, SPRM lambat bertindak," katanya.

Anwar berkata Malaysia mempunyai dua set undang-undang - satu set undang-undang yang tidak 'bertaring' bagi golongan kaya dan berkuasa, dan yang kedua bagi rakyat biasa, seperti dirinya.

Perlu diubah

"Set undang-undang ini perlu diubah," katanya sambil menambah perkara itu tidaak akan berlaku selagi BN terus berkuasa.

Anwar juga mendakwa BN akan menghalang sistem itu dipinda bagi menjamin kedudukan mereka selagi mereka terus memerintah.

"(Jika) anda ingin memastikan bahawa ada keadilan dan keadilan, maka sistem harus diubah untuk kebaikan selamanya," katanya.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Sarawak Report telah mendedahkan laporan yang disokong dengan apa yang dikatakan adalah dokumentari dan bukti bahawa Taib, ahli keluarga serta rakan-rakannya telah menjadi jutawan.

Menurut Sarawak Report juga memuatkan artikel-artikel menuduh keluarga Taib diberikan kontrak melalui perundingan terus bagi projek membina dan menyelenggara jalan, jambatan dan projek-projek besar yang lain.

Krisis politik

Anwar juga memberi amaran akibat daripada penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang kronik mungkin akan menyaksikan bantahan oleh rakyat seperti yang dilihat pada krisis politik di Tunisia dan Mesir .

Perkara yang sama boleh terjadi di negara-negara Islam lain di Asia atau di tempat-tempat lain di seluruh dunia, katanya.

"Kita harus sedar apa yang berlaku di kedua-dua negara tersebut," katanya.

Justeru, beliau mengingatkan BN supaya tidak memperlekehkan atau menghina penduduk luar bandar dengan memikirkan mereka akan puas dengan sesekali jalan dan jambatan dibina di daerah mereka.

"Mereka ini rakyat Malaysia dan harus diberi hak dan kuasa untuk menentukan masa depan mereka sendiri," katanya.

Sehubungan itu, anwar berkata adalah penting bagi PKR untuk terus memperkukuh dan mempermantapkan kubu-kubunya dan bekerjasama erat dengan rakan kongsi Pakatan Rakyat - DAP, PAS dan SNAP di Sarawak.

"Ini juga adalah tugas para pemimpin nasional parti bagi memaklumkan kepada rakyat di Sarawak tentang perlunya perubahan, membersihkan rasuah dan menghapuskan penyalahgunaan kuasa," katanya. -Malaysiakini

Candu video lucah

Posted: 08 Feb 2011 03:33 AM PST

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN

KECANGGIHAN gajet seperti kamera dan perakam video serta Internet yang lebih mudah diakses menyebabkan penyebaran imej dan klip video lucah di negara ini kian menular.

Walaupun kemudahan tersebut dicipta untuk perkara lebih baik, ada juga yang menjadikannya medium paling murah untuk merakam dan menonton aksi pornografi. Ada pengguna yang sengaja merakam aksi intim sendiri untuk dijadikan koleksi peribadi.

Namun, ramai juga yang menggunakannya untuk mendapatkan wang, sama ada melalui jualan ataupun peras ugut.

Tidak hairanlah pada zaman dunia tanpa sempadan ini peratusan remaja yang terbabit dalam seks bebas menurut satu kajian dianggarkan lebih 27 peratus kerana peluang dan ruang semakin terbuka termasuk mendapat bahan lucah di telefon bimbit dan Internet.

Penyebaran melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan muat turun yang boleh dibeli pada harga murah memberi pengaruh negatif kepada kanak-kanak dan remaja.

Bersaing

Bermula dengan tengok sekadar suka-suka, ia boleh menjadi ketagihan sehingga timbul perasaan ingin mencuba.

Sebagai contoh, penyebaran meluas rakaman video membabitkan kanak-kanak yang juga adik-beradik berumur antara 11 hingga 14 tahun yang sedang melakukan hubungan seks akhir tahun lalu membuktikan pengaruh filem porno mengundang masalah yang lebih besar di negara ini.

Perlu diakui, zaman remaja adalah peringkat perkembangan individu mencari identiti diri.

Sekiranya tiada didikan daripada ibu bapa, mereka akan terpesong apatah lagi jika akrab dengan rakan sebaya yang sudah rosak akhlak.

Pensyarah Kanan, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor memberitahu, kanak-kanak dan remaja yang terdedah kepada perlakuan seks terutama secara langsung di depan mata mereka sendiri akan mempelajari dan menimba kemahiran tertentu, cuma belum sampai ke tahap mengamalkannya.

Beliau mempunyai pengalaman menjalankan satu kajian ke atas remaja perempuan berusia 12 tahun yang mengatakan melakukan seks tidak menjadi kesalahan, bahkan sering melakukannya dengan lebih daripada seorang pasangan.

"Itu kajian lima tahun dulu, remaja itu sudah sampai ke tahap begitu serius dalam seks bebas, apatah lagi pada peringkat usianya sekarang yang sudah 17 tahun," katanya.

Kosmo! sebelum ini mendedahkan hasil satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2009 yang mendapati 60 peratus kes perzinaan berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja UKM, Dr. Khaizil Ismail berkata, Kajian Remaja Berisiko Tinggi yang dijalankan selama enam bulan di pusat-pusat pemulihan akhlak di seluruh negara itu merangkumi kira-kira 600 responden yang berumur antara 15 dan 20 tahun.

Khaizil juga menyokong kenyataan bahawa kes buang bayi yang semakin banyak berpunca daripada menonton bahan lucah.

Selain cenderung melakukan zina, penyelidik di Pusat Penyelidikan Seks, Kesihatan dan Masyarakat Australia, Universiti La Trobe di Melbourne, Australia, Michael Flood mendapati kanak-kanak yang sering menonton filem porno menganggap kekerasan dalam hubungan seksual adalah perkara biasa.

Nafsu

"Menonton filem lucah adalah sumber pembelajaran seks yang salah kerana secara realitinya, aksi yang ditunjukkan adalah aksi yang keterlaluan.

"Filem lucah tidak menunjukkan kasih sayang, keintiman dan keistimewaan hubungan antara pasangan, sebaliknya ia mempamerkan kekasaran dan kekerasan lelaki terhadap perempuan demi memuaskan nafsu," jelasnya kepada USA Today.

Jelas Flood lagi, bukti dari seluruh dunia mendapati pornografi memberikan kesan negatif bukan sahaja kepada individu, tapi juga komuniti.

Bahkan, hasil daripada soal selidik yang dijalankan secara rambang, Flood merumuskan kanak-kanak yang suka menonton aksi lucah sering gagal dalam membina hubungan dengan pasangan dan kebanyakannya lebih gemar melakukan hubungan seks bebas.

Tahun lalu juga, akhbar-akhbar di Indonesia menyiarkan Komisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) menerima laporan mengenai kes perkosa melibatkan 33 kanak-kanak.

Ia dikatakan berpunca daripada pengaruh video porno penyanyi Ariel Peterpan yang ditonton.

Di Amerika Syarikat pula, dianggarkan kanak-kanak dan remaja lelaki berumur 12 hingga 17 tahun adalah golongan terbesar yang menonton video lucah kategori ekstrem yang menayangkan aksi seks kasar.

Suruhanjaya Kajian Pornografi Kebangsaan di negara itu pada tahun 1970 dan 1986 mendapati seorang daripada lima kanak-kanak lelaki serta seorang daripada 10 kanak-kanak perempuan mendapat pendedahan pertama kepada filem lucah seawal usia 12 tahun

Kosongkah DUN Pelabuhan Kelang?

Posted: 08 Feb 2011 03:31 AM PST

Oleh Haji Abdul Subky Latif

Lebih 20 tahun lalu saya tertanya-tanya mengapa seorang Yang Berhormat yang hendak meninggalkan negara baik untuk mengerjakan haji atau apa-apa tua tujuan menulis surat kepada Speaker memaklumkan pemergiannya dan minta cuti?

Mengapa? Dan apa perlunya?Rupanya dibimbangi ketiadaan mereka di dalam negeri mereka tidak hadir tanpa memaklumkan kepada Speaker dan sementara menunggu sidang yang selepas itu mereka didapati tempoh tiada hadir sidang melewati masa yang dibenarkan.

Mengikuti peraturan Dewan apabila Yang Berhormat tidak hadir sidang melebihi tempoh enam bulan tanpa pengetahun dan kebenaran Speaker maka gugur keahliannya seperti yang terjadi kepada ADUN Pelabuhan Kelang sekarang dan ADUN Kota Siputeh, Kedah yang kesnya masih tergantung itu.

Speaker Selangor mendapati rekod ADUN Pelabuhan Kelang tidak menghadiri siding lebih dari enam bulan tanpa memaklumkan kepada pejabat Speaker, maka Speaker pun dengan kuasa yang ada padanya menggugur keanggotaan ADUNnya. Demikian juga ADUN Kota Siputeh tidak memaklumkan kepada Speaker Kedah mengapa dia tidak menghadiri sidang bagi tempoh tertentu?

Speaker Selangorpun memaklumkan kepada SPR seperti yang dibuat oleh Speaker Kedah dulu, akan kekosongan kerusi DUN berkenaan dan minta SPR mengadakan pilihan raya kecil.

Yang menjadi tanda tanya sekarang adakah SPR akan mengadakan pilihan raya kecil di Pelabuhan Kelang dalam masa 60 hari selepas Speaker mengistiharkan DUN itu kosong?

Mengikut peraturan yang termaktub dalam perlembagaan Selangor DUN itu sah kosong apabila Speaker mengisytiharkannya kosong dan SPR mesti mengadakan pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan itu dalam tempoh 60 hari.

Logiknya Pelabuhan Kelang akan menghadapi PRK sebelum MAC ini. Tetapi mengikut apa yang terjadi di Kedah, SPR menerima perintah Speaker Kedah itu dan berlanjutlah ia ke mahkamah. Mahkamah pula ada peruntukan rayuan dan rayuan atas rayuan, maka sudah lebih setahun belum ada keputusan muktamat mahkamah.

Hal itu sudah tergantung sekian lama. Pengundi di Siputeh tidak tahu adakah mereka ada ADUN atau tidak. ADUN yang dilucutkan itu pun tidak tahu dia masih ADUN atau tidak? Speaker pun tidak tahu penggugguran yang dibuatnya laku atatu tidak?

Kalau kosong katakan kosong dan kalau tidak katakan tidak. Plihan raya kecil sepatutnya diadakan dalam tempoh 60 hari ia diumumkan kosong. Mahkamah tidak pula memerhatikan peraturan itu, tidak menyegerakan membuat keputusan mengikut tempoh yang diperuntukkan oleh perlembagaan.

Kes itu tergantung seperti lain-lain yang tidak disebutkan tempoh ia perlu diselesaikan.

Apakah SPR akan bertindak seperti yang di Kedah itu juga?

Sepatutnya SPR mesti membuat persiapan segera bagi mengadakan pilihan raya kecil di Pelabuhan Kelang. Itulah kerjanya. Apabila Speaker memaklum ada kerusi kosong, maka SPR mengambil tindakan segera sebagaimana menghadapi kekosong berikut kematian ADUN at au Anggota Dewan Rakyat.

Kalau keputusan Speaker itu dirasakan tidak tepat, bukan SPR yang mempersoalnya, tetapi biar ADUN yang dilucutkan itu yang bertindak membawanya ke mahkamah seperti yang dibuat oleh bekas ADUN Pelabuhan Kelang sekarang.

Bukan SPR yang mengadu kepada mahkamah tetapi SPR menumpukan kerja bagi mengisi DUN yang Speaker kata kosong itu. SPR menentukan tarikh PRK dan mahkamah pula sewajarnya menyegerakan keputusannya supaya pilihan raya kecil itu dapat diadakan mengikut yang dijadualkan.

Dalam hal ini kuasa Speaker adalah besar.Perdana Menteri atau Menteri Besar tidak boleh campur urusan Speaker. Demikian juga SPR, ia tidak diberi kuasa untuk mentakwil kuasa Speaker. Tanggongjawab SPR ialah menerima arahan Speaker dan membuat persiapan pilihan raya.

Kalau Speaker lebih berkuasa dari Perdana Menteri dan Menteri Besar, sudah tentu SPR juga boleh campur tangan dengan keputusan Speaker.

Apabila SPR mentakwil keputusan Speaker seperti yang berlaku di Kedah dan di Perak dulu, maka SPR telah menjadikan diri lebih sudu dari senduk. Sudu tetap menjadi sudu dan tidak boleh jadi senduk. Kalau sudu jadi senduk, senduk tetap tidak boleh jadi sudu.

SPR sekarang sudah dilihat menyebok. Ia membuat apa yang ia tidak patut buat. Tindakannya mempertikai keputusan Speaker Perak dan Speaker Kedah telah menyebabkan berlaku huruhara di Perak.

Jika SPR menerima arahan Speaker Perak tentang kekosongan tiga DUN berikut ADUNnya yang melompat, maka ia tentu tidak menyeret Istana dalam krisis politik dan perlembagaan di negeri itu. Istana tidak akan terlibat untuk menyelesaikan krisis itu juka ia dapat diselesaikan di peringkat bawah.

Apabila istana pula terpaksa terlibat bagi menyelesaikan perkara yang tidak diselesai oleh SPR, maka ia mencemarkan istana dengan berbagai persoalan. Elok istana tidak pernah berdepan dengan tunjuk perasaan, maka istana telah dicemari oleh tunjuk perasaan rakyat.

Banyak sejarah tercatit di Perak yang tidak berlaku di tempat lain berikut dengan kerenah SPR hendak menunjukkan ia sama besar dengan Speaker. Tidak pernah sidang DUN di negara ini dikawal ketat oleh polis, maka polis telah berperanan dalam sidang. Biasanya polis tidak pernah dibawa ke perkarangan sidang, tetapi ia berlaku di Perak.

Semuanya gara-gara SPR jadi lebih sudu dari senduk.

Jangan berulang pula di Pelabuhan Kelang SPR mempertikai juga keputusan Speaker. Kalau sudah sudu jadilah seperti sudu. Biarlah senduk jadi senduk. Sebelum Mac 2011 berakhir hendaknya selesai pilihan raya kecil Pelabuhan Kelang.

Jangan jadikan PRU 13 sebagai penyelesaian semua masalah, kerana Selangor adalah bersama negeri di bawah Pakatan Rakyat yang lain tidak mengadakan pilihan raya umum yang serentak jika ia diawalkan.

Pelabuhan Kelang akan jadi krisis berlarutan jika keputusan Speaker itu ditakwil SPR.

http://www.themalaysianinsider.com

Umno Sabah Masuk jerat PKR!

Posted: 08 Feb 2011 03:25 AM PST

Oleh Musli Oli

Sepanjang minggu, berita politik yang menarik ialah peristiwa "lompat parti" Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Sabah, Pajudin Nordin. Keluar dari PKR dan menyatakan hasrat menyertai UMNO.

Apa yang menjadi tanda soal bukan perbuatan melompat atau tukar parti tetapi tempat pengumuman tersebut dibuat iaitu di Sri Gaya, kediaman rasmi KM Sabah. Ada juga yang bertanya kenapa KM Sabah turut bersama dalam pengumuman itu?

Tindakan KM Sabah sebagai Pengerusi UMNO dan BN negeri telah mengundang kemusykilan rakyat. Rakyat skeptical dengan ketelusan kedua-dua pihak, Pajudin dan Musa Aman. Sebenarnya BN mengundang spekulasi dengan mengadakan pengumuman di Sri Gaya.

UMNO Sabah sebenarnya melakukan kesilapan besar dan saya anggap telah termasuk perangkap PKR! Pajudin adalah "ikan bilis" yang dijadikan umpan PKR. Perlantikannya sebagai PPN belum rasmi hanya diperingkat cadangan.

Peristiwa berlaku ekoran dua kumpulan yang melobi jawatan PPN. Kumpulan penyokong Ansari Abdullah dan kumpulan yang mahu mengekalkan Thamrin Hj Zaini sebagai PPN. Ketika kedua-dua pihak yang bertelegah bertemu dengan Saifudin Nasution, disebut nama Pajudin Nordin, Naib Ketua Cabang Tuaran.

Kononnya Pajudin adalah "compromise candidate" untuk meredakan penyokong Ansari Abdullah dan penyokong Thamrin Hj Zaini. Nama Pajudin ini kemudainnya di bawa Saifudin Nasution ke KL untuk disahkan.

Keesokan hari, Pajudin Nordin buat PC mengumum perlantikannya sebagai PPN, walhal yang sepatutnya membuat pengumuman ialah Presiden PKR! Selepas itu berlaku bantahan daripada 18 ketua cabang yang tidak mahu Pajudin menjadi PPN. Pajudin tahu jawatannya tidak boleh bertahan lama dan bertindak segera mengadakan pertemuan dengan pemimpin UMNO.

Pemimpin tertinggi PKR tersenyum dengan tindakan UMNO di Sabah. Di Sabah, rakyat tidak heran dengan perbuatan lompat melompat. Kerajaan BN yang memerintah Sabah sekarang ini pun asalnya adalah "kerajaan lompat".

Tak perlulah flashback peristiwa yang berlaku selepas pilihan raya 1994 itu kerana rakyat masih ingat peristiwa sama berlaku di Perak dua tahun lalu.

Ada dua perkara yang paling banyak berlaku Di Malaysia sejak 2008. Pertama, paling banyak berlakunya pilihan raya kecil, sebanyak 15 kali. Dua PRK kerana wakil rakyat berundur (Penanti dan Bukit Selambau) yang lain kerana kematian. Perkara kedua ialah tindakan "keluar parti".

Di Semenanjung, kebanyakan yang keluar parti ialah wakil rakyat PKR. Di Perak dua wakil rakyat daripada DAP. Tetapi kebanyakannya tidak menyertai parti kerajaan tetapi menjadi anggota BEBAS. Hanya di Sabah sahaja pemimpin PKR yang keluar umum sertai UMNO.

Di Sabah juga, pemimpin politik bertukar parti parti seperti menukar seluar dalam. Sejak 2008, pemimpin utama bertukar parti termasuk Datuk Raymond Tan, Datuk Peter Pang, Tan Sri Liew Yun Fah. Raymond adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah ketika keluar dari SAPP dan menyertai parti Gerakan.

Peter Pang adalah Timbalan KM Sabah keluar dari LDP dan sertai parti Gerakan dan di kekalkan jawatan dalam kabinet Sabah. Di Sabah, tukar parti tidak menjejaskan kedudukan dalam kerajaan.

Manakala antara pemimpin kanan BN yang meninggalkan parti termasuk Datuk Kalakau Untol (UPKO ke PKR) dan Datuk Karim Ghani (UMNO ke PKR).

http://muslioli.blogspot.com

Najib Sedar ADUN-ADUN BN Sarawak Ada Yang Menipu

Posted: 08 Feb 2011 03:23 AM PST

KELAB GREENBOC

Jumpa Najib: Sesetengah ADUN BN menipu

Beberapa ADUN BN dilaporkan berbohong tentang diri mereka sendiri ketika pertemuan hati ke hati mereka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Najib di Miri, minggu lalu.

ADUN BN, Dr Jerip Susil dan Daud Abdul Rahman mengesahkan sesetengah rakan mereka berbohong.

Dr Jerip, seorang pengamal perubatan berkata perdana menteri kelihatan marah apabila mendapati sesetengan ADUN tidak memberikan cerita yang sebenar mengenai kawasan mereka.

"Beliau memiliki semua maklumat yang tercatat dalam buku nota bagi setiap ADUN yang diperolehi dari BN.

"Maklumat ini dikumpul oleh Cawangan Khas, Jabatan Penerangan dan agensi-agensi yang berkaitan berhubung setiap ADUN.

"Walaupun kami bertemu satu dengan satu dengan perdana menteri, tetapi mereka yang menunggu di luar boleh mendengar perbualan yang berlangsung.

"Saya terdengar ada yang cuba untuk mengatakan sesuatu, tetapi Najib yang menyelak halaman buku notanya dan bertanya 'awak pasti?'dengan suara yang jelas," kata Dr Jerip, yang juga ADUN Bengoh.

Beliau memberikan contoh, apabila perdana menteri bertanyakan tentang demografi penduduk, beberapa ADUN jelas tidak dapat memberikan jawapan dan cuba menukar tajuk.

"Perdana Menteri tidak senang dengan jawapan seperti itu," katanya.

Menurutnya, perdana menteri dilaporkan berkata pengetahuan mengenai demografi penduduk adalah penting bagi menentukan pola pengundian sesuatu kawasan dan masyarakat.

Dr Jerip berkata dia tidak menghadapi masalah pada sesinya dengan Najib.

Daud, yang juga naib presiden Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) dan penolong menteri di pejabat ketua menteri berkata sesetengah ADUN menganggap diri mereka sebagai luar biasa kemampuan mereka.

Menurut Daud, tidak ada gunanya berbohong atau terlalu memuji diri mereka sendiri di hadapan perdana menteri kerana Najib tahu perkara yang sebenarnya.

"Apabila mereka terlalu memuji diri sendiri, perdana menteri terus menegur mereka. Najib tidak menyembunyikan rasa tidak senangnya pada ADUN seperti itu," katanya yang juga ADUN Tupong. -mk

Ulasan GB

Jika ADUN-ADUN BN ini dengan Najib sendiri pun ditipunya, apatah lagi dengan rakyat di kawasan mereka.

Kecewa polisi BN, tokoh pendidikan Tamil sertai KEADILAN

Posted: 08 Feb 2011 03:21 AM PST

Sidiqin Omar

Ponmugam (dua dari kanan) menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali

PETALING JAYA: Walaupun telah merdeka sejak 53 tahun, Malaysia masih gagal melahirkan masyarakat yang seimbang dan harmoni disebabkan polisi salah dan pincang yang diamalkan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata tokoh pendidikan Tamil, bekas wartawan dan juga peguam, Ponmugam Ponnan.

Ponmugam berkata demikian sewaktu menyerahkan borang keahliannya kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali dalam satu majlis ringkas di Ibu Pejabat KEADILAN di Tropicana, hari ini.

Turut hadir sama, Naib Presiden, N Surendran, Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

Ponmugam sebelum ini bertugas sebagai penterjemah di Jabatan Penerangan dan pernah menerbitkan dua buku yang menyentuh permasalahan kaum India di Malaysia.

Beliau yang berpengalaman sebagai pembantu editor di akhbar Tamil Nesan pernah dipenjarakan akibat tulisannya yang melaporkan tentang darurat di Kuala Lumpur.

"Pemahaman politik yang sempit mengakibatkan kaum minoriti diabaikan secara ekonomi, pendidikan dan budaya. Malah, polisi yang dibuat kerajaan Barisan Nasional ini menggalakkan amalan yang tidak beretika," kata Ponmugam.

Tambahnya lagi, beliau percaya KEADILAN adalah wadah terbaik memperjuangkan agenda kemakmuran hidup rakyat merentasi warna kulit.

"KEADILAN adalah sebuah parti yang ditubuhkan di atas prinsip semua kaum diberi peluang yang sama termasuk pekerjaan, perniagaan dan pendidikan.

"Saya sertai KEADILAN dengan kepercayaan bahawa bersama pimpinan parti serta anggotanya, saya mampu bekerja untuk kebaikan semua, menyemai persefahaman dan membina persekitaran yang aman, makmur serta hormat menghormati.

"Dalam konteks ini, saya akan bekerja keras untuk komuniti India, dan saya bangga dengan pimpinan Pakatan Rakyat," kata Ponmugam dalam satu kenyataan selepas mengumumkan penyertaannya ke dalam KEADILAN.

Nurul Izzah tuntut penjelasan jejantas semeter RM70,422

Posted: 08 Feb 2011 03:17 AM PST

Norutul Ilham

KUALA LUMPUR: Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menggesa supaya Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail memberi penjelasan berhubung kos pembinaan jejantas yang menelan belanja RM10 juta.

Pembinaan jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter itu dibina menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan Hotel Impiana, Kuala Lumpur.

Projek itu kini masuk fasa kedua itu dilaporkan dibiayai Petronas dengan sumbangan RM100 juta untuk laluan sepanjang enam kilometer manakala bakinya dibiayai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan syarikat swasta.

"Angka ini bermakna, secara purata RM70,422 digunakan untuk semeter (jejantas), jumlah yang menuntut penjelaskan sama ada wang awam digunakan dan mesti diambil tindakan," kata Izzah yang juga Naib Presiden KEADILAN.

Dalam kenyataannya hari ini, Nurul Izzah turut mempersoalkan samada projek itu melalui tender terbuka dan kos sebenar pembinaan jejantas berkenaan.

"Adakah syarikat berkaitan kerajaan(Petronas, KLCC Holdings Sdn Bhd, DBKL, dan Prasarana) terlibat, adakah projek itu dibuat secara tender terbuka yang mana pilihan yang lebih murah dapat dikenal pasti?" katanya.

"Berapa sebenarnya angka pembinaan jejantas itu? Ekoran jejantas itu berhawa dingin, berapa kos pengurusan dan operasi dan apakah kosnya akan sentiasa meninggi ekoran kenaikan harga elektrik? soal beliau bertalu-talu.

"Ini semua soalan yang saya ingin ajukan kepada Datuk Raja Nong Chik sebagai menteri yang berkenaan dan juga datuk bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail, dan saya harap dapat dijawab dengan rasa tanggungjawab dan penuh kejujuran," ujar Izzah.

Justeru itu beliau meminta semua kementerian-kementerian, badan-badan dan organisasi kerajaan untuk memimpin melalui teladan dan menghentikan perbelanjaan yang keterlaluan.

"Akhir sekali, isu ini menunjukkan betapa pentingnya jawatan datuk bandar Kuala Lumpur ini dipilih melalui pilihanraya agar beliau benar-benar bertanggungjawab kepada penduduk Kuala Lumpur," ujar beliau.

Umno Jangka Pas Akan Bertindak 'Luar Biasa' Mahu Rampas Kerusi Merlimau

Posted: 08 Feb 2011 03:15 AM PST

PETALING JAYA: Umno sedia berhadapan dengan PAS yang dijangka akan menggerakkan jenteranya habis-habisan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, selepas beberapa siri kekalahan PAS menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil sebelum ini, parti itu pastinya akan bertindak 'luar biasa' untuk memenangi pilihan raya kecil kali ini.

"Kita dapat jangkakan mereka akan bertindak luar biasa dan pasti akan cuba sedaya upaya memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

"Bagaimanapun kita tidak gentar dan sedia memberi saingan kepada PAS," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat semalam yang bersetuju agar PAS mewakili pakatan pembangkang itu di Merlimau.

Keputusan itu sekaligus menenggelamkan hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang turut menawarkan diri bertanding di kawasan berkenaan.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, Umno optimis untuk mempertahankan kerusi DUN Merlimau yang menjadi kubu kuat parti itu.

Bagaimanapun Ahmad menegaskan, Umno tidak memandang rendah kekuatan jentera parti pembangkang terutamanya dalam setiap pilihan raya kecil.

"Setiap kali pilihan raya memang kita nak menang dan kita yakin gelombang yang berlaku di pilihan raya kecil DUN Tenang akan berlaku di Merlimau, insyaAllah kita akan berusaha kekalkan penguasaan di Merlimau.

"Tapi pada masa yang sama kita tak memandang rendah kekuatan yang ada pada mereka, kita akan berusaha untuk melakukan yang terbaik," katanya.

Mengulas mengenai tahap penerimaan awal pengundi di DUN berkenaan, Ahmad berkata: "Keadaan di Merlimau dan Melaka dari segi ekonomi dan politik begitu baik.

"Kita yakin rakyat akan terus memberi kepercayaan kepada BN untuk terus memperjuangkan nasib mereka... sebab itu saya katakan peluang kita amat baik namun kita tidak akan berasa terlalu yakin, kita perlu kerja keras."

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pada 20 Januari lalu. Ia pilihan raya kecil ke-15 sejak Mac 2008. Pada Pilihan Raya Umum 2008, Mohamad Hidhir yang juga Exco kerajaan negeri menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Proses penamaan calon pilihan raya kecil DUN Merlimau ditetapkan 26 Februari ini, manakala 6 Mac sebagai tarikh pengundian. DUN Merlimau mempunyai 10,679 pemilih berdaftar.

Kes Saman MP Shah Alam Terhadap Utusan Malaysia Ditetapkan 25 Mei Nanti

Posted: 08 Feb 2011 03:13 AM PST

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, menetapkan 25 Mei ini untuk mendengar kes saman yang difailkan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad kerana menerbitkan kata-kata fitnah terhadapnya pada 11 Sept 2009.

Pesuruhjaya Kehakiman Dr Prasad Sandosham Abraham menetapkan tarikh tersebut selepas kes itu disebut di hadapannya pada Selasa.

Dalam saman yang difailkan tahun lepas, Khalid dari PAS, menamakan Ketua Pengarang Kumpulan akhbar Utusan Malaysia dan juga akhbar Mingguan Malaysia Datuk Aziz Ishak dan penerbit juga pencetak akhbar Utusan Malaysia dan juga Mingguan Malaysia sebagai defendan.

Beliau mendakwa pada 11 September 2009, Aziz, selaku Ketua Pengarang Kumpulan akhbar Mingguan Malaysia telah dengan niat jahat membenarkan penerbitan dan pencetakan kata-kata fitnah terhadapnya di muka depan akhbar itu.

Beliau berkata kata-kata dalam artikel bertajuk "Zulkifli bidas "Pak Janggut" itu adalah secara langsung atau tidak langsung merujuk kepadanya meskipun namanya tidak disebut dalam kata-kata itu.

Khalid mendakwa kata-kata itu merujuk kepadanya berdasarkan beliau adalah Ahli Parlimen Shah Alam dan beliau adalah individu yang berjanggut.

Beliau mendakwa kata-kata dalam makna asal dan biasa bermakna beliau sanggup memutar belit ayat-ayat Al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam, beliau tidak menghormati kesucian Al-Quran dan beliau adalah seorang yang sesat kerana sanggup memutar belit ayat Al-Quran.

Khalid berkata kata-kata itu adalah tidak benar dan jelas bersifat fitnah terhadapnya dan akibat penerbitan kata-kata itu, beliau telah menanggung rasa malu, dihina dan dikeji di kalangan masyarakat.

Beliau mendakwa tindakan defendan-defendan menerbitkan kata-kata itu adalah suatu yang disengajakan, dibuat tanpa sebarang usul periksa dan dengan niat jahat bagi mensensasikan berita untuk melariskan jualan akhbar.

Khalid memohon ganti rugi am, teladan, melampau dan kos.

Defendan-defendan dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 7 Jan lepas, berkata berita itu telah diterbitkan semula oleh defendan berlandaskan satu penulisan/komentar oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin pada 9 Sept 2009, di dalam blog rasmi Zulkifli.

Defendan mendakwa berita itu telah diterbitkan semula oleh defendan merupakan kenyataan Zulkfili yang bertujuan untuk makluman umum.

Isu Panas Pegawai Kanan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Di 'Tangkap Khalwat'.....

Posted: 08 Feb 2011 03:04 AM PST

PAHANG DAILY

KUANTAN - Orang ramai di bandar ini menggesa Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang baru, Dato' Hj. Muhammad Ubaidullah (foto) untuk mengambil tindakan segera untuk mendakwa seorang Pegawai Kanan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang ditangkap khalwat.

Segala bukti dan kertas pendakwaan terhadap individu terbabit telah pun disiapkan, cuma semua pihak kini keliru kenapakah Bahagian Pendakwaan JAIP masih menyimpan fail tersebut.

Pegawai terbabit telah ditangkap bersama pasangannya yang juga kakitangan di MUIP November tahun lalu, di Hotel Grand Contienantal Kuantan. Malah, operasi penangkapan telah dilakukan sendiri oleh Pegawai Penguatkuasa JAIP.

Hasil tangkapan tersebut, siasatan telah dilakukan oleh pihak terbabit dan ternyata pasangan berkenaan bukanlah "muhrim yang sah" dan ternyata melakukan maksiat di hotel tersebut.

Namun, anehnya selepas sekian lama menunggu pendakwaan masih belum dijalankan hingga ke saat ini. Entah apa yang berlaku agaknya, tiba-tiba isu tersebut sengaja dipendamkan begitu sahaja. Malahan terdapat maklumat mengatakan bahawa kes itu akan ditukar kepada "berkahwin diluar kawasan" bagi tidak memalukan Pegawai Kanan MUIP berkenaan.

Tindakan ini adalah tidak adil kepada umat Islam di negeri ini. Malah, selama ini setiap tangkapan yang dibuat terhadap orang awam begitu pantas sekali JAIP menyiapkan kertas siasatan dan pendakwaan.

Namun, apabila melibatkan seorang pegawai yang ada kedudukan dalam agensi agama di Pahang mereka seolah-olah tidak berani untuk meneruskan pendakwaan tersebut.


Janganlah rosakkan nama Jabatan Agama Islam dengan isu panas ini

[Ternyata apa yang berlaku ini amat mengecewakan umat Islam sebenarnya. Sudahlah semua media arus perdana dihalang membuat laporan kes ini, menyebabkan tidak ramai yang mengetahui insiden tersebut.

Kini mereka cuba pula untuk menyelamatkan seorang individu yang jelas telah melanggar undang-undang malah agama Islam itu sendiri. Undang-undang sengaja mahu dipermainkan oleh pihak terbabit. Justeru itu, besar harapan kita agar Pengarah JAIP yang baru itu dapat melakukan sesuatu untuk menyelamatkan imej JAIP itu sendiri hendaknya.

Janganlah cuba menutup kesalahan yang jelas bertentangan dengan agama semata-mata mahu menjaga nama baik individu serta jabatan agama itu sendiri].

Shuhaimi dituduh menghasut - Kenapa Dr Mahathir, Anwar Ibrahim, Sanusi Junid, Najib dan yang lain tidak dituduh?

Posted: 08 Feb 2011 03:00 AM PST

Aspan Alias

Ahli Dewan Undanga negeri Sri Muda Shuhaimi Shafiei hari ini dihadapkan ke mahkamah kerana tuduhan 'seditious' terhadap ke Bawah Duli Tuanku Selangor melalui halaman blognya semasa Selangor menghadapi krisis perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini.

Beliau dituduh dibawah seksyen 41(1)(c) yang membolehkan beliau dipenjara tidak kurang dari 3 tahun dan denda tidak melebihi RM5000. Shuhaimi setakat yang saya ingat merupakan ahli Legislatif yang pertama berhadapan dengan tuduhan seperti ini.

Bagi saya jika benar Shuhaimi melakukan kesalahan itu maka beliau wajar menerima apa-apa hukuman setimpal jika beliau didapati bersalah mengikut lunas-lunas undang-undang. Itulah gunanya undang-undang diwujudkan untuk melindungi pihak-pihak yang wajar dilindungi dan memberikan hukuman kepada sesiapa yang menyalahi undang-undang yang digubal oleh mana-mana Dewan Legislatif di negara ini.

Tetapi apa yang memusykilkan saya ialah kenapa undang-undang itu dikuat kuasakan hanya kepada Shuhaimi dan hanya sekarang sahaja baru pihak yang berwajib begitu tangkas dan cepat menghadapkan Ahli Dewan Undangan negeri itu ke muka pengadilan?

Saya bertanya soalan ini kerana semasa krisis perlembagaan yang paling hebat pada 1993 dahulu banyak lapuran polis telah dibuat terhadap ramai pemimpin UMNO termasuk Dr Mahathir, Abdul Ghaffar Baba (Allahyarham), Hanafiah Man dari Alor Setar, Anwar Ibrahim, Najib Tun Razak, Nazri Aziz, Sanusi Joned, Utusan Melayu, Berita Harian dan ramai lagi individu-individu yang telah menghina Raja-Raja Melayu masih belum diambil tindakan?

Utusan Melayu telah menyiarkan berita yang Ke Bawah Duli Yang DiPertuan Besar NS Almarhum Tuanku Jaafar telah menyewakan tanah Baginda untuk membela babi di Lukut yang merupakan fitnah yang tegar dan menghina kedaulatan seorang Raja Melayu?

Semasa itu pemimpin-pemimpin UMNO kesemuanya telah membuat kenyataan-kenyataan 'seditious' dan disiarkan didada-dada akhbar dan dibaca oleh semua rakyat di negara ini. Kalau nak dikira, hampir keseluruhan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Menteri-Menteri UMNO sepatutnya dihadapkan ke mahkamah untuk diadili.

Dalam krisis itu Raja-Raja Melayu dihina dan dinesta oleh pemimpin Melayu dari UMNO sendiri. Tidak pula kedapatan kenyataan-kenyataan yang 'seditious' dari pemimpin-pemimpin bukan Melayu dari DAP dan MIC. PAS juga tidak membuat sebarang kenyataan yang menghina Raja-Raja Melayu kerana PAS tidak menyokong pindaan untuk mengurangkan kuasa Raja yang telah diperuntukkan oleh perlembagaan negara.

Jika dibandingkan kenyataan Suhaimi dengan kenyataan menghentam Raja-Raja Melayu dahulu ianya ibarat langit dan bumi. Saya ingin menekankan supaya Dr Mahathir, Anwar Ibrahim dan kalau boleh Sanusi Joned juga dihadapkan ke mahkamah kerana mengetuai UMNO yang telah membuat kenyataan-kenyataan yang sangat 'seditious' ketika itu.

Kenyataan mereka itu membayangkan seolah-olah Raja-Raja Melayu itu tidak ada langsung gunanya kepada rakyat dan negara. Pihak yang berwajib tidak boleh melakukan 'selective prosecution' kerana itu merupakan tindakan yang tidak adil.

Campak mangsa rogol tepi jalan

Posted: 07 Feb 2011 09:55 PM PST

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud


PARAH...Hamdan menunjukkan gambar mangsa.

PARAH...Hamdan menunjukkan gambar mangsa.

SEREMBAN: Sungguh menyayat hati apabila seorang wanita yang dipercayai menjadi mangsa rogol dan belasahan ditinggalkan dalam keadaan koma di persimpangan lampu isyarat di Pekan Lukut, Port Dickson, petang Jumaat lalu.

Mangsa berusia 20-an dipercayai warga tempatan hingga kini masih kritikal dan bergantung alat bantuan pernafasan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) selepas dirujuk dari Hospital Port Dickson (HPD).

Ketika ditemui kira-kira jam 6.35 petang Jumaat lalu, mangsa tidak memiliki identiti pengenalan diri, sekali gus menyukarkan polis untuk mengesan warisnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid, berkata kejadian menimpa wanita berkenaan hanya disedari apabila orang awam yang menemui mangsa terbaring di persimpangan lampu isyarat lalu menghubungi pihak hospital.

Menurutnya, mangsa dihantar mendapatkan rawatan di HPD sebelum dirujuk ke HTJS kerana parah.

"Hasil pemeriksaan mendapati wanita itu mempunyai kesan keretakan di belakang kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul selain cedera pada kedua-dua lutut serta siku akibat diseret dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

"Berikutan itu, polis tidak menolak kemungkinan wanita itu dirogol berdasarkan beberapa elemen yang ditemui," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, semalam.

Katanya, ketika ditemui, wanita itu memakai baju-T merah jambu dan jean pendek selain memakai gelang tangan manik.

"Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai diserang lebih daripada seorang suspek dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Kami juga masih mengesan identiti wanita itu dan percaya dia rakyat tempatan berdasarkan suntikan BCG pada bahu kirinya," katanya.

Menurutnya, setakat ini belum ada sesiapa tampil bagi mencari ahli keluarga mereka yang hilang dan polis sudah melakukan semakan di negeri ini, namun tidak menerima laporan kehilangan wanita dalam tempoh terdekat ini.

"Polis juga melakukan gerakan bagi mengesan suspek yang meninggalkan wanita berkenaan bagi membantu siasatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol," katanya.

Katanya, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga supaya tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di talian 06-6462999 atau balai polis berhampiran.

Khusrin diarah jaga hartanah Selangor

Posted: 07 Feb 2011 09:54 PM PST

Harakahdaily

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohamad Khusrin Munawi di pejabatnya di Tingkat 21, pada jam 5.00 petang tadi.

Walaupun kerajaan negeri masih berpendirian bahawa Sultan dan Menteri Besar seharusnya berperanan dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, pertemuan itu diadakan demi memastikan keperluan rakyat Selangor diutamakan dan pentadbiran negeri terus berjalan dengan lancar.

Kenyataan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar memaklumkan, dalam pertemuan tersebut, Menteri Besar mengarahkan Mohamad Khusrin untuk memberi keutamaan kepada hartanah milik Kerajaan Selangor, terutamanya yang terbiar dan bermasalah.

Menteri Besar telah memberitahu Mohamad Khusrin bahawa beliau perlu bekerjasama dengan pegawai daerah dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan hartanah milikan Kerajaan Selangor ini dijaga dengan baik.

Abdul Khalid juga menyarankan supaya Mohamad Khusrin mengadakan perjumpaan atau dialog dengan penduduk setinggan yang mendiami tanah milik kerajaan Selangor dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Seterusnya, Menteri Besar mengarahkan Mohamad Khusrin menyediakan laporan dari semasa ke semasa kepada kerajaan negeri mengenai maklumat terkini hartanah milik Kerajaan Selangor, demi mengenal pasti nilai tanah yang terbiar dan bermasalah.

Mohamad Khusrin juga diminta meneruskan usaha-usaha Kerajaan Selangor menangani masalah kecurian pasir yang boleh mengganggu pendapatan kerajaan negeri yang mana Kumpulan Semesta Sdn Bhd telah menunjukkan kejayaan cemerlang menerusi peningkatan pembayaran royalti yang berlipat kali ganda sejak 2008.

Merlimau: Najib dicabar letak Rosmah calon BN

Posted: 07 Feb 2011 09:51 PM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Adalah amat dikesali bila mana isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor yang cuba mengambil kesempatan publisiti atas misi murni menyelamat rakyat Malaysia di Mesir baru-baru ini.

"Peranan beliau dalam misi ini nampaknya sudah melebihi tugasan seorang Menteri. Saya melihat keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Rosmah sebenarnya mahukan pengiktirafan dalam kerja kuatnya di Oman, Bahrain dan kini di Mesir," kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Maka, katanya adalah sesuai sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) memberi peluang kepada Rosmah untuk bertanding di PRK Merlimau yang akan datang.

Tambahnya, cabaran itu juga sesuai buat BN sebagai pujukan kepada hasrat Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang telah gagal meletakkan calon wanita pada PRK Tenang lalu.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang melihat pemilihan Rosmah amat penting bagi menyelamatkan berjuta-juta wang rakyat Malaysia daripada terus dibazirkan dalam siri jelajah dunia dan pelbagai persidangan mengarut di bawah rancangan 'Wanita Pertama' Malaysia ini.

"Andai benar PM Najib mahu buktikan perubahan, saya mencabar beliau untuk menerima cabaran ini," ujarnya.

Nik Aziz anggap Jamil Khir keliru

Posted: 07 Feb 2011 09:48 PM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa hairan apabila membaca kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Jamil Khir Baharom di dalam Berita Harian hari ini.

"Jelas beliau keliru dengan rentetan isu ini," tulis beliau di laman twitter.

Akhbar berkenaan melaporkan Jamil Khir Baharom berkata Nik Aziz tidak perlu mengheret pihak lain, termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menegakkan kebenaran memadai berhadapan dengan Mohd Noor.

"Selesai dulu dengan Mohd Noor, soal agama ini bukan kira setaraf, layak atau tidak, dia (Nik Aziz) tak perlu babitkan orang lain, Majlis Fatwa kalau minta bagi fatwa bolehlah, tapi bukan atas permintaan individu tapi Raja. Itu peraturan fatwa, kalau dia nak cabar Majlis Fatwa, maknanya dia tidak faham fungsi dan peranan majlis," kata Jamil.

Justeru, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengingatkan bahawa bukan beliau yang mengheret nama Majlis Fatwa Kebangsaan tetapi orang lain yang mencadangkan pandangannya dibincangkan oleh Majlis Fatwa.

"Saya hanya menyatakan persetujuan apabila ditanya oleh wartawan," jelasnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Tiada ulasan: