Selasa, 8 Februari 2011

Biaqpila

Biaqpila


Amizudin Tidak Gentar Hadapi Saman Rais

Posted: 08 Feb 2011 02:00 PM PST


PETALING JAYA: Pengendali blog sharpshooter.blogspot, Amizudin Ahmat tidak gentar untuk berhadapan tindakan saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi oleh Menteri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau melahirkan kehairanan apabila blog beliau yang dijadikan sasaran saman menteri terbabit dan bukannya pihak lain yang juga turut mengulas isu yang sama di dalam mana-mana penerbitan.

"Cuma pelik sikitlah, sebab dalam banyak-banyak media yang menulis isu yang sama, tetapi saya pula yang 'terpilih', tak apalah, saya bersedia, tiada apa yang hendak digentarkan.

"Migrant Care, yang mempertahankan kenyataan mereka yang mendakwa menemubual pihak terbabit ataupun WikiLeaks sendiri yang mencetuskan isu ini contohnya tidak pula disaman." katanya.

Beliau juga memberitahu beliau hanya mengetahui tindakan saman terhadap beliau hanya diketahui melalui media dan sehingga kini masih belum menerima apa-apa surat dari mahkamah atau peguam yang mewakili Rais.

"Saya cuma tahu perkara ini melalui berita. Sampai sekarang saya masih belum terima apa-apa surat dari mahkamah atau peguam pihak satu lagi itu.

Kalau takut dipukul badai, usah berumah di tepi pantai

"Jika dipanggil ke mahkamah, saya akan hadir. Kalau takut dipukul badai, usah berumah di tepi pantai, kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan. Sekali melangkah pantang undur," kata Amizudin ketika dihubungi baru-baru ini.

Beliau yang enggan mengulas panjang berhubung isu ini ketika dihubungi bagaimanapun sempat mengucapkan terima kasih kepada Rais yang menyebabkan jumlah pengunjung blog beliau mengalami peningkatan yang ketara.

"Maaflah, setakat ini itu sahaja yang dapat saya katakan, tak boleh nak ulas panjang tentang isu ini, cuma terima kasih kepada Rais kerana tindakan (saman) dia, pengunjung blog sharp shooter meningkat dengan ketara," katanya dengan nada berseloroh.

Sementara itu menurut satu sumber rapat beliau, beberapa peguam termasuk Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin telah menyatakan kesediaan untuk mewakili Amizudin sekiranya beliau dipanggil ke mahkamah.

"Setakat ini beberapa peguam telah menawarkan diri secara percuma untuk mewakili Amizudin termasuklah Shamsul," kata sumber itu.

Menurut sumber itu yang menyamakan kes tersebut dengan kisah Raja Namrud dan nyamuk yang pernah berlaku pada zaman Nabi Ibrahim juga mempertikaikan keengganan Rais menyaman pihak lain yang turut memainkan peranan untuk mendedahkan isu ini.



Free Malaysia Today

utaraonline


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Polis pujuk wanita bogel

Posted: 08 Feb 2011 10:05 AM PST

KUALA LUMPUR: Orang ramai gempar apabila seorang wanita warga Afrika muncul di khalayak ramai dalam keadaan telanjang bulat sebelum membuat 'persembahan' dengan berjoget dan menjerit-jerit di bahu jalan berhampiran persimpangan Taman Cheras menuju Lebuhraya Lingkaran Tengah II di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, wanita berusia 20-an terbabit seolah-olah sengaja menarik perhatian orang ramai apabila enggan memakai semula baju walaupun dipujuk anggota polis dan orang ramai.


Saksi kejadian, Mohd Ghani Mohd Ismail, 29, berkata, dia yang menunggang motosikal terkejut apabila melihat seorang wanita melompat-lompat dalam keadaan bogel di bahu jalan.

Menurutnya, perlakuan aneh itu menyebabkan pengguna jalan raya memperlahankan pemanduan bagi melihat 'tayangan percuma' berkenaan yang turut menarik perhatian pelanggan bank serta pengunjung restoran berhampiran lokasi kejadian.


"Dua anggota polis lelaki yang menyedari perbuatan wanita itu cuba memujuknya bertenang dan memakai pakaiannya semula," katanya.


Menurutnya, anggota polis berkenaan yang mungkin serba salah untuk menyentuh wanita terbabit berulang kali menghulurkan pakaian, namun ditepis wanita itu.


"Wanita terbabit yang seolah-olah dirasuk menjerit-jerit dalam bahasa tidak difahami sebelum baring di atas jalan raya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


Menurutnya, wanita terbabit yang berpura-pura pengsan bagaimanapun bangun beberapa minit kemudian sebelum berlari di sekitar kawasan itu dalam keadaan telanjang.

Namun, drama mencolok mata itu berakhir apabila seorang wanita yang juga pelanggan restoran berkenaan menghampiri wanita terbabit sebelum mengarahkannya supaya memakai semula pakaiannya.


"Agak mengejutkan apabila wanita berkenaan akur arahan itu.


"Wanita itu dibawa ke dalam kereta peronda polis sebelum dipercayai dihantar ke Pusat Perubatan Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (PPHUKM) untuk pemeriksaan kesihatan," katanya.

HM

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

ISU SHUHAIMI ADA AGENDA POLITIK

Posted: 08 Feb 2011 04:00 AM PST



Peguam Amer Hamzah Arshad, menyifatkan pertuduhan yang dikenakan ke atas anak guamannya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafie hanya berunsurkan politik semata-mata. Dakwanya pendakwaan ini mendapat tekanan daripada pihak berkepentingan yang mahukan kes ini dibicarakan di mahkamah sedangkan jika dilihat ahli politik yang lain seperti Barisan Nasional(BN) juga pernah mengeluarkan kata-kata yang mempunyai elemen hasutan.

"Pertuduhan ini tidak perlu dibawa langsung kerana pertuduhan terhadap Shuhaimi, tidak lain tidak bukan adalah satu pertuduhan yang berunsurkan politik kerana banyak tekanan-tekanan daripada pihak tertentu yang telah menyebabkan pertuduhan dan pendakwaan di mahkamah hari ini," katanya.

Amer juga turut membantah denda yang dikenakan ke atas Shuhaimi bersifat menekan anak guamannya sedangkan hukuman denda yang diperuntukkan hanyalah RM5,000 di bawah Akta Hasutan.

"Jadi kalau ikut dari segi logik kita bandingkan denda maksimum yang boleh dikenakan mahkamah hanyalah 5,000 ringgit tetapi jumlah jaminan yang ditawarkan 20,000 ringgit, bukan ke itu satu bentuk penindasan (oppressy) jadi ini menunjukkan ada unsur pendakwaan yang berunsurkan politik," katanya lagi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria meminta mahkamah menetapkan RM20,000 sebagai wang ikat jamin atas alasan kesalahan didakwa dilakukan adalah serius membabitkan hasutan terhadap Sultan Selangor.

Dalam pada itu, seorang lagi peguam yang mewakili Shuhaimi, N Surendran, menggesa kerajaan menghapuskan Akta Hasutan, yang kini tidak lagi relevan dalam sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi.

"Akta Hasutan tidak mempunyai tempat di dalam negara yang demokrasi dan bebas jika kerajaan setiap kali menyatakan bahawa ini negara bebas dan kerajaan menghormati proses demokrasi dan sebagainya, jika benar mansuhkan akta hasutan dengan segera, buktikan kepada rakyat bahawa kerajaan negara ini benar-benar menghormati demokrasi, kerana sekarang jelas menunjukkan kerajaan bersama peguam negara tidak menghormati demokrasi," kata N Surendran ketika pemberita.

Surendran juga menganggap dengan adanya Akta Hasutan ini telah menyekat kebebasan seseorang untuk bersuara, lebih-lebih lagi kenyataan yang berbaur menentang kerajaan.

Pagi tadi, Shuhaimi didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya menyentuh kemelut pelantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor menerusi blognya pada 30 Disember lalu.

Beliau juga didakwa mempersoalkan kuasa Sultan Selangor dalam blog pada 30 Disember tahun lalu melalui artikel berjudul, 'Pandangan saya berasaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959′.

Bagaimanapun beliau mengaku tidak bersalah atas tuduhan hasutan yang didakwa ke atasnya dan mahkamah menetapkan kes itu akan disebut pada 28 Mac ini.

KL-TODAY

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Dipukul, Dirogol Dan Dicampak Di Tepi Jalan

Posted: 08 Feb 2011 02:00 AM PST

Seremban: Sungguh menyayat hati apabila seorang wanita yang dipercayai menjadi mangsa rogol dan belasahan ditinggalkan dalam keadaan koma di persimpangan lampu isyarat di Pekan Lukut, Port Dickson, petang Jumaat lalu. Gambar fail

Mangsa berusia 20-an dipercayai warga tempatan hingga kini masih kritikal dan bergantung alat bantuan pernafasan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) selepas dirujuk dari Hospital Port Dickson (HPD).

Ketika ditemui kira-kira jam 6.35 petang Jumaat lalu, mangsa tidak memiliki identiti pengenalan diri, sekali gus menyukarkan polis untuk mengesan warisnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid, berkata kejadian menimpa wanita berkenaan hanya disedari apabila orang awam yang menemui mangsa terbaring di persimpangan lampu isyarat lalu menghubungi pihak hospital. Gambar fail

Menurutnya, mangsa dihantar mendapatkan rawatan di HPD sebelum dirujuk ke HTJS kerana parah.

“Hasil pemeriksaan mendapati wanita itu mempunyai kesan keretakan di belakang kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul selain cedera pada kedua-dua lutut serta siku akibat diseret dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

“Berikutan itu, polis tidak menolak kemungkinan wanita itu dirogol berdasarkan beberapa elemen yang ditemui,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, semalam.

Katanya, ketika ditemui, wanita itu memakai baju-T merah jambu dan jean pendek selain memakai gelang tangan manik.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai diserang lebih daripada seorang suspek dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Kami juga masih mengesan identiti wanita itu dan percaya dia rakyat tempatan berdasarkan suntikan BCG pada bahu kirinya,” katanya.

Menurutnya, setakat ini belum ada sesiapa tampil bagi mencari ahli keluarga mereka yang hilang dan polis sudah melakukan semakan di negeri ini, namun tidak menerima laporan kehilangan wanita dalam tempoh terdekat ini.

“Polis juga melakukan gerakan bagi mengesan suspek yang meninggalkan wanita berkenaan bagi membantu siasatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol,” katanya.

Katanya, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga supaya tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di talian 06-6462999 atau balai polis berhampiran.-HM

greenboc


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Umno sebar risalah perang saraf 'DAP ganti PAS'

Posted: 07 Feb 2011 11:00 PM PST



- kerana bimbang kebangkitan rakyat bersama PGU
KUALA TERENGGANU - Sekurang-kurangnya dua sebab mengapa Umno dan Barisan Nasional (Umno-BN) Terengganu menyebarkan risalah propaganda dimerata tempat sehingga menyusahkan orang ramai khususnya para peniaga di bandaraya ini.

Dua minggu lalu, ketika kempen pilihanraya kecil DUN Tenang sedang memuncak, Umno-BN Terengganu telah menyebarkan risalah tidak bertulisan tetapi meletakkan gambar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat bersebelahan dengan gambar Penasihat DAP, Yang Berhormat Lim Kit Siang.

Menurut Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing, tindakan menampal 'gambar' tersebut di dinding dan pintu rumah serta kedai sekitar Kampung Cina disini, telah menimbulkan kemarahan para peniaga.ka DAP dan PAS yang

"Mereka (peniaga) menelefon saya, marah-marah kerana sangkaan mereka DAP dan PAS yang menyebarkan gambar itu, saya jawab tidak, bukan DAP dan bukan juga PAS yang melakukan kerja tersebut,"katanya ketika ditemui.

Sehubungan itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik mengesahkan, Umno-BN Terengganu dikesan sekali lagi menyebarkan risalah 'adu domba' yang bertulis 'DAP ganti PAS'.

Katanya, Umno-BN bertindak menyebarkan risalah-risalah tersebut kerana tertekan akibat kempen 'PAS Ganti Umno' (PGU) yang telah mendapat sambutan puluhan ribu rakyat Terengganu.

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/lancarbaturakit.jpg"Saya mendapat maklumat gerakan yang sedang dibuat oleh Umno, saya nampak sekurang-kurangnya dua latar belakang yang menjadi dia(Umno-BN) membuat(menyebarkan risalah) ini,

"yang pertama kerana terakhir sekali kita membuat kempen 'Pas Ganti Umno' (PGU) bermula daripada (program) yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan Pas Pusat di Shah Alam. sampai(sehingga) apabila kita adakan(anjurkan) di Terengganu,"jelasnya ketika ditemui.

Menurutnya, beberapa siri himpunan telah dirancang dan dianjurkan PAS jelas menunjukkan kebangkitan rakyat yang menunjukkan sikap mereka dengan jelas.

"Rakyat sudah memberi kepercayaan(kepada PAS) dan mula menunjukan sikap mereka secara yang jelas(terbuka) apabila jumlah mereka(yang hadir) sangat ramai.

"Puluhan ribu orang samada mereka dalam program-program yang khusus untuk 'Pas Ganti Umno' (PGU) atau program yang sekitar(berkaitan),"katanya kepada pihak media selepas program Pelancaran Jentera Pilihanraya DUN Batu Rakit disini semalam, Sabtu 5 Februari.

Pelancaran jentera pilihanraya bagi DUN yang ke 12 tersebut telah dirasmikan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dengan dihadiri oleh 300 orang petugas tegar DUN Batu Rakit.



BO

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Ibu lahir bayi gergasi

Posted: 07 Feb 2011 08:00 PM PST


WAJAH Jonathan Patrick.

METHUEN, Amerika Syarikat (AS) - Seorang ibu melahirkan bayi gergasi seberat 5.98 kilogram (kg) di sebuah hospital di sini pada Khamis lalu.

Menurut beberapa buah akhbar semalam, proses melahirkan bayi itu oleh ibunya, Amanda Byron, 21, berlaku selama 10 minit.

Amanda sudah diberitahu bahawa dia akan melahirkan bayi gergasi sebelum kelahiran tersebut berdasarkan ujian imbasan.

Namun, apabila bayi tersebut selamat dilahirkan, ramai yang terkejut termasuk doktor kerana mereka tidak menyangka cahaya mata pertamanya itu terlalu besar.

Seorang doktor yang menyambut kelahiran bayi itu memberitahu Amanda bahawa dia mahu merakamkan gambar anaknya selepas melihatnya terlalu besar.

Bayi itu yang diberi nama Jonathan Patrick tidak menghidap sebarang penyakit walaupun tubuhnya besar.

Menurut rekod Guinness Book of World Records, bayi terberat di dunia dilahirkan pada 1879 dengan berat 10.48kg yang meninggal dunia 11 jam selepas dilahirkan. - Agensi

kosmo

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Candu video lucah

Posted: 07 Feb 2011 05:00 PM PST

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN

KECANGGIHAN gajet seperti kamera dan perakam video serta Internet yang lebih mudah diakses menyebabkan penyebaran imej dan klip video lucah di negara ini kian menular.

Walaupun kemudahan tersebut dicipta untuk perkara lebih baik, ada juga yang menjadikannya medium paling murah untuk merakam dan menonton aksi pornografi. Ada pengguna yang sengaja merakam aksi intim sendiri untuk dijadikan koleksi peribadi.



Namun, ramai juga yang menggunakannya untuk mendapatkan wang, sama ada melalui jualan ataupun peras ugut.

Tidak hairanlah pada zaman dunia tanpa sempadan ini peratusan remaja yang terbabit dalam seks bebas menurut satu kajian dianggarkan lebih 27 peratus kerana peluang dan ruang semakin terbuka termasuk mendapat bahan lucah di telefon bimbit dan Internet.

Penyebaran melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan muat turun yang boleh dibeli pada harga murah memberi pengaruh negatif kepada kanak-kanak dan remaja.

Bersaing

Bermula dengan tengok sekadar suka-suka, ia boleh menjadi ketagihan sehingga timbul perasaan ingin mencuba.

Sebagai contoh, penyebaran meluas rakaman video membabitkan kanak-kanak yang juga adik-beradik berumur antara 11 hingga 14 tahun yang sedang melakukan hubungan seks akhir tahun lalu membuktikan pengaruh filem porno mengundang masalah yang lebih besar di negara ini.

Perlu diakui, zaman remaja adalah peringkat perkembangan individu mencari identiti diri.

Sekiranya tiada didikan daripada ibu bapa, mereka akan terpesong apatah lagi jika akrab dengan rakan sebaya yang sudah rosak akhlak.


Pensyarah Kanan, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor memberitahu, kanak-kanak dan remaja yang terdedah kepada perlakuan seks terutama secara langsung di depan mata mereka sendiri akan mempelajari dan menimba kemahiran tertentu, cuma belum sampai ke tahap mengamalkannya.

Beliau mempunyai pengalaman menjalankan satu kajian ke atas remaja perempuan berusia 12 tahun yang mengatakan melakukan seks tidak menjadi kesalahan, bahkan sering melakukannya dengan lebih daripada seorang pasangan.

“Itu kajian lima tahun dulu, remaja itu sudah sampai ke tahap begitu serius dalam seks bebas, apatah lagi pada peringkat usianya sekarang yang sudah 17 tahun,” katanya.

Kosmo! sebelum ini mendedahkan hasil satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2009 yang mendapati 60 peratus kes perzinaan berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja UKM, Dr. Khaizil Ismail berkata, Kajian Remaja Berisiko Tinggi yang dijalankan selama enam bulan di pusat-pusat pemulihan akhlak di seluruh negara itu merangkumi kira-kira 600 responden yang berumur antara 15 dan 20 tahun.

Khaizil juga menyokong kenyataan bahawa kes buang bayi yang semakin banyak berpunca daripada menonton bahan lucah.

Selain cenderung melakukan zina, penyelidik di Pusat Penyelidikan Seks, Kesihatan dan Masyarakat Australia, Universiti La Trobe di Melbourne, Australia, Michael Flood mendapati kanak-kanak yang sering menonton filem porno menganggap kekerasan dalam hubungan seksual adalah perkara biasa.

Nafsu

“Menonton filem lucah adalah sumber pembelajaran seks yang salah kerana secara realitinya, aksi yang ditunjukkan adalah aksi yang keterlaluan.

“Filem lucah tidak menunjukkan kasih sayang, keintiman dan keistimewaan hubungan antara pasangan, sebaliknya ia mempamerkan kekasaran dan kekerasan lelaki terhadap perempuan demi memuaskan nafsu,” jelasnya kepada USA Today.

Jelas Flood lagi, bukti dari seluruh dunia mendapati pornografi memberikan kesan negatif bukan sahaja kepada individu, tapi juga komuniti.

Bahkan, hasil daripada soal selidik yang dijalankan secara rambang, Flood merumuskan kanak-kanak yang suka menonton aksi lucah sering gagal dalam membina hubungan dengan pasangan dan kebanyakannya lebih gemar melakukan hubungan seks bebas.

Tahun lalu juga, akhbar-akhbar di Indonesia menyiarkan Komisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) menerima laporan mengenai kes perkosa melibatkan 33 kanak-kanak.

Ia dikatakan berpunca daripada pengaruh video porno penyanyi Ariel Peterpan yang ditonton.

Di Amerika Syarikat pula, dianggarkan kanak-kanak dan remaja lelaki berumur 12 hingga 17 tahun adalah golongan terbesar yang menonton video lucah kategori ekstrem yang menayangkan aksi seks kasar.

Suruhanjaya Kajian Pornografi Kebangsaan di negara itu pada tahun 1970 dan 1986 mendapati seorang daripada lima kanak-kanak lelaki serta seorang daripada 10 kanak-kanak perempuan mendapat pendedahan pertama kepada filem lucah seawal usia 12 tahun



DD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: