Ahad, 27 Februari 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


NIK AZIZ TIDAK SEBESAR TAIK HIDUNG HA HA HA..HINANYA

Posted: 27 Feb 2011 06:22 AM PST

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak layak untuk dibandingkan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah banyak berjasa kepada negara.
Beliau berkata, tiada apa perubahan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz selama 20 tahun beliau menjadi Menteri Besar Kelantan berbanding sumbangan selama 22 tahun Mahathir kepada rakyat Malaysia.
"Nik Abdul Aziz jika hendak dibandingkan dengan Tun (Mahathir), sebesar tahi hidung saya pun tidak padan," katanya pada Perhimpunan Melayu Perkasa Perak di Pulau Datuk Sagor di sini hari ini.
Perhimpunan tersebut merupakan yang kedua selepas diadakan di Pasir Mas, Kelantan dalam siri jelajah Perhimpunan Melayu Perkasa di seluruh negara.
Pada perhimpunan tersebut, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menegaskan, beliau dan Perkasa bukan rasis kerana memperjuangkan kaum Melayu.
Katanya, selama menjadi wakil rakyat, beliau tidak pernah dituduh sebagai rasis dan beliau juga mempunyai ramai rakan di kalangan bukan Melayu.
"Dalam mempertahankan orang Melayu, Perkasa mendapat sokongan Utusan Malaysia dan Tun (Mahathir). Maka, Utusan Malaysia dan Tun juga dituduh sebagai rasis.
"Bila masa kita rasis? Sudah lama kita menerima kaum lain sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman secara terbuka menyatakan sokongan kepada perjuangan Perkasa pada perhimpunan tersebut.
Beliau turut menafikan Perkasa adalah rasis kerana apa yang dilakukan oleh pertubuhan itu hanyalah untuk mempertahankan hak orang Melayu.
"Sebagai wakil rakyat, saya bela nasib semua rakyat tanpa mengira kaum.
"Jangan tuduh saya sebagai rasis apabila saya membela nasib orang Melayu," katanya sambil disambut dengan sorakan oleh lebih 15,000 orang Melayu yang hadir pada perhimpunan tersebut.

BELUM DEMO SUDAH TAHAN:INILAH NAMANYA KEJAM BROOO..

Posted: 27 Feb 2011 01:09 AM PST


Anggota polis bercakap dengan penyokong Hindraf yang merancang untuk mengadakan protes di pekarangan KLCC pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 27 Feb — Polis menahan pengasas Hindraf P. Uthayakumar pagi ini menjelang perhimpunan haram yang dirancang untuk diadakan di kawasan Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Isterinya S. Indradevi mengesahkan dia ditahan di luar rumah mereka di Pantai Hillpark di sini pada pukul 7.45 pagi tadi, ketika dia hendak bertolak ke kawasan protes.
"Kira-kira tujuh anggota polis mengepung dia ketika dia hendak meninggalkan (rumah).
"Mereka membawa dia ke ibu pejabat kontinjen dekat Pudu," kata Indradevi ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Pun begitu katanya, protes yang dirancang untuk diadakan akan diteruskan meskipun polis menahannya.
"Kami beri jaminan ia akan diteruskan. Ia tidak akan dibatalkan," kata Indradevi.
Hindraf yang diharamkan dua tahun lalu mahu mengadakan protes berhubung novel kontroversial Interlok.
Polis memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas ke atas sesiapa yang menghadiri perhimpunan hari ini.
Dalam pada itu pihak polis mengenakan sekatan jalan di beberapa tempat di Lembah Klang termasuk mengawal kawasan kompleks KLCC sejak 8 pagi tadi.

KUASA POLITIK DALAM UMNO KUASA TURUN TEMURUN:UBAH SEKARANG

Posted: 26 Feb 2011 11:20 PM PST

PAS mendakwa BN yang diwakili Umno mengamalkan sistem dinasti iaitu turun temurun jawatan pemimpin, dari bapa turun ke anak.

Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Kamaruddin Sidik mendakwa, amalan itu sudah lama dipraktikkan Umno dan dibuktikan dalam pilihan raya kecil Merlimau.

"Ini telah lama berlaku dalam Umno. Dari bapa kemudiannya diserahkan kepada anak seolah-olah perlakuan dalam satu dinasti.

"Orang ramai yang saya temui pun telah menyuarakan rasa tidak puas hati dengan perkara ini," katanya hari ini.

Kamaruddin merujuk mengenai pemilihan calon BN bagi DUN Merlimau, Roslan Ahmad, iaitu anak kepada bekas ADUN Sungai Rambai, Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin.

Pandangan berkenaan diperkukuhkan lagi apabila calon berkenaan juga adalah dan anak saudara kepada bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin.

Kamaruddin berkata, ia berbeza dengan PAS yang meletakkan calon muda, Yuhaizad Abdullah, 38, di Merlimau kerana ia merupakan satu usaha parti itu mengetengahkan pemimpin muda.

Beliau menjelaskan, tindakan itu bertujuan untuk memberi peluang pemimpin muda seperti Yuhaizad, menimba pengalaman bertanding.

Menurutnya, walaupun muda, beliau yakin Yuhaizad mampu menggalas tanggungjawabnya sekiranya diamanahkan.

"PAS berharap pengundi di DUN Merlimau akan memberi peluang kepada beliau apabila tiba hari mengundi nanti.

"Kita telah mengemukakan calon yang terbaik, seorang calon yang kuat berdikari yang mampu memberikan yang terbaik kepada pengundi," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini pernah menjelaskan, pemilihan Roslan sebagai calon pilihan raya kecil itu dibuat berdasarkan merit.

Katanya, perhubungan dan pertalian tidak boleh diambil kira dan tidak dapat dielakkan malah yang penting adalah penilaian pucuk pimpinan terhadap beliau mengenai potensi calon itu sendiri.

SOSILAWATI DATANG KE PEJABAT PADAHAL DIA SUDAH MATI KENAPA YA?..

Posted: 26 Feb 2011 07:59 PM PST

: Enam bulan selepas pemergian ibu tercinta, anak sulung jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, bermimpi Allahyarham datang ke pejabat, seolah-olah menggambarkan impian arwah supaya anaknya melebarkan empayar perniagaannya.
Berkongsi rasa hati meniti hari mendatang tanpa insan tersayang di sisi, Erni atau lebih mesra dipanggil Rita berkata, dia tidak menganggap musibah menimpa keluarganya sebagai bebanan, malah menjadikan dirinya lebih kuat. Kematian sadis ibunya bersama tiga individu lain di Banting memang mengejutkan, tetapi dia reda dengan takdir Allah.

"Selepas ketiadaannya, Rita dan adik-beradik pernah bermimpi emak. Dalam mimpi itu, emak datang ke pejabat, melihat Rita bekerja. Emak tidak pernah bercakap tetapi sering mengajak Rita berjalan-jalan dengan memberi isyarat tangan. Sebagai hamba-Nya, kita tidak tahu ketentuan Allah.
"Walaupun emak tiada, Rita berasa seolah-olah dia masih hidup kerana sentiasa teringatkannya. Emak memang sentiasa hidup dalam hati Rita. Mungkin Rita bermimpi sebab rindukan emak. Biasanya apabila bangun daripada tidur, Rita menceritakan mimpi berkenaan kepada adik lain, begitu juga mereka. Bermimpi ibu satu kepuasan bagi Rita.

"Rita juga sering teringat sikap emak yang suka memasak makanan kegemaran kami. Sayangnya, kini kami tidak dapat rasa air tangan emak lagi. Kalau rindu emak, Rita pergi ke tempat yang emak suka pergi.

"Terlalu banyak kenangan bersama emak yang sering bermain di ingatan. Bilik (pejabat) yang Rita duduk ini pun bilik emak. Rita tidak pernah ubah apa-apa susun atur di bilik emak kerana ini akan mengingatkan Rita pada emak," katanya ketika ditemui Metro Ahad, di sini.
Kerana rasa bertanggungjawab untuk meneruskan legasi Allahyarham, Rita yang bertindak sebagai Pengarah Urusan Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd membuat keputusan membahagikan tugas perjalanan syarikat itu di kalangan adik-beradiknya, Erwan Suwari Rizuwan, 25, Md Erwan Nasri, 24, Erni Erinawati Sofia, 22, dan Erni Rineelawati, 21.

"Kami bahagikan tugas sama rata dan tahu kerja masing-masing. Rita mengaku tidak mampu buat kerja seorang kerana Rita pun manusia biasa. Bantuan adik diperlukan. Rizuwan menggalas tugas sebagai eksekutif pemasaran, Erwan (eksekutif operasi), Rina (eksekutif pentadbiran) dan Rinee (duta Nouvelle Visages). Tugas ini berkuat kuasa sejak kes yang menimpa emak kerana sebelum itu Rita dan emak menguruskan perniagaan," katanya.
Matang dalam membuat keputusan, gadis itu tidak menghalang adiknya, Rina dan Rinee menyambung pengajian jurusan perniagaan menerusi Program Jarak Jauh (PJJ) Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Mereka ada cita-cita yang ingin dicapai. Rita tidak mahu disebabkan kes itu (pembunuhan ibunya bersama tiga individu lain), cita-cita mereka terkandas di tengah jalan.

"Bagaimanapun, pada hari biasa, mereka bekerja dan mengikuti pengajian PJJ hanya pada Ahad," katanya yang mengakui masih tidak dapat mengikis rasa kesal tidak sempat memohon maaf kepada ibu buat kali terakhir.

Dia yang kini bertanggungjawab menjaga kebajikan lima adiknya serta perniagaan berkenaan berkata, kenangan suka duka bersama arwah membakar semangatnya untuk berjaya.

"Perasaan Rita, sebagai anak, kadangkala kita tidak sedar ada sikap atau perlakuan kita mengguris hati emak. Rita terkilan kerana tidak sempat meminta maaf dengan mencium tangan dan dahi emak buat kali terakhir," katanya.

Menurutnya, dia kini memberi lebih tumpuan terhadap promosi jenama kerana masih ramai tidak tahu mengenai Nouvelle Visages.

"Ketika turun padang di satu pameran di Mid Valley baru-baru ini, Rita dapati ramai belum mengenali Nouvelle Visages. Rita akui bukan semua orang membaca akhbar, jadi usaha lebih giat perlu dilakukan untuk memperkenalkan jenama ini," katanya.

Mencontohi sikap dermawan ibu, Rita meneruskan amalan pengasas Nouvelle Visages menyalurkan sumbangan kepada badan kebajikan dan tiga sekolah anak angkat di Johor.

"Rita akan teruskan apa yang emak lakukan sebelum ini. Malah, keperluan orang kampung emak, Kampung Seri Menanti, Batu Pahat, tidak kami abaikan sebab di situ tempat emak dibesarkan.

"Baru-baru ini kami memberi sumbangan wang ringgit dan makanan kepada mangsa banjir di kampung itu dan berpesan kepada ketua kampung, jika inginkan bantuan, jangan segan beritahu kerana ibu lahir di situ," katanya.

Diusik mengenai soal hati, Rita enggan mengulas lanjut tetapi mengakui dia kini dalam tempoh berkawan dan mengenali hati budi seseorang. Ditanya perancangan hidup berkeluarga, Rita berkata, dia tidak menetapkan sasaran bila akan berkahwin kerana baginya, jodoh pertemuan di tangan Tuhan.

Mengenai kes tuntutan wang dan modal pelaburan saham amanah bernilai RM1.38 juta yang diberikan jutawan kosmetik itu kepada bekas suaminya, Nash, Rita berkata, dia tidak berani membuat keputusan sendiri kerana membabitkan ramai pihak.

"Kami adik-beradik akan mengadakan perjumpaan dengan peguam emak, Datuk Zaidi Zain dalam masa terdekat ini untuk membuat keputusan sama ada meneruskan kes berkenaan atau sebaliknya," katanya.

Disebabkan kesibukan menguruskan perniagaan selepas ketiadaan ibu, Rita mengakui tidak sempat bertemu rakannya seperti dulu, tetapi masih berhubung melalui facebook dan twitter.

"Rita berharap kawan faham, Rita bukan berniat memutuskan silaturahim yang terjalin tetapi cuma mahu memberi lebih fokus terhadap tugas dan amanah sekarang. Apapun, Rita ingat setiap kawan Rita daripada sekolah rendah hingga zaman universiti," katanya.

Dalam menghadapi situasi sedih dan mencabar, bapanya, Bukhari Mohamad, selalu ada di sisi.

"Sejak dulu, emak tidak pernah menghalang kami berjumpa ayah. Sampai sekarang, apabila berlaku kes seperti ini, yang paling dekat ialah ayah kami yang berperanan sebagai penasihat dalam semua hal ehwal, berkaitan rumah dan pejabat," katanya yang masih menetap bersama adik-beradiknya di rumah agam Allahyarham Sosilawati di Gombak.

Rita yang akan mengerjakan umrah bersama tiga adiknya Mac ini berhasrat memanjatkan doa untuk ibunya di depan Kaabah.

"Kalau betul mak Rita sudah tiada, kami berdoa semoga dia ditempatkan di kalangan ahli syurga," katanya.

Mahathir: Malaysia makmur kerana Melayu sedia kongsi kuasa

Posted: 26 Feb 2011 03:50 PM PST


February 26, 2011
PASIR SALAK, 26 Feb – Malaysia makmur dan aman pada hari ini disebabkan kesediaan orang Melayu untuk berkongsi kuasa negara ini dengan kaum-kaum, kata Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menegaskan "perjuangan kami adalah halal."
Bekas perdana menteri (gambar) mengatakan pendirian terbaru ini semasa berucap di hadapan sekitar 10,000 orang yang menghadiri Perhimpunan Perkasa Melayu Perak di Pasir Salak – salah satu lokasi bersejarah negeri utara Semenanjung ini.
"Kita tahu bahawa negara ini berjaya kerana kesediaan orang Melayu sanggup bekerjasama dengan kaum-kaum lain sepanjang 50 tahun untuk memerintah negara, bukan sahaja dengan orang Melayu tetapi juga dengan kaum-kaum lain.
"Kami sedia untuk berkongsi (kuasa) pemerintahan negara ini," katanya yang juga penaung Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim Ali.
Bagaimanapun dakwa Dr Mahathir, kedudukan orang Melayu lebih buruk berbanding kaum-kaum lain.
"Apa yang dimiliki oleh orang lain, kami tidak persoalkan. Itu hak mereka, tetapi hak sedikit yang kami ada, jangan ambil daripada kami," kata beliau dengan merujuk kepada keistimewaan yang diperuntukkan oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Perkasa juga mahu pendekatan afitmatif dalam DEB dipertahankan.
Dr Mahathir memberitahu bukan hasrat pihak kerajaan untuk menggunakan pendekatan keras untuk mengambil hak orang lain sebagaimana disaksikan di negara-negara lain.
Sebaliknya kata bekas presiden Umno ini, beliau hanya mahukan hak orang Melayu tidak dilarikan daripada mereka.
"Perjuangan kami adalah halal. Kami hanya berjuang untuk tempat di negara ini. Bukan banyak yang diminta walaupun kami merangkumi 60 peratus penduduk negara ini, kami hanya meminta 30 peratus, hanya separuh daripada itu," katanya.
"Saya tidak fikir ia sesuatu yang tamak untuk meminta (hanya) separuh daripada apa yang menjadi hak kami," katanya lagi.

Tiada ulasan: