Ahad, 27 Februari 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Tu Dia!! 1800 Ahli PAS keluar parti..

Posted: 27 Feb 2011 07:45 AM PST

Berita ni lagi hebat.. kalau Ahli PKR jumlah yang dilaporkan keluar parti hanyalah ratusan sahaja.. tapi jumlah yang keluar dari PAS pula dilaporkan mencecah 2000 orang.

Percayakah anda??


1,800 anggota PAS, 154 dari PKR masuk Umno

Sejak Januari lepas, seramai 1,800 anggota dan pemimpin PAS menyertai Umno Pasir Puteh selepas berasa tertipu dengan perjuangan parti tersebut.

Ketua Umno bahagian itu Zawawi Othman berkata mereka menyerahkan borang keanggotaan menerusi empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Limbongan, Semerak, Gaal dan Selising.

"Ramai lagi anggota PAS terutama di peringkat akar umbi dalam proses menyertai Umno," katanya kepada pemberita selepas menerima 30 borang permohonan menyertai Umno di Kampung Wakaf Bunut, DUN Selising, di Pasir Puteh hari ini


Beliau berkata antara yang menyertai Umno itu termasuk bekas ketua Pemuda, ketua Muslimat dan anggota jawatankuasa PAS cawangan yang telah bersama PAS antara 30 hingga 40 tahun.

Kemasukan mereka secara beramai-ramai yang diluar jangkaan ini memberi harapan cerah kepada BNl untuk merampas kembali empat DUN tersebut dan kerusi Parlimen Pasir Puteh pada pilihan raya umum akan datang, katanya.

Sementara itu, bekas bendahari PAS cawangan Tualang Rendah Wan Mahmood Wan Abas, 56, yang ditemui pemberita pada majlis penyerahan borang tersebut berkata beliau merasa tertipu dengan parti yang disertainya sejak 30 tahun lepas.

Pemimpin gagal bantu rakyat susah

Ini kerana katanya, tidak ada apa yang disumbangkan PAS kepada masyarakat sepanjang beliau memperjuangkan parti tersebut.

Bekas anggota jawatankuasa Muslimat PAS cawangan Kampung Wakaf Bunut, Saripah Mamat, 38, pula berkata beliau kecewa dengan sikap pemimpin PAS yang banyak bercakap tetapi gagal membantu rakyat yang susah.

Berbanding PAS, Umno tidak banyak bercakap tetapi sibuk membantu rakyat terutama dalam persekolahan anak-anak menerusi program seperti Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) yang diberi setiap tahun, katanya.

Sementara itu, sekumpulan 154 anggota sayap wanita PKR di Perak turut bertindak keluar parti dan menyertai Umno kerana sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti khususnya sayap itu.

Diketuai bekas naib ketua Wanita PKR Ipoh Barat Siti Aminah Mansor, mereka mengemukakan borang keanggotaan kepada ketua Wanita Umno Perak Datuk Rosnah Kassim.

Perjuangan PKR untuk 'kepentingan peribadi'

Dalam sidang media selepas itu, Rosnah berkata tindakan anggota Wanita PKR Ipoh Barat dan Tambun tersebut mengukuhkan lagi kenyataan yang dibuat bekas anggota PKR sebelum ini bahawa ada yang tidak kena dengan parti pembangkang terbabit.

Justeru kata beliau, PKR tidak wajar menuding jari kepada Umno dan BN sebagai punca semakin ramai anggota mereka bertindak keluar parti.

Sementara itu, Siti Aminah berkata tindakan beliau dan rakan-rakannya itu berpunca daripada rasa kecewa dengan pucuk kepimpinan PKR.

"Selain itu kami melihat dan terbukti perjuangan PKR dan kepimpinan mereka adalah untuk kepentingan peribadi mereka dan bukan untuk kebaikan kami dan rakyat jelata," katanya.

Ini kerana kata beliau, perebutan kuasa menyebabkan pucuk pimpinan lupa anggota di akar umbi yang selama ini bertungkus lumus menghidupkan PKR sebelum tsunami politik pada 2008.

Turut menyerahkan borang keanggotaan Umno hari ini ialah 34 wanita yang tidak pernah menyertai sebarang parti politik sebelum ini.

- Bernama

250 anggota PKR Lembah Pantai keluar parti

Posted: 27 Feb 2011 06:45 AM PST

Habislah PKR.. lama-lama tinggal Wan Azizah dengan Anwar sajalah nampaknya..

Pagi tadi ada berita yang mengatakan 154 Wanita PKR keluar PKR menyertai UMNO, malam ni pula ada lagi berita yang mengatakan 250 Ahli PKR Lembah Pantai pula keluar PKR..

Keluar PKR ni semakin menjadi-jadi bila Pilihanraya Kecil tiba.. tapi yang hairannya tak habis lagi Ahli PKR ni walaupun kalau dikira jumlah semua yang keluar tu dah terlalu ramai...


250 anggota PKR Lembah Pantai keluar parti

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Lebih 200 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Lembah Pantai, hari ini, keluar dari parti berkenaan dan menubuhkan Persatuan Gerakan Semangat 1Malaysia (SESAMA), sebuah pertubuhan bukan kerajaan pelbagai kaum, yang menyokong Barisan Nasional (BN).


Bekas Naib Ketua Penerangan PKR cabang Lembah Pantai Raymond Suppiah, yang mewakili semua anggota berkenaan berkata, keputusan itu dibuat setelah tidak berpuas hati dengan kepimpinan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar serta kepimpinan tertinggi PKR. - Bernama

Saya tak kata Ikhwanul Muslimin Mesir kumpulan pengganas - Najib

Posted: 27 Feb 2011 05:30 AM PST

Cuba fahami kata-kata Najib ini.."Saya tak kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) ini kumpulan pengganas. Saya kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) boleh ambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat menolak keganasan dan fahaman ekstremis, sebab ini (kumpulan pengganas adalah) pandangan umum terhadap Muslim Brotherhood, bukan pandangan saya,"

Memang dia tak kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) itu kumpulan pengganas, tapi ayatnya itu menggambarkan seolah-olah Ikhwanul Muslimin menerima keganasan dan fahaman ekstrimis.

Najib: Saya tak kata Ikhwanul Muslimin Mesir kumpulan pengganas

TEMERLOH, 27 Feb — Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak pernah melabelkan kumpulan Islam terbesar Mesir Ikhwanul Muslimin dan ulama terkenal dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi sebagai pengganas.


Perdana Menteri berkata sebaliknya gerakan itu perlu menghilangkan persepsi dunia terhadap mereka yang dianggap sebagai kumpulan ekstrem.

"Saya tak kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) ini kumpulan pengganas. Saya kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) boleh ambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat menolak keganasan dan fahaman ekstremis, sebab ini (kumpulan pengganas adalah) pandangan umum terhadap Muslim Brotherhood, bukan pandangan saya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk Felda Jengka 25, di sini hari ini.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendesak beliau menarik balik tuduhan liar yang dilemparkan kepada Ikhwanul Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Dalam kenyataannya semalam, Nasharudin mendesak Najib supaya menarik balik "tuduhan liar" yang didakwa dilemparkan ke atas Ikhwanul Muslimin dan Dr Yusuf Al-Qardhawi berhubung penglibatannya dalam politik pascaera Hosni Mubarak.

"Memetik ucapan yang dibuat olehnya (Najib) di Istanbul baru-baru ini, beliau mendakwa parti politik Ikhwanul Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis.

"(Sebaliknya) Ikhwanul Muslimin merupakan sebuah gerakan Islam sah di Mesir. Malah, mereka turut terlibat dan berpartisipasi secara aktif dalam beberapa siri pilihan raya di Mesir," kata Nasharudin.

Dalam kenyataan dibawa oleh National Review Online, Najib dipetik berkata Ikhwanul Muslimin tidak seharusnya "mengambil bahagian dalam proses (pemulihan Mesir) selagi mereka tidak menolak keganasan dan ektremisme."

"Sesiapa yang mahu menjadi sebahagian daripada proses politik harus menerima bilia yang selari dengan demokrasi," kata Najib dipetik laman web itu.

Nasharudin menambah, mereka sering melaungkan tema "penglibatan dan bukan penguasaan" di samping memelihara peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan Mesir.

Bagaimanapun kata beliau, hak dan nilai demokrasi mereka sebagai rakyat dan parti politik yang sah telah dicabul sehingga mereka terpaksa berdepan dengan ancaman, ugutan serta penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pemerintah Mesir.

Sehubungan itu, Najib berkata gerakan itu perlulah menghormati undang-undang, proses demokrasi dan cintakan keamanan.

"Kalau mereka (gerakan itu) kata, bahawa mereka tak ada ideologi sedemikian rupa (ekstrem), mereka nak ambil bahagian ikut proses undang-undang, menghormati proses demokrasi, cintakan keamanan. Kita (Malaysia) tak ada masalah untuk menerima mereka untuk bertanding dalam pilihan raya.

"Lagipun ini bukan keputusan saya, ini keputusan yang perlu dibuat oleh negara lain, negara masing-masing. Saya tak kata mereka ini golongan ekstremis atau pengganas. Soalnya, untuk mereka menghilangkan persepsi dunia terhadap kumpulan ni," kata Najib dipetik Bernama.

Hindraf sengaja cari publisiti burukkan Malaysia

Posted: 27 Feb 2011 05:04 AM PST

TEMERLOH, 27 Feb — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap tindakan kumpulan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) yang mengadakan demonstrasi di ibu kota hari ini, adalah semata-mata untuk memburukkan Malaysia melalui media antarabangsa.

Beliau berkata, kumpulan itu amat berharap polis menggunakan kekerasan terhadap mereka supaya kerajaan Malaysia dilihat sebagai sebuah kerajaan yang zalim dan rejim autokratif.

"Kita tak nak guna kekerasan, mereka mengharapkan kita guna kekerasan supaya mereka nak terokai melalui televisyen antarabangsa yang menunjukkan kononnya kita sebuah rejim autokratif dan sebagainya, itulah niatnya yang sebenar," katanya (gambar) kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk Felda Jengka 25 di sini, hari.


Perdana Menteri berkata demikian ketika mengulas mengenai lebih 15 orang individu dipercayai anggota Hindraf yang ditahan polis semasa cuba melakukan demonstrasi bagi membantah novel Interlok di sekitar perkarangan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pagi ini.

Najib berkata, tindakan kumpulan berkenaan yang mengadakan demonstrasi di KLCC jelas menunjukkan mereka hanyalah menimbulkan satu gambaran yang buruk kepada negara ini melalui media antarabangsa.

"Kalau soal masalah kaum India kita sedang ambil tindakan, banyak masalah kaum India telah kita atasi," katanya.

Najib berkata kumpulan itu sebenarnya boleh menyerahkan apa jua memorandum kepada beliau atau pemimpin-pemimpin lain di Putrajaya.

"Mengapa perlu buat demonstrasi dan kenapa buat demonstrasi di KLCC pulak," kata beliau. — Bernama

Kenyataan Media TG Nik Aziz Berkaitan Isu Najib Bidas Sheikh Qardawi sebagai Pengganas

Posted: 26 Feb 2011 11:32 PM PST

Terkejut saya apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang saya sifatkan sangat tidak manis terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin dan Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi ketika berada di Turki baru-baru ini.

Menurut laman web National Review Online, beliau dilaporkan mengeluarkan kenyataan bernada kesal dengan keterlibatan Ikhwanul Muslimin dengan protes mendesak pengunduran Hosni Mubarak di Mesir yang disifatkan oleh beliau berunsur violence and extremism (keganasan dan melampau).

Ditambah lagi dengan kenyataan beliau yang menggambarkan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi selaku seorang yang menyokong keganasan. Di antara ayat-ayat kurang manis dalam laporan tersebut ialah : "Those concerns center on Qaradawi's support and justification for terrorism (kebimbangan ini berasaskan kepada sokongan Qaradawi dan justifikasi yang diberikan beliau terhadap keganasan).

Saya kira Perdana Menteri Malaysia sudah lupa langit tinggi rendah sewaktu mengeluarkan kenyataan tersebut. Saya khuatir, pemergian ke Turki hanya untuk berguru dengan tokoh sekular Turki yang jasadnya berkubur di situ.


Sudahlah beberapa minggu lepas, salah seorang bekas Perdana Menteri Malaysia menulis menyerang saya dengan melabelkan Kamal Attarturk sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada Islam, hari ini Perdana Menteri pula menziarahi pusara Kamal Attarturk dan meletakkan kalungan bunga di situ, satu amalan yang telah difatwakan haram di Malaysia. Barangkali itulah Islam sederhana, ajaran baru UMNO.

Ingatlah, tiada Islam sederhana, Islam melampau atau Islam kedai kopi. Semuanya Islam yang datang dari Rasulullah SAW. Setiap yang berbeza, itu bukannya Islam.

Pertama, saya ingin bertanya, atas neraca mana nama ganas itu mahu ditampal? Adakah setiap perbuatan menuntut hak setelah dinafikan itu ganas? Dalam Islam, neraca yang paling tepat ialah sunnah Rasulullah SAW dan bukan neraca Hillary Clinton.

Baginda dan para sahabat telah berada di bumi tempat tumpah darah : Makkah al-Mukarramah selama 13 tahun, selama tempoh itulah umat Islam di Madinah dizalimi, dinafikan hak mereka bahkan pernah dipulau selama tiga tahun di Syi'ib Ali.

Mereka tidak dibenarkan berjual beli dengan sesiapa, salam mereka tidak berjawab, sapa mereka tidak berbalas. Mereka ditekan dengan pelbagai tekanan namun tidak sekalipun mereka melawan kerana belum menadapat keizinan daripada Allah SWT. Hanya di Madinah, barulah Allah SWT memerintahkan agar umat Islam berperang membela diri dan menjaga maruah. FirmanNya :

وَقَاتِلُواْ الْمُشْرِكِينَ كَآفَّةً كَمَا يُقَـتِلُونَكُمْ كَآفَّةً

Yang bermaksud : Dan perangilah kaum musyrikin (yang memerangi kamu) itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya – Surah al-Taubah, ayat 36.

Di Madinah, umat Islam akhirnya dibenarkan melawan dan mengangkat pedang memerangi kezaliman ke atas mereka. Tiga belas tahun mereka bersabar di Mekah, namun kesabaran manusia ada hadnya. Jika binatang sekecil kucing pun boleh melawan jika ditindas, apatah lagi makhluk yang berakal seperti manusia? Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat itu ganas? Suka saya nyatakan, jika Rasulullah SAW itu disifatkan ganas, maka semua muslim seharusnya bersedia untuk menjadi pengganas!

Hosni Mubarak telah menzalimi rakyat Mesir selama 30 tahun, bila diadakan pilihanraya pula dia dikatakan mendapat kemenangan hampir 99.99%. Adakah menjatuhkan pemimpin seperti ini dianggap sebagai ganas? Janganlah pula membuat tuduhan bahawa Ikhawanul Muslimin yang terlibat sedangkan apa yang jelas berlaku di Mesir ialah kebangkitan rakyat. Tidakkah Perdana Menteri Malaysia mengetahui bahawa mereka yang terlibat dengan protes ini terdiri daripada segenap lapisan rakyat Mesir. Muslim, Kristian, kelas bawahan, menengah bahkan atasan sekalipun berdiri satu barisan menuntut pengunduran Mubarak. Isunya ialah penyelewengan, penindasan dan kezaliman rejim Hosni Mubarak, jangan pula getahnya dipalitkan kepada Ikhwan!

Islam tidak mengajar untuk melakukan keganasan, tetapi Islam tidak membenarkan umatnya menghina diri dan merelakan perlakuan zalim ke atas diri mereka. Peliknya, ketika Hosni Mubarak menzalimi rakyatnya sendiri, mulut-mulut ini diam seribu bahasa, apabila rakyat Mesir bertindak menuntut hak, mereka pula dilabelkan sebagai ganas. Demikianlah juga ketika Iraq dan Afghanistan dihancurkan oleh Amerika Syarikat, mana perginya perkataan ganas itu? Begitu juga dengan tindakan PBB membelah bahagikan bumi Palestin demi kepentingan Israel, PBB dan Israel tidak dilabelkan ganas. Apabila rakyat Palestin bertindak walaupun hanya dengan melontar batu, mereka sudah dianggap ganas! Alangkah sengetnya neraca yang mereka gunakan.

Al-Qaradawi ialah ulama berjasa. Beliau pernah dipenjarakan ketika Perdana Menteri Malaysia hari ini belum lagi lahir ke dunia. Beliau telah mengarang puluhan kitab dalam pelbagai disiplin ilmu, pemikirannya dijadikan kajian oleh ratusan sarjana di seluruh dunia bahkan kerajaan Malaysia sendiri menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1431H kepada beliau.

Istighfarlah banyak-banyak. Ingatlah kepada Allah SWT sebelum melabelkan ulama yang mulia dengan tuduhan seperti itu. Harapan saya Perdana Menteri sekarang tidak berguru dengan salah seorang bekas Perdana Menteri yang semakin mengarut kenyataannya. Saya simpati dengan bekas Perdana Menteri itu.


Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 24 Rabiul Awal 1432 / 27 Februari 2011

Wanita PKR masuk UMNO

Posted: 26 Feb 2011 11:21 PM PST

Hakikatnya ada kebenaran yang disuarakan oleh mereka yang keluar dari PKR ini.. dan perkara ini akan berterusan jika tiada perubahan atau tindakan dari manusia yang dilantik sebagai Pemimpin..

IPOH – Seramai 154 ahli-ahli Wanita Pakatan Rakyat (PKR) hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan parti itu yang didakwa tidak mempunyai kredibiliti dan hala tuju perjuangan yang ikhlas.

Jumlah berkenaan meliputi ahli-ahli dari Ipoh Barat, Tambun, Chemor dan beberapa cabang lain bersama 34 wanita yang belum menyertai sebarang parti telah sepakat untuk menyertai UMNO.

Bekas Naib Pengerusi Cabang Ipoh Barat, Siti Aminah Mansor berkata, sepanjang 10 tahun bersama PKR, terbukti perjuangan dan kepimpinan parti hanya untuk kepentingan peribadi, bukan untuk kebaikan rakyat.

Menurutnya, PKR sudah menjadi parti yang penuh dengan masalah perebutan kuasa sehingga sering melupakan ahli di peringkat akar umbi yang bertungkus lumus bekerja menghidupkan parti.


"Kepimpinan Wanita PKR dilihat mempunyai sikap tidak berbaik, suka berpuak-puak, suka menabur fitnah, malah menjadikan parti sebagai hak milik peribadi pemimpin semata-mata," katanya ketika ditemui pada sidang media di Pejabat UMNO, dekat sini, semalam.

Hadir sama, bekas Setiausaha Wanita UMNO Negeri, Lailatul Amla Ahmad Tanjiji.

Menurutnya, mereka tidak mahu terus bersama kepimpinan yang bermasalah dan membuat keputusan keluar parti dan menyertai UMNO

Aminah yang sebelum ini pernah menyertai UMNO tidak bergiat aktif kerana sibuk menguruskan keluarga.

"Inilah masa yang tepat dan terbaik untuk saya bergiat aktif semula dan berjuang bersama ahli-ahli lain," katanya.

Aminah berkata, penyertaannya dalam UMNO adalah kehendak sendiri tanpa ada sebarang ganjaran ditawarkan.

"Semua ini kemahuan saya, tiada ada sebarang tawaran sama ada jawatan mahupun wang.

"Terpulanglah kepada ahli Wanita PKR yang lain untuk menilai mana yang lebih baik dan saya tidak ada sebarang paksaan untuk mereka menyertai UMNO," katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Negeri, Datuk Rusnah Kassim bersyukur dan gembira dengan penyertaan itu.

"Saya begitu mengalu-alukan penyertaan ini dan berharap pertambahan ahli ini akan membuatkan kita lebih kuat terutama dalam usaha membantu golongan wanita," katanya.

Rusnah berkata, ahli-ahli Wanita UMNO di Perak sentiasa mengambil pendekatan turun padang bagi melakukan kerja kebajikan berbanding menggunakan pendekatan banyak cakap.

"Kita percaya ia akan dapat lebih banyak membantu khususnya melalui Skuad Sayang yang kita tubuhkan dan adalah diharap juga ahli-ahli baru ini dapat menyertainya untuk kita sama-sama melakukan kerja-kerja kebajikan," katanya.


Sinar Harian

Proses undi PKR cabang sedingin salju..

Posted: 26 Feb 2011 11:13 PM PST

PENDANG – Pengundian pemilihan Jawatankuasa PKR Cabang Pendang dilihat begitu dingin apabila tidak ramai ahli parti itu yang hadir membuat undian semalam.

Pusat pengundian yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Pendang (MDP) bermula jam 10 pagi dan berakhir kira-kira jam empat petang itu dilihat kurang mendapat sambutan memandangkan tidak mencapai sasaran kehadiran ahli membuang undi.

Ketua Penaja Pendang, Rashdan Ismail berkata, pemilihan jawatankuasa dan mesyuarat agung diadakan kali pertama setelah lulus daripada daftar pertubuhan (ROS) PKR Cabang Pendang.


Menurutnya, seramai 535 ahli PKR cabang ini layak mengundi, namun PKR cabang itu hanya menyasarkan hanya 80 peratus sahaja yang datang mengundi memandangkan banyak ahli yang bekerja dan tidak dapat bercuti.

"Majoriti yang keluar mengundi pada hari ini (semalam) adalah ahli lingkungan umur 30 ke atas sahaja memandangkan banyak ahli yang tidak dapat keluar mengundi apabila ada segelintir yang tidak dapat meninggalkan sementara pekerjaan yang dilakukan mereka.

"Memandangkan harga getah semakin tinggi pada masa kini menyebabkan ahli tidak mahu meninggalkan pekerjaan mereka," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, calon Timbalan Ketua PKR cabang itu, Jaafar Shaari berkata, undian untuk pemilihan cabang berkenaan dingin berikutan kemungkinan ahli tidak mengetahui tarikh pengundian memandangkan pemilihan pencalonan ini pada mulanya ditetapkan pada 12 Februari 2011 namun atas sebab-sebab tertentu pemilihan ini ditunda semalam.

"Tarikh itu ditentukan oleh jawatankuasa pemilihan pusat dan banyak ahli yang mengetahui pemilihan pada tarikh itu memandangkan banyak kain rentang telah dipasang dan ahli telah banyak memohon cuti namun pada saat-saat akhir dimaklumkan pemilihan itu ditunda semalam.

"Kami hanya memaklumkan pada ahli melalui telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) sahaja, namun pada yang tidak mempunyai telefon mereka tidak dapat mengetahuinya," katanya.

Beliau berkata, PKR cabang itu akan mengorak langkah di kawasan ini dengan mengaturkan pelbagai strategi bagi menguatkan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini.

Turut hadir ke pusat pemilihan cabang itu ialah Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Kedah, Datuk Wan Salleh dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Kedah, Azman Nasaruddin.

Antara calon yang bertanding bagi jawatan Ketua PKR Cabang Pendang ialah Muda Salleh dan Rashdan Ismail, Timbalan Ketua, Jaafar Shaari dan Rozee Mohamad manakala Naib Ketua terdiri daripada Umam Din Jom dan Mohamad Imran Abdul Manaf.

Sinar Harian difahamkan Ketua AMK Cabang itu dimenangi tanpa bertanding oleh Mohd Zaki Abd Razak.


Sinar Harian

Tiada ulasan: