Khamis, 24 Februari 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


MALAYSIA AKAN CONTOHI LIBIYA DAN BUKAN MESIR ATAU TUNISIA..?NAMPAKNYA LA...

Posted: 24 Feb 2011 08:21 AM PST

— Pihak berkuasa Libya menggesa penunjuk perasaan menyerahkan senjata sambil menawarkan mereka ganjaran jika memberi maklumat mengenai ketua-ketua demonstrasi sementara pembangkang pula merancang untuk membebaskan Tripoli dan "menangkap" Muammar Gaddafi.
Pasukan keselamatan meningkatkan tindakan ke atas penunjuk perasaan antikerajaan dan pertempuran kini merebak ke Tripoli, ibu negara Libya, selepas tercetus di sebelah timur minggu lalu.
Muammar tidak memberikan sebarang bayangan akan berundur selepas menerajui negara itu lebih empat dekad.
"Sesiapa yang menyerahkan senjata dan rasa kesal (dengan tindakan mereka) akan dikecualikan daripada dikenakan tindakan undang-undang.
"Jawatankuasa meminta agar kesemua rakyat bekerjasama dan memaklumkan pihak yang memimpin golongan muda (mengadakan demonstrasi) atau membekalkan wang, peralatan," kata kenyataan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Keselamatan Am Rakyat Libya menerusi stesen Libya TV.
Dipetik laporan msnbc, jawatankuasa itu juga berkata, mereka yang bekerjasama akan diberikan wang.
"Ganjaran kewangan yang lumayan akan diberikan kepada seiapa yang menyumbang atau memberi maklumat tentang mereka," kata kenyataan yang dibacakan oleh pegawai tentera Libya, yang siarannya dipantau di Kaherah.
Sementara itu, laporan Reuters pula berkata, kumpulan militia antikerajaan kini menguasai bandar Zuara, kira-kira 120 kilometer ke barat Tripoli.
Pekerja-pekerja Mesir yang menyeberang ke Tunisia memberitahu Reuters hari ini bahawa tiada tanda-tanda polis atau tentera mengawal bandar itu, sebaliknya dikuasai oleh "jawatankuasa popular" dengan senjata automatik.
"Rakyat kini mengawal (bandar Zuara)," kata pekerja-pekerja itu, yang bekerja di tapak pembinaan sebelum memutuskan untuk meninggalkan kawasan tersebut.
Pasukan tentera yang setia kepada Muammar juga hilang kawalan ke atas wilayah timur Cyrenaica minggu lalu dan ada tanda-tanda mereka hilang penguasaan di beberapa wilayah di sebelah barat.
MENYUSUL LAGI

DUA MENTERI UMNO BERCAKARAN?

Posted: 24 Feb 2011 06:26 AM PST

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Semacam ada pergeseran berlaku antara Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin dengan timbalannya Datuk Saifudin Abdullah ekoran pilihan raya kampus.

Ia mula dikesan apabila Khaled melalui Twitternya menulis, "Perjuangan yang menjijikan jika berasas kepada penipuan, kepalsuan dan rekaan. Ia berbau politik pembangkang".

Namun tidak diketahui kepada siapakah mesej itu ditujukan.

Ekoran Twitter ini, Saifudin menghantar mesej khas kepada Khaled juga melalui Twitter yang berbungi, "Saifuddin Abdullah @ khalednordin Dato, siapa yg jijik tu?"
Selepas mesej itu, Khaled menjawabnya melalui Twitter berbunyi, "MohamedKhaled Nordin: Sesetengah orang suka huru hara, silap2 bole jadi hero."
Namun tidak diketahui apakah ianya ditujukan kepada Saifudin atau tidak.

Ekoran itu, Saifudin telah menghantar dua mesej melalui Twitternya, iaitu  "Bagaimana dengan TNC HEP tak nak jumpa mahasiswa?" dan "Pandangan saya tentang kes UPM dilapor oleh Msianinsider. Cuma pembetulan sikit, saya "tak arah", saya "beri pandangan".

Sebelum ini Harakahdaily melaporkan desakan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) agar Khaled meletakkan jawatan ekoran kegagalannya menangani masalah demokrasi kampus yang semakin kritikal berkaitan perjalanan pilihan raya kampus (PRK).

Desakan itu juga kerana kegagalan Khaled menyahut cabaran mahasiswa untuk berdialog secara terbuka mengenai isu-isu mahasiswa.

Gamis sebaliknya mahu timbalan beliau Saifuddin Abdullah menggantikan Khaled mengetuai kementerian berkenaan kerana dilihat lebih bersifat terbuka terhadap suara mahasiswa.

Gamis juga mengambil serius kegagalan Khaled berhadapan dengan tuntutan mahasiswa sebelum ini.

Memorandum Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berhubung salah guna kuasa pihak universiti dalam pilihan raya kampus pada Januari tahun lalu tidak dilayan.

AHAD INI HINDRAF AKAN BERDEMO?

Posted: 24 Feb 2011 05:40 AM PST

Polis diminta mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan yang mendakwa sebagai Hindu Rights Action Force (Hindraf), yang merancang perarakan raksasa di ibu negara, Ahad ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya Hindraf adalah satu badan yang telah diharamkan oleh kerajaan dan kerana itu nama Hindraf tidak wajar diperjuangkan oleh mana-mana pihak.
"Mereka (pihak yang mahu menganjurkan perhimpunan itu) tahu mereka perlu mendapatkan kelulusan dan permit daripada pihak berkuasa seperti polis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Matrikulasi Bersama-sama Masyarakat peringkat kebangsaan di Kolej Matrikulasi Kedah di sini, Khamis.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas rancangan kumpulan Hindraf, sebuah pertubuhan yang telah diharamkan kerajaan, untuk mengadakan perarakan raksasa dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sehingga ke Jalan Dang Wangi di Kuala Lumpur, Ahad ini.
Muhyiddin berkata terserahlah kepada polis mengenai bentuk tindakan yang akan diambil tetapi sebarang aktiviti seperti perhimpunan oleh kumpulan yang diharamkan perlu dikenakan tindakan tegas.
"Kalau mereka bertindak di luar batas undang-undang dan tidak ikut peraturan, seperti mengadakan perhimpunan, itu juga satu kesalahan. Sesiapa mengepalai tindakan haram ini perlu diambil tindakan tegas," katanya.
Katanya jika ada usaha-usaha untuk menghidupkan semula badan-badan yang telah diharamkan, perkara itu perlu dipandang serius. - BERNAMA

DIA PERNAH CAKAP BENDA YG SAMA:BOLEHKAH DIPERCAYAI...MESTI NAIK PUNYA MA..BN-BARANG NAIK MA

Posted: 24 Feb 2011 02:05 AM PST

Kerajaan kekalkan harga RON95 dan diesel, kata Ismail Sabri

February 24, 2011
KUALA LUMPUR, 24 Feb — Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi RON95 pada RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.
Beliau berkata berikutan itu kerajaan sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mencari alternatif bagi menampung peningkatan itu.
"Kerajaan akan mengekalkan harga semasa, dan melihat opsyen atau alternative lain walaupun tanggungan kerajaan bertambah.
"Setakat ini boleh tahan, untuk tidak naikan harga RON95 dan diesel," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan kewangan 2010 Bank Rakyat di sini.
Beliau berkata peruntukan bajet untuk subsidi tahun ini sebanyak RM10.3 bilion dan jika trend itu berterusan, ia akan mencecah RM14 bilion.
Subsidi RM10.3 bilion itu termasuk petroleum, RON95, diesel, gas LPG, gula, beras dan minyak masak.
Disember lepas, harga RON95 dan diesel masing-masing meningkat lima sen kepada RM1.90 dan RM1.80 seliter.
Antara altenatif yang sedang dikaji ialah menyemak semula kuota petrol dan diesel yang diterima oleh pihak-pihak tertentu, katanya kepada pemberita.
Ditanya bila kedua-dua kementerian akan memuktamadkan perbincangan itu, Ismail Sabri (gambar) berkata ia akan dicapai secepat mungkin.
"Ia tidak akan mengambil masa yang panjang. Lebih lama diambil, lebih banyak subsidi akan ditanggung oleh kerajaan," katanya.
Beliau berkata harga barangan makanan juga meningkat, terutama produk import yang menyebabkan negara sebagai pengimport, perlu menanganinya.
Mengulas sama ada harga barangan subsidi lain akan meningkat memandangkan harga bahan api tidak dinaikkan, Ismail Sabri berkata "kita tidak bercadang untuk menaikkan subsidi barangan lain".
"Mulai 1 Feb, subsidi untuk semua pengilang makanan dan minuman manis yang menggunakan gula sebanyak 500 metrik ton sebulan, dihentikan.
"Kerajaan dapat menjimatkan sebanyak RM128 juta," katanya memberi contoh tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menjimatkan peruntukan subsidi. — Bernama

KEJAMNYA GADDAFI:BUNUH 1000 RAKYATNYA DALAM BEBERAPA HARI JE..

Posted: 23 Feb 2011 10:12 PM PST

Keganasan yang tercetus di Libya didakwa sudah meragut lebih 1,000 nyawa dengan 600 orang daripada mereka di ibu negara, Tripoli, kata Nouri el-Mismari, bekas ketua protokol kepada Presiden Muammar Gaddafi, semalam.

NONEMenurut AFP, Mismari, yang tinggal di Perancis hujung tahun lalu kerana masalah kesihatan berkata, huru-hara timbul akibat kemarahan orang ramai terhadap regim Gaddafi itu jauh lebih teruk dengan lebih 1,000 nyawa terkorban.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan asas merujuk kepada anggaran angka kematian yang diberikannya itu.

Selasa lalu, kerajaan Libya buat pertama kali mendedahkan bahawa 300 rakyatnya terbunuh dalam tunjuk perasaan yang tercetus lebih seminggu lalu. Namun Persekutuan Antarabangsa Mengenai Hak Asasi (IFHR) semalam menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 640 orang yang telah terkorban.

"Ini amat, amat serius. Rakyat Libya tidak akan berhenti untuk menamatkan pemerintahan 41 tahun Gaddafi ini," kata Mismari.

NONE"Ini adalah penamat kepada Muammar Gaddafi. Beliau langsung tidak memperoleh lima peratus sokongan rakyat negaranya," katanya.

Mismari berkata, apa yang menyedihkan regim Gaddafi menembak secara rambang rakyat yang memprotes. Katanya lagi, tidak sepatutnya tentera udara juga diarahkan melepaskan tembakan dari pesawat.

Beliau berkata, Gaddafi akan bernasib baik sekiranya dia terbunuh atau rakyat negara itu akan mendakwanya di mahkamah seperti Saddam Hussein.

UMNO SUDAH JUMPA ALASAN NAIKKAN HARGA MINYAK MALAM INI?

Posted: 23 Feb 2011 07:09 PM PST

Sementara pergolakan politik di rantau Asia Barat merebak ke Libya, pengeluar utama minyak di dunia, gelombang kebangkitan rakyat turut memberi kesan ke atas bekalan minyak dunia sekali gus boleh menyumbang kepada ancaman baru ke atas global ekonomi.
Dengan sebahagian pengeluaran minyak di Libya ditutup ekoran pertempuran antara penunjuk perasaan antipemimpin Muammar Gaddafi (gambar) dan penyokongnya, harga minyak dunia terus naik sehingga parasnya mencecah AS$110 setong semalam.
Beberapa syarikat pengeluaran minyak asing di Libya sudah mula membawa keluar pekerja-pekerja mereka.
"Kami memantau dengan dekat dan bimbang (dengan perkembangan ini)," kata jurucakap White House Jay Carney di Washington semalam.
Bagaimanapun dia enggan membuat spekulasi mengenai harga masa depan minyak.
Pakar-pakar ekonomi Amerika Syarikat berkata, kenaikan harga minyak mentah itu dijangka akan memberi kesan ke atas kos bahan api dan pada masa yang sama mengetatkan pendapatan sebenar rakyat negara itu.
Keadaan yang sama dikhuatiri akan dirasai oleh negara-negara lain.
Laporan minggu lalu berkata dunia kini mengalami kenaikan harga bahan makanan, menimbulkan persoalan baru di kalangan masyarakat antarabangsa.
Harga barang yang semakin meningkat, bukan sahaja bagi tenaga tetapi juga membabitkan makanan sebenarnya satu masalah kerana tenaga dan makanan tidak boleh dipisahkan, kata Howard Ward iaitu pegawai pelaburan utama di GAMCO Growth Fund.
"Dan, kini ia akan menelan bahagian besar pendapatan berbanding yang pernah disaksikan beberapa tahun sebelum ini. Ia akan memberi impak ke atas perbelanjaan (rakyat). Kita masih ada ekonomi yang 70 peratus penggunanya berbelanja," katanya dipetik laporan msnbc.
Pakar ekonomi di Moody's Analytics, Chris Lafakis berkata kesan harga bahan api yang tinggi ke atas ekonomi boleh dirasai dalam waktu yang segera.
Katanya, harga minyak secara purata AS$103 setong pada 2010, berbanding AS$80 setong setahun lalu, akan menyapu bersih potongan cukai bernilai AS$120 bilion yang diperuntukkan untuk merangsang pemulihan ekonomi Amerika Syarikat.
Kenaikan mencecah AS$120 setong boleh memadamkan terus impak program stimulasi ekonomi.
Dalam pada itu, laporan BBC pula menyebut Muammar sedang bertarung habis-habisan untuk mengekalkan kuasa Tripoli dan di beberapa kawasan barat Libya sementara penunjuk perasaan pula semakin mengukuhkan kedudukan mereka di bahagian timur manakala rakyat asing mula meninggalkan negara tersebut.
Tripoli kelihatan lengang selepas penyokong-penyokong Muammar turun ke jalan dengan pertempuran meningkat di bandar-bandar sebelah barat seperti Misurata, Sabratha dan Zawiya.
Seorang warga Tripoli memberitahu BBC Arab bahawa hanya polis, askar dan askar upahan Afrika yang berada di jalan-jalan tetapi pembangkang memberi tumpuan di bandar-bandar sebelah timur yang sudah pun jatuh ke tangan mereka.
Seorang lagi penduduk Tripoli berkata, "penunjuk perasaan antikerajaan sudah hilang. Jalan-jalan lenggang sekarang. Banyak kematian."
Penunjuk-penunjuk perasaan meraikan kejayaan mereka di bandar-bandar sebelah timur.
Sekurang-kurangnya 300 orang dilaporkan terbunuh dalam kebangkitan rakyat ini, yang dikenali sebagai "Revolusi 17 Februari", menentang kepimpinan Muammar yang sudah lebih empat dekad.
Satu lagi laporan Reuters menyebut, duta Qatar ke Libya juga telah meninggalkan negara itu.
"Duta Qatar sudah meninggalkan negara (Libya)," kata pegawai kedutaan yang tidak memberikan namanya.
Anak lelaki Muammar, Saif al-Islam dalam kenyataan berasingan pula berkata, pelabuhan-pelabuhan dan lapangan terbang di Libya "kesemuanya dibuka" dan kehidupan kembali "normal".
Sebelum ini Muammar menegaskan tidak akan tunduk kepada desakan supaya berundur manakala Saif pula pula berkata pihaknya akan bertarung hingga "peluru terakhir" untuk melawan penunjuk perasaan.

AWAS!!!ALLAH TELAH MENGHANTAR MUSUH UMMAT ISLAM NUSANTARA BEGITU DEKAT SEKALI?

Posted: 23 Feb 2011 09:54 AM PST

Sebuah penelitian nasional selama satu dekade telah menemukan bahwa hampir 50 persen warga Australia mengidentifikasikan diri mereka dengan memiliki sikap anti-Muslim.
Peneliti dari universitas di seluruh negara melakukan survei terhadap ribuan orang tentang sikap mereka terhadap perbedaan budaya dan apakah mereka pernah mengalami tindak rasisme.
Penelitian ini menemukan sekitar satu dari 10 warga Australia mengidentifikasi diri mereka sebagai berprasangka negatif terhadap budaya lain.
Sekitar seperempat dari mereka yang disurvei mengatakan bahwa mereka memiliki sikap anti-Semit atau anti-Asia, sedangkan sejumlah kecil orang yang disurvei juga berprasangka negatif terhadap suku Aborigin.
Sentimen anti-Muslim bahkan lebih tinggi, dengan hasil mencapai 48,6 persen.
Peneliti utama Profesor Kevin Dunn dari University of Western Sydney, mengatakan retorika politik belakangan ini yang didengungkan sama sekali tidak membantu.
"Jika Anda terus berbicara tentang sebuah kelompok sebagai masalah, apakah itu para pencari suaka atau umat Muslim, maka yang akan terjadi adalah hal itu akan tertanam dalam benak publik," katanya menegaskan.
New South Wales adalah negara yang paling toleran terhadap umat Islam, dengan lebih dari 54 persen warganya mengekspresikan diri berprasangka positif terhadap umat Islam.
Presiden Dewan Mahasiswa Internasional, Robert Atcheson, mengatakan survei ini menjadi pukulan lain bagi reputasi Australia yang memang sudah rusak.
"Jika Anda seorang mahasiswa internasional yang melihat untuk datang ke Australia, atau Kanada atau Inggris atau Amerika Serikat, yang pasti hal ini bisa mempengaruhi keputusan mereka untuk pergi ke tempat lain," katanya menambahkan. (fq/abcau)

Tiada ulasan: