Khamis, 24 Februari 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Utusan diberi percumapun tak diterima di Sekolah Cina..

Posted: 24 Feb 2011 02:02 AM PST

Akibat tekanan dan bantahan kumpulan pendidikan Cina dan parti pembangkan, sebuah sekolah rendah Cina di Kuantan menukar keputusannya untuk menerima akhbar percuma Utusan Malaysia.

Menurut laporan Sin Chew Daily hari ini, keputusan tidak menerima akhbar tersebut dibuat oleh lembaga SRJK (C) Semambu selepas bermesyuarat malam semalam.


Pengerusi lembaga sekolah itu, Goh Kim Fah memberitahu Sin Chew Daily, sekolahnya pada asalnya memang mahu menerima akhbar percuma Utusan Malaysia yang disumbangkan oleh sebuah syarikat swasta yang bertujuan meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajarnya.

"Diakui, kami memang lalai dalam isu ini. Kami tidak mengkaji impak keputusan (untuk menerima sumbangan itu)," katanya.

Menurut Goh, pelajar tidak seperti orang dewasa tidak akan dapat membezakan laporan Utusan Malaysia yang lazimnya menurut pengkritik adalah berat sebelah dan bersifat perkauman dengan berita sebenar.

Ini antara alasan lembaga itu menolak tajaan sumbangan tersebut.

Isu berkenaan timbul apabila Utusan Malaysia melaporkan syarikat hartanah Pasdec Holdings Berhad akan menaja 4,375 akhbar percuma kepada empat sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di Pahang.


Malaysiakini

Pakatan tiada isu di Kerdau?

Posted: 23 Feb 2011 11:02 PM PST

Bagi Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) kerusi

Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang kawasan Kerdau itu, tiada isu besar yang boleh dicanangkan oleh pembangkang.

"Yang ada hanyalah isu setempat berkaitan tanah dan isu untuk mempertingkat kemudahan jalan raya dan bekalan air, yang semuanya akan diselesaikan secepat mungkin" katanya.


Adnan berkata BN akan mengambil pendekatan bersemuka dan menemui pengundi bagi mengetahui dan menyelesaikan masalah mereka.

Kerusi Kerdau dahulunya dikenali sebagai Sanggang dan terletak dalam kawasan Parlimen Mentakab. Selepas persempadanan semula pada 2004, Kerdau diletakkan dalam kawasan Parlimen Kuala Krau.

Ketika menjawab soalan pemberita mengenai isu "isyarat tangan" yang dianggap lucah yang dikaitkan dengan beliau semasa kempen

PRK Sanggang pada tahun 2000, Adnan secara sinis berkata PAS dialu-alukan menggunakan "isu lama" itu.

Secara berseloroh, Adnan berkata beliau sendiri sanggup membantu PAS menampal gambar beliau menunjukkan "isyarat tangan" itu di pokok-pokok sekitar Kerdau.

Dalam PRK pada 6 Mac ini, BN akan diwakili Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau dan juga Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar Pahang.

Berdasarkan calon BN yang disifatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon yang "bukan sahaja boleh menang tapi cemerlang itu", Syed Ibrahim, dilihat tidak akan menerima "serangan peribadi" daripada parti lawan.

Keputusan terbaik

Dalam tinjauan rambang Bernama, beberapa penduduk dan pengundi menyifatkan pemilihan Syed Ibrahim sebagai keputusan terbaik memandangkan beliau bukanlah nama asing bagi penduduk kawasan berkenaan.

Malah beliau dilihat dekat di hati warga peneroka terutamanya di tiga
kawasan Felda – Felda Jengka 22, 23, dan 24, yang hampir separuh pengundi di kawasan Dun itu datangnya dari kawasan berkenaan.

Syed Ibrahim sering mengadakan ceramah agama di masjid-masjid di Kerdau sekaligus memperlihatkan beliau seorang yang berkualiti sebagai pemimpin akar umbi.

Naib Ketua Umno Cawangan Kerdau, Abdul Rahman Abdul Rashid, juga menegaskan tiada isu besar di Kerdau kerana kerajaan BN telah melaksanakan pelbagai program pembangunan di situ sejak dahulu lagi.

Beliau berkata semua kampung tradisonal termasuk kawasan Felda mempunyai rangkaian jalan bertar, balai raya, dewan, masjid dan surau.

Malah, sebuah perkampungan Orang Asli disitu juga telah dibekalkan dengan kemudahan elektrik dan air paip 24 jam.

Mengenai pemilihan Syed Ibrahim, Abdul Rahman berkata ia adalah pilihan tepat kerana Syed Ibrahim mampu menjadi wakil rakyat yang baik untuk membantu penduduk di situ.

Setiausaha PAS Pahang Roslan Zainal berkata sekalipun Kerdau dilihat sebagai kubu kuat BN, PAS yakin akan mendapat sokongan pengundi di kawasan berkenaan.

"PAS telah menyenaraikan tujuh nama untuk dicalonkan, dan sebahagian besar adalah anak tempatan berkelulusan dalam pelbagai bidang, antaranya bekas pensyarah dan penjawat awam," katanya.

Beliau berkata sekalipun BN beranggapan PAS tidak dapat membangkitkan isu-isu tempatan, parti itu akan mengutarakan beberapa isu nasional untuk menarik pengundi.

"Berdasarkan trend politik sekarang serta penambahan pengundi baru, PAS yakin akan tetap mendapat sokongan pengundi kawasan berkenaan. Apa pun kita tidak akan memberi laluan mudah kepada BN," kata Roslan.

Kerusi Kerdau kosong berikutan kematian Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, daripada BN pada 12 Feb lepas. Dalam pilihan raya umum lepas, beliau menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.

Penamaan calon ialah pada Sabtu ini.


Free Malaysia Today

Revolusi Libya : Peluang baik buat kerajaan..

Posted: 23 Feb 2011 10:37 PM PST



Dengan sebahagian pengeluaran minyak di Libya ditutup ekoran pertempuran antara penunjuk perasaan antipemimpin Muammar Gaddafi dan penyokongnya, harga minyak dunia terus naik sehingga parasnya mencecah AS$110 setong semalam.

Hah! tunggu apa lagi Najib? Alasan sudah ada.. naikkanlah harga minyak tu..

Krisis Libya: Gaddafi bertarung, harga minyak mentah terus naik

TRIPOLI, 24 Feb — Sementara pergolakan politik di rantau Asia Barat merebak ke Libya, pengeluar utama minyak di dunia, gelombang kebangkitan rakyat turut memberi kesan ke atas bekalan minyak dunia sekali gus boleh menyumbang kepada ancaman baru ke atas global ekonomi.


Dengan sebahagian pengeluaran minyak di Libya ditutup ekoran pertempuran antara penunjuk perasaan antipemimpin Muammar Gaddafi dan penyokongnya, harga minyak dunia terus naik sehingga parasnya mencecah AS$110 setong semalam.

Beberapa syarikat pengeluaran minyak asing di Libya sudah mula membawa keluar pekerja-pekerja mereka.

"Kami memantau dengan dekat dan bimbang (dengan perkembangan ini)," kata jurucakap White House Jay Carney di Washington semalam.

Bagaimanapun dia enggan membuat spekulasi mengenai harga masa depan minyak.

Pakar-pakar ekonomi Amerika Syarikat berkata, kenaikan harga minyak mentah itu dijangka akan memberi kesan ke atas kos bahan api dan pada masa yang sama mengetatkan pendapatan sebenar rakyat negara itu.

Keadaan yang sama dikhuatiri akan dirasai oleh negara-negara lain.

Laporan minggu lalu berkata dunia kini mengalami kenaikan harga bahan makanan, menimbulkan persoalan baru di kalangan masyarakat antarabangsa.

Harga barang yang semakin meningkat, bukan sahaja bagi tenaga tetapi juga membabitkan makanan sebenarnya satu masalah kerana tenaga dan makanan tidak boleh dipisahkan, kata Howard Ward iaitu pegawai pelaburan utama di GAMCO Growth Fund.

"Dan, kini ia akan menelan bahagian besar pendapatan berbanding yang pernah disaksikan beberapa tahun sebelum ini. Ia akan memberi impak ke atas perbelanjaan (rakyat). Kita masih ada ekonomi yang 70 peratus penggunanya berbelanja," katanya dipetik laporan msnbc.

Pakar ekonomi di Moody's Analytics, Chris Lafakis berkata kesan harga bahan api yang tinggi ke atas ekonomi boleh dirasai dalam waktu yang segera.

Katanya, harga minyak secara purata AS$103 setong pada 2010, berbanding AS$80 setong setahun lalu, akan menyapu bersih potongan cukai bernilai AS$120 bilion yang diperuntukkan untuk merangsang pemulihan ekonomi Amerika Syarikat.

Kenaikan mencecah AS$120 setong boleh memadamkan terus impak program stimulasi ekonomi.

Dalam pada itu, laporan BBC pula menyebut Muammar sedang bertarung habis-habisan untuk mengekalkan kuasa Tripoli dan di beberapa kawasan barat Libya sementara penunjuk perasaan pula semakin mengukuhkan kedudukan mereka di bahagian timur manakala rakyat asing mula meninggalkan negara tersebut.

Tripoli kelihatan lengang selepas penyokong-penyokong Muammar turun ke jalan dengan pertempuran meningkat di bandar-bandar sebelah barat seperti Misurata, Sabratha dan Zawiya.

Seorang warga Tripoli memberitahu BBC Arab bahawa hanya polis, askar dan askar upahan Afrika yang berada di jalan-jalan tetapi pembangkang memberi tumpuan di bandar-bandar sebelah timur yang sudah pun jatuh ke tangan mereka.

Seorang lagi penduduk Tripoli berkata, "penunjuk perasaan antikerajaan sudah hilang. Jalan-jalan lenggang sekarang. Banyak kematian."

Penunjuk-penunjuk perasaan meraikan kejayaan mereka di bandar-bandar sebelah timur.

Sekurang-kurangnya 300 orang dilaporkan terbunuh dalam kebangkitan rakyat ini, yang dikenali sebagai "Revolusi 17 Februari", menentang kepimpinan Muammar yang sudah lebih empat dekad.

Satu lagi laporan Reuters menyebut, duta Qatar ke Libya juga telah meninggalkan negara itu.

"Duta Qatar sudah meninggalkan negara (Libya)," kata pegawai kedutaan yang tidak memberikan namanya.

Anak lelaki Muammar, Saif al-Islam dalam kenyataan berasingan pula berkata, pelabuhan-pelabuhan dan lapangan terbang di Libya "kesemuanya dibuka" dan kehidupan kembali "normal".

Sebelum ini Muammar menegaskan tidak akan tunduk kepada desakan supaya berundur manakala Saif pula pula berkata pihaknya akan bertarung hingga "peluru terakhir" untuk melawan penunjuk perasaan.


The Malaysian Insider

Kekerasan tidak wajar digunakan terhadap Rakyat - Najib

Posted: 23 Feb 2011 07:40 PM PST


Ini bukan rakyat Libya tapi rakyat Malaysia

Kata Najib di Istanbul, Turki kepada pemberita AFP " Kami percaya bahawa Gaddafi tidak sewajarnya menggunakan kekerasan"

Tambahnya lagi "Apa yang penting ialah mengambilkira kemahuan rakyat.. Sistem harus dilaksanakan dan ianya haruslah berdasarkan sokongan rakyat"..


Benar … kekerasan tidak sewajarnya dikenakan terhadap rakyat.. tapi cuba baca di (SINI) berita yang mengatakan polis bertindak menurut peruntukan undang-undang bagi meleraikan perhimpunan dan perarakan penyokong yang membantah kenaikan tarif 37 peratus air Selangor di Masjid Negara Ahad 6 Disember tahun lalu..

dan baca juga di (SINI)

Kemudian lihat pula video tragedy yang tak akan dilupakan sampai mati oleh kebanyakkan rakyat Malaysia di (SINI)

Dan baca pula kisah mengenai tragedy berdarah itu di (SINI) dan juga di (SINI)

Berita berkaitan..

Libyan leader should not use violence, Malaysian PM says

ISTANBUL — Libyan leader Moamer Kadhafi should not use violence against protestors who have been on streets for days in a bloody uprising against the regime, said Malaysian Prime Minister Wednesday.

"We believe that he should not use violence," Najib Razak told AFP in Istanbul.

"What is important for us is to take into account the aspirations of people...The system should be legitimate, it has to be based on support of people", did he add.

People are giving "a clear sign of their demand for change and reform" in Arab and north African countries, and governments will have to take heed of that, said the prime minister of the mainly Muslim southeastern Asian country.

"The constitutional and political reforms that would be effective should be able to fulfill the hopes and aspirations of people, particularly the young people", said Razak.

Razak said the change in the region should be peaceful and he called both protestors and government forces to not use violence.

The prime minister said he has no concerns that Malaysia risks of a possible uprising. He said the elections in his country are "quite free and fair" and the government support is in increase.

Malaysia lately made some arrangements to evacuate its 190 citizens in Libya.

Libyan embassy staff in Malaysia on Tuesday condemned the "massacre" of anti-government protesters and said they are no longer loyal to embattled leader Kadhafi.

AFP

Kes bunuh Sosilawati dipindah ke Mahkamah Tinggi

Posted: 23 Feb 2011 07:11 PM PST



Mahkamah Majistret di Banting hari ini memerintahkan kes bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya yang didakwa membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Hurman Hussain menetapkan 24 Mac ini untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.


Pada 13 Okt tahun lalu, Pathmanabhan, 41, T Thilaiyagan, 19, R Matan, 20, dan R Khatavarayan, 30, dituduh membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot No 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat di
sini pada 30 Ogos tahun lalu.

Pada 21 Feb lalu, dua lagi pekerja ladang, K Sarawanan, 20, dan U Suresh, 27, dihukum penjara 20 tahun kerana melupuskan mayat jutawan kosmetik itu dan tiga yang lain.

- Bernama

Lebih 1,000 dibunuh di Libya

Posted: 23 Feb 2011 07:06 PM PST



Keganasan yang tercetus di Libya didakwa sudah meragut lebih 1,000 nyawa dengan 600 orang daripada mereka di ibu negara, Tripoli, kata Nouri el-Mismari, bekas ketua protokol kepada Presiden Muammar Gaddafi, semalam.

Menurut AFP, Mismari, yang tinggal di Perancis hujung tahun lalu kerana masalah kesihatan berkata, huru-hara timbul akibat kemarahan orang ramai terhadap regim Gaddafi itu jauh lebih teruk dengan lebih 1,000 nyawa terkorban.


Beliau bagaimanapun tidak menyatakan asas merujuk kepada anggaran angka kematian yang diberikannya itu.

Selasa lalu, kerajaan Libya buat pertama kali mendedahkan bahawa 300 rakyatnya terbunuh dalam tunjuk perasaan yang tercetus lebih seminggu lalu. Namun Persekutuan Antarabangsa Mengenai Hak Asasi (IFHR) semalam menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 640 orang yang telah terkorban.

"Ini amat, amat serius. Rakyat Libya tidak akan berhenti untuk menamatkan pemerintahan 41 tahun Gaddafi ini," kata Mismari.

"Ini adalah penamat kepada Muammar Gaddafi. Beliau langsung tidak memperoleh lima peratus sokongan rakyat negaranya," katanya.

Mismari berkata, apa yang menyedihkan regim Gaddafi menembak secara rambang rakyat yang memprotes. Katanya lagi, tidak sepatutnya tentera udara juga diarahkan melepaskan tembakan dari pesawat.

Beliau berkata, Gaddafi akan bernasib baik sekiranya dia terbunuh atau rakyat negara itu akan mendakwanya di mahkamah seperti Saddam Hussein.

- AFP

Pandaipun... dan Tahniah BN!

Posted: 23 Feb 2011 05:23 PM PST

Tahniah buat Kerajaan BN, kerana kali ini mampu bertindak tanpa menunggu desakan rakyat.. terutama sanak saudara mereka yang kini berada di Libya..

Pesawat sewa khas untuk pindahkan rakyat Malaysia dari Libya

KUALA LUMPUR, 23 Feb — Kerajaan akan menggunakan pesawat sewa khas dari Eropah untuk memindahkan 190 rakyat Malaysia yang merayu supaya dibawa pulang dari Libya yang sedang dilanda pergolakan, selepas kerajaan negara itu enggan membenarkan pesawat tentera masuk.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab memberitahu Bernama malam ini bahawa kerajaan Libya telah membuka ruang udara selama 48 jam untuk membenarkan usaha memindahkan warga asing.


"Bagaimanapun kami tidak boleh menggunakan pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia. Kami kini meneliti pilihan kedua, iaitu menggunakan pesawat sewa khas dari sebuah negara Eropah yang lebih dekat dengan Libya," katanya.

Mohamed Thajudeen berkata sebaik sahaja butirannya diperincikan, pesawat sewa khas itu akan berlepas ke Tripoli untuk membawa keluar rakyat Malaysia dan menerbangkan mereka ke Rome.

"Malaysia Airlines mengadakan penerbangan berjadual dari Rome yang boleh digunakan untuk membawa mereka pulang. Pada masa yang sama, pesawat C-130 yang ketika ini berada di Slovakia akan terbang ke Rome dan diletakkan dalam keadaan siap siaga," katanya.

Libya kini dilanda pergolakan sejak seminggu lepas ekoran tunjuk perasaan rakyat negara itu terhadap pemimpin mereka, Muammar Gaddafi. — Bernama

Tiada ulasan: