Selasa, 15 Februari 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Kesihan.. Kesihatan Mahathir Makin Merosot

Posted: 14 Feb 2011 09:50 PM PST

Ops Lalang: Saya ada jumpa pembangkang cuma tapi tak ingat muka, kata Mahathir

SHAH ALAM, 15 Feb — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus bertegas pemimpin-pemimpin pembangkang yang menemuinya lebih 20 tahun lalu sebelum mereka ditahan di bawah Ops Lalang seharusnya bercakap benar dan mengakui bahawa mereka ada menemuinya sebelum Ops itu dilaksanakan.

"Ia berlaku lebih 20 tahun lalu. Saya benar-benar ingat perjumpaan dengan mereka, saya tidak ingat wajah-wajah mereka. Saya pasti Karpal (Singh) bukan salah seorang daripadanya dan saya rasa (Lim) Kit Siang salah seorang daripada mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) di sini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan pemberita sama ada beliau akan menyahut cabaran oleh pengerusi DAP Karpal Singh untuk menamakan anggota pembangkang yang menemuinya sebelum Ops Lalang dilaksanakan.


Dr Mahathir berkata sekiranya pemimpin pembangkang ikhlas dan tidak cenderung untuk berbohong, beliau merasakan mereka perlu mengakui yang mereka menemuinya sebelum operasi.

Katanya pemimpin-pemimpin pembangkang merayu kepadanya bagi mengelak penahanan mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987, dan itu adalah sebabnya mengapa beliau menemui mereka supaya mereka tidak ditahan.

Dr Mahathir berkata: "Ia memalukan buat saya, selepas beri jaminan yang mereka tidak akan ditahan, mereka ditahan polis, dan sudah tentu saya terpaksa menandatangani perintah tahanan."

Menyentuh laporan berita mengenai bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan memiliki operasi perniagaan di Amerika Syarikat Dr Mahathir berkata: "Itulah memang kita tahu pun tapi bila kita nak dedah sesuatu kenalah ada bukti".

"Dia kaya bukan miskin sebab itulah dia boleh pergi sana sini cerita karut kepada orang memburukkan nama saya itulah kerja dia," katanya.

"Mungkin selepas ini saya akan terima surat peguam dari Anwar mengancam untuk menyaman saya bagi menutup mulut saya," kata Dr Mahathir.

Sementara itu semasa ditanya sekiranya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud perlu meletak jawatan sebelum atau selepas pilihan raya negeri Dr Mahathir berkata: "Ia terpulang kepada rakyat Sarawak untuk menentukannya, saya rasa mereka lebih tahu sama ada dia perlu berundur atau tidak."

Bagaimanapun Dr Mahathir berkata sekiranya Taib hendak berundur, sepatutnya perlu ada seseorang untuk menggantikannya, bukan seperti bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak yang meletak jawatan tanpa sebarang pelan pemindahan kuasa yang teratur. — Bernama

Lagi Penghinaan Lim Guan Eng Terhadap Orang Islam Pulau Pinang

Posted: 14 Feb 2011 09:47 PM PST

Pulau Pinang beri RM150,000 pada guru Kafa

Kerajaan Pulau Pinang memperuntukan sejumlah RM150,000 untuk kira-kira 1,500 guru Kafa di negeri itu sempena sambutan Maulidur Rasul di negeri itu hari ini.

Ketua menterinya Lim Guan Eng berkata, setiap seorang akan mendapat RM100 seperti dicadangkan dalam mesyuarat exco negeri Khamis lalu.

"Pembayaran ini dapat dibuat kerana kerajaan negeri mengamalkan perbelanjaan berhemah; urustadbir CAT yang cekap, akauntabel dan telus; serta kempimpinan integriti, bersih dan bersih daripada rasuah," katanya sambil memberitahu perkara itu diakui oleh Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan 2009 dan badang antarabangsa seperti Transparency International.


Katanya, kerajaan juga memberikan RM100 kepada guru Kafa sempena perayaan Awal Muharam dan duit raya kepada golongan itu sebanyak RM250 pada tahun lepas.

Sementara itu, mengulas sambutan Maulidur Rasul bertemakan "Wasatiah (Kesederhannaan) Tonggak Kecemerlangan Umah", Lim berkata kesederhaan Islam akan menolak dakwaan bahawa agama itu ekstrimis, mundur, miskin, tidak demoktratik dan korup.

Memetik pandangan ulama terkenal Mesir Dr Yusof Al Qaradhawi, Lim berkata, kesederhaan Islam bersumberkan kepada prinsip keadilan, konsisten dan keamanan serta menjadi lambang kepada kebaikan dan tunjang kekuatan.

"Kerajaan negeri percaya amalan kesederhanaan dalam kehidupan rakyat tanpa kira agama dan kaum akan dapat menyatupadukan rakyat untuk menikmati bersama kemakmuran, keamanan dan harmoni serta kamajuan membina modal insan," katanya.

Saman Ekor - Dua Syarikat Kroni Bakal Kaut Duit Rakyat Malaysia

Posted: 14 Feb 2011 08:46 PM PST

Dua syarikat yang rapat dengan Umno dan BN bakal menerima komisyen RM3.8 billion dari hasil kutipan enam juta saman ekor,kata pengerusi anti saman ekor Datuk Mahfuz Omar.

Syarikat tersebut dilantik akhir tahun lalu untuk menyelenggara sistem penguatkuasa automatik iaitu pengguna kamera yang diguna polis untuk mengesan kelajuan kenderaan.Sebagai balasan katanya,dua syarikat itu akan menerima komisen sebanyak 35% dari kutipan saman yang terkumpul daripada pesalah trafik yang bernilai RM3.8 billion.

RM3.8 billion hanya anggaran minimum,bagi tempoh lima tahun kutipan,kemungkinan untungnya labih banyak.


Sudah pasti syarikat kutipan ini mahukan lebih keuntungan dan keuntungan itu datangnya daripada kompaun saman terhadap kenderaan rakyat Malaysia.Maka sudah pasti mereka akan cuba memastikan lebih banyak saman dikeluarkan untuk mendapatka lebih keuntungan pada syarikat mereka.

Dua syarikat tersebut ialah Beta Tegap sdn. bhd. (No:641884-A) dan Commercial Circle(M) sdn. bhd. (No:140723-V).Saya yakin dibelakang syarikat ini wujud kepentingan pimpinan Umno dan BN yang akan memanfaatkan "Lubuk" duit ini.

Mahfuz juga kesal,kerana kerajaan BN tetap membentangkan pindaan rang undang-undang (RUU) Akta pengangkutan jalan 2010 untuk bacaan pertama pada 18 Okt. yang lalu bagi mengekalkan saman ekor.

Jesteru itu,kempen ANTI saman ekor Fasa kedua akan dilancarkan dalam satu program bersama pimpinan PR pada 16 Februari ini.

Prosedur pemberian saman ekor juga dipertikaikan kerana tiada notis "Saman" dikeluarkan kepada pesalah trafik,sebaliknya hanya diberitahu melalui laman Web atau sms sahaja.

Sedangkan dalam satu kes mahkamah pada 2009,Mahkamah telah memutuskan tindakan JPJ menyenarai hitamkan kenderaan yang membeyar saman ekor,salah disisi undang-undang.

Sumber - juragan

Roboh Gerai - Terbukti Umno Dan Pencacainya Bohong

Posted: 14 Feb 2011 08:38 PM PST

Hanya 10 gerai dirobohkan.


Hanya 10 gerai haram yang beroperasi di sekitar Taman Pelangi dirobohkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada operasi fasa1 yang dibuat 7 Februari lalu, bukan 1,000 sepertimana yang dipaparkan akhbar sebelum ini.

Ahli Majlis, Amir Hj Ghazali berkata, 10 premis yang dirobohkan itu merupakan antara 22 gerai yang diberi notis MPSP, manakala 12 premis lagi diruntuhkan sendiri oleh pemiliknya.

Menurutnya, mungkin terdapat salah faham sebelum ini menyebabkan angka 1,000 itu digembar-gemburkan, namun tidak menolak jumlah premis termasuk peniaga yang melakukan penyambungan haram hampir 1,000 di kawasan perumahan tersebut.


"Jumlah yang diberikan itu adalah statistik sebenar yang dikeluarkan MPSP selepas operasi pada 7 Februari lalu. Berhubung dakwaan peniaga yang mengatakan premis mereka diroboh sebelum notis tamat tempoh, perlu diketahui bahawa Akta Jalan,Parit dan Bangunan 1974 dan notis yang diberikan adalah di bawah Undang-undang Kecil Penjaja MPSP 1991. "Sebanyak empat kali notis telah berikan sejak tiga bulan lalu.

Justeru, tindakan penguatkuasaan terpaksa dibuat selepas mereka gagal mengosongkan premis walaupun banyak kali notis telah dikeluarkan," katanya pada satu sidang media yang diadakan di sini. Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) menyangkal dakwaan pihak yang mengatakan MPSP selektif dalam isu merobohkan gerai peniaga.

Jelasnya, bukan semua premis yang dirobohkan milik orang Melayu, tetapi, hanya empat sahaja, manakala sebuah gerai milik peniaga India, dua Cina dan selebihnya Indonesia yang berniaga secara haram. Katanya, terdapat juga premis yang dimiliki peniaga Melayu, tetapi, disewakan kepada warga asing turut dirobohkan.

Dalam masa sama, Amir turut mempersoalkan bagaimana premis-premis berkenaan boleh beroperasi melebihi 15 tahun tanpa lesen, dan tiada tindakan penguatkuasaan dibuat dalam tempoh tersebut.

"Majoriti daripada peniaga mengatakan mereka telah berniaga lebhi 15 tahun di sini, jadi siapa yang membenarkan mereka berbuat demikian selama ini? Siapa yang membenarkan mereka memiliki imuniti dari sebarang tindakan penguatkuasaan?

"Jika 15 tahun lalu mereka tidak dibenarkan menjalankan perniagaan, mana mungkin sekarang kita melihat majoriti yang berniaga terdiri dari warga asing. Dahulu, taman ini didiami majoriti rakyat tempatan, tetapi, apabila kerajaan membenarkan warga asing memasuki negara ini, taman ini dibanjiri dengan warga asing hingga ia diberi jolokan 'Mini Hatyai'," katanya.

Beliau berkata, sepatutnya tidak timbul isu dalam merobohkan gerai haram ini kerana ia memang patut dilakukan sejak dahulu lagi, sebelum kerajaan bertukar tangan, tetapi, apabila kerajaan kini mengambil alih ia telah dipolitikkan.

Tambahan, ia adalah isu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), justeru beliau berharap ia tidak lagi dipolitikkan dan membiarkan anggota penguatkuasa menjalankan tugas mereka. Katanya, operasi meroboh premis haram sekitar Taman Pelangi akan diteruskan selepas tempoh penangguhan selama sebulan itu tamat, namun tidak bila operasi akan disambung semula.

Sementara itu Timbalan Ketua AMKPP, Ahmad Azrizal Tahir berkata, pihaknya menyokong tindakan penguatkuasaan yang dibuat demi memberi keselesaan kepasa penghuni tetap di situ. Menurutnya, AMKPP sedang berusaha dalam mencari tapak sesuai untuk menepatkan semula peniaga untuk mereka meneruskan perniagaan mereka. Katanya, beberapa lokasi di sekitar Taman Pelangi telah pun dikenal pasti dan proposal mengenainya akan diusulkan kepada MPSP hari ini (Isnin).

"Kita tidak sesekali mengabaikan peniaga, tetapi, berusaha mencari tapak baru untuk mereka, namun ia akan diberikan kepada rakyat tempatan yang benar-benar ingin berniaga sahaja, bukan untuk disewa kepada warga asing. "Begitupun, keutamaan akan diberikan kepada peniaga yang telah lama berniaga dan dikenakan tindakan penguatkuasaan," katanya.

Sinar Harian

Anwar Memang Patut Dipenjarakan

Posted: 14 Feb 2011 04:13 PM PST

Mungkin ada hikmahnya kalau Anwar dipenjarakan sekali lagi


Kalau pemimpin Umno yang tegur, mungkin itu tidak benar kerna Umno musuhnya. Kalau MCA, MIC atau Gerakan yang mengata, juga tidak benar kerna MCA, MIC dan Gerakan adalah teman sekatil Umno.

Tapi bila pemimpin dan ahli sendiri yang kata telah bosan dan menyampah, maka pastinya ada sesuatu yang tidak kena!! Malangnya, masih ada yang pekak, ada yang tuli.

Maka benarlah apa yang kerap dihujahkan sebaik selasai pru-12, Mac 2008 lalu, Pakatan Rakyat menang besar bukan kerna kekuatannya tetapi kerna rakyat ingin memberi pengajaran kepada Umno/BN.

Pada 14hb Nov. 2009 antara lain saya menitipkan:


Pemimpin-pemimpin ini yang dulunya bertindak sebagai "Wakil Rakyat" yang menyampaikan suara rakyat, yang sanggup berhujan dan berpanas bersama rakyat, yang menentang dengan lantang, keras dan bersemangat isu-isu berkaitan penindasan terhadap rakyat telah bertukar wajah. Suara mereka menjadi semakin lunak tetapi meloyakan. Mereka lebih kerap berbincang tetapi tidak lagi dengan rakyat dijalanan, desa atau kampung. Mereka berdiskusi di dewan-dewan besar dengan hidangan mewah. Mereka bermesyuarat tidak lagi di restoran-restoran atau balairaya tetapi di Dewan Majlis Perbandaran, Dewan Undangan Negeri dan Dewan Negara atau setidak-tidaknya di lobi-lobi hotel 5 Bintang. Kemeja T menjadikan badan mereka gatal dan melekit. Mereka 'terpaksa' berkemeja panjang dengan kot berjenama.

Mereka bukan ahli korporat tetapi gaya mereka menggalahkan CEO konglomerat. Mereka semakin kekok dan tidak selesa dengan Proton Wira, Dutsun 130Y apatah lagi kacil 850. Mereka telah maju dan mula berjalan laju. Justera berjalan terlalu laju, mereka terlupa memandang dan menghulur jabat kepada rakyat yang dahulunya sahabat. Mungkin mereka tergesa untuk urusan rakyat. Teruskan. Semoga urusan dapat diselesai dan masalah terurai. (baca seterusnya di sini)
Kehebatan PKR yang tidak dapat dinafikan ialah cara pemimpin kanan parti menyelesaikan masalah hanya dengan KY-gel. (baca di sini)
Dalam PKR ada syarat wajib yang menjadi dosa besar jika tidak dipatuhi. Syaratnya: Jangan Kritik PKR!

Pada 25hb Dis. 2010 antara lain saya menulis:

Secara jujur, saya adalah antara jutaan rakyat Malaysia yang mengharapkan PKR sebagai rakan induk dalam Pakatan Rakyat dapat berdiri gagah dan berwawasan luhur untuk mentadbir negara dengan menumpaskan Umno/BN dalam pru-13 nanti. Malangnya, tindak-tanduk pemimpin PKR pasca pru-12 dalam banyak hal tidak menjurus ke arah mengamalkan apa yang mereka sendiri ucap atau janjikan! (baca di sini)
Di bawah ini adalah apa yang tuliskan oleh sahabat saya. Saya mengenali sdra. Isa, saya juga kenal MSK, dan saya akui apa yang tulisnya adalah benar!

Setiausaha Agung pun 2x5 jer.... aaaahhhh... pi mampuslah kat PKR... kalau Anwar Brahim masuk penjara pun bagus gak.... Wan Azizah yang selama ini macam puppet boleh aktif semula... kah..kah..kah....


Ahhh... persetankanlah pasal PKR nih... (baca di sini)


Kerajaan Rakyat

Jumlah hari Saiful tidak mandi bercanggah

Posted: 14 Feb 2011 09:08 AM PST

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini didedahkan dengan keterangan yang bercanggah oleh saksi pihak pendakwaan berhubung jumlah hari Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak mandi atau tidak mencuci punggungnya.

Dalam keterangan terdahulu, saksi pihak pendakwaan menjelaskan Mohd Saiful tidak mandi atau tidak mencuci punggungnya selama empat hari, tetapi hari ini hanya dinyatakan selama dua hari sahaja.

Pakar jagaan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Khairul Nizam menjelaskan, Saiful tidak mandi, tidak membuang air besar dan tidak mencuci punggungnya selama dua hari disebabkan kesakitan pada bahagian anusnya.


Beliau menjelaskan demikian ketika menjawab soalan peguambela S N Nair sebagai sebahagian bukti Saiful benar-benar diliwat oleh seseorang yang didakwa oleh Saiful seorang tokoh terkemuka, Anwar Ibrahim, dalam perbicaraan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersambung hari ini

Sementara sebelum itu, peguam pasukan pembela kes liwat Anwar menegaskan tiada bukti air mani dikesan pada Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana tiada ujian yang sewajarnya dijalankan untuk memastikan perkara tersebut.

Salah seorang peguam Anwar, Sankara Nair berkata, meskipun keputusan makmal Hospital Kuala Lumpur (HKL) menunjukkan adanya kesan air mani, tetapi tiada ujian-ujian yang standard dijalankan untuk mengesahkan perkara itu.

Menurut beliau, laporan kimia juga tidak mengambil kira ujian-ujian standard yang harus dijalankan untuk menentukan sebarang kehadiran air mani.

Dalam soalannya kepada ahli patologi forensik HKL, Dr Siew Sheue Feng, beliau berkata, di peringkat antarabangsa terdapat ujian-ujian yang standard seperti itu yang diamalkan seperti PSA 'antigen' dan RSID yang akan memberi gambaran tepat mengenai air mani.

Dengan merujuk kepada laporan kimia, Sankara berkata, laporan kimia juga menunjukkan bahawa kesan air mani sendiri ada ditemui pada seluar dalam dan seluarnya.

"Bagaimanapun perkara ini tidak dicatatkan oleh anda?" soal Sankara yang turut diakui oleh Dr Siew bahawa beliau memang tidak mengambil catatan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah yang mendengar perbicaraan hari ini menetapkan perbicaraan akan disambung pada hari Rabu ini mulai jam 8.30 pagi.

Turut hadir dalam perbicaraan hari ini peguam Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Peguam Sankara ketika bercakap kepada pemberita kemudian berkata, keterangan yang bercanggah dari saksi pendakwaan mengenai jumlah hari Saiful tidak mandi atau tidak mencuci badannya itu, pasti akan memudahkan pihaknya mengemukan hujah-hujah lebih konkrit dalam perbicaraan akan datang. - hrkh

Sultan Johor Kena Kencing Dengan Puak Umno

Posted: 14 Feb 2011 05:41 AM PST

tak tahu beza solat jama' dgn fardhu. sekiannya bersama dgn org jahil.


Tuan Guru Nik Aziz sedang menunggu masuk solat zohor. Disebelahnya ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Johor


Selesai sahaja solat zohor diimamkan oleh imam Kampong Redong, TGNA dan jemaah musafir lain membuat saf baru bagi menunaikan solat qasar asar. Kelihatan jemaah lain duduk di sisi masjid bagi memberi ruang kepada jemaah musafir meneruskan solat mereka. (kalu nak kate 2 imam ikut dakwaan UMNGOk... awat belakang imam xde org?... ke jenis kat Johor Imam tengah makmum pakat-pakat sembahayang tepi dinding...wakakaka)?


TGNA dan jemaah musafir lain menunaikan solat qasar asar 2 rakaat (kene tulis sebab UMNgOk tak tau yang qasar tue 2 rakaat).

Jemaah berada dalam Tahiyyat akhir selepas memunaikan solat qasar 2 rakaat (kene tulis sekali lagi 2 raakat) dan sempat mengaminkan doa yang dibaca oleh Imam Kampung Redong.

....lihat camno UMNO kencing buta-buta atas mata Sultan Johor...


(gambar dari blog pencacai taik UMNgOk)

KOTA TINGGI : Sultan Johor, Sultan Ibrahim pada semalam bertitah berasa murka dengan tindakan sekumpulan umat Islam yang bersembahyang dua imam di sebuah masjid, ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, bulan lalu.

Perbuatan tersebut, titah baginda, amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku hanya kerana perbezaan fahaman politik.


"Ketika kempen PRK DUN Tenang baru-baru ini, ada kumpulan yang singgah di masjid untuk sembahyang fardu tetapi malangnya mereka tidak menyertai jemaah yang sedang bersolat jemaah.


"Kalau mereka terlambat mereka hanya perlu sertai jemaah yang ada dengan berimamkan imam di masjid itu. Sebaliknya kumpulan ini membentuk satu sembahyang jemaah yang lain di barisan belakang, sedangkan solat jemaah yang ada masih belum selesai," titah baginda.LIHAT GAMBAR 1 YANG DIBULATKAN.

Sultan Ibrahim bertitah, perkara seperti itu harus dihentikan supaya tidak timbul fitnah umat Islam di Johor telah berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.

"Semua jemaah dalam masjid hendaklah hormati imam yang dilantik oleh saya. Tidak ada perbezaan bangsa, kedudukan atau fahaman politik dalam masjid. - Bernama



....SIAN AKU TENGOK SULTAN JOHOR... KENE KENCING BUTA-BUTA ATAS MATA OLEH PUAK-PUAK UMNO... NIE KALU KENCING SULTAN KIRE DERHAKA KE???

Posted by Shahr Albatnani


Ingatan Mahathir Kepada Raja Taib Mahmud

Posted: 14 Feb 2011 04:31 AM PST

Dr M: Taib jangan jadi Mubarak


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud perlu menamakan penggantinya sebelum berundur daripada mengetuai pentadbiran negeri itu.

Katanya, Abdul Taib perlu bertindak demikian bagi mengelakkan Sarawak mengalami nasib yang sama seperti yang berlaku di Mesir.

Mahathir menjelaskan, presiden Mesir Hosni Mubarak telah meletakkan jawatan namun tidak ada pengganti bagi mengambil alih pentadbiran negara itu.


Mubarak akhirnya berundur daripada jawatan presiden Mesir pada Jumaat (awal pagi Sabtu waktu Malaysia) ekoran demonstrasi berterusan selama 18 hari oleh jutaan rakyat negara itu.

Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu bagaimanapun berkata, proses peralihan kuasa Taib perlu dijalankan dengan tertib.

Katanya, beliau menyerahkan kepada rakyat Sarawak bagi memutuskan waktu yang sesuai untuk Taib berundur.

Mahathir berkata demikian dalam satu sidang media selepas melancarkan satu NGO berkaitan kebudayaan Palestin di Shah Alam hari ini.

Abdul Taib pada minggu lalu berkata, belaui mengakui akan berundur daripada jawatannya yang dipegang sejak tahun 1981 itu.

Katanya, beliau akan bertindak demikian setelah mendapat pengganti yang sesuai bagi jawatannya itu.

Siapa Adun Selangor Yang Hidup Mewah?

Posted: 14 Feb 2011 01:22 AM PST

Adun Sekinchan, Ng Sue Lim menggesa Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) segera mendedahkan siapakah wakil rakyat yang didakwa gabungan itu sebagai hidup mewah yang luar biasa.

Beliau ketika dihubungi Tv Selangor berkata, kerajaan Selangor tidak akan berkompromi sekiranya ada di antara Adun mereka yang memungut kekayaan kerana salah laku mahupun penyelewengan.

" Dedahlah! Saya mencabar mereka kalau ada bukti,dedahkan. Kalau sekiranya ada penyelewengan dalam Pakatan Rakyat, yang hidup mewah selepas menang, yang dulu miskin, sekarang kaya raya. Tolong dedahkan, kita setuju. Kita mengamalkan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan keterbukaan. Sekiranya ada, tolong dedahkan," tegas Sue Lim.


Pengerusi Gaps,Hamidzun Khairuddin dalam Sinar Harian hari ini berkata, Gaps sedang mengumpulkan maklumat mengenai sepuluh Adun yang dimaksudkan.

Mereka didakwa memiliki kereta mewah dan juga banglo selepas tiga tahun menjadi wakil rakyat. Namun katanya, pendedahan hanya akan dibuat tidak lama lagi.

" Saya rasa senang sahaja (dalam kes ini). Tidak perlu beliau cuba untuk mendedahkan, cuba untuk mencabar, cuba untuk menghebohkan! Beritahu sahaja kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebab SPRM adalah konco mereka dan mereka akan siasat," tambah Sue Lim lagi sambil berkata, beliau ragu dengan peranan Gaps yang mendakwa mereka sebagai badan bukan kerajaan.

Menurut Sue Lim, beliau meragui sejauh mana Gaps yang diketuai oleh bekas Setiausaha Umno bahagian Kapar sejak 2008 yang hanya meletakkan jawatan untuk mengetuai Gaps awal tahun ini, menjalankan tugas sebagai sebuah badan bukan kerajaan.

" Saya juga hendak minta "Gabungan Anggota Pengikut Sesat (GAPS)" yang diketuai oleh Hamidzun ini patut juga pada masa yang sama yang kononnya sebagai NGO,walaupun menipu, cuba lah tengok sendiri, cerminlah diri dahulu pemimpin Umno termasuk ketua bahagian. Jangan kata ADUN, ketua bahagian yang ada sekarang. Yang kaya raya dan termasuk ADUN satu penggal. Baru satu penggal," kata Sue Lim.

Sementara itu, Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali berkata, Gaps perlu membuktikan sama ada dakwaan mereka bersandarkan fakta atau hanya andaian semata.

Ujar beliau, kalau ia hanya satu andaian maka apa yang katakan oleh pengerusi Gaps itu adalah fitnah.

" Persoalannya sekarang ialah, adakah berlaku penyelewengan kuasa, penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan seseorang itu kaya?," kata Dr Halimah.

" (Tapi ada juga) di antaranya orang (ADUN) yang sememangnya berjaya dalam perniagaan dan sebagainya," jelas Dr Halimah seraya menegaskan penjelasan perlu diberikan oleh Gaps supaya kerajaan negeri boleh bertindak jika dakwaan tersebut adalah benar.

Tiada ulasan: