Selasa, 15 Februari 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Geng songkok tinggi minta Nik Aziz debat dengan Karpal

Posted: 14 Feb 2011 06:18 PM PST

Tujuh orang tukang kebun dan seorang guru besar sekolah rendah tamil telah dikejarkan ke hospital sakit mental sebaik sahaja didapati pensan secara berjamaah dalam keadaan terlungkup selepas membaca sebuah berita merapu di Utusan Malaysia malam tadi.

Seorang geng songkok tinggi dari Jaringan Melayu Malaysia, JMM meminta Tuan Guru Nik Aziz berdebat dengan Karpal Singh tentang isu negara Islam. Mangsa yang sebelum ini dikejarkan ke hospital sakit mental dipercayai ketawa terberak-berak sebelum pensan beramai-ramai dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terlungkup di atas satu sama lain [Utusan]

"Apa hal pulak Nik Aziz nak kena debat dengan Karpal Singh ni?" mereka berulang-ulang kali mempersoalkan kewajaran berita bangang yang disiarkan oleh Utusan Merapu. Akhirnya mereka semua ketawa terberak-berak.

RentaP© "Pernah guna Utusan Merapu buat bungkus taik, masa tu dah tak tahan sangat nak terberak, tandas pulak tak ada, terpaksa berak dalam kertas Akhbar Utusan Merapu, terima kasih Utusan kerana jadi pembungkus taikku... =) "

Dataran Tahrir tenang, Mubarak pula alami tekanan mental

Posted: 14 Feb 2011 03:27 PM PST

Dataran Tahrir di ibu negara Mesir yang menjadi tempat berkumpul para penunjuk perasaan besar-besaran sebelum ini dilihat kembali tenang dan lalu lintas dilihat kembali seperti biasa kecuali sekumpulan kecil kumpulan penunjuk perasaan yang terdiri daripada kaki tangan awam kerajaan dilihat enggan berganjak menggesa kerajaan menaikkan gaji mereka.


Di satu sudut lain pula, media Mesir mengeluarkan pelbagai laporan berhubung tahap kesihatan presiden Mesir yang disingkirkan, Hosni Mubarak, lapor sebuah akhbar semalam.

Kelmarin, sebuah akhbar Bahrain, Alwasat News menyatakan, Hosni kini tidak sedarkan diri. Sebuah lagi akhbar tempatan, Al Masry Al Youm pula melaporkan pemimpin tersebut tidak sedarkan diri sejak Sabtu lepas dan beliau berada di bawah penjagaan perubatan yang rapi.

Sebuah akhbar tempatan lain melaporkan Hosni jatuh sakit tetapi beliau enggan menerima rawatan perubatan.

Agensi berita rasmi Roee Nahmias semalam menafikan bekas presiden Mesir itu kini koma tetapi mengakui bahawa beliau jatuh sakit.

Bekas presiden berusia 82 tahun itu mengalami tekanan mental yang teruk dan menolak untuk dirawat walaupun beliau jatuh sakit, lapor sebuah lagi akhbar, Al-Gomhuria yang memetik beberapa sumber yang rapat dengan Hosni.

Menurut laporan tersebut, Hosni kini dipercayai berada di resort tepi pantai di Sharm el-Sheikh.

Dalam perkembangan berkaitan, Duta Mesir ke Amerika Syarikat (AS), Sameh Shoukry semalam tidak menolak bahawa kesihatan Hosni semakin terjejas ketika ditanya berhubung laporan media bahawa beliau mungkin diserang strok atau berada dalam keadaan koma.

"Saya mengikuti desas-desus dan laporan media tentang kesihatan beliau (Hosni) dan mendapat maklumat yang menunjukkan kesihatan beliau kini terjejas," kata Sameh dalam satu temu bual dengan program bual bicara Today Show terbitan NBC.

Pada tahun lalu, Hosni berkunjung ke Jerman untuk menjalani pembedahan pundi hampedu.

Hosni meletak jawatan dan menyerahkan kuasa kepada tentera Mesir pada Jumaat lalu selepas 18 hari berdepan tunjuk perasaan anti-pemerintah.

Kepimpinan tentera yang baru telah membubarkan Parlimen dan menggantung perlembagaan negara kelmarin.

Sementara itu, pihak tentera yang memerintah negara itu selepas Hosni meletakkan jawatan meminta semua pekerja tidak melancarkan mogok dan protes di Dataran Tahrir.

Semalam, askar-askar membersihkan sampah sarap dan timbunan bangkai kereta serta khemah di Dataran Tahrir yang menjadi tempat para penunjuk perasaan berkampung sejak 25 Januari lalu bagi menuntut Hosni meletakkan jawatan


ReJaM© "Perompak harta rakyat Mesir dah jadi biol, atau buat-buat biol kerana takut didakwa?"

Utusan putar belit tajuk berita BERNAMA

Posted: 14 Feb 2011 09:43 AM PST


Laporan berita di website BERNAMA, menyiarkan sebuah berita berkaitan isu perjudian dan pelacuran haram yang bersembunyi di Negeri Kelantan yang dikatakan oleh Menteri Besar Kelantan sebagai terlepas pandang atau kurangnya pemantauan pihak berkuasa tempatan. BERNAMA menyiarkan berita tersebut di bawah tajuk "Nik aziz akui kegiatan perjudian, pelacuran di kelantan kerana kelemahan penguatkuasaan" [BERNAMA] di bawah ini screenshot yang diambil dari website berita berkenaan.


Seperti biasa akhbar Utusan Merapu, sudah menjadi tugas wajib mereka memutar belitkan fakta selagi boleh. Lihat di sini, berita yang disiarkan oleh Utusan Merapu 100% bersumberkan berita dari BERNAMA. Kalau dilihat kandungan berita di Utusan, tiada satu perkataan pun yang diubah untuk isi berita. Namun menggunakan tajuk yang berbeza dengan niat untuk mengelirukan pembaca.

Apa tujuan Utusan mengubah berita ini kepada tajuk lain? Adakah tajuk berita yang disiarkan oleh Utusan membawa maksud yang sama dengan berita di Bernama? Dasar akhbar pencacai![Utusan]

Kali pertama ReJaM terbaca tajuk ini dah rasa ada yang tak kena, dan terperanjat seperti seolah-olah Tuan Guru Nik Aziz mahu mempromosikan perjudian dan pelacuran di negeri Kelantan dengan mengeluarkan kenyataan memberitahu orang ramai bahawa Kelantan memiliki kegiatan Perjudian dan pelacuran. Rupa-rupanya akhbar pencacai memang jelas sekali suka memutar belitkan fakta!






ReJaM© "Utusan Merapu perosak minda rakyat!"

Saiful tak dapat duduk 2 hari kerana diliwat tanpa rela

Posted: 14 Feb 2011 05:59 AM PST

Dah lama ReJaM© tak ambil peduli tentang kes liwat yang bangang lagi membangangkan ini. Semakin hari kes ini semakin tak masuk akal. Sebelum ini Saiful Bukhari mengaku dia dipaksa dan diliwat oleh Datuk Seri Anwar, namun di dalam perbicaraan mahkamah, dia membuktikan bahawa dia sendiri yang membuka seluar dan bertuala. Jelas kenyataan bercanggah dan menjejaskan kredibilitinya sebagai saksi utama kes ini.

Dalam perbicaraan terbaru hari ini, seorang saksi yang juga merupakan seorang ahli patologi forensik Hospital Kuala Lumpur yang pernah memeriksa Saiful Bukhari, mengaku Saiful memberitahunya bahawa dia dipaksa melakukan seks oral (cium mulut). Sekali lagi kenyataan saksi di mahkamah menggambarkan bahawa Saiful dipaksa apabila dia memberitahu ahli patologi itu bahawa dia tidak dapat duduk selama 2 hari kerana diliwat tanpa rela [Malaysiakini].

Kenyataan terbaru saksi ini menambahkan lagi percanggahan kerana Saiful Bukhari sudah mengaku di dalam mahkamah sebelum ini bahawa dia yang membuka seluarnya lantas bertuala. Tangan yang membuka seluarnya adalah tangannya sendiri.

Percanggahan kedua pula berkenaan situasi duburnya. Saiful telah memberitahu ahli patologi yang memeriksanya bahawa dia tidak dapat duduk selama 2 hari kerana diliwat tanpa rela.

Apa yang menyebabkan Saiful tidak dapat duduk selama 2 hari? Adakah
  1. Bontotnya bisul?
  2. Dubur bernanah?
  3. Kulit punggungnya terbakar?
  4. Rektumnya (Sarung taik) berdarah?
  5. Atau otaknya sudah biol?
Jawapan yang paling sesuai untuk persoalan di atas ialah, jawapan nombor 5 iaitu otak Saiful sudah biol, sebab itu dia suka merapu dan memberikan jawapan-jawapan yang bercanggah. Ini kerana hasil pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur membuktikan bahawa tiada sebarang kecederaan di dubur Saiful. Duburnya segar bugar dan sihat, malah menerima oksigen yang cukup. Sila klik dokumen di bawah untuk membaca.



Jelas sekali dakwaan bahawa Saiful tidak dapat duduk selama 2 hari kerana diliwat tanpa rela sangat bercanggah dengan laporan hasil pemeriksaan doktor.

Jadi mengapakah Saiful berbohong konon-konon dia tak dapat duduk selama 2 hari? Kena tanya Saiful untuk jawapan yang tepat. Mungkin Saiful ingin membuktikan bahawa dia seorang lelaki suci yang masih memiliki dara. Bila ditebuk duburnya, tentulah dia akan tersiksa selama dua atau tiga hari kerana mengalami pendarahan dubur yang serius kah kah kah...


ReJaM© "Mungkin doktor boleh check juga keadaan otak Saiful ni..."

Tiada ulasan: