Biaqpila |
- Habuan Ambil, Siapa Diundi Rahsia…
- Saman Ekor, Kerajaan Tidak Utamakan Rakyat
- Lawak Ali Rostam
- SPR tu parti komponen BN ka???
- GURU SENTUH PAYUDARA 11 MURID
- Ali Rostam Dah Pening Lalat
| Habuan Ambil, Siapa Diundi Rahsia… Posted: 28 Feb 2011 02:00 PM PST ![]() KETUA Angkatan Muda KEADILAN merangkap Pengerusi Perhubungan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin mempunyai cerita menarik bagaimana bijaknya seorang pengundi di Sibu pada pilihan raya kecil Parlimen di kawasan itu tidak lama dulu. Kisah ini beliau dedahkan pada majlis ceramah umum Pakatan di Merlimau baru-baru ini yang turut membabitkan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke; Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution dan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kata Shamsul, di Sibu dia dengan rakan-rakan telah pergi berkempen ke rumah seorang penduduk yang kediamannya dilitupi bendera BN. Terlalu banyak, sehingga boleh dikatakan rumahnya diselimuti bendera BN. Menurut Shamsul dia dan rakan-rakan pun berkempen bagai nak rak, menerangkan mengapa pengundi berkenaan perlu membuat perubahan, jangan memberi undi secara membabi buta kepada BN. Selepas penat memberi penerangan mereka pun bertanya pemilik rumah tadi siapa yang akan diundinya pada pilihan raya nanti. Jawapannya ringkas: "Undi adalah rahsia, tetapi untuk maklumat kamu semua setiap bendera dipasang ini saya diberi RM50!" Demikianlah cuba bayangkan kalau 100 bendera dipasang, bukankah dengan mudah si pemilik rumah tadi sudah dapat RM5,000! Wah, bukan main pandailah pemilik rumah itu. Demikianlah, baik Shamsul dan Saifuddin mengingatkan adalah penting untuk mendapatkan pengundi seramai mungkin memangkah calon Pakatan Rakyat (di Merlimau, calonnya adalah daripada PAS) tidak kiralah sama ada mereka itu penyokong atau ahli Umno dan sekutunya seperti MCA dan MIC. "Yang penting undi mereka diberikan kepada calon Pakatan; soal sokongan atau ahli parti, itu soal masing-masing." Saifuddin berkata perkara itu sudah dibuktikan ketika beliau menghadapi pilihan raya kecil Lunas pada 2000. Katanya, pada pilihan raya umum 1999, calon KEADILAN kalah di tangan calon BN dengan majoriti lebih 6,000 undi tetapi pada pilihan raya kecil 2000, dia (Saifuddin) dapat menarik sokongan kira-kira 6,000 pengundi tadi seterusnya memberi beliau kemenangan dengan majoriti lebih 200 undi. Berdasarkan contoh di Lunas, Saifuddin berkata, perkara yang sama boleh dilakukan di tempat lain termasuk Merlimau. Beliau berpendapat dengan senario pilihan raya dijalankan di padang yang tidak sama rata (seperti penggunaan jentera kerajaan, lambakan projek dan penguasaan media oleh BN), Pakatan perlu menggunakan pendekatan memujuk pengundi dari rumah ke rumah. "Pastikan tidak ada seorang pengundi pun tercicir daripada didekati oleh petugas kita," katanya. Berdasarkan perkembangan semasa, penduduk di Merlimau sedang menikmati limpahan projek kilat yang biasanya dianggap tidak ada kena mengena dengan pilihan raya oleh pemimpin tinggi Umno BN. Misalnya Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sudah menjanjikan sebuah SRJK (Tamil) yang lebih selesa manakala Ketua Menteri Mohd Ali Rustam sudah mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi membaiki rumah-rumah orang miskin. Demikianlah betapa baiknya pemimpin BN yang melihat kebajikan ini tidak ada kena mengena dengan pilihan raya, ringkasnya projek-projek mereka bukan untuk memancing undi. Sebenarnya cakap-cakap pemimpin Umno BN bahawa peruntukan dan projek untuk rakyat tidak ada kena mengena dengan pilihan raya (jika mereka benar-benar ikhlas) adalah bertepatan satu ayat al-Quran (Surah Al-Insan ayat 9) yang bermaksud: "Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk menghadapkan keredaaan Allah, kami tidak menghendaki balasan daripada kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih." Ya, wahai pemimpin Umno BN, taburlah wang, taburlah makanan, banyakkan projek dan lakukanlah pelbagai kerja-kerja kebajikan, tetapi sejajar dengan perintah Allah SWT melalui ayat 9 Surah Al-Insan ini, janganlah harapkan apa-apa daripada perbuatan baik kamu itu. Jika ucapan terima kasih pun tidak diharapkan, janganlah kamu mahu memaksa rakyat mengundi calon kamu. Itu sudah melampau sebab perbuatan baik jangan diharapkan secebis balasan pun hatta terima kasih sekali pun. Berhubung ayat 9 Surah Al-Insan ini, ada ulama membawakan kisah betapa ikhlasnya Sayidina Ali k.w. dalam memberi bantuan kepada orang miskin. Suatu hari Ali dan isterinya Fatimah iaitu puteri Rasulullah s.a.w. tidak mempunyai sedikit pun makanan di rumah mereka. Ali yang ke luar rumah selepas lama berusaha mendapat sedikit makanan tetapi ketika balik, dia telah menyedekahkan semua makanan itu kepada sejumlah peminta sehingga dia tidak membawa balik apa-apa pun kepada Fatimah. Namun kedua pasangan suami isteri itu masih bersyukur, mereka tidak meminta balasan di atas kebaikan mereka hatta terima kasih sekali pun. Mereka hanya menghadapkan keredaaan Allah SWT. Oleh itu benarlah apabila ada pemimpin Umno BN kerap berkata sesuatu projek atau pemberian itu tidak ada kena mengena dengan pilihan raya. Mereka ikhlas untuk membantu rakyat, jadi jangan harapkan ada-apa daripada rakyat lebih-lebih lagi undi mereka. Ingat, selepas bantuan diberi, jangan berharap apa-apa langsung – jangan paksa rakyat mengundi calon anda. Contohilah Sayidina Ali k.w. yang tidak mengharapkan apa-apa pun daripada orang dibantunya hatta ucapan terima kasih. Dia hanya mengharapkan keredaan Allah; begitulah diharapkan kepada pemimpin Umno BN, semoga anda dapat mencontohi Ali k.w.! lanh14.blogspot.com UO KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Saman Ekor, Kerajaan Tidak Utamakan Rakyat Posted: 28 Feb 2011 04:00 AM PST ![]() Oleh Wak Jono Setelah sekian lama kaedah saman ekor ini dipertikaikan oleh rakyat tetapi kerajaan BN masih melaksanakannya. Lebih mendukacitakan rakyat ialah belum ada Perdana Menteri yang sanggup mengambil tindakan "blakck list" ke atas rakyat kecuali Datuk Seri Najib. Malahan Tun Mahathir di mana di zamannyalah saman ekor diperkenalkan tetapi beliau sendiri tidak menngambil tindakan blacklist. Apakah kerana kerajaan pimpinan Najib benar-benar terdesak kerana menghadapi masalah kewangan yang kronik? Antara kelemahan saman ekor yang paling ketara kezalimannya ialah: i. Saman dikeluarkan ke atas kenderaan bukan pemandu. Keadaan ini boleh menyebabkan terjadinya penganiayaan. Kita sedia maklum banyak kenderaan di atas jalan yang dipandu bukan oleh pemiliknya. Contohnya suami memandu kereta milik isteri, anak memandu kereta ayahnya, adik memandu kereta kakak dan juga kawan memandu kereta kawan. Kita ada terbaca bagaimana seorang ibu terpaksa bergadai bergolok untuk menyelesaikan saman anaknya bernilai ribuan ringgit yang memandu keretanya. dan kesannya kepada anaknya. tiada apa-apa kerana yang menyelesaikan saman ialah ibunya. Malahan dalam keadaan sekarang di mana pembiayaan pinjaman kereta sehingga 9 tahun, ramai yang menjual kereta melalui kaedah "sambung bayar" kerana bagi mengelakkan kerugian susut nilai. Bagaimana pula dengan kereta yang menggunakan plat kenderaan palsu. Saya ada seorang kawan yang sengaja membuang 1 nombor pendaftaran keretanya bagi mengelakkan saman ekor. Dan terbukti setelah lebih 10 tahun dia memandu "kaedah"nya memang berkesan. ii. Saman disampaikan secara postal bukan secara terus Pemilik kenderaan yang mana kenderaannya melakukan kesalahan had laju akan menerima makluman melalui pos. Kelemahannya di sini ialah jarak tempoh yang lama dari tarikh kesalahan kenderaan di buat dengan tarikh penerimaan surat saman. Ada yang menerimanya 2 atau 3 bulan setelah kesalahan dibuat dan ada yang selepas hampir setahun. Malahan ada yang tidak terima sebarang makluman langsung. Ini menyukarkan pemilik kenderaan mengingati siapa yang memandu pada ketika kesalahan dibuat. Kaedah menamakan pemandu di keratan penghujung surat saman juga dilihat tidak praktikal kerana tarikh kejadian yang telah lama serta hanya akan menyebabkan pertengkaran sesama saudara atau dengan rakan. iii. Jumlah saman yang dikenakan sama tanpa mengira had laju Jumlah kompaun yang sama iaitu RM300 biasanya dikena tanpa mengira had laju yang di catatkan adalah amat tidak adil. Kalau kita lihat dalam undang-undang contohnya rasuah, denda yang dikenakan bebeza mengikut jumlah rasuah yang di ambil, begitu juga dalam pengedaran dadah. Justeru PDRM sewajarnya mengenakan jumlah saman yang bebeza bergantung pada had laju. Contohnya kereta yang dipandu melebihi had laju tetapi masih di bawah had laju kebangsaan iaitu 90km sejam dikenakan saman RM100. Seperti memandu 78km di kawasan had laju 60km. Mereka yang memandu melebihi 90km hingga 110km dikenakan saman RM200 dan yang memandu melebihi 110km barulah dikenakan kompaun maksimum RM300. Rasionalnya ialah mereka yang memandu di bawah 90km ini bukan dalam golongan "kaki racing", mereka cuma kadang tidak terpandang papan tanda hadlaju atau jalan yang lengang ketika itu. Tetapi mereka yang memandu melebihi 110km sejam memanglah boleh di kategorikan sebagai "kaki racing" yang boleh menyebabkan kemalangan dan wajar dikenakan kompaun maksimum. iv. 'Blacklist' hendaklah dibuat setiap tahun bukan setelah 10 tahun PDRM dan JPJ sepatutnya menyenarai hitam pemandu yang enggan membayar saman ini setiap tahun bagi mengelakkan ianya tertunggak telalu lama yang mana akan menyukarkan pemandu untuk membayar jumlah yang terlalu banyak seperti yang berlaku sekarang. Walaupun kerajaan ada memberi insentif diskaun tetapi apabila jumlah yang terkumpul terlalu lama ianya pasti menjadi bebanan kepada rakyat untuk menjelaskannya dalam masa yang singkat. Bukan semua rakyat berkemampuan lebih-lebih lagi ketika ekonomi jatuh seperti sekarang. Kita tidak mahu natijahnya nanti lebih teruk di mana mereka akan mamandu kenderaan tanpa cukai jalan bagaimana nanti jika berlaku kemalangan? Dan lebih parah lagi ada yang maminjam along untuk menyelesaikan saman bagi memastikan mereka boleh memperbaharui cukai jalan. Maka boleh kita simpulkan di sini kaedah penyelesaian yang terbaik ialah pihak PDRM perlu mengkaji mekanisma baru bagi perlaksanaan saman ekor ini. Antaranya ialah seperti yang pernah PDRM lakukan sekitar tahun 1990-an. Di mana pada ketika itu saman ekor di buat secara "tembak, tahan dan tulis saman" (3T). Kereta yang dipandu melebihi had laju akan dikesan oleh seorang anggota polis lalu akan ditahan selepas 1 atau 2 kilometer dari tempat kejadian oleh 2 atau 3 orang anggota polis lain serta saman terus di beri kepada pemandu. Ini secara langsung akan menyelesaikan semua masalah. Sekiranya PDRM menghadapi masalah kekurangan anggota mohonlah pertambahan anggota bukannya menjadi pak turut untuk melakukan kezaliman kepada rakyat. Justeru saya amat-amat berharap kempen anti saman ekor (Kase) oleh PAS ini dapat terus diperjuangkan sehingga tercapai matlamatnya. LAWAN TERUS LAWAN! Kerajaan BN mesti diajar bahawa rata-rata rakyat faham akan rasionalnya penggunaan perangkap had laju, rakyat bersedia untuk membayar saman sekiranya perlaksanaannya teratur dan telus bukannya dengan cara menzalimi rakyat. Dan apa yang lebih jijik lagi ialah menjadikannya sumber pendapatan haram kerajaan. DD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Posted: 28 Feb 2011 02:00 AM PST PAS usah mimpi boleh rampas Merlimau, kata Ali Rustam Note: Ayat paling best dalam video ini ada di minit 1:02 hingga 01:08. "Kenapa ko piara banyak sangat.." Kah..kah..kah.. JASIN, 28 Feb — Datuk Seri Mohd Ali Rustam menasihatkan PAS agar tidak bermimpi yang ia boleh merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, yang selama ini merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN). Ini kerana, jelas Ketua Menteri Melaka, PAS tidak mempunyai jasa besar di Melaka, sebaliknya hanya tahu melemparkan pelbagai tuduhan berunsur fitnah terhadap kerajaan negeri pimpinan beliau. “Tapi tak akan tiba-tiba, BN buat kerja siang malam, ekonomi Melaka baik, keselamatan pun bagus dan sosial lebih bagus daripada PAS tadbir di Kelantan. Tak akan orang tak kenal jasa kita, PAS datang sini kata kita mati masuk neraka, tak akan orang Melaka nak dengar cakap PAS yang fitnah macam ini?” kata beliau. “PAS ini saya ingat dia mimpi, dia tak tahu apa yang dia cakap... macam kita buat lapangan terbang, kapal terbang Boeing 737 dah turun tapi dia kata tak ada sama juga. Macam Eye On Malaysia, saya kata swasta yang buat yang baru ini tapi dia kata kerajaan buat, bukankah ini bohong? Orang Melaka tahu, tak akan orang Melaka akan percaya cakap bohong macam itu,” kata Mohd Ali kepada The Malaysian Insider. Selain itu, beliau juga menyifatkan PAS sebagai “terdesak” apabila menggunakan pengaruh pelakon, pelawak dan penulis lirik Bob Lokman dalam kempen pilihan raya kecil parti itu untuk meraih sokongan pengundi Melayu. “Saya tengok PAS ini dia dah kira terdesak betul, tak akan tiba-tiba orang nak bagi dia undi... apa jasa dia di sini (Merlimau)? Di Kelantan pun tak boleh tadbir. Dia tuduh kita jahiliah tapi sembahyang di masjid kita. “Jadi orang Melaka tahu dia (PAS) cakap fitnah, saya tak fikir orang Melaka atau Merlimau akan beri sokongan yang banyak, sikit-sikit undi dia dapatlah tapi bukan banyak,” katanya. Bob Lokman salah seorang penceramah jemputan PAS pada pilihan raya kecil DUN Merlimau yang berlangsung ini. Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan calon PAS Yuhaizat Abdullah, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin. “Kita maju tapi PAS kata tak maju, tapi nak dapatkan undi. PAS apa jasa? Tak akan orang tiba-tiba nak bagi jasa pada PAS? “Lepas itu asyik mengata kita, saya fikir orang tak bagi undi banyaklah... jangan harap nak dapat undi percuma,” tegas Mohd Ali. Pengerusi Umno Melaka itu itu berkeyakinan BN akan memperoleh lebih 50 peratus undi Cina bagi membantu mencapai kemenangan yang besar dalam pilihan raya kawasan itu yang akan diadakan 6 Mac. “Saya yakin kita akan dapat undi tambahan daripada pengundi (Cina) di DUN Merlimau, nampak daripada reaksi dan respons yang baik daripada mereka. Saya fikir kita boleh dapat lebih daripada 50 peratus (undi Cina) kalau tengok keadaan sekarang yang mana mereka semua OK, gembira dan tiada tekanan. “Bagaimanapun saya minta jentera juga tidak terlalu yakin, kita kena kerja, Saya janji majoriti lebih dari yang lepas, berapa sasaran saya tak sebut asalkan lebih kita akan berpuas hati,” katanya. Semalam Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata PAS memerlukan 45 peratus undi Melayu untuk merampas kerusi Merlimau, sekali gus menghantar wakil rakyat pertamanya ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka. Beliau berkata, pihaknya kini sudah berjaya memperoleh 41 peratus undi Melayu dan memerlukan empat peratus lagi untuk mencapai kemenangan. Kata Halim, PAS juga menyasarkan 75 peratus undi Cina dan 40 peratus undi India. Mengenai tuduhan yang dilemparkan PAS terhadap kerajaan pimpinannya termasuk pembinaan lapangan terbang Batu Berendam dan sistem monorel di sepanjang Sungai Melaka, Mohd Ali berkata parti Islam itu sebenarnya tidak mempunyai isu untuk menyerang BN. “PAS cakaplah apa yang dia nak cakap... dia parti pembohong dan suka cakap fitnah... PAS tak faham ekonomi, kita ada monorel tepi sungai... pelancong pun sudah 10 juta orang, monorel pun kita buat duit juga. Mula-mula dulu (ketika dilancarkan) ada patah sikit, monorel itu kita beli murah dari China. “Dia (PAS) nak undi Cina tapi barang China tak nak pakai, PAS ini kan hipokrit... saya beli monorel dari China pasal sokong Cina. Jadi saya sokong China... saya sokong orang Cina jadi saya beli monorel China. DAP kata nak undi Cina tapi monorel China tak nak beli. “Dia cakap lain tapi buat lain, saya berani beli monorel,” tegas beliau. Ini pilihan raya kecil ke-15 sejak 8 Mac 2008 dan yang pertama di Melaka. - Minsider Note: Kah..kah..kah..kah... malas aku nak buat ulasan.. Siapa punya ketua menteri la yang cakap macam budak tak cukup akal nih.. Kah..kah..kah..kah.. Boeing 737 mana yang dah mendarat kat lapangan terbang melaka tu? Kah..kah..kah..kah.. "Saya sokong cina tu sebab saya beli monorel cina.." Kah..kah..kah..kah.. Patutlah di Melaka senang nak cari pelacur-pelacur yang diimport dari Negara China... Rupanya macam tu caranya Ketua Menteri Melaka sokong cina.. Kah..kah..kah..kah.. Ali Rustam memang SENGALLLL...!!!! Kah..kah..kah..kah.. Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim. rubbertapperz DENGAQ BERUK TU KATA PA: KAH!KAH!KAH! 1MELAKA KAH! KAH! KAH! 1MELAKA KAH! KAH! KAH! KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| SPR tu parti komponen BN ka??? Posted: 27 Feb 2011 11:00 PM PST Poster Hina Pemimpin Di Hari Penamaan Calon, Orang Ramai Terkilan Kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Memantau Insiden Sebegini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa bertindak adil kepada semua pihak dalam melaksanakan pilihanraya di negara ini. Sudah berbuih mulut dan berkali-kali ia dibangkitkan, namun ternyata SPR masih dilihat "double standard" dan bertindak secara tidak adil dan profesional. SPR seharusnya menjadi badan bebas yang dilihat benar-benar bertanggungjawab atas kebebasan itu. Bukan hanya kebebasan untuk sebelah pihak sahaja. Misalnya, SPR beriya-iya mengeluarkan arahan akan merampasa segala barangan berupa alat pembesar suara, poster, bendera parti tidak bertanding serta lain-lain yang difikir menyalahi Akta Pilihanraya 1954. SPR pernah cuba merampas baju yang tertera gambar "Altantunya" yang dipakai oleh Chegubard (Soladiriti Anak Muda Malaysia) dan beberapa orang penyokong Pakatan Rakyat dulu. Alasannya ia satu tindakan menghina dan menyalahi undang-undang. Namun anehnya kali ini, SPR dilihat sengaja membiarkan penyokong Barisan Nasional membawa poster yang memaparkan imej lucah "ala liwat" antara Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat semasa Hari Penamaan Calon Pilihanraya Kecil DUN Merlimau baru-baru ini[Aksi pada poster itu sungguh memalukan dan satu perbuatan terkutuk yang tidak wajar berlaku sebenarnya. Namun, inilah demokrasi ala Malaysia sebenarnya. Apa saja yang dilakukan oleh penyokong kerajaan akan dihahalkan. Undang-undang hanya akan terpakai kepada parti pembangkang. Lantaran itulah sampai bila-bila pun SPR akan dilihat tidak adil. Malah ada yang melabelkan SPR itu adalah parti komponen Barisan Nasional sebenarnya. Justeru itu, jika SPR mahu rakyat terus percaya kepada mereka maka laksanakan keadilan dalam konteks yang sebenarnya. Jangan hanya menyebelahi satu-satu pihak semata-mata. SPR jangan jadi seperti pengadil "Wrestling" yang sering disaksikan di kaca TV. Orang yang sepatutnya kalah diberikan kemenangan dan yang menang akhirnya dikalahkan oleh kebiadapan pengadil itu sendiri. Maka, lakukan perubahan sebelum rakyat yang akan mengubah segalanya dalam PRU-13 akan datang]. pahangdaily KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Posted: 27 Feb 2011 08:00 PM PST ![]() AMPANG - Sebelas pelajar perempuan tingkatan 4 sebuah sekolah menengah di sini mendakwa guru disiplin di sekolah itu melakukan gangguan seksual terhadap mereka. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 7.30 pagi Jummat lalu di dalam bilik guru sekolah berkenaan. Mangsa mendakwa guru berkenaan menyentuh di bahagian atas payu daranya dengan alasan mahu memeriksa denyutan nadi sebelum dihukum rotan. Guru itu juga dikatakan menyentuh peha pelajar terbabit untuk memeriksa sama ada pelajar itu membawa telefon bimbit. Seorang bapa mangsa berkata, anaknya bersama pelajar lain termasuk dua pelajar lelaki dibawa seorang pengawas berjumpa guru disiplin itu kerana kesalahan tidak menghadiri perhimpunan pagi itu. "Anak kami ketika itu berada dalam kelas kerana menyiapkan kerja sekolah, namun pengawas berkenaan membawa pelajar terbabit berjumpa guru disiplin," katanya pada sidang media di Pejabat Ahli Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee, semalam. Dia berkata, anaknya memberitahu kejadian menimpa pelajar perempuan itu berlaku selepas empat guru wanita yang berada dalam bilik guru keluar daripada bilik itu. "Kejadian itu hanya menimpa pelajar perempuan, berikutan insiden itu, ibu bapa pelajar mengambil keputusan untuk berjumpa pengetua sekolah itu Isnin ini (hari ini) bagi mendapat penjelasan pihak sekolah," katanya. ![]() Sementara itu, seorang mangsa berkata, guru itu juga merakam gambar dada, kaki dan bahagian belakang badan pelajar berkenaan secara sembunyi. "Berikutan itu, kami berasa takut dan malu, kami mahu mempertahankan diri kami namun bimbang apa-apa akan berlaku ke atas kami. Disamping itu, kami mendapat tahu guru terbabit merakam gambar kami apabila mendengar bunyi sesuatu daripada telefon bimbit yang dipegangnya," katanya. Jenice Lee berkata, pembantu pejabatnya bersama ibu bapa pelajar berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah. "Disiplin di sekolah penting, bukan saja pelajar, malah guru juga harus menunjukkan disiplin yang baik. Pengetua harus menyiasat segara apabila berlaku sesuatu kejadian di sekolah," katanya. Beliau berkata, seorang peguam sudah dihubungi untuk membantu ibu bapa mangsa mengendalikan kes itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes masih disiasat. SH KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Posted: 27 Feb 2011 05:00 PM PST ![]() Kesian kat Datuk Seri Ali Rostam, pening lalat ketika membuat analisa politik di Timur Tengah. Beliau mengatakan Malaysia akan jadi seperti Mesir jika Pas memerintah negara. Mungkin sibuk dengan pilihanraya kecil Merlimau sehingga tidak mampu membaca fakta sebenar apa yang berlaku di Mesir. Pada hal rakyat Mesir bangkit melawan kerajaan Husni Mubarak kerana rasuah, kroni, pencabulan hak asasi. Simptom ini ada kepada kerajaan umno di bawah pimpinan Datuk Seri Ali Rostam. Pas mengharapkan Ketua Menteri Melaka jangan cuba mengalih isu yang melanda negeri Melaka mengenai pembaziran yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat. Beliau cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji. Projek Litar Go Kart (RM9.9 juta) yang tidak dapat digunakan, Eye On Malaysia (RM8 juta) yang kini hanya tinggal tapak, Monorail Melaka (RM16.5 juta) yang tersangkut di landasan hanya selepas 5 jam dirasmikan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam (RM190 juta) yang banyak disinggahi burung daripada pesawat penumpang. UO KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan