Biaqpila |
- MPKB Haramkan Restoran Sediakan Shisha Kepada Pelanggan
- KAKI RAGUT TERBUNUH DI DALAM LONGKANG
- RTM - Rais Tak Minat?
- Betoi Ka JPN Bersubahat Dengan BN?
- IKLAN SEKS
- AKHBAR `BERLIDAH SYAITAN' PUTAR BELIT UCAPAN NIK AZIZ
| MPKB Haramkan Restoran Sediakan Shisha Kepada Pelanggan Posted: 22 Feb 2011 02:00 PM PST ![]() Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) melarang kedai-kedai makan dan restoran menyediakan shisha untuk menarik pelanggannya meskipun Majlis Fatwa Kebangsaan belum mengeluarkan hukum mengenai pengharaman penggunaannya. Setiausaha MPKB, Mohd Anis Hussein berkata peraturan itu tertakluk di bawah Undang-Undang Kecil MPKB. Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan memperhebatkan gerakan membanteras penyediaan shisha di tempat-tempat berkenaan. "Kita tetap tidak benarkan mana-mana restoran dan kedai makan di kawasan MPKB menyediakan shisha kepada pelanggan-pelanggannya," katanya kepada Bernama di sini, Selasa. Beliau diminta mengulas rungutan sesetengah pihak yang mempersoalkan tindakan pihak berkuasa itu menjalankan operasi merampas peralatan itu di restoran sejak kebelakangan ini. Laporan Agensi Antitembakau Perancis (OFT) yang memetik penyelidikan sebuah makmal Kebangsaannya baru-baru ini menyebut shisha melepaskan gas karbon monoksida yang sama banyak dengan menghisap sebanyak 52 batang rokok. Menghisap shisha dikatakan lebih berbahaya daripada menghisap 102 batang rokok dan asap yang terhasil dari shisha merupakan sumber utama pencemaran udara di kawasan tertutup seperti restoran dan kafe. Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata Majlis Fatwa Kebangsaan belum memutuskan lagi hukum penggunaan shisha di negara ini. Katanya, pihak berkuasa agama Islam negeri ini belum membuat sebarang keputusan dan pendirian tentang hukum berhubung pengguna bahan itu. "Oleh kerana isu penggunaan bahan itu melibatkan isu nasional, kita sedang menunggu keputusan mengenainya yang akan dibuat menerusi muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan. "Ini untuk mengelakkan percanggahan pendapat yang boleh mengundang kekeliruan di kalangan umat Islam," katanya. Majlis Fatwa Kebangsaan turut dianggota semua mufti negeri, termasuk Kelantan. -- BERNAMA UO KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| KAKI RAGUT TERBUNUH DI DALAM LONGKANG Posted: 22 Feb 2011 04:00 AM PST ![]() AMPANG: Seorang peragut yang kelam-kabut melarikan diri sejurus meragut beg tangan seorang wanita, terbunuh manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki merempuh kereta mangsa yang ketika itu nekad mengejar penjenayah terbabit di Taman Mega Jaya, Bukit Teratai di sini, semalam. Tindakan berani arkitek wanita berusia 28 tahun yang juga anak bekas pegawai polis itu membuatkan dua lelaki terbabit panik sehingga mereka masuk ke laluan jalan mati di taman berkenaan sebelum berpatah balik dan merempuh kereta mangsa yang mengejar mereka. KEMEK...keadaan kereta mangsa. PECAH...motosikal dinaiki kedua-dua penjenayah. ANGKAT...anggota bomba dan paramedik mengangkat suspek. MANGSA...Amiruddin (kiri) berbincang dengan mangsa ragut, semalam. Akibatnya, kedua-dua lelaki terbabit terpelanting ke longkang menyebabkan seorang daripada mereka maut di tempat kejadian selepas kerandut zakarnya pecah, manakala rakannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang. Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika mangsa sedang bersiap ke tempat kerja dan sejurus keluar dari kereta untuk menutup pintu pagar, dua lelaki terbabit meragut beg tangannya yang diletak di tempat duduk hadapan. Mangsa cuba melawan, tetapi dia ditendang sehingga terjatuh. Sebaik melihat mangsa terjatuh, kedua-dua lelaki terbabit melarikan diri, namun mangsa yang berang mengejar suspek. Mangsa yang sudah biasa dengan laluan di kawasan itu memberhentikan keretanya di persimpangan jalan kira-kira 200 meter dari rumahnya selepas melihat lelaki terbabit melalui jalan mati. Ketika itulah, lelaki yang panik berpatah balik dan memecut laju motosikal berikutan laluan terbabit agak berbukit sebelum mereka merempuh kereta mangsa. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, rempuhan kuat itu menyebabkan suspek terpelanting dan tercampak ke longkang. "Kedua-dua suspek berkenaan warga Indonesia dan lelaki yang mati itu berusia 35 tahun manakala rakannya yang parah berusia 24 tahun. "Siasatan polis mendapati, suspek menggunakan motosikal curi dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun dan Seksyen 41 (1) A Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. Sementara itu, bapa mangsa, Mahyudin Zakaria, 59, berkata, dia hanya menyedari anaknya diragut apabila terdengar jeritan di luar rumah. Katanya, dia yang bimbang sesuatu berlaku ke atas anaknya bergegas ke luar rumah dan melihat anaknya tergesa-gesa menaiki kereta lalu mengejar lelaki terbabit. "Saya mengekori anak dengan menaiki kereta kerana bimbang keselamatannya. "Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, saya melihat suspek sudah berada di dalam longkang dan mengalami kecederaan parah akibat merempuh kereta anak yang berhenti di simpang jalan," katanya. HM KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Posted: 22 Feb 2011 02:00 AM PST ![]() Oleh: Rizal Hashim Salam Maulidur Rasul. Kebelakangan ini ramai yang meninggalkan komen dalam wall FB aku mengenai tiadanya siaran langsung bola sepak dalam RTM dan Astro Arena. Maaf kadang-kadang tidak terdaya nak jawab satu persatu. Yang aku perasan, RTM sudah membunuh sukan dan laporan sukan waktu puncak (prime time). Perasan atau tidak, tiada pembaca berita sukan sekitar jam 8.45 malam? Aku tak berapa pasti sejak bila. Itemnya pulak tinggal satu atau dua berita, macam melepas batuk di tangga. Kenapa agaknya bagi stesen yang melabelkan dirinya Sukan Terbaik Hanya di RTM? RTM Tetap Unggul? Info Sukan tengah hari pulak ditenggelami diva@1... Dulu aku pernah tulis surat terbuka kepada Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Tiger. Baca di sini Astro Arena pulak tidak menayangkan siaran langsung Liga Super pada Sabtu sekalipun Astro adalah penaja utama Liga M. Dasar Astro Arena cuba menonjolkan Arena Bola Jumaat, dengan harapan RTM menyiarkan perlawanan pada Sabtu. Tapi aku dimaklumkan masalah timbul apabila Astro diisytihar penyiar rasmi dan pemegang hak komersil Liga M. Kalau dulu RTM bayar RM6 juta pada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sekarang kena bayar Astro dengan harga yang sama. Masalahnya, Kementerian Penerangan tidak mahu bayar. Nak mintak diskaun pulak tu. Selagi rundingan tidak selesai dan KEMPEN tidak berganjak daripada keputusan itu, selagi itulah penonton seluruh negara yang tidak memiliki decoder berbayar Astro tidak dapat menonton bola sepak tempatan. Jadi tiadalah Sekilas Liga, tiada Wisel Penamat dan Sebelum Wisel. Agaknya KEMPEN tidak mahu membayar Astro yang juga di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan). Jadi bos utama KEMPEN, Datuk Seri Utama Rais Yatim juga bos SKMM dan bos Astro la secara tidak langsung. Rais ni seorang yang aku cukup respect. Terror dua bahasa, dan aku pun banyak beli bukunya yang mengangkat minda kita. Barangkali sebab itu dia tidak minat sangat sukan ni. Susah jugak kalau budayawan nak faham sukan! Aku pelik Perdana Menteri agaknya tahu atau tidak masalah ini... Bukankah Datuk Seri Najib Tun Razak bersila tengok perlawanan skrin gergasi pada separuh akhir Piala Suzuki AFF yang akhirnya dimenangi Malaysia? Bukankah pemain kita diberi macam-macam hadiah oleh Najib? Rais tak tahu kot... Jadi siaran bola ni tak penting... Kepada Najib, tolonglah SMS dekat Rais...tak faham ke siaran langsung ini membantu membudayakan bola sepak tempatan? Sia-sia aje budak-budak yang duduk atas padang kotorkan seluar, macam Ketua Editor YAKEB Aiman yang duduk sebelah menteri tengok game..betul Malaysia menang...tapi menang jangka pendek kerana pembuat dasar, Pak Menteri tidak rebut kesempatan daripada snowball effect yang kita harap daripada kemenangan anak buah K. Rajagobal. Sekalipun siaran langsung dipancar menerusi ESPN Star Sports, sebenarnya tayangan di RTM yang membantu menaikkan semangat dan demam bola sepak! Jadi barangkali tidak salah aku cakap RTM - Rais Tak Minat. Kerajaan ni pun aku pelik lah, dah tahu tak mampu nak tolong sukan atau bola, nak sabo pulak Astro yang sanggup keluar duit macam Dunhill dulu...kalau ada chance duduk sebelah PM, aku akan bisik banyak benda...dan kalau dulu KEMPEN boleh bayar RM6 juta kepada FAM, kenapa sekarang tak mahu? sumber: rizalhashim.blogspot.com KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Betoi Ka JPN Bersubahat Dengan BN? Posted: 21 Feb 2011 11:00 PM PST ![]() Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didakwa bersubahat dengan Umno Bahagian Kota Raja melakukan pertukaran alamat kepada rakyat Sabah untuk mengundi di Kawasan Shah Alam pada Pilihan Raya Umum ke13. Perkara itu disahkan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Raja, Jaafar Samsudin bersama Ahli Jawatan Kuasanya yang kebetulan berada di tempat operasi pertukaran alamat di Seksyen 11, Shah Alam. Harakah yang turut berada di tempat itu, mendapati sebuah bas milik JPN dengan nombor pendaftaran BGS 5488 berada di hadapan Pejabat Umno Shah Alam dengan beberapa orang kakitangan JPN sedang membuat pengesahan pertukaran alamat rakyat Sabah terbabit. Sebelum itu, mereka telah diarahkan mengisi borang pertukaran alamat di Tingkat 3, Bangunan Umno Shah Alam dan selepas itu mereka dikehendaki menaiki bas secara bergilir-gilir bagi mendapatkan pengesahan wakil JPN. Pengesahan pertukaran alamat itu dilakukan dalam bas yang bertutup dan hanya mereka yang membawa borang pertukaran saja dibenarkan menaiki bas tersebut. Beberapa rakyat Sabah yang ditemui mendedahkan pertukaran alamat itu dilakukan atas arahan Umno dan bertujuan untuk mengundi dalam PRU-13 akan datang. Mereka diangkut dari Taman Sri Muda, Shah Alam dengan menggunakan dua buah bas dengan nombor pendaftaran NR 9417 dan BFM 3804. Menurut seorang rakyat Sabah, mereka dijanjikan "sesuatu" oleh pihak tertentu dan ada di kalangan mereka dipanggil untuk tujuan lain tetapi sampai di situ melakukan perkara lain. Perbualan wakil PAS bersama beberapa orang rakyat Sabah diperhatikan oleh pihak Umno dari atas bangunan dan selepas beberapa minit, seorang wanita yang dipercayai Wanita Umno menghampiri kami dan menjemput naik ke Tingkat 3, Bangunan Umno. Bas JPN beredar sekitar jam 2.15 petang, Sabtu manakala wanita yang menemui kami turut beredar selepas memerhatikan kami dari dalam kenderaannya. Sehubungan itu, Jaafar akan membuat laporan kepada pihak berkenaan dan tindakan tegas perlu diambil kerana ternyata Umno dengan kerjasama JPN telah melakukan penipuan besar. "Buatlah apa sahaja kempen, edarkan risalah kepada penduduk Selangor, semua itu tidak akan berkesan kerana Umno dan JPN telah melakukan pertukaran alamat dengan membawa masuk rakyat Sabah sebagai pengundi," tegasnya. Jaafar berkata, ini berlaku di Shah Alam bagaimana dengan kawasan lain di negeri Selangor? ~sanggahtoksago~ UO KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Posted: 21 Feb 2011 08:00 PM PST ![]() DEY MACHA!!! MANA PI PENGUATKUASA? TAKKAN HANGPA DOK TIDOQ KOT BOLEH DOK BIAQ BANNER MACAM NI TERPAMPANG TAMAN SHAMELIN SAPA JAGA? PANDAN PERDANA SAPA JAGA? DBKL KA MPAJ? HANGPA DOK GOYANG TELOQ KA? ANAK AKU TANYA ADULT TOY TU APA KE BENDA? KAH! KAH! KAH! KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| AKHBAR `BERLIDAH SYAITAN' PUTAR BELIT UCAPAN NIK AZIZ Posted: 21 Feb 2011 05:00 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS DI DALAM merasmikan 'Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa -Jaminan PAS' yang bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam kelmarin, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz berkata di dalam ucapannya, " Bagi PAS, Melayu perlu diutamakan dalam agenda DAKWAH pada hari ini kerana mereka merupakan bangsa yang terdahulu menerima Islam di Tanah Melayu ini." (Teks ucapan sebenar). Malangnya, akhbar bangsat yang semakin tidak laku di pasaran Mingguan Meloya atau Utusan Meloya keluaran Ahad baru ini melaporkan seperti berikut, "Bagi PAS, orang Melayu perlu diutamakan dalam PERJUANGAN kerana kerana ia adalah kaum terdahulu", katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa - Jaminan PAS di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini hari ini (Mingguan Meloya). Sekali lagi akhbar bangsat ini memainkan peranan `lidah syaitan' untuk menukar fakta dan memutarbelitkan ucapan Tuan Guru Nik Aziz agar dilihat seolah-olah Mursyidul Am Pas itu sama seperti pemimpin Umno yang gila sangat kepada `Ketuanan Melayu' sehinggakan melupakan agenda perjuangan Islam yang menjadi dasar PAS.Kesihan buat orang-orang Melayu di kampung-kampung, di hulu-hulu dan juga di rancangan Felda yang masih menjadikan akhbar bangsat ini sebagai `kitab khazah ilmu' harian mereka. Sebab itu, tidak pelik jika kita lihat Umno amat laku di kawasan seperti ini. Mereka amat gembira kerana akhbar bangsat ini ditatap setiap hari oleh orang-orang Melayu di kawasan seperti itu. Di bandar dan di tempat yang maju, akhbar ini hanya layak dijadikan tisu di dalam tandas. Sebab itu lah di kawasan bandar orang-orang Melayu sedar dan kenal siapa Umno. Akhbar bangsat ini mencari keuntungan dengan cara memperbodohkan orang-orang Melayu. Akhbar ini tidak akan bersetuju dengan cita-cita PAS untuk mendirikan sebuah negara Islam berpandukan Al-Quran dan Hadith. Mana mungkin akhbar yang mencari untung dengan paparan keputusan judi boleh menerima Islam memerintah. /wfauzdin.blogspot.com armormech KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Sekali lagi akhbar bangsat ini memainkan peranan `lidah syaitan' untuk menukar fakta dan memutarbelitkan ucapan Tuan Guru Nik Aziz agar dilihat seolah-olah Mursyidul Am Pas itu sama seperti pemimpin Umno yang gila sangat kepada `Ketuanan Melayu' sehinggakan melupakan agenda perjuangan Islam yang menjadi dasar PAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan