Anak Sungai Derhaka |
- Kebangkitan Rakyat Mesir membingungkan ahli UMNO yang sememangnya Bengong..
- Roboh Gerai : Penjelasan dari Yang Di Pertua MPSP (Video)
- Video yang tak mungkin disiarkan RTM dan TV3.
- Guan Eng di Fitnah lagi!! Tuan Haji Guan Eng pulakdah.. (Video Inside)
- Habislah Anwar.. Umi dan Rahimi dah istihar perang (Video Inside)
- Wang Haram : Pembantu Nor Mohamed Yokcop didakwa hari ini
- Satu lagi projek beli jiwa oleh Kerajaan Barisan Nasional
- Malaysia perlu ramai penggodam beretika??.. siaplah blogger PR..
- Perarakan Maulidur Rasul Pulau Pinang di sabotaj lagi?
- Roboh Gerai Melayu di Taman Pelangi?? Nak provoke tu.. agak-agak la Bro..
| Kebangkitan Rakyat Mesir membingungkan ahli UMNO yang sememangnya Bengong.. Posted: 10 Feb 2011 08:11 AM PST Sambil mengikuti perkembangan kebangkitan rakyat Mesir, saya merasakan teramat kagum terhadap kesanggupan mereka untuk turun ke jalan raya menuntut hak mereka. Setelah dibelenggu selama berpuluh tahun, 30 tahun darinya di bawah Hosni Mubarak, rakyat Mesir telah menyedari bahawa perubahan perlu dilakukan dan tiada cara lain melainkan mereka sendiri berdiri teguh menuntutnya. Persoalan keadilan, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya menjadi isu yang mendorong mereka untuk menuntut perubahan. Semua persoalan ini merupakan persoalan yang cukup releven di dalam sebuah masyarakat yang bertamaddun dan bermaruah. Lantaran dari itu, saya terfikir adakah mungkin ahli-ahli UMNO kebinggungan dengan semua yang sedang berlaku? Mungkin ada yang tertanya, "Apa masalahnya? Tidakkah mereka semua satu bangsa dan majoriti besar mereka itu orang Islam?" Dan pasti juga tertanya lagi, "Hai, bukankah pemimpin mereka tu orang Islam? Jalan raya sudah siap dibina, begitu juga hotel-hotel bertaraf antarabangsa yang didatangi manusia dari seluruh dunia! Apa lagi yang rakyat Mesir itu inginkan?" Dan sudah pasti juga ada yang menyampuk sambil berkata, "Sungguh tidak pandai berterima kasih rakyat Mesir ini!". Maka, bagi otak UMNO yang tidak memahami persoalan keadilan, menentang rasuah serta salah guna kuasa, apa yang sedang berlaku pasti sesuatu yang tidak dapat mereka fahami. Akhirnya pasti dirumuskan, "Ini mesti kerja 'penderhaka' dan sebagainya". Rakyat yang baik tidak mungkin menentang kerajaannya walau zalim mana sekalipun. Untuk pengetahuan tuan-tuan sekalian, otak UMNO ini telah dididik untuk melihat dunia ini secara mudah. Nombor Satu soal kaum dan bangsa. Nombor Dua soal taat dan setia kepada pemimpin. Nombor Tiga bersyukur kepada pemimpin ke atas segala pemberian yang diperolehi. Kalau sedikit, itu soal rezeki yang ditentukan Allah. Rezeki secupak tidak akan jadi segantang, tambah mereka lagi. Di Mesir, kaum dan bangsanya satu. Semuanya Arab. Kalau dikaji dari agihan kekayaan tempatan, 100% milik Arab kerana semuanya Arab. Dari sudut kepimpinan pula, Arab juga! Dari segi rasuah, biarlah yang rasuah itu, rezki mereka, jangan kita dengki dan jangan kita cemburu. Berdosa. Lagipun, penerimanya pun Arab juga maka apalah masalahnya? Oleh itu, otak mereka tidak mampu memahami apa yang sedang berlaku. Mengapa ya, tertanya-tanya orang UMNO diantara satu sama lain. Apa yang rakyat Mesir ini hendak? Ada yang secara bergurau menghantar SMS kepada saya, 'Pemuda UMNO mendesak rakyat Arab Mesir bersatu. Takut-takut sekiranya berpecah, maka Cina akan ambil alih kuasa dan jadikan Mesir seperti Singapura!' Saya tergelak apabila menerima SMS tersebut dan terus di saya hantar ke twitter kerana saya tahu bahawa sebenarnya, itulah pemikiran politik orang UMNO, termasuk para Pemudanya. Begitu juga apabila disebut bahawa Mubarak mengaut harta Negara dan memiliki asset peribadi bernilai hampir USD 30 Billion, maka sudah hampir pasti reaksi pemuda PAS dan pemuda UMNO akan berbeza. Pemuda PAS akan menyerang Mubarak dan membidasnya kerana melalui amalan rasuah dan kronisma Berjaya mengkayakan diri sambil rakyat Mesir dibiar terus miskin. Pemuda UMNO pula sebaliknya akan membincang dan memerah otak sambil menyusun strategi bagaimana hendak jadi kroni Mubarak supaya mendapat manfaat dari hartanya! Kena jadi Arabkah kita? Soal seorang Pemuda UMNO kepada seorang rakannya yang turut kebingungan. Persoalan keadilan, kebenaran, menentang penindasan dan kezaliman semua itu hanya retorik politik bagi UMNO. Tiada makna. Ianya ungkapan-ungkapan Pembangkang. Dan oleh kerana itu, mereka terngangga melihat apa yang berlaku di Mesir. Namun, hakikatnya rakyat Mesir sememangnya ditindas dan dizalimi selama ini. Pemimpin-pemimpin Negara membolot kekayaan Negara dan rakyat kebanyakan dibiarkan dalam kemiskinan. Siapa yang pernah ke Mesir memahami apa yang saya maksudkan. Sekiranya datang individu-individu yang menuntut keadilan demi rakyat, menuntut supaya kekayaan Negara diagihkan dengan cara yang lebih adil, mereka-mereka ini akan ditangkap dan dipenjarakan. Dalam penjara mereka akan diseksa dan ada yang dibunuh. Apa yang baru bermula di Malaysia telah lama diamalkan di Mesir. Oleh itu, saya sanjung keberanian rakyat Mesir dan menyokong usaha mereka untuk mendatangkan perubahan kepada yang lebih baik. Hosni Mubarak, sekiranya mengasihi Negara dan rakyatnya lebih dari dirinya sendiri, harus berundur dengan baik. Cara bagaimana, saya yakin rakyat Mesir lebih mengetahuinya. Biarlah mereka berbincang dan menentukan cara mereka. Namun, apa yang jelas, setelah melangkah kedepan dengan berani, mereka tidak boleh berundur. Maka amat benar apa yang dikatakan oleh salah seorang penunjuk perasaan di dataran Tahrir, "Sekiranya kami berundur dalam keadaan Mubarak masih berkuasa, dia akan tentukan setiap seorang dari kami ditahan dan dibunuh. Kami tahu, kami pernah laluinya sebelum ini". Oleh yang demikian, sama sama kita doakan semoga perubahan itu akan berlaku dan Hosni Mubarak tidak akan terus mengkhianati Negara dan rakyatnya lagi. Sebaliknya akan berundur secara terhormat supaya rakyat Mesir dapat bernafas dan hidup bebas dari cengkamannya. Begitu juga, supaya ummat Islam di Malaysia, akan dapat membebaskan diri mereka dari corak politik sempit dan 'pemikiran terhad' seperti persoalan kaum dan kedudukan; serta mampu menghargai persoalan politik yang lebih utama seperti persoalan memperjuangkan keadilan dan kebenaran serta menolak dan menentang kezaliman. Hanya dengan itu akan ummat Islam dan bangsa Malaysia menjadi ummat dan bangsa yang bermaruah dan disegani dunia. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD |
| Roboh Gerai : Penjelasan dari Yang Di Pertua MPSP (Video) Posted: 10 Feb 2011 06:06 AM PST Media-media tertentu yang dikawal UMNO/BN dan juga blog-blog Pro-UMNO telah memaparkan berita seolah-olah MPSP mengambil tindakan selektif terhadap gerai Melayu sahaja.Video yang disiarkan ini adalah penjelasan dari Yang DiPertua MPSP Tuan Haji Mokhtar Mohd Jait tentang operasi meroboh gerai haram di Taman Pelangi. Menurut beliau, rumah dan flat di Taman Pelangi merupakan kediaman kos rendah. Pihak-pihak tertentu telah membeli unit-unit di sana dan menyewakannya kepada orang lain. Penyewa unit-unit ini pula menyewakan pula kepada warga asing untuk menjalankan perniagaan di gerai-gerai haram. Gejala sosial yang timbul kerana kebanjiran warga asing ini telah menyebabkan Taman Pelangi juga digelar sebagai Mini Hatyai. Pihak MPSP telah banyak kali menerima aduan semenjak beberapa tahun dahulu. MPSP telah menjalankan usaha untuk meminta tuan-punya gerai ini untuk robohkan sendiri. Sebanyak 12 gerai telah pun merobohkan struktur yang haram, manakala 10 lagi enggan berbuat begitu. Justeru itu, MPSP telah menjalankan operasi berhemah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk di sana. |
| Video yang tak mungkin disiarkan RTM dan TV3. Posted: 10 Feb 2011 04:26 AM PST
|
| Guan Eng di Fitnah lagi!! Tuan Haji Guan Eng pulakdah.. (Video Inside) Posted: 10 Feb 2011 02:27 AM PST Setelah fitnah yang mengatakan kononnya Lim Guan Eng memberikan kebenaran menerbitkan risalah 'My Balik Pulau' yang sebenarnya diusahakan pada tahun 2007 dan diterbitkan pada tahun 2010.. Sedangkan pada risalah "My Balik Pulau" pun ada dicetak nama penyumbang yang terdiri daripada Kementerian Pelancongan, kerajaan perseketuan dan pemimpin Umno Balik Pulau termasuk pusat sumber Muhammad Farid yang memulakan cerita ini.. Dalam kenyataannya didalam Utusan Malaysia awal minggu ini, Muhammad Farid berkata, meskipun tidak diketahui niat sebenar risalah tersebut diedarkan, dipercayai ia merupakan cubaan pihak tertentu untuk mengaburi rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti orang Melayu itu. Kini muncul pula risalah dengan tajuk ' Warta Berita Dari Anak Pendatang' yang memaparkan gambar Guan Eng memakai kopiah putih hasil dari super impose oleh pihak tertentu. Risalah tersebut menyatakan apa yang sama antara Lim Guan Eng di Pulau Pinang dan Lee Kuan Yew di Singapura ialah merampas tanah orang Melayu. DiSingapura menurut risalah itu orang Melayu di Singapura menjadi hamba di Negara sendiri manakala di Malaysia pula orang Melayu gadaikan maruah agama pada orang kafir.. Tak payah cakaplah siapa punya kerja.. bak kata pepatah sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan atau betina.. |
| Habislah Anwar.. Umi dan Rahimi dah istihar perang (Video Inside) Posted: 10 Feb 2011 12:10 AM PST Sebelum itu korang baca sebahagian artikel yang aku petik dari sebuah blog pro-UMNO yang disiarkan pemilik blog itu semalam bagi mempromosikan ceramah yang akan dibuat oleh Ummi Hafilda ..10 Ribu Dijangka Hadir : Ummi Hafilda Mulakan Jihad Malam Ini! InsyaAllah roadshow pertama Ummi Hafilda Ali di Jalan Kebun Kota Raja Kelang jam 9.30 malam ini, merupakan permulaan kepada kebangkitan rakyat menolak pembohongan dan penipuan Pakatan Rakyat. Yakinlah - perjuangan murni Ummi pada malam ini adalah titik tolak ke arah satu perjuangan dan jihad suci demi menghancurkan syaitan dan para pembantunya. Doa saya hanya satu, semoga Allah menguatkan iltizam dan semangat Ummi Hafilda agar terus berjuang sehingga musuh negara ini tersungkur di medan perang! Jumpa anda di sana!!! 10 Ribu dijangka hadir??? Kah..kah..kah.. berapa orang yang hadir sila baca artikel dibawah.. Dalam ceramah Ummi Hafilda itu juga Bekas pegawai khas Anwar, Muhamad Rahimi Osman mendakwa "Kerja yang merampas Selangor ini saya juga dalangnya. Saya minta maaf saya berjanji akan rampas semula dan pulangkan kembali Selangor ke tangan BN," Bagi aku itu merupakan satu kenyataan paling bodoh yang aku pernah dengar.. Selangor jatuh ketangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya sedara.. bukan melalui ADUN yang dibeli macam apa yang berlaku di Perak tu.. Ummi Hafilda, Rahimi isytihar 'perang' terhadap Anwar, Azmin KLANG: Disebalik kelantangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membongkar firma APCO Worldwide yang dilantik kerajaan untuk kempen gagasan 1Malaysia yang turut dikaitkan dengan One Israel, Anwar juga didakwa memiliki sebuah syarikat perundingan yang berpusat di Washington DC, Amerika Syarikat. Bekas pegawai khas Anwar, Muhamad Rahimi Osman mendakwa bekas majikannya itu memiliki syarikat sendiri iaitu Anwar Ibrahim Consulting Associate dan mempunyai lima pekerja daripada warga Pakistan dan Turki yang menetap di sana. "Setiap pekerja di situ menerima gaji lima angka USD setiap bulan. Saya lihat perbelanjaan pejabat itu sepanjang tahun 2006 sehingga 2007 hampir US$2 juta. Mana Anwar Ibrahim dapat duit sebanyak ini? "Bagaimana Anwar boleh kutip duit dalam ceramah dan mengatakan parti tiada wang sedangkan beliau boleh biaya pejabat itu sehingga berjuta-juta dolar," soal Rahimi dalam siri ceramah Kempen Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) di sini semalam. Turut hadir Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohamad Satim Diman dan saksi kes Liwat I Ummi Hafilda Ali. Ini merupakan penampilan sulungnya sebagai penceramah 'kem' Barisan Nasional (BN) selepas membuat laporan polis menukar surat akuan bersumpah (SD) yang ditandatanganinya dengan menafikan penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes liwat II Oktober tahun lalu. Rahimi juga mendakwa dirinya bertanggungjawab memasukkan wang daripada akaun bekas majikannya ke Sabah dan Sarawak dalam usaha melobi ahli Parlimen semasa pilihan raya umum lalu dan ketika peristiwa cubaan rampasan kuasa 16 September. Rampas semula Selangor "Kerja yang merampas Selangor ini saya juga dalangnya. Saya minta maaf saya berjanji akan rampas semula dan pulangkan kembali Selangor ke tangan BN," katanya sambil diiringi tepukan kira-kira 200 penyokong yang hadir. Selain itu, beliau turut menegaskan Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tidak terlibat dalam konspirasi tuduhan liwat bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan. "Saya berani bersumpah tiada konspirasi jahat Najib dan Rosmah. Saya minta Anwar juga berani bersumpah sama ada Najib dan Rosmah benar-benar terlibat," katanya. Sementara itu, Ummi Hafilda berkata 'serangannya' terhadap Anwar dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tidak lagi dianggap masalah keluarga tetapi sudah menjadi masalah negara kerana dakwanya mereka bercita-cita tinggi menjadikan negara ini sebagai negara republik. "Saya rela kehilangan seorang abang daripada mengorbankan 27 juta rakyat Malaysia jika Anwar menjadi pemerintah," katanya yang berikrar mahu melancarkan 'peluru berpandu' bermula tahun ini setelah 13 tahun mendiamkan diri. Ummi juga berkata tujuannya melakukan pendedahan ini kerana bimbang dengan penglibatan Anwar yang mengetuai Pakatan Rakyat menguruskan ekonomi Selangor dengan salah. Katanya, pendedahan konspirasi Anwar dan Azmin beserta bukti dan dokumen yang diperolehinya itu akan dimuatkan dalam buku yang akan diterbitkannya pada hujung bulan ini. |
| Wang Haram : Pembantu Nor Mohamed Yokcop didakwa hari ini Posted: 09 Feb 2011 11:43 PM PST Setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yokcop hari ini didakwa dengan penggubahan wang haram, setahun selepas beliau didapti memiliki RM2 juta di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang. Hasbie Satar didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth petang tadi tetapi dibebaskan dengan jaminan RM60,000. Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001. Empat hari selepas ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penemuan wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta di pangsapurinya itu, pejabat Nor Mohamed mengeluarkan kenyataan yang Hasbi telah meletakkan jawatan. Setiausaha politik berusia dalam lingkungan 30an itu disiasat oleh SPRM berhubung pemilikan beberapa juta ringgit dalam hartanah, termasuk empat kereta mewah dan empat rumah di Lembah Klang. Hasbie, seorang rakyat Sarawak dilantik sebagai setiausaha politik pada tahun 2008 ketika Nor Mohamed adalah menteri kewangan kedua. Nor Mohamed, yang berasal dari Pulau Pinang adalah juga ahli parlimen Tasek Gelugor. Beliau dilantik sebagai menteri kewangan kedua dari 2004 hingga 2009. Sebagai menteri di jabatan perdana menteri, Nor Mohamed kini bertanggungjawab terhadap Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang berkuasa menentukan projek-projek kerajaan. Malaysiakini |
| Satu lagi projek beli jiwa oleh Kerajaan Barisan Nasional Posted: 09 Feb 2011 10:47 PM PST Pentadbiran Najib memperuntukkan RM2.492 bilion bagi sekolah dan jabatan pelajaran di seluruh negara — dilihat langkah terbaru menarik sokongan kakitangan awam dan ibu bapa menjelang pilihan raya umum dijangkakan tahun ini. Satu lagi projek beli jiwa oleh Kerajaan Barisan Nasional!! Putrajaya salur sekolah RM2.4b di sebalik spekulasi PRU13 Oleh Shazwan Mustafa Kamal PUTRAJAYA, 10 Feb — Pentadbiran Najib memperuntukkan RM2.492 bilion bagi sekolah dan jabatan pelajaran di seluruh negara — dilihat langkah terbaru menarik sokongan kakitangan awam dan ibu bapa menjelang pilihan raya umum dijangkakan tahun ini.Bantuan kewangan itu akan disalurkan kepada 16 jabatan pendidikan negeri, tujuh bahagian Kementerian Pelajaran, termasuk unit pendidikan Islam dan Institut Pendidikan Guru Malaysia. Jabatan Pendidikan Sarawak menerima dana terbanyak, berjumlah RM394 juta manakala Jabatan Pendidikan di Putrajaya mendapat jumlah paling sedikit. Difahamkan tujuan bantuan kewangan itu adalah untuk menunjukkan keikhlasan kerajaan "merapatkan jurang antara pelajar di kawasan bandar dan luar bandar, mereka yang miskin dan golongan berada." Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, turut mengumumkan rancangan kerajaan untuk memberi ganjaran kepada pengetua dan guru yang cemerlang, yang telah berjaya mengatasi sasaran Bidang Hasilan Utama Kebangsaan (NKRA). Seramai 924 pengetua sekolah telah disenaraipendekkan dan akan mendapat RM7,500 setiap seorang. Lima peratus guru daripada sekolah dipimpin pengetua-pengetua terbabit, yang menunjukkan perkhidmatan yang baik akan menerima RM1,800 setiap seorang dan guru-guru lain akan menerima RM900 setiap seorang. "Ganjaran kewangan berdasarkan prestasi adalah sesuatu yang baru, yang mana tidak pernah dilihat dalam sejarah perkhidmatan awam kita," katanya. "Tetapi kami merasakan ini adalah tawaran yang baru," kata Muhyiddin pagi ini. Pakatan Rakyat (PR) dan juga Barisan Nasional (BN) terus berlumba-lumba menyenaraikan insentif-insentif masing-masing dalam kempen mereka menarik sokongan pengundi khususnya pengundi muda dan sokongan sokongan kakitangn awam ketika spekulasi meningkat bahawa pilihan raya kemungkinan akan dipanggil tahun ini. The Malaysian Insider |
| Malaysia perlu ramai penggodam beretika??.. siaplah blogger PR.. Posted: 09 Feb 2011 07:55 PM PST Menurut Dekan Institusi Informasi dan Teknologi Malaysia (MIIT) Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Prof Dr Roslan Ismail, Malaysia perlu melahirkan lebih ramai penggodam beretika sebagai langkah keselamatan dan waspada daripada bahaya pencerobohan maklumat dalam dunia siber.Hacker Beretika? Beretikalah kalau mereka berkerja untuk kebaikkan kerajaan iaitu UMNO/BN dalam menggodam seluruh Blog-blog milik penyokong PR.. Golongan Hacker yang boleh digunakan oleh UMNO bagi membantu mereka menyerang Blog-blog Pro-PR akan digelar White Hat Hacker oleh Kerajaan.. dan mereka adalah Black Hat Hacker bagi penyokong PR.. Definasi Hacker dari Wikipedia Penggodam (hacker) dalam konteks keselamatan komputer merujuk kepada penggodam komputer yang terlibat dalam keselamatan komputer dan berupaya mengeksploit sistem atau masuk tanpa kebenaran melalui kemahiran, taktik dan pengetahuan terperinci. Dalam penggunaan biasa, "penggodam" merujuk kepada penggodam topi hitam (penggodam berniat jahat atau jenayah). Terdapat juga penggodam beretika (biasanya digelar topi putih) dan penggodam yang samar-samar kedudukannya (topi kelabu). Malaysia perlu ramai penggodam beretika 2011/02/10 KUALA LUMPUR: Malaysia perlu melahirkan lebih ramai penggodam beretika sebagai langkah keselamatan dan waspada daripada bahaya pencerobohan maklumat dalam dunia siber. Dekan Institusi Informasi dan Teknologi Malaysia (MIIT) Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Prof Dr Roslan Ismail, berkata sebagai pengguna komputer, mereka mesti mempelajari teknik pencerobohan bagi mengetahui langkah pencegahan dan perlindungan terbaik. "Penggodam beretika yang mahir mampu menyelaras dan melakukan pemeriksaan menyeluruh kepada sistem rangkaian komputer, termasuk internet dan aplikasi komputer di samping mengenal pasti sekiranya terdapat kecelusan. "Kepakaran penggodam beretika penting sebagai kawalan keselamatan sistem maklumat sesebuah institusi bagi memberi nasihat dan memperbetulkan kelemahan yang dikenal pasti," katanya pada sidang media pelancaran program KLGreenHAT 2011, di sini, semalam. Program dua hari itu dipenuhi pelbagai pengisian antaranya pertandingan GreenHat Challenge 2011, ceramah keselamatan siber, pertandingan CyberSafe Self Defence Challenge Cup 2011 serta pameran dan jualan. Pengarah program Ahmad Amran Ahmad, berkata GreenHat Challenge adalah pertandingan sekuriti komputer untuk penggodam berhemah. Usaha itu bertujuan melahir dan mencungkil bakat baru dalam keselamatan siber. CyberSafe Self Defence Challenge Cup pula katanya, menguji tahap kesedaran peserta terhadap keselamatan siber. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lef Kol Husin Jazri, berkata sebagai agensi dipertanggungjawabkan memantau keselamatan siber negara, pihaknya mengambil inisiatif mengadakan sambutan 'Safer Internet Day'. Beliau berkata, program bersama Kelab Keselamatan Komputer MIIT UniKL itu jelas bagi menyampaikan mesej kesedaran keselamatan siber dalam kalangan masyarakat. Berita Harian Online |
| Perarakan Maulidur Rasul Pulau Pinang di sabotaj lagi? Posted: 09 Feb 2011 07:01 PM PST Yang menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak mengadakan sambutan atau perarakan Maulidul Rasul pada tahun lepas.. sila lihat gambar-gambar perarakan Maulidul Rasul itu di (SINI) GEORGETOWN - Jabatan Penerangan Pulau Pinang didakwa enggan memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri sempena perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri 15 Februari ini. Exco Hal Ehwal Agama, Abdul Malik Abul Kassim berkata, pihaknya tidak menerima respons daripada jabatan itu setelah memohon mendapatkan kenderaan bagi alunan selawat mengiringi perarakan. "Menerusi jawapan secara lisan dalam mesyuarat, saya dimaklumkan oleh jabatan itu bahawa kemudahan kenderaan tidak boleh dibekalkan kepada Kerajaan Negeri mengikut polisinya. "Walau apa pun, saya masih menunggu jawapan secara bertulis daripada Jabatan Penerangan untuk mengetahui status permohonan," katanya kepada media di sini, semalam. Abdul Malik berkata, tahun lalu Kerajaan Negeri menghadapi masalah yang sama apabila Jabatan Penerangan memberi alasan kenderaannya sudah dijadualkan lebih awal untuk aktiviti penerangan mengenai dasar Kerajaan Pusat. "Tahun ini mereka memberi alasan kenderaan tidak boleh dibekalkan sebab ia tidak terkandung dalam polisi mereka. Padahal, Kerajaan Negeri bawah tampuk kepimpinan Barisan Nasional mendapat kemudahan itu. "Ketika pemerintahan BN, Jabatan Penerangan bukan sahaja mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul malah menyediakan sekurang-kurangnya lima kenderaan bagi alunan selawat mengiringi perarakan," katanya. Dalam perkembangan sama, beliau berkata sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri tahun ini akan bermula 12 Februari bertemakan 'Wasatiyyah Tonggak Kecemerlangan Ummah', tema sama digunakan untuk Maal Hijrah yang membawa maksud 'Kesederhanaan dalam Islam' Sinar Harian |
| Roboh Gerai Melayu di Taman Pelangi?? Nak provoke tu.. agak-agak la Bro.. Posted: 09 Feb 2011 10:39 AM PST Semalam, kebanyakkan blog-blog pro UMNO yang beroperasi dari utara semenanjung iaitu di Pulau Pinang heboh melaporkan kononnya gerai-gerai milik peniaga-peniaga kecil Melayu yang bertempat di Taman Pelangi, Perai, Pulau Pinang telah dirobohkan dengan rakusnya oleh pihak berkuasa tempatan iaitu MPSP.Mereka menggambarkan seolah-olah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang menzalimi para peniaga kecil yang ada di situ. Rasanya yang mula memutar belitkan isu ini ialah Blog Media Permatang Pauh (korang carilah sendiri..), Blogger atau editor blog tersebut telah menyiarkan beberapa keping gambar dari tempat kejadian dan juga video temuramah dengan beberapa pemilik gerai yang kononnya telah menyokong Pakatan Rakyat semasa PRU yang lalu. Laporan oleh Media Permatang Pauh itu hanya menyatakan gerai milik Melayu tanpa menjelaskan perkara sebenar iaitu Melayu manakah yang dikatakannya itu.. Melayu Malaysia atau Melayu yang datangnya dari Indonesia yang menjalankan perniagaan di situ. Sekeping gambar dari Media Permatang Pauh kat bawah ni.. Sedikit mengenai Taman Pelangi, merupakan sebuah Taman Perumahan yang terletak berhampiran dengan Kawasan Perindustrian Perai. Suatu masa dulu ketika ianya mula dibangunkan terdapat lebih banyak rumah daripada penduduk sendiri. Setelah kemasukkan warga asing untuk berkhidmat disektor perkilangan dibenarkan oleh kerajaan, kawasan tersebut mula dipenuhi oleh warga asing. Ianya bermula dengan kebanjiran warga dari Indonesia terutamanya wanita yang bekerja didalam sector pengeluaran di kilang-kilang yang terdapat di Kawasan Perindustrian Perai. Kebanjiran mereka ini dalam membantu pengeluaran industry Negara sebenarnya juga mengundang berbagai masaalah social. Walaupun bukan semua yang terlibat dengan gejala sosial ini, namun tindakan sesetengah mereka yang berpeleseran di waktu malam untuk mengurangkan kegersangan dijiwa mereka telah menyebabkan Taman Pelangi ini juga dikenali sebagai Mini Haatyai. Setelah kawasan Taman dibanjiri dengan pendatang Indonesia, muncul pula pendatang dari Bangladesh kemudiannya warga Myanmar dan juga Vietnam. Dengan hadirnya warga Vietnam bilangan anjing liar menurun secara mendadak, kerana banyak anjing-anjing itu telah dimakan oleh mereka. OK.. Berbalik kepada isu kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah merobohkan gerai-gerai milik Melayu. Perlu diketahui bahawa hampir kesemua gerai-gerai yang telah dirobohkan itu diusahakan oleh pendatang dari Indonesia yang kebanyakkannya tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah, ada antara mereka yang mendirikan gerai secara haram di atas tanah milik kerajaan. Dan ada juga yang menyewa gerai-gerai yang didirikan juga secara haram oleh penduduk setempat tak kira samada Melayu atau Cina. Menurut Yang Di Pertua MPSP, pihaknya telah banyak kali menerima aduan dari para penduduk di Taman Tersebut yang mengatakan mereka bimbang dengan keselamatan mereka berikutan dengan terlalu ramai warga asing yang berkampung didalam Taman tersebut. Mereka juga mempertikaikan mengapa tiada tindakan yang diambil terhadap gerai-gerai yang dimiliki oleh warga asing yang bertaburan di dalam kawasan Taman tersebut jumlahnya dikatakan mencecah ratusan gerai. Yang lebih bijak mempersoalkan adakah warga-warga asing yang berniaga itu mempunyai lesen? Sedangkan setahu mereka kebanyakkan warga asing yang menjalankan perniagaan itu tidak mempunyai permit masuk ke Negara ini secara sah jadi bagaimana mungkin mereka mempunyai lesen? Jika mereka berniaga tanpa lesen, jelas mereka tidak perlu membayar sebarang cukai kepada kerajaan negeri dan ini adalah tidak adil buat para peniaga Malaysia yang terpaksa mendapatkan lesen dan juga membayar cukai. Luahan ini juga sebenarnya telah aku dengar sendiri suatu masa yang lalu ketika bersama beberapa orang Ahli Majlis yang telah mengadakan dialog dengan penduduk di situ. Mereka menyuarakan tentang masaalah social dan pencemaran yang dilakukan oleh warga asing yang membanjiri Taman tersebut. Mereka telah membawa kami melihat sendiri bagaimana sampah dibuang merata-rata, botol-botol arak bersepah di Taman Permainan kanak-kanak.. Rasanya sudah hampir satu tahun berlalu dialog itu dan sekarang baru ada tindakan diambil.. Memang lembab PBT itu menjalankan tugas.. (lembab ada agenda ni..) Malangnya setelah tindakan diambil oleh PBT ianya dijadikan isu untuk menyerang Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang oleh blogger Pro-UMNO pula.. Jadi apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh para Blogger Pro-UMNO itu? Adakah mereka benar-benar prihatin akan nasib peniaga-peniaga kecil Melayu atau sekadar cuba memutar belitkan isu untuk menimbulkan kebencian masyarakat Melayu terhadap Kerajaan Pulau Pinang sekarang? Atau adakah mereka sekadar melepaskan perasaan geram mereka terhadap tindakan PBT yang telah mengakibatkan Mini Haatyai tempat mereka melepaskan nafsu kini telah tergugat? Ya lah.. nak lintas sempadan kan minyak mahal sekarang ni… Nak provoke tu agak-agak la… Cuba korang baca apa laporan dari Kosmo ni yang mungkin editornya terlepas pandang agaknya... MPSP bersihkan 'mini Hatyai' Oleh RIZAM ZAKARIYA BUKIT MERTAJAM - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) semalam memulakan operasi besar-besaran bagi membersihkan imej kawasan perumahan Taman Pelangi di sini yang sebelum ini lebih dikenali sebagai 'mini Hatyai'. Taman Pelangi menerima gelaran tersebut kerana menjadi kawasan penempatan pekerja warga asing dengan sebahagian blok bangunan diubah suai sebagai asrama sejak beberapa tahun lalu. Keadaan itu menyebabkan taman tersebut menjadi tumpuan warga asing daripada pelbagai negara sehingga menyebabkan ada warga asing yang berani membuka premis perniagaan di situ. Ahli Majlis MPSP, M. Ramachandran berkata, operasi berkenaan dilaksanakan setelah pihak MPSP menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa mereka tidak selesa dengan keadaan tersebut. "Kita memang terima banyak aduan mengenai pelbagai masalah yang berlaku di kawasan ini sejak dibanjiri pekerja warga asing. "Lebih memburukkan keadaan, sebahagian besar rumah tingkat bawah di kawasan ini turut diubah suai menjadi premis perniagaan dan ada yang bertindak berani membuat penyambungan elektrik secara haram di premis berkenaan. "Begitu juga penduduk tempatan yang ambil kesempatan menyewakan premis tersebut kepada warga asing untuk dijadikan premis perniagaan," katanya ketika ditemui semasa mengikuti operasi berkenaan semalam. Kosmo! Online |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |













Tiada ulasan:
Catat Ulasan