Addin |
- Ketua Polis Johor Nyaris Lemas..
- MerliMau Mau PAS : Tuan Guru Nik Aziz Gempur Merlimau
- Ops Lalang, Mahathir Dah Meroyan..
| Ketua Polis Johor Nyaris Lemas.. Posted: 10 Feb 2011 07:48 AM PST BATU PAHAT - Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff nyaris lemas selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya tergelincir ke dalam parit di kawasan banjir di Kampung Parit Basri, Sri Medan di sini semalam. Turut bersamanya dalam kenderaan terbabit ialah Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris. Pada masa kejadian, Mohd. Mokhtar dalam perjalanan untuk melawat kawasan banjir dan turut disertai oleh beberapa wakil media. Menceritakan detik cemas itu, Mohd. Mokhtar berkata, ketika melalui kawasan itu kira-kira pukul 3.30 petang tiba-tiba kenderaan tersebut seperti masuk ke dalam lubang yang sebenarnya adalah parit.Difahamkan, pemandu pacuan empat roda itu sukar membezakan antara jalan dan parit di kawasan berkenaan kerana kawasan itu dilitupi air./Kosmo Addin : Sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Berkuasa, ini mungkin suatu peringatan daripada Allah S.W.T kepada beliau supaya bermuhasabah diri dan berwaspasda dengan segala tindakannya. Jangan terlalu melindungi pemerintah sehingga sanggup melakukan apa sahaja. Gaji dan segala kemudahan polis adalah dari duit rakyat, jadi bentindak adillah walaupun pada golongan pembangkang. |
| MerliMau Mau PAS : Tuan Guru Nik Aziz Gempur Merlimau Posted: 10 Feb 2011 06:18 AM PST Pada 12 Feb (Sabtu ) Mursyidul AM PAS Tuan Guru Nik Aziz akan menziarahi Merlimau untuk gerak gempur PAS sempena PRK DUN Merlimau pada 6 Mac. Kehadiran Tuan Guru Nik Aziz selaku kepimpinan tertinggi PAS dijangkakan, akan menyuntik semangat para jentera pilihanraya PAS dan PR untuk melakukan gerak kerja bagi membuat 'kejutan' di PRK pertama di Melaka selepas tsunami politik Mac 2008. Tuan Guru Nik Aziz di jangkakan merasmikan Markaz Besar PAS di Taman Muhibbah, Merlimau pada 11 pagi. Manakala pada malamnya, Tuan Guru Nik Aziz akan mengadakan ceramah perdana di Pusat Tahfiz Al-Solihin bersama pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang. Kehadiran Tuan Guru Nik Aziz dijangkakan memberi tamparan hebat kepada jentera pilihanraya UMNO Be End Melaka terutamanya Pengarah Pilihanrayanya, Ali Rustam. Adakah Ali Rustam mengarahkan jentera UMNO Be End untuk mengadakan ceramah bersebelahan sepertimana kebiasaannya. Jikalau ini berlaku, sudah pasti akan mengundang gegak gempita di Merlimau nanti. Sama-samalah kita hadir untuk menyaksikannya kejahilan UMNO Be End... Untuk keterangan lanjut sila layari facebook PRK Merlimau. |
| Ops Lalang, Mahathir Dah Meroyan.. Posted: 09 Feb 2011 09:52 PM PST Meroyan..wakaka!!itulah yang boleh aku katakan bila membaca entri ini kalau puak-puak UMNO bolehlah nak kau kencing, Mahathir. Semua diterima walaupun kadang-kadang budak tadika pun tak boleh terima apa yang kau cakap.. Takper Mahathir,soldadu kau Hanif Omar dah backing siap-siap bekas boss..Apa lah standard kau Mahathir nak tipu orang macam ni..lain kali kalau nak tipu biarlah nampak real... |
| You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan