Selasa, 15 Februari 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Saiful - semakin jelas pembohongannya....

Posted: 14 Feb 2011 04:29 PM PST


Sebelum ini kita tidak pernah dengar 'SEX ORAL' yang melibatkan perbicaraan kes liwat Anwar dan Saiful.Tetapi seorang doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengadu dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa telah dipaksa melakukan seks oral.

Kalau benar ianya berlaku, tentu Saiful (gambar) tidak akan membuka mulut, berkumur-kumur atau menggosok gigi berhari-hari untuk menyimpan bahan bukti yang ada didalam mulutnya itu….bayangkanlah….tentu mulutnya itu lebih busuk lagi dari anusnya! Argh!

Sebelum ini, tahun lalu, Karpal pernah menyoal Saiful seperti berikut :

Karpal: Awak mandi pada Jun 26?

Saiful: Saya mandi pagi.
Karpal: Ada awak mandi serta cuci 'anus' selepas kejadian?

Saiful: Saya bilas.

Karpal: Kenapa tak cuci?

Saiful: Saya mahu simpan bukti.

Seterusnya, Khairul Nizam memberitahu mahkamah semalam bahawa beliau hanya menjalankan pemeriksaan ke atas badan Saiful – dari bahagian pusat ke atas.Beliau menjelaskan, beliau bertindak demikian kerana Saiful memberitahunya bahawa pengadu itu telah mencuci dan membersihkan diri.

Kenyataan itu bercanggah dengan keterangan Saiful pada tahun lalu, ketika bekas pembantu Anwar itu disoal balas oleh peguam Karpal Singh. (sepertimana dialog diatas).

Saiful telah memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak mencuci anusnya dengan tujuan menyimpan bahan bukti.

Saiful juga memberitahu mahkamah bahawa beliau hanya mandi pada waktu pagi dan tidak membasuh angota sulit badannya. sumber

Tiada ulasan: