Jumaat, 28 Januari 2011

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Nak bertinju...tapi lupa pakai seluar..

Posted: 28 Jan 2011 05:13 PM PST

"ini pemandangan biasa bila ada perlawana tinju..cuba bayangkan..nak bertinju..tapi lupa nak pakai seluar"

usinkata;..Kesian betulah sepupu kepada Najib ni..sapa lagi kalau buka Hishamuddin..secara jelasnya beliau menunujukan betapa kurang cerdiknya Hishamudin didalam berpolitik apatahlagi utk mencari suatu isu sebagai kempen pilihanraya dan apa yang amat menyedihkan isu yg dibawanya langsung tidak ada kena mengena dengan PRK DUN Tenang..
Selalunya jika didalam kempen PRK isu tempatan sememangnya amat "laku" bagaikan goreng pisang panas utk dihidangkan kepada pengundi-pengundi  dikawasan yang terlibat..
Ini tidak..apabila diajukan laporan CNN dimana Najib dakwa Putera Saudi ada sponsor Anwar dan PR utk pilihanraya dgn rasa angkuhnya beliau sebagai Menteri DiDalam Negeri dimana pasukan Polis dibawah seliaanya   terus sahaja beliau bertitah agar pihak polis menyiasat hubungan Anwar dengan pengganas antarabangsa.
Kita amat maklum mengapa Hishamudin "merepek" sebegitu...walaupun isu yg dipanjangkan kepada beliau itu langsung tidak menunjukan suatu bahan "isu tempatan" utk kempen di PRK DUN Tenang..tetapi terselitnya nama Ketua Pembangkang..mudah sahaja lidahnya menjadi panjang utk menyerang susuk tubuh Ketua Pembangkang itu...
Apatahlagi seminggu dua yang lalu..Anwar mengajak Najib utk bedebat atas isu ekonomi tetapi ditolak mentah-mentah oleh Najib dan umum juga tahu bunyi-bunyi bising yang mengatakan bahawa Najib takut utk berdebat turut mengguriskan hainya sebagai sepupu utama Najib..
Nah inilah masa yang ditunggu-tunggu dan Hishamudin tiba-tiba lidahnya menjadi panjang terus membuat satu pukulan kepada Anwar yang dikatakan telah memalukan Najib.
Lagi melucukan dan mengatasi lawak dari peserta Raja Lawak Astro..Hishamudin dgn slambanya mengatakan beliau mengakui tidak membaca laporan CNN itu..tetapi terus sahaja  mengarahkan unit anti-pengganas dan juga Cawangan Khas utk menghubungi  perisikan Saudi untuk mengetahui sejauh mana Anwar Ibrahim mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas ini.
Pulak...malangnya Malaysia memiliki Menteri seperti ini..cakap bagaikan ikut kepala lutut sahaja..kerana terlalu ghairah utk menyerang lawan sehinggakan dia terlupa utk memakai seluar ketika bertarung...

Anwar Ibrahim pun satu..dulu didakwa Pro-Yahudi-Amerika..kini didakwa Pro-Saudi-Arabia..ini maknanya bolehla kita andaikan bahawa susuk tubuh yg bernama Anwar ini telah berjaya menarik perhatian Timur dan Barat agar bersimpati dgn nasib dirinya dan juga Pakatan Rakyatnya..padahal mengikut laporan CNN itu..agen risikan Saudi langsung tidak menjumpai apa-apa bukti berhubung dakwaan dan kebimbangan Naib itu....Dan isu ini juga secara tidak langsung memberikan promosi percuma dimata dunia Arab kehadiran Anwar dan PR yg kemungkinan besar akan mengambil aih pentadbiran Malaysia di Putrajaya kelak nanti.

Lepas ini Anwar pro apa la pulak..jangan Pro-Oman sudahlah..Pro-Oman sudah digezetkan utk FLOM...Fat Lady Of Malaysia..huhuhu..

                                                                                                                                
* laporan asal CNN; http://edition.cnn.com/2011/WORLD/meast/01/27/saudi.terror.funding/index.html?iref=allsearch

Tiada ulasan: