Isnin, 24 Januari 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


USUL PINDAAN DI TOLAK PENANDA UMNO LEBIH AWAL TERKUBUR DI SELANGOR

Posted: 24 Jan 2011 08:41 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

RAKYAT Selangor serta seluruh rakyat di negara ini telah menjadi saksi bagaimana usul pindaan untuk mengembalikan kuasa Sultan Selangor khususnya ditolak oleh golongan hipokrit. Mereka mencari seribu alasan untuk menolak usul ini bukan mencari alasan positif untuk menyokongnya. Kini, baru kita semua sedar siapa sebenarnya Umno dan apa tujuan Umno selama ini menuduh Kerajaan PR Selangor sebagai penderhaka Sultan.

Syabas dan tahniah buat Kerajaan Negeri Selangor terutamanya kepada MB Selangor yang berusaha sedaya upaya untuk mendaulatkan kembali kuasa Sultan. Sekurang-kurangnya harapan saki baki mereka (jika ada) yang kepingin sangat untuk membentuk kerjasama politik dengan Umno terkubur dengan peristiwa pagi semalam. Umno memperlihatkan bahawa parti ini tidak patut dijadikan teman sebantal walaupun atas alasan perpaduan Melayu atau Islam. Golongan yang membelakangkan institusi raja wajar dipinggirkan.

Apa pun, Kerajaan PR Selangor tidak berhenti setakat ini. Seperti yang diperkatakan oleh MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, beliau akan pergi ke seluruh Selangor termasuk di kawasan kerusi Barisan Nasional (BN) untuk menerangkan isu pindaan itu yang mana Kerajaan PR sudah berusaha sedaya upaya untuk memartabatkan institusi raja dengan mengembalikan kuasa Sultan tapi gagal. Katanya lagi, "Saya berharap kita bersama-sama belajar. Mengapa kita tak buat perubahan. Kita jaga Selangor, kita wakil rakyat. Takkanlah kita nak benarkan (Kerajaan) Persekutuan halang pembangunan (negeri ini), katanya (Malaysiakini)

Kita sedia maklum, Negeri Selangor adalah sebuah negeri yang paling maju di negara ini dan begitulah juga pemikiran rakyat di negeri ini. Mungkin di sesetengah tempat terutamanya di kawasan Felda, mereka masih kabur dengan agenda Kerajaan PR kerana mereka masih dikongkong. Seandainya kongkongan terhadap mereka boleh diatasi oleh Kerajaan PR Selangor, nescaya harapan Umno untuk bertapak di negeri ini menjadi seperti harapan Umno di Kelantan. Jika Kelantan sebuah negeri yang jauh kebelakang jika dibandingkan dengan Selangor dari segi kekayaan dan kemajuan masih mampu bertahan selama lebih 20 tahun, apakah Selangor tidak boleh mencapai setahap itu?

InsyaAllah, berkat usaha gigih PR di Selangor serta kebijaksanaan MB Selangor, negeri terkaya ini tetap menjadi aset penting buat PR selepas Kelantan. Jika kita berusaha gigih tanpa menghiraukan perbezaan pendapat sesama kita yang remeh temeh, nescaya Umno bakal terkubur lebih cepat dari tarikh Pilihanraya Umum ke 13./wfauzdin.blogspot.com

INTIPATI UCAPAN YB AZMIN DI DUN SELANGOR PAGI TADI

Posted: 24 Jan 2011 03:30 AM PST


Sedutan Ucapan YB Azmin

" Antara lain, Noh Omar mendakwa Pakatan Rakyat sanggup melakukan apa sahaja yang bercanggah dengan undang-undang. Beliau juga membuat tuduhan jahat bahawa pindaan ini bermaksud untuk memberikan kuasa kepada YAB Dato' Menteri Besar dan bukan memberikan kuasa kepada Tuanku Sultan."

" Di akhir mesyuarat pada hari ini, saya yakin rakyat akan dapat menjawab persoalan yang dilontarkan oleh YAB Dato' Menteri Besar dalam pembentangan pagi ini yang berbunyi, "Derhakakah kami jika kami mahu mengembalikan kedaulatan negeri dan Baginda Sultan yang memerintah negeri yang berdaulat ini?"

" Kalau kita kembali kepada Penyata Rasmi (Hansard) Parlimen semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang ditaja oleh Dr. Mahathir Mohamad, ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang mengeluarkan kata-kata kesat dan celupar terhadap institusi Raja-Raja Melayu. Antaranya, seorang Ahli Parlimen UMNO berkata : "Adakah Yang Berhormat hendak menuduh akhbar yang putar belit. Saya tidak. Saya hendak mengatakan raja yang putar-belit, sehari bersetuju, dua hari tidak bersetuju. Ini kenyataan yang tepat, yang jelas."

" Kita rujuk pula kepada kenyataan-kenyataan media dan ucapan Dr. Mahathir Mohamad sekitar tahun 1983 dan 1993, jelas membuktikan bahawa Dr. Mahathir adalah penderhaka dan UMNO adalah pengkhianat. Media yang dikuasai oleh UMNO digunakan untuk memaparkan cerita-cerita yang mengaibkan peribadi Raja-Raja Melayu bagi mewujudkan sentiment dan emosi benci rakyat terhadap institusi Raja-Raja Melayu. Berita Harian pada 19 Januari 1993 menyiarkan kenyataan seorang Ahli Parlimen UMNO dari Perak yang mengingatkan Raja-Raja supaya mengambil kira suara rakyat jika tidak Raja-Raja tidak dapat kekal lama "malah takhta mereka mungkin akan beralih ke muzium…".

" Hari yang keramat ini menyaksikan Pakatan Rakyat, sebuah gabungan parti-parti politik yang mewakili rakyat Malaysia pelbagai kaum mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu."

" Malangnya, perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri oleh Sidek telah membelakangkan suara dan hak rakyat Negeri Selangor. Apabila diasak oleh rakyat Selangor, Sidek memberikan respon yang tidak bertanggungjawab dengan mengatakan bahawa beliau telah berbincang dengan Dato' Ramli Mahmud. Mungkin Sidek terlepas pandang atau kedangkalannya sendiri untuk menghayati prinsip Federalisme di mana prinsip Demokrasi Berparlimen membawa maksud Ketua Negara adalah DYMM Yang Di-Pertuan Agong manakala Raja-Raja Melayu adalah Ketua Negeri masing-masing. Ketua Kerajaan Pusat adalah Perdana Menteri dan Ketua Kerajaan Negeri adalah YAB Dato' Menteri Besar".

" Siapa Ramli Mahmud? Beliau hanya merupakan seorang penjawat awam yang bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Negeri. Malangnya, diakhir talian hayat perkhidmatannya dengan Kerajaan Negeri, saya difahamkan Ramli Mahmud menjadi tali barut kepada Sidek Hassan untuk mencapai agenda politik Kerajaan Pusat.

" Najib mendakwa Program 100 Hari Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga akan menyebabkan negara muflis. Inilah masalah Najib, bila Pakatan Rakyat hendak menolong rakyat, kita dituduh tidak bertanggungjawab dan akan memufliskan negara tetapi apabila memberi subsidi kepada kroni, negara tidak muflis. Sebenarnya Program 100 Hari hanya melibatkan kos RM19.2 bilion sedangkan kalau diambil kembali subsidi yang dianugerahkan kepada empat syarikat Penjana Kuasa Bebas (IPP) dan mengatasi masalah ketirisan, Kerajaan akan memperolehi RM51 bilion."

Ucapan Penuh lihat di : Duniacarcamerba

Tiada ulasan: