Isnin, 24 Januari 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PRK Tenang : Antara kegagalan calon BN

Posted: 24 Jan 2011 10:54 PM PST

PAS hari ini mendakwa bahawa kecuaian calon BN Mohd Azahar Ibrahim ketika menjadi penolong pegawai daerah Segamat, telah mengakibat tanah seorang penduduk dilelong tanpa pengetahuannya.

Dakwaan tersebut dibuat oleh naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam satu sidang akhbar di Tenang hari ini.

Salahuddin (tanpa ketayap) berkata, kes itu berlaku pada tahun 2003 sehingga mengakibatkan sebidang tanah milik Mansor Mohamad telah dilelong.

Katanya, ekoran Mansor gagal membayar balik ansuran bank, Azahar mengadakan satu inkuiri yang membawa kepada tanah Mansor dilelong tanpa pengetahuannya.

Bagaimanapun, pada tahun 2008, Mahkamah Tinggi Muar membuat keputusan yang memihak kepada Mansor di mana beliau menamakan pejabat tanah daerah Segamat sebagai defenden.

Salahuddin mendakwa, kecuaian Azhar itu telah mengakibat nama baik pejabat pentadbir tanah Segamat terjejas dengan teruk.

Tegasnya, ia sekaligus menghakis keyakinan rakyat terhadap ketelusan pejabat tanah daerah Segamat dalam mengurus dan mengendalikan tanah mereka.

Manakala Azhar (bertopi) pula, ketika ditanya mengenai dakwaan PAS itu berkata: "Ini keputusan mahkamah, ia telah dimanipulasikan".

Ditanya mengenai dakwaan PAS yang beliau merupakan calon yang tidak sesuai, Azhar menjawab: "Itu satu provokasi". - mkini

PAS bongkar siapa sebenar Azahar - calon BN

Posted: 24 Jan 2011 08:55 PM PST

LABIS, Jan 25 — The PAS campaign in Tenang made its first attack against Barisan Nasional (BN) candidate Azahar Ibrahim, accusing the former land administrator of abuse of power while serving in the Segamat land office.

Johor PAS deputy chief Dzulkefly Ahmad claimed today that Azahar had caused a private land to be auctioned illegally in 2003 resulting in a legal action against the Umno man.

"It is unfortunate that Umno or the candidate has failed to share the facts with Tenang voters," Dzulkefly told a press conference.

"The Umno candidate as the Segamat assistant land administrator had carelessly issued an order to sell off the property owned by Mansor Mohamad without his knowledge," he added.

Dzulkefly said the land was auctioned in late 2003 for RM70,000.

"Based on the above facts, the question is why a candidate which has been proven by court to be reckless and negligent in discharging his public duties was nominated by Umno to represent the Tenang constituency," said Dzulkefly.

Azahar was the Rengit assistant district officer when he resigned last week to enable him to contest in the January 30 by-election.

MORE TO COME

PKR : Mustaffa Kamil terima surat tunjuk sebab

Posted: 24 Jan 2011 03:58 PM PST


KUALA LUMPUR, 25 Jan — Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelihatan memulakan awal tahun 2011 dengan menggerakkan tindakan mendisiplinkan parti komponen Pakatan Rakyat itu — kali ini memberikan surat tunjuk sebab kepada bekas calon timbalan presiden, Mustaffa Kamil Ayub.

Bekas pengerusi PRK Perak ini, yang pernah dilihat sebagai 'orang kesayangan' Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengesahkan sudah menerima surat tunjuk sebab tengah hari semalam.

"Ia disampaikan ke peti surat rumah saya di Kota Damansara pada pukul 12 tengah hari tadi (semalam)," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun Mustaffa enggan memberikan maklumat lanjut mengenai kandngan surat itu.

"Saya hanya dua perkara untuk dikatakan, pertama, saya ada menerima surat tunjuk sebab daripada parti hari ini dan kedua, saya tidak mahu memberi komen," kata beliau.

Beliau juga enggan berkata sama ada akan respons kepada surat itu.

The Malaysian Insider difahamkan ia kemungkinan ada kaitan dengan kritikan dan pendirian beliau berhubung proses pemilihan partinya tahun lalu.

Selain beberapa kenyataan mengkritik proses pemilihan beliau juga pernah memberikan kata dua 48 jam kepada pucuk kepimpinan agar membatal dan mengadakan semula proses pengundian.

Ketika dihubungi, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail tidak dapat mengesahkan sama ada parti ada mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Mustaffa.

Bagaimanapun beliau ada membayangkan bahawa parti ada mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada lebih daripada seorang pemimpin.

"Saya menandatangani lebih seratus surat tunjuk sebab. Saya tidak boleh ingat sama ada Mustaffa Kamil salah seorang daripada mereka.

"Hubungi saya esok dan saya boleh berikan gambaran sebenar," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Mustaffa tewas dalam pemilihan itu yang turut ditandingi Datuk Zaid Ibrahim tetapi menarik diri di peringkat awal atas alasan proses pengundian ada kepincangan.

Persaingan itu dimenangi oleh Azmin Ali.

Awal tahun ini PKR juga memberikan surat tunjuk sebab 45 muka surat kepada Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan, salah seorang calon naib presiden yang gagal - TMI

Blogger umNO yang haramjadah

Posted: 24 Jan 2011 03:28 PM PST


Sebenarnya blogger kaki fitnah yang langsung tak takut dengan kuasa Allah ini tak perlu lagi ReJaM© perkenalkan kepada pembaca. Blogger ini sememangnya suka membuat fitnah yang bukan-bukan demi meraih sokongan rakyat kepada Barisan Nasional. Siapakah blogger yang dimaksudkan? Siapa lagi kalau bukan papa gomo!

Baru-baru ini difahamkan Papa Gomo telah menyebarkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat, kononnya penyokong PR telah mengasari Puteri UMNO. Tujuan Papa Gomo berbuat demikian semata-mata untuk memburukkan Pakatan Rakyat sekaligus meraih sokongan untuk Barisan Nasional di PRK DUN Tenang.

Malangnya, Puteri UMNO sendiri tidak tahan dengan fitnah yang dilemparkan oleh blog fitnah Papagomo tersebut, lantas mendedahkan fitnah tersebut kepada wartawan Sinar Harian. Di bawah ini petikan akhbar tersebut sila klik untuk membesarkan imej.

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/01/puteri-umno-bongkar-tembelang-papa-gomo.html#ixzz1BzxmL1IN
MS: Kalau dah kaki kencing, dari bapa sampai lah ke anak cucu memang kuat kencing ... manusia-manusia HARAMJADAH - BANGSAT

Siapa Salah? Soi Lek? Rosmah?

Posted: 24 Jan 2011 07:30 AM PST

Kenyataan pelakon porno kelmarin mengundang reaksi keras pelbagai NGO dan tokoh Islam, antaranya Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM), Harussani dan PAS sendiri.

Isu melibatkan Normala Sudirman yang ditimbulkan oleh Soi Lek berpunca akibat kegagalan memahami Islam.

Memang benar sebagaimana dakwaan Normala bahawa BN gagal memahamkan komponennya berhubung adab Islam berhubung wanita tidak dibenarkan bersalaman dengan lelaki. Lihat sahajalah gelagat Rosmah sewaktu berada di Oman yang begitu mesra bersalaman dengan lelaki disana.

Oleh itu janganlah marahkan Chua Soi Lek. Dia lihat Rosmah bersalaman dengan lelaki dan tiada pula mana-mana NGO atau Mufti yang menegur perbuatan mungkar Rosmah itu.
Jadi Soi Lek mungkin belajar dari Rosmah yang bukan sahaja bersalaman malahan 'laga pipi' dengan Sharukh Khan, dengan tiada siapa yang berani menegur.
Jadi Siapa Salah? Rosmah? Najib? Soi Lek? .... bagi aku SEMUA SALAH hahaha

Tiada ulasan: