Khamis, 20 Januari 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


BLOGGER YANG HIDUP HANYA MENGEMBANGKAN FITNAH, MATI LEBIH BAIK BUATNYA

Posted: 20 Jan 2011 10:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

BETAPA ruginya aku tak datang semasa perjumpaan Bloggers PR dengan MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz baru-baru ini. Bayangkan, seperti yang dilaporkan oleh KL Today yang mendedahkan satu blog pro-BN iaitu Papagomo mendakwa di dalam pertemuan itu setiap blogger yang hadir diberikan wang tunai sebanyak RM500, sebuah komputer riba laptop, kemudahan percuma talian broadband dan sebuah telefon mudah alih jenama Blackberry.

Tetapi, itu cuma kisah dari beberapa kisah fitnah dari Blogger paling bodoh yang tidak tahu bagaimana lagi untuk berhujah bagi mengampu Umno. Blogger ini fikir bahawa semua Blogger sama sepertinya yang hidup hanya memikirkan perut. Sebab itu jika dilihat pada perut Blogger ini dipenuhi dengan najis dan bangkai.

Bukan sedikit Blogger pro Umno seperti beliau yang hidup dengan memakan bangkai. Jenis ini kita percaya tidak pernah mendapat didikan agama sejak kecil dan beliau lahir pun mungkin semata-mata untuk membantu Iblis dan Syaitan untuk menyesatkan orang lain. Jauhilah kita dari mendapat zuriat atau keturunan seperti Blogger ini. Di masa kecil tidak mahu mampus, apabila besar menyusahkan dan menyesatkan orang lain. Apa beza kerja beliau dengan Syaitan?

Aku setuju kita pakat-pakat adakan Solat Hajat untuk memberi kesedaran kepada Blogger celaka ini. Seandainya hidup beliau akan menghasilkan banyak lagi fitnah, mati tentulah lebih baik untuknya agar dosanya tidak bertambah. /wfauzdin.blogspot.com

SEBUT SAHAJA KERUSI DIKOSONGKAN, PENYAKIT PUN HILANG

Posted: 20 Jan 2011 06:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

SPEAKER Dun Selangor Datuk Teng Chang Khim telah mengistiharkan kerusi Dun Pelabuhan Kelang kosong ekoran kegagalan YB Badrul Hisham Abdullah menghadiri persidangan Dewan selama 6 bulan tanpa alasan munasabah. SPR masih belum menerima surat secara rasmi dari Speaker dan Najib pula berkata Bn akan mengkaji kesahihan kekosongan itu terlebih dahulu.

YB Badrul Hisham Abdullah yang memenangi kerusi tersebut atas tiket PKR, kemudiannya keluar dari PKR menjadi Bebas dan akhirnya menjadi ahli Umno menyebut bahawa beliau akan menggunakan saluran undang-undang bagi mempertahankan kedudukannya sebagai DUN Pelabuhan Klang. Di samping itu, beliau berkata akan tetap hadir pada persidangan Dun Isnin ini kerana masih belum menerima surat rasmi mengenai kekosongan kerusi tersebut.

Secara tiba-tiba boleh pula YB ini hadir sidang dan hilang segala sakitnya setelah mendengar pengumuman Speaker tersebut. Di sini, rakyat di Dun Pelabuhan Kelang boleh menilai sendiri `permainan' Wakil Rakyat mereka. Sudahlah undi dari rakyat `dijual'nya kepada Umno, YB ini tidak mempunyai tanggungjawab langsung kepada pengundi-pengundi di kawasannya.

Sekiranya terpaksa diadakan PRK di situ, saya yakin rakyat di Pelabuhan Kelang tidak akan memaafkan beliau dan Umno. Sebab itulah seboleh-bolehnya pihak mereka tidak mahu diadakan pilihanraya kecil di kawasan tersebut walaupun terpaksa ke mahkamah. Adakah mahkamah di negara ini boleh diyakini? Kita tunggu dan lihat./wfauzdin.blogspot.com

PRK DUN MERLIMAU, BUKAN MUDAH BUAT PR DI MELAKA

Posted: 20 Jan 2011 08:43 AM PST

NONEOleh: WFAUZDIN NS

ADUN Merlimau, Melaka Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada jam 8.10 malam tadi di Hospital Pakar Putra, Melaka selepas mengalami serangan jantung. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan keluarganya diberi kekuatan serta kesabaran dengan ujian ini.

Kematian Mohamad Hidhir dijangka bakal menyebabkan pilihan raya kecil ke-15 diadakan sejak Pilihanraya Umum 2008. Melaka, sebuah negeri yang mengambil alih tempat Johor yang begitu `pekat' Umno nya akan diuji kali ini. Buat PR, bukan mudah untuk memenangi Pilihanraya di negeri Hang Tuah tersebut. Kekuatan Umno di Melaka bukan kerana rakyat Melaka menolak PR, jauh sekali kerana kepimpinan Ali Rustam tetapi adalah kerana keburukan demokrasi di negeri tersebut jika di bandingkan dengan lain-lain negeri.

Setiap program ceramah oleh PR di Melaka sentiasa mendapat provokasi melampau oleh Umno khususnya. Bukan sedikit program ceramah oleh PAS atau PKR yang diganggu dengan program ceramah Umno yang diadakan bersebelahan. Sukar untuk difahami bagaimana permit boleh diberikan di dalam keadaan sedemikian. Pernah beberapa tahun dahulu, ceramah Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi Awang diganggu dengan jeritan `Dajal' oleh Ali Rustam yang berceramah bersebelahan.

Inilah corak amalan demokrasi yang dipraktikkan di Melaka. Di negeri berkenaan, saluran maklumat daripada akhbar PR seperti Harakah atau Suara Keadilan begitu sukar sekali. Tiada siapa yang berani menjualnya secara terbuka. Rakyat di Melaka sentiasa dimomokkan bahawa PAS atau PKR adalah pemecah belah masyarakat. Hanya kaum Cina sahaja mempunyai sedikit kelebihan kerana DAP di Melaka tidak mendapat sekatan sehebat PAS atau PKR.

InsyaAllah, pilihanraya kecil kali ini kita mengharapkan strategi yang lebih baik dan berkesan daripada PR untuk menghadapi mereka. PAS Melaka terutamanya tentu telah memikirkan cara sebaiknya untuk menghadapi Umno dengan cara kotor mereka itu. Inilah peluang untuk PAS Melaka membuktikan bahawa Umno tidak boleh mendabik dada dengan kekuatan mereka sekarang./wfauzdin.blogspot.com

KU LI ISTIQAMAH TUNTUT ROYALTI MINYAK

Posted: 20 Jan 2011 07:00 AM PST

Ku Li timbulkan semula isu royalti minyak K'tan

Jan 20, 11 1:16pm

Ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang berdepan masalah dengan istana Kelantan kini kembali menyuarakan tuntutan negeri itu ke atas royalti minyak.

Katanya, rakyat negeri itu berhak ke atas sumber berkenaan yang didapati daripada bumi mereka sendiri.

Putera raja Kelantan itu juga berkata, perkara berkenaan merupakan isu yang perlu diselesaikannya demi kepentingan rakyat Kelantan.

Jelasnya, ia akan diteruskan walaupun beliau kini menghadapi masalah dengan Istana Kelantan.

Sultan Muhammad V pada akhir tahun lalu bertindak menarik balik darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Tengku Razaleigh sebelum ini.

Tengku Razaleigh menjelaskan, isu royalti minyak dan isu pengurniaan darjah kebesaran itu merupakan dua perkara berbeza.Beliau memberi alasan, isu royalti minyak melibatkan konsep federalisme.

Jelasnya, penubuhan Petronas juga bertujuan memajukan negeri-negeri di pantai timur semenanjung.

Langkah oleh Petronas itu berbeza dengan perjanjian oleh British yang tidak memberikan hak kepada negeri sekiranya minyak ditemui di luar pantai, katanya lagi.

Katanya lagi, atas dasar itu lah menteri besar dan ketua negeri menandatangani perjanjian dengan Petronas di bawah konsep federalisme untuk menyerahkan hak negeri kepada syarikat tersebut.

Tambahnya, perkara itu amat mudah untuk difahami.

Sekiranya negeri minyak ditemui di negeri Terengganu, Pahang, Johor, Kelantan atau di Sabah dan Sarawak, negeri-negeri ini perlu dibayar royalti, katanya./Malaysiakini

DATUK PUJANGGA DALAM MUSANG BERJANGGUT KATA PILIHANRAYA PUNYA PASAL, MATI PUN JADI MAIN....

Posted: 20 Jan 2011 04:00 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

ANDA tentu masih ingat tentang dialog Datuk Pujangga di dalam filem `Musang Berjanggut' tatkala beliau menggatal di rumah Puspawangi. Dialog lucu dan popular itu adalah, "Puspawangi punya pasal, kicap pun kicap lahh!! Satu lagi dialognya ialah," Puspawangi punya pasal, mati pun jadi main...".

Bila sebut pasal mati, terutamanya di kalangan orang politik yang memegang jawatan MP atau Adun, kita lihat sejak kebelakangan ini seolah-olah ramai yang suka Wakil Rakyat itu mati. Ianya bukan terjadi kepada Wakil Rakyat dari Umno/Bn sahaja, bahkan Mursyidul Am PAS pun pernah diberitakan di dalam blog pro Umno telah meninggal dunia. Nampaknya tahap politik di negara kita ini semakin `hebat'. Mati pun jadi main....

Saya dapat rasa ada faktor yang menjadikan isu mati ini seperti disukai. Pertamanya, pengundi-pengundi suka jika diadakan Piliuhanraya Kecil kerana sudah tentu `habuan' akan datang melimpah tanpa diminta. Lihat sahaja di dalam berbelas-belas PRK sebelum ini, betapa beruntungnya rakyat di kawasan Wakil Rakyat yang mati. Walaupun banyak janji yang tidak dipenuhi, setidak-tidaknya ada juga satu dua habuan diperolehi selain dari kain batik, topi, payung atau T-Shirt. Makan percuma sepanjang kempen sudah pasti. Perut punya pasal, mati pun jadi main.............

Di sebalik ada yang suka dan gembira dengan berita kematian Wakil Rakyat ini, ada juga yang paling kecut perut. Paling takut mendengar berita kematian Wakil Rakyat ini tentunya pemimpin Umno, khususnya PM. Boleh demam dibuatnya kerana memikirkan di mana mahu korek wang lagi. Beliau tahu, tanpa wang partinya mana boleh hidup.

Apa pun, soal hidup dan mati itu kerja Allah SWT. Mahu atau tidak, takut atau suka, sampai masanya kita mati juga termasuk Wakil Rakyat. Paling penting, yang pergi biarlah pergi, yang hidup mesti terus berjuang demi agama dan negara. Janganlah kerana `Pilihanraya punya pasal, mati pun jadi mainn....."/wfauzdin.blogspot.com

BERANI ATAU TIDAK PENGERUSI SPR KALI INI?

Posted: 20 Jan 2011 02:57 AM PST

Oleh: Mandor

SPEAKER Dun Selangor, YB Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, YB Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Selangor selama lebih setengah tahun. Pengumuman itu dibuat petang semalam di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Pengerusi SPR malam tadi berkata, beliau belum terima surat rasmi daripada Speaker. Beliau mempertikaikan mengapa Speaker tidak memaklumkan kepadanya terlebih dahulu sebelum mengadakan pengumuman di media. Bukankah maklumat rasmi beliau belum terima, maka tunggulah. Masalah Speaker nak umumkan pada media itu bukan satu kesalahan dan itu juga maklumat tidak rasmi. Apa masalahnya?

Perlantikan SUK Negeri Selangor pun MB Selangor tidak tahu, kisah apanya? Sekarang ini Pengerusi SPR kena berhati-hatilah buat keputusan samada disahkan kerusi tersebut kosong atau tidak. Jangan kena cucuk hidung pula nanti. Kita tunggu berani atau tidak Pengerusi SPR ini buat keputusan tanpa dicucuk hidung./mandor.blogspot.com

Tiada ulasan: