Khamis, 20 Januari 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Amarika & Israel Cuba Sabotaj Iran

Posted: 20 Jan 2011 08:51 AM PST

Tag : Santai

WASHINGTON: Pasukan perisikan Amerika dan Israel bekerjasama membangunkan cecacing pemusnah komputer bagi mensabotaj usaha Iran membuat bom, lapor The New York Times, kelmarin.

Dalam edisi onlinenya akhbar itu memetik laporan pakar perisikan dan ketenteraan yang berkata, Israel sudah berjaya menguji keberkesanan cecacing komputer Stuxnet yang mampu menutup emparan nuklear kelima Iran pada November dan membantu menangguhkan keupayaannya dalam pembuatan senjata nuklear yang pertama.

Ujian diadakan di kompleks Dimona yang dikawal ketat di padang pasir Negev perumahan satu-satunya di Asia Barat, walaupun program senjata nuklear yang tidak diumumkan.
Pakar dan pegawai memberitahu Times usaha mencipta Stuxnet adalah projek Amerika-Israel dengan bantuan, secara sedar atau tidak, Britain dan Jerman.

"Cecacing itu berkesan kerana Israel sudah pun mencubanya," kata pakar Amerika.

Spekulasi mengatakan Israel dalang kepada serangan cecacing Stuxnet ke atas komputer di Iran dan Tehran menyalahkan negara Yahudi itu dan Amerika Syarikat kerana membunuh dua saintis nuklearnya pada November dan Januari.

Laporan Times disiarkan selepas Iran sebelum ini berkata, program kontroversi pengkayaan uranium negara itu berkembang 'sangat pesat', hanya beberapa hari menjelang pertemuan Tehran dengan enam kuasa dunia berhubung program nuklear. – AFP

Cari N3 lama-lama disini

Adun Merlimau Disahkan Meninggal,Al - Fatihah

Posted: 20 Jan 2011 02:43 AM PST

YB Datuk Mohd Hidhir Bin Abu Hassan
Tag : Isu Semasa

PUTRAJAYA 20 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia hari ini setelah tenat selepas mendapat rawatan serangan jantung.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof kepada Utusan Malaysia selepas menerima berita itu daripada Pengarah SPR Melaka.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh 10 hari untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang kosong setelah kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, hari ini. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya telah menerima surat rasmi dari Speaker DUN Melaka memaklumkan kekosongan itu, tetapi SPR mempunyai tempoh sehingga 30 Januari untuk menetapkan tarikh pilihan raya tersebut

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/1/20/mstar_berita/20110120152453&sec=mstar_berita


Takziah kepada keluarga  allahyarham.Semoga Allah menerima taubatnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. 

Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: