Selasa, 18 Januari 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


VIDEO - MUFTI PERAK KATA ANWAR LEBIH MUNAFIK DARI ABDULLAH BIN UBAI

Posted: 18 Jan 2011 08:00 PM PST




Oleh: WFAUZDIN NS

CUBA anda dengar dan teliti klip video di atas. Wajahnya seperti yang kita kenali iaitu bertaraf Mufti. Tetapi apabila mendengar cara dia menjawab persoalan, tidak ubah seperti Ketua Umno Cawangan sahaja apabila memburukkan peribadi DS Anwar. Langsung tiada hujah jauh sekali berpandukan pada fakta, sekadar menjawab sesuka hati. Tidak melambangkan langsung ilmu yang beliau miliki.

Di antara lain, intipati yang beliau perkatakan tentang DS Anwar adalah;
Justify Full
- DS Anwar seorang pendendam.
- DS Anwar lebih teruk dari Abdullah bin Ubai seorang Munafik di zaman Nabi.
- Beliau mendakwa `menangkap' DS Anwar untuk dikahwinkan.
- Beliau mendakwa DS Anwar ingin `menyerang' Istana sebaik sahaja ABIM ditubuhkan.
- Beliau turut bersetuju bahawa DS Anwar adalah penyokong Islam Liberal (Agama serupa) dan menyebut bahawa jika DS Anwar berkata awal dahulu beliau akan jatuhkan hukum `murtad' kepada DS Anwar.

Beginikah cara seorang Mufti berhujah? Seorang Mufti boleh terpedaya dengan soalan provokasi dan andaian semata-mata?

Saya rasa mungkin lain jadinya jika soalan tentang Najib ditujukan kepada beliau. Jika DS Anwar dianggap lebih teruk dari Abdullah bin Ubai, tidak mustahil Najib akan dianggap lebih mulia dari sahabat Nabi dan Rosmah lebih agung dari isteri Nabi.

Begitulah jadinya ulamak di akhir zaman./wfauzdin.blogspot.com
-

ISU ARAK DAN JUDI - CABARAN TERHADAP JAMIL KHIR

Posted: 18 Jan 2011 05:00 PM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom diminta memberikan peringatan kepada para elitis politik dan perniagaan Melayu beragama Islam yang berada dalam lembaga pengarah syarikat perjudian dan arak agar mengundur diri.

Ini kerana, mereka semua tidak ada sebab yang sah untuk berada di syarikat sedemikian berbanding dengan pekerja bawahan yang terpaksa bekerja di tempat-tempat yang menghidangkan arak dan judi untuk sesuap nasi.

Demikian kata anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad ketika mengulas kenyataan Jamil Khir sebelum ini.

Media sebelum ini Jamil Khir berkata exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu yang mengarahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menarik balik larangan tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis menjual arak sebagai menghina Islam.

"Perkara itu termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor. Ronnie tidak boleh sentuh. Kita berusaha mempertahankan moral dan akhlak orang Islam tetapi yang berlaku ada pihak mahu umat Islam melakukan sebaliknya," katanya.

Sehubungan itu, Jamil Khir emberi amaran kepada pihak-pihak yang cuba mempolitikkan isu-isu agama supaya segera menghentikannya dan menilai kesan perbuatan mereka.

Liu Khamis lalu berkata pekeliling menarik balik larangan itu telah dikeluarkan kepada presiden MPSJ, Md Adnan Ikhsan dengan alasan "kerajaan negeri tidak menyedarinya."

"Kami tidak dirujuk (berhubung larangan itu). Sebab itu, kita minta mereka tarik dulu," katanya, sambil menambah isu berkenaan turut dibincangkan pada mesyuarat exco Rabu lalu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri telah melantik satu penal untuk menubuhkan satu tabung bagi membolehkan mereka yang kehilangan pekerjaan atau ingin meninggalkan pekerjaan dalam tempat-tempat yang haram dibantu.

Bagi Dr Dzulkefly, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan negeri Selangor perlu memikirkan nasib pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan sebelum menyokong mereka diberhentikan oleh majikan mereka.

"Namun, para ahli perniagaan yang duduk dalam lembaga pengarah syarikat judi dan arak ini tidak ada alasan sedemikian. Oleh itu, kita cadangkan Jamil Khir mengarahkan mereka berhenti atau melaksanakan undang-undang itu," kata Dr Dzulkefly./Harakahdaily

GEMPAR - PENDEDAHAN SELANGOR SEWAKTU DI BAWAH UMNO/BN

Posted: 18 Jan 2011 09:49 AM PST

Bantu siasat Khir: S'gor dedah projek RM273 juta

Jan 18, 11

Beberapa syarikat milik seorang tertuduh dalam kes melibatkan tuduhan rasuah ke atas bekas menteri besar Dr Mohd Khir Toyo didakwa telah menerima projek berjumlah lebih RM273 juta dalam tempoh pentadbiran BN di Selangor.

Pendedahan mengejutkan itu juga melibatkan lima kontrak yang didakwa telah diberikan secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat milik Shamsudin Hayroni.

Pendedahan itu dibuat hari ini oleh setiausaha politik menteri besar Selangor Faekah Husin melalui satu kenyataan.

Projek rundingan terus

Menurut Faekah lagi, projek berkenaan termasuk lima projek yang diberikan secara rundingan terus kepada syarikat Majulia Sdn Bhd.

Ia antara lainnya melibatkan satu pembinaan fasa pertama bagi kuarters kakitangan kerajaan dengan nilai lebih RM22.8 juta, serta pembinaan fasa keduanya dengan nilai RM61 juta.

Projek yang didedahkan itu turut melibatkan pembinaan bangunan sebuah perpustakaan, bernilai lebih RM71 juta, manakala satu projek lagi melibatkan pembinaan sebatang jalan di Sepang yang bernilai lebih RM73.7 juta.

Faekah juga berkata, satu lagi projek melibatkan sebuah stadium terbuka, pencawang elektrik, dua kebuk dan unit loji kumbahan di atas satu tapak kompleks sukan di Dengkil, bernilai hampir RM15 juta.

Bantu siasatan

Faekah berkata, pendedahan itu adalah ekoran tindakan majlis mesyuarat kerajaan negeri pada 16 Disember lalu yang memutuskan untuk mendedahkan butiran mengenai projek berkenaan.

Ia antara lainnya bertujuan untuk memastikan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat itu tidak dikaitkan dalam perbicaraan kes Dr Khir dan Shamsuddin Hayroni, kata Faekah lagi.

"Ini juga sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didukung oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi.

"Kerajaan negeri berpendapat maklumat yang diberikan ini dapat membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan," kenyataan itu dipetik./Malaysiakini

ISA SAMAD YANG PENDEK AKAL MAHU TIPU KAUM CINA DI TENANG

Posted: 18 Jan 2011 07:29 AM PST

Oleh: Mandor

MEMBACA aku petikan di sini. Ini kisah si pendek dari NS. Dia bernama Isa Samad yang menang saja Pilihanraya Kecil kat Bagan Pinang, dia terus kahwin. Orang Bagan Pinang dok tunggu mana dia janji-janji pilihanraya dia dulu. Rupanya si pendek ni tunaikan `hajat' dia dulu. Padan muka semua.

Mana Wifi percuma untuk kem askar di Bagan Pinang? Mana padang futsal? Mana Kolam renang? Sekarang ini Port Dickson nampak seperti Bandar Tentera Darat kah? Kalau setakat letak sebiji kereta kebal buruk kat simpang masuk Port Dickson tu, baik tak payah nak istihar Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat. Bandar apanya kalau pukul 7 malam je, pekan PD tu dan macam kawasan perkuburan, sunyi sepi.

Kali ini, si pendek ini dah mula berkempen di Tenang. Beliau hadir dalam majlis kununnya makan malam 1 Malaysia yang dihadiri oleh sebilangan besar kaum Cina. Di depan kaum Cina ini, si pendek mengutuk DS Anwar Ibrahim. Ini memang perangai pemimpin Umno, kutuk di belakang, bila cabar debat semua hilang `telor'. Si pendek ini lagi la bapak penakutnya. Dia ingat kaum Cina tidak tahu kisah dia bapak perasuah masa pemilihan Umno dahulu? Dia ingat kaum Cina bodoh macam dia?

Dia dakwa kisah 16 sept yang dijanjikan oleh DS Anwar itu tipu. Dia tidak cerita kisah DS Anwar telah mohon mengadap Agung dan mohon agar Pak Lah panggil Sidang Tergempar di Parlimen, tetapi Pak Lah tidak berani untuk berbuat demikian. Dia tidak cerita pasal berbelas MP cabut lari ke Taiwan masa itu. Jadi atau tidak plan 16 Sept, itu tak penting. Apa yang penting Umno ketika itu berjaya digelabahkan. Semua berkaitan plan 16 Sept telah didedahkan oleh MP YB Ghafur Salleh yang mengakui plan itu hampir mencapai matlamatnya.

Apa kata si pendek lagi? Beliau menyebut, ""(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan," kata Isa (Malaysiakini).

Apabila bukan Islam boleh memahami Islam di dalam beberapa perkara, jangan Isa Samad mahu samakan dengan beliau yang banyak tak tahu tentang Islam itu. Ini menunjukkan si pendek akal dia lebih pendek dari DAP. Mengapa dia susah hati jika bukan Islam boleh memahami Islam lebih cepat dari dia? Begitulah busuknya hati si pendek ini.

Inilah rupa pemimpin Umno. Mereka berani berkokok di belakang pemimpin pembangkang. Bila sebut mahu berdebat, semua mereka lari lintang pukang selamatkan diri, kemudian suruh pencacai-pencacai cicak mengkarung ke depan. Bacul memang bacul!! /mandor.blogspot.com

DEBAT ANWAR - NAJIB, AGAK-AGAK SIAPA YANG AKAN DEMAM?

Posted: 18 Jan 2011 01:38 AM PST


Oleh: WFAUZDIN NS

MEMANG sahih Najib kecut untuk berdebat dengan DS Anwar. Namun, untuk mengembalikan maruahnya yang telah jatuh, Najib mengalih perhatian kepada isu liwat DS Anwar pula. Beliau mahu DS Anwar selesaikan dulu masalah peribadinya sebelum berdebat dengan beliau. Itulah helah Najib bagi menunjukkan beliau seorang PM paling berani.

Di petik di dalam Malaysiakini, Najib menjawab cabaran DS Anwar seperti berikut;
"Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam," perli Najib sambil disambut gelak ketawa oleh lebih 7,000 peneroka di Felda Chemplak, Tenang hari ini. "Perlukah saya berdebat dengannya? Tanya Najib dan kali ini disambut dengan jeritan "tidak" oleh para hadirin (Malaysiakini).

Kita cabar Najib untuk dedahkan segala maklumat yang beliau ada tentang DS Anwar, jika beliau berani. Dia jangan lupa, DS Anwar juga mempunyai banyak maklumat tentang beliau termasuk kes pembunuhan Altantuya dan rasuah kapal selam. Mungkin DS Anwar juga ada banyak maklumat tentang Big Mama Rosmah. Ayuh, dedahkan semuanya dan biar rakyat lihat siapa yang demam nanti. Beranikah Najib? Jawapannya, kerat jari kalau Najib berani.

Tentang maklumat yang kununnya Najib ada, kita tidak perlu tunggu beliau dedahkan di dalam debat bersama DS Anwar kerana `tobat lahom' (kata Mat Sabu) Najib tidak akan berani berdebat dengan DS Anwar. Najib boleh dedahkan apa yang beliau tahu tentang DS Anwar sekiranya Najib berani hadir ke mahkamah apabila disapina sebagai saksi nanti. Persoalannya, beranikah Najib hadir ke mahkamah? Adakah beliau spesis seperti Mahathir yang mahu soalan bocor terlebih dahulu sebagai syarat untuk hadir sebagai saksi?

Kesemua warga Felda yang menepuk tangan bila Najib berucap memang dijangka kerana bukankah Najib ada `hadiah' untuk warga Felda? Masakan bila dapat `hadiah' warga Felda tidak mahu tepuk tangan? Tetapi warga Felda bukan semua bodoh belaka. Muka Najib tidak akan muncul di Tenang kalau tiada pilihanraya kecil. Peruntukan tidak akan turun sertamerta jika tiada pilihanraya. Ini semua warga Felda ada yang terfikir, dan yang tidak berfikir itu cuma mereka yang sengaja mahu menjadi `hamba' kepada Umno/Bn sepanjang hidup.

Berbalik kepada debat. Kita pelik mengapa susah sangat Najib mahu berdebat dengan DS Anwar? Beliau sendiri kata beliau ada banyak maklumat kerana beliau sekarang adalah PM, jadi mengapa perlu takut? Ini menunjukkan beliau sedar segala maklumat yang beliau ada semuanya akan memakan dirinya. Beliau pun tentu ada maklumat tentang Saiful minta biasiswa daripadanya sedangkan Saiful gagal di dalam pembelajarannya. Dan, banyak lagi maklumat yang Najib tahu akan menelanjangkan beliau kembali jika debat diadakan. Masakan masih ada yang bodoh dengan muslihat Najib?/wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: