Selasa, 18 Januari 2011

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Tabung Khas bantu pekerja Islam: Setiausaha DAP Selangor antara individu terawal memberi sokongan

Posted: 18 Jan 2011 08:56 PM PST

Oleh: Pria Malaya

Tahniah penulis ucapkan kepada setiausaha DAP Selangor atas kerjasama dan komitmen beliau bagi membantu mengurangkan pengambilan pekerja Islam di pusat-pusat hiburan..satu usaha yang tak pernah terfikir dek akal berlaku dlm Umno mahupun MCA..

Setakat ini dlm isu arak, Umno, Yb Zul dan sekutunya gagal untuk menjawabnya, hanya setakat mengutuk usaha2 pemimpin PAS, PKR dlm membasmi isu ini..dipihak mereka, bukan setakat tidak berusaha untuk membuat kawalan, bahkan siap menjamu arak free semasa berkempen dlm pilihan raya kecil DUN Tenang kelmarin..boleh rujuk di SINI..

Akhir kalam..sila rujuk entry penulis tentang koleksi Umno dan Arak pada tajuk, "Koleksi Umno-Arak dulu kini dan selamanya (bukti bergambar)"..fikir2kan..wallahua'lam.


DAP Selangor sumbang kepada tabung khas

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Setiuasaha DAP Selangor, Lau Weng San menyokong penuh cadangan Menteri Besar Selangor untuk menubuhkan tabung khas bagi membantu pekerja Islam yang mahu bertukar kerja ke tempat yang halal.

Beliau yang juga Adun Kampung Tunku sanggup memberikan sebahagian dari bajet untuk kawasan yang diwakilinya ke tabung ini dan mengajak kerajaan Persekutuan juga menyokongnya.

"Saya mahu jadi yang pertama di Malaysia (menyokong tabung ini)," kata Lau Weng San dalam blognya.

Beliau melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan sesetengah media yang membuat laporan negatif dan tidak benar dengan apa yang berlaku dalam kes sekatan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).



"Kita bukan U Turn. Apa yang dibuat oleh kerajaan bukannya menarik balik peraturan itu tetapi meminta pelaksanaannya ditangguhkan sehinggalah kerajaan mengkajinya," kata Lau Weng San.

MPSJ telah meluluskan peraturan di bawah undang-undang kecil untuk melarang umat Islam dari bekerja di pusat-pusat hiburan yang menghidangkan arak sesuai dengan Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Namun, memandangkan ianya dibuat tanpa melalui kerajaan negeri, peraturan itu tidak akan dilaksanakan dahulu sehingga ianya selesai dikaji dan kerajaan negeri membuat persediaan yang sewajarnya.

Antaranya, kerajaan negeri Selangor mencadangkan agar diadakan satu tabung khas untuk membantu pekerja Islam yang mahu berhenti dari bekerja di tempat sedemikian di samping membantu mereka mencari pekerjaan baru yang halal.

Cadangan inilah yang disokong oleh Setiausaha DAP Selangor, Lau Weng San ini. - HD

Berita terdahulu...

Selangor bantu orang Islam henti kerja di premis arak

Kerajaan Selangor akan menubuhkan sebuah tabung khas untuk membantu pekerja beragama Islam yang sedar untuk meninggalkan pekerjaan di premis dan pusat hiburan yang menjual minuman keras.



Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaaan Selangor prihatin dengan perbincangan mengenai pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah yang tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis berkenaan.

"Kami telah meminta ahli Exco negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Yaakob Sapari, Dr Halimah Ali dan Hajjah Rodziah Ismail untuk menubuhkan satu sekretariat yang akan mengadakan perjumpaan dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membincangkan isu ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, menteri besar berkata, LZS akan diminta untuk bersama-sama menubuhkan tabung khas tersebut.

Katanya, kerajaan negeri sedar kebanyakan orang Islam yang bekerja di tempat sedemikian membuat keputusan tersebut atas sebab ekonomi.

Rezeki halal

Oleh itu, tegas menteri besar lagi, tabung ini akan memainkan peranan agar mereka tidak akan terbeban dengan penguatkuasaan undang-undang ini.

"Kami menghormati Enakmen Jenayah Syariah yang bertujuan memelihara umat Islam untuk mencari rezeki yang halal.

"Pada masa yang sama, sebagai kerajaan prihatin dan adil, kita perlu memberi tempoh yang cukup kepada semua pihak termasuk pemilik premis dan pekerja yang terlibat," katanya.

Berikutan itu, Khalid berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua datuk bandar dan yang dipertua pihak berkuasa tempatan Isnin depan untuk mendapat pandangan mereka bagi memastikan penguatkuasaan enakmen tersebut dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Kenyataan menteri besar itu bertujuan meredakan percanggahan pendapat berhubung penakrifan larangan orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyajikan minuman keras.

Jika semalam, exco perumahaan dan kerajaan tempatan, Ronnie Liu berkata umat Islam dibolehkan berbuat demikian kerana larangan berkenaan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah diarahkan ditarik balik, namun hari ini, exco hal ehwal Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam, Datuk Hasan Mohamed Ali mempunyai definisi yang berlainan.

Tindakan wajar

"Berhubung dengan isu orang-orang Islam yang dilarang bekerja di tempat-tempat menjual minuman keras seperti yang dikuatkuasakan di MPSJ, saya sebagai exco yang menjaga hal ehwal Islam di negeri Selangor mendapati bahawa tindakan tersebut adalah wajar.

"Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pimpinan MPSJ yang telahpun menguatkuasakan peraturan ini. Saya difahamkan peraturan ini telah melalui tiga proses perbincangan di peringkat jawatankuasa yang telah mendapat pengesahan dan kelulusan dari semua pihak termasuk ahli-ahli majlis yang bukan Islam," katanya dalam satu kenyataan media.

Liu pula semalam mengesahkan pekeliling menarik balik larangan itu telah dikeluarkan kepada presiden MPSJ, Md Adnan Ikhsan dengan alasan "kerajaan negeri tidak menyedarinya."

"Kami tidak dirujuk (berhubung larangan itu). Sebab itu, kita minta mereka tarik dulu," katanya, sambil menambah isu berkenaan turut dibincangkan pada mesyuarat exco Rabu lalu.

Anda juga digalakkan baca artikel dari blogger "Wfauzdin" di bawah..

ISU BEKERJA DI KILANG ARAK - KERAJAAN SELANGOR JAUH LEBIH BIJAK DAN IKHLAS DARI UMNO

KERAJAAN PR Selangor bukan sahaja bercakap kosong apabila ingin membangunkan Islam di Selangor. Lebih patut kita bersyukur apabila hasrat Kerajaan Negeri ini disokong kuat oleh pemimpin politik yang Non Muslim dan ini tidak pernah dilakukan oleh Kerajaan Umno/Bn dahulu, kini dan selamanya.

Di dalam isu orang Islam yang terpaksa bekerja di premis penjualan arak, Kerajaan Negeri Selangor amat peka dengan perkara ini. Tindakan Exco Selangor YB Ronnie Liu yang menangguhkan dulu undang-undang melarang orang-orang Islam bekerja di premis menjual arak adalah satu tindakan pentadbiran sahaja. Ini bermakna Kerajaan Negeri tidak mahu sebarang undang-undang walaupun amat baik sekali dilaksanakan tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri.

Ternyata, MB Selangor tetap mempertahankan bahawa umat Islam diharamkan untuk bekerja di premis penjualan arak dan beliau mahu Jabatan Agama Islam memainkan peranannya mengikut undang-undang yang ada. Di samping itu, Kerajaan Negeri tidak lepas tangan sahaja bagi umat Islam yang mungkin merasa sukar untuk berhenti kerja di premis tersebut. Kerajaan Negeri kini menubuhkan tabung khas untuk membantu mereka mencari kerja di tempat lain. Pernahkah Umno buat seperti ini?

Paling menggembirakan, Setiausaha DAP Selangor, Lau Weng San menyokong penuh cadangan Menteri Besar Selangor untuk menubuhkan tabung khas bagi membantu pekerja Islam yang mahu bertukar kerja ke tempat yang halal. Beliau yang juga Adun Kampung Tunku sanggup memberikan sebahagian dari bajet untuk kawasan yang diwakilinya ke tabung ini dan mengajak kerajaan Persekutuan juga menyokongnya. Beranikah Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri di bawah Umno/Bn berbuat demikian?

Saya menyeru agar kesemua Adun/MP dari PR di Selangor memberikan sumbangan mereka agar tabung khas ini dapat berperanan seperti yang dikehendaki. Biar kita tunjukkan kepada mereka bahawa Kerajaan PR benar-benar ikhlas di dalam menyelamatkan umat Islam. Biarlah Umno menyalak siang malam tentang isu ini, hakikatnya parti itulah yang berkuasa untuk membawa masuk arak besar-besaran dan menubuhkan kilang arak terbesar di negara ini termasuk judi. - wfauzdin.blogspot.com

GEMPAR: Dua memorandum mohon campurtangan agung bantah kebiadapan Rosmah Mansor!!

Posted: 18 Jan 2011 06:29 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Tahniah penulis ucapkan kepada badan NGO atas usaha dan inisiatif untuk mengadap Agong bagi menggesa pihak Istana 'menghentikan' tindakan biadap, kurang ajar dan memualkan oleh Isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor..

Penulis juga bersetuju dengan kenyataan badan NGO ini bahawa pemimpin dan penyokong Umno terlalu takut untuk bersuara dalam isu ini walaupun sebahagian dari mereka sebenarnya turut berasa jelek, geli dan mual dengan penampilan berlebihan Rosmah Mansor..

Buktinya boleh lihat antara suara-suara blogger pro-Umno yang membantah, mengutuk dan mendesak supaya tindakan diambil terhadap Rosmah Mansor..baca pada link di bawah..


1. 'First Lady' Malaysia adalah Permaisuri Agung Tuanku Nor Zahirah, bukan Rosmah Mansor! - Blogger Umno@Presiden Muslim Bloggers Alliance
2. HANGIT! Mencalarkan kredebiliti Umno dan Najib: Blogger Umno desak Rosmah Mansor BERUNDUR!
3. Lagi blogger Umno hentam Najib-Rosmah: "Najib dayus tidak tahu menjaga isteri"...
4. [MESTI TENGOK] Koleksi isu/artikel berkaitan Rosmah Mansor (video n pic inside)




Terbaru, heboh di dalam media-media baru, Rosmah Mansor rupanya mempunyai pejabatnya tersendiri di bangunan Jabatan Perdana Menteri..pertama kali dalam sejarah di Malaysia seorang isteri kpd PM mempunyai pejabat sendiri yg menggunakan wang rakyat demi mengurus dan menyelia segala aktiviti/program/rancangan Isteri Perdana Menteri..boleh rujuk di SINI..

Untuk yg terakhirnya, kpd penyokong Umno yg sedar akan isu ini, tahniah penulis ucapkan..penulis tahu ramai diantara mereka yang jelek dan mual dgn gelagat Rosmah Mansor, namun kerana taksubnya kpd parti Umno dan Najib, krn bimbang malu dgn penyokong parti lawan, mereka sanggup mendiamkan diri, malah terpaksa menutur ayat2 puji dan bodek terhadap Rosmah Mansor..sungguh kesian lagi mengharukan..

Akhir kalam..khusus bagi peminat sejati Rosmah Mansor, kalian bolehlah menyokong sebuah page facebook, yg menyokong agar Rosmah Mansor dilantik menjadi PM Malaysia ke-7..sila add pada link di sebalah "1Malaysia Mahu Rosmah Mansor Jadi Perdana Menteri"..fikir2kan..wallahua'lam..


Mohon campur tangan istana untuk tegur Rosmah

Dua memorandum akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong dan Perdana Menteri berikutan tindakan Rosmah Mansor menggunakan gelaran Wanita Pertama dan mencampuri urusan negara.

PETALING JAYA: Dua memorandum akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agung dan Perdana Menteri berhubung tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang dianggap biadap serta derhaka ekoran menggunakan gelaran wanita pertama dan mencampuri urusan rasmi kerajaan.

Seorang jurucakap memberitahu FMT bahawa kumpulan dari pelbagai latar belakang akan dianggotai oleh pertubuhan politik dan pertubuhan bukan kerajaan dalam isu yang melibatkan isteri Datuk Seri Najib Tun Razak ini.

Menurut jurucakap kumpulan yang bakal menggerakkan penyerahan memorandum ini menjelaskan dua memo berasingan dengan isu yang hampir sama akan diserahkan kepada Seri Paduka dan Najib setiap satu.

Menurut sumber itu, antara isi kandungan memorandum kepada Seri Paduka ialah memohon agar pihak istana campur tangan atau menyatakan pendirian berkenaan penggunaan gelaran Wanita Pertama oleh Rosmah.



"Sebagai rakyat yang kasihkan Rajanya, kami hanya memohon pihak istana menyatakan pendirian dan membuat teguran tegas kepada sesiapa sahaja yang menggunakan gelaran Wanita Pertama selain Permaisuri Agung.

Katanya lagi, lebih malang lagi apabila Rosmah turut menunjukkan sikap angkuhnya apabila dengan beraninya menggunakan gelaran Wanita Pertama walaupun telah dikritik hebat sebelum ini.

'Rosmah semakin angkuh'

"Rosmah semakin angkuh dan keterlaluan nampaknya. Ini bukan kali pertama. Dahulu pun masa lawatannya ke Amerika Syarikat dan menganjurkan Persidangan Wanita Pertama pun telah dikritik hebat tetapi mungkin tidak ditegur oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional menyebabkan dia semakin berani. Ini adalah biadap dan derhaka kepada Agong dan Permaisurinya.

"Tindak-tanduk Rosmah semacam mahu cuba menjadikan gelaran wanita pertama sebagai gelaran yang sah dan gelaran rasmi untuk isteri PM, iaitu dia sendiri," menurutnya lagi.

Beliau juga memberitahu, keputusan untuk menghantar memorandum kepada Istana Negara tersebut dibuat apabila melihat Najib dan pemimpin Umno lain gagal menasihati Rosmah apatah lagi untuk mengambil tindakan yang wajar.

"Memandangkan situasi sekarang seolah-olah menggambarkan tiada apa yang dapat dibuat oleh Najib dan pemimpin Umno lain, maka kerana itulah kami berharap pihak istana campur tangan dalam hal ini.

Lebih-lebih lagi isu wanita pertama ini memang melibatkan pihak istana secara langsung," ujar beliau.

Perkasa tidak bersuara

Menurut salah seorang dari kumpulan tersebut yang mengaku sebagai ahli Perkasa berkata, beliau kecewa apabila pemimpin tertinggi Perkasa tidak bersuara berhubung isu yang melibatkan pihak istana ini.



"Selalunya Perkasa tegas dengan sebarang isu yang membabitkan institusi raja-raja Melayu. Tetapi dalam isu ini, yang jelas nampak ada pihak yang sewenang-wenangnya guna gelaran yang sepatutnya untuk Permaisuri Agung, Perkasa tak keluar apa-apa kenyataan pun.

"Itu yang saya kecewa. Sebab itulah saya sertai kumpulan ini tetapi bukannya kapasiti sebagai ahli Perkasa, ini adalah secara peribadi saya dan dua rakan saya yang lain juga dari Perkasa.

Menurutnya lagi, selain individu dari Perkasa, beberapa pemimpin dan ahli beberapa parti politik yang berlainan idealogi daripada Pakatan Rakyat dan BN turut terlibat dalam rancangan itu.

". Mereka sama juga seperti saya, bertindak bukan atas kapasiti parti politik masing-masing.

"Lagipun tiada sesiapa di antara kami yang memegang sebarang jawatan di peringkat pusat dalam parti atau pertubuhan masing-masing. Paling tinggi pun hanya dua, tiga orang peringkat daerah dan mungkin akan disertai oleh seseorang di peringkat negeri nanti," katanya lagi.

Menyeru parti politik dan NGO turut bertindak

Jurucakap kumpulan ini juga menyeru agar mana-mana pihak tanpa mengira parti politik yang mampu mengatur gerakan penyerahan memorandum ini turut berbuat demikian.
"Saya menyeru kepada mana-mana pemimpin tak kira parti politik atau NGO, agar turut mengatur satu rancangan untuk menyerahkan memorandum ini kepada Seri Paduka seperti yang telah dibuat dalam isu air negeri Selangor.

Mungkin jika mereka yang mengaturnya ia lebih mendapat sambutan rakyat, ada pengalaman untuk menyusun dan merancang strategi berbanding kami dan boleh beri kesan yang lebih baik," ujar beliau.



Manakala, memorandum yang dirancang untuk diserahkan kepada PM pula akan menyentuh penglibatan Rosmah dalam urusan rasmi kerajaan termasuk membantah kewujudan Pejabat Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di Putrajaya.

Menurut mereka penglibatan Rosmah dianggap semakin serius sehingga membelakangkan menteri-menteri yang bertanggungjawab dalam sesuatu kementerian seperti Kementeriaan Pelajaran dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Rosmah mencampuri urusan negara

"Nampaknya semakin lama, Rosmah semakin galak mencampuri urusan kerajaan hinggakan kadang-kala lagaknya seperti seorang Menteri Pelajaran, Menteri Hal Ehwal Wanita pun ada dan sebagai duta pun ada," menurut sumber itu lagi.

Beliau turut mempersoalkan dan melahirkan kekesalan apabila Najib bukan sahaja dilihat gagal untuk menegur isterinya itu, malahan turut pada masa tertentu menyerlahkan pendirian beliau yang menggalakkan tindakan isterinya itu.

"Mengapa Najib tidak menegur atau mungkin juga PM sendiri yang memberikan galakan kepada Rosmah?" soal beliau.

"Yang hairannya, takkanlah Najib tidak nampak apa-apa yang tak kena tentang ini? Penasihatnya butakah untuk memahami ia memberi impak negatif kepada PM?

"Terus terang saya katakan isu ini bukan sahaja menjadi bahan serangan PR tetapi orang-orang dalam Umno sendiri pun ramai yang mengadu meluat dengan situasi ini," tambah beliau. - FMT

Taraf KJ: Orang Asli cabar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berdebat

Posted: 18 Jan 2011 06:07 AM PST



Yusri calon debat dengan Khairy - SH

TEMERLOH. : PKR Pahang bersedia menyahut cabaran debat oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, namun lawannya nanti bukannya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya PKR negeri mencalonkan Timbalan Pengerusi II, Biro Hal Ehwal Orang Asal PKR Pahang, Yusri Ahon sebagai orang yang sesuai berdebat dengan Ahli Parlimen Rembau itu.



Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abd Rahman berkata, Yusri Ahon adalah calon yang sesuai untuk berdebat dengan Khairy yang menawarkan diri menggantikan tempat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Jika Khairy mahu menggantikan tempat Najib, maka Yusri adalah calon paling layak untuk berdebat dengannya pula.

"PKR sedia sahut cabaran Khairy itu namun beliau perlu lawan Yusri dan bukannya Anwar," katanya kepada Sinar Harian selepas mesyuarat pertama PKR Pahang penggal 2011, di sini, semalam. - SH

Lagi taktik Umno/BN tarik undi Cina: Penari Seksi dan Arak Free untuk pengundi Tenang!

Posted: 18 Jan 2011 02:21 AM PST



p/s: Lagi gambar dan video Umno/BN tarik undi dengan wanita/penari separa seksi..juga ketika siri kempen ketika pilihan raya..klik pada tajuk, "Umno/BN terdesak: Pancing gadis seksi tarik pengundi DUN GALAS"...

Penari seksi dan Isa Samad di jamuan 1Malaysia

Lebih 1,000 orang, kebanyakan mereka masyarakat Cina dijamu dengan makan besar dengan minum bir percuma sambil dihiburkan dengan tarian seksi sempena jamuan makan malam 1Malaysia di Tenang malam semalam.

Selain itu, peserta yang bernasib baik juga berpeluang memenangi sebuah motosikal 100cc sebagai hadiah utama cabutan bertuah. Pada masa yang sama jamuan berkenaan juga diselitkan dengan ucapan politik daripada bekas naib presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Bekas Menteri Besar Negri Sembilan Mentri Besar itu yang berjaya merampas kerusi Bagan Pinang pada pilihan raya kecil 2009 mengalahkan calon PAS - menjadikan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sasaran utamanya.

Sambil menuduh Anwar sebagai penipu, Isa memberikan contoh 'peristiwa 16 September' di mana ketua pembangkang itu mendakwa Pakatan Rakyat telah mendapat sokongan yang mencukupi bagi mengambil-alih kerajaan dan kabinet bayangan yang dijanjikannya itu.



"Mana menteri kabinet bayangannya? Adakah mereka bercakap mengenai ekonomi dan pembangunan? Tidak ada. Kabinet bayangan pun tidak nampak.

"Semua ini tipu. Kita - BN sudah memerintah negara lebih 50 tahun. Kita tidak perlu berjanji seperti janji 100 hari. Kita berusaha setiap hari," kata Isa yang berkemeja T jingga dengan tertera logo 1Malaysia.

"Saya kenal Anwar, kami belajar di universiti yang sama dan kami sama-sama dalam Umno. Jika beliau ikhlas mahu menolong Melayu, Cina dan India, dia sepatutnya lakukan ketika menjadi timbalan perdana menteri dulu.

"Parti pembangkang cekap memutar-belit. Mereka boleh memutar dari 180 darjah kepada 360 darjah.

Tuan-tuan dan puan-puan, jangan percaya Anwar," kata Isa sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin.

Isa juga tidak melepaskan peluang menyindir PAS yang didakwa cuba menunjukkan DAP sebagai parti yang mesra dengan Islam serta menerima Islam sebagai agama rasmi negara dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Siapa tak boleh terima ini (status Islam dan Bahasa Melayu)? Tak ada siapa-siapa yang mengadu tentangnya. Tuan-tuan dan puan-puan, semua ini boleh diterima sebelum sertai DAP.

"(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan," kata Isa.

Tiada ulasan: