Khamis, 6 Januari 2011

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


ADA YANG AKAN KENA...

Posted: 06 Jan 2011 07:53 PM PST

SPRM soal pegawai Alcatel isu sogokan projek TM

January 07, 2011

Alcatel-Lucent dituduh membayar lebih daripada AS$8 dalam rasuah antara 2001 and 2006. — Foto Reuters
KUALA LUMPUR, 7 Jan — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mula menyoal siasat pegawai-pegawai Alcatel Lucent (ALU) berhubung sogokan bagi membolehkan syarikat itu memperoleh kontrak telekomunikasi 3G AS$85 juta (RM263.5 juta) lima tahun lalu.

The Malaysian Insider difahamkan pegawai-pegawai ALU telah berada di ibu pejabat SPRM awal minggu ini untuk memberikan kenyataan.

"Siasatan adalah mengenai pekerja-pekerja TM yang didakwa menerima AS$700,000 dalam bentuk rasuah, bukan mengenai Alcatel Lucent," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Katanya, SPRM dijangka akan memanggil pegawai-pegawai TM untuk membantu siasatan itu, yang bermula minggu lalu selepas Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) dan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat mendenda ALU AS$137 juta kerana kes rasuah global.

Seorang jurucakap ALU dalam kenyataan e-mel berkata, "adalah tidak wajar bagi memberikan komen mengenai perkara ini, selain (hanya) mengatakan bahawa kami akan memberi kerjasama dalam siasatan ini."

"Kami ada dasar sifar tolak ansur berhubung kes sogokan dan rasuah, dan ada satu sistem dengan proses dan latihan ketat, yang direka untuk mengelakkan situasi-situasi macam ini dalam semua aspek perniagaan kami," tambah kenyataan disiarkan oleh Wall Street Journal.

Baru-baru ini, TM dan Axiata Group Bhd secara bersama telah melantik KPMG Corporate Services Sdn Bhd sebagai akauntan forensik bagi membantu siasatan dalaman berhubung isu ini.

Kedua-dua syarikat itu juga mengumumkan pelantikan Shearn Delamore & Co sebagai penasihat undang-undang untuk membantu siasatan membabitkan dua pegawai Malaysia terbabit, yang didakwa menerima sogokan AS$700,000 mendapatkan "maklumat bukan awam" yang membantu ALU mendapatkan kontrak telekomunikasi.

Pada 29 Disember lalu, SPRM berkata, pihaknya akan "menyiasat" dakwaan kes sogokan membabitkan ALU.

"SPRM memandang serius dakwaan ini dan akan membuat semakan dengan pihak-pihak yang berkenaan untuk mendapatkan butir-butir sebenar tohmahan sebelum tindakan sewajarnya diambil," kata agensi itu.

Maklumat SEC Amerika Syarikat menunjukkan dua perunding dari Malaysia telah dibayar AS$700,000 bagi mendapatkan "maklumat bukan awam" berhubung aspek harga dan bidaan pesaing-pesaing, dipercayai untuk anak syarikatnya Celcom Malaysia memperoleh perkhidmatan mudah alih 3G, yang dilancarkan pada 2005.

"Perkara itu dibangkitkan memandangkan urusan itu tidak mematuhi prosedur-prosedur (yang ditetapkan). Tetapi tiada tindakan diambil," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider sebelum ini.

Sumber syarikat memberitahu, Alcatel memperoleh kontrak untuk membekalkan kelengkapan perkhidmatan 3G meskipun ia tiada pengalaman dalam sektor tersebut.

Kelengkapan itu kemudian dibatalkan, kata sumber itu lagi.

Difahamkan, ada banyak lagi kes pelanggaran peraturan dalam TM membabitkan pemerolehan daripada Alcatel yang tidak disiasat oleh SEC.

Alcatel bersetuju untuk membayar lebih AS$137 juta (RM430.4 juta) untuk menyelesaikan tuduhan-tuduhan AS bahawa ia membayar berjuta-juta dolar dalam bentuk rasuah kepada pegawai-pegawai asing untuk memperoleh bisnes di Amerika Selatan dan Asia.

Pengeluar kelengkapan telekomunikasi ini dituduh membuat bayaran kepada pegawai-pegawai kerajaan termasuk di Costa Rica, Honduras, Taiwan dan Malaysia untuk memperoleh kontrak atau mengekalkan kontrak-kontrak yang diperoleh, melibatkan nilai berjuta dolar, kata SEC dan Jabatan Kehakiman AS.

Antara Disember 2001 dan Jun 2006, syarikat itu menggunakan khidmat perunding yang menyalurkan lebih AS$8 juta untuk membayar rasuah kepada pegawai-pegawai terbabit.

Malah, Alcatel didapat melantik ejen-ejen di negara-negara seperti Nigeria untuk mendapatkan kontrak, kata pihak berkuasa.

Pada keseluruhannya syarikat itu mengaku memperoleh keuntungan bernilai AS$48.1 juta ekoran pembayaran-pembayaran tidak sewajarnya, kata Jabatan Kehakiman.

Syarikat itu bersetuju untuk membayar AS$92 juta untuk menyelesaikan tuduhan-tuduhan jenayah yang dibawa oleh Jabatan Kehakiman dan juga AS$45 juta untuk menyelesaikan tuduhan-tuduhan sivil dibawa SEC.

LAGI KELUAR....DAN SAYONARA

Posted: 06 Jan 2011 07:49 PM PST

PERGIMU TAK DITANGISI, DATANGMU TAK DINANTI…



Oleh: IBN ABDULLAH

MAAF, mohon banyak-banyak kemaafan, bukan Dr. Jeffrey yang menentukan relevan atau tidaknya PR di Sabah selepas beliau mengucapkan sayonara kepada bahtera PKR yang pada saya 'pergimu tak ditangisi, kedatangan mu tak dinanti.'

Nasihat saya kepada mana-mana pemimpin PKR yang mahu meninggalkan PKR, ibaratkanlah ia seperti perceraian 'talak tiga' bagi seorang lelaki dengan isterinya. Justeru, jangan pula selepas perceraian berlaku, maka si suami menyebarkan hanya keburukan si isteri dan menutup beberapa kebaikan isterinya selama mereka pernah bergaul sebagai suami isteri. Tabiat sedemikian hanya menggambarkan keburukan akhlak seorang bekas suami yang pernah tidur seranjang bersama isterinya.

Bagi saya, Dr. Jeffrey sudah diberi masa hampir 10 tahun bersama abangnya Datuk Pairin Kitingan, dari 1985 hingga 1995, kalau benar beliau ikhlas dengan agenda Borneonisasinya.

Ketika itu, slogan SABAH FOR SABAHAN yang mereka laungkan memang memukau sebahagian besar rakyat Sabah sehingga parti PBS yang mereka asaskan boleh bertahan beberapa kali dalam pilihanraya umum Negeri Sabah.

Tetapi, mana dia hasil dan nikmat untuk rakyat Sabah dari agenda Borneonisasi dan slogan SABAH FOR SABAHAN yang Dr. Jeffrey canangkan itu? Siapa yang buncit perut meraih dan membantai kekayaan hasil bumi Sabah; balak, tanah pertanian, hasil eksport balak yang diisytihar di bawah volume sebenar, memberi konsesi pembalakan kepada syarikat-syarikat kroni, etc, etc?

Jawapannya ada pada Dr Jeffrey dan pemimpin-pemimpin PBS yang kini tidur sebilik dengan pemimpin penyangak UMNO/LDP/ GERAKAN/UPKO/PBRS.

PKR dan PAS pernah melalui badai dan gelombang lebih dahsyat dari apa yang berlaku sekarang ini. Kemelut yang melanda PKR hari ini tidak sehebat yang berlaku pada tahun 1998, 1999 serta saat beberapa pemimpin muda PKR seperti Roslan Kassim lari meninggalkan PKR.

Saya masih ingat kata-kata yang diluahkan oleh Roslan Kassim sewaktu meninggalkan PKR sekitar awal tahun 2000. Roslan berkata, "Perjuangan PKR sudah menuju titik noktah." Itu yang saya lihat dan dengar sendiri apa yang diucapkan oleh Roslan Kassim dalam berita TV3 'suku'.

Tetapi, Alhamdulillah, terjahan Roslan meleset sama sekali. PKR terus mara bersama rakan dalam PR mengungguli perjuangan berteraskan 'kebajikan dan kepentingan rakyat' negara ini.

Oleh sebab itu, saya mohon kepada Dr Jeffrey dan mana-mana pemimpin PKR yang mahu meninggalkan PKR, jadilah pemimpin yang punya harga diri dan pelihara kewibawaan anda. Jangan jadikan diri anda seperti lembu atau haiwan ternakan yang dibeli dengan harga tertentu.

Anda wajar berasa malu kepada anak-anak dan isteri anda sekiranya anda meletakkan harga pada perjuangan yang anda pelopori yang akhirnya hanya menjadikan anda budak suruhan oleh pemimpin penyangak yang berkepentingan.

DAPAT DISKAUN DENGAN KAD UMno

Posted: 06 Jan 2011 06:07 PM PST



wartamaya kata.....



"Awak syiapa nama?", tanya Murni pada rakan barunya.
"Nama Saya Siti", jawab seorang murid lagi yang bertudung.
"Nama saya Murni ... Ehh .. muka awak macam Cina la .. awak orang Cina ke?", tanya Murni lagi.
"Ye la .. Ayah saya Cina, Mak saya Melayu ", jawab Siti.
"Kalau gitu awak bukan ketuanan Melayu la ... he he", kata Murni.
"Ya la tu ... awak?", jawab dan Siti bertanya.
"Saya ketuanan Melayu", jawab Murni.
"Apa lebihnya ketuanan Melayu Murni", tanya Siti.
"Ketuanan Melayu dapat diskaun bayar tol, diskaun beli minyak petrol", jawab Murni.
"Woooo ... untung la Ketuanan melayu ye?", kata Siti.
"Mesti la .. Bapak awak kerja apa?", tanya Murni pada Siti.
"Bapa saya ada stesyen minyak", jawab Siti.
"???", Murni pening.
Moral of the story : Jadi lah ketuanan Melayu untuk dpt diskaun bayar minyak dan tol.
AKU KATA
Juga .....ketuanan Umno akan menjadikan anda istimewa apabila membeli barangan rumah dengan KAD DISKAUN UMno........

Minta solat hajat, kami dah tak larat - Dr Halimah

Posted: 05 Jan 2011 11:56 PM PST



Harakahdaily


SHAH ALAM, 6 Jan: Semua ahli PAS dirayu supaya mengadakan solat hajat serta doa qunut nazilah untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor yang sedang diserang sekarang.Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali dalam mesejnya yang penuh imosi memohon bantuan semua pihak bagi menghadapi serangan ini."Kami dah cuba mempertahankan kerajaan ini selama ini."Kami perlukan bantuan anda semua. Maaf kami tak larat untuk melakukan semua perkara," tulis Dr Halimah yang juga Adun Selat Klang dalam mesejnya kepada Harakahdaily.

Halimah (gambar) juga memaklumkan, Menteri Besar dan semua Exco kerajaan negeri terpaksa menyertai majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru yang disekalikan dengan majlis penganugerahan darjah kebesaran di istana negeri hari ini."Umno mahu menggunakan tektik sembah derhaka untuk ambil alih kerajaan Selangor seperti modus operandi Perak kalau kami tidak pergi," kata Halimah yang merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor.


Tidak bermakna kami relaMenteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataan medianya sebelum ini memaklumkan, pemergian mereka ke istana hari tidak bermakna mengiktiraf perlantikan Khusrin."Kami ingin menegaskan kehadiran kami ini tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA terhadap pentadbiran ini. Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," kata Khalid dalam kenyataannya.


Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri, kata Khalid adalah "sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setia kami kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor."Kerajaan Negeri Selangor, katanya, telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) dan menyatakan rasa terkilan Negeri Selangor di dalam isu pelantikan SUK. "Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan semangat Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan," katanya.Kerajaan Negeri juga memohon agar proses perbincangan dapat dilakukan dan akhirnya penyelesaian terbaik boleh dicapai.Pentadbiran Negeri Selangor juga telah memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor beberapa perkembangan hasil dari pertemuan pada 3 Januari, termasuk cadangan memulakan proses penyelesaian dengan SPA.


Pentadbiran Kerajaan Negeri kesal apabila berlaku manipulasi pihak tertentu dan berkepentingan dalam soal ini. Media pula menggambarkan seolah-olah berlaku krisis di antara Istana dan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, katanya."Kita juga telah memberi maklum kepada DYMM Sultan bahawa Pentadbiran Kerajaan Negeri akan mengadakan Sidang Dewan Negeri Selangor dalam tempoh terdekat untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar khusus dalam melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri. "Tindakan ini sekali gus menolak dakwaan pihak-pihak yang menuduh kami menderhaka dengan Sultan dan Kerajaan negeri Selangor sebaliknya kamilah yang akan mengembali dan mempertahan kuasa Sultan dan Negeri yang terhakis sejak 1993 kesan dari krisis Perlembagaan," katanya.

Tiada ulasan: