Khamis, 6 Januari 2011

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Apa pula pandangan Kabita tentang kemelut perlantikan Khusrin? I wonder...

Posted: 06 Jan 2011 06:24 AM PST

PAS dakwa BN cuba rampas S'gor cara tak tamadun

Pencabulan konsep federalisma berhubung pelantikan jawatan setiausaha kerajaan negeri Selangor (SUK) sekarang akan mengakibatkan kebangkitan luar biasa rakyat di peringkat nasional, kata presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kerajaan Umno-BN ini berusaha untuk merampas kerajaan Selangor dengan menggunakan peruntukan pentadbiran bagi mewujudkan suasana keresahan dalam pentadbiran kerajaan, semuanya dengan cara yang tidak bertamadun dan di luar batas demokrasi.

"Rampasan ini jugalah yang mereka telah lakukan di negeri Perak dengan menjadikan rakyat sebagai pertaruhannya. Apapun, kita percaya bahawa rakyat akan memberi respons di seluruh negara dalam pilihanraya yang akan datang dengan menukar kerajaan yang ada kepada Pakatan Rakyat," kata Abdul Hadi (kiri sekali) dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak hormati pilihan rakyat

Katanya, bahawa langkah apa sekalipun yang digunakan untuk menongkat kelemahan, tidak akan menjamin BN akan terus kekal sebagai pemerintah kerana dunia telah membuktikan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya termasuk Umno-BN.

Sehubungan itu, menurut Abdul Hadi, krisis pelantikan jawatan setiausaha kerajaan negeri Selangor (SUK) yang sedang berlaku adalah akibat sikap kerajaan pusat yang tidak menghormati pilihan rakyat yang memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri tersebut.

"Dalam pilihan raya yang lalu rakyat sudah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan yang sah di Selangor.

"Di atas asas yang sama, agensi yang membuat pelantikan perkhidmatan awam di peringkat persekutuan memahami hasrat rakyat tersebut," katanya.

Abdul Hadi berkata sikap BN melawan kehendak pentadbiran kerajaan Selangor ini dilihat suatu tekanan dan berlaku akibat dari fahaman salah konsep federalisma.

Politik sempit BN

"Kita semua menyedari bahawa Umno-BN tidak pernah menghormati undang-undang yang mereka sendiri gubal, sehingga mereka sanggup melanggarnya demi kepentingan politik sempit mereka," katanya lagi.

Isu timbul berikutan pelantikan pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Muhd Khusrin Munawi sebagai SUK berkuatkuasa 1 Januari ini.

Sebelum ini, perlantikan Khusrin dilingkari beberapa 'kontroversi' dan ia dilihat pelbagai pihak sebagai tindakan yang seolah-olah ingin sabotaj kerajaan Pakatan Rakyat.

Antaranya, Khusrin pernah melobi program Umno dijalankan di sebuah masjid di Taman Medan Ramadan lalu serta engkar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. Beliau juga didakwa menimbulkan kontroversi lawatan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau al-Huda, Kajang.

Khusrin juga 'menempa nama' dengan kes penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalm majlis yang turut dihadiri wakil rakyat Pakatan.

Dari seri rekod pula, Khusrin sekadar dalam gred Jusa C sebelum melangkah ke Jusa B untuk menjawat jawatan SUK yang bergred Jusa A.

Pergi jahanamlah kau Khusrin...perjuangan rakyat lebih penting!!

Posted: 06 Jan 2011 04:31 AM PST

Selangor tawar RM9b ambil alih aset konsesi air

Kerajaan Selangor telah mengeluarkan dokumen tawaran bagi mengambilalih 100 peratus aset konsesi syarikat konsesi air di negeri itu yang bernilai lebih RM9 bilion.

Tawaran itu bagi membeli saham Puncak Niaga pada nilai RM64.62 sesaham, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dengan nilai RM20.78 sesaham, Abass Sdn Berhad RM9.39 sesaham dan dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dengan nilai. RM5.95 sesaham.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (tiga dari kiri) berkata, pengambilalihan itu meliputi semua aset dan liabiliti syarikat.

"Kerajaan Selangor berpendapat tawaran ini adil dan wajar untuk pengambilaihan syarikat sejajar dengan komitmen kami untuk mengambilalih semua aset dan tanggungjawab syarikat.

"Ia juga akan memberi pulangan yang adil kepada pemegang-pemegang saham dalam syarikat terlibat," katanya.

Timbang tara antarabangsa

Bercakap pada sidang media di bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) di Shah Alam, Khalid juga berkata, jika konsesi terbabit tidak bersetuju dengan cadangan itu, ia boleh dipanjangkan ke Timbang Tara Antarangsa (International Arbitration).

"Oleh kerana Timbang Tara Antarangsa tidak mempunyai kepentingan dalam industri air tempatan, ia boleh membuat keputusan bebas dan adil serta mengikut nilai pasaran yang dipersetujui kerajaan negeri dan syarikat konsesi," katanya.

Beliau juga mendedahkan, dokumen yang diserahkan hari ini juga mengiktiraf aset air negeri bernilai lebih RM10 bilion yang didakwa tidak pernah diambilkira oleh kerajaan terdahulu.

Menurut Khalid, tindakan itu berpandukan Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 dan Dasar Air Kebangsaan ekoran industri air sekarang berpecah-pecah dan perlu disatukan.

Tambahnya, masalah industri air berlaku kerana penswastaan air negeri telah gagal.

"Siri-siri rundingan dan tawaran ini menunjukkan komitmen kami untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.

Tiada ulasan: