Selasa, 11 Januari 2011

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SIANG TIPU RAKYAT- MALAM TIPU DIRI SENDIRI

Posted: 11 Jan 2011 07:01 PM PST




ANAK RAZAK ATAU CUCU RAZAK?


nota:
tunngu dan nanti
wikileaks akan keluarkan
dokument tentang altantuya

tunggu dan nanti berita dari paris
berita apa hah??

kah kah kah



NAJIB BERBOHONG , TIDAK YAKIN PILIHAN RAYA AWAL
– harakah daily

Najib Razak tidak yakin mengadakan pilihan raya awal kerana beliau sendiri pun bercakap bohong, kata Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar.

Mengulas laporan bahawa Najib tidak yakin mengadakan pilihan raya seawal Mac atau Julai tahun ini kononnya kerana prihatin dengan janji-janji yang belum dilaksanakan oleh wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di setiap kerusi pilihan raya, Mahfuz berkata Najib sendiri banyak kali didapati bercakap bohong.

"Isu terbesarnya bukan janji-janji yang belum dilaksanakan oleh wakil-wakil rakyat di bawahnya, tetapi Najib sendiri pun banyak kali didapati berbohong.

"Contohnya dalam isu terbunuhnya Teoh Beng Hock di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, keluarga mangsa kini menuntut Najib menunaikan janjinya untuk menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat punca kematian tersebut, jika mereka tidak berpuas hati dengan hasil siasatan inkues," katanya.

Sekarang, kata Mahfuz, ternyata mereka tidak berpuas hati dengan hasil siasatan inkues itu dan Najib pula tiba-tiba mengumumkan bahawa suruhanjaya tersebut hanya akan meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang digunapakai.

"Ternyata Najib telah membohongi keluarga mangsa," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Bagi beliau, Najib bukan sahaja menipu keluarga mangsa, malah menipu seluruh rakyat Malaysia yang tertanya-tanya siapa yang membunuh Teoh.

"Persoalannya mengapa Najib kelihatan beria-ia mengelak dan memesong dari janjinya kepada keluarga Teoh bagi menyiasat punca kematian tersebut, jika mereka tidak berpuas hati dengan hasil siasatan inkues.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… MAHFUZ…. KESIAN LAAA PADA MAT MONGOL NI….kah kah akh..

kah kah kah… HIDUP TERSEKSA…. kah kah kah..

kah kah kah… HARTA ADA … DUIT ADA… TAPI JIWA MERANA…. kah kah kah..

kah kah kah… SIANG MALAM MIMPIKAN YANG SLIM…. kah kah kah..

kah kah kah… BANGUN BANGUN DISEBELAH… ANAK BADAK…. kah kah kah

kah kah kah… TERPAKSA HIDUP MENIPU… kah kah kah..

kah kah kah… NAK BUAT MACAM MANA … TAK ADA PILIHAN… kah kah kah..

kah kah kah... SIANG MENIPU RAKYAT... MALAM MENIPU DIRI SENDIRI... kah kah kah..

kah kah kah.... PEGANG BAHU BADAK.... KHAYALKAN ZIANA ZAIN.... kah kah kah..

kah kah kah... PEGANG KAKI BADAK.... KHAYALKAN ALTANTUYA...kah kah kah

KOSONG DAN LOPONG

Posted: 11 Jan 2011 06:22 PM PST




BERITA YANG INI TAK LAPOR





nota:
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah





GADIS DAKWA DICABUL USTAZ KETIKA RAWATAN
–berita hairan

NIBONG TEBAL: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun mendakwa dicabul kehormatan oleh seorang ustaz ketika sedang mendapatkan rawatan kononnya untuk mengeluarkan penyakit buatan orang di rumah lelaki itu di Sungai Bakap di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa dibawa oleh ibunya ke rumah suspek yang berusia 43 tahun untuk mendapatkan rawatan setelah dia sering berasa tidak tenteram dan kerap bertengkar dengan ahli keluarga.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat, berkata apabila tiba di rumah suspek, mangsa diminta menukar pakaian dengan hanya bertuala sebelum diminta masuk ke bilik air.

Ibu mangsa pula diminta menunggu di luar dan membaca al-Quran.

"Ketika bersama suspek di dalam bilik, remaja itu mendakwa dia dicabul oleh ustaz itu sambil membaca jampi," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, selepas pulang daripada berubat, mangsa menceritakan perkara itu kepada ibunya.

Berikutan itu, mangsa dibawa ke Balai Polis Sungai Bakap pada hari kejadian untuk membuat laporan, katanya.

Berikutan laporan itu, polis menahan ustaz berkenaan yang juga seorang pendakwah bebas pada keesokannya bagi membantu siasatan.

Siasatan awal mendapati suspek yang menerima pendidikan tinggi di Syria, sudah berkahwin dan mempunyai lima anak.

Suspek dibebaskan dengan jaminan polis setelah diambil keterangan.


NOTA:
ini lah contoh bagaimana telah merosotnya
seni dan budaya melapor berita di tanah air kita ini.

seharusnya berita ini TIDAK perlu dilapor.
ianya menjadi berita kerana sensasi UZTAZ

lihat tidak ada nama yang tertuduh
tidak ada nama yang menududh

tidak ada rujukan dari keluarga

macam ada niat bahawa jika ini ustaz maka wajib jadi berita

jika ustaz ini belajar dari luar negara lagi jadi berita
jika ustaz ini ahli pas – jamin ada nama dan gambar
kalau ahli pas bukan nama dan gambar sahaja
tapi gambar kena gari keluar ketika ditangkap pun ada

bayangkan berapa ramai ustaz di nibong tebal
semua dapat nama busuk
banyangkan berapa ramai gadis bermasaalah di nibong tebal
semua kawan kawan akan menganggap si polan itu dan si polan ini

media yang sama menuduh blog dan laman membuat fitnah liar
media yang sama menududh blog dan laman membuat tohmah
blog dan laman dituduh sebagai penyebar fitnah

tetapi

lihat diri sendiri duli
kaji dan analisa
dari mana punca fitnah ini

di negara kapir yang warganya makan babi
di negara kapir yang warga nya tak pergi masjid
berita KOSONG macam ini kerana ada PADERI
mencabul TIDAK AKAN dilaporkan

nota:
ketika jamaluddin jarjis meraba raba bontot pelayan
di bar di brickfeild tak ada pulak laporan sensasi
ketika berita rais yatim merofgol amah
yang terkeluar di wikileaks
tak pula jadi induk berita

yang dilapor berita KOSONG
kah kah kah


WIKILEAKS : KES ALTANTUYA MODEL DARI MONGOLIA

Posted: 11 Jan 2011 06:01 PM PST




MUKA ORANG JAHAT




WISMA PUTRA PANTAU PENDEDAHAN WIKILEAKS - meloya

Kerajaan memantau secara dekat setiap dakwaan yang dibuat oleh WikiLeaks berhubung 'keburukan' negara ini bagi mengelakkan persepsi negatif itu terus berakar dan berlegar-legar di kalangan negara lain.

Anifah Aman berkata, pemantauan itu amat perlu dilakukan bagi mengelak berlaku kejutan sekali gus mengeruhkan hubungan dua hala antara negara ini dengan negara lain.

Menurut beliau, pemantauan itu bermaksud apabila berurusan dengan negara luar atau semasa melawat negara mereka, pihaknya akan membuat persediaan mencukupi bagi menjawab segala tohmahan yang dilemparkan oleh Wikileaks itu.

"Kita tidak boleh mengambil pendekatan bahawa pendedahan itu (WikiLeaks) bersifat peribadi atau rahsia tetapi sebaliknya perlu menjelaskan mengenai perkara sebenar. Ini amat penting kerana jika tidak berbuat demikian, maka selama-lamanya mereka akan menganggap kita bersalah," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…. NAK PANTAU MACAM MANA?.... kah kah kah..

kah kah kah… DOKUMEN SEMUA ADA DALAM ALAM SIBER..…. kah kah kah..

kah kah kah… INI MESTI NAK JAGA KES ALTANTUYA…. kah kah kah…

kah kah kah… KALAU KES RAIS ROGOL AMAH ADA… ALTANTUYA MESTI ADA… kah akh akh..

kah kah kah… ATAU NAK PANTAU KES… DAYAK KENA TIPU DI SABAH DAN SERAWAK?.... kah kah kah..

kah kah kah….ATAU TAK NAK BAGI DUNIA TAHU… KAPAL SELAM MALAYSIA TAK BOLEH MENYELAM?... kah kah kah..

woit… JANGAN BUAT KERJA BODOHLAA… PANTAU WIKILEAKS…KERJA BANGANG…kah kah kah..

kah kah kah… BANYAK KERJA LAIN BOLEH BUAT… kah kah kah..

kah kah kah… PERGI PERAH KELAPA SAWIT… BANTU RAKYAT .. HARGA MINYAK MAHAL… kah kah kah..

kah kah kah..KALAU TIDAK PERGI TOLONG RAIS YATIM...kah kah kah...

kah kah kah.... BINI DIA SEDANG GASAK DIA KERANA KES ROGOL AMAH... kah kah kah...

nota:
ada lebih dari seribu helai
dokumen tentang malaysia
dalam wikileaks
pasti ada kes bunuh altantuya

ini lah sebanya ingin dipantau
kah kah kah


SUDAH DI RAMALKAN DENGAN TEPAT !!!

Posted: 11 Jan 2011 10:24 AM PST




BILA RAKYAT MULA MARAH!!


nota:
anak muda wajib bersedia
untuk menyusun turun ke jalan raya
tidak ada pilihan
melainkan kita humbankan gerombolan
ke dalam tong sampah sejarah!



6 SYARIKAT DISIASAT, 1 DISITA SELEWNG MINYAK MASAK
– berita hairan

Enam syarikat yang terdiri daripada pemborong dan syarikat pembungkusan semula minyak kini disiasat manakala satu lagi di sita kerana penyelewengan minyak masak, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,i Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

"Kita juga sedang buat 'auditing' dengan syarikat pembungkusan semula minyak
dan juga pemborong. Kita sedang siasat dengan mereka ke mana minyak itu pergi, seperti yang kita buat semasa isu gula dahulu," katanya ketika ditemui pemberita di sini. Beliau berkata, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mereka yang menyeleweng dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang bersalah.

"Sekali lesen dibatalkan, kita tidak akan sambung balik kerana kita tidak mahu rakyat susah akibat perbuatan mereka ini. Di bawah Akta Kawalan Bekalan peruncit boleh dikenakan denda maksimum RM250,000. Jadi kita akan gunakan yang maksima," katanya.

Ismail Sabri berkata, kerajaan juga telah membatalkan tujuh lesen syarikat pemborong gula yang terbabit dengan aktiviti penyeludupan dan penyorokan gula tahun lalu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… BETUL TAK?.... kah kah kah….

kah kah kah…. BETUL BETUL MACAM DI RAMALKAN…. kah kah kah..

woit… CARI LAAA IDEA LAIN… kah kah kah..

kah kah kah…. NAK TIPU… PAKAI TRIK LAMA JADI BAHAN LAWAK…kah kah kah…

kah kah kah… MINTA LAAA TOLONG DARI APCO…. kah kah kah…

INI RAMALAN TT KELMARIN

mari kiat bertaruh yang mana akan mucul:

1 - kerajaan akan terus berusha tetapi keadaan ...
2 - harga minyak kita lebih murah dari....
3 - kerajaan beri subsidi berjumlah...
4 - lebai karim di kg gibong akan berjimat ....
5 - kerajaan akan terus pantau...
6 - peniaga cari untung berlebihan akan di dakwa....
7 - tiga pengusaha kilang minyak haram di tangkap...
8 - sebuah lori cuba seludup di tahan....
9 - tuan punya warung berjanji tidak akan...
10 - pergi kencing berdirilaaalaaa.... dah dengar semua ini kah kah kah



KESEDARAN DAN SENSIBILITI

Posted: 10 Jan 2011 09:20 PM PST




YANG DI BACA DAN YANG DI BAKAR


Bila saya membaca berita tentang pembakaran buku Interlok saya tidak terperanjat. Novel Interlok garapan Abdullah Hussain ini telah menjadi berita kerana dikatakan ada unsur rasis dan penghinaan terhadap orang India.

Sebenarnya membakar buku di Malaysia ini bukan satu yang baru. Pertama kali - saya terbaca berita membakar buku ini ketika saya di sekolah menengah pada tahun 1970 dahulu. Buku: 13 Mei Sebelum dan Sesudah telah di bakar di Sudut Pidato di hadapan perpustakaan Universiti Malaya. Saya tidak pasti apakah ini kerja Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya atau pun kerja Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya.

Buku 13 Mei Sebelum dan Sesudah ini adalah garapan Tunku Abdual Rahman yang pada ketika itu menjawat Perdana Menteri Malaysia. Buku ini dibakar kerana ketika itu anak-anak mahasiswa amat marah terhadap Tunku. Tunku dibenci kerana dikatakan telah mengadaikan kepentingan Melayu dan menjual negara ini kepada towkay China.

Agak ironis, tidakan mahasiswa di Universiti Malaya ini kerana pada 10 Mei 1933 anak anak mahasiswa German juga telah membakar 25,000 buah buku. Angka 25,000 adalah judul buku yang dianggap tidak 'bersemangat German'. Ini dizaman Hitler berkempen untuk membakar semangat Aryan yang berkulit putih, bermata biru dan berambut merah dan meluaskan pengaruh politik Nazi.

Interlok dikatakan ada menggunakan perkataan 'pariah' yang dianggap rasis oleh orang India. Ada juga ayat-ayat lain yang tidak disenangi oleh orang India. Apakah perkataan pariah dalam Interlok ini rasis atau tidak bukan ini yang ingin saya garap. Disini saya ingin membuka ke satu kain rentang yang lebih luas. Saya ingin membuka pensejarahan kata, makna dan tanda dalam pembudayaan negara bangsa.

Umum harus disedarkan bahawa bunyi kata-kata yang keluar dari mulut kita ini tidak memiliki apa-apa makna. Makna yang kita kahwinkan dengan bunyi itu didatangkan kemudian.

Misalnya bunyi - ke-la-pa – bunyi ini tidak memiliki apa-apa makna kepada orang Sweden. Tetapi ianya memiliki makna untuk orang Malaysia. Makna ini lahir dari alam persekitaran dalam sesuatu budaya bangsa bukan dari bunyi perkataan itu. Kewujudan pokok yang tinggi menjulai ini melahirkan perkatan ke-la-pa. Benda-benda yang wujud di dalam alam inilah yang melahirkan perkataan. Perkataan ini diberi oleh budaya persekitaran.

Mari kita lihat perkataan 'keling' yang pada satu ketika dahulu ada tuntutan di mahkamah agar perkataan ini dilupuskan dari Kamus Dewan. Untuk saya, Mamat yang menuntut penglupusan perkataan ini tidak memahami sejarah perkembangan tamadun manusia. Pasti Mamat ini tidak ada keupyaan untuk membaca 25,000 judul buku German, jauh sekali membaca kitab Salalatus Salatin – Sejarah Melayu.

Sila baca kitab Sejarah Melayu ini dan lihat bagaimana perkatan keling itu telah digunakan tanpa memiliki unsur-unsur prasangka, penghinaan atau sikap rasisma. Perkataan keling muncul apabila adanya mahkluk yang bukan Orang Melaka datang dari negara atas angin. Lalu makluk ini di beri nama Keling kerana mereka pendatang baru yang dikatakan rakyat Raja Kalinga.

Bunyi, makna dan tanda disini bukan ilmih yang berasakan ilmu alam. Ini tidak penting. Lihat bagaimana hingga sekarang manusia Melayu mengunakan perkataan Bengali sebagai kata nama untuk manusia dari wilayah Punjab walhal Bengali seharusnya kata nama untuk warga dari wilayah Bengal.

Lihat perkataan ini diterima masuk ke dalam budaya Melayu tanpa prasangka atau niat jahat. Malah ada beribu-ribu perkataan Sanskrit yang telah memperkayakan perbendaharan kata dan pengucapan manusia Melayu.

' Maka Baginda pun perkenan memberi persalinan sepasangan baju China dan sepasang baju Keling. Maka apabila Anakanda memakai baju China maka rupa Chinalah dianya. Apabila Anakanda memakai baju Keling maka rupa Kelinglah dianya…'

Diatas adalah ayat dalam buku Salalatus Salantin yang ditulis 600 tahun dahulu. Satu ketika yang bagitu lama dahulu dimana konsep prasangka, rasisma dan perkauman ini belum wujud dalam sensibiliti manusia Melayu. Enam ratus tahun dahulu belum wujud perebutan ekonomi yang meruncing. Enam ratus tahun dahulu belum wujud Hindraf atau saham Talikom untuk Maika. Enam ratus tahun dahulu Kugan dan Francis belum lagi ditemui mati dalam rumah pasong.

Malah sensibiliti terhadap perkataan keling atau pariah ini datang kemudian ke dalam budaya Melayu. Ianya datang bersama sikap rasisma yang dibawa oleh kolonial British ketika menjajah Tanah Melayu ini. Kolonialisma memerlukan satu idealogy untuk menghalalkan penghisapan tenaga buruh anak-anak tanah jajahan.

Justeru mereka yang dijajah wajib dilihat lebih rendah dari tuan penjajah. Yang perlu dijadikan kuli oleh British diladang getah di Tanah Melayu ialah warga pariah kerana mereka adalah warga dari kasta yang terendah dalam budaya Hindu. Yang menjadi mandor dari kasta yang lain. Yang menjadi manager juga dari kasta yang lain. Ini adalah cara penjajah menjajah.

Amat jelas perkatan tanda dan makna pariah ini bukan diwujudkan oleh manusia Melayu. Pariah ini lahir dari sistem kasta Hindu itu sendiri. Manusia Melayu tidak memilki nilai penghinaan apabila bertembung untuk kali pertama dengan perkatan ini. Malah yang membawa masuk ke Tanah Melayu nilai penghinan terhadap perkataan -pariah - ini ialah orang-orang dari India itu sendiri yang kini tinggal di Malaysia tetapi dengan bangganya masih lagi mengamal sistem kasta.

Jangan silap faham disini. Apa yang saya tulis ini bukan untuk menunjukkan bahawa manusia Melayu ini suci dan tidak memiliki prasangka atau sifat benci terhadap orang luar. Sikap benci terhadap 'orang lain' ini bukan hanya dimonopoli oleh Hitler atau kaum Zionis atau kuam penjajah. Ianya wujud dan dimiliki oleh semua budaya bangsa. Yang ingin saya paparkan ialah bagaimana perkataan melahirkan konsep, tanda dan makna. Dan bagaimana budaya membudayakan perkataan itu.

Justeru adalah tidak adil untuk menilai novel Interlok dengan sensibiliti hari ini. Ini samalah juga seperti tidak masuk akalnya untuk kita mengubah kitab Salalatus Salatin kerana ada menggunakan perkataan keling. Atau kita wajib menggantikan nama Tanjung Keling kerana adanya perkataaan keling pada Tanjung ini.

Biar saya bawa keluar, ke dunia sastera yang penulisan di Amerika Syarikat. Mark Twain (1835 – 1910) adalah penulis yang telah dinobatkan sebagai penulis agung untuk budaya negara bangsa Amerika. Buku Adventures of Huckleberry Finn adalah kitab wajib untuk seluruh warga Amerika.

Buku Adventures of Huckleberry Finn ini ditulis pada tahun 1885 - seratus enam puluh lima tahun dahulu. Didalam buku ini ada menggunakan perkataan 'nigger'. Pada tahun-tahun 60'an lahirnya pejuangan Hak Asasi Manusia di Amerika Syarikat. Maka lahir satu kesedaran dan sensibiliti baru dimana warga berkulit hitam marah kalau dipanggil nigger. Perkatan ini dianggap rasis.

Ketika itu orang berkulit hitam di Amerika tidak marah kalau di panggil negro. Negro ini adalah hitam dalam bahasa Sepanyol seperti aswad dalam bahasa Arab. Kemudian lahir sensibiliti baru dimana perkataaan negro ini juga dilawan dan ditentang. Orang hitam di Amerika Syarikat hari ini mahu mereka dipanggil African America.

Lihat bagaimana berlaku perubahan dan sensibiliti. Ada juga Kepala-kepala Angin yang tidak faham tentang sastera dan budaya telah mengkritik buku Mark Twain. Kepala Angin di Amerika agak cerah sedikit kerana mereka tahu sadikit sebanyak tentang sejarah dan makna upacara bakar membakar buku ini. Mereka tidak ingin diasosiasi dengan cucu cicit Hitler. Hingga ke hari ini buku Mark Twain ini adalah buku wajib untuk sesiapa sahaja yang ingin mengetahui budaya dan sastera Amerika.

Biar saya bawa ke zaman Baitul Hikmah - di zaman pemerintahan Khalifah Harun Aminul Rasheed ( 763-809) dan dizaman anaknya Al-Makmum (813-833). Ini adalah zaman kegemilangan perkembangan ilmu pengetahun di negara Arab yang berpusat di Baghdad. Di zaman ini buku falsafah dari Greek telah diterjemah ke dalam bahasa Arab oleh para ilmuan Arab.

Al-Farabi dan Ibu Sina dua ahli falsafah Arab/Islam bukan sahaja menterjemahkan buku-buku Aristotle malah memberi makna dan pengertian baru. Dalam sejarah falafah kuno dan moden Al-farabi amat penting sekali sehinggakan dinamakan Aristotle Kedua. Tanpa ahli-ali falsafah di Baitul Hikamh ini tidak akan terbuka zaman Pencerahan di Eropah.

Ini tidak bermakna buku dan falsafah mereka yang mengajukan rasionalisma tidak ada yang menentang. Al-Ghazali (1058–1111) yang datang kemudian telah menentang pandangan dan falsafah Al-farabi dan Ibnu Sinna. Tetapi bukan dengan membakar buku-buku yang terawal. Apa yang dilakukkan oleh Al-Ghazali ialah menulis buku Tahafut-al-falasifa untuk menjawab buku-buku Al-Farabi dan Ibu Sinna. Dengan ini memperkayakan debat keilmuan hingga ke hari ini.

Membakar buku untuk menunjukan tentangkan adalah senang. Buku Salman Rushdi di bakar. Buku Tunku di bakar dan kini buku Andullah Hussain pula dibakar. Nyatalah sosok-sosk yang suka membakar buku-buku ini tidak memiliki nilai ilmu pengetahuan dan tidak tahu apa yang seharusnya dilakukan kepada buku. Justeru mereka membakar buku.

Tidak dapat dinafikan bahawa ramai orang India di Malaysia ini merasa diri mereka di tindas. Peratus orang India dalam penjara tinggi berbanding dengan jumlah penduduk. Ramai anak-anak muda India mati di bunuh mata-mata di pelbagai rumah pasong. Ramai orang India tidak memiliki kad pengenalan dan hidup merempat.

Penindasan terhadap orang India ini dilakukan oleh kerajaan yang berpandukan falsafah Ketuanan Melayu. Semua ini betul dan saheh. Tetapi jawapan untuk membebaskan diri dari penindasan ini bukan dengan melupuskan perkataan keling atau menghapuskan konsep pariah. Ianya memerlukan lebih dari itu.

Untuk membebaskan diri tangga awal wahid ialah membaca. Melalui pembacaan buku-buku berkemungkinan dapat digarap satu pemikiran yang akan membawa harapan dan pembebasan. Membakar buku tidak mendatangkan apa-apa faedah malah mencemarkan udara. Amat ironis, si pembakar buku tidak mungkin akan akan dilihat berkulit puteh, bermata biru dan berambut merah walau pun membakar Intelok sebagai satu kempen politik untuk membakar semangat kaumnya.(TT)

KENAPA TAK TANGKAP DATUK INI ?

Posted: 10 Jan 2011 09:10 PM PST



INI PUN DATUK





BEKAS PENOLONG PEGAWAI DAERAH HULU LANGAT DIPENJARA 6 BULAN DENDA RM20,000
– berita hairan

Seorang bekas Penolong Pegawai Daerah dihukum penjara enam bulan dan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pagi tadi selepas didapati bersalah menerima rasuah sebanyak RM10,000 daripada Ketua Eksekutif sebuah syarikat melombong pasir, dua tahun lalu.

Bagaimanapun, Mat Ghani membenarkan hukuman itu ditangguhkan bagi membolehkan tertuduh membuat rayuan dan mengekalkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Norhanizatuazwin Samsuni, 30, dikenakan hukuman itu selepas Hakim Mat Ghani Abdullah mendapati dia bersalah kerana setuju menerima wang RM10,000 daripada Ketua Eksekutif syarikat Syarikat Winmont Development Sdn Bhd, Datuk Lau Kim Soo, sebagai balasan kepada kelulusan untuk satu permit membawa keluar pasir.

nota:
lihat undang rasuah dalam negara ini
biasanya mata mata cabuk kena tangkap
biasanya pegawai cabuk kena tangkap
biasanya kerani cabuk kena tangkap

akan dikenakan hukuman maksima
akan dipenjara dan akan di denda


yang besar besar
yang rasuah berjuta juta
yang rasuah berbilion
yang ini tak akan kena tangkap
yang ini selamat sepanjang hayat

LIHAT BERITA DI ATAS

pegawai daerah kena hukuman maksima

apa jadi dengan DATUK LAU KIM SOO
dia pemberi rasuah
kenapa dia tidak ditahan sama?

mana dia pukida
kenapa tak minta sultan tarik balik derajah datuk ini?
mana dia ngo melayu?
bukan kah datuk ini hina raja
kerana beri derajah kebesaran tapi amal rasuah?

mana dia pejuang islam zul nordin?
kenapa tak minta DATUK LAU KIM SOO ini di gantung mati?

mana dia melayu jati?
kenapa tak minta china ini dihukum kerana amal rasuah?

mana raja melayu?
tak kan tak baca berita ini?

macam mana china ini dapat datuk?
sultan tak malu?
ketua menteri tak malu?
gabenor tak malu?
pooorah !!!


PLENTY OF KACAU

Posted: 10 Jan 2011 08:42 PM PST



DULU MAI DENGAN KAPAL INI




ADUN KOMTAR CABAR KIMMA BUKTIKAN SEDIA LETAK JAWATAN
– minsider

Setiausaha politik Lim Guan Eng, Ng Wei Aik, yang didakwa berkata "tutup kedai, balik India" terhadap seorang pengusaha restoran nasi kandar di sini, bersedia untuk meletakkan jawatan jika ada bukti beliau mengeluarkan kenyataan berbaur rasis itu.

Minggu lalu, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) mendesak Ng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar agar memohon maaf berhubung dakwaan beliau mengeluarkan ungkapan seumpama itu 2 Januari lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan Kimma Pulau Pinang, Faruk Raja Mohamed berkata, pihaknya memberi tempoh seminggu kepada Ng, setiausaha politik kepada Ketua Menteri berbuat demikian dan menarik balik kata-kata unsur perkauman itu.

Laporan media sebelum ini menyebut, Ng mengeluarkan ungkapan itu kepada Syed Kasali Mohamed Aliyar, 42, ketika pasukan penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang menjalankan operasi menyita barang-barang kedai.

Ng telah menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian dan menunjukkan rakaman video bagi mempertahankan pendirian beliau.

"Ini jelas satu pembohongan... fitnah dan dakwaan liar yang saya tidak boleh terima," kata beliau pada sidang media hari ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… TAK HABIS HABIS EEE BUAT ANGKARA?.... kah kah kah..

kah kah kah… DULU DI BAGAN PINANG ADA EEE PATAH LEHER…kah kah akh..

kah kah kah… MACAM MANA SURUH TUTUP KEDAI BALIK INDIA?... kah kah kah

kah kah kah…. EEE INI BUKAN ADA NEGERI… kah kah kah…

kah kah kah… INDIA PUN TAK KAN LAYAN… kah kah kah..

kah kah kah…. MANA ASAL USUL EEE INI TAK PASTI… kah kah kah…

nota:
nak kata india bukan india
nak kata bengali bukan bengali
nak kata pakistan bukan pakistan
plenty of susah kah kah kah


SIAPA BUKA BERITA ROGOL INI

Posted: 10 Jan 2011 07:45 PM PST





KELUARGA MITHALI





RAIS ENGGAN ULAS PENAFIAN BEKAS AMAH
- minsider

Rais Yatim memutuskan untuk berdiam diri berhubung perkembangan terbaru dakwaan insiden rogol walaupun bekas pembantunya sudah pun menafikan perkara tersebut.
Rais enggan mengulas apa-apa mengenai penafian tersebut yang dibuat pembantu rumahnya di Indonesia, Jumaat lalu.

"Tiada komen. Saya ada perkara lain untuk hadir," kata beliau ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam kenyataannya Jumaat lalu, wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu selama lapan tahun sehingga 2007 menafikan dakwaan bahawa dirinya pernah diperkosa oleh bekas majikannya itu.

Menurut laporan portal berita detik.com hari ini, wanita itu menafikan dakwaan tersebut ketika ditemui empat petugas Balai Pelayanan Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BP3TKI) Semarang.

Dalam pernyataan bertulis yang ditandatanganinya, pembantu rumah itu menegaskan tidak pernah terjadi cubaan gangguan seksual oleh majikannya selama beliau bekerja di Malaysia.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… NAK KOMEN APA LAGI…. kah kah kah…

kah kah kah…EMBAK DAH KATA TAK ADA ENTOT…. kah kah kah…

kah kah kah… KALAU CAKAP TAK ADA ENTOT.. TAK ADA ENTOT LAAA…kah kah kah

woit… NAPA TAK SAMAN WIKILEAKS… kah kah kah…

kah kah kah…INI MESTI NEGARA BARAT CEMBURU PADA KEJAYAAN MALAYSIA…kah kah kah..

kah kah kah… TU PASAL WIKILEAKS BUIAT FITNAH…. kah kah kah..

woit… KALAU TIDAK WIKILEAKS INI DI BAYAR OLEH PAKATAN RAKYAT… kah kah kah…

kah kah kah… ATAU INI SATU KONSPIRASI YAHUDI TERHADAP PEMIPIM ISLAM…kah kah kah

kah kah kah… MANA TAHU… APCO NI SETIA PADA ISRAEL… kah kah kah..

kah kah kah…ATAU INI RANCANGAN PIHAK PIHAK TERTENTU YANG NAK JATUHKAN PEMIMPIN MELAYU ISALAM… kah kah kah..

nota:
macam macam dilakukan
semua nak tipu orang kampong
semua nak lebong mak cik felda
semua nak kelentong minah kerinchi
kah kah kah..

TANDA TANDA DAN TANDA TANDA APA?

Posted: 10 Jan 2011 07:31 PM PST




MINYAK OH MINYAK




PERUNCIT: BEKALAN MINYAK MASAK TAK MENCUKUPI - mkini

Beberapa peruncit di sekitar Lembah Klang mendakwa pembekal minyak masak kelapa sawit telah mengurangkan bekalan sehingga 50 peratus kepada mereka, sekali gus meruncingkan masalah kekurangan bahan itu di pasaran.

Mereka berkata sekalipun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tiga dari kanan) telah menyatakan bekalan ditambah 14,000 tan metrik lagi kepada 84,000 tan metrik bulan ini, bekalan kepada mereka masih tidak berubah.

Tinjauan di kedai dan pasar raya juga mendapati kebanyakannya sudah hampir kehabisan bekalan manakala pilihan jenama minyak masak kelapa sawit pula terhad.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… TAK KAN TAK FAHAM….kah kah kah..

kah kah kah… TAK KAN TAK RETI TANDA TANDA INI…. kah kah kah..

kah kah kah… LIHAT … PELIK ATAU TIDAK….kah kah kah..

kah kah kah… NEGARA TERBESAR PENGELUAR MINYAK DALAM DUNIA… TAPI RAKYAT TAK DA MINYAK…… kah kah kah…

kah kah kah.. INI LAH SISTEM EKONOMI KAPITALIS…. kah kah kah…..

kah kah kah… SAPA LEBIH KUAT…. CUKONG ATAU KERAJAAN… kah kah kah…

kah kah jah…. SIAPA LEBIH BERKUASA…. CUKONG ATAU ISMAIL SABRI… kah kah kah


mari kiat bertaruh yang mana akan mucul:

1 - kerajaan akan terus berusha tetapi keadaan ...
2 - harga minyak kita lebih murah dari....
3 - kerajaan beri subsidi berjumlah...
4 - lebai karim di kg gibong akan berjimat ....
5 - kerajaan akan terus pantau...
6 - peniaga cari untung berlebihan akan di dakwa....
7 - tiga pengusaha kilang minyak haram di tangkap...
8 - sebuah lori cuba seludup di tahan....
9 - tuan punya warung berjanji tidak akan...
10 - pergi kencing berdirilaaalaaa.... dah dengar semua ini kah kah kah


Tiada ulasan: