Selasa, 11 Januari 2011

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Video Sidang Media Anwar cabar Najib debat

Posted: 11 Jan 2011 06:58 PM PST

Sidang Media Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk berdebat untuk menentukan siapa mempunyai dasar ekonomi yang lebih baik untuk negara.

Ummi Hafilda Ali saman Anwar, Wan Azizah, Karpal, Pas RM700 juta

Posted: 11 Jan 2011 06:39 PM PST

Sumber: Utusan malaysia

Ummi Hafilda Ali (gambar) akan memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; peguam Karpal Singh dan Pas, Khamis ini.

Menurut Ummi Hafilda, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu.

Beliau memberitahu, saman ke atas Karpal pula berjumlah RM200 juta kerana melanggar kepercayaannya selaku anak guam selepas beliau dan bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar bertemu Karpal pada tahun yang sama untuk mendedahkan perilaku buruk Anwar.

"Beliau (Karpal) gembira dengan pendedahan itu dan mendesak di Parlimen agar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil tindakan. Tetapi apabila tindakan diambil, beliau pusing 360 darjah untuk membela Anwar pula sehingga saya menjadi mangsa keadaan.

"Saya ambil tindakan saman ini setelah hilang sabar dengan Anwar dan konco-konconya yang kian angkuh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ummi Hafilda menambah, saman RM100 juta pula dibuatnya terhadap Dr. Wan Azizah kerana Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tahu apa yang berlaku tetapi tidak mahu mendedahkan kebenaran menyebabkan dia difitnah terlibat dengan konspirasi yang menjatuhkan imejnya.

Katanya, Pas pula disaman RM100 juta kerana mereka pernah menghantar Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu bertemunya juga pada 1997 untuk mendapatkan cerita sebenar.

"Apabila sudah tahu segalanya, beliau merupakan orang pertama menggelar Anwar sebagai peliwat di Parlimen. Alih-alih, setelah segalanya terbongkar, Pas dan Mohamad Sabu sokong Anwar pula," tegasnya.

Ditanya mengapa baru sekarang tindakan saman itu dibuat, beliau memberitahu, selama ini masih terdapat pertimbangan dalam dirinya berhubung penglibatan darah daging sendiri, Azmin Ali dengan PKR.

"Emak saya juga menasihatkan supaya bersabar dan menyerahkan kepada Tuhan selain sentiasa mendoakan agar Azmin bertaubat.

"Tetapi setelah Azmin dan PKR kian melampau termasuk mahu menghapuskan ketuanan Melayu, saya rasa cukuplah. Apa hendak jadi, jadilah. Saya mengisytiharkan mereka sebagai musuh dan perlu ditentang habis-habisan," katanya.


Sharpshooter - Kenapa tidak saman Azmin Ali sekali, jika Wan Azizah juga disaman kerana kononnya beliau tahu perkara sebenar, Azmin juga pasti lebih tahu perkara sebenar. Samanlah semua mengapa ada saman terpilih? Adakah Azmin akan menjadi saksi kakaknya?

Dunia politik di Malaysia semakin menggila hingga sanggup membunuh. Kes Teoh Beng Hock sebagai contoh, dunia ketawa dengan Malaysia sebab yang peliknya beliau mati tidak tahu samada dibunuh atau bunuh diri. Habis tu beliau mati sebab apa? Mengapa hakim tidak putuskan beliau mati sebab malaikat maut telah ambil nyawa Teoh Beng Hock kan mudah tidak payah bersusah payah bicara dan siasat.

Kes Altantuya juga mati dalam keadaan menyayat hati ditembak kemudian beliau diletupkan dalam keadaan mengandung. Yang anehnya 2 orang polis bangang yang didapati bersalah kerana membunuh Altantuya tetapi siapa yang arah mereka membunuh Altantuya? Adakah Najib atau suami puakanya Rosmah?

Dua kes pembunuhan besar ini melibatkan politik Malaysia. Kerana kuasa dan kedudukan, ahli politik sudah hilang pertimbangan hingga sanggup membunuh.

Mujurlah ahli politik yang melompat menjadi katak dan senatak tidak ada pula yang mati dibunuh, kalau ada selepas ini pasti tidak ada ahli politik yang berani lompat sebab takut kena bunuh.

Saman fitnah ahli politik kini juga semakin menggila, semua berjuta ringgit dan yang sedihnya ramai rakyat masih menanggung derita dan masih ada rakyat yang berumah berbumbungkan angkasa dan berlantaikan bumi tidak ada siapa yang peduli.

Cerahkah Masa Depan Umno?

Posted: 11 Jan 2011 05:40 AM PST

AHAD lalu ketika saya melewati Jalan Pekeliling (Tun Razak) KL dan ketika lengguk ke bangunan Umno ternampak beberapa buah skylift sedang bergayutan di satu sudut bangunan berkenaan. Di sekeliling bangunan itu pula ternampak semacam ia dilingkungi atau dipsang dengan sesuatu berbentuk tali atau dawai.

Bila memerhatinya dengan lebih cerat, rupanya bangunan itu sedang dilengkapi dengan sesuatu bagi tujuan mencantik dan menggahkan bangunan itu. Tidak dapat dipastikan apakah yang dipasang itu. Yang dapat dibayangkan bangunan itu sedang diperindahkan (dikosmetikan).

Mungkin ianya sedang dipasang dengan lampu atau neon ataupun dibelit dengan slogan besar 1 Malaysia. Ia dijangka akan siap sedikit masa nanti. Kalaulah kerja-kerja itu merupakan pemasangan lampu atau neon atau apa-apa bererti Umno sedang melakukan pencerahan kepada bangunan berkenaan.

Kerja pencerahan ini akan memberi imej baru kepada Umno. Mungkin pihak pengurusan baru bangunan Umno merasakan bangunan itu sudah lapuk dan hilang serinya. Jadi untuk menampakknya ianya baru dan sumeringah maka pencerahan perlu dilakukan.

Yang pastinya di samping melakukan kerja pencerahan yang memakan kos yang tinggi sudah pasatilah ia juga akan turut mcerahkan dan mengembungkan poket pihak tertentu.

Kata orang sambil menyelam kena minum air, atau kalau boleh selepas minum air kena hisap rokok. Yang juga boleh disoal dari manakah wang digunakan untuk mencerahkan bangunan itu? Kalau Umno sendiri dari hasil kutipan yuran ok. Tapi kalau dari sumber lain, ah ok juga... kerana Umno adalah Umno.

Saya rasa kerja pencerahan itu ada kena mengena dengan kehadiran pilihan raya. Pencerahan itu menjadi salah satu tanda awal pilihan raya tidak lama lagi. Umno berusaha menunjukkan mereka ceria, ataupun dalam keadaan selesa untuk menghadapi pilihan raya. Pencerahan itu akan jadi daya tarikan baru buat Umno.

Kalau benar begitu soalnya apakah Umno boleh menyakinkan orang ramai bahawa mereka ceria, kuat dan mempunyai wang banyak dengan melakukan pencerahan itu? Biasanya kosmetik dipakai oleh mereka yang tidak yakin dengan keaslian dan keanggunan semulajadi wajahnya. Kosmetik adalah alat untuk menipu si pemandang dan kebanyakannya ia diperbuat daripada bahan-bahan terlarang.

Maka demikian juga dengan kerja pencerahan itu untuk mengajak setiap mata memamdangnya mengatakan Umno dalam situasi, kuat, sedangkan hakikatnya Umno dalam keadaan sakit dan bermasalah!

Kalau Umno tidak bermasalah Umno tidak akan menyerang pihak lawannya bertubi-tubi sedangkan sesertengah serangan itu tidak relevan langsung. Harap Mat Maslan dapat mengulas sinikal ini.




Oleh Mohd Sayuti Omar

Beranikah Najib Terima Cabaran Debat?

Posted: 11 Jan 2011 05:26 AM PST

Perdana Menteri dicadang agar segera menerima cabaran yang diutarakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat berhubung Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang dipertikaikannya, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

"Kita kemukakan masing-masing. Pembangkang beri cadangan, kerajaan berikan cadangan. Ini sepatutnya telah diamalkan lama di negara kita. Tetapi itu tidak dibuat.

"Kenapa kalau realisitik (program transformasi) tetapi tidak mahu berdepan dengan awam? Terangkanlah kepada orang awam tetapi kalau sebaliknya, kalau Najib kata Pakatan Rakyat atau Anwar berikan perkara yang tidak realistik, kenapa Anwar pula yang hendak berdepan dengan orang ramai untuk beritahu pelan kita yang pada pandangan mereka tidak realisitk," selar Azan.

Menurut Azan cadangan Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang menelan belanja sebanyak RM19.2 bilion sudah mengambil kira perkara di luar jangka.

"Mereka kena sedar orang yang membuat anggaran itu adalah bekas seorang Menteri Kewangan yang tahu formula-formula, yang sudah tentu tahu sangat kaedah-kaedah merumuskan belanjawan untuk pentadbiran negara.

"Perkara itu sangat-sangat realisitik sebab kos sebenar 100 hari untuk pengubahsuaian memang rendah daripada itu. Itupun setelah mengambil kira faktor sekiranya berlaku perkara luar jangka. Itu sudah diambil kira," katanya lagi.

Menurutnya, akibat gagal menyakinkan rakyat menyebabkan Perdana Menteri akhirnya terpaksa memburuk-burukkan dasar dan rancangan kerajaan Pakatan Rakyat untuk mengaburi kelemahan mereka.

Dalam keadaan terdesak itu, Najib tampil membuat kenyataan bahawa program 100 Pakatan Rakyat bersifat populis dan tidak bertanggungjawab.

Tambahnya, walaupun mengumumkan pelbagai program transformasi diselang-seli dengan kritikan pentadbiran Pakatan Rakyat, Najib bagaimanapun masih gagal meraih kepercayaan rakyat.

Sehingga kini dakwa Azan kira-kira 35 peratus golongan yang menjadi agen sebenar dalam sektor-sektor di negara kita, baik ekonomi, kewangan, sosial, agama, budaya, pendidikan gagal diyakinkan oleh kerajaan.

Kegagalan Najib menyampaikan mesej perubahan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dibawanya itulah yang menyebabkan beliau mula hilang arah dan gementar dengan Program 100 Pakatan Rakyat yang dicadangkan pada konvensyen yang lalu, tambah Azan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata Najib nyata bukan hanya tidak memahami program itu tetapi nyata tidak memahami juga dari sudut angka dan kos perkara seperti yang Pakatan Rakyat sebutkan.

Mengambil contoh pengiktirafan yang bakal diberikan kepada tenaga pengajar dan kakitangan awam dalam sektor pendidikan dengan imbuhan RM500 sebulan kepada 537,221 penjawat, masih belum mampu menyaingi jumlah subsidi yang diberikan kerajaan kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)

"Itu telah kami hitung tidak akan membelanjakan lebih dari RM3.2 bilion setahun. Sementara kalau kami mahu ambil dari bayaran subsidi kepada Tenaga Penjana Bebas (IPP) yang hari ini menelan belanja RM9 bilion, dari situ sahaja kita boleh membiayai cadangan kami untuk memberi imbuhan kepada tenaga pengajar di seluruh negara kita," jelas Dr Dzul lagi.

Menurut Dr Dzul lagi, sudah sampai masanya rakyat didedahkan dengan maklumat dari pelbagai sumber dan media menerima hakikat bahawa Malaysia adalah negara dua parti.

Maka katanya, cadangan Anwar untuk berdebat dengan Najib tidak harus dipandang dari sudut politik semata namun ia atas dasar kebertanggungjawaban untukmemberikan yang terbaik kepada rakyat.

PRU13: Najib berbohong

Posted: 11 Jan 2011 05:18 AM PST

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak yakin mengadakan pilihan raya awal kerana beliau sendiri pun bercakap bohong, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mengulas laporan bahawa Najib tidak yakin mengadakan pilihan raya seawal Mac atau Julai tahun ini kononnya kerana prihatin dengan janji-janji yang belum dilaksanakan oleh wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di setiap kerusi pilihan raya, Mahfuz berkata Najib sendiri banyak kali didapati bercakap bohong.

"Isu terbesarnya bukan janji-janji yang belum dilaksanakan oleh wakil-wakil rakyat di bawahnya, tetapi Najib sendiri pun banyak kali didapati berbohong.

"Contohnya dalam isu terbunuhnya Teoh Beng Hock di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, keluarga mangsa kini menuntut Najib menunaikan janjinya untuk menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat punca kematian tersebut, jika mereka tidak berpuas hati dengan hasil siasatan inkues," katanya.

Sekarang, kata Mahfuz (gambar kanan), ternyata mereka tidak berpuas hati dengan hasil siasatan inkues itu dan Najib pula tiba-tiba mengumumkan bahawa suruhanjaya tersebut hanya akan meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang digunapakai.

"Ternyata Najib telah membohongi keluarga mangsa," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Bagi beliau, Najib bukan sahaja menipu keluarga mangsa, malah menipu seluruh rakyat Malaysia yang tertanya-tanya siapa yang membunuh Teoh.

"Persoalannya mengapa Najib kelihatan beria-ia mengelak dan memesong dari janjinya kepada keluarga Teoh bagi menyiasat punca kematian tersebut, jika mereka tidak berpuas hati dengan hasil siasatan inkues.

"Rakyat semakin tertanya-tanya , apakah yang cuba hendak disembunyikan oleh Perdana Menteri memandangkan Teoh didapat terbunuh di pejabat SPRM Selangor, iaitu di premis salah sebuah agensi kerajaan," katanya.

Mahfuz juga menyifatkan keenganan Najib itu sebagai bukti amat jelas bahawa kerajaan pimpinannya bersungguh-sungguh mengelak dari bersifat telus.

"Barangkali sebab itulah Najib dilaporkan tidak yakin lagi untuk mengadakan pilihan raya, mungkin imej pembohong dan tidak telus menyebabkan Najib sentiasa ragu-ragu untuk berhadapan dengan rakyat," katanya.

Beliau percaya, rakyat semakin bersedia untuk menghukum kerajaan yang penipu dan tidak telus.

Dewan Negeri Selangor Siap Sedia Pinda Perlembagaan

Posted: 11 Jan 2011 05:16 AM PST

Pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata pihaknya sudah selesai memberikan pandangan dan nasihat serta kesan-kesan pindaan dalam draf yang disediakan Kerajaan Negeri Selangor bagi meminda perlembagaan negeri itu.

Aziz Bari ketika dihubungi Tv Selangor berkata, kerajaan negeri menyediakan draf pindaan dan Khalid sebagai Menteri Besar akan menjelaskan kepada Dewan mengenai kronologi dan isu sebenar dalam krisis pelantikan tersebut.

Sebelum itu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim Khalid dilaporkan berkata, kerajaan negeri melantik Aziz Bari yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa dan peguam Datuk Param Cumaraswamy, bagi menyediakan draf pindaan Seksyen 52 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Ujar Khalid, ia membabitkan cadangan untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kepada Sultan dan Menteri Besar, kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang.

"Menteri Besar juga akan menerangkan bagaimana kerajaan negeri menangani isu ini setakat ini serta menjelaskan kekeliruan supaya ahli Dewan dapat faham kedudukan sebenar.

"Kita cuma diminta memberikan nasihat dan menyediakan draf pindaan sahaja, yang lain itu merupakan keputusan dan pendekatan politik yang diambil oleh kerajaan negeri dan saya tidak campur tangan dan saya pun tidak tahu kerana perkara itu berada di dalam pengetahuan dan kebijaksanaan kerajaan negeri," jelasnya.

Cuma jelas Aziz selepas itu, mungkin ahli Dewan akan bertanyakan soalan dan mungkin usul tertentu yang akan dibawa oleh ahli Dewan dan terpulang kepada Dewan untuk menerima atau tidak.

Dalam kenyataan pejabat Speaker DUN Selangor hari ini, Datuk Teng Chang Khim telah mengarahkan setiausaha DUN supaya memaklumkan perkara itu kepada semua ADUN Selangor.

Sidang 24 Januari ini nanti diadakan mengikut Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.

Menurut kenyataan itu, Speaker memanggil mesyuarat tersebut selepas berpuashati dengan alasan yang dikemukakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, bahawa kepentingan awam berkehendakkan mesyuarat tersebut diadakan lebih awal dari tarikh DUN ditangguhkan.

Kajian PEMANDU Tipu Rakyat

Posted: 11 Jan 2011 05:10 AM PST

Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU) gagal berperanan memberi informasi sebenar dan mengawal harga barangan walaupun sepatutnya unit itu membantu program merasionalisasikan subsidi, ujar Tony Pua.

Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara mendakwa kajian yang dilakukan PEMANDU terhadap impak kenaikan harga barangan merupakan penipuan kerana hakikatnya adalah berbeza.

PEMANDU dipimpin oleh dua Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dan Tan Sri Koh Tsu Koon.

"Dia kata kita buat kajian. Bila Barisan Nasional(BN) naikkan harga petrol, gula, diesel dan lain, lain harga teh tarik akan naik satu sen. Saya tak cakap main-main. Boleh tengok website pemandu www.pemandu.gov.my ada kertas fakta boleh muat turun. 70 perkara dia kata mee goreng mamak naik dari RM3 kepada RM3.01

Tetapi memberi contoh lain berkenaan harga teh tarik, walaupun PEMANDU menyatakan kajian harga teh tarik hanya akan naik satu sen daripada harga asal RM 1.20 sen.

Hakikatnya harga teh tarik yang telahpun dinaikkan sebanyak 20 sen pada awal tahun ini seperti dirancang Persatuan Pekedai kopi dan teh Selangor dan Kuala Lumpur menjadikan harga naik kepada RM 1.40.

Justeru Tony (gambar kanan) secara berseloroh meminta kerajaan Barisan Nasional 'memulangkan' 19 sen bagi setiap teh tarik yang diminum oleh rakyat sebagai tanda prihatin dan berpegang kepada kajian yang dibuat.

"Saya nak minta sama kerajaan hari ni saya minum teh tarik di kedai mamak RM1.40. Saya nak mintak BN pulangkan 19 sen kepada saya untuk setiap gelas yang saya minum. Kita mintak pulangkan setiap 19 sen kerana kerajaan kata harganya hanya RM 1.21," jelasnya.

Kenaikan harga barangan makin menjadi apabila harga gula meningkat sebanyak 55 peratus pada tahun lepas sahaja dan harga petrol dan diesel dinaikkan secara berjadual setiap beberapa bulan.

Menurut Tony lagi, kerajaan BN pula gemar menggunakan istilah 'penyelarasan subsidi' berbanding 'naik harga' demi memaparkan kononnya kesejahteraan negara di masa akan datang atau penggunaan istilah ekonomi berbunyi pengurangan defisit.

"Kita dapat lihat dengan jelas bila kos naik. Subsidi kena potong. Dia kata kena rasionalkan subsidi di negara kita kalau tidak kita muflis. Yang akan muflis itu Barisan Nasional," katanya.

Apa yang ditakutkan sangat buku Mujahid?

Posted: 11 Jan 2011 01:15 AM PST

Setelah mendengar pandangan beberapa teman yang sama-sama menjadi pendukung setia PAS selama ini dan berfikir agak lama, saya cuba 'memberanikan diri' untuk menyumbangkan sedikit pandangan mengenai isu buku Dr. Mujahid Yusuf Rawa - 'Menuju PAS Baru' – Krisis, Peluang dan Dinamisme' – terbitan Malaysian Insider yang kelihatahnya mulai menjadi polemik di mana pandangan beliau dibantah oleh beberapa pihak di dalam PAS sendiri.

Seperti orang lain yang amat cintakan percambahan fikiran, rasional dan tanpa emosi, saya mengharapkan perbahasan ini – atau apa namapun - biarlah dalam suasana akhlak Islam, terkawal dan dipersembahkan dengan hujah ilmu, bukan emosi.

Pihak yang menentang buku tersebut, mahupun Dr. Mujahid sendiri adalah mereka yang sangat sayangkan PAS dan sama-sama berusaha memperkasa dan memelihara kemurniannya sebagai sebuah jamaah Islam.

Pihak yang menentang tentu mempunyai hujah mengapa ia menolak buku tersebut yang mungkin dianggap boleh 'memudaratkan' PAS. Demikian pula Dr. Mujahid tentu sekali mempunyai hujah untuk mempertahankan bukunya. Sudah dihuraikannya di majlis pelancaran buku ini dulu bahawa pandangannya itu hanya berupa sebuah ijtihad, boleh saja diterima dan boleh pula tolak. Tidak ada masalah, katanya.

Jika begitu keadaannya maka perbahsan mengenai isu buku ini tentu saja boleh diteruskan, namun perbahasan itu mestilah diuruskan dengan baik, dalam suasana ukhuwah Islamiyah, jauh dari prasangka dan hal-hal negatif.

Bukankah berbeza pandangan di dalam Islam itu suatu rahmat, seperti yang ditegaskan oleh hadis Rasulullah s.a.w. di samping banyak contoh lain di dalam sejarah kegemilangan Islam bagaimana berlaku perbezaan pandangan dari kalangan ulama mujtahidin, serta pemikir besar Islam yang lain sejak zaman berzaman di mana hasilnya menjadi warisan tamadun Islam yang sangat berharga.

Dengan itu jika perbahasan mengenai buku ini atau isu-isu lain dalam gerakan Islam diuruskan secara bijaksana, nescaya ia akan memperlihatkan kedinamisme PAS sebagai sebuah harakah Islam kontemporari. Nescaya ia akan dilihat sebagai model terbaik gerakan Islam moden yang sangat terbuka, toleransi, meraikan percambahan idea, bijaksana, sebuah parti Islam yang sangat dinamik.

Memang ada sesetengah pihak yang merasa 'terkejut' dengan pandangan Dr. Mujahid ini yang mungkin dianggap sebagai suatu 'penyimpangan' dari kebiasaan bagi sebuah jamaah Islam. Mereka tentu saja merasa cemas dan tidak selesa dengan keadaan ini. Sebab itu mereka segera menyanggah apa saja yang meteka lihat sebagai elemen penyimpangan dari perjuangan PAS.

Bagaimanapun, tidak perlulah dikhuatirkan sangat bahawa sebuah buku Dr. Mujahid boleh 'memecahbelahkan' PAS. Jika ada tanggapan seperti ini, ia hanya menghantar isyarat seolah-olah dengan sebuah buku boleh 'menggegarkan' PAS, justru sepanjang sejarahnya, PAS telah mengharungi gelombang cabaran yang amat jauh lebih besar, namun bahtera PAS tetap utuh hingga kini.

Dalam sebuah perjalanan jauh dan sukar, jamaah Islam seperti PAS akan bertemu dengan pelbagai hal yang tidak diduga dan mengejutkan, dengan cabaran yang tidak putus-putus dihadapinya. Sebab itu, sepanjang sejarahnya sejak ditubuhkan, PAS telah mengalami pelbagai cabaran dan perubahan dalam rentang waktu lebih setengah abad perjuangannya, sehinggalah yang terkini, di mana ia mampu, malah mengisytiharkan, 'PAS For All' - langkah yang sangat dinamik dan berhasil meraih sokongan besar dari pelbagai pihak. Namun betapapun ia sangat terbuka dan toleransi, tetapi PAS tetap berada dalam orbit Islam.

Inilah uniknya PAS, sebuah kejayaan luar biasa di bawah pimpinan yang sangat dinamik. Ia tidak lagi memberikan keutamaan kepada form, tetapi kepada substans – tidak kepada label tetapi kepada isi. Kejayaannya ini terserlah dalam tsunami politik PRU Ke-12 2008 dulu. Ini menyebabkan musuh politik PAS 'kelu lidah untuk berkata'. Inilah hasil keterbukaan dan dinamisme PAS, meninggalkan jauh kebelakang pemikiran politik perkauman yang masih diamalkan oleh musuh-musuh PAS hingga kini.

Namun seperti sebuah kafilah, PAS masih meneruskan perjalanan yang jauh dan mencabar dan sudah pasti pula akan bertemu dengan suasana, iklim politik dan sebagainya yang berbeza disepanjang perjalanan itu. Di sinilah sekali lagi kebijaksanaan PAS dituntut untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana baru ini.

Di sinilah, saya fikir, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, seakan-akan berdiri dan memberikan isyarat bahawa PAS seharunya mempersiapkan diri dengan suasana baru yang dilihatnya akan ditempuh tanpa berkompromi dengan dasar asasnya.

Tentu saja pemberi isyarat ini bukan musuh PAS, ia adalah rakan seperjuangan yang amat setia, yang hanya mengingatkan kita bahawa di depan itu suatu perubahan yang perlu ditangani secara bijaksana. Ia merasa terpanggil untuk memberikan isyarat kepada jamaah.

Oleh itu tidak syak lagi, perbahasan mengenai buku beliau ini bukan untuk menentukan kalah menang, bukan juga untuk melepaskan letusan emosi, tetapi ia sebuah perbahasan yang diharapkan berjalan atas landasan hujah ilmu dan akhlak Islam.

Jika perbahasan ini berjalan seperti yang diharapkan, saya tidak fikir akan menyebabkan perbalahan sesama sendiri di dalam PAS. Bukankah PAS sendiri didukung oleh mereka yang matang dan boleh berfikir, yang disebut di dalam Al-Quran 'Liqaumin-Yatafakkarun', mereka yang terpelajar dan amat setia dengan perjuangan parti
Justru jika perbahasan ilmiah mengenai buku ini berlansung, maka hujah kedua belah pihak akan menjadi dokumintasi ilmu dan hazanah warisan PAS yang berharga bahawa di dalam sejarah perjuangan gerakan Islam ini, telah berlaku suatu perbahasan ilmu yang sangat dinamik.

Mungkin saja pelbagai golongan di Malaysia berminat menyaksikan jalannya perbahasan ini – sebuah perbahasan yang tidak mungkin dapat ditemui dalam mana-mana parti sekular - justru perbahasan ini berpaksikan fikrah dan pendekatan Islam. Dan inilah dinamisme Islam yang diserlahkan oleh PAS.

Benar, mungkin ada sedikit kekhuatiran jika polemik ini akan dijadikan senjata oleh musuh politik PAS untuk memecahbelahkannya. Janganlah dikhuatirkan, justru usaha mereka untuk melumpuhkan PAS selama ini tidak berjaya malah PAS bertambah utuh seperti yang saya nyatakan tadi, malah perbahasan ilmu seperti inilah antara ciri-ciri kekuatan PAS untuk berhujah di medan manapun.



Oleh ABD SHUKUR HARUN

Kenaikan Harga Barang semakin mencengkam

Posted: 11 Jan 2011 01:08 AM PST

Krisis kenaikan harga bawang semakin parah apabila harganya melambung tinggi berikutan bencana alam di beberapa negara pengeksport iaitu India, China dan Thailand.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, setiap kawasan menjualnya dengan harga yang berbeza-beza kerana ia bukanlah kategorikan sebagai barang kawalan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Harga bawang merah dilaporkan naik sehinggakan empat kali ganda dan berbeza-beza mengikut kawasan dan ada antaranya mengalami kenaikan sehingga RM4 sekilogram.

Trend ini mengalami kenaikan dikesan sejak dua bulan lalu selepas peruncit memaklumkan kenaikan mendadak ini terpaksa dilakukan berikutan stok yang semakin berkurangan.

Di PERAK
, pengguna dan peniaga semakin bimbang dengan kenaikan harga beberapa barangan keperluan harian terutama bawang di pasar dan kedai runcit sekitar bandar raya ini.

Kenaikan harga bawang itu berlaku hampir di semua pasar dan kedai runcit di bandar raya Ipoh termasuk beberapa daerah lain.

Melalui pemantauan Sinar Harian, terdapat beberapa kedai di sini menjualnya sehingga RM8 sekilogram walaupun sebelum ini hanya RM2.50.

Di LANGKAWI, peniaga terpaksa menaikkan bawang merah sehingga RM8.90 sekilogram akibat krisis ini terutamanya tanah besar mengalami musibah banjir.

Di SEREMBAN, dilaporkan pengguna terus mengeluh kenaikan secara mendadak ini sejak minggu lalu kerana amatlah membebankan pengguna.

Salina Osman, 44, berkata, bawang besar juga mengalami peningkatan sama, sebelum ini harganya sekitar RM1.80 sekilogram sahaja tetapi naik berperingkat dalam tempoh sebulan sebelum meningkat mendadak pada minggu lalu iaitu RM4.50 sekilogram.

"Begitu juga dengan kenaikan harga bawang kecil, sebelum ini hanya RM6 sahaja berbanding harga di pasaran sekarang mencecah RM9," katanya.

Di KUANTAN mendapati harga bawang merah dan bawang besar yang siap dibersihkan dijual pada kadar harga yang berpatutan iaitu RM6 sekilogram.

Bagaimana pun, peniaga yang ditemui, Ghani Nordin, 63, berkata, sejak kebelakangan ini, bekalan bawang yang diterima daripada pembekal banyak mengalami kerosakan kerana basah.

Menurutnya, dia terpaksa memilih bawang yang elok sebelum dijual kepada pengguna menyebabkan dia perlu mengeluarkan kos upah kepada pekerja untuk membersihkan bawang itu.

"Jika tidak dibersihkan, saya boleh jual bawang itu dengan harga RM4.50 sekilogram. Tapi, pengguna boleh memilih sendiri walaupun ada beberapa rungutan mengenai bawang yang tidak elok dan harga yang mahal.

"Saya sudah menjelaskan kepada pengguna situasi yang dihadapi peniaga setiap kali mereka merungut kerana ada yang membandingkan bawang yang dijual di pasar raya lebih murah, tetapi mereka tidak tahu bawang itu elok atau tidak," katanya.

Berlainan pula di PULAU PINANG, tinjauan kami di beberapa kedai di pusat bandar mendapati kebanyakan peniaga mengehadkan stok bawang merah masing-masing.

Di pasar raya utama, bawang merah langsung tidak dijual dan yang ada hanya bawang besar serta bawang putih.
Jawatan Kosong

Saya kagum dengan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim

Posted: 11 Jan 2011 12:56 AM PST

Saya kagum dengan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menafikan akan hadirnya unsur "rasis"dalam karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah hussain berjodol "Interlok" yang disensasikan kebelakangan ini Baca di sini.

Ternyata sebagai seorang pencinta seni dan karya Datuk Seri tidak pernah lupa untuk memberikan penilaian yang adil walaupun ia kini hangat dipolitkkan sehingga mencetuskan ketegangan dan rasa tak puas hati banyak pihak.

Orang-orang politik semua kena baca terlebih dahulu karya besar Bahasa Melayu ini sebelum melompat mengkritik atau menyokong. Jangan sekadar ambil baris tertentu kemudian menjatuhkan hokum, bukankah kita diajar berlaku adil kepada semua.

Utusan Malaysia terus-menerus mensensasikan isu ini sehingga cuba mengadu domba kumpulan sasterawan dengan Pakatan Rakyat, menjadikan ia satu modal politik buat Umno.

Syabas dengan kenyataan bijak Datuk Seri Anwar ini saya harap semua pihak bertenang, dan berlaku rasional.


Dari Roslan SMS

Tiada elemen rasis dalam Interlok

Posted: 11 Jan 2011 12:49 AM PST

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, novel Interlok yang menjadi kontroversi dan pertikaian sejak kebelakangan ini sebenarnya tidak membawa elemen "rasis" dan minta pihak-pihak yang mempersoalkannya supaya berbincang menyelesaikan pertikaian mereka.

"Saya dah baca novel ini (Interlok) sudah lama, saya tidak nampak apa-apa yang rasis pun.

"Saya rasa kita perlu adakan perbincangan untuk selesaikan perkara ini," kata beliau pada sidang media hari ini.

Anwar (gambar) yang juga Ketua Umum PKR itu berkata, tulisan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu satu novel yang baik tetapi bukan istimewa.

"Saya juga lihat novel ini tidak ada penghinaan kepada mana-mana kaum, jadi saya cadangkan Menteri Pelajaran (Tan Sri Muhyuddin Yassin) perlu dengar setiap teguran," katanya.

Dalam kenyataannya disiarkan media hari ini, Abdullah mempertahankan novelnya sambil menegaskan beliau tidak bermaksud mahu menghina masyarakat India negara ini.

Sehubungan itu beliau meminta mereka yang mempertikaikannya agar membaca kandungan novel itu dengan mendalam sebelum melahirkan pendirian mereka.

Novel itu yang kini berusia empat dekad telah diputuskan oleh Kementerian Pelajaran untuk dijadikan teks sastera mulai tahun ini.

"Baca betul-betul (teks Interlok) apa maksud sebenar saya tulis. (Saya) bukan mahu menghina masyarakat India," kata beliau.

Semalam lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis mengenai insiden pembakaran novel Interlok oleh sekumpulan penduduk di depan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang di Klang, Sabtu lepas.

NGO berkenaan ialah Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Majlis Kebudayaan Negeri Selangor, Majlis Permuafakatan PIBG Nasional dan Persatuan Ikatan Melayu Asli Nusantara.

Kira-kira 100 penduduk berketurunan India mengadakan demonstrasi sambil membakar novel Interlok di hadapan Dewan Sentosa mendesak kerajaan mengharamkan novel tersebut dan menarik balik keputusan menjadikannya sebagai buku teks sastera.

Sebelum ini, Pena menegaskan pihaknya tidak tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha mahu meminda atau menarik balik buku teks sastera Interlok tulisan Abdullah, yang menjadi kontroversi setelah 40 tahun digunakan sebagai tulisan sastera.

Malah, Pena bercadang mahu mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin dalam tempoh terdekat bagi membincangkan kontroversi tersebut.

Muhyiddin dilapor telah mengarahkan Jawatankuasa Khas Kementerian Pelajaran bagi mengkaji semula penggunaan novel Interlok sebagai buku teks subjek sastera mulai tahun ini.

Menurut timbalannya Dr Mohd Puad Zarkashi, kajian itu perlu dilakukan secara serius supaya penggunaan novel itu tidak mendatangkan pelbagai masalah terutamanya membabitkan keharmonian kaum di negara ini.

Novel Interlok terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi kontrovesri kerana didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan kaum India pada kandungan muka surat 211 dan 220.

Ada pandangan yang mengatakan aspek kontroversi juga membabitkan kaum-kaum lain.

Interlok memaparkan tema mengenai integrasi tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India seawal tahun 1900-an hingga merdeka.

Kontraktor Melayu P.Pinang Putar Belit Kenyataan

Posted: 11 Jan 2011 12:39 AM PST

Pada 7 Januari lalu Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzil telah datang bersama kepimpinan persatuan berkenaan ke Pejabat Ketua Menteri di tingkat 28 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Laporan dari HarakahDaily mengatakan Mohamed Fadzil dengan rombongan telah dating untuk berbincang dengan Ketua Menteri sendiri sebelum bertindak memohon maaf secara terbuka pada Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri kerana sering melemparkan kenyataan yang kadang-kadang tidak munasabah.(baca di SINI)


Bagaimanapun keesokan harinya Sinar Harian edisi cetak (Maaf kalau silap) telah melaporkan Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, Datuk Mohmad Fadzil Hasan telah menafikan permohonan maafnya itu..


Dan sebuah blog Pro-UMNO menulis..

Perjumpaan yang pada mulanya atas dasar gentleman di antara Lim Guan Eng, KM Pulau Pinang dan AJK Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang telah berakhir dengan kenyatan Lim Guan Eng DAP yang didakwa memutarbelitkan 'maaf yang dihulurkan' oleh Datuk Mohamed Fadzil Hassan, Pengerusi Kontraktor Melayu Pulau
Pinang!

Merujuk kepada sumber penulis yang berada di dalam bilik mesyuarat tersebut, Mohamed Fadzil ada menyebut maaf tetapi bukan di atas kenyataan-kenyataan beliau mengenai isu-isu mengenai ketidakadilan Lim Guan Eng yang diketengahkan oleh beliau di dalam suratkhabar.

Tetapi Mohamed Fadzil hanya meminta maaf di atas kekasaran bahasa yang beliau mungkin lontarkan terhadap Lim Guan Eng. Itu sahaja!

Bagaimanapun tindakan Datuk Mohamed Fadzil itu telah dibidas oleh Guan Eng dengan menyifatkannya sebagai 'tidak serupa bikin'

"Kenapa beliau sanggup memutar belitkan kenyataan walhal beliau sendiri mengungkapkanya di hadapan media serta salah seorang Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malek Abul Kassim.

"Kenapa beliau putar belitkan kenyataan yang dibuatnya sendiri. Tak apa kita ada bukti rakaman sidang media itu. Dan, ia boleh memalukanya dirinya sendiri," jelasnya.

Lim tidak faham kenapa tiba-tiba Mohamed Fadzil bertindak seumpama itu dengan menggunakan media pro Barisan Nasional (BN) bagi memperbetulkan dirinya semula dengan membelakangkan fakta sebenar.


Tak apa biar apapun yang dikatakan oleh Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzil itu.. lihat dan nilaikan sendiri apa yang terkandung dalam Video dibawah ini…

Saksikan bermula pada minit yang ke 1:25

Anwar cabar Najib berdebat polisi ekonomi

Posted: 10 Jan 2011 08:49 PM PST

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat mengenai kewibawaan Program 100 hari Pakatan Rakyat yang hanya menelan belanja RM 19.2 bilion setahun, jauh lebih rendah dari ketirisan RM28 bilion akibat projek-projek yang diluluskan kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Datuk Seri Najib semalam mendakwa program 100 hari itu yang menawarkan subsidi rakyat yang lebih tinggi, lebuhraya tanpa tol, imbuhan yang lebih baik untuk kakitangan awam serta pemansuhan undang-undang zalim, bakal membankrapkan negara.

Namun pakar-pakar ekonomi yakin program itu yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pertama PR menawan Putrajaya adalah berwibawa kerana berpaksi kepada penjimatan wang rakyat jika pemberian kontrak kepada syarikat kroni dibanteras, manakala subsidi untuk syarikat korporat kroni dikurangkan.

Transparency International menganggar rasuah menyebabkan negara kerugian RM10 bilion setahun. Ketua Audit Negara, dalam laporan tahunannya mendedahkan ketirisan sahaja mengakibatkan Malaysia kerugian RM28 bilion ringgit.

Dalam sidang akhbarnya pagi tadi, Datuk Seri Anwar selaku Ketua Pembangkang berkata Najib begitu ghairah menggunakan media kawalan pemerintah untuk memadamkan fakta sebenar mengenai Program 100 Hari yang di persetujui pada Konvensyen PR di Pulau Pinang bulaan lalu.

Tuduhan bahawa PR bakal menjadikan negara muflis adalah dangkal tidak berpegang kepada hakikat dan fakta.

"Hakikatnya Umno-Barisan Nasional(BN) yang berhutang setiap tahun. Laporan Ketua Audit Negara dikeluar 25 Oktober 2010 menyatakan hutang negara sekarang melebihi 50 peratus buat kali pertama dalam sejarah. Hutang kerajaan 2009 meningkat kepada RM 362.9 bilion atau 53.9 peratus KDNK. Angka ini bertambah di bawah pentadbiran Datuk Najib," tegas Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.

Anwar berkata program 100 hari bertujuan mengurangkan beban yang dihamparkan oleh Umno kepada rakyat marhaen yang semakin dihimpit denga kenaikan harga barangan asas dan pendapatan yang mengucup.

Kira-kira 40 peratus daripada rakyat negara ini, masih dalam lingkungan pendapatan RM1,500 sebulan, sebilangan besar daripada mereka aadalah kaum Melayu dan golongan bumiputera lain.

Beliau berkata pemimpin-pemimpin Umno begitu dangkal mempersoalkan janji PR untuk memberikan imbuhan tambahan RM500 kepada pendidik bagi mengiktiraf kepentingan profesyen itu tetapi berpeluk tubuh apabila Najib membayar RM77 juta kepada APCO, syarikat perunding pro-Zionis untuk memulihkan imejnya yang tercalar.

"Kita boleh senarai pelbagai fakta. Tidak baik untuk mempermain dan perolok program kita semata kerana nak bagi RM500 elaun tambahan kepada guru sedangkan mereka bayar RM 77 juta kepada Apco. Keutamaan inilah yang membimbangkan kita," kata Anwar.

Memberi pecahan kewangan program 100 Hari Pakatan Rakyat, Anwar berkata imbuhan tambahan RM500 kepada para guru akan menelan belanja sebanyak RM3.2 bilion, manakala subsidi minyak dan gas memasak RM8 bilion, dan penstrukturan sistem tol sebanyak RM 8 bilion.

Anwar berkata Najib harus tampil secara terbuka berbahas dengan beliau untuk memerinchi Program 100 Hari supaya rakyat boleh mendengar dan membuat keputusan terbaik demi masa depan mereka.

Beliau berkata apa yang jelas sekarang ialah kerajaan pusat memberikan syarikat kroni subsidi yang jauh melebehi subsidi yang diberikan kepada rakyat.

"Empat, lima syarikat kroni IPP dapat subsidi RM 19 bilion. Seluruh rakyat Malaysia dapat subsidi RM11 bilion. Kerajaan takut berdepan dengan syarikat kroni yang kaya, " kata Anwar.

Hadi lihat PKR, DAP kini lebih positif

Posted: 10 Jan 2011 08:47 PM PST

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melihat sudah ada perkembangan yang "sangat positif" di kalangan rakannya dalam Pakatan Rakyat berhubung soal dasar negara Islam yang dibawa parti itu.

Bulan lalu, dalam ucapan penggulungan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Kedua, Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh melahirkan kesediaan untuk mengadakan perbincangan dengan Hadi dan juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, jika boleh dalam kadar yang segera.

Sehubungan itu, Hadi berpendapat bahawa berita terbitan The Star semalam di bawah tajuk "PAS won't bow to pressure from any quarter", yang memetiknya telah memberikan gambaran salah terhadap ucapannya pada satu majlis di ibu negara kelmarin.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Setiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Presiden PAS itu sebenarnya telah menjelaskan bahawa parti tersebut melihat perkembangan yang sangat positif di kalangan rakan dalam Pakatan Rakyat dalam memahami maksud Islam yang ingin dibawa oleh PAS, di mana ia adalah dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan yang turut dipertahankan oleh semua pihak dalam perikatan berkenaan.

"Perubahan paradigm ini memperkukuhkan lagi kerjasama erat PAS bersama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, bertepatan dengan semangat dalam dasar bersama dipersetujui, sebagaimana dirangkakan dalam Dasar Bersama Muafakat Rakyat," kata beliau.

Samsuri menambah, apa yang dipertegaskan oleh Presiden PAS pada Majlis Suai Kasih di ibu negara kelmarin adalah rentetan terhadap ucapannya pada Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang 19 Disember lalu bahawa PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi persekutuan.

Katanya, perubahan yang ingin dilaksanakan adalah semestinya dalam ruang lingkup Perlembagaan pusat dengan mengambil kira Islam sebagai agama rasmi negara dengan meletakkan Islam berdasarkan kepada maknanya yang sebenar tanpa menjejaskan amalan penganut agama lain.

"Inilah yang ingin ditonjolkan oleh PAS, bahawa Islam adalah adil untuk semua.

"Oleh yang demikian maksud laporan dalam pemberitaan akhbar The Star pada tarikh berkenaan adalah tidak benar dan tersasar dari apa yang diucapkan sama sekali," katanya.

Dalam ulasan sehari selepas konvensyen bulan lalu, Hadi berkata beliau juga bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan sesiapa sahaja termasuk Karpal bagi menyelesaikan isu negara Islam.

Hadi berkata, partinya sentiasa terbuka untuk menjelaskan isu negara Islam kepada rakyat dan juga pemimpin-pemimpin politik negara ini.

"Kita sentiasa terbuka untuk beri penjelasan dalam isu ini (negara Islam), kita juga bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan sesiapa sahaja termasuk Karpal.

"Saya sentiasa berjumpa dengan Karpal, cuma kita perlukan masa, berikan masa kepada PAS untuk jelaskan isu ini kepada rakyat," kata Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.

Isu negara Islam ini menjadi pendebatan utama PAS dan DAP, dan dilihat menjadi "duri dalam daging" dalam Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR sekiranya tidak mencapai kata sepakat berhubung isu itu.

Semasa menggulung perbahasan Konvensyen Pakatan Rakyat, Karpal mahu isu negara Islam yang dibawa oleh PAS selama ini dan dilihat menjadi 'halangan' kepada Pakatan Rakyat terus bergerak ke depan, diselesaikan dengan segera agar tidak digunakan sebagai senjata oleh musuh-musuh politik mereka.

Sehubungan itu, Karpal berkata, beliau yakin perkara tersebut boleh dibincangkan dan dicari jalan penyelesaian.

"Saya mahu perkara ini diselesaikan dengan segera supaya tidak dijadikan isu oleh musuh kita," katanya.

Dalam ucapannya Karpal juga menjelaskan bahawa kata-kata 'over my dead body' yang dilafazkan pada 1990, tahun PAS mengambil alih kerajaan negeri Kelantan, telah difahami di luar konteks.

Ketika konvensyen sulung Disember 2009, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Karpal akan terbuka hati untuk menerima idea negara Islam.

Kedua-dua Karpal dan Nik Aziz muncul di pentas yang sama dan duduk bersebelahan pada konvensyen Disember 2009.

Karpal berkali-kali menegaskan meskipun DAP semakin selesa membina ikatan kukuh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat manakala parti-parti sekular Umno dan PKR pula giat memikat para ulama, ia masih berpendirian menentang usaha pembentukan sebuah negara Islam.

Utusan punca perpecahan kaum

Posted: 10 Jan 2011 08:33 PM PST

Rakyat di Malaysia tidak pernah berpecah sebegini teruk seperti hari ini dalam sejarah 53 tahun negara merdeka melainkan 18 bulan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

"Semuanya kerana tidak lain dan tidak bukan dari Utusan Malaysia yang hampir setiap hari mempromosikan kepalsuan dan kebencian antara kaum dan memecahkan negara.

"Yang paling memeranjatkan selama 18 bulan yang lalu tidak ada sebarang usaha yang serius dibuat untuk memastikan Utusan Malaysia, sebagai media rasmi Umno, menyokong cita-cita 1Malaysia," kata Lim dalam satu kenyataan medianya.

Penuh hiprokit

Menurutnya, Utusan Malaysia adalah musuh nombor satu konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib kerana akhbar milik Umno itu menjadikan konsep berkenaan "kosong dan penuh hipokrit".

"Walaupun Utusan terus menolak dasar 1Malaysia, namun tidak ada sebarang usaha dari kerajaan dan Umno untuk menyekat pendekatan perkauman Utusan itu.

"Yang sedihnya, negara tidak pernah berpecah sebegini teruk dalam sejarah 53 tahunnya melaikan semasa 18 bulan di bawah Najib sebagai Perdana Menteri," kata Lim.

Malaysia ada Menteri Pelajaran ke-2 ?

Posted: 10 Jan 2011 08:17 PM PST







Tsu Koon Perlu Jawab Soalan 'Cepumas'

Posted: 10 Jan 2011 08:10 PM PST

Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon perlu menjawab dua soalan 'cepumas' sebelum mempertikaikan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng, lapor portal Harakahdaily.

Baru-baru ini, Tsu Koon tiba-tiba bersuara ingin membuat kejutan pada bulan Mac nanti untuk mendedahkan sesuatu agar rakyat tidak lagi mempercayai kerajaan yang wujud sekarang sebaliknya memberikan kepercayaan kembali kepada Barisan Nasional (BN) memerintah.

"Kerajaan Berjiwa Rakyat bukan sahaja berjaya mengamalkan dasar yang lebih telus sehingga dipuji oleh Badan Antarabangsa Anti Rasuah Terulung di dunia dan Ketua Audit Negara bahkan berjaya menengahkan beberapa pembaharuan yang selama ini tidak terfikir oleh BN.

"Kawan baik saya nak kejutkan apa lagi. Kita bukan buat salah pada rakyat kita buat yang terbaik. Apa kita nak takut," kata Guan Eng.

Katanya, yang perlu bimbang dan takut bekas ketua menteri itu ialah kerana di era pemerintahan BN dua kejadian yang sukar dilupakan iaitu kehilangan wang Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebanyak RM230 juta yang sehingga kini tiada kesan.

"Bila dapat menguasai Pulau Pinang, MPSP hampir bankrap tambahan pula lesapnya wang RM230 juta yang boleh digunakan untuk pembangunan kawasan dan kegunaan rakyat.

"Satu lagi yang harus beliau (Tsu Koon) jawab ialah berkaitan skandal tanah Tan Hak Ju di Bukit Mertajam yang menyaksikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat terpaksa membayar RM40 juta kepada mahkamah.

"Setakat ini Kerajaan Negeri telah membayar RM15 juta kepada mahkamah dan ada lagi bakinya yang banyak. Ia amat merugikan wang rakyat yang dapat digunakan untuk pembangunan rakyat dan kebajikan rakyat," tegas beliau.

Penjelasan itu, katanya sudah memadai untuk Tsu Koon bimbang kerana semua isu berkenaan berpunca daripada pentadbiran BN yang lebih ketara melakukan penyelewengan.

Lim juga tahu, BN akan menggunakan taktik ugutan, wang ringgit dan media untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

"Semua taktik BN kita boleh baca. Itulah yang dirisaukan oleh BN," katanya.

Tiada ulasan: