Rabu, 5 Januari 2011

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


projek dah mari..segera..segera

Posted: 05 Jan 2011 08:33 AM PST

Projek dah mula masuk...
Tenang tuan-tuan...
 Projek ni kat TENANG

CADANGAN PINDAAN UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI SELANGOR 1959 AKAN DIBUAT SECARA TERTIB

Posted: 05 Jan 2011 02:41 AM PST

Dari facebook YAB Dato Menteri Besar Selangor


KENYATAAN AKHBAR
5 JANUARI 2011
CADANGAN PINDAAN UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI SELANGOR 1959 AKAN DIBUAT SECARA TERTIB

SHAH ALAM:  Kenyataan bahawa DYMM Sultan Selangor mempunyai  kuasa eksekutif dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri hanyalah pandangan peribadi Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor, Dato' Mohamad Munir Bani.

YAB Menteri Besar, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, berkata  pindaan Perlembagaan pada 1993 secara jelas telah menghapuskan kuasa Sultan dalam pelantikan tiga pegawai eksekutif.

"Sebelum 1993 (sebelum Perlembagaan dipinda), dinyatakan dengan jelas bidang kuasa Sultan dalam pelantikan pegawai eksekutif," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini.

YAB Menteri Besar berkata, cadangan meminda  Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 akan mengembalikan kuasa kepada Sultan untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri.

"Saya yakin DYMM Sultan memahami situasi yang berlaku selepas 1993 dan keadaan yang berlaku sekarang," katanya.

Beliau berkata, Penasihat Undang-undang Negeri telah diminta melihat cadangan pindaan ini. Selain itu, Kerajaam negeri melantik dua pakar undang-undang, Prof Dr Aziz Bari dan Dato' Param Cumaraswamy untuk memberi nasihat dan pandangan.

YAB Menteri Besar, cadangan pindaan ini akan dibuat dengan tertib dan akan dimaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor sebelum dibentangkan pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.

Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, berkata mesyuarat MMKN hari ini bersetuju menyerahkan usul untuk mengadakan sidang DNS dan surat mengenai perkara itu telah dihantar kepada Speaker DNS, Dato' Teng Chang Khim.

 Dikeluarkan oleh:
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Tiada ulasan: