shalehudin |
- Inkues membuang masa, hanya usaha menutup salahlaku orang orang tertentu
- Rais nafi punai dia punya angkara
- Teoh Beng Hock tidak bunuh diri
- Bila Umno tersepit, Pas yang dicarinya...
- Dok kalut pasai minyak masak, petrol yang naik harga...
- Man United kalahkan Stoke 2-1
- Anak Shah Iran bunuh diri di AS
| Inkues membuang masa, hanya usaha menutup salahlaku orang orang tertentu Posted: 05 Jan 2011 05:02 AM PST Banyak pihak merasakan kecewa dengan keputusan Inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini. Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Teoh, pembantu politik kepada seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor pada 2009, sebagai penghakiman terbuka, iaitu tidak dapat dipastikan sama ada dia dibunuh atau membunuh diri. Dalam keputusan, Koroner Azmil Muntapha Abas, yang mendengar inkues itu mulai 29 Julai, 2009, juga berkata tidak ada pihak ketiga yang terbabit dengan kematian berkenaan. Teoh, 30, setiausaha politik kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai, 2009 di tingkat lima, koridor Plaza Masalam di sini selepas beliau memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14 bangunan berkenaan. Keputusan itu dilihat seperti direncanakan oleh pihak tertentu di belakang tabir kerana ia hampir menyamai keputusan inkues di dalam kes kematian Gunasegaran sebelum ini di mana di dalam kes berkenaan koroner Siti Shakirah Mohtarudin telah memberikan keputusan terbuka berhubung inkues bagi menentukan kematian R Gunasegaran semasa dalam tahanan polis kerana tidak boleh dibuktikan dengan muktamad. "Inkues benar-benar buang masa dan buang wang rakyat," tegas seorang ahli NGO hari ini. "Pergi balik pergi balik mahkamah ini yang kita perolehi hari ini, keputusan yang tidak ada keputusan," ujarnya. "Ia seperti mahu menutup perbuatan salahlaku pihak tertentu kerana sebelum ini keputusan yang serupa melibatkan kematian tahanan dalam polis," tambahnya Ekoran itu juga, ahli keluarga mendiang menggesa supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi mendapatkan keadilan Teoh. Adik mendiang Beng Hock, Teoh Lee Lan menuntut agar Perdana Menteri Najib Razak mengota janjinya kepada keluarga Teoh - menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock, seandainya keluarga Teoh tidak berpuas hati dengan hasil siasatan inkues. "Ketika itu Najib hanya berkata, akan 'mempertimbangkan (cadangan memperluaskan terma Suruhanjaya Diraja) sedalam-dalamnya'. Kini kami berharap orang awam menyokong hasrat kami untuk menuntut penubuhan Suruhanjaya Diraja yang lebih profesional dan berkecuali, untuk memaklumkan PM bahawa orang awam tidak lupa untuk mengetahui kebenaran," kata Teoh Lee Lan. |
| Rais nafi punai dia punya angkara Posted: 05 Jan 2011 03:43 AM PST Rais Yatim nafi tuduhan perkosa amah Indonesia Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya. "Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan hari ini. ![]() Katanya, "tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat." "Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya. Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi. Beliau berkata "sementara siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan, pihak-pihak yang rakus mengamalkan politik kotor melalui internet atau media lain diminta menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik." "Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar yang disiarkan di bawah mana-mana pojok blog, laman web di internet setakat ini berkaitan dakwaan salahlaku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan jelek, berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan tanpa lunas sahih di sisi undang-undang," katanya. Rais berkata, perkara berkenaan adalah mainan politik jahat dan kotor yang sengaja digembar-gemburkan bagi tujuan memperolehi dividen politik pembangkang. Tambah ahli parlimen Jelebu itu, laporan polis oleh PAS dan sekutunya di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada Selasa lalu susulan pendedahan blogger itu adalah bukti bahawa dakwaan tersebut bermotifkan politik kotor dengan tujuan supaya rakyat di Jelebu memihak kepada pembangkang sedangkan mereka tiada kesahihan hak untuk membuat laporan sedemikian dari sudut perundangan. "Dakwaan pemerkosaan seperti yang dikarang penulis blog tiada kaitan langsung dengan dedahan yang kononnya dipanggil Wikileaks." katanya.- Malaysiakini |
| Teoh Beng Hock tidak bunuh diri Posted: 05 Jan 2011 12:28 AM PST Koroner Azmil Muntapha Abas hari ini menolak teori Teoh Beng Hock membunuh diri di dalam keputusan inkues petang ini. "Saya menolak keputusan bahawa kematian adalah kerana bunuh diri," kata Koroner. Beliau juga menolak teori bahawa mangsa, Teoh tidak sedarkan diri. Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini sesak dengan penyokong dan media bagi mendengar keputusan inkues berhubung kematian pembantu exco kerajaan negeri Selangor Teoh Beng Hock yang mati dua tahun lalu, lapor malaysiakini. Mendiang Teoh dijumpai tidak bernyawa ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) selepas terjatuh dari tingkat lima pejabat SPRM Shah Alam. Kira-kira jam 2 petang, ibubapa dan adik perempuannya hadir di perkarangan mahkamah. Sementara itu, penyokong-penyokongnya menaikkan kain rentang serta melaungkan 'Justice For Beng Hock'. Tidak kurang juga yang memakai bunga kekwa putih di baju mereka. Manakala peguam-peguam yang mewakilinya pelbagai pihak pula hadir kira-kira jam 2.30 petang. Kelihatan juga di perkarangan jumlah anggota polis yang luar biasa ramainya dan sekatan jalan di beberapa jalan utama menuju ke mahkamah.- GB |
| Bila Umno tersepit, Pas yang dicarinya... Posted: 04 Jan 2011 11:44 PM PST UG timbul lagi, ingat dah mati rupanya dok sembunyi... hanya akan timbul bila keadaan memerlukan. Sekarang memang masa yang amat sesuai UG diapungkan kembali kerana pilihanraya umum dah tak lama lagi. Isu apa lagi yang boleh dimanipulasi melainkan isu UG? Umno khasnya dan dan BN amnya, berusaha bersungguh sungguh untuk bersama Pas membayangkan parti itu sedang tersepit menjelang PRU akan datang. Semalam Nik Aziz mengesahkan bahawa ada pertemuan dengan Piem Umno namun ia adalah atas undangan YDPA di istana Terengganu KL melalui mantan Piem Abdullah Badawi ketika Abdullah melawat beliau di HUSM, Kubang Kerian sebelum ini. Bila Umno tersepit, minta PAS bersama. Mai masa depa kuat, habih semua nak dibunuhnya... dah lupa agaknya peristiwa Memali hasil kerjatangan sapa... DAP ka? |
| Dok kalut pasai minyak masak, petrol yang naik harga... Posted: 04 Jan 2011 06:30 PM PST Dah confirm, harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam semalam. Jadi RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter. Ini adalah antara usaha murni kerajaan Najib mengsifarkan subsidi pada bahan minyak untuk cari duit nak buat pilihanraya umum nanti. Orang dok kalut pasai minyak masak sejak dari bulan lepas lagi, tetiba dikejutkan dengan kenaikan mendadak harga petrol dan minyak tanah... |
| Posted: 04 Jan 2011 06:04 PM PST LONDON: Manchester United terus mendominasi Liga Perdana Inggeris apabila menang 2-1 ke atas Stoke City di Old Trafford, awal pagi tadi. United mendahului pada separuh masa pertama menerusi jaringan Javier Hernandez pada minit ke-26 tetapi kesilapan pertahanan United membolehkan Stoke menyamakan kedudukan pada minit ke-49 menerusi Dean Whitehead. Nani bagaimanapun memastikan United kembali di depan menerusi tendangan kencang membolosi gol lawan pada minit ke-61. Dengan kemenangan itu, United terus mengukuhkan kedudukanc sebagai mendahului liga dengan 44 mata daripada 20 perlawanan, tiga mata di depan Manchester City. United bagaimanapun mempunyai baki satu perlawanan lagi. Keputusan itu juga menyaksikan United mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini. - Agensi |
| Anak Shah Iran bunuh diri di AS Posted: 04 Jan 2011 05:49 PM PST WASHINGTON: Anak bongsu kepada bekas pemerintah Iran, Shah Iran meninggal dunia selepas dilaporkan membunuh diri di rumahnya di Amerika Syarikat, menurut keluarganya hari ini. "Kami ingin memaklumkan bahawa ahli keluarga kami, Putera Alireza Pahlavi sudah meninggal dunia," kata anak sulung Shah Iran, Reza Pahlavi dalam laman webnya. Reza berkata, adiknya yang berusia 44 tahun yang sedang belajar di Universiti Havard kebelakangan ini menghadapi tekanan akibat perkembangan politik yang berlaku di Iran. "Seperti jutaan anak muda Iran lain, dia juga amat sedih dan tidak menyenangi apa yang sedang berlaku di Iran. "Malah dia juga tidak dapat menerima tekanan selepas kehilangan ayah dan kakak ketika dia masih usia remaja dulu," katanya. "Walaupun dia bertahan sejak beberapa tahun lamanya, akhirnya pada malam semalam (Selasa), di rumahnya di Boston, dia meninggalkan kami serta rakan-rakan," katanya. Sementara itu, jurucakap polis Daerah Suffolk, Jake Wark berkata, Pahlavi, 44, ditemui meninggal dunia dengan satu kesan tembakan, dipercayai membunuh diri. Katanya, pegawai polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 2 pagi waktu tempatan. Polis bagaimanapun tidak mengetahui siapa yang membuat panggilan itu sama ada ia dari kediaman berkenaan atau sebaliknya. Alireza sedang mengikuti pengajian sarjana muda di Harvard, Massachusetts dalam bidang psikologi dan pengajian sejarah Iran. Ayahnya, Shah Iran atau Mohammad Reza Shah Pahlavi, digulingkan pada 1979 dalam Revolusi Islam dan sejak itu tinggal dalam buangan bersama keluarganya di Amerika Syarikat. Shah Iran meninggal dunia pada Julai 1980 dan dikebumikan di Mesir. Selepas itu, anak perempuannya Leila Pahlavi, meninggal dunia pada 2001 ketika berusia 31 tahun dengan mayatnya ditemui di sebuah hotel di London. Laporan menyebut kematian Leila disebabkan pengambilan dadah yang berlebihan. - AFP |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan