Ahad, 30 Januari 2011

shalehudin

shalehudin


Berita baik, tapi buruk bagi UMNO... wakaka...

Posted: 30 Jan 2011 09:00 AM PST

Tak lama lagi giliran dia pulak... tungguuu....

Ini yang aku kata sebagai berita baik, bagai sireh pulang ke ganggang. Dengan adanya kuasa rakyat, keadilan sebenar dapat dinobatkan. Kalau tidak, sampai ke mati la pemimpin gerakan Islam yang terbuang dari Tunisia tak boleh balik negara.

Pemimpin Gerakan Islam Tunisia, Ennahda, Rached Ghannouchi bersama anak perempuannya berlepas dari Lapangan Terbang Gatwick, London menuju pulang ke negara kelahiran beliau selepas 22 tahun hidup dalam buangan.

Ghannouchi dihantar ke lapangan terbang oleh 30 penyokongnya dan wartawan. - AFP

Kahkahkah... mai kita baca berita ni dengan penuh rasa jaya... mai kita sebarkan bahawa keadilan di Tunisia telah dinobatkan... biar semua rakyat Malaysia tahu kuasa ditangan mereka. Biar semua rakyat Pakatan tahu bahawa mereka ada kuasa bertindak untuk mula mengajar rakan sekeliling, anak bini tentang kekuatan kuasa kita. Biar semua rakyat BN tahu bahawa selama ini mereka jelas telah ditipu dengan kuasa BN untuk kroni... kahkahkah....

Sedih, PAS kalah di Tenang, Chong Wei kalah di Korea... addehh...

Posted: 30 Jan 2011 05:35 AM PST

Kita terima dua keputusan yang menyedihkan hari ni, Pas tewas dalam PRK di Tenang dimana  keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendapat sekitar 6,698 undi manakala PAS mendapat 2,963 undi. Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,733 undi - meningkat 1,243 undi berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008.

Sementara satu lagi berita sedih, Lin Dan jadi juara Terbuka Korea setelah menewaskan Chong Wei. Lin Dan dari China muncul juara badminton Terbuka Korea selepas kalahkan Lee Chong Wei 21-19,14-21,21-16 pada final sebentar tadi.

Tenang: Mahfuz pun dah ucap tahniah dah kat BN... haha...

Posted: 30 Jan 2011 03:32 AM PST

Memang tak heran la depa boleh menang pun, kelengkapan cukup berserta pulak kubu kuat depa pulak tuh...  nak harap Melayu yang takut digelar penderhaka nak kalih, berat laa... kahkahkah... pepuak Cina pun bukan berani sangat dok kalih mudah mudah... haha...


Tak rasmi: BN berjaya kekal DUN Tenang

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam lama Twitter mengucapkan tahniah kepada BN kerana berjaya mempertahankan kerusi tersebut.

Berikut keputusan tidak rasmi :

Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendapat sekitar 6,000 undi manakala PAS mendapat 2,300 undi.- Malaysiakini

Tak rasmi, BN hampiri kemenangan...

Posted: 30 Jan 2011 03:15 AM PST

BN 4,712, PAS 2090, maj 2,622

BN hampiri kemenangan, sebanyak 3,577 undi lagi yang belum dikira. - Malaysiakini

Keputusan awal, PR tewas di undi Pos... dah agak dah... kahkahkah...

Posted: 30 Jan 2011 02:23 AM PST

Keputusan awal yang dikeluarkan SPR ialah keputusan bagi undi pos yang secara tidak rasminya seperti berikut:

BN - 115, PAS - 3, rosak 1

Dah agak dah pun... kahkahkah... aku nak cari siapa yang berani  bagi 3 undi tuh...  kahkahkah... aku nak bagi tabik sampai retak dahi kat depa... kahkahkah...

Aneh, peratus keluar mengundi tinggi walaupun banjir... hahaha...

Posted: 30 Jan 2011 02:03 AM PST

Angka akhir yang dikeluarkan oleh SPR dalam proses pengundian di Tenang sehingga ianya ditutup pukul 5.00 petang tadi ialah 71.8% ataupun 14,753 orang keluar mengundi. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata jumlah peratusan itu lebih rendah daripada pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.

Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk sehingga laluan ke beberapa pusat pengundian dinaiki air serta kawasan seperti Pekan Lama Labis dilanda banjir. Sementara itu pengiraan undi sudah bermula dan keputusan dijangka akan diumumkan pada pukul 8 malam ini.

Pengundian ditutup diiringi curiga pihak Pakatan

Posted: 30 Jan 2011 01:26 AM PST

Hari merayakan demokrasi di Tenang telah pun tamat. Pengundian di Tenang telah pun ditutup, boleh dikatakan pengundian berjalan agak lancar walau dalam suasana lembab. Walaupun dalam keadaan Tenang dilanda banjir, penyokong BN dan Pakatan Rakyat tetap bersemangat dan melaung sindiran antara satu sama lain.

Suasana tersebut dapat dilihat di pusat pengundian di Sekolah Menengan Kebangsaan (SMK) Kamarul Ariffin di Bandar Labihs Tengah. Penyokong BN juga turut menyanyikan lagu 'Inilah barisan kita'. Manakala petugas Pakatan pula melaungkan "inillah kerajaan BN di Johor, sampai banjir'. Sementara itu, mereka masing-masing mengucapkan 'Gong xi fa cai' kepada pengundi Cina yang datang untuk mengundi, serta ucapan 'kamsia' (terima kasih) ketika mereka pulang.

Bagaimanapun pihak Pakatan mula rasa curiga, hujan yang lebat telah menyukarkan wakil kedua dua parti yang bertanding untuk memantau perjalanan piihanraya ini. Malah tidak keterlaluan jika sekiranya ada sesetengah pihak yang memandang seronng terhadap pihak berkuasa atas kemungkinan eksploitaasi suasana hujan dan banjir yang melanda Teanang untuk kepentingan sesetengah pihak.

Malah ada suara suara yang meminta PRK Tenang ini ditangguhkan memandangkan ada sesetengah tempat yang telah terputus hubungan dan ada pengundi yang takut untuk keluar mengundi.

Bagaimanapun pengundian tetap diteruskan malah sehingga kini, pihak SPR mengesahkan jumlah pengundi yang turun mengundi pada PRK Tenang kali ini ialah sebanyak 68.68% atau bersamaan dengan 10,133 pengundi.

Apa ni woiii... beli beli undi pulak nih...

Posted: 29 Jan 2011 10:30 PM PST

Proses pengundian di Tenang masih meningkat dengan baik kerana setakat 1 tengah hari tadi, peratusan pengundi yang mengundi seperti yang telah dikeluarkan oleh SPR naik sebanyak 55.36 peratus atau 8,167 orang.

Bagaimanapun jalan kecil antara jalan utama dan SMK Kamarul Ariffin dinaiki air sehingga paras paha, menyebabkan kenderaan ringan tidak dapat memasuki. Bagaimanapun, terdapat beberapa pacuan roda dan lori yang berjaya mengangkut pengundi masuk dan keluar pusat pengundian. Hujan sudah berhenti di sekitar sekolah itu tetapi langit masih mendung.

Berita mengejutkan yang boleh memanaskan cuaca sejuk disini ialah bilamana DAP telah mendakwa berlaku pembelian undi di SJK (C) Ai Chun yang terletak dalam daerah pengundian Tenang Station. Betoi ka? Kita harap SPR dalam menjalankan tugas mereka dengan adil sebagai pengadil dan bukannya sebagai balaci mana mana pihak.

Sementara itu peratusan kaum Cina yang keluar mengundi di kawasan Cina cuma 20 peratus; Felda sudah 50 peratus. Ini membimbangkan Pakatan kerana undi kaum Cina amat diharapkan bagi meletakkan PAS rapat memberi saingan pada BN dalam PRK Tenang ini.

BN dahului... kubu kuat la katakan... hihi...

Posted: 29 Jan 2011 09:08 PM PST

Seperti yang dijangka, pemerhati politik meramalkan BN telah mendahului setakat jam ini kira kira 59.5 peratus didepan PAS yang memungut sekitar 40.5 peratus undi. Maklum saja lah kan... kubu kuat la katakan...

Sementara menurut SPR, setakat 12.00 tengah hari tadi peratusan pengundian meningkatkan kepada 48.93% atau 7,219 pengundi. Tinggal lima jam lagi sebelum pusat pengundian ditutup jam 5 petang ini.

Jangan jangan, ada pengundi hantu tak... hihi...

Posted: 29 Jan 2011 07:48 PM PST

Tenang ni memang hebat la, ikut laporan Malaysiakini sehingga jam 11 pagi tadi, peratusan pengundian meningkat kepada 38.66 peratus atau 5,703 pengundi sudah pun keluar untuk mengundi.

Hihi... kita jangkakan peratusan keluar mengundi akan mengendur bila dah cuaca lembab dengan hujan, rupanya tidak, kerana dijangkakan juga yang peratusan pengundi akan mencecah lebih 50 % sebaik jam 12 tengahari nanti.

Heh... heh... jangan jangan ada pengundi hantu tak... hihi...

BN dah tak TENANG...

Posted: 29 Jan 2011 07:30 PM PST

Ramai yang kata, buat la macamana pun, buat la apa pun... BN tetap menang mudah di Tenang. Bukan saja kata di Tenang malah seluruh negeri Johor sekalipun adalah merupakan kubu kuat BN sejak dulu kala lagi. Jarang pembangkang dapat sua kaki kat sana. Hinggakan pilihanraya, terlupa nak letak calon terletak kopiah sejengkal tinggi pun gerenti menang.

Pagi ni nasib calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Tenang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di kawasan tu. Depa akan memilih antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

Tapi hari merayakan demokrasi kat Tenang jadi sedikit kelam kabut dan gusar kerana hujan lebat, hujan rahmat telah menyerang kawasan sekitar sejak awal pagi lagi. Walaupun hujan, proses pengundian tetap diteruskan walaupun agak lembab dan kurang lancar.

Mengikut perkiraan aku, PAS dalam keadaan tenang menghadapi suasana semasa... PAS ni dah mangli dengan kekalahan, PAS dah biasa dengan sikap bertahan, PAS underdog dalam PRK Tenang nih.... tapi yang tak TENANGnya adalah BN.

BN tak TENANG kerana ni kawasan depa, kalau ramai mak cik pak cik felda yang tak keluar mengundi pasai hujan, depa akan kalah nanti. BN tak TENANG kerana ni kubu kuat depa, kalau majoriti cina dah segan nak tengok muka BN, BN akan kalah di tangan PAS. BN tak TENANG kerana Tenang ni merupakan penunjuk aras sokongan BN di Johor, kalau depa kalah di Tenang bermakna kubu terakhir mereka di Semenanjung dah bocor. Alamat kata, poket ramai kroni BN Johor akan bocorlah lepas PRU ke 13 nanti... haha...

PAS hanya mencuba memberi pilihan pada rakyat Tenang, tapi BN tertekan untuk mengekalkan kemenangan dengan majoriti besar kerana ini adalah negeri TPM berbangsa Umno mereka...

Tiada ulasan: