shalehudin |
- Mengalah juga akhirnya...
- Kibar bendera parti politik pada kenderaan salah
- Budak budak pun bergerun kat hang... haha...
- Gambar mangsa pertembungan dua kuasa
- Tenang: BN dahului, Pakatan tenang
- Nama Umno, sekoq pun tak berjenih...
- Kita kena ajar BN, langit tu tinggi ka rendah
| Posted: 27 Jan 2011 10:00 AM PST Robert Phang Akhirnya Letak Jawatan Anggota Panel SPRM PETALING JAYA: Tokoh kontroversi, Tan Sri Robert Phang melepaskan jawatannya sebagai anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuat kuasa serta merta. Keputusannya itu muncul tidak sampai 24 jam selepas SPRM membenarkan Phang terus menjadi anggota panel berkenaan sehingga tamat tempoh keanggotaan penggal pertamanya pada 24 Februari depan. Menurut Phang, beliau mengambil keputusan itu demi integriti dirinya dan juga SPRM. Pada Rabu, SPRM telah mengeluarkan kenyataan bagi menyatakan keputusan untuk mengekalkan Phang dicapai secara sebulat suara oleh seluruh anggota jawatankuasa yang dianggotai oleh Phang dalam satu mesyuarat yang diadakan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Jalan Duta. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Tan Sri Dr Ramon Navaratnam. Phang sebelum ini memohon pelepasan selaku anggota panel berkenaan bagi membolehkan SPRM menyiasat secara bebas dakwaan rasuah yang membabitkannya sebagaimana yang hangat diperkatakan oleh beberapa blog akhir-akhir ini. Sebuah blog mendakwa Phang telah cuba memberi rasuah kepada seorang ketua setiausaha sebuah kementerian tahun lepas.- mStar |
| Kibar bendera parti politik pada kenderaan salah Posted: 27 Jan 2011 07:20 AM PST LABIS: Ramai penyokong parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang mengibarkan bendera parti pada kenderaan mereka adalah menyalahi undang-undang kerana menyamai aktiviti berkempen. Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan, Abdul Majid Mohd Ali, berkata parti-parti politik perlu mendapatkan permit terlebih dahulu untuk berkempen, justeru tindakan pengguna kenderaan mengibarkan bendera parti pada kenderaan masing-masing adalah salah kerana tidak mempunyai permit untuk berbuat demikian. Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau mengingatkan pengguna kenderaan supaya berhenti daripada melakukan perbuatan itu sebelum tindakan diambil ke atas mereka. Sebelum ini, katanya, polis mengambil tindakan secara berhemah dengan hanya merampas kayu yang digunakan pengguna kenderaan untuk mengibarkan bendera dan mengembalikan bendera kepada mereka. Beliau berkata, selepas peringatan ini diberi, polis akan bertindak lebih tegas kepada sesiapa sahaja yang engkar. Abdul Majid berkata, polis turut mempunyai senarai nama individu yang dijangka melakukan kekacauan menjelang hari mengundi pada Ahad ini. Individu-individu tersebut, menurut beliau, akan diperhatikan setiap masa dan akan ditahan sekiranya didapati menggugat ketenteraman awam. Tanpa mengulas secara terperinci, beliau berkata, individu-individu terbabit terdiri daripada penduduk tempatan dan dari luar daerah. "Jangan cabar polis kerana kita sudah bersedia 100 peratus untuk pilihan raya ini daripada segi logistik dan kekuatan anggota," katanya. Abdul Majid berkata, sehingga kini, perjalanan kempen pilihan raya kecil ini sangat tenang jika dibandingkan dengan tempat lain memandangkan tiada kekacauan atau ketegangan yang serius berlaku. Jentera parti Barisan Nasional (BN) dan PAS mematuhi peraturan kempen termasuk menamatkan ceramah pada jam 12 tengah malam. - BERNAMA |
| Budak budak pun bergerun kat hang... haha... Posted: 27 Jan 2011 05:16 AM PST |
| Gambar mangsa pertembungan dua kuasa Posted: 27 Jan 2011 03:46 AM PST Anggota polis anti-rusuhan yang mengalami kecederaan dibawa ke lokasi selamat oleh rakan sejawatannya susulan pertembungan dengan aktivis anti-kerajaan di pusat bandar Kaherah, Mesir, hari ini. Pertempuran itu sudah memasuki hari kedua di sebalik larangan kerajaan, yang mana pihak berkuasa negara itu dikerahkan. - Foto AP |
| Tenang: BN dahului, Pakatan tenang Posted: 26 Jan 2011 10:26 PM PST Dengar katanya di Tenang sokongan yang diterima Pakatan agak suram, semendung cuacanya. Sokongan kepada parti-parti yang bertanding pun juga tidak menentu. Naik dan turun, tapi mengikut pemerhati politik secara keseluruhan BN dilihat masih mendahului dalam meraih sokongan pengundi terutama di kawasan yang majoritinya merupakan penduduk Melayu. Felda dengar katanya, nak letak sebelah kaki pun payah... Keseluruhan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat dilihat tersusun dan kempen mereka ditumpukan khusus bagi menarik sokongan generasi kedua dan ketiga dari kalangan anak-anak peneroka Felda. Tapi pendapat masih kuat mengatakan tak mungkin PAS akan menang di DUN Tenang. Apa yang diharapkan dan diusahakan oleh pihak Pakatan hanyalah untuk mengekalkan tahap undi popular yang kami perolehi pada 2008. Tapi apa pun, perlawanan masih diteruskan, masih ada masa untuk menterbalikkan kata kata dan tilikan pemerhati politik tempatan ni. Bak kata peaptah, air yang tenang jangan disangka tiada buaya... kahkahkah... |
| Nama Umno, sekoq pun tak berjenih... Posted: 26 Jan 2011 09:23 PM PST KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT 26 JANUARI 2011 Minta Penjelasan Daripada Muhyiddin Yassin Tanah En. Mansor Bin Mohamad HS(M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat telah di lelong pada 1/12/2003. Beliau mempunyai tunggakan bayaran hutang dengan pihak bank sekitar RM20,000. Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat En. Mohd Azahar Bin Ibrahim yang juga calon Barisan Nasional (BN) pilihanraya kecil Tenang telah gagal menyerahkan notis pendengaran kes lelong ini kepada beliau. Secara rasminya En. Mansor tidak dimaklumkan tanahnya akan dilelong. Pada 19/9/2003 perintah jualan hartanah telah di keluarkan. Menurut En. Mansor, sehari sebelum lelongan beliau telah membuat bayaran kepada pihak bank sebanyak RM10,000 bagi bayaran tunggakan bayaran hutang. Beliau merayu kepada En Mohd Azahar agar tanahnya tidak di lelong. Pada hari tanahnya di lelong beliau membawa tunai sebanyak RM12,000 untuk menyelesaikan tunggakan hutangnya. Semua rayuan En Mansor tidak di layan. Tanah seluas 8 ekar telah dilelong dengan harga RM70,000 sedangkan nilai tanah tersebut pada tahun 1996 bernilai RM116,000. Nilai semasa tanah tersebut dijangka RM120,000. Ini bermakna tanah En Mansor telah dijual dengan harga dibawah harga pasaran. Hanya seorang sahaja pembina yang hadir pada masa lelongan tersebut. Akhirnya tanah tersebut telah di beli oleh pembida tersebut. En Mansor telah membuat saman pemula No 24(L) -674-2004 berkaitan tanah tersebut ke Mahkamah Tinggi Muar. Beliau telah dapat membuktikan kepada mahkamah bahawa tiada sebarang notis pendengaran kes lelongan hartanah diberikan kepada beliau. Pada 29/1/2008 Yang Arif Hakim Dato' Asmadi Bin Haji Asnawi, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar telah memutuskan membenarkan tuntutan En Mansor ke atas Pentadbir Tanah Daerah Segamat dengan kos akibat dari kecuaian pegawainya En. Mohd Azahar mengendalikan kes tersebut. Tanah tersebut telah dikembalikan kepadanya. Akhirnya En Mohd Azahar telah dipindahkan ke Pejabat Daerah Kecil Renggit. Pangkatnya telah diturunkan. Saya mohon penjelasan daripada Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO mengenai perkara-perkara di bawah : 1.Mengapa calon BN bagi pilihanraya kecil Tenang En. Mohd Azahar Bin Ibrahim sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah gagal memberi notis pendengaran kes lelongan tanah En. Mansor? 2.Mengapa nilai tanah En. Mansor di lelong dengan harga RM70,000 dibawah harga pasaran? 3.Mengapa rayuan En Mansor untuk mengelakkan lelongan tanah dengan membuat bayaran RM10,000 kepada bank tidak di layan oleh En Mohd Azahar? 4.Mengapa hanya seorang pembina tanah sahaja yang hadir pada masa lelongan tersebut berlaku? 5.Mengapa En Azahar diturunkan pangkat daripada Pejabat Daerah Segamat kepada Pejabat Daerah Kecil Renggit? 6.Apakah terdapat perundingan jahat antara En. Mohd Azahar, jurulelong dan pembina semasa mahu melelong tanah En Mansor? 7.Berapa kerugian yang ditanggung oleh Pejabat Tanah Daerah Segamat akibat kecuaian pegawainya menguruskan urusan tanah En Mansor? 8.Mengapa UMNO sanggup menghampakan ahli-ahlinya dengan meletakkan calon yang telah terbukti bersalah di mahkamah dalam pilihanraya kecil Tenang? SUHAIZAN BIN KAIAT Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat |
| Kita kena ajar BN, langit tu tinggi ka rendah Posted: 26 Jan 2011 08:17 PM PST Keceluparan MCA yang menyentuh sensitiviti umat Islam melalui pelakon pornonya Chua Soi Lek berkaitan tindakan calon wanita Pas, Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan orang ramai harus di ajar oleh pengundi DUN Tenang. Pemimpin MCA itu sepatutnya menghormati Islam yang sememangnya melarang bukan muhrim bersentuhan, apatah lagi depa ni warganegara Malaysia, tentu sedikit sebanyak kena tahu dan paham ajaran Islam. Kalau tak paham kena belajar dari Pas, bukan dari Umno. Kalau dok tak paham jugak, jangan jadi pemimpin di Malaysia yang berbilang agama dan bangsa. Dia ingat kita yang beragama Islam ni serupa ngan dia ka, jenih tak ikut peraturan. Tidoq ngan sapa saja, bermesra dalam bilik hotel ngan sapa sapa pun boleh ka? Islam ni berperaturan, mengajar manusia menjadi bertamaddun. Jangan dok belajar dari Umno yang tamaddun Islam dia tu hanya tinggai sejarah. Rakyat di DUN Tenang kena ajar puak puak BN ni agar depa tahu langit tu tinggi ka rendah... |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan