Addin |
| Posted: 27 Jan 2011 06:13 AM PST 'Pembunuh Berlesen' telah menjadikan Sabah sebagai 'Killing Fields' dengan melonggokkan lebih empat hingga lima juta bateri 'Lead Acid Plumbum' (LAP) setahun sehingga Sabah tidak lagi selamat daripada pencemaran bahan karsiogenik akibat penggunaan Sistem Solar Hibrid menggunakan LAP. "Kenapa Kerajaan Malaysia menggunakan teknologi 1860 untuk menyelesaikan masalah keruncingan tenaga elektrik di abad ke 21? Siapa dalang sebenar di sebalik pengenalan dan pemilihan resolusi menggunakan LAP untuk mengatasi masalah ini? Kenapa jadikan Sabah sebagai 'Killing Fields'?" tanya Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu.Menurut Patrick, beliau dimaklumkan oleh Aktivis Alam Sekitar bahawa tidak ada pusat pelupusan LAP bateri di Sabah sehingga penjenayah alam sekitar membuang bahan cemar ini di sungai, tepi pantai atau di tanam di dalam tanah. "Kita kesal kerana tidak ada Hospital di Sabah yang mempunyai kemudahan untuk merawat pesakit yang terkena keracunan 'Lead Acid Plumbum'. Lebih malang lagi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan tidak ada sebarang kaedah untuk merawat penyakit (No Cure) yang berpunca daripada keracunan LAP setakat ini," tegas Patrick yang menggesa Kerajaan Negeri Sabah mengharamkan segera penggunaan LAP di sekolah luar bandar yang menggunakan tenaga solar hibrid LAP.. Patrick kesal kerana keputusan ujian keracunan arsenik terutama bahan Plumbum (LAP) yang dijalankan oleh Pusat Racun Negara tidak didedahkan kepada umum sehingga rakyat Sabah tidak menyedari bahaya bahan beracun ini yang menyebabkan penyakit hilang ingatan, rendah IQ, radang hati, komplikasi jantung, kerosakan buah pinggang, kejang otot, Gout dan sebagainya. Baca seterusnya.. Sabahkini |
| You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan