Rabu, 26 Januari 2011

shalehudin

shalehudin


Lintah bang... auuww...

Posted: 26 Jan 2011 07:28 AM PST

Awat yang pakat dok keraih dalam ayaq bah tu buat hapa... randuk randuk ayaq bah pun jalan teruih la, dok keraih tunggu kamera kot... kahkahkah....

Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim meredah banjir cari lintah darat... kahkahkah...

Sori laa... hanya saman saja boleh ajar budak mentah ni beradab...

Posted: 26 Jan 2011 05:36 AM PST

Aku sokong sangat dan mengalu alukan langkah Pas yang akan memfailkan saman terhadap anak pelakon lucah yang mengetuai MCA sekarang ni iaitu Chua Tee Yong yang jugak ahli Parlimen Labis. Mengikut laporan Harakahdaily, anak Chua Soi Lek tu diberi tempoh 24 jam untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atau hadapi saman fitnah.

Chua Soi Lek dah habiskan masa bertahun tahun ajaq anak dia sampai besar panjang macam ni, tapi perangai tak elok jugak pun. Pas ingat bagi masa 24 jam tu, Soi Lek boleh latih anak dia jadi beradab dan tak pandai fitnah?

Sori laa... hanya saman saja yang dapat mengajar bebudak mentah ni beradab. Nak harap Umno nak ajar? Lagi tak boleh blah... diri sendiri pun tak ketahuan... kahkahkah...

Kena buang komputer dalam laut la lepas nih...

Posted: 26 Jan 2011 03:34 AM PST

Pukulan maut untuk media online

Steven Gan
Ramai yang menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak akan menggunakan pendekatan yang hampir sama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mengenakan kawalan ke atas media. Namun tidak ramai pula terfikir bahawa Najib sebenarnya akan bertindak lebih garang.

Semalam, Kementerian dalam Negeri mengumumkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 akan dijadikan lebih komprehensif dan tidak lagi terhad kepada bahan cetak semata-mata.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu untuk membolehkan ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.

Tidak dinafikan selama iniMalaysiakini dan beberapa portal berita lain mampu bertapak kerana 'jalan keluar'- berdasar ikrar Mahathir pada 1995 bahawa tiada penapisan akan dilakukan ke atas internet ketika melancarkan projek Korridor Raya Multimedia.

Tsunami politik

Sejak persaraannya pada 2004, Mahathir sendiri menjadi seorang penulis blog.

Bebas daripada tapisan, media di internet berjaya meletakkan asas kewartawanan sebenar sehingga berlakunya 'tsunami politik' pada tahun 2008 yang menyaksikan perdana menteri ketika itu, TunAbdullah Ahmad Badawi mengakui kerajaan telah "tewas dalam peperangan di internet".

Meskipun media tradisional dan juga media internet dibelenggui oleh kira-kira 35 undang-undang yang menyekat kebebasan di Malaysia, namun terdapat satu faktor yang membezakan kedua-dua mereka.

Tidak seperti media cetak dan penyiaran, media di internet tidak memerlukan kebenaran daripada kerajaan untuk mencetak atau menerbitkan berita mereka.

Setiap tahun, media tradisional terpaksa memperbaharui permit penerbitan dan percetakkan. Undang-undang ini menghambat para editor dan wartawannya supaya terus patuh kehendak kerajaan.

Besar kemungkinan cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 jika diluluskan akan menyaksikan media online juga diheret sama dan diwajibkan memohon untuk mendapatkan lesen.

Paku terakhir

Jika menjadi kenyataan, ia ibarat pukulan paku terakhir di keranda bagi kebebasan media di negara ini. Kebebasan meluahkan pendapat yang serba terbatas dinikmati di alam maya sejak 16 tahun lalu bakal berkubur.

Dengan perlesenan, kerajaan boleh mengenakan tekanan politik ke atas media di internet. Paling menggerunkan, menteri dalam negeri yang sebegitu berkuasa itu berhak mengisyitiharkan mana-mana lamanweb sebagai tapak haram. Lebih malang lagi, mengikut akta itu, keputusan menteri adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah.

Atas sebab itu, Najib dikatakan lebih teruk berbanding Mahathir berhubung operasi media.

Sebalik membebaskan media tradisional dengan membubarkan syarat perlesenan, Najib dan sepupunya, Menteri Dalam Negara, Datuk Seri Hishamuddin Hussein memilih tindakan regresif bagi mengekang kebebasan media di internet.

Pindaan akta itu dijangka akan dibentang di Parlimen menjelang Mac ini - keputusan dipercayai ada kaitan dengan cadangan mengadakan pilihan raya umum akan datang.

Cadangan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan bagi meliputi media online mesti dibantah. Jika tidak, Malaysia akan kembali ke zaman dahulu apabila kerajaan mempunyai monopoli mutlak terhadap kebenaran.

Tindakan paling bodoh Umno Perak... kahkahkah...

Posted: 26 Jan 2011 03:20 AM PST

Lagi EEEeeeeee yang depa nampak bergeliga dan bijak dalam memutarkan lidah untuk diangkat menjadi pemimpin kebangsaan... kahkahkahk....

Menteri Besar Perak Calon Sesuai Ketuai Pemuda Umno Kebangsaan

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir disaran supaya memberi pertimbangan serius untuk dicalonkan bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti akan datang bagi memantapkan semula sayap parti itu.

Ketua Umno Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, Zambry yang juga bekas Ketua Pemuda Umno Perak dan juga bekas anggota Exco Pergerakan Pemuda kebangsaan, telah muncul sebagai seorang pemimpin muda yang mempunyai ketokohan dan juga berpengalaman untuk menerajui sayap parti di peringkat nasional.

"Berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki Dr Zambry, beliau mampu mempengaruhi dan menentukan hala tuju pergerakan pemuda di masa depan...Pemuda Umno memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai kriteria, kredibiliti dan bersuara lantang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, Zambry boleh menjadi ikon pemuda dengan jawatan dan pengalaman yang dimilikinya.

********************************

Kahkahkah... berpengalaman? kahkahkah...
Yang dok ada la ni tak cukup Eeeee....
Sebab tu kena tukar bagi ada yang nampak lebih Eeee....
Wakaka....
Pemimpin pemimpin Umno yang berlambak berkebun atas kepala Melayu la ni tak cukup Eeee... lagi... kahkahkah.... kita kena cari lagi Eeeee untuk diangkat sebagai pemimpin Melayu.... kahkahkah...

Polis hilang? Kahkahkah...

Posted: 26 Jan 2011 12:20 AM PST

Aneh... kahkahkah... Polis yang dok di kuarters pun boleh hilang... kahkahkah... awat tak kunci dia dalam lokap? Special sangat kah dia nih... kahkahkah...

Memang aneh dalam negara Malaysia nih...
Rakyat Monggolia yang masuk secara sah pun nama dia boleh hilang dalam daftar imegresin...
Selepas beberapa hari, body dia pulak cuba di hilangkan...
Berkecai kena C4...

Terkini, polis yang dok dikuarters jugak boleh hilang...
Tak tau pi mana... kahkahkah...

Waran tangkap ke atas polis tak hadir mahkamah

Hafiz Yatim
Waran tangkap dikeluarkan hari ini ke atas seorang anggota polis yang tidak hadir di mahkamah majistret di Petaling Jaya kerana membuat laporan palsu ke atas ahli perniagaan, Chia Buang Hing.

Chia (bawah, kiri), 38, sebelum ini memfailkan laporan polis mendakwa dia dibelasah ketika berada dalam tahanan polis.

Katanya, pada jam sekitar 10 pagi tadi, beliau dimaklumkan oleh pengawai penyiasat yang hanya dikenali sebagai ASP Nasuha, bahawa anggota polis berkenaan sepatutnya didakwa.

"Nasuha beritahu saya, supaya saya boleh dapatkan peguam saya Lim Lip Eng untuk hadir di mahkamah," katanya.

"Namun, apabila saya sampai, Nasuha memberitahu saya tertuduh sudah larikan diri dan polis tidak tahu di mana dia berada. Isteri anggota polis itu beritahu Nasuha, dia juga tidak tahu di mana suaminya dan dia mungkin di Kelantan."

Lim berkata: "Malangnya, tertuduh tidak hadir dan mereka tidak tahu dia di mana. Nasuha maklumkan kepada Chia bahawa anggota polis itu adalah orang yang menggari Chia, dan juga yang pertama memukulnya.

Tidak tahu di mana

"Ini tidak sepatutnya berlaku kerana dia pegawai yang tinggal di kuarters polis - tetapi mereka tidak tahu dia dimana."

Peguam itu, sebelum ini mengadu kepada majistret bahawa dirinya dan anak guamnya, Chia tidak memaklumkan sama ada lima anggota polis yang dikatakan memukul Chia sudah didakwa ataupun tidak.

Sehubungan itu, Lim berkata Nasuha memaklumkan Chia berhubung perkara itu hari ini.

Chia juga melahirkan kebimbangan keselamatan dirinya dan keluarganya dan kini semakin risau kerana anggota polis yang menahannya dulu itu kini tidak dapat dikesan.

"Saya kini ketakutan kerana tertuduh sudah terlepas. Bagaimana jika dia memburu saya?" soalnya.

Chia juga mengulangi dakwaannya yang dia ditahan reman, tangkap, belasah dan sebahagian besar wangnya diambil oleh anggota polis yang menahannya kerana memandu dengan cukai jalan yang tamat tempohnya.

Jangan heran bila UMNO GAGAL...

Posted: 25 Jan 2011 10:58 PM PST

Tapi yang ni yang aku herankan, awat yang ramai tak suka ber'PIEM'kan suami penyayang nih... kahkahkah...

Tak dak sapa yang herankan kalau Chua Soi Lek dengan lancang menghina apa yang menjadi amalan baik dalam Islam kerana dia tu bukan Islam, tak paham Islam. Nak heran apanya kalau dah dia jijik dengan Islam kerana yang dia lihat dan belajar Islam tu hanya dari Umno. Memang jijik lah Islam tu kalau Soi Lek letakkan Islam Umno sebagai perbandingan.

Itulah, MCA - rakan karib Umno, yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional - berfikir secara bangang dan dangkal, cetek jangkauan politiknya. Depa ingat pengundi Cina masih senang dikelirukan dengan fitnah dan tohmahan tidak berasas. Itu politik zaman komunis, zaman penjajah. Dah kuno taktik lapok macam tu. Zaman adu-domba dengan "DAP yang pekat rasis Cina" dan "PAS yang fanatik dan ekstrim Islam" sudah pun berlalu.

Aku pun heran kemana hilangnya taring Perkasa bila "isu salam" calon PAS, Cikgu Normala Sudirman dibangkitkan MCA. Aku tercari cari Mat Bisol Kulim bila Muhyiddin turut menyokong dan terjebak dengan perangkap bengong dari MCA tu. Umno terpalit nafsu munafik dalam perangkap jangka pendek MCA tuh. Ternyata TPM berbangsa Umno ni telah menerima tempias dan bahananya.panas dari kesilapan langkah Umno Barisan Nasional dalam isu salam nih.

Kerana Muhyiddin tahu sangat bahawa kelemahan rakan dalam BN untuk memahami Islam adalah sebenarnya kegagalan Umno untuk memahamkan mereka, memperkenalkan Islam pada teman teman sebantal mereka. UMNO GAGAL... memang Umno gagal, jadi jangan heran bila Umno gagal dalam menjalankan dakwah Islamiyyah, gagal mempergunakan masa sebagai pemerintah Islam yang baik bagi memahamkan bukan Islam terhadap Islam...

Politik kurap ala Umno...

Posted: 25 Jan 2011 07:13 PM PST

Alaahaaii... Umno oiii... awatla hangpa ni bengap sangat. Pemimpin hangpa tak ajaq hangpa cara berpolitik ka? Kalau hangpa nak tau, sebab tu la Pakatan Rakyat ajak hangpa berdebat, hujah lawan hujah. Bukan menjerit macam siamang, terloncat loncat macam kera kena belacan. Berpolitik la cara matang, bukannya binatang.

Sekumpulan manusia yang memakai batu T BN, yang nampak macam matang telah berhimpun menyambut Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng malam tadi dengan jeritan antaranya "Jangan kacau Chemplak, balik!" dan "Hidup BN, Hancur PAS". Mereka juga membuat rantai tangan bersama-sama menyanyikan lagu "Inilah barisan kita".

Dah tu ada juga sorang daripada mereka memegang poster yang tertulis: "Jangan jadi bodoh dengar cakap orang kafir" sambil rakannya yang lain mengibarkan bendera BN.

Kira-kira jam 10.40 malam - Guan Eng yang sebelum itu berceramah di Bandar Labis Tengah - tiba di Felda berkenaan di tengah-tengah pekikan "Balik Guan Eng" dan "Woi, balik lah woi" dari kumpulan tersebut, dengan hujan turun renyai-renyai.

Hal demikian menyebabkan kira-kira 15 anggota polis, hadir mengepung kumpulan tersebut dan seorang pegawai polis menasihati mereka supaya tidak menggangu ceramah berkenaan.

Kepuanan Melayu oleh suami Perdana Menteri... hahaha...

Posted: 25 Jan 2011 04:50 PM PST

Politik Rosmah mampu jatuhkan Najib pada PRU-13!

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

Pembaziran demi pembaziran ke atas wang rakyat dilakukan oleh 'first lady' (wanita pertama) yang bernama Datin Seri Rosmah Mansor sejak Dato' Seri Najib Tun Razak bergelar Perdana Menteri.

Nama Rosmah Mansor terus meniti dibibir masyarakat, hampir semua media arus perdana sering melaporkan apa sahaja aktiviti yang dijalankan isteri Perdana Menteri ini.

Penampilan Rosmah dilihat sangat berbeza dengan isteri beberapa Perdana Menteri yang sebelum ini, antaranya Allahyarham Tun Hendon Mahmood dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang jauh lebih sederhana, tidak dilihat mengganggu pentadbiran PM.

Selepas mendapat jolongan 'de fakto PM', Rosmah mendapat habuan besar dalam Projek Pertama Negara yang bagi pandangan umum ia satu lagi 'kemusykilan' besar kepada rakyat, apakah seorang isteri PM boleh mendapat keistimewaan dengan mendapat belanjawan khas dalam Belanjawan Negara.

Jika era Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi sering diserang oleh bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dikatakan menempatkan menantunya di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri (JPM), kini Najib pula didakwa menempatkan pejabat isterinya di bangunan yang sama

Rosmah ketika ini dilihat sedang menikmati kedudukan beliau sebagai isteri PM apabila bukan sahaja berjaya mencuri tumpuan malahan menjadi satu-satunya isteri PM yang menerima peruntukan yang tinggi dan pejabat khas di Putrajaya untuk beliau.

Rosmah bukan sahaja memiliki pejabatnya sendiri malah turut mempunyai bahagian atau jabatan yang dinamakan Bahagian Wanita Pertama Malaysia atau First Lady of Malaysia Division.

Bahagian tersebut yang hanya ditubuhkan dan diketuai oleh Pegawai Khasnya Dato' Siti Azizah Sheikh Abod disamping lima lagi pegawai lain.

Selain dianggap keterlaluan, tindakan tersebut turut dianggap satu pembaziran apabila melibatkan perbelanjaan tambahan dana kerajaan seperti gaji pegawai dan kakitangan, ubah suai pejabat dan pelbagai kos lain yang berkaitan.

Rosmah juga didakwa menderhaka kepada Yang Dipertuan Agung dan Permaisurinya kerana menggunakan gelaran Wanita Pertama Negara yang sepatutnya gelaran bagi Permaisuri Agung seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Kontroversi gelaran ini yang telah lama ditimbulkan

Kontroversi gelaran ini yang telah lama ditimbulkan semenjak isu iklan satu muka surat penuh di akhbar New York Times yang memaparkan beliau sebagai Wanita Pertama Malaysia tidak berapa lama dahulu, telah diserang hebat oleh media pro pembangkang.

Bagaimanapun serangan pihak pembangkang yang seakan menyedari bahawa Rosmah sebagai satu lagi 'titik lemah' Najib, tidak memberi apa-apa kesan apabila Rosmah dilihat berusaha menjadikan gelaran tersebut sebagai gelaran rasmi terhadapnya apabila menganjurkan Sidang Kemucak Wanita Pertama selama tiga hari yang menelan belanja RM4.5 juta.

Malahan sesetengah pihak menganggap dari hari ke sehari, Rosmah dilihat begitu dominan dalam pentadbiran Najib dan dikatakan sebagai pihak di belakang tabir dalam beberapa keputusan pentadbiran Najib.

Memetik blog bedukcanang.blogspot, dalam laporannya awal tahun 2010, pengendali blog tersebut melihat tingkah laku Rosmah sebagai tidak mustahil sekiranya beliau mempunyai cita-cita untuk terjun ke dunia politik sepenuhnya dan langkah-langkah awal untuk mempromosi dirinya sedang giat dijalankan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Beberapa blogger menggelarkannya sebagai 'Suami Perdana Menteri'.Mungkin ia sinonim dengan 'kelakuan' Rosmah yang cukup menjelekkan mata teman-teman bloggers dan rakyat kebanyakan.

Keputusan Najib dalam Belanjawan 2011 yang memperuntukan sejumlah RM111 juta bagi Pusat Anak Permata Negara yang dinaungi isterinya sebelum ini telah mendapat bantahan keras dari ahli-ahli parlimen blok pembangkang.

Tidak cukup dengan itu, terkini ramai yang mempertikaikan kos sebenar penginapan Rosmah di Hotel Atlantis, Dubai yang didakwa mencecah RM 140 ribu untuk satu malam.

Antara yang mempertikainya ialah Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali mahu Najib atau Kementerian Luar memberi respons segera mengenai kos penginapan dan operasi sepanjang lawatan Rosmah ke Dubai kerana ia melibatkan wang rakyat.

Isu ini bukan sahaja ditujukan hanya kepada 'batang tubuh' Rosmah, namun lebih berat kredibiliti Najib selaku Perdana Menteri dan suami yang sewenang-wenang melepaskan 'wang rakyat' kepada isteri.

Tabiat isteri kesayangan Najib itu juga ditegur oleh bloggers, Badrul Hisham Shaharin yang menyifatkan Perdana Menteri gagal melihat bahawa Rosmah seorang yang boros dan gemar berbelanja besar.

Telahan Badrul Hisham mudah, kerajaan pimpinan Najib kerap memberi alasan untuk memotong subsidi rakyat disebabkan kos pengurusan ekonomi negara meningkat setiap tahun.

Dalam pada masa sama Najib merayu rakyat agar mengubah cara hidup dan tidak boros berbelanja.

"Peliknya, Presiden Umno itu kekal membisu apabila pemborosan melibatkan isterinya Rosmah Mansur. Sebab itu, saya melihat Rosmah ini sudah menjadi beban utama kepada seluruh rakyat Malaysia. Najib perlu berani menegur isterinya," kata Badrul Hisham.

Rimas rakyat dibuatnya.Najib tidak harus lupa akan kecaman umat Islam ke atas Rosmah dalam isu Pertunjukan Busana Islam di Monte Carlo tahun lalu yang mana Rosmah didakwa menghina Islam dengan penganjuran tersebut.

Selaku penaung, Rosmah sendiri gagal menjawab isu-isu yang dibangkitkan ramai, termasuk kepimpinan politik dan bloggers dimana pakaian model sangat menjolok mata, selain ada model yang mengenakan pakaian dengan logo kalimah Allah diterbalikkan.

Apabila isu itu dibawa ke Parlimen, Najib dan menteri-menterinya berdiam diri, tidak mampu menjawab hatta persoalan daripada mana datangnya wang penganjuran yang hanya menambah malu kepada negara.

Sebelum ini, ada cadangan dari Rosmah untuk menganjurkan tilawah Al-Quran bagi orang-orang buta,Entah apa gerangannya Rosmah yang sangat dipertikai ini mengutarakan cadangan sedemikian, apakah ianya hanya satu lagi bentuk 'retorik politik' untuk mengaburi mata awam?

Blogger Mohd Sayuti Omar dalam blognya ada menulis, cadangan Rosmah itu nampak lebih untuk menjaja akan keperihatinan Malaysia kepada orang buta dan tidak lebih dari itu dan bukan usaha yang serius untuk memberi kelegaan kepada orang buta atau memertabatkan peranan Islam oleh negara".

Kata Sayuti jika ingin memertabtkan Islam, apa yang harus diutamakan ialah martabatkan diri kita dulu. Dalam konteks ini Rosmah perlu menjadikan dirinya Wanita Pertama yang mantap Islamnya termasuk soal menutup jambulnya.

Tabiat Rosmah bukan sekadar terhenti dengan soal pemborosan, beliau juga semakin 'jelek' di mata rakyat kerana sering menonjolkan diri sebagai 'wanita pertama' mengalahkan baginda Permaisuri Agong, Tuanku Nurzahirah.

Bloggers edeseyes.com pula menyifatkan Rosmah sebagai liabiliti besar kepada Najib yang mampu menjatuhkan Perdana Menteri itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Telahan bloggers tersebut mudah, pandangan sisi rakyat bahawa Najib perlu menyelesaikan antara cabaran utama BN menjelang PRU-13 yang salah satunya ialah menjinakkan 'waris jari hantu' belaannya.

"Kami sebagai rakyat sudah naik jelak dengan tindakan, arahan, kenyataan dan aksi-aksi terlampau 'suami' Perdana Menteri Malaysia ke-6 yang saban hari memenuhi ruang media mengalahkan menteri kabinet sendiri," tulis bloggers berkenaan.

Rakyat sudah lama menganggap wanita tidak bertudung itu (Rosmah) adalah Perdana Menteri sebuah negara Islam yang masih belum sedar dan sebagai liabiliti kepada BN.

Apakah anggapan rakyat ini akan menjadi suatu kenyataan pada PRU-13 nanti, Najib pastinya resah akan 'cakap-cakap' mengenai isteri kesayangannya itu yang mampu menjatuhkannya sepertimana Tun Abdullah Ahmad Badawi jatuh kerana anak menantunya.

Tiada ulasan: